Wednesday, August 29, 2012

Cerita Jalan Raya

Menduga betul perjalanan balik semalam. Mula-mula, Snowy kena 'block' baik punya! Haduiii...beriya-iyalah kita ni berkejar turun sebab nak elak tersangkut dalam kesesakan, ingatkan line clear rupanya terpaksa la tunggu si pemilik wira itu turun memindahkan keretanya. Sabar ajelah. Akhirnya, disebabkan gendala tadi, maka terpaksalah bersabar menanti giliran keluar daripada tempat parking memandangkan jalan keluar sudah sesak. Tak tahulah apa masalah selepas raya ini, yang pastinya, sangkut lama betul untuk ambil jalan yang lalu depan UM tu memandangkan Aku hendak mengambil jalan bukit tu.

Ketika sudah keluar daripada tempat parking, elok je Pak Guard tu suruh ambil jalan jauh lalu jalan Annexe...huahuahua...alasan? Jalan depan dah sangkut. Sabar ajelah lagi...by the time Aku pusing, lorong tu dah clear untuk 2-3 biji kereta dan kereta-kereta di belakang sana dengan sukahatinya dibenarkan lalu. Pak Guard tak adil!!! Aku pulak yang terkial-kial dah tersangkut kat atas sana sebab kereta-kereta yang keluar daripada bangunan Annexe pun semakin banyak.

Bila akhirnya selama berada di lorong menuju destinasi, adalah pulak cik Mazda 3 ni dok menghimpit. Awat la hang tak mau berbarih lagu kami semua...menyusahkan betullah. Dia pi ambik lorong yang nak ke kiri...dah duduk kat situ, tup-tup nak ke kanan pulak...lepas tu yang best tu, bukannya dia nak tunggu dapat cue untuk masuk...dia main nak masuk jam-jam tu jugak. Sudahnya dia dok menghimpit Snowy. Mestilah Aku terasa bengang kan? Yelah...udah le kau nak masuk jalan orang, beradap sikitlah, signal pun tak bagi...kuang hajor betul! Nasiblah Aku puasa, menahan sabar je lah...Aku toleh le nengok siapa yang samseng sangat ni...alahai...pemandu wanita rupanya. Dia boleh buat muka 'Aku tak nampak hang' dan pandang depan dengan gaya poyo. Cis! Kot la kata nak toleh angkat tangan bagi senyum sikit ka atau buat muka apologetic sebab nak potong giliran ka...ini tidak, buat muka bodoh sombong macam tu. Bila nampak dia tak mahu mengalah coz sejengkal Snowy, sejengkal dia bergerak...Aku pun malas lah nak layan. Kau nak pi sangat kan? Hah...dipersilakan. Pi lah. Pueh hati??? Ala...jalan jem cenggitu...tak ke mananya...

Bila sudah lepas, sekali ada sebuah wira di hadapan yang dipandu dengan 'ragu-ragu' dan perlahan. Alamak...dik...kat depan tu traffic light dah hijau dah...akak dah letih kaki wooo...ko boleh tak aktif sikit merebut peluang? Nyaris-nyaris akak kena tunggu sepuluh minit lagi tau gara-gara kelembapan pergerakan ko tu...nasib baiklah, akak sempat menyelinap sebelah kanan tu dan memotong ko...fuh!

Mujurlah perjalanan seterusnya kembali lancar, walaupun terpaksa buat tak tahu sahaja dengan beberapa aksi biasa yang Aku dah agak 'mangli'. Syukur alhamdulillah, selamat sampai rumah...memanglah cabaran seperti ini akan sentiasa ada, banyak orang banyak ragamnya...Semoga diberikan kesabaran mengharunginya memandangkan bukan senang hendak mengekalkan tahap 'cool' bila berada di belakang stereng...heheh...

Monday, August 27, 2012

Mengimbau Masa

Minggu ini bakal berlalu dengan pantasnya, sama seperti minggu-minggu terdahulu. Kadang-kadang boleh termenung memikirkan, ke manakah telah dimanfaatkan masa? Benda yang tertangguh, masih tertangguh juga. Rasa-rasanya macam banyak yang telah dilakukan sampai nak duduk pun tak sempat, tapi tahu-tahu masih juga menimbun keperluan lain yang mula menagih perhatian. Hairan bin ajaib!

