Ini entri paling berat yang Telipuk buat. Berat sebab bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengakui kesilapan dan berusaha memperbetulkan keadaan. Lebih berat lagi kerana perlu bermula semula. Dan berada dalam situasi 50-50 antara mahu terus melangkah dengan menoktahkan langkah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Pressure lain macam.
Selepas beberapa ketika di bumi USAS, Telipuk akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan pengajian di situ. Itupun selepas berbulan berfikir. Maklumlah, tak pernah-pernah Telipuk mengalah dalam sesuatu keadaan, tapi terpaksa jua. Rasanya itulah yang terbaik. Walaupun masa, tenaga dan wang ringgit habis begitu sahaja. 3 semester kot! Telipuk boleh je teruskan, tapi perasaan tu macam tak berapa seronok. Telipuk tidak berpuas hati dengan perkembangan diri sendiri. Di tambah pula dengan beberapa kali perlu menunggu kehadiran SV. Mula-muda SV berpindah ke institusi lain. Ganti baru. Tak lama lepas tu SV baru ni pun berhenti pulak. Oleh kerana USAS ni kecil, maka mendapatkan SV dalam bidang yang sama memang susah. Takkan nak main rembat sahaja. Sekarang baru Telipuk faham apa yang pensyarah lama Telipuk cakap. Oklah, Telipuk tak salahkan USAS. Salah diri Telipuk ajelah sebab Telipuk tidak betul-betul mendapatkan maklumat serta membuat perancangan untuk perjalanan ini. Silap sebab ambil mudah, fikirkan sebab inisiatif sendiri pakai duit sendiri maka ikut pace sendiri je la. Betul memang betul tapi ada elemen-elemen sengaja mencampakkan diri ke dalam lembah kebinasaan. Hahahaha...awak, kalau boleh cepat faham dan cepat habis kan bagus. Kenapa nak buang masa ye tak?
Jadi, Telipuk putuskan untuk berhenti je. Lagi dilewat-lewatkan lagi terasa kerugian. Kesudahannya macam tak nampak jalan je. Cannot go! Sedih sebenornya sebab berharap di penghujung pengajian dapat naik pentas menerima scroll dari Sultan negeri sendiri. Hahaha...pelik-pelik betul cara kau mencari sebab dan musabab ye. Ok lah, barang yang lepas jangan dikenang, bak kata orang...jika dikenang merosak badan. Chewahhhh....!!! Telipuk terimalah kesudahan perjalanan di situ. Bila dah terima, kita kena move on...so, yes, Telipuk pun move onnnn...senang kan? hahahaha...Benda boleh ejas, ejas je la. Dunia je pun.
Hemmm...walhasil balik asal. Settle je semua urusan penamatan serta usai habis 'edah'...hahahaha...Telipuk termenung sekejap. Yelah, tahun ini Telipuk dah boleh meraikan sambutan Jubli Emas...jadiiiii...macam tak best pulak kalau hidup ni dibiarkan berlalu begitu sahaja. Memanglah usia yang tinggal dah tak banyak mana, tapi selagi masih ada potensi diri, mengapa tidak diusahakan bukan? Waima cuma tinggal beberapa bulan berbaki pun...masih kehidupan ini perlu dihargai sebaik mungkin. Kalau dengar cakap-cakap orang, memang susah nak melangkah. Jadi, Telipuk tanya diri sendiri, nak proceed ke tak? Berat ke arah proceed. Ok, jalannnnn. Maka, bermulalah pencarian taman ilmu seterusnya...kali ini memang Telipuk cari institusi yang bertemakan "The garden of Knowledge". Ada sejarah dengan universiti turquoise ini...pernah mendapat tawaran buat MBA di sini tahun 2004 macam tu, sempat jugak la pergi buat kad matriks...tapi tak tahu kenapa, tak jadi hahahaha. Lupa dah. May be sebab Telipuk kebetulan ditawarkan biasiswa pengajian oleh syarikat tempat Telipuk bekerja untuk menyambung pengajian di universiti asal di utara, so, rasanya Telipuk decide pilih yang itu.
Dipendekkan cerita yang sememangnya tak panjang mana pun, maka, Telipuk menerima tawaran dari universiti turquoise ini untuk pengajian lanjutan. Dan sedar tak sedar dah berada di penghujung semester. Mak aiiii...macam cepat giler masa berlalu. Rasa macam baru je Telipuk terhegeh-hegeh join online orientation program setelah lewat masuk kelas seminggu. Dan sekarang pun masih belum fasih dengan selok belok bangunan HS, rupanya ehhhh...dah nak habis semester ye. Apapun tak sia-sia jua pengalaman di USAS kerana ia banyak membantu Telipuk untuk lebih cakna dengan proses dan tindakan yang perlu diambil. Seronok sebab sudah berhasil merisik bakal SV, alhamdulillah, memang tak bertepuk sebelah tangan orang kata...syukurrr. Nanti naik semester baru, in shaa Allah akan proceed with official appointment dan jugak submit form untuk masuk RP defense. Fuhhh...berpeluh makkkk!
Doakan Telipuk ye....