"Pok pok pok bujang lapok
Ada mancis tak ada rokok
Jalan jauh tersenggok-senggok
Tumit melecet hai lutut terbengkok"
Anak-anak saya sudah pandai tergelak menonton filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Bagus juga bila filem-filem beliau masing sering diputarkan. Kerap. Adakalanya mereka boleh bercerita semula babak-babak yang melucukan bagi mereka. Antaranya, kalau Pendekar Bujang Lapok, sudah tentu babak bujang lapok bertiga masuk sekolah untuk orang dewasa yang buta huruf itu. Begitu juga babak menghafal mentera. Mambang biru laut pun ada...hahahaha...
Jadi, di suatu hari yang cerah dan indah, saya membawa mereka berkunjung ke Pustaka Peringatan P.Ramlee yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Dah berbelas tahun duduk di Kuala Lumpur, sebetulnya saya pun tak pernah menjejakkan kaki di sini. Memang dah lama teringin nak tengok apa ada kat sana, namun belum berkesempatan. Kali ini sudah ada ruang, jom kita terjah sama-sama.
Saya mengaku saya guna aplikasi Waze untuk sampai ke sini. Hahaha...yelah, tak kuasa nak cuba tunjuk pandai, nanti sesat barat buang masa jer jadinya.
Rumah lama P.Ramlee ini terletak di Jalan Dedap, Taman P.Ramlee, Setapak. Dulunya kawasan perumahan ini dikenali dengan nama Taman Furlong.
Mula-mula saya risau juga tentang parkir. Nasib baiklah masa kami sampai sekitar jam 12 tengahari itu, masih ada ruang-ruang meletak kereta yang kosong berhampiran rumah ini.
Walaupun ruang pameran yang disediakan adalah terhad, bahan-bahan yang disediakan adalah mencukupi untuk kita mengenali insan seni bernama P. Ramlee ini. Selain bahan tentang P.Ramlee, terdapat juga bahan tentang isteri kesayangannya, biduanita Saloma. Saya tertarik membaca surat bertulisan tangan yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh Saloma yang ditujukan kepada P.Ramlee memaklumkan yang beliau terpaksa berada lebih lama di Thailand kerana tuntutan kerja seninya. Suka dingatkan kita tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di bahagian dalam rumah ini. Jadi, kenalah hormati peraturannya.
Nak bergambar, boleh di bahagian luar sahaja. Hah...bergambarlah kome semahu-mahunya ye.
Kereta milik P.Ramlee dengan nombor plet BAD 3608 turut diletakkan di ruang hadapan rumah.
Judul karya-karya seni beliau dituliskan pada bangku dan meja batu di halaman rumah. Pendekata, kalau ada yang ingin membuat rujukan dalam usaha menghasilkan tulisan tentang bintang Melayu tersohor ini , bolehlah datang mencari bahan di sini.
Oh ya, masuk adalah percuma. Saya membeli CD Pendekar Bujang Lapok sebagai sedikit sumbangan dan penghargaan kepada mereka yang bekerja keras memelihara warisan ini untuk tatapan generasi baru.
Balik rumah ulang tayang tengok Pendekar Bujang Lapok dengan tidak berasa jemu.
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Wednesday, December 30, 2015
Tuesday, March 31, 2015
Sebaya
Ini keropok ikan. Jenama POPO. Keropok a.k.a maruku ikan dengan gambar bayi meniarap ini memang bukan asing lagi kepada Telipuk sebab inilah snek kegemaran semenjak zaman dolu-dolu lagi. Zaman sekolah rendah dulu, tak silap Telipuk harganya cuma 5 sen. Bila cerita dekat anak-anak yang ibu mereka cuma diberi belanja 30 sen ke sekolah...boleh diaorang gelak terbahak-bahak! 30 sen sekarang nak beli karipap sebiji pun tak lepas...
Bungkusan keropok ini sekarang berharga 30 sen...ini Telipuk beli kat kedai serbaneka di bangunan pejabat Telipuk. Selalunya Telipuk beli bungkusan bersaiz besar, harganya RM1.80 macam tu. Bila nampak yang ini...perghhh...nostalgia la pulak! Terus beli dua. Mengunyah kenangan Telipuk di petang yang syahdu itu...kikiki...
Dibuai kenangan silam, Telipuk pun barulah rajin membelek bungkusan ini (yang dulunya tak pernah Telipuk ambil peduli). Rupa-rupanya produk ini dikeluarkan oleh kilangnya yang terletak di kawasan perindustrian Mak Mandin. Ini belajar geografi masa sekolah dulu kan ada sebut pasal kawasan perindustrian di Mak Mandin heheh....boleh relate lagi....Maklumat lain ialah adanya logo halal...dan entah kenapa sangat ditekankan tentang keaslian produk. Siap ada catatan "Jangan Tertipu dengan Keluaran Tiruan". Habis penuh bungkusan tu dengan segala macam cetakan. Itu baru muka depan, nasib baik Telipuk tak ambil gambar muka belakang.
Yang paling best ialah catatan "sejak 1975". Waaaaa....mahal tuuuu...!!! Tak tahulah pula rupanya snek kegemaran Telipuk ini sama baya dengan Telipuk. Kita geng!!! 40 tahun yang hebat! Teringat kawan Telipuk, si manis dari Sitiawan tu. Telipuk teringat promosi t-shirt 40 tahun dia tu...kita bukan tak nak beli awakkk...kita maleh la nak pakai kalau dah ada angka tu...nanti nak pakai dua tiga tahun lagi, orang ingat kita menipu umur lak...coz t-shirt tu paling relevan untuk pakai tahun ini kannn...heheheh....(alasan ku benar belaka).
Monday, September 23, 2013
Nostalgia Bas Merah
September ini menyaksikan perkhidmatan bas henti-henti yang selama ini banyak berjasa kepada kampung kami ditamatkan. Bila teringat bas ini, apalagi...mulalah nak bernostalgia. Banyak kenangan dengan bas merah ini.
Bas berwarna merah milik Syarikat Red Omnibus ini telah ada semenjak Aku kecil lagi. Itulah basnya yang kami naik bila-bila perlu ke pekan Parit Buntar. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan untuk laluan ke Parit Buntar - Taiping (No.8) dan Parit Buntar - Kuala Kurau (No.6 agaknya....tak pernah naik ke sana). Laluan Parit Buntar ke Tanjung Pandang ada 2. Iaitu No. 5 (melalui Sungai Bakau) dan No.4 (melalui Kedai Empat). Jadi, kalau nak ke Tanjung Piandang, dua-dua boleh naik. Begitu juga kalau dari Parit Buntar, nak balik ke Bagan Tiang, mana-mana satu bas yang sampai dulu boleh naik. Kalau No.5 dan No.4 parking sebelah menyebelah, tengok mana jalan dulu...atau kalau dua-dua jalan serentak, tengok mana yang tak ramai penumpang...hahaha.
Masa kecil-kecil dulu, kerap naik bas ini pada hari Jumaat sebab mengikut Mak dan Ayah keluar ke pasar malam Parit Buntar. Tempat paling happening masa tu. Kira, kalau tak sampai situ...belum cukup haul orang kata...Selalu masa pergi, tak ada masalah. Masalah besar ialah ketika nak balik. Orang sangat ramai dan terpaksa berebut-rebut nak naik bas. Pernahlah merasa Ayah tolak masuk ikut tingkap untuk 'cop' tempat...dan banyak kali merasa kes hilang sebelah selipar.
Bila dapat naik bas, tempat paling best dah tentu yang tepi tingkap. Menderu-deru angin masuk menampar muka. Namun, kalau hari hujan...itulah tempat yang semua orang nak elak, apatah lagi kalau tingkapnya tak boleh ditutup. Tempat duduk pula...ada yang sudah tertanggal tinggal rangka. Kalau nasib baik, kusyennya boleh di'adjust' lagi...bolehlah buat tahan sementara nak sampai ke destinasi. Kalau tidak berdirilah sepanjang perjalanan tu. Masa tu tak pernahlah nampak siapa-siapa nak bangun menawarkan tempat. Sekarang je yang ada kempen berbudi bahasa ni. Err...mungkin juga Aku tak pernah nampak sebab masa-masa Aku menjadi pengguna aktif bas merah ni, Aku masih muda trang tang tang lagi...heheheh....
Dulu, tambang bas merah cuma 35 sen untuk perjalanan Parit Buntar - Bagan Tiang. Semasa Aku tinggal dengan emak saudara di Parit Buntar, tiap-tiap hujung minggu Aku akan balik ke rumah seorang diri. Aku darjah 5- 6 masa tu. Biasanya, dari Taman Krian tu...Aku jalan keluar tunggu di jalan besar. Kalau nampak bas No.4, Aku balik ikut laluan Kedai Empat. Kalau bas no.8 (Taiping) yang nak masuk ke Parit Buntar lalu dulu, Aku akan naik bas ini dulu terus ke hentian bas. Kat sana baru tukar naik bas no. 5 atau no. 4. Aku memang dah biasa 'lone ranger' masa tu...ke mana-mana sendiri...hek elek...tak jauh pun. Tapi kiranya, masa tu lah Aku mula belajar berdikari.
Bila masuk sekolah menengah, Aku bertukar balik bersekolah di Tanjung Piandang. Sekolah Aku tu berjarak lebih 3 batu dari rumah...oleh kerana Aku jenis tak suka menunggu, Aku lebih selesa mengayuh basikal ke sekolah. Zaman tu kira langsinglah...sebab ada kaedah keluar peluh hahaha...cuma yang tak best ialah bila hari hujan. Nak pegang payung sebelah tangan ...boleh jer...tapi kalau angin kuat dan ada kenderaan besar lalu berpapasan, mahu terhoyong-hayang dibuatnya. Arwah kawan Aku, Sarina, terbunuh bila dilanggar kenderaan semasa kami balik sekolah dalam hujan. Arwah sudah berkayuh jauh di hadapan sewaktu kejadian berlaku. Al-fatihah untuk arwah.
Seronok mengayuh basikal sebab boleh ikut pace sendiri. Agak nak sampai cepat, keluar lebih awal dan kayuh laju-laju. Masa zaman suka mengusik dulu, ada ketika tu, Aku sengaja keluar pada sekian jam...sebab pada jam itu, akan ada seorang mamat ni lalu mengayuh basikalnya untuk ke sekolah. Tepat betul masanya hahaha...Bila dia lalu jer, Aku pun akan mengayuh di belakang dia...tak lama lepas tu Aku akan potong dengan lajunya hahahaha. Lama-kelamaan, dah jadi satu permainan pula...sebenarnya dia bekas rakan sekelas...Aku minat dia...hihihi...suka 'monyet' sahaja sebab dia pendiam dan pandai melukis. Aku suka usik orang yang pendiam. Tapi kalau Aku kena usik balik...tobat lahum bak kata Ustaz Kazim, tak berani buat dah!
Semasa tingkatan 4-5, Aku mula banyak naik bas sebab masa tu konon nak control 'ayu' lah kan...hahahaha...Lagipun ada kawan sama-sama naik bas, geng bas merah namanya. Seronoklah, sebab time balik dan tunggu bas, kalau lambat sangat kitaorang sempat melepak kat gerai depan sekolah pekena laksa, mee goreng , sirap...amboiii...balik rumah makan lagi...mau tak naik badan, exercise nyer tidak. Namun ada satu peristiwa yang lepas tu buat Aku tak suka naik bas merah lagi. Pertama, Aku kalau boleh tak nak naik bas no.4 sebab drebar tu gatal! Kemudian, masalah lagi sebab Aku tak suka salah seorang konduktor bas no.5, atau kadang-kadang dia bertugas untuk bas. no.4 juga. Tak ingat nama dia, tapi masa tu kira dia ni orang mudalah...sukalah menegur sana-menegur sini. Konon-konon, dalam bas tu, dialah jejaka idaman Malaya...Suatu hari Aku terlambat...walaupun sempat tahan bas, masa tu kebetulan bas memang berhenti untuk ambil penumpang yang dah sedia menunggu di tepi jalan tu...Aku terpaksa naik dalam keadaan mencungap jugalah. Maklumlah, baru lepas buat larian pecut...mana nak galas beg...mana nak pegang buku-buku rujukan di tangan. Mengambil masa jugalah nak naik tangga bas. Brader ni pula adalah konduktor yang bertugas masa tu...dengan selambanya dia kata, " Ish...dah boleh jadi mak budak dah, tak payahlah pergi sekolah, buang masa saja". Lawaklah konon tu sebab satu bas ketawakan Aku. Aku bagi dia satu jelingan 'maut' yang paling kejam pernah Aku layangkan hahaha...memang marah sangat! Tapi sebab Aku memang jenis tak pandai nak balas on the spot...Aku diam ajelah walau berjela-jela Aku menjawab dalam hati.
Lepas tu hati Aku semakin tawar hati nak naik bas merah. Aku kembali menjadi penunggang basikal tegar. Aku tak peduli dah pasal nak control 'ayu'. Janji boleh pergi dan balik on time atau ikut masa yang Aku suka...hati pun senang.
Masa berlalu. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Aku kembali menggunakan bas merah yang masih setia berkhidmat sepanjang tempoh Aku belajar di Sintok. Bas itu akan menyambung perjalanan balik Aku ke rumah sesudah sampai di Hentian Raya PB dari Butterworth. Sebelum itu, Aku akan ambil bas HBR yang masuk ke dalam kampus UUM untuk ke Hentian Bas Jln Teluk Wanjah di mana Aku akan naik bas Transnasional ke Butterworth.
Dan kerap kali juga brader yang Aku menyampah tu jadi konduktor bertugas. Bila selalu terserempak dengan beg yang besar, dia tanya Aku dari mana. Aku jawab je la ala kadar. Aku tak pastilah dia dah insaf atau apa, sebab lepas tu gelagat dia yang riuh tu dah tak ada. Sehingga kadang-kadang Aku terasa dia begitu berhati-hati sewaktu mengambil wang dan menyerahkan tiket kepada Aku. Sehingga Aku tamat pengajian, dia masih lagi menjadi konduktor bas merah.
Bila sudah kerja di Kuala Lumpur, Aku semakin jarang balik kerana kekangan masa. Bukan Aku seorang sahaja, rasanya kawan-kawan batch Aku pun macam tu juga. Parit Buntar semakin membangun. Anak-anak kampung semakin berjaya. Ramai yang sudah beli kereta. Semakin kurang pergantungan terhadap perkhidmatan bas merah. Kekerapan perjalanan bas juga semakin berkurang. Di akhir-akhir khidmatnya, nak tunggu sejam satu pun payah. Lagilah orang kampung tak berharap lagi pada perkhidmatan bas ini...sudahnya itulah perkhabaran yang sampai kepadaku...bahawasanya khidmat bas merah yang banyak berjasa itu telah ditamatkan. Penamatan perkhidmatan dilakukan September ini.
Pahit manis menaiki bas merah ini pastilah kekal menjadi kenangan. Boleh tersenyum seorang mengenangnya.
Terima kasih, bas merah!