Sedar tak sedar juga sudah seminggu berlalu semenjak 1 Syawal diraikan. Raya ini yang seronoknya ialah bila dapat berhimpun bersama keluarga. Maklumlah, di hari-hari lain, kesempatan seperti itu payah hendak dapat. Bila sudah sampai masa beredar meninggalkan kampung halaman, semuanya kembali ke asalnya. Tengok kuih raya pun dah tak teruja. Nasib baik la tak beria-ia nak buat itu ini walaupun hati tu berhajat. Sempat jugalah menghimpunkan segala acuan dan dulang membakar. Cuma di saat akhir tiba-tiba rasa tak 'lalu' pulak membayangkan hendak menghadap adunan dan menerap satu-persatu. Rasa buang masa pulak. Sudahnya jadilah ia satu projek yang tak jadi. :P

 Hujung minggu ini pun ada aktiviti besar-besaran. Jadi, tak mustahil bila kononnya sampai masa nak betul-betul 'rehat' rupa-rupanya sudah hujung tahun benar...aiyooo...itupun kalau nyawa masih dikandung badan. Siapa tahu kalau-kalau tak jumpa lagi Ramadhan tahun depan. Tadi pun dah terkedu menatap berita kematian seorang anggota syarikat. Tidaklah kenal baik sangat, tapi pernah bekerjasama beberapa tahun dahulu dan nama bapanya yang agak unik itu memang saya susah hendak lupa. Arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya menjelang sambutan Aidil Fitri. Orangnya masih muda lagi, namun masanya sudah sampai. Dengan masa yang pantas berlalu ini, tidak boleh tidak, terfikir juga di benak saya, bilakah agaknya masa saya pula? Itu satu, yang lagi satu pula...adakah saya sudah bersedia? Hemmm...sendiri tanya, sendiri jawablah ye.

Thursday, August 23, 2012

Aidilfitri 2012

Selamat sudah berhari lebaran di kampung halaman. Hari raya ketiga sudah menatap Menara KL di kejauhan. Aman dan tenangnya KL. Bagus kalau boleh berterusan begitu...yeah, rite!

Hemmm...balik kampung ingat hendak meredah cari kuih atau tudung raya di saat-saat akhir, malangnya PB sesak teruk dengan warga yang pulang beraya. Jem di kiri-kanan jalan...memang luar biasa sesaknya. Jadi, tak kuasalah nak bersesak-sesak sama. Hajat hendak membeli barang dapur di Econsave juga terpaksa dibatalkan...apa tidaknya, nak masuk parking pun tak lepas...terus kami undur dan keluar naik lebuhraya. Sudahnya membeli-belah di Tesco Extra Seberang Jaya.


Di rumah ini ada banyak kucing. Seronoklah budak-budak bermain dengan kucing. Kucing yang adapun semua jenis bulu kaler cicak. Keturunan kucing pungut belaka. Hairan betullah, suka benor buang kucing sesuka hati kat rumah kami dan kucing-kucing tu pula tak reti-reti hendak pergi tempat lain. Akhirnya terus beranak-pinak di rumah kami.



Bila anak-anak semuanya balik, emak bukan main ligat di dapur menyediakan juadah kegemaran masing-masing. Suka sangat dia, walaupun penat. Pulut panggang (kami sebut sebagai pulut udang) yang dipanggang di luar rumah. Hisham seronok hendak tolong, masalahnya dia nak pastikan api ada...haiyo...kalau tak diperhatikan, mahu jadi pulut rentung jawabnya.


Sehelai bendera yang berkibar megah di hadapan rumah. Semangat hendak menyambut merdeka pun ada juga ni...heheh. Yelah, kerana kita sudah merdeka dan bebas inilah maka kita dapat beraya dengan aman (malah berlebih-lebihan pula). Bersyukurlah, jangan semuanya pun hendak dipolitikkan.


Kakak sulung dengan tiga orang anaknya.



Abang dengan isteri.


Anak-anak dan isteri Abang.


Kakak sekeluarga yang menetap di Lenggong. Tema biru menjadi pilihan.



Kakak ketiga dengan anak bongsunya. Tiga yang lain pemalu belaka, hendak diajak bergambar pun payah.




Kami sekeluarga pun memilih warna biru.



Mejar Ramzan dan keluarganya menyerlah dalam persalinan kaler oren. 




Keluarga Cikgu Khairi. Haish...tahun ini rasanya ramai yang memilih kaler oren ye...



Teruna cilik saya. Tiap-tiap malam merayu hendak main bunga api. Seronok giler sebab ramai sepupu-sepapat boleh diajak bermain. 



