Showing posts with label Observation. Show all posts
Showing posts with label Observation. Show all posts

Thursday, August 27, 2020

Sebenarnya begini, bukan begitu

Ada satu kejadian pagi ini yang sangat membuka mata hati dalam membantu mengenali dan memahami manusia. Sesuatu yang bukan tidak diketahui namun kurang mendapat perhatian. Kita selalu dianjurkan untuk tidak mudah bersangka buruk atau mudah menjatuhkan hukum dalam menilai seseorang manusia. Mungkin kita rasa ianya mudah untuk dilakukan, namun dalam banyak keadaan sebenarnya kita tak mampupun meletakkan diri pada kedudukan seseorang itu sehingga menyebabkan kita cenderung memberi penilaian tertentu berdasarkan pengamatan kita semata.Justeru, akan sentiasa ada ruang untuk kesilapan berlaku.

Perkara ini terjadi kepada diri Telipuk sendiri. Pendek kata, kisah benar...hahaha. Macam ni ceritanya. Selepas agak lama tak menjejak tayar kereta ke basement parking L-4, Telipuk hari ni teringin pulak nak parking di situ. Sebenarnya nak sengajakan diri terserempak dengan kawan baik geng Bakit...ada benda Telipuk nak bagi kat dia , jadi kalau park dekat-dekat senanglah nak pass barang...bukan ringan nak jinjing ke sana ke mari kannn. Dia pulak datang awak, memang cenderung parking kat situ. Lately , Telipuk sekitar jam 8 baru sampai, jadi tak berani nak ke L-4, takut penuh sebab bersekali dengan tenant. Okay, tak apa, dah siap parking kotak yang sesuai Telipuk putuskan untuk naik ke pejabat dulu. Nanti baru turun jumpa kawan sebab nak makan sekali, later baru gi transfer barang.

Masa naik lif tu, dari L-4, berdua dengan seorang wanita. Sebab masing-masing dah rupa macam surgeon, tak nampaklah saling berbalas senyum ke tak hahaha...Anyway, seperti biasa leka je membelek handphone kat tangan. Bukan apa, nak bukak aplikasi COVID-19 siap-siap, senang nak hantar daily report. Kalau tak, asyik la terlupa nak update. Sampai kat L-2, pintu lif terbuka. Ada 3 orang lagi penumpang nak masuk. Telipuk ni dengan niat suci cepat-cepat tekan butang untuk pastikan pintu lif terbuka, nak bagi orang masuklah kan. Tekan tekan, ishhh awat la pintu lif nak tutup jugak, lepas sorang penumpang masuk, sib baik tak tersepit. Bila dia masuk dia tekan butang satu lagi...dalam kepala Telipuk, eh, kenapa nak tutup...kan ada 2 orang lagi belum masuk. Telipuk pun tekan lagi butang tu dengan niat nak override orang tu. Mata kabur Telipuk (berkabus daaa pakai mask ni...hampeh) macam nak terbelalak tengok butang yang Telipuk tekan. Allahuakbar...Telipuk tekan butang 'close' rupanya. Mamat yang lepas masuk tadi tu yang actually try to override Telipuk dengan menekan butang 'open'. 

Adoiiii...Terus Telipuk pun cakap alamak...sorry...saya salah tekan rupanya...ingatkan open tadi. Aduhhh...malu siutt. Kalaulah ada pemerhati yang hanya melihat tapi tidak menangkap kata-kata Telipuk tu tentulah dia punya pandangan dan kesimpulan, apalahhhh buruk benar perangai mak cik ni, so selfishhhh! Dan begitu juga salah sangka Telipuk ingatkan orang lelaki tu nak cepat-cepat tutup lif, rupanya dia nak menahan pintu lif dari tertutup. Alangkah lemahnya manusia ini, sentiasa ada salah dan silap. Kalaulah kita ni tak berlapang dada...atau ego, haruslah banyak masalah tak selesai. Itu baru masalah lif. Belum lagi masalah lain-lainnya. Sekecil-kecil masalah boleh jadi besar bila kita terus melulu menjatuhkan hukum dan enggan mendengar atau menerima penjelasan. Jadi, kita sukar untuk mengubah pandangan. Satu perkara yang orang tu tersalah, selama-lamanya kita sudah cop eh kalau dengan dia ni kau kena jaga-jaga sikit. Padahal mungkin dalam satu-satu situasi adakalanya cara bereaksi atau tindak balas itu membuahkan tanggapan yang tidak benar sedangkan kalau diperhalusi, ada sebab musabab lain di sebaliknya. Masalah kita ialah bila kita ni mendengar dengan niat nak membalas, bukan dengan niat untuk memahami.

Jadi pagi ini Telipuk betul-betul merasakan perasaannya melakukan sesuatu bukan dengan niat jahat namun terlihat di mata orang begitu. Melainkan orang tersebut bertanya atau mendapat penjelasan, barulah boleh faham kenapa dan mengapa sesuatu itu berlaku seperti yang jelas tertangkap dek mata kasar. Namun bagi yang malas dan terus nak buat kesimpulan, amat malanglah kerana gagal menyingkap kebenaran sehingga boleh pula menimbulkan salah faham.

Sungguh, hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui apa yang manusia nyatakan atau sembunyikan meski jauh terbenam dalam hati. Siapalah kita manusia untuk menghukum sesama sendiri sesuka hati. Dan hanya kepada Allah jua kita berserah atas segala hal. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kuasa Allah Yang Maha Esa. 


Wednesday, January 18, 2017

Al kisah Lirik

"menghitung menunggu mati
agar kau jumpa yang dinanti
semoga pemergianku ini terbaik untukmu
tak sanggup ku dibohongi
ku rela dijemput ilahi
kerna dia ku sanggup pergi
hanya disana kekal dan abadi"

Haaa...ni satu lagi. Semalam komen pasal tajuk drama, hari ini Telipuk nak komen pasal lirik lagu pulak. Lagu ni lama dah dengar. Tapi tak sempat nak catatkan komen sebab sibuk kan...hahaha...

Tak dinafikan lagu Aiman Tino ni memanglah sedap didengar. Dengar sekali pun dah boleh tangkap. Catchy dan mudah dinyanyikan. Sampaikan anak Telipuk si Aiman tu pun suka...ya lahh..perasan la tu serupa nama.

Perasan tak lirik lagu dia ni tentang apa? Masa baru-baru dengar dulu pun Telipuk dah mengomel sorang-sorang, "apa laa...kot ye pun kecewa tak kan sampai sanggup mati". Merepek kan? Haishhh...terpaksalah Telipuk memberikan nasihat percuma kat sini. (Errr...kat blog yang tak ada orang baca ni ke? Hahaha...tu ler motif nye...sebab tak ada orang baca la seronok mengomel sorang-sorang kakakaka)

Yang menyanyi ni orang lelaki. Point pertama, ko kalau orang tak hendak adik oiii...lupakan jer la. Bunga bukan sekuntum. Berlambak kat luar sana. Janganlah sengal sangat...bagilah peluang untuk diri kenal dengan orang lain yang barangkali jauh lebih baik daripada kekasih yang tak hendak kat kita tu. Satu pintu tertutup, 10 pintu lagi terbuka okayyy...hahaha (baik punya motivasi!)

Point kedua, ko fikir...kalau ko mati tu kira minah tu bolehlah dapat apa yang dihajati. Ehhh...rasanya tak perlulah ekstrim sampai ko pulak yang terpaksa mati...kenapa tidak ko teruskan hidup and let the girl go laa...haah...kalau jumpa pengganti pun jumpalah. Tak kena mengena kot dengan samada ko hidup atau mati. Ada perkaitan ke? Dia kalau nak mengkhianati cinta kita, tak payah tunggu mati...hidup-hidup ni pun dia tipu jugak la dik oiii...so, don't waste your love la...jangan bazirkan hayat dan kehidupan yang indah ini untuk orang yang tak tahu menghargai. Chill la...banyak lagi benda best yang kita boleh buat...kalau ko rasa persediaan ko cukup, bekalan nak dibawak ke akhirat tu dah banyak...welllll...hemmm...lu pikir la sendiri ya bro!

Rileks bro...rileks...ko takat dibohongi jer kan...tu pun ko dah melolong-lolong mintak nak mati. Pelik sungguh ko ni. Cer pandang sekeliling. Betapa ramai yang menderita. Tu...pelarian-pelarian Syria yang azab dikerjakan tentera kerajaan yang terkutuk tu...punyalah berat beban diaorang. Ko tengok nasib penduduk Rohingya sana...cakap, apa yang diaorang tak lalui? Betapa azabnya diaorang. Nyawa diaorang macam satu sen pun tak de nilai. Dibunuh, ditembak, disiksa macam tu saja. Setakat musibah yang melanda ko ni...tak jadi kudis gatal pun...haishhh...macamana nak jadi pemuda harapan negara ni...baru kena uji sikit dah tumbang.

Betul...memanglah 'di sana' tu kekal dan abadi. Tapi nak pastikan yang kita dapat kekal abadi dalam nikmat Allah tu...bukan boleh setakat buat-buat nyanyi saja. Sahabat Nabi mempertaruhkan bukan setakat harta...malahan nyawa. Yang kita ni nyanyi konon-konon kecewa terus minta mati tu...bukan mempertaruhkan nyawa ye...tu berputus asa. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah sebab Allah tu Maha Pemurah. Maha Penyayang. Kalau nak mati dalam keadaan mendapat balasan yang elok, pastikanlah semasa hidupnya kita ni, kita dah hidupkan hidup kita ini seluruhnya ikut acuan agama. Ikut Allah, ikut Rasulullah. Barulah layak kita nak minta kehidupan abadi yang penuh dengan kenikmatan.

Kelmarin pasal syurga.

Hari ini pasal mati.

Letakkanlah sesuatu itu kena betul pada tempatnya. Hidup ini kena ada pegangan ada pedoman. Tak adalah kita mencampur adukkan perkara sampai dilute tujuan asal hidup kita di muka bumi ini.

Tuesday, January 17, 2017

Terkilan

Hemmm...macam-macam tajuk drama sekarang ye. Sekali tengok je dah rasa semacam. Mungkin cerita ni best kot. Boleh jadi lakonan yang bakal ditayangkan benar-benar bagus dan berkualiti. Mana tahu serba serbi impressive. Bukan nak cerita pasal kandungan drama atau apa, hanya tercetus dalam fikiran Telipuk tentang kesilapan yang kita hanya boleh nampak kalau kita tepuk dada dan tanya iman.

Kalau tepuk dada, tanya selera...semua pun ok.


Saya faham, mungkin penggunaan kata syurga untuk tajuk ini sekadar metafora...tapi untuk saya , memang tak kenalah. Sebut syurga selaku orang Islam, kita dah tahu apa maknanya. Tempat terbaik di penghidupan akhirat. Syurga bukanlah sesuatu yang kita suka-suka boleh mengaku kita punya. Tak tahulah kalau setakat rumah besar, rumahtangga bahagia tu kita boleh gelarkan syurga...macam tak berapa tinggi standard dia. Sebab syurga dia kekal abadi sifatnya dan lagi pula nikmat yang terkandung dalam syurga tu tak tergambar dek fikiran. Mata tak pernah lihat. Telinga tak pernah dengar. 

Syurga...bukan untuk main-main. Pada saya, syurga tidak ada pada kehidupan dunia ini. Apatah lagi untuk orang Islam. Bagaimana mungkin kerana dunia itu sendiri adalah umpama penjara bagi orang Islam. Tempat ujian. Platform untuk ke akhirat. Destinasinya syurga. 