Monday, July 11, 2011
MPS Song
Decided to leave the FB - MSS Group.I don't belong here. My encounter with MSS was so brief I couldn't recall my first day there. I think I was there no longer than 3 days, after which my parent agreed to transfer me to the nearer school (from my house) which was SMRLNR.
I am okay to be included in the MPS Group because I was there all the way. Perhaps my MSS friends just took the list from MPS, hence, why they added me in. Thanks guys for your kind thought but I really did not continue my secondary school at MSS. So, no offense, yah...
Here's the school anthem which both schools shared, only the name MPS/MSS need to be changed accordingly.
Methodist Primary School - School Anthem
Resting in a peaceful valley
Amidst broad fields of rice
On the banks of Sungai Kerian
Where three states arise
Lift the chorus ever onwards
Strive to win success
Hail to thee O Parit Buntar
Hail to MPS
Hemmmm...down the memory lane again...(sigh...)

Thursday, December 09, 2010
Reunion
Setelah hampir 23 tahun meninggalkan sekolah rendah, kini kawan-kawan lamaku sedang rancak merancang majlis pertemuan yang bakal berlangsung di Dewan Tan Sri Ngah Talib, Taman Krian pada 26 Disember nanti. Pertemuan itu bakal menghimpunkan bekas-bekas pelajar SRK Methodist, PB yang bersekolah di situ antara tahun 1982-1987. Semuanya gara-gara Facebook.
Sayang sekali Aku tidak dapat menyertai perjumpaan ini kerana masih 'terkandas' di KL pada tarikh tersebut. Ikutkan hati memanglah teringin...wah, tak sangka semua sudah beranak pinak...ada yang anak dah sekolah menengah pun...ish...ish...ish. Kalau jumpa Nani mesti keluar cerita main anak patung kertas kat pondok dalam kebun pisang ayah dia tu. Itu aktiviti masa lapang kalau tak ada kelas di surau Taman Krian itu. Kalau sebut surau Taman Krian, Aku mesti tak boleh lupa kelakuan nakal Aku yang masa tu suka 'mengusik' seorang budak lelaki yang pendiam. Kami panggil dia 'Si Biru-biru' sebab dia suka pakai baju T kaler biru. Setiap kali balik dari surau, mesti Aku akan 'race' dengan Si Biru-biru. Kami tak pernah bercakap tetapi masing-masing sedia maklum perangai 'musuh'. hahaha. Kelakar jugak!
Cuma ada sekali masa kakak Nani cuba buat 'naya' dengan memanggil Si Biru-biru kata Aku nak jumpa. Pergh! Pucat lesi jam-jam tu jugak! Habis belajar kata Nani, Si Biru-biru melanjutkan pelajarannya ke Australia. Sekarang tak tahu apa jadi, sebab kami bukan satu sekolah. Dia sekolah lain.
Yang pastinya memang teringin hendak jumpa semua terutama geng rapat Aku yang 4 sekawan tu...selain Nani, ahli lain ialah Mera dan Amelia...nama "Anelia Ainiera"...pernah menjadi kenangan suatu masa dahulu...heheh...Mera ada di KK, Sabah. Amelia sampai sekarang belum jumpa. Kali terakhir berhubung masa Aku sekolah menengah. Bila Aku menyambung pelajaran di SMRLNR, hubungan kami semakin berjarak sebab kebanyakan mereka menyambung pelajaran di Methodist menengah. Ada jugalah sekali sekala terserempak kawan-kawan lama semasa menjadi wakil debat sekolah dan lain-lain pertandingan antara sekolah. Macam Kim 'the cincilia cat', Aku jumpa masa pertandingan mengulas novel yang mana sekolah Aku menjadi tuan rumah. Sayang Aku tak sempat 'berlagak' atas pentas mengambil trofi juara sebab masa tu Aku sibuk ke tempat lain. Dan cikgu sastera Aku menghantar 'jelingan' yang maha tajam...heheh...sorry la cikgu, susah jadi tuan rumah ni...asyik kena panggil memanjang!
Siapa lagi ya...ermmm...Linda...Aku tak rapat sangat sebab Linda 'geng' budak Taman Sempadan hahaha...Tapi Aku jumpa Linda masa kat UUM. Aku dah tahun 3 masa dia masuk. Bila jumpa tu bertegur-tegur jugalah. Yanti baru muncul di Facebook. Yanti ni kelakar. Dia kalau lawan bercakap dengan Heah Kay Pheng...memanglah pecah perut.
Pat pula pandai melukis. Jeles tengok dia pegang pensil...masa tu dia suka sangat melakar gambar perempuan bermata bulat ala mata kartun Jepun tu. Kiut sangat! Suet Lee dan Ed Na tak banyak cakap. Jangan Aik Sun...dia tu kacang hantu! Tambah lagi bila bersekutu dengan kawan baik dia si Raja Guru. Hahaha...seronok zaman itu, tak ada siapa persoalkan kau kaum apa. Semuanya berkawan baik tak ada prasangka.
Hemmm...semoga rancangan perjumpaan itu berjalan lancar. Aku kirim salam di angin lalu ajelah ye. Insyaallah, lain kali kalau tak ada aral, Aku join. Nantilah bincang dengan geng-geng yang ada di sini kalau-kalau boleh buat perjumpaan peringkat Lembah Kelang pula...sebabnya ramai yang ada di sini.