Yuppp...ada satu keluarga lagi yang tertinggal. Belum cukup lengkap sebab Siti Hana keluarga belum sampai lagi semasa sesi fotografi diadakan. Tetap kira dahsyat jugaklah sebab inilah julung kalinya kami berlapan pulang beraya serentak. Kalau ayah masih ada, dia tentu seronok.

Mudah-mudahan masih ada kesempatan di masa hadapan untuk kita berkumpul bersama-sama seperti ini lagi.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.

Tuesday, August 14, 2012

Trivia Raya Telipuk


Tak tahulah korang macamana...tapi kalau tanya Telipuklah, bab raya sekarang ni Telipuk lebih gemar ala kadar aje. Kadang-kadang mak Telipuk marah juga sebab Telipuk kurang 'teruja'...heheh...bukan apa, Telipuk suka jawab, "apa-apa yang ada je lah mak...tak payahlah nak beli itu ini..." heheh. Dulu-dulu raya memang happening la sebab masa tu zaman budak yang rasa raya adalah segala-galanya. Tapi sekarang, bila dah dewasa...dan ada banyak perkara yang Telipuk perhati serta hayati...rasa cukup-cukuplah beraya. Sekadar meraikan ajelah. Tapi Telipuk sukalah sebab masa raya inilah ada peluang untuk jumpa saudara-mara dan sahabat handai. 

Dulu zaman susah. Sekarang dah senang alhamdulillah...tapi yang zaman susah tu jugaklah yang rasa best sangat-sangat. Tak boleh lupa dan akan selalu ingat.

Jom imbas semula...

  1. Kutipan tertinggi pernah dicatatkan semasa zaman beraya dari rumah ke rumah : Sekitar RM50 . Itupun setelah puas merayau keluar pagi, balik petang. Budak-budak sekarang duduk lepak depan tv pun selamba je kumpul RM100.
  2. Yang paling gempak dalam bab sedekah raya : Seorang jiran yang tak miss bagi 50 sen untuk setiap budak yang datang. Dia letak syiling-syiling tu dalam bekas Brylcreem. Mewah la tu...
  3. Yang paling tragik : Ada sebuah rumah ni, kami dapat 20 sen dan disuruh kongsi 4 orang...huahuahua...masa zaman ni memang ingat beraya tu seronok sebab boleh dapat duit je hehehe.
  4. Kuih raya paling favourite bagi kategori tradisional : Putu Kacang
  5. Kuih raya paling favourite bagi kategori moden : Biskut Y
  6. Hidangan popular hari lebaran yang tidak pernah dijamah : Nasi Himpit
  7. Top 5 aktiviti pra-raya : cari kayu api, tolong pukul telur sampai kembang untuk buat bahulu, tolong kacau dodol, tolong tekan acuan kuih bakar kacang dan tolong cabut bulu ayam (zaman bela ayam untuk makan sendiri).
  8. Baju raya paling tak dapat dilupakan : Kain yang sama dibuat baju dan dipakai oleh saya dan tiga orang kakak. Cuma pattern aje yang berbeza. Zaman baju boria.
  9. Kenangan pahit bab baju raya : Tempahan tak dapat disiapkan dan tukang jahit menghilangkan diri menyebabkan hilang mood beraya kerana tak ada baju raya.
  10. Tempat duit raya dihabiskan : Pekan Sabtu
  11. Top 5 barang-barang yang dibeli menggunakan duit raya : cekak rambut, getah rambut, sepit rambut, buku tulis (notebook) dan pensil warna.

Tahun ini insyaallah Telipuk akan pulang berhari raya di Krian. Seronok sebab cukup korum 8 semuanya akan berkumpul. Cuma ada rasa yang Telipuk pun tak pasti hendak gambarkan macam mana...terasa lain, terasa janggal kerana tahun ini tak ada tangan ayah untuk dikucupi. Siapa agaknya akan mengambil alih tugas membuat kelongsong ketupat palas tu ye...selalunya ayah yang bolot kerja tu...hemmm...

Bercampur baur pulak perasaan menjelang berakhirnya Ramadhan ini, ya. Apapun Telipuk hendak mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat meneruskan perjuangan Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari lagi ini semoga segala amalan diterima dan kekal beristiqamah hendaknya. Juga selamat meraikan 1 Syawal, semoga gembira di samping keluarga.

Jumpa lagi selepas raya, insyaallah.

 

Monday, August 13, 2012

Bukan Kerana Soya

Patutlah orang kita payah hendak berjaya dalam perniagaan macam orang lain. Nak berjaya macamana...belum apa-apa sudah berdengki sana, berdengki sini. Tak puas hati tengok orang senang. Kalau nak berjaya, dia hendak berjaya seorang. Orang lain biar susah belaka. Kalau dia susah, dia nak orang lain pun susah juga. Caittt!!!