Bukan apa, kita risau dengan matlamat akhir orang kita...apakah target hidup mereka? Setakat hidup di dunia ini sahajakah? Kenapa kita berjerih perih memastikan kebahagiaan menjadi milik kita di dunia sedangkan kita tahu dunia bukan tempat untuk melepak senang lenang dan hanyut dibuai anganan. Target kita terutamanya orang Islam haruslah jauh lebih tinggi...kalau Ustaz saya, dia kata sasarkan Firdaus. Rasa nak lemas dek tertelan air liur sendiri sebab macam tak layak sangat-sangat. Ustaz, takat lepas masuk pun jadi ustaz. Tu la kena marah...awak ni, cita-cita kat dunia bukan main besar, ini cita-cita akhirat...tempat kekal abadi. Mintaklah yang lebih baik. Jangan lihat pada kelayakan si peminta...tapi lihatlah kekayaan Yang Maha Memberi...

Bagaimana mungkin syurga itu digandingkan dengan 'tak sempurna'? Saya pun tak tahu nak ulas bagaimana. Mungkin ada yang fikir...you ni entah apa, fikir macam tu...ini maksudnya lain la. Bukan syurga yang tu. Hello...kenapa nak main-main dengan nama 'syurga'? Lepas tu kata-kata, "akan ku tuntut syurga yang sempurna seperti yang kau janjikan untukku"...apakah maknanya? Boleh tuntut-tuntut syurga ye? Bolehkah manusia menjanjikan syurga sesama manusia? Syurga itu hak manusia kah untuk memberi?

Wahhh sister...you ni dah ke lauttt...orang buat cerita saja maaaa...

Sorrylah, I memang tak hip hop, tak berapa rancak. I memang sooo tradisional and tak open minded. Kata 'syurga' itu terlalu suci untuk I, pendek kata tak sesuaiiii. Risau bila nama 'syurga' ini digandingkan dengan cerita yang lagha...hilang kehebatannya bila menyebut 'syurga'. Takut nanti kita tak terkesan apa-apa...tak terliur dengan apa yang syurga sebenar yang Allah tawarkan. Macam neraka juga. Orang boleh sebut main-main...macam kiamat juga...biar dunia kiamat sekalipun konon cintaku tetap padamu...aiii merepek!!! Ko tahu ke kiamat tu suasananya macam mana? Kalau Fudhail Bin Iyad boleh jatuh pengsan dan meninggal dunia hanya kerana mendengar ayat azab neraka Allah...hati kita ni tak tahu lah level apa...cap apa...boleh main-main dengan syurga dan neraka.

Sekali lagi, tepuk dada tanyalah iman.


Thursday, July 23, 2015

Puncanya Sikap

Apakah penyebab utama berlakunya kemalangan di jalan-jalan raya di Malaysia? Masalah jalan kah? Masalah kenderaan kah? Atau masalah sikap di kalangan pengguna jalan raya?

Berikut adalah antara kesalahan-kesalahan biasa yang kerapkali dilakukan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan :


Jelas sekali, ketujuh-tujuhnya tidak disebabkan oleh masalah jalan ataupun masalah kenderaan tetapi kesemuanya berpunca daripada sikap. Agaknya itulah kot kenapa setiap kali menjelang perayaan, kita akan ada Ops Sikap...kali ini sudah Ops Sikap 7...tapi dok macam tu juga.

Saya juga dapati kebanyakan laporan kemalangan sering menyatakan yang kemalangan terjadi apabila berlaku pertembungan antara kenderaan berlawanan arah. Berdasarkan pemerhatian saya, ramai pemandu yang memandu dengan gopoh dan tidak sabar. Apabila kereta di hadapan terasa lebih perlahan, mereka mahu segera memotongnya. Ada yang tak pedulipun walau kawasan tersebut merupakan kawasan garisan berkembar atau kawasan dilarang memotong. Oleh kerana tidak sabar, mereka akan terus memotong walaupun tahu ada kenderaan dari arah berlawanan datang menghampiri kerana beranggapan mereka sempat untuk lepas. Malang sekali apa yang ditanggap itu tidak sama dengan realiti.

Pemanduan secara merbahaya ini boleh dielakkan kalau kita sama-sama mengamalkan sikap bertoleransi sesama kita. Dalam kes mahu memotong ini, walaupun yang memotong itu buat silap...pemandu lain harap dapat bersabar demi mengelakkan tragedi yang lebih dahsyat berlaku. Apalah salahnya kalau kenderaan yang bakal dipotong itu, memperlahankan kelajuan agar si pemotong itu dapat lepas, janganlah rasa tercabar dan semakin laju pula. Biarlah, orang tu dah buat silap...takkan kita pun nak jadi sama macam dia. Dan kenderaan yang dari arah berlawanan itu pula, rasanya tak jatuh darjat anda kalau anda layankan aje kemahuan si pemotong itu...bagi jer la...dah nampak dia datang laju tu...tak payahlah awak nak gertak dia dengan bergerak laju memberi amaran. Cuba perlahankan dan biarlah dia lepas. Jangan kerana rasa geram, kita sanggup bertembung konon nak bagi pengajaran. Pengajaran amende kalau dua-dua terbongkang kat katil hospital sudahnya...itu kalau nasib baik...kalau takkkk...hemmppphh...tahu sama tahulah.

Selagi kita tak mahu ubah sikap, selagi itulah kita tak akan mampu mengubah statistik kemalangan jalan raya kita.

Wednesday, May 06, 2015

Beralah

Bukan sekali dua terserempak perangai ini, sudah berkali-kali. Hairan bin ajaib, perkara sekecil ini pun bisa menimbulkan rasa jengkel dalam hati. Bayangkanlah kalau kita buat perkara-perkara lain yang besar, bagaimanakah agaknya hati menanganinya?

Saya perhatikan, bila pintu lif terbuka...orang ramai yang menunggu untuk naik ke pejabat cenderung untuk menyerbu masuk, padahal ada orang dari tingkat atas yang nak turun nak keluar. Tergamam orang tu...hello encik...saya nak keluar ni....Bagilah saya keluar, nanti dah kosong ruang ni kan encik boleh masuk dengan selesa (perhatikan penggunaan kata Encik itu) ....Dia boleh buat muka terkejut tengok kita, padahal kita yang patut terkejut tengok dia dan perangai dia....haiiii  macam-macam!!! Memanglah semua orang nak cepat, tapi beradaplah sikit. Memanglah kita tak saling mengenal tapi bukankah baik kalau kita berakhlak sesama kita. Tak kan nak tunggu orang yang kita kenal baru kita nak buat baik. Nampak kecil...tapi yang kecil inilah mencerminkan diri kita yang sebenar.

Perkara yang sama juga seringkali terjadi apabila nak masuk atau nak keluar dari tren lrt. Padahal sudah jelas tertera saranan agar diberi ruang kepada penumpang yang hendak keluar...keluar dulu sebelum yang nak masuk, masuk. Saranan yang sangat logik. Bila yang keluar tu keluar, bukankah ada lebih banyak ruang ditinggal kosong maka mudahlah yang nak masuk, masuk. Tapi puak ni tak kira, dia nak masukkkk juga...asal terbuka jer pintu dia nak masuk dulu. Ni kalau kat Jepun, kena ketuk dengan hujung payung dari kedai Hyaku Yen baru tauuu...

Ada sekali tu kena dekat Lotuslily...Dia baru nak melepasi pintu keluar ke basement parking. Memang pintu itu jalan keluar masuk ke laluan basement. Disebabkan kedudukannya yang sempit dan terlindung, lazimnya kita tak akan nampak kalau ada orang nak masuk (dan mungkin bertembung). Perkara normal yang kebanyakan orang akan buat ialah bersiap sedia dan jalan berhati-hati. Itulah yang kami lakukan, dan Lotuslily berjalan di hadapan saya. Tetiba...jengggg...ada seorang minah ni terjengol masuk saat Lotuslily nak melangkah keluar. Terus Lotuslily terhenti langkahnya...dah apa yang keluar dari mulut minah ni ialah.."ceeettt"...ala guano bunyinya, bunyi orang rasa jengkel tu....Boleh??? Awak tu muda remaja lagi adik oiiii...boleh belajar hormat orang tua sikit tak. Nak kata "sorry" pun tak lepas. Boleh menonong macam tu saja. Paling tidak, angguk dan senyum pun cukuplah. Ini merengus macamlah masalah dunia sangat nak mengenepi bagi laluan. Terkesan rasa terganggu di airmuka Lotuslily...dah terkeluar istighfar dah pun. Hemmmm...perkara kecil tapi besar kesannya. Ada ke orang yang peduli? Kalau yang kecil ini tak peduli, apa nak kita harapkan kepeduliannya pada perkara-perkara lain yang lebih besar?

Pengajaran dari kisah ini ialah didiklah diri untuk beramal dengan perkara yang baik walaupun dengan hanya sekadar mengutip secebis duri dari jalanan yang dilalui ramai orang. Jangan pandang remeh dengan amalan yang kecil kerana balasan yang Allah beri itu nilainya jauh lebih besar, jangan ikut kira-kira dunia. Dan juga, jangan tunggu nak beramal, nak mula dengan yang besar-besar...tak payah. Takut tak terbuat sudahnya. Nyawa ini pinjaman cuma, bila-bila masa Tuan yang bagi pinjam itu akan ambil balik hakNya. Jangan sombonglah...apa yang kita ada ini satu pun bukan milik kita. Tundukkan rasa gah itu, suburkan rasa kehambaan...bertertib berpijak di bumi Allah.

Sekadar coretan terguris di pagi hari.

Tuesday, March 03, 2015

Bukan Sekadar Sampah

Ini tahun 2015. Tinggal empat tahun lebih jer lagi untuk sampai tahun 2020. Semasa mantan PM merangka Wawasan 2020, terasa macam lambat lagi hendak sampai 2020. Semasa pelajaran lukisan di sekolah dulu, adakalanya cikgu suruh menggambarkan keadaan pada tahun 2020. Adalah biasa untuk melihat pelajar-pelajar melukis gambar kapal angkasa berlegar di antara bangunan-bangunan pelik dan manusia yang memakai pakaian ala angkasawan. Kelakar rasanya sebab sekarang ini yang tinggal beberapa ketika cuma untuk ke tahun tersebut, keadaan kita masih lebih kurang sama. Kalau yang benar-benar wujud pun barangkali LRT, ERL, Shinkasen ada??? (tungguuuu...) Kalau LRT yang nampak agak futuristik (LRT Putra tak de pemandu...) hanya setakat di Lembah Kelang ini sahaja. Selebihnya kita masih di takuk yang sama. Jalan masih berlubang-lubang, bas awam masih tak boleh ikut jadual sebab jalan selalu jem ,sampah sarap masih berselerakan (masih ada penghuni rumah pangsa yang tak kisah membaling bungkusan sampah dari tingkat atas).

Maka tidak hairanlah Telipuk sukar percaya yang kita mampu menempatkan diri dalam senarai 10 negara paling bersih yang dikhabarkan menjadi antara sasaran menjelang 2020. Kedudukan kita sekarang ialah di tangga ke-51. Ada berapa negara di dunia ini sekarang? Angka majoriti ialah di sekitar 196 buah negara...hemmm...tak lah teruk sangat pencapaian itu, bukan? Mungkin kita boleh memperbaiki kedudukan carta tetapi untuk memasuki senarai 10 teratas tu, Telipuk rasa payah memandangkan masih banyak perubahan yang perlu kita lakukan supaya usaha ini tidak sekadar tercapai kerana keinginan memburu pengiktirafan dunia tetapi menjadi nyata dek kerana ia telah menjadi budaya. Jadi, Telipuk rasa yang perlu kita lakukan ialah membudayakan kebersihan dalam kehidupan, barulah boleh tercapai matlamat.

Hujung tahun lepas Telipuk ke Kota Singa, memang Telipuk selalu perhatikan bab kebersihan ini sebab negaranya bersih. Oleh kerana Telipuk tinggal dekat Fairmont berhampiran City Hall, Telipuk hari-hari berulang-alik ke Marina Bay menggunakan MRT sahaja. Sepanjang perjalanan dan persinggahan, Telipuk tak terserempak dengan orang membuang sampah merata-rata. Memanglah ada yang buat lawak dengan menghasilkan cenderamata tertulis "Singapore the Fine City"...pada Telipuk elok buat lagu tu...tak ada sesiapa berani melanggar undang-undang sebab asal langgar jer denda, asal kena denda sohih ada pelanggaran undang-undang. Berani buat beranilah tanggung, kan? Asbab penguatkuasa ketat begitu, maka, jadilah ia negara yang bersih. Aspek pencegahan itu sangat dititikberatkan.Tak kisahlah walaupun kelakuan warganya berubah bila berada di seberang tambak, mungkin melepaskan perasaan kot...tapi nak salahkan depa pun, balik-balik salah kita juga...yang kita tak kuatkuasa undang-undang tu pasai apa? Tu yang depa selamba rock ja tu...