Friday, September 24, 2010
Jangan Panggil Namaku
Tahu apa topik perbincangan semasa sarapan pagi tadi? Cerita hantu!!! hahaha...dah tak ada topik lain ke? Well...okay apa...cerita hantu senang, kalau cerita pasal orang lagi susah pasal kadang-kadang orang pun macam hantu jugak...menyeramkan! ;)
Cerita bermula apabila seorang ex-student UiTM Arau bertanya tentang kes pemindahan 'hantu' menggunakan bas keluar dari kampus UUM lama dulu...hahaha...kebetulan Aku dan Sirapmadu dua-dua ex-student UUM , jadi rancaklah ceritanya terutama Siraplah, pasal dia lagi senior dan tahu banyak cerita termasuk kisah pesawat ringan yang terhempas kat Kolej Pernas dulu tu...uii...malam-malam ada yang nampak 'orang' berjalan cari apa...mata ke? Huhuhu...
Time Aku dulu yang paling 'keras' adalah Kolej MISC yang terletak tepi tasik tu. Kolej penginapan student lelaki ini pernah diganggu jelmaan yang diberi jolokan "lady in red"...siapa ntah pernah cerita kat Aku yang malam-malam benda ini datang jengok diaorang tidur...
Lepas tu ada cerita dari mulut ke mulut tentang seorang pelajar yang sudah sekian lama tinggal di sebuah bilik di Kolej EON dengan 'roomate'nya ...sehinggalah berlaku suatu peristiwa ...uuu...akhirnya pecah rahsia yang dia sebenarnya tidak pernah ada roomate. Siapa sebenarnya yang dia sangka 'roomate' itu...memanggg seramm!
Pengalaman Aku sendiri...errr...adalah juga tapi tak tahu la seram ke tak. Masa tu Aku dalam darjah 2. Aku bersekolah sebelah pagi. Jarak sekolah dari kampung Aku ialah 12 batu. Memanglah pun sebab Ayah sekolahkan Aku di Parit Buntar, yang lain-lain kat Sungat Megat Aris. Aku ke sekolah menaiki van Pak Mat. Untuk sampai di tempat Pak Mat mengambil dan menurunkan Aku di jalan utama itu, Aku perlu berjalan kaki dalam 500 meter melalui lorong kecil yang di kiri-kanannya adalah bendang, pokok-pokok pisang, kelapa, rumpun gelenggang, pokok gajus,dan segala pohon rimbun serta rumput rampai adanya. Selalunya memang lembab jugalah kasut sekolah Aku gara-gara meredah embun. Aku selalunya pergi beriringan dengan seorang kakak anak jiran yang bila-bila melewati rumah Aku akan melaung namaku dan kami akan sama-sama berjalan.
Malam itu bulan mengambang terang...heheh. Dan pagi itu, cuaca cerah semacam. Jam di dinding pulak kecil je membuatkan emak tergesa-gesa bangun kerana pada pandangan matanya waktu sudah jam 6.30 pagi. Waktu Pak Mat kebiasaannya sudah hampir sampai. Aku segera dikejutkan dan dalam gopoh-gapah bersiap itu terdengar namaku dipanggil sayup-sayup. Menyedari Aku sudah terlewat, Aku pun melaung balas, "Kak, jalan dululah...jangan tunggu saya".
Senyap. Dalam samar pagi, yang kelihatan hanyalah alur cahaya lampu picit yang memang kebiasaannya dibawa oleh kak Timah. Sebak jugak le hatiku masa itu mengenangkan Aku terpaksa berjalan seorang diri...sudahlah terlewat pula.
Sebab sudah lambat, Aku pun bila keluar memang sudah tidak toleh kiri-kanan lagi...sebaliknya membuat larian pecut ala Rabuan Pit. Bila Aku sampai di tepi jalan, bayang kak Timah tidak kelihatan padahal Aku yakin sepanjang jalan itu Aku memang tak jumpa dia. Langsung hilang semangat Aku kerana merasakan Pak Mat sudah pergi meninggalkan Aku. Dalam kehampaan itu, Aku melintas jalan ke seberang, mencuci kaki di kolam madrasah yang entah mengapa sunyi tak ada orang. Ya, Aku berlari keluar tak pakai kasut. Kasut pegang di tangan. Dalam mencuci kaki itu, sempat jugalah mengerling nisan-nisan kaku yang berceracak di kuburan betul-betul di sebelah kolam tu. Sunyi dan sepinya Aku rasa. Takut? Tak pula. Aku memang sudah lali dengan keadaan itu.
Dalam Aku dok berkira-kira hendak balik rumah atau tidak, Aku nampak cahaya lampu picit bergerak-gerak dari arah lorong Aku datang tadi. Bila semakin dekat, ku lihat Kak Timah yang menyingsing kain biru mudanya berjalan sedikit tergesa.
"Tak tunggu akak pun hari ni...kenapa awal sangat ? Ingatkan Akak terlambat hari ni. katanya membuatkan Aku bingung sebentar hendak menjawab.
"Eh...saya ingatkan Akak dah pergi tadi? Bukan Akak ke panggil saya, tapi saya ingat saya yang lewat dan saya suruh akak jalan dulu"
Giliran Kak Timah pula membuat muka 'pelik'. "Eh...mana ada. Akak baru sampai ni haaa...tadi Akak panggil Ya, mak Ya kata Ya dah pergi!" katanya bersungguh-sungguh.
Lepas tu Ayah datang mengayuh basikal. Rupa-rupanya mak salah tengok jam. Masa mak terkocoh-kocoh bangunkan Aku jam baru pukul 5.30 pagi. Ayah datang membawa sarapan kerana Aku tak sempat jamah apa-apa sebab hendak mengejarkan van Pak Mat. Mula-mula ingat hendak gelak...tapi bila mengenangkan 'siapa' pula yang memanggil Aku, siap dengan lampu picit tu...errr...tak jadilah gelak.
Bayangkan kalau Aku kebetulan betul-betul siap pada masa dipanggil itu...dah tentulah Aku akan berjalan beriringan dengan...
Syyyhhhhh...sendiri tahu sudahlah haaaa...

Friday, August 13, 2010
Alkisah Pindah
Hujung minggu lepas kami sempat membantu adik ipar yang berpindah rumah. Dari Cheras ke Gombak. Dari rumah sendiri ke rumah sewa. Rumah sendiri itu akan dijual. Menyewa sementara kerana rumah sendiri yang baru dibeli, juga sekitar-sekitar Gombak, hanya sedia untuk didiami selepas raya. Ayooo...kena pindah lagi wooo...
Lalu celah-celah Taman Harmonis.
"Bang! Tu lah rumah Sosilawati Lawiya..." Wah! sibuk 'mak cik' tu sekejap. Maklumlah, dia kan pernah lalu situ ronda-ronda dengan kawan-kawan 'reporter' dia. Hahahaha...;)
Rumah yang disewa ini pun baru siap sehari dua ini. Ianya 12 unit rumah 3 bilik yang dibina di atas tanah persendirian.

Adir ipar Aku dapat unit yang bawah. Puh...nasib baik, kalau tak menyenget la hendak angkat barang tu semua. Dua trip Nazaria Aku berulang-alik untuk tolong bawak barang-barang kecil. Yang perabut semua tunggu lori.
Memang terasalah perbezaan saiznya. Tapi untuk sementara waktu ni, dah memandangkan lokasinya yang lebih hampirnya tempat kerja dia...dalam 10 minit je...kira okaylah tu.

Rumah baru. Bau cat pun macam best saja.

Sempoi dan sangat ringkas. Tak muat Kristin nak masuk ni...;)

Dapur. Walaupun kecil, tapi selesa. Aku rasa banyak jugalah tuan rumah ni berhabis untuk sediakan unit-unit rumahnya yang serba lengkap ini. Tak sanggup hendak membayangkan aktiviti mengemas dan memunggah barang post-pindah.

Bersebelahan bangunan 2 tingkat ini, yang dipisahkan dengan tembok batu dan kawat berduri, ialah kebun getah. Hemmm...pagi-pagi sure best dengar kicauan burung. Jangan siulan Bangla sudahhhh...hahaha.
Bab pindah ni, memanglah...memenatkan. Macam kami, mula-mula kawin dulu memang berjimat. Hendak duduk kawasan dekat rumah mertua pula. Maka, tinggallah menyewa di Kampung Padang Balang. Sepanjang tinggal setahun di situ, 2-3 kali rumah kena banjir. Huhuhu...penat giler mengemas. Banyak barang rosak. Nasiblah tak sempat membeli banyak perkakasan rumah.
Lepas tu pindah Wangsa Maju pula. Mertua ada beli unit rumah flat di Seksyen 2. Duduklah situ sampai Hisham umur 2 tahun lebih. Unit bawah. Memang selesa. Lokasi okay. Cuma kecil sahaja. Tapi tak ada masalah sebab dua-dua orang kerja, tak banyak masa pun kat rumah. Nak mengemas sekejap saja dah beres.
Lepas tu rumah yang kami beli di Rawang pun siap. Nak sewakan tak ada penyewa. Walaupun jauh, kami sangguplah konon mula tu. Maklumlah, rumah sendiri. Adalah tanah sekangkang kera. Dan buat renovation juga. Sayanglah tak duduk. 2004 pindah, 2005 pindah balik KL lepas habis pantang melahirkan Aiman. Memang susah kalau dua-dua kerja kat KL. Seorang tu pulak memang anak jati KL. Dah biasa pergi kerja ambil masa 10 minit je, tiba-tiba kena bertolak keluar sejurus lepas subuh, dan hanya balik rumah ketika jam sudah pukul 10 malam. Memang hari-hari tak tengok matahari dalam perjalanan pergi dan balik ke rumah tu. Cuma Sabtu dan Ahad sahaja baru terasa betul-betul duduk di rumah.
Sebab tu lah bila Bintai Kinden buka jualan untuk Melor, kami kelam-kabut pergi rembat seunit walaupun dapat tingkat 14. Nasib baik ada sedara mertua bagi tau ada unit kosong kat Anjung Villa. Huh...terus swap, dua-dua pun bawah Bintai juga. Alhamdulillah, lega.
Tengok kotak-kotak barang adik ipar yang berlambak tu...huhuh...traumanya rasa.Duduk BBS sini sajalah tak mau dah pindah mana. Heheh.

Monday, May 31, 2010
Kenangan Mengusik Jiwa
Kami balik Perak hujung minggu lepas. Selain mak ayah Aku, mak mertua dan kawan dia juga ikut sama. Pak Mertua Aku tak dapat ikut sebab ada hal di kampung. Yang ramai-ramai tu semua bersempena majlis perkahwinan Wanie. Kawan mak mertua Aku tu rupanya kawan baik mak dan ayah Wanie. Jadi, dah lama tak jumpa tu, kami angkutlah dia sekali ajak join majlis kenduri Wanie tu.
Bertolak ke Perak pukul 10.30 pagi, lambat sikit la sebab tunggu mak mertua Aku sampai dari Melaka. Agaknya sebab cuti panjang kali ni, (3 hari aje...), jalan pun biasalah, sesak dari Rawang sampailah ke Ulu Bernam. Lepas tu sangkut balik dekat Trolak. Tak pernah-pernah merangkak masuk terowong Menora...sekali ni terhinjut-hinjut dibuatnya. Lepas Ipoh barulah lancar sikit.

Sampai Parit Buntar sudah hampir pukul 2. Ayah ajak singgah di Pekan Lama. Kami pun sambil-sambil jadi 'pemandu pelancong', sempat singgah makan tengahari di restoran kegemaran ayah yang rasanya sudah 2 dekad Aku tak jejak. Tiba-tiba diselubungi nostalgia pulak...hahaha...maunya tak, kat sinilah ayah selalu ajak kami adik-beradik makan...selalunya bila penat mengharungi perjalanan naik bas merah Red Omnibus tu...kalau turun Parit Buntar dulu tu, selalunya sebab ada kerjalah...samada pergi beli kelengkapan sekolah, cari buku atau pun Ayah singgah kat kedai pajak...:)

Memang tak banyak yang berubah. Ada benda yang tak sepatutnya berubah...dan patut kekal macam dulu. Benda macam inilah maksud Aku. Heheh...