Mungkin saya tak patut mengulas sampai begitu sekali hanya kerana tersinggung dengan sikap seorang peniaga sahaja. Apapun saya percaya, apa yang keluar dari mulut, itulah yang mencerminkan hati dan bagaimana hati, begitulah peribadi.

Alkisahnya saya ke bazar Ramadhan oppss...bazar makanan jer lah...buat apa nak kaitkan bazar dengan Ramadhan , kan? Macam buffet Ramadhan...tersangatlah mengelirukan seolah-olahnya bila berpuasa, itu ajelah yang orang Islam utamakan...makan!...makan!...makan! Selalunya saya ke sana sebab anak-anak suka ayam goreng RFC (Razlan Fried Chicken). Dan kalau nak ayam percik dan apa-apa jenis lauk yang tak kuasalah nak buang tenaga masak kalau cuma hendak makan sepiring. Jadi, hari itu Encik Suami teringin pula tengok ayam bakar...kami pun berhentilah singgah di gerai tersebut dan menunggu giliran bersama-sama beberapa orang pengunjung lain. Bersebelahan gerai ayam bakar ialah gerai menjual air soya panas. Kedengaran si penjual melaung-laung mempromosi produk jualannya. Rasanya dari jauh pun boleh dengar, tak payah guna pembesar suara. Encik Suami berdiri betul-betul di pinggir gerai ayam bakar, saya pula berdiri betul-betul di belakang Encik Suami...nak berdiri di depan gerai tu...tak boleh sebab asapnya berkepul-kepul...pedih mata nanti. Saya tak sangka pula perkara seperti itu boleh mengundang ketidakpuasan hati si penjual air soya kerana tiba-tiba dia menegur saya dan meminta saya berdiri di tempat lain kerana nanti orang tak nampak pula jualan air soyanya.

Bulat mata saya memandangnya. Sumpah dia tak hensem langsung! Er...actually, saya terkejut. Terkejut sebab tak sangka begitu tahap pemikiran dia sampai boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu. Saya pun pusing tengok keliling...manalah tahu kalau sungguh benar terlindung gerai soya tu. Ternyata tidak benar sebab hanya saya seorang berdiri...itupun memang sudah di hujung-hujung sebab saya pun tak akanlah hendak tercokoh depan gerai dia sebab saya tidak mahu beli air soya pun...normal lah tu.

Saya tidak terkata apa-apa melainkan terus beredar. Ikutkan hati saya hendak je jawab, "Bang, kalau Allah dah tetapkan rezeki tu ada, tak payah risaulah kalau kena hadang dengan saya atau kena serkup dengan kelambu sekalipun...pasti ada rezeki . Tapi kalau bukan rezeki , gerai ni terbuka terang trang tang tang pun jangan harap boleh jual secawan soya pun!" Tapi saya tak kata. Saya diam sahaja sebab saya tahu tak guna bercakap dengan orang yang mentalitinya begitu. Selepas saya beredar, dari kejauhan saya dengar dia masih melaung-laung nyaring tapi gerainya masih kosong, pembeli hanya lalu lalang tanpa berhenti. Bukan hendak kata saya dah beri sumpahan ke apa...pada saya, dia sendiri yang menghalau 'rezeki'.

Bayangkanlah...kalaulah dia jenis peniaga yang bermuka manis dan berbaik sangka, dia tentu akan gembira yang gerai di sebelahnya itu mendapat sambutan. Biarlah kalaupun pelanggan gerai itu beratur sampai ke depan gerainya. Bukankah dia boleh menyapa mereka dengan kata-kata, "Alang-alang menunggu ayam bakar siap, apa kata beli soya panas saya ini? Memang sedap dan sesuai makan dengan ayam bakar. Silalah beli". Haaa...kan bagus tu? Tak logiklah dia nak hangin dengan gerai ayam tu sebab persaingan kerana ayam dan soya adalah dua produk yang bukan pengganti sempurna. Malahan, bolehlah dikatakan kedua-duanya saling lengkap-melengkapi. Bila anda makan, anda perlu juga minum. Soooo...tak bolehkah bekerjasama ? Kalau saya jadi pelanggan yang terpaksa berdiri depan gerai soya dek ramainya orang di gerai ayam...adalah tidak mustahil saya akan turut membeli soya sebab rasa 'guilty' mengganggu urusan jual beli penjual soya atau boleh jadi juga bila dah lama menunggu tiba-tiba terkecur pula air liur melihat soya. Itulah namanya rezeki orang, boleh jadi rezeki kita juga.