Hujung minggu lepas, di Kuala Lumpur ini, Telipuk pergi cuci kereta, ada satu couple ni duduk bersebelahan. Si lelaki sibuk merokok berkepul-kepul. Bila petugas maklumkan kereta mereka sudah siap sedia, maka si lelaki ini pun bangun mengeluarkan dompetnya dan membuat pembayaran. Sebelum masuk kereta dia dengan gaya bersahaja melemparkan putung rokoknya yang masih berasap ke tanah dan berlalu pergi. Itu baru puntung rokok yang Telipuk pasti ramai tak kisah membuangnya di merata-rata tempat. Belum kira tisu lagi. Pembalut gula-gula. Bekas minuman. Ada orang dia letak sampah di lantai petak/tempat parkir kereta. Cantik jer bekas McD dia susun selonggok kat situ. Nak cari tong sampah jauh kot...nak biar dalam kereta, sayang kereta la pulak. Sudahnya buanglah kat mana-mana yang sempat. Kata kawan Telipuk, jangankan bekas makanan, lampin pakai buang pun ada dia pernah jumpa. Euwww...selekeh betullah perangai! Telipuk banyak kali jumpa pembalut gula-gula yang di sumbat ke dalam lubang/rongga di celah-celah kerusi, meja, tiang, dinding...hemmm...dah kreatif sangatlah tu! Dan benda paling pelik ialah di mana sahaja diletakkan papan tanda "Jangan buang sampah di dini. Denda RM500/1000"...maka kat situlah sampah berlonggok. Yang buang tu samada tak reti membaca ataupun sukakan cabaran. Dengan mentaliti "tak apa", kan ada Alam Flora atau pekerja pembersihan bertugas tu...kang kalau semua buang sampah dalam tong sampah, senanglah kerja diaorang atau pun, nanti diaorang tak ada kerja nak buat...cukai kita bayar...biarlah diaorang buat". Campur pulak dengan penguatkuasaan yang lemah...memang sampai kiamat pun tak selesai masalah!

Masalah kebersihan bukan terjadi kepada kita sahaja. Ia pernah menjadi satu isu yang diketengahkan dalam siri Al -Khawater yang bersiaran di TV Alhijrah. Rupanya di negara Arab pun ada masalah ini. Jadi, pengacara hos ini mengambil inisiatif melawat negara yang terkenal dengan tahap kebersihan yang tinggi iaitu negara Jepun. Dalam satu episod ditunjukkan bagaimana anak-anak kecil pra-sekolah diajar membersihkan kelas sebelum dan selepas sesi persekolahan. Cikgu-cikgu menyediakan peralatan dan anak-anak ini tanpa rasa kekok membersihkan kelas mereka. Ada yang menyapu dan mengutip sampah, mengemop lantai, mengelap kerusi dan meja. Masing-masing menjalankan tugas yang diamanahkan. Mereka juga diajar menjaga kebersihan tandas dan kebersihan di tempat makan (kantin). Di tempat makan misalnya, selepas makan mereka membuang sisa makanan dan plastik ke dalam tong sampah dan menyusun bekas makanan yang kotor untuk dibersihkan. Ini memudahkan tugas petugas. Kalau sedari kecil diajar sebegitu, tentulah bila dah besar automatik jadi anti-sampah. Kalau di rumahnya bersih, di luar juga insyaAllah dia pembersih.

Nak implement kat Malaysia ni boleh ke? Bukan apa, takut karang ada mak bapak mengamuk pulak...maklumlah dia jaga anak bak menatang minyak yang penuh alih-alih ko suruh tolong cuci jamban...haisshhh...ada yang kena saman kang....hahaha....dah terlewat banyak generasi kita ni. Dah jadi buluh betung!Lagipun dengan isu-isu transformasi pendidikan lagi...ada ke yang nak tengok benda-benda 'remeh' macam ini...karang cikgu-cikgu juga tanggung beban kerja lebih, nak isi maklumat murid lagi...haishhh...payah! payah! Nak tunggu kat rumah pun belum tentu jadi...kang bibik kerja goyang kaki pula...pasal kerja-kerja kebersihan anak-anak dah boleh buat sendiri. Dah jadi macam lagu bangau oh bangau dah ni.

Hemmm...sama-samalah kita berdoa dan berharap untuk melihat negara ini maju bukan sahaja dari segi pembangunannya tetapi juga dari segi pemikiran dan akhlak. InsyaAllah, masih ada harapan....

Wednesday, January 28, 2015

Pasang Strategi

Apabila orang jahil yang sombong berbuat jahat terhadap kita, apakah sikap kita? Bagaimanakah harus kita menanganinya? Adakah kita patut mengutuk dia sehabis-habisnya ataukah kita patut menasihatinya dengan berhemah? Perkara ini ada disebut dalam Al-Quran menerusi surah Al-Fussilat, ayat yang ke-34 yang bermaksud :

"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia".

Di kala kita menerima layanan yang buruk, hendaklah kita sabar dan balaslah dengan kebaikan. Moga-moga dengan perlakuan tersebut akan membuatkan orang yang menganiayai kita itu akan tersedar, malu sendiri dan akhirnya bertaubat berbanding kalau kita membalas keras perbuatannya, boleh jadi si pelaku akan bertambah-tambah keras perbuatannya.  

Bagaimana kita hendak beramal dengan ayat ini? Contohilah peribadi Rasulullah, lihat bagaimana sikap Baginda ketika berhadapan dengan golongan yang menentang ajaran yang dibawanya. Ada banyak kisah yang boleh dipetik kala menelusuri riwayat hidup Baginda. Ketinggian dan kehebatan akhlak Baginda sangat terserlah. Itulah yang umat hari ini patut ikuti, bukan semberono memberi tindakbalas terhadap provokasi pihak-pihak yang sengaja mencari pasal. Dah sah-sah dema tu jahil lagi sombong (jahil sebab tak ada ilmu, sombong sebab...dah tahu tak ada ilmu, masih degil tak mahu belajar). Janganlah pulak kita pun terikut sama dengan rentak tari mereka.

Antara kisah Nabi Muhammad yang boleh kita kaitkan dengan ayat di atas ialah bagaimana Baginda bersikap baik terhadap orang yang membenci Baginda. Pada suatu hari, Baginda bertemu seorang wanita tua Yahudi yang sedang berjalan dan Baginda pula sedang menaiki seekor unta. Kemudian Baginda turun dari unta tersebut dan menyuruh perempuan tersebut menaiki untanya. Nabi kita ini tersangatlah prihatin orangnya lalu Baginda turut mengangkat muatan yang dibawa oleh wanita tua tersebut dan diletakkan di tepi unta. Kemudian, Baginda berjalan beriringan di sebelah unta tersebut. Sepanjang perjalanan tersebut, Baginda melayan perbualan dengan wanita tua itu dengan sopan dan lemah lembut namun tidak langsung menyentuh hal agama yang dianuti oleh wanita tersebut. Setelah sampainya Baginda di rumah wanita itu, Baginda membantu wanita itu masuk ke dalam rumah, kemudian mendudukkan wanita tersebut di atas kerusi dan membawa masuk barangan-barangan yang dibawa oleh wanita tersebut ke dalam rumah. Wanita tua tersebut sangat kagum dengan Baginda kemudian bertanya “dengan apakah aku mampu membalas jasa kamu? Namun aku tidak punya apa-apa. Bolehkah aku memberikan kamu nasihat? Kerna dalam usiaku ini, hanya itu yang aku ada untuk memberi” Kemudian, Baginda pun menerima dengan senang hati walaupun Baginda itu seorang Nabi. Bayangkan seorang Nabi yang mulia mendengar nasihat orang tua yang berlainan agama darinya. Wanita tua itu pun memulakan bicara, “Di dalam perkampungan ini ada seorang lelaki yang bernama Muhammad. Jangan dekati dia. Saya dengar daripada orang ramai, dia suka memporak-perandakan orang ramai. Ini nasihat dari saya. Jauhi dia. Dia merbahaya kepada kamu. Dia akan membuatkan kamu menjadi jahat sepertinya jikalau kamu mendekatinya.” Setelah selesai memberi nasihat, kemudian wanita itu bertanya, “siapakah nama kamu?” Baginda menoleh ke arah wanita tersebut dan menjawab sambil senyum, “Sayalah Muhammad” Sejurus sahaja mendengar nama Baginda, wanita tersebut terus menangis dan berkata, “Hanya seorang sahaja yang boleh berkelakuan seperti ini iaitu seorang Nabi Allah”. Kemudian wanita tersebut terus mengucap dua kalimah shahadah tanda pengislamannya.

Alangkah baiknya kalau kita mengambil pendekatan yang strategik kala bertindakbalas terhadap provokasi yang menjadi-jadi dewasa ini. Kalau dia tuduh khutbah Jumaat itu mempromosi kejahatan, ambil peluang ini dengan memberi penjelasan tentang kandungan khutbah. Kalau boleh dicetak dalam suratkhabar arus perdana, diterjemah dan dipermudahkan akses terhadapnya lagi bagus. Nak best lagi, setiap hari Jumaat sebelum mula sesi khutbah, suruh anak-anak muda kita edarkan salinan teks khutbah Jumaat di tempat-tempat umum supaya semua orang boleh baca dan faham. Untuk kes-kes KPOP pun sama juga, ambil kesempatan untuk jelaskan konsep aurat dan batasannya dalam Islam.

Kejahilan ini perlu diatasi dengan ilmu. Bukan senang nak dapat peluang berdakwah besar-besaran macam ini, ya tak? Manalah tahu kalau-kalau ada hati yang terbuka.  Paling tidak boleh membantu mereka untuk lebih memahami Islam. Kalau tak ada ilmu, bayang pun disangkanya hantu, bukan? 

Tuesday, December 02, 2014

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit...

Macam-macam ye jadi sekarang.Pelik-pelik. Adanya media sosial, semakin bersemarak tersebar. Betullah kata para ustaz, sekarang semakin mudah hendak menfitnah. Kalau tak fitnah pun, orang senang menyebar cerita...entah betul entah salah...tekan jer butang 'share'. Habis satu dunia tahu. Tak payah jadi artis dah sekarang ni kalau nak popular.

Beberapa minggu lalu saya ada terbaca kisah Mah. Mah tu siapa? Entahlah, Telipuk tak kenal. Tapi cerita Mah dan suaminya satu Malaysia sudah tahu. Orang kata keluar suratkhabar. Biar betul suratkhabar ni? Kot ye pun nak melariskan jualan...tak kanlah cerita macam ini korang keluarkan. Patutlah tak membangun minda bangsaku. Asyik dok sibuk ambil tahu hal dalam kain orang...Yang rajin bercerita itu pun satu hal. Bukankah kita disuruh menutup aib?

Cerita suami Mah buat perangai dan  salahkan Mah yang kononnya tak pandai jaga badan itu pada Telipuk memang merepek sangat. Macam tak ada pegangan. Tak tahulah kalau ada pembaca yang bersimpati. Kalau orang macam Mah wujud, Telipuk nak ucapkan tahniah kerana dia telah menjalankan tugasnya dengan baik. Telipuk harap dia lekas bangkit kerana sayang kalau kebaikan yang selama ini dia lakukan hilang pahala amalan bila sudah dibakar amarah. Pesan Ustaz Telipuk, kalau hidup hendak tenang...jangan difikirkan dosa orang pada kita, tapi fikirkan dosa kita pada orang. Bila buat macam tu, kita akan lebih mudah memaafkan dan kita sendiri tak lekas rasa senang dan syok sendiri dengan amalan.