Ayah sedang melayan perasaan. hahaha...
Seronok rasanya dapat bawa Abang dan anak-anak ke tempat yang pernah mewarnai zaman silam Aku. (Perghhh...rasa macam jadi dinosaur pulak...). Dulu-dulu, stesen bas lama terletak tidak jauh dari sini. Jalan kaki jer la nak sampai. Itu semua sebelum Pekan Baru naik. Bila sudah ada bandar yang baru, pekan lama ini jadi macam pekan mati. Jarang sangat ke sini sebab semua benda ada di pekan baru.
Oooo...yang bestnya rasa makanan yang dihidangkan masih sama jer...ohhwh...sedapnya. Ayah Aku memanglah favourite dia kedai makan mamak ni. Aku pun suka jugak...cumanya sejak dok KL Aku tak praktis sangatlah makan nasi kandar ni...bukan apa, satu cik Abang aku tak berapa minat. Lagi satu, restoran-restoran sini jarang kena ngan selera Aku. Tak cukup umpphhh!

Aku makan nasi putih dengan daging masak hitam, dengan sotong. Sedapnya makan, bersekali dengan kenangan. Mak mertua Aku pun memuji ayam masak madu yang disajikan. Licin pinggan dia. Heheheh...

Thursday, April 08, 2010
Nostalgia Bedak Sejuk
Sehari dua ini memang seronok bernostalgia. Teringat-ingat akan satu perkara ini. Bedak sejuk arwah tok Aku. Memanglah teringat, mana tidaknya...asal tersentuh je jerawat kat pipi ini...teringat bedak sejuk tok. Dulu-dulu tidak ada istilah jerawat dalam kamus hidup Aku...makanlah kacang tiga karung pun, sebutir pun tak ada. Orang lain entah apa-apa jenama penjagaan muka beli, Aku ni sabun cap kapak pun boleh je...hahaha...punyalah bertuahnya punya kulit muka tak ada masalah. Itu duluuuulah. Tapi dua tahun kebelakangan ini, lain pula keadaannya. Barulah Aku terkial-kial berkongsi krim Oxy Abang...barulah terkial-kial memilih pencuci muka yang sesuai...alamakkk!!!
Jadi, teringatlah Aku pada bedak sejuk arwah tok Aku tu...dulu, jangan haraplah Aku suka. Masa kecil-kecil dulu, tok memang rajin buat stok bedak sejuk sendiri ini. Yelah, 'buruh paksa' kan ramai. Ingat lagi, bila nampak dia mula merendam beras dan lepas tu dok mengisar guna pengisar batu tu...rasa sudah tak sedap hatilah kami. Mesti ada projeklah tu! Memang pun...petang-petang kami adik beradik tengah sedap main lompat getah tu...atau main pondok-pondok...dengarlah dia melaung nama seorang-seorang. Kalau nasib tak baik, adik beradik yang lebih tua akan hantar seorang dua 'kuli' aje...hahaha...yang kecillah, pasal yang kecil ni ajak main pun tak best sangat, jadi serah kat toklah...kalau tak nak pergi, lain kali tak boleh join main pondok-pondok lagi. Dengan terpaksa rela pergi jugalah.
Tok Aku kalau buat bedak sejuk, penuh besen besar adunannya...huhuhu...Kalau buat kerja di atas rumah (tingkat atas), kain yang dihamparkan penuh satu serambi. Memang stok besar-besaran tuuuu!!! Lepas tu cerewet la pulak!!! Macamanalah cucu tak melawan...kikiki...bayangkan kelongsong daun pisang yang dibuat untuk titikkan bedak tu...punyalah kecil lubang dia...keluar sebutir-sebutir lambat je. Kecil-kecil. Lambatlah hendak habiskan. Cucu yang bosan dok berteleku menitik bedak tu mulalah gatal tangan bila selesai jam pertama (kena pulak cerita Ultraman Go dah mula tu...ciss!) mulalah cuba besarkan lubang...huhu...barulah laju, tapi butir yang keluar sudah tidak bulat-bulat...lonjonglah, pipihlah...aisey! kena cubit la paha tu. Sabo! Sabo! Mula balikkk!!!
Bila semua sudah kering, masa tu seronoklah sebab nampaklah hasil tu penuh dalam balang. Tok campurkan dengan hirisan pandan atau bunga melor yang banyak ditanam tepi telaga tu. Lepas tu...semua orang kena pakai...kakaka...Masa tu tak banyak cakaplah, selalu lepas mandi petang, masing-masing macam tepung gomak la muka tu. Kalau sepupu-sepupu datang, berebut-rebut pergi basuh muka...hahahaha!!!
Bagusnya kalau ada bedak sejuk tok tu ...mana tau boleh tempek kat pipi ni ha! Nak-nak malam Jumaat ni kan...masa tengok citer Penunggu Gunung Raya...ada yang menjerit ni karang...:)

Thursday, October 29, 2009
Topik Pagi Khamis
Hari ini Aku nak menyeleweng sikit daripada permasaalahan semasa. Boringlah, difikir-fikirkan pun buat menyemak kepala aje. Masa untuk 'melarikan' diri sekejap. Heheh...
Jom buat topik ala Sinar FM.
Kartun apa yang korang suka tengok masa zaman budak-budak? Tak terbandinglah dengan Ben 10 zaman sekarang ini atau siri-siri animasi Jepun yang orang tua pun sama naik juga mengikutinya.
Dulu-dulu, jalan cerita mudah aje, tak adalah rumit sangat.
Ingat lagi cerita budak yang tinggal kat laut tu...cerita kartun Toriton. Siap boleh nyanyi lagu tema dia.

Kebanyakan kartun yang Aku suka datangnya dari negara matahari terbit. Tosho Daimos adalah antaranya yang Aku tak miss tengok. Tak silap Aku masa nak hujung-hujung tu tayangannya dihentikan, frust giler Aku pasal tak tahu samada heroin tu dapat jumpa balik dengan hero dia...eceh...ceh...ceh...

Mospeada pun best juga. Lebih ganas sikitlah dari segi corak pertempuran dengan makhluk asing yang cuba menakluk bumi tu. Biasalah, tu jer la pun tema utama siri-siri kartun Jepun ni.

Oh ya! Thundercats pun best jugak!

Selain tu Voltron pun Aku layan jeeee...

Dan yang paling tak bleh lupa sampai dah jadi sebahagian dari ayat-ayat biasa ialah...cerita bukan kartun tapi jalan cerita macam kartun iaitu "Space Cop Gaban". Ini adik beradik siri Ultraman, Masked Rider dan yang lebih baru Power Rangers.

Gambar-gambar tu semua Aku cari kat Internet ni la...best kan, teknologi menemukan Aku dengan kenangan-kenangan lama. Tak sangka ada banyak rupanya. (Ramai yang sehati-sejiwa rupanya...kekekek)
Okayyyy...back to work!!!

Wednesday, October 28, 2009
Hujan
Memang menjadi-jadi sejuk pejabat ini. Melampau-lampau. Tak hairanlah tiap kali bersalaman dengan kawan-kawan bila jumpa kat kafetaria tu asyik le diaorang kata, "sejuknya tangan kau".
Memang sejuk giler! Itu dah tutup lubang angin kat belakang kerusi Aku ni. Kalau tak lagilah membeku dibuatnya.
Tadi turun minum-minum kat San Francisco kat lobi tu...fuhhhh...lega dapat minum secawan teh panas. Aku dah mula hendak kena selsema ni. Tekak pun terasa perit je. Dapat turun tadi barulah rasa selesa.
Kat luar pula rupanya hujan sedang turun. Nak kata lebat tak juga, nak kata gerimis tak juga. Jenis hujan yang turun berlarutan susah hendak berhenti tu.
Tiba-tiba terkenangkan zaman dulu. Suka dengar bunyi rintik hujan menimpa atap nipah dan suka tengok air hujan bercucuran di hujung-hujung atap tu. Merintik satu-persatu, dalam irama tersendiri.
Kalau nak lagi feeling...biarkan lagu kegemaranku ini berkumandang.
Perggghhhhh! Syahduuuu.
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Wednesday, May 27, 2009
Main Cikgu-Cikgu
Semalam Aku jadi 'cikgu' sekejap. Tak lama, dalam sejam lebih sahaja. Tahulah budak ni, cepat bosan dan hilang tumpuan. Subjek yang diajar semalam (sebenarnya untuk tujuan ulangkaji) adalah Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Bahasa Inggeris. Ini semua dek peperiksaan selaras itulah. Macam hari sebelumnya Aku guna buku latihan dan aktiviti aje. Untuk subjek lukisan petang kelmarin, Aku siapkan ukiran kentang dan timun setelah memilih menjawab option 1 iaitu corak terap. Jadi malam tadi, Aku keluarkan white board dan dirikan kat meja di luar tu dan berlagak macam cikgu. Hisham cakap, "Ohhh...ibu dah jadi Cikgu Anira". Ha...ha...ha...Aku gelak dalam hati sebab dia pun berlagak macam murid panggil Aku, cikgu.
Aku tak ada pengalaman menjadi cikgu pun, tapi minat memang ada. Masa kecil-kecil dulu itulah cita-cita Aku walaupun cikgu kelas letak dalam portfolio Aku tiga jenis pekerjaan yang sesuai iaitu Askar, Mekanik dan entah apa satu lagi. Hairan jugak Aku, entah masa bila dia tanya cita-cita Aku atau berdasarkan ujian personaliti apakah dia dengan yakinnya menyenaraikan pekerjaan2 tersebut. Jadi 'Askar' tu tak heran lagi sebab Aku memang ada berdarah 'perwira' eceh...ceh...ceh...tapi yang jadi Mekanik tu jer yang Aku tak tahan...sampai sekarang tak pernah sekali pun Aku bukak enjin kereta, entahkan ada tikus ke, biawak ke...Aku pun tak tahu. Pandai bawak je.
Tapi masa kat universiti, pernah jugaklah berlagak jadi 'lecturer'. Aku tak menyamar pun, tapi bila dah dipanggil "Puan", "Puan"...terperasanlah jugak. Masa tu lecturer yang appoint Aku jadi RA dia pergi oversea 2 minggu. Sudahlah masa tu permulaan semester baru. Sebelum pergi, dia bagi senarai subjek yang dia akan mengajar serta jadual kuliah. Dia suruh Aku handle kelas-kelas dia ni sementara tunggu dia balik, siap bagi kepercayaan suruh Aku maklumkan pemarkahan dan bagi assignment lagi. Huh! Seronoklah Aku! Oleh kerana secara tak rasmi Aku dah grad, Aku dah tentulah deal dengan junior. Tapi ada gak beberapa orang student batch Aku yang dalam tahun akhir yang Aku jumpa. Masing-masing ingat Aku 'tutor'. Aku dah terangkan orang tak percaya.
Peristiwa yang Aku tak boleh lupa adalah masa Aku masuk kelas International Business. Melopong member-member yang kenal bila Aku melangkah masuk. Almaklumlah, bila masuk terus menuju ke stage depan, siap bawak buku bagai, kan...ahaks! Depa pun excited lah.Aku baru jer habis terangkan requirement kelas bila tiba-tiba muncul seorang lelaki. Dia pandang Aku, Aku pandang dia. Semua mata pandang kami.
"Ini kelas International Business ke?" tanya dia. Aku ingat dia super senior pasal ada ramai jugak golongan veteran yang baru masuk.
"Awak siapa?" dia tanya Aku.
"Saya diarahkan masuk kelas ni oleh Encik A sementara dia balik".
" Kelas ini adalah kelas saya" katanya. Oppsss...Aku nyer giliran lak melopong. Lepas tu baru Aku tau, sepeninggalan lecturer Aku, kelas itu telah di'rampas' darinya. Teruk juga politik kat dalam kampus ni rupanya. Bila lecturer Aku balik, frust giler dia bila Aku bagitau apa yang terjadi. Aku rasa dia pi jumpa dekan lepas tu. Masa tu dia pun macam berura-ura nak pindah U lain, tapi jodoh dengan kampus utara tu masih kuat lagi.
Satu lagi kelas ialah kelas International Marketing. Yang kelas ni memang sah milik lecturer Aku. Jadi sempatlah beberapa hari Aku berlagak pandai. Cuma yang tak boleh lupa tu ialah bila satu hari masa Aku kat bilik lecturer Aku tu ,ada sorang student ni datang nak jumpa pasal assignment yang Aku bagi. Tak salah Aku dia senior. Tapi ada repeat paperlah, tu yang lambat habis.Mula-mula dia tanya pasal assignment tu la, konon tak berapa faham. Aku pun explain la macam ni macam tu. Lepas tu dia mengadu dia tak dapat cari groupmate. Lepas tu dia mengadu hal-hal lain. Banyaklah masalah. Minta Aku tolong dia. Muka dia giler sedih, monyok! Eh! Awak lelaki lah, janganlah cuba memancing simpati saya. Sah! Dalam lembik-lembik Aku ni, Aku rasa kalau jadi lecturer, Aku akan jadi yang jenis "killer" punya...hahaha...Huh! Sib baiklah lecturer Aku cepat balik.
Jadi semalam dapatlah melepas gian mengajar. Hari ini last day exam. Malam ni bolehlah Aku lepak tengok TV pula. Haduuiii...legaaaaa!