Haishhh...tu la...masa Dr. Azizan Osman panggil pergi seminar percuma tak nak pula. Cubalah pergi tinjau tengok apa yang tak kena dengan perniagaan kita? Kadang-kadang perniagaan tu dah ok...tapi masalah besar ialah diri sendiri. Tingkah laku yang tak sesuai. Asal tengok orang lebih sikit, mulalah nak bengang tak tentu pasal.

Dan oh ya, saya juga jumpa situasi gerai-gerai yang duduk bersebelahan, mereka saling promosi-mempromosi. Bergurau senda lagi. Kelakar pun ada. Pengunjung yang terhibur pun singgah tengok apa yang ada...bila dah singgah, peluang untuk menjual dah terbuka. Tak payahlah hendak bengis-bengis...semuapun nak cari rezeki. Nanti muka masam macam tu...jangankan rezeki, hantu nampak pun lari!

Sorrylah Encik Soya...bukan niat saya hendak balas dendam atau apa...Memang saya bukan pelanggan awak, tapi itu tidak bererti saya tidak berpotensi menjadi pelanggan awak. Terus terang cakap, kalau lain kali saya nak merasa air soya panas...saya tak akan beli dari gerai awak Encik Soya. Well...tak mengapalah, kan...bukannya rugi banyak sen sangat, kan...kan masih ada pelanggan lain. Ya, teruskanlah bersikap macam itu Encik Soya. Teruskan dengan sikap, "Saya apa peduli. Tak nak beli, sudah!".

All the best, Encik Soya...

Friday, August 10, 2012

Lain Jadinya

Entah mengapa, pagi ini, dalam dok berkira-kira hendak mencari tempat letak kereta percuma di sekitar lrt Sentul ada saja gendalanya. Saya keluar awal seperti biasa, namun, lebih ramai yang keluar lebih awal daripada saya. Sebaik sampai di petak percuma yang disediakan DBKL, yang kosong cuma tinggal 2-3 yang nun di penghujung. Alaaa...kalau kat situ, baik sikit aje daripada berjalan kaki dari rumah. Terlintas juga hendak masuk parking berbayar. Tak mahal sangatlah, RM3 sekali masuk. Cuma masalahnya, ramai yang parking di situ. Bila balik petang, berlapis-lapis jadinya dan pengalaman ngeri telah saya tempuhi Rabu lalu bilamana Snowy kena 'block'.

Alahai...kita punyalah berjalan tak pandang kiri-kanan laju macam orang Jepun mengejar keretapi JR Line sebab dah timing baik nak sampai rumah pukul 5.15...tup tup bila sampai tak boleh keluar sebab kereta kena hadang...aiyoohhh...sikit punya hangin ke? Dan hari itu setelah lebih 10 minit menunggu dengan tak sabarnya, saya telah menggunakan kemahiran maju dan mengundur dengan penuh berhati-hati sambil menahan nafas...sehingga akhirnya saya berhasil juga keluar tanpa mencederakan sesuatu heheh. Nasib baik ada sedikit ruang yang tinggal untuk manoeuvre.  Jadi, membayangkan adegan itu...rasa serik pun ada.

Tanpa perancangan awal, saya terus memandu sehingga keluar ke persimpangan Jalan Sentul. Saya memandu terus sampailah ke pejabat...hemmm...hari ini hari Jumaat beb...tahu sahajalah keadaan lalulintas setiap kali semua orang berebut-rebut hendak balik pada hari Jumaat. Selalunya kesesakan jalan di petang Jumaat lebih teruk daripada kesesakan di hari-hari lain.

Hai...saya harap hari ini okaylah, semoga ramai yang bercuti atau apa saja...asalkan tidak menganggu lalulintas saya petang ini.

Tuesday, August 07, 2012

Alkisah Memaafkan


Firman Allah dalam Surah Al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud :.

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa : "Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang".

Ayat tersebut di atas menunjukkan antara sifat-sifat orang yang beriman iaitu sentiasa berdoa dan meminta ampunan Allah untuk saudara-saudaranya (sesama agama). Dia tidak sekadar berdoa untuk kepentingan dirinya semata-mata, tetapi turut menyelitkan doa untuk saudara-saudaranya. Juga dia berdoa agar hatinya tidak dipenuhi dengan hasad terhadap orang-orang yang beriman. Itulah satu akhlak yang mulia, yang harus ada dalam diri seorang muslim.