Orang yang beriman, kata Ustaz, akan sentiasa berasa risau akan amalannya. Risau kalau tidak diterima. Maka, kita akan sentiasa terdorong untuk beri yang lebih baik pada setiap kalinya. Lagi satu, dalam apa jua yang kita lakukan, janganlah harap pada balasan orang. Waima suami sekalipun. Apa saja yang kita lakukan, kita hanya harapkan balasan Allah. Kita buat baik, kita jaga rumahtangga, kita berkorban ke, kita buat 1001 macam benda pun...biarlah semuanya kerana kita mengharapkan balasan di sisi Allah. Kalau kita buat macam itu, maka, kita lebih mudah hendak bersabar kerana kita tahu, yang berkuasa membalas hanyalah Allah. Kalau kita buat kerana manusia, yang kita tahu manusia itu bukan semuanya mengenang budi, yang banyak ketidaksempurnaan...maka, mudahlah hati kita tercalar. Mudah rasa nak marah. Mudah pula mengungkit-ungkit pemberian sehingga akhirnya segala yang kita buat itu nilainya jadi kosong...kosong...kosongggg!!!

Telipuk tak kata ianya senang dilakukan...Telipuk cuma sarankan kita cuba buat. Yang Allah nilai ialah usaha kita, berapa kuat kita cuba. Maklumlah, manusia pun namanya. Yang penting jangan berputus asa dari rahmat Allah. Macam dakwah juga...memanglah kita rasa tak mampu nak buatkan orang yang tidak percayakan Allah itu kembali kepada fitrahnya , yakni kembali menjadi hamba Allah. Rasa Telipuk susah...(mungkin kepala Telipuk saja kot). Dah umur nak masuk 4 series ni, rasanya belumlah berjaya Telipuk islamkan sesiapa...tapi...masalahnya, apa yang dah Telipuk usahakan untuk berdakwah...haaaa...yang tu Telipuk payah nak jawab. Ada satu mesej Telipuk terima yang kata, jangan panggil seseorang itu kafir selagi kamu belum ajar dan beri peringatan baik-baik kepadanya. Kalau memang ternyata ditolak, barulah dia boleh dikatakan kafir. Selagi itu, dia adalah jahil kerana tidak tahu. Dan tugas siapa nak bagitau??? Kita semualah...alamakkk...Jangankan yang non-Muslim...kawan-kawan sendiri yang tersasar pun Telipuk tak berani nak tegur. Ustaz tanya, kamu nak jaga hati manusia kah atau kamu nak jaga Allah? Kalau kamu jaga Allah, Allah nanti jaga kamu. Manakah yang lebih baik penjagaannya? Manusia jaga atau Allah jaga?

Berbalik kepada cerita Mah...Telipuk difahamkan dia baik-baik sahaja. Khabarnya dah jadi pengedar Shaklee pun...ko bior botul Mah!!! Mah kata dia buat macam tu untuk menyahut cabaran suaminya supaya kembali menjadi anggun. Amik padan muka suami Mah...hahaha...betul ke ni? Ke memang orang Shaklee ni kreatif-kreatif belaka. Boleh pulak dia tolong buatkan surat jawapan Mah. Kaler pink lagi. Sabor jer lah.

Ada kawan menyuarakan keresahannya. Telipuk bagi jer lah surat jawapan Mah tu...ketawa suka semuanya.

Suka-suka juga. Kalau Telipuk macamana ye?

Bukankah kita semua kena berbalik ikut apa yang Al-Quran dan Nabi ajarkan? Semua solusi sudah ada. Telipuk rasa, benda-benda macam ini kalau hendak dibaca dengan perspektif emosi memang tak selesai masalah. Islam kan adil...janganlah ikut logik kepala kita...setiap sesuatu yang Allah gariskan untuk kita, itulah menjadi ubat kepada permasaalahan kita. Kalau boleh mencegah kemudaratan itu dan memberi perlindungan kepada wanita yang lemah...sekiranya perkahwinan itu adalah jalan yang terbaik, insya Allah, Telipuk tidak ada masaalah untuk menerima poligami. Mungkin itu bukan jawapan yang ingin diterima ramai. Maaflah, Telipuk malas nak berpolemik perkara-perkara yang sudah jelas...kalau Allah benarkan, siapalah kita untuk menentang. Telipuk bosan nak baca kisah-kisah meleweh tentang rumahtangga yang saban minggu disajikan...nak capai apa tu? 

Adukan pada Allah sudahlah. Allah kan ada untuk membalasnya...apa susah? Tak lama mana pun nak hidup kat dunia ini. Tak lama mana pun nak seronok. Akhirnya, tetap pasti kita akan berdiri untuk dihisab segala amalan. Itu yang terlebih patut kita gusarkan. 

Selama beberapa tahun ini, Telipuk telah diajar supaya memandang jauh ke hadapan. Selalu ingat, bila bertemu masalah...pernah sekali Ustaz nasihatkan...mana yang lebih baik, "hilang benda yang kita sayang, atau hilang iman?". Ini memang statement pukul mati...! Tak bagi can punya. Pendekatan telus lagi lurus. Betul kata betul, salah kata salah. Tak payah pakai bahasa berbunga-bunga. Tak payah ambil jalan jauh...terus straight to the point. Kalau dah ditanya begitu, nak jawab apa lagi? Hemmmm...best kan pendekatan macam itu. Jadi, bila-bila Telipuk 'tersangkut', Telipuk guna pendekatan soalan maut Ustaz tu...memang menjadi. Bila kebenaran itu sudah jelas, walaupun pahit...percayalah, kita tidak akan sanggup mencari yang 'manis' kerana sedar itu bukan kebenaran. Kita akan telan jugak yang pahit itu kerana itulah penawarnya.

Heheh...jauh mengarut hari ini setelah beberapa ketika idea tersekat...terima kasih Kak Mah, bagi Telipuk idea menulis...;)

Wednesday, July 24, 2013

Alkisah Lupa

Mak kata saya ni semakin pelupa mengalahkan dia. Kadang-kadang bila nak ceritakan saya sesuatu atau bertanyakan perkara-perkara lepas, dia perasan dengan keadaan saya yang selalu terpaksa berhempas pulas mengorek fakta (sesekali auta). Minggu ni saja, dua kali saya terkena! Pertama kali bila flashback masa bersalinkan Hisham. Saya mengeluarkan kenyataan yang salah iaitu mengatakan yang saya tak pernah merasa berpantang di kampung sebab terasa-rasa yang mak sentiasa ada dengan saya di KL. Mak pun mematahkan dakwaan saya dengan mengatakan, "Apa pulak...hang ni pelupa sungguh...yang hang dok pi berurut dengan Mak Ngah tu apa dia? Kan hang ikut mak balik kampung lepas tu???". heheh. Saya pun tersengih-sengihlah sebab aduiiii...tersalahlah pulak!

Kali kedua pula saya terperangkap bila mak buka cerita bab raya. Ianya bermula dengan cadangan mak nak masak mi kari pada hari adik saya sekeluarga nak datang berbuka Jumaat ini. Mak yakin menu ini disukai oleh semua. Saya yang tak berapa kisah bab makan ini pun menjawab..."Cuba mak tanya Khairi...ok ke tak? Takut nanti mak mertua dia tak makan pulak". Mak saya kemudiannya berkata yakin, "Aishhh...depa suka tu...ingat masa kita pi raya rumah anak Tok Su Mat hang kat Puncak Alam dua tahun lepas tu...kan depa buat mi kari jamu kita. Mak mertua Khairi bukan main suka lagi...dia kata sedap". Apalagi, berkerut-kerutlah dahi saya (of course Aku dah lupa daaaaa....). "Eh...bila masa pulak? Depa ikut ka kita pi Puncak Alam tu...mana ada..." Berdasarkan ingatan saya, macam tak teringat kemunculan keluarga adik saya di situ. Apalagi, kena smash la...dushhhhhh!."Hang niiiii...kan depa ikut kita pasai hang tak tau jalan nak pi sana? Hang tak ingat ka? Awat yang pelupa sungguh ni...?"....wakakakakaka....

Yalah...pelupa sungguh saya sekarang ni. Padahal tak makan langsung kepala ikan....hahaha. Nak bagi alasan macam Kak Chik masa kelas Arab boleh ka? Kak Chik kata payah nak hafal ayat Al-Quran yang Ustaz bagi sebab ingatan dah tak berapa kuat lepas buat pembedahan mengeluarkan fibroidnya serta pengambilan ubat-ubatan yang pelbagai. Soooo, saya nak kata juga yang saya pun masih terkesan dek dua kali pembedahan LSCS tu...kali kedua lagi teruk...doktor bagi morfin dengan dos yang lebih tinggi...(itu saya terdengar misi-misi yang sedang prepare saya untuk pembedahan mengomel tentang arahan yang diberi pakar bius). Heheh...ada kaitan ke? Saya tak beranilah nak pakai alasan ni depan Ustaz sebab dia dengan tersenyum sinis akan jawab...tak ada kena mengena langsung! Ustaz kata, kekuatan hafalan dan ingatan itu bergantung kepada kekuatan iman kita. Kalau iman terjaga, insyaallah, terang hati...mudah menghafal. Ini baru menghafal ayat 1-11 Surah Al-Mukminun dengan ayat 2-4 Surah Al-Anfaal pun terhegeh-hegeh....

Oklah saya rasa saya tahu kenapa saya tak ingat sebab saya memang jenis tak akan ingat benda-benda yang tak perlu sampai begitu detail sekali. Misal kata, kes saya bersalin tu...yang saya simpan ialah pengalaman masa di hospital, tarikh, tempat ...tapi saya tak berapa beri perhatian kepada berapa lama saya di KL, berapa lama saya di kampung, berapa kali saya berurut atau apa jenis herba yang saya makan masa tu. Mak ingat sebab dia yang jaga saya...kan?kan?kan? (Alasan!!!). Yang macam kes pergi beraya tu...memang saya pergi dan ingat tempat tu, siapa dan apa yang saya makan di situ. Tapi saya tak ingat siapa lagi yang ikut rombongan itu. Juga tak ingat masa bersembang tu apa yang tuan rumah cerita tentang keluarganya. Sebab itu saya ini ada masalah sikit bila kawan-kawan bercerita tentang anak yang ini kerjanya apa, sekolahnya kat mana...sebab saya selalu stop dekat dia ada berapa anak dan may be...namanya siapa. Itu yang kadang-kadang jumpa tu...eh? anak yang bongsu tu umur berapa dah ye? Lepas tu buat muka terkejut dan jawab...ambooiiii...dah besar ek...cepat sungguh masa berlalu! (hahaha...cepat sungguh la pasai hang tu pelupa!!!)

Kena muhasabah diri ni. Lupa sebab apa? Sebab banyak tak ingat Allah agaknya. Hati masih sibuk diisikan dengan dunia. Lalai dan alpa selalu. Atau lupa sebab tak jaga pandangan mata. Tengok apa benda sikit, mulut terus laju mengumpat. Macamana nak menghafal ayat Allah? Kalam yang suci perlukan tempat simpanan yang suci juga. Kalau asyik tak ingat, bermakna hati masih kotor bersalut banyak dosa. Kena buat pembersihan dulu. Baru terang hati.

Wednesday, June 26, 2013

Jerubu Di Hatiku

Jerebu melanda lagi. Jerubu itu balakah? Sebab ada orang yang senang-senang cakap, "Itulah balasan Tuhan". Malapetaka ini menimpa kerana kedegilan rakyat yang memenangkan satu pihak dan menidakkan pihak yang lagi satu. Ke situ pulak dia.

Surah Ar-Ruum ayat 41, Allah berfirman yang bermaksud, " Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)".

Punca jerubu ialah kerana kerakusan manusia yang cuba mengaut keuntungan menerusi jalan singkat. Tanah ladang dan hutan dibakar untuk kerja-kerja pembersihan segera dengan kos yang murah. Natijahnya asap daripada kebakaran itu diterbangkan angin ke negara-negara jiran sehingga menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad, ditambah pula dengan implikasi lain terhadap kesihatan manusia.