Wednesday, April 01, 2009
April Fool!
Seronok teringat masa zaman dulu-dulu, masa hari ni la selalu kena sakat. Walaupun dah tahu, balik-balik terkena juga.
Ada sekali tu kat U benda ni berlaku. Aku dah tamat pengajian lebih awal dan terima tawaran lecturer Aku untuk jadi RA dia. Sepanjang tempoh itu Aku menginap di Kolej Pernas. Duduk sorang-sorang dekat wing hujung tak jauh dari Cafe Abang Am tu. Dan Aku selalunya buat hal sendiri aje, masa Aku banyak kat library.
Kebetulan ramai lagi la member satu batch yang masih dalam pengajian. Tak lah sunyi sangat, kadang-kadang diaorang datang lepak kat bilik. Ataupun Aku pergi melepak kat bilik diaorang. Pada suatu hari tu, member Aku ni datang dengan muka yang serius.
Member : Eh! Nira, semalam Encik X (pengetua Kolej) cari ngkau masa perjumpaan kolej.
Telipuk : Apsal lak?
Member : Yelah, pasal kau kan kira penghuni kolej ni jugak...patutnya kau turun masa perjumpaan tu...
Telipuk : Eiii...Aku tak campur la hal-hal ni semua dah, Aku sudah bebas maaa...
Member : Ishh! Mana ada...Encik X siap marah-marah lagi cakap kau tak respek dia, kau patut join aktiviti kolej ni (dengan seriusnya).
Telipuk : Betul ka? Ishh! Tak kan lagu tu. Dia cakap apa lagi? (dah start percaya tuuu..)
Member : Tak adalah dia cakap apa sangat, dia cuma pesan yang dia nak jumpa hang.
Aku yang lurus bendul ni pun keesokan harinya menelefon En. X. Aku pun cakaplah prau...prau...prau...la bagi alasan kenapa Aku tak datang perhimpunan tu. Mamat tu macam blur tak blur ajer. Pas tu dia tanya, "Awak cakap apa ni?" Aku pun terkedu kejap.
"Err...pasal perhimpunan semalam..."
"Ya..."
"Encik nak jumpa saya, kan?
"Tak adalah"
"Encik sebut nama saya dalam perhimpunan, kan?
"Tak ada pun".
Masa tu barulah kesedaran menerjah masuk ke ruang fikiran. Nasib baikla cakap kat telefon aje, kalau tidak mesti dia boleh tengok muka Aku yang dah berubah. Hampeh tul kawan-kawan! Korang kenakan Aku!
Member-member Aku siap gelak berguling-guling. Dan lepas tu terlopong, sebab diaorang tak terfikirlah Aku akan call Encik X. Ingat kot saja la nak gertak Aku aje.
Dan terkenalah Aku pada hari 1 April itu. Bila dikenang-kenangkan rasa nak cekik sekor-sekor!

Monday, March 02, 2009
Cerita Seram
Pagi tadi Aku dengan Lotuslily menghadiri kursus yang sama di Kolej Multimedia, Jalan Gurney. Aku bertolak dari rumah jam 8.00 pagi, almaklumlah orang dekat. Lotuslily naik LRT dari Stesen Kerinchi sampai Stesen Damai. Lepas tu dia naik feeder bus. Kolej ini sememangnya meninggalkan seribu kenangan pada Aku yang terlebih menyimpan nostalgia ni. Orang lain Aku tak tahulah, tapi menjejakkan kaki ke sini selepas tamat pengajian Masters tahun 2007 dulu ternyata mengimbau semula kenangan lalu...pergghhh! Oh ya, kelas pengajian Masters Aku dijalankan dekat sinilah, masa tu kampus UUM cawangan KL pun belum siap sepenuhnya lagi. Tapi bukan pasal kelas Masters yang Aku nak kisahkan di sini, tapi tentang Aku sebelum bekerja dengan TM. Sebab dekat sinilah Aku mengikuti kursus induksi 6 bulan sebelum diserap ke jawatan tetap.
Pertama kali dipanggil ialah sewaktu Aku masih menjadi RA di UUM. Bukan untuk terus ditempatkan, tapi untuk sesi khusus sebelum pengambilan sebenar dibuat. Macam nak mengemaskini rekod lebih kurang. Masa tu ada jugak desas-desus mengatakan kemungkinan ada scholars yang terpaksa dibebaskan sebab vacancy yang ada pada masa itu terhad. Agak malap juga ekonomi pada masa itu dek penangan George Soros tu. Aku yang cuak mendengar perkhabaran tersebut segera mengaturkan agar Aku dapat hadir bertemu bakal majikan. Yelah, effort kena ada maaa. Nasib baiklah lecturer Aku memang dah maklum pasal ini dan tak ada masalah melepaskan Aku pergi. Jadi, segera Aku bereskan semua kerja dan hi hi bye bye laaa. Aku pergi seorang diri ke Kuala Lumpur menaiki bas ekspress dari Hentian Bas Changlun.
Ingat lagi Aku yang berbaju kurung, bertudung turki (masa tu femes la tudung ni...) dan bersepatu kulit dengan tema warna coklat cair menjejakkan kaki di jalan bersebelahan Hentian Puduraya sekitar jam 5 pagi. Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya Aku berada di situ dengan tidak mengenal siapa-siapa dan tak tahu hendak ke mana. Hanya berpandukan alamat yang diberi. Ramai pemandu teksi bertanyakan Aku hendak ke mana dan Aku menyatakan hendak ke Taman Desa. Akhirnya seorang pemandu ni bersetuju menghantar Aku ke sana. Dia kata, kereta dia ada kat belakang, jadi kena jalan sikitlah. Tak kisahlah. Tiba-tiba datang seorang pemuda ini menegur dan menepuk bahu bakal pemandu teksi Aku serta bertanyakan sesuatu. Habis berbincang, pemandu Aku tu menoleh dan mengatakan Aku kena ikut pemuda itu...sebabnya dia memang dah habis syif, nak balik dan kebetulan akan lalu Taman Desa. Aku pun ikut ajerlah tak banyak cerita.
Mak Aku selalu pesan, mesti pandai jaga diri walau di mana kita berada. Adat orang merantau, jangan suka membangga diri. Hormat pada orang. Tak kira siapa. Jadi, bila di ajak berbual, Aku pun berbuallah sebaik mungkin...kang orang ingat kita sombong, nanti tak pasal orang sakit hati. Orang sakit hati boleh buat apa sahaja dan Aku ini entah berada di mana Aku pun tak tahu. Tapi Aku sentiasa berdoa dalam hati minta Allah lindungi Aku.
Perbualan itu buat Aku pening kepala. Masyaallah, tak tahu nak cakap apa. Pemuda dalam lingkungan 30an ini bekerja di hotel, sebagai apa Aku tak ambil tahu. Lepas habis kerja dia buat part time bawa teksi. Lalu dia pun dengan bangganya bercerita tentang kehidupan kotanya yang penuh dengan najis, nanah dan dosa itu. Aku pun malu nak jelaskan satu persatu. Hanya beristighfar dalam hati.
Aku rasa nak pitam bila dia bagitau dia dah salah ambil jalan.
"Ohh...Taman Desa tu...abang ingatkan yang lain.." Aku dah berkira-kira nak berhenti dan cari teksi lain tapi dia terus cari jalan berpatah balik. Dia kata tak apa, dia akan carikan. Dalam hati Aku, "Allah, matilah Aku...nak pergi mana niii???"
On the way tu, sempat dia berhenti ajak Aku singgah kat satu gerai ni, kononnya jual nasi lemak paling femes dan sedap. Ya Tuhan! Aku rasa nak cabut lari tapi beg Aku ada kat belakang, nak lari pun tak tahu nak lari ke mana. Aku sungguh-sungguh bertawakkal kepada Allah. Gerai tu ramai jugak pengunjungnya. Tapi semua mata memandang ke arah Aku. Entahkan diaorang kenal siapa kasanova sebelah Aku ni dan dalam hati mungkin kata, "Mangsa barulah ni...kesian...kesian...kesian betullah kat budak kampung ni.." (agaknya lah...). Aku cuba berlagak berani, dan tidak menampakkan Aku gabra, padahal kaki tangan semua dah sejuk. Nasi yang Aku telan rasa macam pasir ajer. Aku tak dengar pun apa yang dia dok cerita kat Aku sebab Aku risau. Sedar-sedar dia dok sibuk paksa Aku buka mulut sebab dengan romantisnya nak suapkan nasi. Dia tak puas hati Aku makan tak luak. Tak tahu macamana Aku boleh lalui perkara macam ini. Tak, dia tak dapat suapkan Aku sebab Aku tolak dengan baik.
Masa kami memulakan perjalanan ke destinasi sepatutnya, dia cakap Aku tak akan mampu bertahan dengan imej sekarang. Dia kata kota metropolitan ini akan mengubah Aku lalu dia memberikan contoh-contoh bekas kekasih-kekasihnya yang ramai itu. Aku diam sahaja. Syukur alhamdulillah, akhirnya bayang bangunan TM dah nampak. Oleh sebab belum pukul 6, dia pun berhentikan kereta di jalan bertentangan dengan pintu masuk ke bangunan itu. Aku kata tak apa, tinggalkan Aku di situ. Dia berdegil tak mahu tinggalkan, "Tak boleh dik, ini bukan kawasan kita...Abang takut jadi apa-apa kat adik nanti..lagipun sini banyak anjing liar" Ewahhh!!! Aku rasa aku lagi takut duduk dalam kereta ni daripada kena gigit dengan anjing. Lepas tu dia syorkan Aku baring dan tidur dulu. Bab tu Aku tak boleh tahan lagi dah. Cepat-cepat Aku bercerita konon-kononnya Aku nanti akan dijemput oleh sedara Aku yang ramai kat KL ini...konon cerita lah, dia mana tahu. Aku sebutlah mana-mana tempat yang Aku tahu seolah-olahnya, Aku bukanlah tak tahu sepatah pasal kota ini.
Dan nak bagi real lagi drama tu Aku cakap nak telefon mak sedara Aku (kononnya). Kira macam betullah Aku ada sedara kat sini. Padahal masa sampai kat depan public phone tu Aku terkebil-kebil tak tahu nak call siapa. Masa tulah Aku teringat buku telefon kecil yang Aku simpan dalam handbag. Dalam gementar tu, jari Aku menemukan nombor telefon KL...sahabat pena Aku, Nizam (suami Aku). Memang serba-salah...tapi nak selamat punya pasal Aku tak peduli terus Aku call nombor itu. Terkejut badak si Nizam bila Aku kenalkan diri, yalah, pagi-pagi buta telefon. Sudahlah sebelum ini hanya berutus surat sahaja. Itulah pun agaknya nak jadikan cerita yang membuka kepada perkenalan lebih rapat kami. Bila tahu Aku berada di situ, Nizam nak datang tapi malangnya dia pun tak tahu kawasan Aku berada tu. Tapi okaylah, bila nampak Aku macam santai jer berborak kat telefon ni, mamat tu pun dah okaylah nak beredar. Dia minta RM20 ajer dan bagi Aku kad nama.(kad nama itu Aku campakkan dalam tong sampah tanpa sempat mengingati siapa nama sebenar orang itu).
Sebaik Aku nampak pak guard, terus Aku minta izin masuk. Pak guard benarkan Aku masuk dan terus Aku ke surau solat subuh. Alhamdulillah , Aku selamat. Walaupun pengalaman itu menakutkan...Aku percaya pada kuasa doa. Dan doa ibuku yang tak putus-putus itu juga sangat membantu. Dan Aku juga percaya pada keikhlasan hati. Bahawa sesuatu itu berlaku dan tidak berlaku dengan keizinanNya.
Dan kolej latihan pagi ini mengingatkan Aku kepada peristiwa itu kerana jerih perih yang Aku harungi bermula di situ, yang membawa Aku mengenali watak-watak manusia dan belajar untuk menjadi manusia yang bergerak dengan kemahuan diri bukan mengikut persekitaran. Dari Taman Desa ke Jalan Gurney. Begitulah semuanya bermula sehingga Aku masih di sini, alhamdulillah, dengan izinNya.