Apa syaratnya menjadi ahli syurga?
Banyak buat ibadat atau berakhlak mulia?

Berapa ramai orang yang boleh bangun malam mengerjakan solat dan berapa ramai pula yang boleh/sanggup memaafkan kesalahan orang yang telah melukakan hatinya?

Padahal ada yang menyangka mereka itu amalannya banyak, padahal di akhirat nanti amalan yang menggunung itu Allah tukarkan menjadi seperti kapas yang ringan diterbangkan angin.

Tersebut suatu kisah seorang bakal ahli syurga yang pernah diceritakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdul Rahman bin Auf. Apa bentuk amalannya? Ternyata yang sering dia amalkan ialah "setiap kali sebelum dia tidur, dia akan memaafkan semua orang".

Susah atau senang hendak memaafkan orang? Susah. Saya rasa susah. Tetapi orang yang beriman, yang segala amal ibadahnya itu benar-benar menjadi dan berhasil, dia akan terlatih untuk dengan mudahnya memaafkan orang. Sesungguhnya solat, puasa, sedekah dan haji kita itu hanyalah alat...alat yang membantu membentuk peribadi muslim kita. Misalnya dengan berpuasa, kita belajar menahan hawa nafsu. Bersolat mengajar kita menepati waktu, membuat perancangan dan beradab dengan Maha Pencipta. Perlaksanaan yang sempurna yang dibuat dengan ikhlas akan membentuk individu muslim menjadi seorang yang berakhlak mulia.

Ketahuilah...

"Berbuat baik terhadap orang yang berbuat baik terhadap kita itu adalah perkara biasa"
"Berbuat jahat terhadap orang yang berbuat baik terhadap kita itu adalah sesuatu yang zalim"
"Berbuat jahat terhadap orang yang berbuat jahat terhadap kita itu tandanya dendam"
"Berbuat baik terhadap orang yang berbuat jahat terhadap kita itulah yang terbaik"

Bersediakah kita untuk melakukan yang terbaik?
Bersediakah kita untuk mempamerkan hasil kesungguhan latihan selama ini dengan akhlak yang mulia?

Lalu saya teringat perbualan saya dengan Sirapmadu ketika kami berkongsi perancangan lailatul Qadar kami yang tidak seberapa. Saya katakan kepadanya, tumpukan kepada kualiti bukan kuantiti. Yang penting, apa yang kita lakukan...harapnya masih berlanjutan sesudah Ramadhan. Walaupun hanya ada satu yang kita usahakan sebagai penambahbaikan amalan. Cukuplah dengan satu amalan yang berterusan berbanding 1001 amalan yang hanya dilakukan untuk sebulan. Barulah Ramadhan benar-benar melatih diri dan petanda Allah menerima ibadah yang dilakukan itu, insyaallah.


Monday, August 06, 2012

Hello...?

Hari ini untuk kesekian kalinya, bila masa-masa begini telefon berbunyi...dah agak dah, mesti nombor yang saya tak kenal. Haish...nak angkat ke tak angkat nih? Nombor mudah alih pulak tu...ni yang ala-ala tersepit antara nak tahu dan tak nak ambil tahu. Kalau nombor talian tetap yang cantik tersusun tu, dah tahu dah, mesti nombor bank. Senang le, terus saya tak layan...hish tak kuasa! Setakat nak promote tolong menambahkan hutang tu tak payahlah dek non...

Memandangkan bunyi hp tu semakin rancak dan menjengkelkan...ambil jer lah. Maka, terjadilah sesi perbualan berikut.