Pemandangan di luar tingkap pejabat pada hari Isnin lalu.

Bila tengok jerubu ini, terkait la pula permasaalahan berhubung 'amal makruf, nahi mungkar'. Macam sama aje. Sama macam mana ye? Yelah, tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, tak selesai dengan menunaikan solat, berzakat sebagainya...yang itu kita hanya lepaskan diri masing-masing sahaja. Bagaimana dengan orang di sekeliling. Keluarga kita, misalnya (kalau tak mahu tengok jauh). Banyak lagi yang pincang sedangkan kita tak mampu berbuat apa-apa membetulkannya.

Surah At-Tahrim ayat 6, firmanNya yang bermaksud, " Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan".

Ada anak yang belum bersolat. Belum pandai mengaji. Ada yang belum tutup aurat. Ada macam-macam. Itu baru keluarga, belum lagi masyarakat keliling. Orang Islam lain yang mana dengannya kita bersaudara, bersaudara dari segi akidah dan kepercayaan. Kalau mereka saudara kita, tentulah kita patut sayang dan kasihankan mereka. Orang kalau sudah disayangi, apa kita buat? Tentu kita tak mahu mereka menderita. Masalahnya, kita cuma nampak derita dunia. Tak cukup duit, kita bagi duit. Tak cukup makan, kita bagi makan. Memang dia selamat atas dunia, tapi keselamatannya di akhirat bagaimana?

Bab itu yang belum kita dapat lihat. Saya bercakap tentang diri sendiri juga. Sebab tak dapat lihatlah, kita buat-buat tak nampak. Kita ambil pendekatan 'mind your own business'. Pendekatan, 'masing-masing punya kubur...lantaklah!'. Itu yang jadi 'berjerubu' tu...Patutnya kalau konsep kubur masing-masing itu kita gunapakai, dah tentu siapa yang bakar, dialah yang sedut asapnya bukan? Apa pasal kita yang 'tak jaga tepi kain dia tu, terpaksa pula bertopeng bagai'?

Peringatan yang dikeluarkan syarikat beserta topeng pelindung yang diedarkan oleh Tan Sri & rakan-rakan yang prihatin. Topeng beli sendiri N95 yang telah bertukar tangan kepada sahabat yang lebih memerlukan perlindungan efektif.

Hakikatnya, walaupun kebakaran itu berlaku di tanah Sumatera, tanah-tanah di Malaysia, Singapura & Thailand (khabarnya angin dan mula beralih ke sana) telah terjebak sama. Telah turut sama menerima tempias (bukan tempias lagi dah!). Kesihatan terganggu. Pekerjaan tergendala. Tidak selesa serba-serbi.

Kalau untuk tahun-tahun depan, kita tak mahu lagi gangguan ini terjadi...kita kena mula ambil langkah pencegahan. Kena larang. Kena buat sekatan atau desakan diplomatik. Mungkin juga boleh berkongsi kaedah dan teknologi. Mungkin juga beri bantuan kewangan. Atau apa sahaja, asalkan tidak perlu lagi kerja-kerja pembersihan menggunakan kaedah bakar.

Moral di sebalik kisah jerubu ini ialah, memang setiap yang berlaku itu kerja Allah...tapi ianya terjadi bersebab juga. Bahkan dalam hal ini, ianya sebab tangan-tangan kita juga. Tak payah nak tunjuk kepada siapa-siapa, masing-masing kena main peranan. Sama macam mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan. Tak boleh tunggu ustaz dan ustazah sahaja. Kita pun sama kena buat kerja. Yang semut buat cara semut. Yang gajah buat cara gajah. Yang penting buat. Kita tak mahu jadi seperti Bani Israel yang Allah laknat kerana mereka tidak mencegah kemungkaran.

Berat untuk dilakukan, tetapi bukan sesuatu yang mustahil. Semoga Allah beri kemudahan melaksanakannya.

Tuesday, July 31, 2012

Hamba Siapa?

Adakah kita ini hamba Allah atau hamba Ramadhan?

Selalu saya perhatikan seakan wujud kecenderungan untuk melakukan sesuatu kerana kononnya menghormati bulan Ramadhan. Memanglah kalau puasa mahu markah baik, bukan setakat tidak makan dan minum serta menjauhi perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa tapi kalau kata, "Bulan puasa ni, Aku tak nak mengumpat"...itu macam meletakkan kekangan sementara ke atas diri. Jadi, kalau bukan bulan puasa, tak apa la kalau mengumpat. Begitu?

Kalau di kalangan artis pula (wahhh...maaflah, ini contoh senang sebab masyarakat suka baca & ambil tahu kisah mereka), selalunya ramai yang mengurangkan aktiviti seni masing-masing dengan alasan 'menghormati bulan puasa'...Hemmm...lepas bulan puasa...kira lepas laku je lah. Kalau macam tu, dah jadi hamba Ramadhan, bukan hamba Allah.

Sama juga dengan ibadah-ibadah sunat lain, masa bulan Ramadhan ni, graf ibadah naik mencanak-canak. Tapi kalau lepas Ramadhan graf pencapaian jatuh merudum, itu maknanya Ramadhan belum lagi mampu mendidik diri dan takut-takut yang kita sembah itu bukan Allah tetapi bulan Ramadhan.

Ada juga yang sepanjang bulan Ramadhan, lipstik secalit pun tak ada dan pemilihan baju pun sopan sejuk mata memandang. Bila ditanya, katanya memang itu cara penampilannya sepanjang Ramadhan setiap tahun. Oooo...macam tu...Kan bagus kalau dikekalkan setiap masa. Barulah menjadi hamba Allah kerana berbuat sesuatu kerana mematuhi perintah Allah bukannya mengikut adat/persepsi masyarakat setiap kali Ramadhan.

Juga terbaca di Metro hujung minggu lalu tentang keasyikan warga emas mengunjungi pusat hiburan dangdut. Yang dibangkitkan ialah mengapa mereka yang usia senja lagi badan pun sudah berbau tanah tergamak berpeleseran dan melakukan maksiat dalam bulan puasa? Saya rasa masa bukan menjadi isu pokoknya. Saya tak rasa mereka perlu berpura-pura alim dalam bulan Ramadhan sebab kalau mereka berbuat begitu, mereka hanya menjadi manusia yang hipokrit yang tidak memberi apa-apa makna dalam kehidupan mereka sendiri. Hanya yang mungkin mereka berjaya raih ialah kerjasama yang diberikan agar keseluruhan Ramadhan dihiasi dengan suasana-suasana suci. Plastik!Jadi cadangan yang menyuruh pusat hiburan itu tutup sepanjang bulan Ramadhan sebagai tanda menghormati bulan suci umat Islam itu juga tidak relevan lagi.

Ramadhan untuk dihayati. Apabila masuknya Ramadhan, seolah-olahnya kita sedang memasuki madrasah sebulan. Kalau kita betul-betul berusaha memperbaiki diri dengan mengambil keberkatan Ramadhan ini, tempoh 30 hari itu sebenarnya sudah cukup untuk membentuk satu tabiat yang baik yang akan menjadikan diri hamba Allah yang lebih baik. Malangnya ramai yang melihat Ramadhan itu sebagai sesuatu yang membebankan. Bab-bab makan sahaja dia suka. Sanggup berpenat-lelah hujung ke hujung meronda bazar Ramadhan. Itu belum kira yang membazir duit RM89.90 semata-mata hendak berbuka di hotel terkemuka padahal makannya tak banyak manapun yang mampu ditelan. Sudahnya kekenyangan macam ular saya, solat pun entah ke mana.

Hari ini sudah 11 Ramadhan...tak lama lagi penghujungnya akan sampai. Minggu lepas kita warm up...sekarang ini sepatutnya kita sudah mula berlari-lari anak supaya boleh memecut di penghujung nanti kerana dalam kelompok 10 hari terakhir Ramadhan itu ada terkandung satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Itu buruan kita kerana untuk mendapat ganjaran pahala yang menyamai 83 tahun beribadat itu bukanlah sesuatu yang kita selalu boleh dapat. Hanya sekali setahun. Dan belum tentu tahun depan umur kita panjang untuk mencuba lagi. Entahkan ini Ramadhan yang terakhir, siapa tahu?

Tapi yang sebaliknya, kita tersilap memecut awal...itu yang bila dekat-dekat penghujung semua sudah penat. Itu yang terjadi di masjid-masjid. Pada awalnya memang melimpah-ruah dengan jemaah sampai ada yang sanggup bentang sejadah di kaki lima. Hari demi hari, makin berkurang. Yang surirumah tak ada masa sebab sibuk hendak buat kuih raya pula. Yang lain-lain pun entah apa jadinya, sama sibuk. Akhir sekali, tinggallah saf dua baris. Itupun kalau nasib baik, silap-silap tinggal AJK masjid sahaja.

Promosi hari raya semakin menjadi-jadi sekarang sehingga menjadilah masyarakat kita lebih teruja dengan raya. Mesti mau raya dengan bersungguh-sungguh. Meriah! Persiapan raya lebih ditekankan berbanding persiapan mendapatkan Lailatul Qadar. Malah ada yang sudah mula syahdu mendayu-dayu dek ketagih mendengar lagu raya. Itu yang sampai bermasam-muka bercakaran sebab belum mencapai kata putus tahun ini hendak balik raya di kampung siapa.

Harap belum terlambat untuk kita kembali mensasarkan kepada sasaran yang sebenar. Yang penting, Ramadhan ini kita gunakan untuk melatih diri beribadat. Misalnya, kalau tak mampu baca habis satu Al-Quran pun tak apa. Yang penting, tanamkan kesungguhan hendak memahami Al-Quran. Berdikit-dikit pun tak apa, janji berterusan mudah-mudahan sebati menjadi amalan walaupun di luar Ramadhan. Setiap orang mesti melakukan pembaikan dan pengubahsuaian. Sudah elok tutup mulut rapat sepanjang Ramadhan ini, harapnya nanti akan terbiasa mengawal keinginan untuk bercakap yang bukan-bukan sesudah Ramadhan...buatlah apa pun, janji ada.


Wednesday, December 22, 2010

Caca Marba

Saya sebenarnya jarang menonton rancangan-rancangan televisyen tempatan. Ada banyak sebab, satu, kat rumah tu remote control samada dikawal oleh bapaknya...ataupun anak-anaknya. Kedua, selalu kalau kat rumah tu, 1001 benda henda buat...jadi jarang boleh betul-betul tumpu perhatian depan TV. Boleh tengok sambil lalu lalang je. (Cuma masa anak-anak tak ada ni, lapang sikit la...tapi dok nengok HBO & Star Movies la pulak).

Tapi bila balik kampung jengok anak-anak dihujung minggu, dapatlah join tengok apa program yang ada. Biasalah, kalau ada budak-budak ni, saluran kesukaan diaorang dah tentulah 611. Tertengoklah satu rancangan bakat nyanyian untuk anak-anak.

Sebelum tu terbaca kat akhbar tentang satu lagi program seumpamanya di saluran TV bukan berbayar. Masa baca kat akhbar tu, ada le gambor si penyanyi cilik ni sedih berpelukan dengan rakan baiknya kerana menyangka akan tersingkir minggu itu. Keseluruhannya menggambarkan betapa kalaulah dia tak dapat teruskan perjuangan tu, macam sangat-sangat 'mendukacitakan' lah.