Monday, December 15, 2008
Nak Buang...Tapi Sayang...
Silap haribulan sikit hari lagi Sinar FM boleh lantik Aku jadi duta sebab selalu sangat mengulas pasal topik pagi Sinar ha..ha...ha...Nak buat macamana frekuensi 97.6 itu memang dah tak pernah berganjak dari dulu. Ke Aku yang berjiwa lama? Yelah, lagu-lagu kat Sinar terasa lebih dekat di hati sebab kebanyakan lagu tu adalah lagu-lagu masa Aku membesar, berbanding dengan lagu zaman sekarang yang dua kali dengar dah rasa boring.
Jadi itulah topik pagi ini yang Aku dengar half-way sebab tersangkut dalam kesesakan kat Jalan Bangsar tu. Ada macam-macam respon...yang serius pun jadi kelakar, yang kelakar apatah lagi.
A : Saya nak buang girlfriend saya
SY : Amboi...main buang-buang ajer...
A : Selalu sangat bergaduhlah, asal jumpa gaduh...asal jumpa gaduh...
KE : Dah lama ke bercinta
A : Dah 6 tahun dah. Tu yang rasa sayang nak buang.
Yang kirim sms lak, ada yang nak buang kucing...tapi sayang la pulak sebab dah lama bela. Haaa...yang kucing tu teringat pulak masa zaman dolu-dolu. Jadi hari ini Aku nak cerita pasal kucing pulak. Kucing pertama yang pernah keluarga Aku bela namanya Tompok. Kucing jantan warna hitam putih bertompok-tompok. Aku rasa dia sangat cerdik sebab cakap apa pun dia macam faham ajer. Tikus tak ada sebab dia rajin tangkap dan bunuh. Aku rasa siap makan sekali sebab ini kucing sejati, bukan kucing zaman sekarang...tikus pun dia tak kenal! Tapi masa kitaorang pindah tinggal dengan tok, Tompok ditinggalkan jaga rumah lama. Seminggu sekali ayah pegi lawat dia, tapi kemudian satu hari tu dia menghilangkan diri...dia dah tua sangat dah...
Seterusnya ada Chomeli. Tapi hayatnya tak lama sebab mati dilanggar kereta. Kemudian kucing betina nama Minah melahirkan 2 ekor anak. Satu betina nama Mindung dan satu jantan nama Yolang (Tok bagi nama lain...Sulaiman katanya...nama pendek Leman). Tapi Yolang ni jenis jantan terakhir jugak...suka makan anak! Jadi ada satu peristiwa tu, sebab geram sangat kitaorang pukul dan halau dia keluar selepas dia baham 4 ekor anak Mindung yang baru lahir. Semenjak tu dia tak berani balik rumah, cuma sesekali mencuri-curi jugak datang...bila nampak, terus dia lari. Hanya di penghujung usia dia memberanikan pulang, masa tu pun kitaorang dah tak marah lagi dah...lepas dia insaf dan kembali ke pangkal jalan tu...chewah...memang berubah lah. Baik giler. Cekap, berdisiplin dan amanah lah kiranya. Dua tiga bulan lepas balik tu, dia pun mati. Kira nak mati kat rumahlah rezeki dia.
Sebelum Yolang balik, Tok ada membela seekor lagi kucing jantan yang dibawa balik dari Alor Setar. Kata Tok, namanya Mokhtar. Amboi! tapi kitaorang panggil "Taq" ajer. Ini kucing jenis parsi bulu coklat kelabu...mata biru. Lembik! Orang lain bergaduh kat luar, dia dalam rumah dah terberak kencing! Tapi bab nak mengorat boleh tahan. Inilah pesaing Yolang yang sampai Yolang tu dah jadi samseng kampung dusun la sebab bila dia muncul Taq akan tak keruan dan untuk selamatkan Taq kitaorang akan halau Yolang. So, dengan Taq, Mindung lahirkan 4 ekor anak yang kami namakan...Donatello a.k.a Rambai, Michael Angelo a.k.a. Jambu, Leonardo a.k.a Ciku dan Raphael. Masa tu Teenage Mutant Ninja Turtles memang tengah top. Rambai - Ram punya, Jambu - Khairi punya, Raphael - Ana punya dan Aku adalah tuan Ciku. Macam Rambai dan Jambu, Ciku berbulu putih keseluruhannya tetapi sebelah matanya warna coklat sementara sebelah lagi biru. Dan Ciku Aku tempang sebelah kaki depannya, sejak kecil lagi. Aku jatuh kasih pertama kali lihat dia. Tapi yang paling comel dan gebu dah tentulah Jambu...montel dan hidungnya kemerah-merahan. Aku semua kucing Aku belasah...belasah means...gomol..dan peluk-peluk sampai diaorang tensen la ha..ha...ha..Itulah kucing-kucing kesayangan kami. Selepas lagenda 4 wira tu, kami dah malas membela kucing. Tapi kucing memang sentiasa ada...entah mana-mana datangnya, selalunya yang orang buang. Nak halau tak sampai hati. Terbaru Aku balik kampung dulu, kucing pendatang bernama Kelabu itu (Aiman panggil "Tucin kabu") telah melahirkan 2 ekor anak. Aku tak sempat jengah tengok...mak cakap gumukkk!!! Mesti comel. Macam sekarang no way la nak bela kucing, sudahlah persekitaran rumah tak sesuai...Abang pula alah dengan bulunya.
Selain kucing, kalau ikut situasi Aku...ada lagi benda yang nak buang...tapi sayang ni...he...he...tak caya tengok ler cabinet belakang Aku niii...Adoiii...sesak napas dibuatnya. Ikutkan hati nak ku campakkan ajer semua dokumen ni...yang Aku simpan sejak mula kerja. Tapi kadang-kadang tu macam berguna juga walaupun jarang refer. Sudahnya sayang nak buang. Macam-macamlah!