Pemanggil : (Salam) Saya (Nama) dari PM. Boleh saya bercakap dengan Puan A****
Saya : Ye, bercakap. Ada apahal ? (suhu suam-suam, tak berapa nak mesra je bila dengar nama syarikat tu...dalam hati, "Ni yang Aku maleh ni...")
Pemanggil : Puan pernah dengar nama PM? (eh elehhh...nak buat soalan cepu emas kat Aku la konon...sekali Aku cepuk kang....)
Saya : Pernah. Kenapa?
Pemanggil : Oooo...Puan ada akaun dengan PM ke?
Saya : Tak ada. Tapi saya biasa dengan nama ni. Cuma tak ada akaun dengan PM jer...lain-lain tempat ada (hamboih...!)
Pemanggil : Oh ye ke? Jadi, Puan ada akaun dengan syarikat lain lah ye...syarikat apa tu, Puan?
Saya : AIA ada...Etika ada...MCIS..errr...(kang Aku senaraikan semua kang....hopefully ko patah hati la nak 'mengayat' Aku)
Pemanggil : Oh macam tu...err...apa kata kalau saya setkan appointment datang jumpa Puan? Boleh saya terangkan tentang produk kami? (ish...ish...ish...belum patah hati rupanya....)
Saya : Tak payahlah...saya tak minat (see....straight tu the point!)
Pemanggil : Yang ini bukan insuran, Puan....yang ini untuk simpanan....(macamlah Aku akan meloncat-loncat seronok kalau dengar yang produk dia tu produk simpanan...apa kes?)
Saya : Betul, saya tak minat.(Lainlah kalau awak datang nak jual kasut saiz 9-10 yang pelbagai design dan warna dengan harga murah...mahu tak sekarang jugak Aku paksa ko datang).
Pemanggil : Tak pa , Puan. Dengar aje pun tak apa. (Hish...tak reti bahase le mamat ni...)
Saya : Kalau saya mahu produk yang macam ini, saya sendiri yang akan cari...tak payah datang jumpa saya, buang masa awak saja (dalam loghat Inggeris...hahaha...kome kalau Aku cakap melayu...buat tak paham...haish...)
Pemanggil : (ala tergelak-gelak manja dan malu-malu alah...) Kalau macam tu tak apalah ye Puan, terima kasih.

So, selepas ini lagilah saya bersemangat untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor-nombor yang tidak dikenali.

Pada pendapat sayalah, penjualan menerusi telefon ini tidaklah berkesan. Setidak-tidaknya untuk saya. Sebagai pengguna, saya ni jenis yang membeli sesuatu barang/perkhidmatan mengikut keperluan saya. Saya akan 'initiate' kalau saya mahukan sesuatu. Adalah menjadi pantang tok nenek saya kalau inisiatif itu dimulakan oleh penjual. Kadang-kadang rasa memang hendak beli, tapi bila di'approach' aje...terus hilang keinginan hendak membeli.Sebab itu saya suka kalau dibiarkan bersendiri memilih apa-apa yang saya berkenan...kalau jenis yang jurujual ikut langkah seinci-seinci...memang saya angkat kaki terus. Jurujual boleh sapa dan alu-alukan saya masuk ke kedainya dengan sopan....heheh...kalau yang kita masuk kerling pun tidak, jugak akan membantutkan selera dan membuatkan saya angkat kaki. Saya suka kalau disapa dengan, "Jemput masuk, tengok-tengok dulu...kalau tak beli pun tak apa..." kemudian dia membiarkan saya membelek & menelek...besar kemungkinan, saya akan membeli sesuatu di situ, walaupun mungkin tak berapa perlu.

Saya tau dan saya faham si pemanggil tadi mengejar 'sasaran'. Cuma saya selalu mengharapkan mereka jangan ambil lewa bila sasaran bagitahu dia tidak berminat. Sasaran bukan tak peka dengan produk semasa yang ada dalam pasaran, jangan ingat bila kata tak minat itu sebab sasaran tak tahu maka terus mendesak untuk berjumpa...buat macam tu lagilah sasaran 'hot'!

Harap-harap bila PDPA berkuatkuasa nanti, tak adalah lagi terima panggilan-panggilan sebegini.



Belum Masanya

Saya dah kata, jangan tengok siaran langsung tu...haaa...kan dah kalah! Saya selalu merasakan, bila ada sesuatu yang kita sangat harapkan, biarlah tak ketara sangat harapan tu. Rileks. Cool. Buat tak tahu je...kalau boleh, berlakon seolah-olah benda tu tak penting pun. Apa daaa punya petua...heheh...




Apapun tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana telah memberikan yang terbaik. Pujian harus diberikan kepadanya yang sebelum ini terpaksa direhatkan kerana kecederaan hanya beberapa bulan sebelum Olimpik. What a come back! Kira dahsyat la tu! Kau ada?

Hek elek...yang beriye-iye memberikan komen tak semenggah tu, berhentilah. Ingat senang ke nak main di final macam tu...dengan membawa harapan negara lagi. PM siap telefon lagi cakap mesti menang...puhhh...tekanan tuuu!!! Senang cakap, siapa tak mahu memang kan? Dalam keadaan ini merupakan penyertaan Olimpik yang terakhir dan berpeluang berjumpa dengan musuh ketat yang berlagak tu kan...siapa tak hendak? Mesti sangat-sangat mahu menang! Apakan daya...yang penting mencuba. Ada beza antara mencuba tetapi gagal berbanding tak mahu mencuba yang sudah sepastinya gagal. Beza antara kedua pemain ini tak banyak...cuma mungkin Lin Dan lebih berketahanan dari segi mental. 