Kemudian bila tengok yang kat TV tu pulak, hemmm...apa ya...
Menyanyi memanglah boleh menyanyi. Bagus. Pandai kawal suara. Sedap didengar. Tetapi...untuk apa? Dapat hadiah? Dapat populariti? Kemudian??? Jadi artis??? Semuanya sama bangsa, sama agama dengan Telipuk. Anak-anak yang belum kenal realiti kehidupan didedahkan dengan kehidupan kerdipan neon yang memukau dan melalaikan. Ibubapa dan keluarga pula kelihatan begitu teruja dan sungguh-sungguh berharap si anak menang. Pokoknya, penyertaan mereka adalah dengan galakan dan dorongan mak ayah. Rata-ratanya begitu. Tak ada yang kata "mak dan ayah tak beri saya masuk pertandingan ini, tapi saya tak kira...saya masuk jugak!". Bukti galakan itu ialah kehadiran mak dan ayah (tok nenek, sepupu sepapat belum kira lagi) di situ. Jelas nampak di situ, yang ramai ibubapa sudah lari 'fokus'nya bab mendidik anak-anak. Membesarkan anak-anak memanglah tak ada masalah. Mendidiknya itu yang payah.

Kesian pun ada tengok anak-anak kecil ini berdepan dengan kritikan juri. Kritikan yang sama macam kat AF sana lebih kurang...
"Lagu ini tak sesuai untuk anda"
"Persembahan yang selamat...boleh diperbaiki lagi"

Ada satu tu, budak ni nyanyi lagu cintan-cintun. Tak ingat lagu apa. Maklum balas seorang juri tu dan dialognya lebih kurang begini :

Juri : Adik pernah bercinta ke tak? Kat sekolah ke...?
Adik : (Menggelengkan kepala) Tak pernah.
Juri : Haaa...itulah pasal...susah hendak menyampaikan lagu cinta sebab tak ada penghayatan (lebih kuranglah maksudnya). Lain kali kena berhati-hati memilih lagu.

Aiii...umur baru setahun jagung budaknya, buat apa la komen sebegitu. Itulah masalahnya buat pertandingan macam tu...budak-budak nyanyi lagu orang dewasa. Kesudahannya budak-budak tu berlumba-lumba untuk 'jadi' macam orang dewasa. Nyanyi lagu-lagu cinta yang tangkap leleh. Pakaian pun entah apa-apa. Kena buat gaya macam superstar atas pentas, terkinja-kinja ke sana ke mari mencari perhatian dan memancing undi.

Budak-budak ujilah ikut cara budak-budak. Nyanyi lagu budak-budak ke. Lagu can mali can pun okay apa. Lagi bagus kalau tak payah buat langsung!

Entahlah, mungkin sebab Aku melihatnya melalui perspektif berbeza...kalau ikut perspektif sempoi, rileks aaa...suka-suka je, ala tak apa...apa salahnya, mungkin Aku tak sensitif telinga bila pengacaranya mengeluarkan ayat-ayat 'songsang' seperti...

"Insyaallah adik, minggu depan adik akan nyanyi dengan lebih baik, kan..."

"Ya Allah, adik...sedapnya nyanyian adik...sampai tak tahu nak komen apa..."

Dan dalam satu program realiti orang dewasa, si pemenang yang saban minggu menari dengan pasangannya dengan macam-macam gaya telah membuat sujud syukur di atas pentas.

Baguslah, kan? Sekurang-kurangnya dia bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.

Hemmm...

Wednesday, December 01, 2010

Permata Pemotong Permata

Kebelakangan ini antara berita yang banyak menghiasi akhbar-akhbar tempatan ialah tentang trend perceraian dan keruntuhan rumahtangga. Statistik yang dikeluarkan memang menakutkan, menakutkan bagi kita umat Islam yang mana perkahwinan adalah sunnah dan Nabi Muhammad S.A.W sangat berbangga dengan bilangan umat yang ramai...dan lagi, institusi keluarga itu sendiri adalah komponen penting dalam pembentukan akhlak masyarakat dan umat keseluruhannya.

Kemudian, keluarlah pula polemik tentang boleh atau tidak seorang isteri menyaman wanita yang menyebabkan keruntuhan rumahtangganya. Kira, orang ketigalah. Ada yang kata ada peruntukan, ada yang kata tidak ada. Bab saman menyaman ini sudah jadi budaya nampaknya. Apapun, kalau tanya saya...tak payahlah nak saman satu pihak aje. Bab gangguan orang ketiga ini tak jadi sebelah pihak sahaja...orang kata, kalau tak bertepuk dua belah tangan...masakan berbunyi??? Lepas tu dituruti pula dengan kisah keruntuhan rumahtangga yang disebabkan oleh laman sembang dan jaringan kenalan/sosial seumpama Facebook.

Kisah suami/isteri bertemu orang lain sehingga mengabaikan pasangan dan keluarga kerap kedengaran. Sepertimana kata seseorang tu, walaupun pisau boleh membunuh, tak kan lah sebab hendak mencegah pembunuhan maka kita kena haramkan pisau. Pokok pangkalnya ialah macamana kita menggunakan kecanggihan teknologi agar memberi manfaat kepada diri. Teringat tajuk debat masa sekolah dulu, Television Brings More Harm Than Good...hahaha...tu zaman TV ja...belum ada muka buku tu semua...Dengan segala kecanggihan teknologi kini, macamana kita hendak mengimbangkan manfaat dan keburukan...pandai-pandailah fikirkan. Jangan fikir dengan kepala lutut sudah!

Oh ya, bab nak beralih hati dan perasaan ini tak payah tunggu 'terpengaruh' dengan Facebook saya rasa...kalau sendiri memang cenderung macam tu, sekadar jumpa kat pasar malam pun boleh juga...yalah, kalau itu yang dicari. Orang kata cari penyakit. Penyakit kat Facebook ni satu fesyen je...mula-mula dia ada akaun...dia teruja tambah kawan-kawan lama, maklumlah...hok sekolah tadika sempat seminggu tu pun dia boleh jumpa semua kat situ. Tiba-tiba satu hari dia teringat pulak dekat awek yang dia pernah usyar masa zaman cinta monyet dulu. Cari punya cari, keluar 3 nama serupa...test punya test...satu tu bagi respon yang tepat. Sah! Si Siti Senget (bukan nama sebenar!) tu le kekasih lama dia...perghhh...happy giler! Mula la tanya itu tanya ini, dok mana, kawin ngan sapa, anak berapa? Tanya punya tanya Siti Senget tu pun buka cerita, yang dia dah bertahun menjanda...anak dah ada 4 orang. Maka, kawan ni pun teruja hendak bersimpati mengurangkan rasa tekanan mana yang ada. Bagi sokongan. Tolong dengar masalah. Hari-hari chat. Mula-mula biasa2. Lama-lama dah jadi luar biasa. Membawa sampai jumpa...maklumlah cinta lama, payah nak dilupakan. Layan punya layan, habis bergoyang rumahtangga sendiri. Haaa...tu sapa yang sendiri cari penyakit???

Kadang-kadang sedih juga bila ada wanita yang tahu dia bermain dengan api...tetapi tetap tega meneruskannya. Ada wanita yang dalam sedar menjalin hubungan dengan suami orang.Sebagai seorang wanita, saya sebenarnya rasa malu dengan sikap wanita yang mencari jalan mudah dengan alasan yang semuanya menjurus kepada kepentingan diri sendiri. Malu kerana ada yang sanggup menjatuhkan martabat kaum sendiri semata-mata kerana mengejar kebahagiaan yang sifatnya sementara dan dalam keghairahan memenuhi kehendak diri, menyebabkan banyak rumahtangga yang roboh dan musnah. Semuanya untuk apa??? Jangan bagi alasan hendak mengisi kekosongan hati yang sepi sebagai jalan untuk mendekati lelaki yang sudah beristeri. Jangan cakaplah hubungan hanya sekadar kawan biasa. Beritahu saya ke arah mana hubungan seorang lelaki dan wanita akan pergi kalau sudah selalu dibajai dengan alasan-alasan mengambil berat sebagai kawan, tempat mengadu nasib dan dia seorang yang memahami? Siapa yang akan mengambil tempat bila kedua-duanya bertemu? Ternyata itulah tipu daya dan helah syaitan. Akan tetapi tak usahlah melulu salahkan syaitan kalau sudah sendiri yang membuka jalan.

Memanglah bukan hendak persalahkan wanita 100%...Betul, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kenapa hendak fokus kepada kesalahan sebelah pihak sahaja? Bukankah kita sudah tahu, lelaki itu perumpamaannya ibarat kucing yang tunduk alim depan lauk bila tuannya ada? Kucing, kalau peluang sudah ada depan mata…kalau tidak dijamahpun, dihidu juga, kan? Seorang lelaki pernah memberitahu saya, bohonglah kalau ada lelaki yang tidak terusik hati dan keinginannya bab mahu lebih daripada satu perempuan ini. Baik jalan halal atau jalan haram, keinginan itu ada. Bergantung kepada tebal atau tipisnya iman seseorang. Bahkan ada juga yang alim tetapi tewas! Bab iman dan amal ini mungkin perlu kupasan lebih lanjut, tetapi untuk tulisan ini secara umumnya saya berpendapat sesiapa sahaja jika ada ruang dan peluang (kecuali hambaNya yang benar-benar bertakwa) akan memanfaatkan untuk kepentingan diri sendiri.

Adakah saya tidak faham situasi kaum sejenis saya yang 'tersepit'? Bukanlah niat saya menghancurkan impian wanita-wanita yang kesepian ini mencari teman di kalangan golongan lelaki yang sudah beristeri. Saya faham lelaki diberi hak untuk berpoligami. Kalaulah betul serius, lakukanlah dengan betul. Jangan hendak sorok-sorok. Jumpa keluarga dan orang yang boleh dipercayai untuk menjadi orang tengah. Bincang elok-elok supaya hajat dapat disempurnakan dan maksiat dapat dielakkan. Tak apalah hati hancur kerana poligami, jangan hati hancur kerana hidup membenarkan dosa berlaku berterusan kerana dosa dengan Allah ini berat!

Yang sedih tu ada wanita yang suka menyalahkan sang isteri konon bersikap tidak adil dan pentingkan diri. Kata kononnya isteri itu tidak memahami perasaan dan situasi wanita yang kesepian. Menabur tuduhan yang isteri itu wanita tamak yang enggan berkongsi kasih sayang. Lalu apakah alasan itu mewajarkan perbuatan maksiat yang terang-terang termasuk dosa besar. Nauzubillah. Padahal mungkin baru inilah isteri itu tahu kewujudan insan ketiga. Padahal mungkin isteri itu juga bertahun ini ditipu hidup-hidup oleh insan yang bergelar suami. Jangan terkejut kerana ada isteri yang sebenarnya rela dimadukan daripada hidup dikumpulkan dengan dosa (saham tidak langsung yang isteri dapat kerana lebih suka suami buat maksiat daripada membenarkannya bernikah secara halal).

Saya percaya, adalah lebih mulia untuk seorang wanita memelihara dirinya sebagai insan yang istimewa dan perlu dihormati. Janganlah mudah memberi, apatah lagi kepada yang tidak sepatutnya. Beberapa hari lalu saya ada terbaca satu ruangan agama di sebuah majalah, kisah bab hubungan lelaki wanita inilah. Kata ustaz ni, kalau betul seseorang lelaki itu kasihkan seseorang wanita itu dan ikhlas hendak memperisterikannya, maka dia tidak akan tergamak memperlakukan wanita menurut kehendak nafsunya, malahan dia akan menjaga dan menghormati maruah serta kehormatan wanita itu...dan betul-betul menjadikannya milik yang sah. Tak kisahlah, menjadikannya isteri nombor berapa pun (dalam kes lelaki yang sudah berkahwin)...kalau berani hendak buat, beranilah tanggung. Barulah kelas!!! Kalau nak kahwin, tapi takut bini...lupakan ajelah!!!

Lama manakah hendak bergantung harap pada kesetiaan dan kasih seorang lelaki yang tidak ada jaminannya? Mengapakah masih leka dibuai janji-janji kosong dan merelakan diri bergelumang dosa hanya kerana mahu merebut kasih sesama manusia? Padahal ada satu jaminan yang langsung tidak akan dimungkiri yang Allah janjikan untuk lelaki dan wanita yang beriman dan beramal soleh di dunia yang kekal abadi jikalau mahu benar-benar tunduk kepada perintahNya. Kebahagiaan yang sementara di duniakah atau kebahagiaan hakiki di dunia yang kekal abadi yang patut diberi keutamaan? Apakah lebih sanggup menukarkan syurga dengan neraka hanya untuk mengecap bahagia yang entah cuma untuk beberapa tahun? Fikir-fikirkanlah.