Friday, November 14, 2008
Mengerjakan Bendang (Sawah) - Nostalgia
Kalau di bendang, ketika menantikan masa menanam padi, atuk sering mencacakkan pukat panjang yang setiap depa disokong oleh batang buluh yang runcing hujungnya. Kadang-kadang berkeliling seperti sangkar penternak ikan. Kami adik-beradik disuruh menghalau ikan ke arah pukat. Apalagi semuapun bertempiaran sesuka hati. Bila pukat diangkat, bukan main banyak sepat yang terlekat. Kadang-kadang sekali jerat pun sudah cukup untuk makan seisi keluarga.
Itu semua pada masa penanaman padi masih dijalankan secara tradisi. Selepas padi dituai, longgokan-longgokan jerami akan dibakar. maka pada musim itu, suasana petang lazimnya tampak kelam disulami adegan kanak-kanak berlari menerbangkan layang-layang. Bila air mula menakung, persiapan menyemai benih padi dibuat. Benih padi yang terpilih, direndam dalam guni hingga keluar tunas. Ayah akan menyusun daun-daun kelapa untuk dijadikan hamparan di tepi telaga atau di tepi bendang. Di atas susunan daun kelapa itu ayah akan longgokkan lumpur yang diceduknya dari telaga atau parit berdekatan rumah. Ia kelihatan seperti hamparan lumpur basah. Kemudian, benih padi ditabur. Akhir sekali, ditutup dengan pelepah-pelepah kelapa. Selang beberapa hari akan kelihatan hamparan hijau seperti permaidani dibawah pelepah-pelepah kelapa itu. Ayah dan ibu akan berusaha agar makhluk perosak seperti tikus tidak menganggu pertumbuhan benih padi.
Apabila sudah agak panjang, anak padi pun sedia untuk dipindahkan dari tapak semaian. Diketika ini kerja-kerja membersihkan bendang pun bermula. Ayah akan menajak rumput menggunakan tajak yang tajam. Ia sejenis peralatan memotong rumput yang ku kira sudah semakin sukar ditemui. Setiap petang ayah akan mengasah tajaknya untuk kerja-kerja membersihkan bendang. Rumput seperti ‘menerung’ memang sukar ditewaskan, apatah ia meninggalkan tunggul keras di dasar bendang yang kalau dipijak memang menyakitkan tapak kaki. Aku paling suka rumpur yang digelar ‘kaki itik’ kerana ia jenis menjalar yang senang dicabut. Akarnya berupa seperti kapas putih yang lembut dan kenyal. Kalau hendak mencabut telipuk, kena pegang rumpunnya dari bawah, biar tercabut dengan akar-akar sekali. Kalau tidak ia akan tumbuh lagi. Telipuk berbunga seperti bunga teratai tetapi lazimnya lebih kecil dan berwarna putih. Daunnya nipis dan mengapung di permukaan air, bukan meninggi di atas air seperti teratai.Pokok tanduk rusa pun ada. Daunnya betul-betul seperti tanduk rusa.
Emak, ayah dan aku akan membuat longgokan-longgokan kecil dari rumput-rampai yang ditajak ayah. Kemudian, kami akan merapatkannya ke batas-batas berdekatan.Peringkat ‘menarik’. Ayah dan emak akan menarik longgokan-longgokan tersebut ke atas batas dan menimbunnya. Aku sememangnya terlibat kerana entah kenapa, dalam ramai adik-beradikku, akulah yang paling senang diajak membantu kerja emak dan ayah di bendang. Sebenarnya Aku tak sampai hati hendak membantah ajakan emak dan ayah walaupun dalam ramai-ramai itu juga Akulah yang memiliki kulit yang sangat sensitif dengan air bendang. Tak apalah, parut yang ada Aku akan bawa sampai mati.
Selesai kerja-kerja pembersihan sawah, dan apabila anak padi (semaian) sudah cukup elok, kerja-kerja menanam dilakukan. Dahulu menanam dilakukan menggunakan kuku kambing. Penanam-penanam (upah berderau, yakni menyertai pakatan bersama dengan bayaran tertentu) kebanyakannya wanita, menikamkan akar padi semaian ke dalam tanah. Padi ditanam berbaris-baris. Mereka sungguh cekap dan pantas. Masa rehat adalah saat yang menyeronokkan kerana mereka akan saling bertukar-tukar makanan. Apatah lagi tuan rumah lazimnya menyediakan bekalan. Segala-galanya kedengaran meriah dan riang. Walaupun saat itu kehidupan masing-masing adalah begitu terhad, jauh untuk bersenang-lenang. Alhamdulillah, hidup terasa dinikmati sepenuhnya walau dalam keadaan serba kekurangan.
Sekarang, hanya jentera-jentera digunakan untuk mengerjakan sawah. Baik ketika membajak, menanam (menabur benih) sehinggalah ke menuai. Anak-anak muda semuanya berhijrah ke bandar. Tidak ada lagi yang berminat bergelumang dengan selut di bendang. Warga-warga tua sudah tinggal beberapa kerat sahaja. Kemeriahan sudah lenyap ditelan masa. Ikan-ikan pun tak nampak bayang lagi. Sepat ronggeng yang acapkali masuk ke dalam penapis bila disauk pun entah tinggal nama. Ikan kemaras pun jarang-jarang kelihatan. Semua pun sudah berubah.
Biarlah berapa kali pun dunia berputar...mudah-mudahan Aku masih Aku yang dulu.

Aktiviti Menimba Telaga (Nostalgia) - 1980an
Pada tahun-tahun tersebut, setiap tahun ketika musim padi dituai di mana sawah telah mengering, aktiviti menimba telaga diadakan. Istilah ini bermaksud mengeringkan air telaga dengan tujuan mendapatkan ikan. Kadang-kadang abang dan ayah serta kawan-kawan mereka ‘mengagau’ ikan di kubang. Kubang adalah bahagian-bahagian berupa lubang dalam di sawah. Ayah selalunya menandakan kawasan-kawasan kubang di sawah ketika air penuh untuk mengelakkan terjerlus ke dalam lubang yang berlumpur dan dalam ini. Padi juga tidak dapat ditanam di situ. Justeru, akan kelihatan kawasan-kawasan berlohong di petak-petak sawah menandakan terletaknya kubang.
Bila sawah mulai mengering, ikan-ikan pun mencari kawasan yang menakung air justeru terperangkap di dalam kubang. Lalu bermulalah aktiviti ‘mengagau ikan’ ini yang bermaksud menangkap ikan menggunakan tangan. Bukan senang mengagau ikan dalam lumpur ini, perlu kepakaran dan kecekapan tertentu kerana keadaan berlumpur menjadikan pergerakan sukar dan ikan yang dipegang mudah terlepas kerana licin. Ramai juga yang terkena sengat keli dan tergagau ular tanah!
Aku sempat berada di zaman ketika menimba dilakukan dengan tulang empat kerat. Kerja-kerja ini dilakukan bermula dari awal pagi. Dua orang lelaki dewasa akan memegang tali yang mana sebuah bekas tin minyak empat segi diregang ditengah. Setiap seorang akan berada di kiri-kanan telaga dengan posisi tin di tengah. Gerakan ayunan dibuat dengan harmoni agar kekuatan kedua-dua pihak ini dapat menggerakkan tin bagi menceduk air telaga dan dihayunkan keluar berulang-kali sehinggalah air hampir kering. Bila hanya selut (lumpur) tinggal dan kelibat ikan sudah mula kelihatan meliuk-liuk di dalam telaga yang tinggal lumpur, barulah aktiviti mengagau dapat dijalankan.
Kerja-kerja menimba telaga lazimnya dilakukan dengan bertukar-tukar orang beberapa kali kerna memerlukan kudrat yang banyak. Suasana di tempat menimba seakan kenduri. Kaum ibu menyediakan hidangan tengahari untuk menjamu mereka yang bekerja keras dalam usaha mengeringkan telaga. Bagi tuan punya telaga, ikan yang ditangkap akan dijual kepada tauke Cina, manakala bagi yang menyertai aktiviti ini, mereka bolehlah membawa pulang sedikit-sebanyak hasil tangkapan sebagai buah tangan.
Apapun, yang sebenarnya bukan ganjaran yang diburu, Semuanya dilakukan atas dasar kerjasama dan tolong-menolong. Yang pentingnya semua orang berasa gembira dan seronok. Bagi yang berduit lebih, bolehlah menyewa enjin yang digunakan untuk mengeringkan telaga. Cara ini lebih cepat tetapi kurang meriah. Kanak-kanak suka berdiri dekat saluran dimana air telaga disembur keluar oleh mesin. Leka melihatnya, entah kenapa. Dulu bolehlah. Ikan-ikan di bendang, telaga dan parit (bukan longkang) besar-besar. Puyu dan sepat selebar tapak tangan lelaki dewasa. Keli dan haruan bukan main besar, sebesar peha pun ada.
Walaupun Aku tak makan ikan...(apatah lagi ikan darat)...tapi rasanya Aku masih ingat aroma ikan sepat yang digoreng menggunakan minyak kelapa buatan tangan Tok itu...aromanya sangat power dan hampir-hampir saja buatkan Aku teringin nak rasa macamana makan ikan...ka...ka...ka...

Rumah Di Tengah Sawah Part II (Nostalgia) - 1980an
Okay, mari kita sambung cerita kisah lama ye...
Berhampiran jalan masuk ke rumah berdekatan kawasan parit terdapat rumpun pokok gelenggang. Bunganya berbentuk agak pelik dan berwarna jingga. Ia lebih kepada jenis pokok renek kerana batangnya yang agak kecil seperti pokok puding. Apabila waktu malam, sekitar rimbunan pohon gelenggang ini dapat dilihat beberapa ekor kelip-kelip (lebih biasa dipanggil kunang-kunang atau firefly) berterbangan. Setiap malam kami adik beradik suka mengintai dari celah papan dinding rumah untuk melihat serangga ini kerana cerita-cerita karut yang kami dengar mengenainya. Kononnya ia adalah roh orang yang meninggal dunia. Entahlah di mana kami mendengarnya, tetapi itulah modal Emak bila kami enggan masuk tidur pada waktu yang ditetapkannya.
Berhampiran rumah juga ada tiga bongkah batu yang berbentuk seperti lesung tumbuk, batu giling dan bulan sabit. Ketiga-tiganya bagikan tertanam di dalam tanah dan tidak menyerupai hasil buatan manusia. Malahan lebih kepada aktiviti hakisan. Jenis batuan juga agak aneh, kemerah-merahan dan keras. Menurut Emak, tapak rumah kami asalnya adalah milik sebuah keluarga berbangsa Cina yang mengusahakan sawah di sekitarnya. Bagaimanapun, semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, keluarga tersebut telah menjadi mangsa perbuatan jenayah kejam oleh askar-askar Jepun. Kononnya salah seorang ahli keluarga ini adalah seorang gadis yang mempunyai rupa paras cantik. Askar-askar Jepun telah mengambil gadis ini daripada keluarganya dan membunuh ahli-ahli keluarganya. Mereka dibaringkan di atas batu-batu yang berbentuk pelik itu dan dipancung. Khabarnya, gadis itu juga turut dibunuh. Entahkan betul entahkan tidak.
Namun kaitannya bagai menjadikan tanah tapak rumah ini suatu misteri yang tidak terungkai oleh masa. Emak pernah menceritakan kepada kami yang dia sering bermimpi didatangi seorang gadis Cina berwajah sedih pada musim-musim awalnya menetap di situ bersama-sama Ayah. Ketika itu, Emak dan Ayah baru sahaja mendirikan rumahtangga. Kami sering memaksa Emak menceritakan perkara ini lebih daripada pengetahuan yang dia ada, mungkin berasa seronok terbuai oleh cerita-cerita aneh sebegitu serta naluri ingin tahu. Kadang-kadang kerana sudah lali dengan pertanyaan-pertanyaan kami, Emak hanya mengiakan sahaja andaian-andaian yang kami buat semata-mata untuk melampiaskan perasaan ingin tahu kami.
Jadi sebetulnya misteri rumah di tengah sawah Aku itu sehingga sekarang masih belum terungkai lagi...biarlah ia terus menjadi tanda-tanya :)