Bahawa segala dugaan yang menimpa itu sepatutnya mendekatkan diri kepada Illahi, bukannya semakin jauh. Jalan untuk menyelesaikan masalah ialah meluah kepadaNya. Memohon dan berdoalah agar diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi rintangan hidup, bukannya dengan jalan mencurah masalah kepada teman-teman lelaki. Melainkan kalau memang niat mahukan perhatian lelaki itu dengan umpan simpati. Kalau belum terlambat, berundurlah. Kalau sudah terlambat bertaubatlah.

Tuesday, September 14, 2010

Raya Oh Raya

Hari ini sudah masuk hari kelima bulan Syawal. Seperti pagi semalam, pagi ini juga hujan turun lebat mencurah membasahi bumi Kuala Lumpur. Kami sudah pulang ke ibukota pada hari raya ketiga lagi kerana Abang mula bertugas hari Isnin. Hari ini lebih sunyi lagi. Jiran sebelah belum muncul, jiran-jiran di bawah tu pun tak nampak batang hidung. Aiman pun mula bersekolah pagi ini. Tak dapatlah menangguhkan lagi posting yang sudah lama tertunda. Bukan sebab tak ada masa, tetapi tak ada 'selera'.

Tahun ini sudah dua kali berturut-turut Aku menyambut raya di kampung mertua. Bukan tak hendak mengamalkan sistem giliran, tetapi adakalanya yang dihajati tidak dapat dilaksanakan oleh adanya gendala lain. Raya itu sendiri bukanlah lagi sesuatu yang mengujakan untuk Aku. Bagi Aku, beraya di mana pun tak kisah...malaslah hendak bergaduh-gaduh bermasam muka pasal bab raya ni.

Masalah di Malaysia ini, sambutan raya itu sudah terlebih promosi. Memang komersil habis. Padahal 1 Syawal itu adalah harinya umat Islam sepatutnya bergembira kerana kemenangan 'berjuang' menentang hawa nafsu sepanjang Ramadhan. Pengisiannya sepatutnya berbeza. Berbeza dari segi bentuk 'kegembiraan' yang patut ditunjukkan. Mual sungguh dengan program hiburan di kaca TV. Semuanya gembira tak ingat! Menyanyi menari menghibur hati. Macamlah baru lepas siksaan!

Satu lagi yang membohsankan Aku ialah drama-drama airmata yang entah mengapalah dibuat sebegitu rupa. Sesalan. keinsafan. Hukum karma. Serupa sahaja rencahnya. Sebenarnya meminta maaf sesama manusia itu bukanlah hanya dibuat pada 1 Syawal. Tak ada satu tarikh keramat pun. Yang afdalnya ialah bilamana kita buat salah pada orang, wajib cepat-cepat minta maaf. Tak sepatutnya tunggu masa beraya barulah hendak keluar ayat-ayat sakti yang entahkan dihafal, diciplak, digubah sendiri atau apa untuk mengungkapkan penyesalan dan memohon kemaafan. Okaylah bab minta maaf tu, tak adalah berdosa apa...cumanya jangan kita terlupa pula yang bila-bila masa pun sepatutnya kita kena ringan mulut dan lapang dada mengakui kesilapan dan melupakan kesilapan yang orang buat terhadap kita. Takut kita ini 'gugur' bila-bila masa, selagi tak langsai hutang sesama manusia tu...bimbang nanti tersangkut pulak hisab kita di akhirat nanti.

Balik kampung pun satu hal juga. Berlumba-lumba macamlah dia seorang sahaja ada kampung halaman. Please laaa! Memng seronok dapat pulang beraya dengan sanak saudara. Siapa yang tak hendak...Tapi, kalau kepulangan yang dinanti itu mengundang tragedi dan airmata...buat apa? Oh ya, Aku bercakap tentang kemalangan jalanraya. Macam sudah jadi satu budaya pula. Yelah, budaya balik kampung ini kan besar chain effectnya...dari bengkel-bengkel kereta (kereta kena servis baik-baik untuk berjalan jauh) sampailah ke pengusaha-pengusaha stesen minyak sepanjang lebuhraya (yang menyediakan minuman kopi percuma) dan para pengusaha trak penunda...belum masuk lagi bab rumahtangga...huh...besar sumbangan hari raya ini kepada ekonomi negara. Jangan ada yang muflis lepas raya sudahlah!

Cakap pasal budaya ni...risau Aku tengok anak-anak Aku ni...boleh depa kata "mana duit raya?" pada orang yang belumpun panas punggung datang bertamu. Nak cubit-cubit rasanya!

Thursday, May 06, 2010

Seram-seram Sejuk

Malam Jumaat dan cerita hantu...entah mengapalah kita disogokkan dengan siri-siri drama seram yang mengarut begitu. Dahulu agak lama juga cerita-cerita tahyul begitu tidak muncul berleluasa sebegini. Namun semenjak kebangkitan filem seram box office Jangan Pandang Belakang, satu demi satu bahan bertemakan seram ini dikomersialkan dengan menggila.

Tak usahlah konon hendak menyampaikan pengajaran penting yang berkaitan iman dan Islam. Tak ada maknanya! 95% jalan cerita tentang hantu yang membalas dendam dan menyebabkan kematian, menyebabkan penonton yang 'teruja' menunggu saat ditakutkan oleh adegan-adegan menyeramkan itu...hujung-hujung barulah hantu itu kalah dek adanya tok imam dan tok lebai yang menolong menentang hantu-hantu dengan kalimah suci Al-Quran. Lalu dibuatlah kesimpulan bahawasanya hantu-hantu itu pastilah lambat-laun kalah jua. Kalaulah kita semua kena menunggu untuk berasa 'gerun' pada hantu sebelum beroleh keinsafan dan motivasi untuk kembali kepadaNya, beramal dan beriman dengan suruhanNya...sungguh malanglah kita!

Saya fikir, ada banyak cara lagi untuk menghasilkan filem/drama yang 'berisi' yang boleh membuatkan penonton berfikir. Tapi kata orang cerdik pandai bidang ini, selera penonton tidak menjurus kepada filem/drama yang memerlukan mereka berfikir. Mereka mahukan filem/drama yang santai, yang tak perlu guna otak...tengok sajaaaa. Betulkah begitu?

Saya tengok pelakon-pelakon kita pun tidak kurang hebatnya...kalau diberi watak bohsia...perghhh, bab kata orang, memang sungguh berkesan dan menjadi lakonannya. Cuba tanya artis-artis muda ini...rata-ratanya mahu watak yang mencabar sepeti watak perempuan penggoda yang boleh buat penonton mual dan benci (rasa berjaya sangatlah kalau menerima reaksi sebegitu), watak isteri yang teraniaya, watak anak derhaka yang sampai tunjal kepala dan tendang perut ibu dia...huh! sadis sungguh! Apakah tidak ada cara lain yang boleh meraih perhatian penonton dan dalam masa yang sama memberikan mesej yang mendalam dan berkesan?

Jadi sebenarnya, saya tak perlu tunggu tengok cerita hantu malam Jumaat ini sebab tengok drama-drama lain pun 'trauma' dan 'menyeramkan'. Pendekata, setiap masa pun ada cerita 'hantu'.

Tuesday, April 20, 2010

Dari Kaca Mataku

Cuaca di luar mendung dan suram. Pagi tadi, sisa kebasahan terlihat di mana-mana. Hujan sepanjang malam.

Cuaca dalam pejabat, walaupun agak 'suram' sebab ramai yang tidak ada, tetap saja berbahang dan 'meletihkan'. Letih kerja banyak tak apa, tapi 'letih' dengan pendekatan yang diambil untuk melaksanakan sesuatu kerja itu yang selalu buat Aku tak 'larat'.

Tak apalah, hal-hal kerja memang macam itulah. Buat sahajalah. Sementara melepas penat bergelut dengan isu-isu kerja, berehat sekejaplah layan gambar-gambar yang diambil semasa lawatan ke zoo hujung minggu lalu.

Oh ya, semasa berada di zoo itu, leka juga memerhatikan flora dan fauna yang ada. Bukanlah Aku hendak serius dengan fotografi (kamera cikai jer pun yang ada)...cuma seronok dapat melihat sesuatu daripada perspektif yang berbeza. Yelah, semua orang pun pergi ke zoo, atau pergi ke pantai terkenal atau apa sekali pun...yang membezakan ialah cara kita 'melihat' dan berinteraksi dengan suasana di situ...itu yang menjadikan sesuatu kunjungan itu bermakna atau tidak.



Tengok, Aku bernasib baik dapat tengok beruang matahari ini berdiri. Sebenarnya, masa dekat kurungan beruang tu, tinggal Aku seorang aje. Yang lain-lain sudah bergerak ke kandang lain. Beruang tu macam tahu-tahu je Aku dok perati perangai dia...heheh...tu yang dia buat posing berdiri tegak tu kot...uishh...memang lurus belakang dia berdiri tau! Cuma jarak jauh...dapat hasil begini ajelah. Selain dikelilingi kurungan berair dan berbatu-batu, terdapat juga pagar yang mempunyai arus eletrik disekelilingnya...beruang tu pun dah tahu, dia tidak dapat datang hampir.

Masa dekat kandang harimau bintang dan puma, nak tergelak pun ada. Puma tu ler terutamanya, macam tak puas hati jer berlegar-legar, mundar-mandir sambil matanya mengerling tajam. Aku cakap kat mak, "Macamanalah dia tak senang duduk, mak...dia tengok uisshhh...banyaknya lauk kat luar tu...tapi tak boleh hendak cekau...kikiki". Alamakkk...serammmmm la pulak, kan? Sebab si puma tu tak boleh duduk diam, memang payah hendak snap gambar dia.



Pak Belang ini pun tak senang duduk tengok orang ramai. Aku tak lama kat sini, pasal seganlah pulak dekat seorang potographer yang hadir dengan gadgetnya yang pelbagai tu ala-ala National Geographic nyer staf le pulak...hahaha. Lensa dia pun dah panjang sedepa. Mesti dapat gambar baik punya...rasa hendak menyendeng pun ada juga..:)



Burung bangau ni memang banyak. Yang atas pokok, yang dalam air...macam-macam jenis ada. Dia boleh buat tak tahu jer dekat pengunjung. Geng yang ini tengah sedap melepak dan berjemur di tebing kolam.



Dapatlah juga tengok jenis Chilean Flamingo yang ada berbelas ekor dalam 'kandang' zoo internet Aku tu...hahaha...



Daun pakis yang tumbuh menghijau antara celahan pohon jejawi. Pokok jejawi kat sini, ada yang besar merimbun sangat...kalau kat kampung, memang tahu 'siapa' yang suka menumpang kat atas pokok-pokok macam ini di waktu tengah malam...siapa yeeee...:)



Tak tahu bunga apa dan tak pasti apakah sengaja ditanam atau tak sengaja tumbuh. Tapi kena pula dengan suasana redup dan damai di laluan ini, jalan menuju ke tempat kurungan harimau.



Sekali imbas macam putik betik pula...tapi bukan.



Kalaulah ada ruang hendak bercucuk tanam nanti, mana tau kan...rasa-rasanya Aku hendak mencuba tanaman seperti ini.



Cantiklah heliconia ini...emm...dan rasanya hendak tanam pokok kantan juga...(penting tu, senang Aku nak masak laksa...heheh)



Oppsss...ada haiwan terlepas ke? Walaupun kami tidak berkunjung ke bahagian haiwan reptilia, terserempak juga dengan anak biawak yang rasanya menumpang tinggal di dalam persekitaran zoo ini.



Tingginya macam zirafah! haa...tengoklah betapa tingginya zirafah ini.



Okay, dan ini pula aksi ala Sangam dengan sang Gajah.



Dialog dia macam ini ya...

"Mujhe mujhe ka hena he..."
"Mujhe mujhe ka hena he..."
"Pele tum..."
"Pele tum..."
"Pele tum!"
"Tum!"
"Tum!!!!"

Hahahah...dan tu dia, hujan pun sedang mencurah dengan lebatnya di luar sana.

Tuesday, December 15, 2009

Bila Bahasa Jadi Halangan

Adakalanya bukan orang hendak dengar sangat fakta-fakta atau menghakimi dalamnya pengetahuan kita akan satu-satu perkara tetapi orang hendak tengok macamana kita menyampaikan mesej dengan berkesan. Cara kita bercakap, lenggok bahasa yang kita gunakan...yang penting selepas habis kita bercakap tu, masuk ke kepala tak apa yang kita cuba jelaskan? Orang semakin faham atau lebih bercelaru?

Begitulah, kita mungkin tidak menyangka sesuatu yang mudah pada kita tiba-tiba menjadi sesuatu yang menjerat.

Aku dapat bayangkan betapa hebatnya pakar-pakar itu bercakap dan berdebat sekiranya bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Inggeris. Aku dapat rasakan betapa mereka bergelut mencari-cari perkataan yang sesuai untuk mengabungkan makna demi makna bagi mengulas topik yang diperbahaskan. Kekalutan itu jelas terlihat. Rasa cemas berbicara dalam bahasa ibunda sedangkan lidah sudah lazim dan pemikiran sudah seiring selesa bertingkah dalam bahasa Inggeris. Kesian pun ada juga. Sudahnya kehangatan perbincangan itu tidak dapat dirasai. Dari satu ayat ke satu ayat dan dari satu patah perkataan ke satu patah perkataan, banyak sangat 'space filler'nya.

Jadi, selepas menontonnya...Aku tidak pelik merasakan tiada apa-apa yang baru disitu. Tiada apa-apa yang boleh berbekas di kepala penonton. Kalau yang kurang faham dan banyak salah tanggap tu...nasiblah, silap hari bulan lagi kuat mereka hendak 'menerkam'. Almaklumlah, banyak persoalan yang bukan sahaja terbiar tidak berjawab...dan kalau dijawab pun tidak benar-benar menyakinkan.

Itulah...jangan ingat kalau dok selalu makan budu, makan cencalok tu ....ingat Melayu...rupa-rupanya berterabur juga.

Monday, August 10, 2009

Kelab Oh Kelab

Ada yang bertanyakan pendapat saya tentang penubuhan Kelab Poligami yang beribu pejabat di Country Homes Rawang, tak jauh dari rumah saya di Bandar Tasik Puteri itu. Dua hari ini pun banyak maklumbalas NGO dan entah siapa-siapa dipaparkan dalam akhbar. Sentimen saya berubah banyak dari kali pertama saya mendengar tentangnya. Itupun setelah membaca penjelasan yang diberikan oleh isteri bekas pemimpin Al-Arqam yang mengasaskan kelab ini.

Saya tidak bersetuju, diulang...tidak bersetuju jika sekiranya kelab ini ditubuhkan dengan niat menggalakkan dan mempromosikan poligami. Saya tidak merasakan amalan yang hanya lelaki-lelaki yang terpilih sahaja boleh lakukan layak dipromosikan kepada lelaki-lelaki 'ala kadar' diluar sana yang hanya kenal satu ini sahaja sebagai sunnah Rasulullah.

Pada pendapat saya yang banyak kelemahan dan kekurangan ini, amalan poligami ini bukanlah sesuatu yang digalakkan tetapi diberi kelonggaran atas sebab-sebab tertentu misalnya melindungi wanita (ini kena kupasan lebih lagilah...kang ada yang main serkup aje), mendapatkan zuriat (sekiranya isteri yang ada tidak berkemampuan) ataupun sebagai jalan memelihara iman dan menundukkan nafsu (mana tahu kalau dapat suami yang nak itu je setiap masa...).

Apabila membaca keterangan lanjut pengasas kelab ini, walaupun saya perempuan yang 'normal' (maaf, belum mencapai tahap 'luar biasa'), saya dapat memahami keperluan untuk mengadakannya. Kalau dari penerangan yang diberi, sepatutnya lelaki-lelaki di luar sana yang tersengih-sengih tak sabar nak hantar borang keahlian tu patut berhenti senyum dan perempuan-perempuan yang risau takut suami jadi ahli pun patut hentikan kegusaran melampau itu. Sebabnya?

Okay saya beri satu situasi ini sebagai contoh ikut pemahaman sayalah. Harap tidak silap.

Katakan si A ni dah ada isteri, si B. Ditakdirkan si A jatuh cinta pula dengan si C dan berhajat menjadikan si C isteri nombor 2. Maka mengamuklah si B. Si A pun tersepit serba-salah. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Nasib baik ada Kelab Poligami. Lalu A pun pergilah merujuk masalahnya kepada kelab itu.

Di sinilah peranan kelab poligami ini. Kelab akan memberi nasihat kepada A samada patut atau tidak meneruskan hasratnya beristeri lebih. Ada banyak aspek yang kelab akan tengok. Misalnya apakah A ini individu muslimin yang baik. Kalau sembahyang lima waktu pun tak cukup, janganlah letak pengharapan tinggi sangat pasal kelab ini bukan calang-calang pengikutnya. Lepas tu kena tengok juga keupayaan kewangan. Kalau bayaran sewa rumah pun isteri yang tanggung, tak payahlah berangan. Lepas tu tengok macam-macam lagi keupayaan mendidik isteri, agihan masa , kebajikan anak-anak...huuu...pendek kata bukan asal kata nak kawin lebih tu kelab ni akan permudahkan tapi silap hari terus tak dapat kawin lain pasal tak cukup kelayakan.

Dan kalaulah si A itu cukup semua syaratnya tetapi si B tetap saja tak rela, maka kelab akan memberikan kursus menerangkan tentang hakikat poligami itu supaya si B lebih faham dan redha dengan jodoh baru suaminya.

Seperti biasa akan ada reaksi keterlaluan dari mereka yang kononnya pandai. Saya fikir, eloklah jangan terlalu cepat menghukum. Bukan apa, kadang-kadang dalam keghairahan melontarkan pandangan itu, ia secara tidak sengaja menunjukkan kecetekan pemikiran. Sebaiknya, kalau tidak tahu, dapatkan rujukan dahulu jangan main hentam keromo ikut emosi supaya nampak ketrampilan sebagai pejuang. Dan takut-takut kita mempertikaikan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Wednesday, July 01, 2009

Yang Karut Lagi Mengarut

Aku bukanlah seorang yang 'moden' dalam banyak hal. Maksud Aku, pemikiran, pembawakan dan gaya hidup amnya. Tapi bukan juga termasuk kelompok yang kolot. Kira-kiranya yang sedang-sedang aje! Cuma yang pastinya, dalam segala hal, Aku yakin kita semua percaya, apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita adalah atas ketentuanNya. Bukan apa, yang hairan tu...dalam dunia sekarang masih ramai yang percaya kepada perkara-perkara tahyul dan karut-marut. Suka sangat mengaitkan apa yang berlaku dengan sesuatu yang lain. Masih ramai orang kita yang takutkan hantu dari takutkan Tuhan. Yang percayakan bomoh dari percayakan takdirNya. Mungkin sahaja apa yang menimpa kita itu kebetulan sama dengan apa yang tok moh kata...tapi, pokok pangkalnya kalau tidak dengan izinNya, baik perkara elok mahupun tak elok, tak akan berlaku.

Ada dua tiga kes yang Aku terbaca di suratkhabar pasal wanita yang dirogol semasa mendapatkan rawatan dengan tok bomoh ni. Yang tak tahan tu, boleh dia percaya tok bomoh tu bagi syarat kena buat macam tu untuk sembuhkan penyakit dia...adooiiii! Kat manalah logiknya? Memang sah-sah cari penyakit. Penyakit yang ada tak baik, penyakit lain pulak yang dapat. Tapi bukanlah Aku nak kata tok bomoh tu semuanya jahat. Memang ada pengamal perubatan tradisional yang boleh complement rawatan penyakit moden ni dan juga untuk kes-kes misteri nusantara. Cuma masalahnya ramai juga orang yang menangguk di air keruh. Tak tahu mana yang benar mana yang palsu. Tapi kalau dah sampai suruh bukak kain, tunjuk aurat kat dia...Aku rasa dah melampau lah tu. Kot ye pun nak cari rawatan alternatif, fikir-fikirlah sama...tak kan main ikut sahaja. Kalau Tuhan suruh kita buat suruhan Dia, banyak pulak cengkadak kita berhujah hukum itu ini...yang bab cenggini tetiba tak reti pulak nak argue...pelik!pelik!

Dan kepercayaan karut-marut seperti ibu mengandung tak boleh bersiang ikanlah, tak boleh potong ayam lah...tak boleh duduk depan muka pintu pasal takut susah nak melahirkan anak...rupa-rupanya masih ada. Bila kebetulan bayi yang dilahirkan itu ada masalah, mulalah kecoh cari bomoh sebab percaya adanya pelanggaran pantang-larang. Teringat hadis masa belajar dulu tentang tiada sial majal pada burung hantu, bala di bulan Safar dan ada lagilah keterangan yang Aku tak ingat. Cuma yang pentingnya , sebagai orang Islam asas pegangan kita sudah jelas iaitu perpegang kepada rukun yang enam itu. Dalam hal ini, percaya kepada Qada' dan Qadar.

Ada satu masa dulu, Aku terkilan juga bila ada mulut-mulut yang tak de insuran tu mengaitkan cara Aku melahirkan anak dengan beberapa perkara yang Aku ada buat kononnya. Yelah, kira Aku ni pecah rekodlah dalam keluarga tu. Tak ada seorang pun yang kena bedah, semua elok aje melahirkan anak cara normal. Lagi sakit hati tu ada gak yang cakap, "Orang kata, kita kalau buat salah dengan suami...tu yang jadi susah nak beranak tu"...Amboi! Sedapnya mulut mengata Aku! Tahu ke dia macamana hubungan kami suami isteri? Pandai-pandai aje! Okaylah, Aku fahamlah kalau ada buat salah kat mana-mana...bukan dengan pasangan aje, dengan mak bapak, sapa-sapalah yang kita dah sakitkan hatinya...dan tak kiralah masa mengandung ke tak...tapi apa yang berlaku tu tentulah dengan izinNya. Dia yang tentukan.

Pokok pangkal catatan Aku hari ini berkisar kepada salah-sangka dan kurang kepercayaan dalam hubungan dengan Tuhan. Sedih mendengar cerita-cerita mereka yang ke hulu-hilir mencari bomoh nak mengubat penyakit yang kononnya kena keteguranlah, langgar pantanglah, nak buang siallah...Tak kisahlah kalau nak jumpa bomoh ke, dukun ke atau doktor...yang pentingnya nawaitu kita ialah berusaha dan berikhtiar, jangan bulat-bulat letak harap sesama makhluk.Dan janganlah pula membabi-buta ikut cakap bomoh sampai benda yang haram pun kita buat sama.

Sesungguhnya tiada siapapun yang boleh memberikan kita kebaikan atau memudaratkan kita selain Dia. Mengapa tak pulak kita fikirkan segala perkara yang baik-baik yang berlaku dalam hidup kita tu untuk diseimbangkan pulak dengan dugaan-dugaan yang menimpa? Berapa banyak kurnia yang kita dah dapat tapi kita buat-buat lupa?

Mudah-mudahan kita tidak tertipu dengan dugaan hidup yang kelak merugikan kita di akhirat sana.

Friday, May 15, 2009

AI Season 8

I don't quite follow this year's season compared to previous ones. However, while waiting for Mak's favourite Friday night programme - Keliwon on TV3, I managed to watch the closing part of the show whereby it was announced that Gookey didn't make it.The two contender on the final stage would be Kris Allen and Adam Lambert.

Technically, I think Adam might be the winner.



Personally, I hope the normal guy win.



Either way, suka hati kau lah labuuuuu...