Rumah Di Tengah Sawah Part I (Nostalgia) - 1980an
Aku tidak ingat bila kami mula tinggal di sini. Langsung juga tidak ambil peduli mengapa dan kenapa kami memilih untuk tinggal terasing dari jiran-jiran. Persekitarannya sungguh menyenangkan walau aku tahu sepupu-sepupuku yang tinggal di bandar serta lengkap dengan segala kemudahan tidak akan sekali-kali berhasrat menjejakinya. Bagiku ia tetap istimewa, mungkin untuk anak kecil sepertiku, yang dunianya masih amat terhad.
Tapak rumah bagai terletak di sebuah pulau di tengah-tengah sawah. Aku berusia sekitar 5 tahun pada masa itu. Masih menjadi anak bongsu dan kesayangan keluarga. Ayah seorang tukang rumah, dia mampu mendirikan rumah yang kami diami ini dengan tulang empat keratnya. Dia juga mengambil upah bertukang bila dipanggil oleh orang-orang kampung Sungai Labu Bawah. Aku tidak tahu berapa yang Ayah terima dari hasil penat lelahnya bertukang, yang pastinya kami tidak pernah terbiar kelaparan. Emak dan Ayah juga mengusahakan tanah sawah milik Atuk yang berada disekeliling rumah kami. Kalau Ayah keluar bertukang, Emak akan berseorangan membersihkan sawah dan meniti batas-batas sawah, menanam jagung dan kekacang. Aku rasa bahagia dan damai di dalam jagaan Emak dan Ayah kerana keduanya sungguh bertolak-ansur dan bekerjasama. Emak dan Ayah tidak pernah berbalah di hadapan kami adik-beradik.
Rumah tengah sawah kami ini agak jauh daripada jalan besar. Jalan keluar ke jalan raya pada awalnya dihubungi dengan sebatang titi kayu yang panjang. Susunan nya nampak rapuh, bergoyang-goyang, banyak yang tercabut meninggalkan sengkang yang agak luas. Kadang-kadang boleh dilalui dengan basikal. Kadang-kadang kena turun dan tuntun basikal. Kalau tidak berhati-hati semasa menunggang di titian kayu ini alamat pasti jatuh ke dalam parit yang airnya tidak jernih tetapi elok. Kemili memenuhi sebahagian permukaannya. Kadang-kadang sekumpulan anak-anak haruan yang berwarna merah jingga muncul bermain-main di permukaan. Satu fenomena yang kalau terserempak olehku, segera akan ku cari penapis plastik emak untuk mengaup ikan-ikan kecil itu sekaligus. Bukan hendak dipelihara sangat pun, hanya kerna ‘geram’ melihat keadaan itu. Sasaran paling mudah bagi anak kecil seperti ku.
Pohon-pohon gajus berjuntai diselang-seli pohon kelapa dan pisang. Dipermukaan tiang titi itu seringkali penuh dengan gumpalan-gumpulan buih katak yang mengeras. Di bawah permukaan pula, kalau ada kelapa berlubang tengelam atau tin, cubalah angkat, kalau-kalau berhasil menemukan ikan semilai yang berkilat dan gemerlap sisiknya...kecil dan menarik. Ia juga dipanggil ikan pelaga. Kalau diletak dalam botol bersebelahan, ia akan mengembangkan ekor menampakkan kegarangan, bersedia untuk berlawan. Acapkali ekornya sendiri carik, gara-gara melihat imej lawan di dinding botol bersebelahan.
Apabila titi kayu semuanya sudah roboh, usaha mengekalkan jalan masuk ke kawasan ini dibuat menggunakan lorong dengan simen berbentuk empat segi diaturkan rapat-rapat membentuk jalan yang muat untuk satu basikal atau motosikal melaluinya. Sebenarnya bagi yang lebih berani lazimnya mereka mampu terus menunggang meski ketika berselisihan, maklumlah, alah bisa tegal biasa. Jalan ini tidaklah rata kerana rupabentuk mukabumi yang berbenjol-benjol. Justeru, susunan simen tampak senget benget. Kalau tidak berhati-hati semasa naik basikal, nanti jatuh tergolek dalam sawah Pak Haji Dollah. Sawahnya luas. Separuh jalan batu itu melaluinya . Sebelum sampai ke rumah kami, ada titi. Itupun kalaulah ia boleh dipanggil titi. Mungkin lebih sesuai dipanggil tambak kerana ada macam-macam kombinasinya. Batu simen yang sudah pecah-pecah ada. Kayu ada. Batang kelapa pun ada.Ayah akan tinggikan tambak ini setiap kali jalan ke rumah itu mendap.
Di batas-batas tepi , Emak akan menanam jagung lagi. Di mana-mana kawasan yang ada ruang, Emak akan tanam jagung di situ. Sedap betul jagung itu. Bila direbus, dimakan beramai-ramai semakin terasa kesedapannya. Satu batang sudah tentu tidak cukup. Dua batang pun belum tentu. Baunya harum. Rasanya lemak manis. Batangnya kecil-kecil dan pendek. Yang besar panjang jarang kedapatan. Kalau ada pun Emak akan patahkan menjadi dua. Bolehlah dikongsi berdua. Kalau dapat seorang sebatang, takut tidak cukup pula. Kalau ada lebih, emak buat cucur. Pun sedap juga.
Di keliling rumah ada banyak jenis pokok. Ada pokok bunga raya yang rimbun di depan jalan masuk. Aku sering tidak berani ke situ, kerana sering terserempak dengan ular lidi yang badannya kecil macam batang kangkung. Ada pokok mempelam juga, atau orang sekarang memanggilnya mangga. Kami membahasakannya sebagai pokok atau buah pelam. Pokok yang berhampiran dapur itu adalah dari jenis mempelam siam. Yang dekat belakang jamban (tandas) itu pula adalah mempelam air. Dekat tepi telaga pulak, mempelam telur. Buahnya bulat-bulat dan kecil macam telur. Kalau hendak makan, tidak perlu dikupas elok-elok, lebih senang disiatkan menggunakan gigi dan terus dimakan begitu sahaja. Rasanya memang manis dan tidak cukup dimakan sebiji sahaja kerana saiznya yang kecil. Kalau mempelam air pula, memanglah kandungan airnya lebih banyak berbanding jenis yang lain. Kalau sudah begitu ranum, memang susah hendak dipotong dengan pisau kerana terlalu banyak serabut (pulur), justeru adalah menjadi kegemaran kami untuk menghisap airnya.
Di sekitar kawasan telaga juga ada pokok pisang, pokok jambu dan pokok mengkudu. Pokok jambu itu bukanlah jenis jambu batu yang besar-besar buahnya. Buahnya tidak besar , kecil tetapi rangup dan sedap. Isinya kemerahan. Kulitnya hijau licin. Sedap. Selalu aku memanjat pangkal pokok yang berkeluk-keluk itu tetapi tidak berani mencecah dahan yang lebih tinggi sebab nanti dimarah Emak.
Telaga yang terletak di depan pelantar rumah dikelilingi kangkung yang menjalar. Kangkung ini batangnya bersih dan berwarna hijau muda. Daunnya segar dan nampak sempurna. Langsung tidak dimakan ulat. Air telaga sejuk dan menyegarkan. Warnanya sedikit kekuningan bila dilihat didalam timba tin. Emak menceduk air mengunakan timba tin itu yang diikat tangkainya. Timba itu diceburkan ke dalam telaga dan kemudian Emak akan menarik tali timba untuk mengangkat air. Sudah beberapa buah timba tenggelam ke dasar telaga gara-gara kelekaan ku sewaktu menarik tali. Kadang-kadang akibat tangan yang licin bersabun, genggaman terlepas. Selalunya Emak akan membebel dan aku mendiamkan diri mengakui kesalahan dalam diam.
Tanah dihadapan pelantar dapur rumah dipenuhi susunan sabut kelapa. Emak menjadikannya tambak untuk mengatasi tanah yang becak kerana emak membasuh pinggan-mangkuk di pelantar. Ada sebuah guri besar di kaki tangga. Guri bererti tempayan. Mulut guri itu betul-betul terngadah menghadap cucur atap. Air hujan ditakungkan untuk kegunaan kami. Bekalan air minum Ayah dapatkan dengan cara mengisi air paip ke dalam tong-tong plastik. Pagi-pagi hari atau malam hari, ayah akan muatkan tong-tong kosong itu di atas pelantar basikal dan berkayuh ke rumah jiran berhampiran. Ayah akan menadah air dan mengangkutnya pulang. Untuk mandi dan cuci pakaian , kami menggunakan air telaga sepenuhnya. Walaupun ketiadaan air bersih, kami adik-beradik tidak pula berhadapan dengan masalah kesihatan. Masing-masing jarang jatuh sakit.

Kenangan Anak Desa
Aku menemukan beberapa catatan yang pernah Aku nukilkan entah untuk sebab apa. Ianya catatan lama tentang masa silam yang pernah Aku lalui dulu. Sementelah sudah ada wadah berupa blog ini, ku kira sudah masanya ia dipamerkan di sini kerana kenangan ini adalah sebahagian dari diriku yang ingin Aku kenang selagi nyawa dikandung badan. Justeru, Aku akan menghimpunkan nukilan khas ini di bawah label Nostalgia.
Ternyata memang sukar untukku melupakan sekian banyak kenangan yang masih berbekas di ingatan ini terutamanya tentang kehidupan kampung yang sungguh ringkas tetapi meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati. Sementelah apa yang pernah Aku lalui kini sudah semakin lenyap bersama arus kemodenan, coretan ini bagaikan satu catatan sejarah hidup yang walau tidak sehebat karya-karya agung lain, cukup sekadar mengubati rindu pada detik-detik lampau yang tidak mungkin berulang lagi.
Semua coretan ini adalah bersandarkan kepada ingatan semata-mata. Ingatan yang mungkin lenyap ditelan masa jika tiada usaha dilakukan untuk mencatatkannya. Lalu usaha ini aku lakukan demi untuk mengabadikan kenangan hidup yang tetap segar dan indah di sepanjang jalan yang aku lalui ini. Mudah-mudahan dapat kukongsikan untuk tatapan anak-anakku nanti. Khasnya ku tujukan buat Bonda dan Ayahanda yang telah membesarkanku dengan sempurna di masa-masa yang payah. Kasih dan sayang kalian tetap bertakhta di sanubariku.

Subscribe to:
Posts (Atom)