Saya memang mengharapkan LCW menang...mestilah kecewa...apa taknya....Bukan apa, saya sudah membayangkan yang kita bakal dapat cuti hari esoknya (hari ini la) kalau LCW menang. Sangat-sangat hendak cuti, aiskrim B&R tak pe lagi....cuti lagi best! huahuahua....

Friday, August 03, 2012

Memburu Malam 1000 Bulan


Terima kasih, sahabat-sahabat seperguruaan yang telah menghantar emel-emel menarik pagi ini dan salah satunya ingin saya kongsikan di sini buat panduan semua pembaca budiman.


Doa yang Banyak Dibaca Pada Lailatul Qadar
Oleh: BadarulTamam

اللَّهُمَّإنَّكعَفُوٌّتُحِبُّالْعَفْوَفَاعْفُعَنِّي
AllahummaInnaka 'Afuwwun, Tuhibbul 'Afwa, Fa'fu 'Anni
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan senang memaafkan, maka, maafkanlah kesalahanku."

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Shalawat dan salam semoga terlimpah kepadaRasulullah, keluarga dan para sahabat Baginda. 

Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah S.A.W kepada isteri tercinta , ummul mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan  , apa yang harus aku baca?" Kemudian Baginda S.A.W menjawab, "Ucapkanlah:
اللَّهُمَّإنَّكعَفُوٌّتُحِبُّالْعَفْوَفَاعْفُعَنِّي
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan senang memaafkan, maka, maafkanlah kesalahanku."(HR. al-Tirmidzi, IbnuMajah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzidan al-Hakim menshahihkannya).

Nama Allah "Al-'Afuww" Dalam Al-Qur'an

Nama Allah "Al-'Afuww" disebutkan lima kali dalam Al-Qur'an. Pertama, disebutkan bersama nama-Nya "Al-Qadir".
إِنْتُبْدُواخَيْرًاأَوْتُخْفُوهُأَوْتَعْفُواعَنْسُوءٍفَإِنَّاللَّهَكَانَعَفُوًّاقَدِيرًا
"Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." (QS. Al-Nisa': 149) . Terkadang seseorang memaafkan kesalahan orang lain karena dia tidak mampu membalas atas keburukannya. Namun Allah SubhanahuwaTa'ala menyebutkan, Dia memaafkan, padahal Dia berkuasa membalas keburukan (dosa) hamba. Maka ini adalah pemberian maaf yang sebenarnya dan sangat istimewa.

Kedua, penyebutan nama al'Afuww yang lainnya digandingkan dengan nama-Nya "Al-Ghafur".
إِنَّاللَّهَكَانَعَفُوًّاغَفُورًا
 "Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun." (QS. Al-Nisa': 43)

فَأُولَئِكَعَسَىاللَّهُأَنْيَعْفُوَعَنْهُمْوَكَانَاللَّهُعَفُوًّاغَفُورًا
"Mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya.  Dan adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun." (QS. Al-Nisa': 99)

Ayat-ayat yang menyebutkan nama Allah "Al-'Afuww" yang memiliki sifat pemberi maaf, sesungguhnya menunjukkan bahwa Allah senantiasa dikenal bersifat pemaaf. Senantiasa mengampuni dan memberi maaf kepada hamba-hamba-Nya, walau mereka sering berdosa kepada-Nya. Dan mereka sangat berhajat kepada maaf-Nya sebagaimana mereka berhajat kepada rahmat dan kemurahan-Nya. Bahkan bisa dikatakan, kebutuhan mereka kepada maaf Allah lebih daripada kebutuhan mereka kepada makan dan minum. Kenapa?Karena kalau tidak memberikan maaf kepada penduduk bumi, niscaya hancur dan binasalah mereka semua dengan dosa-dosa mereka.

Sifat maaf Allah adalah maaf yang lengkap, lebih luas dari dosa-dosa yang dilakukan hamba-Nya.Apalagi kalau mereka datang dengan istighfar, taubat, iman, dan amal-amal shalih yang menjadi sarana untuk mendapatkan maaf Allah. Sesungguhnya tidak ada yang bisa menerima taubat para hamba dan memaafkan kesalahan mereka dengan sempurna kecuali Allah S.W.T.

MaknaNama Allah "Al-Afuww"

Kalimat 'afaa, secara bahasa –sebagaimana yang disebutkan dalam kamus- memiliki dua makna: Pertama, memberi dengan penuh kerelaan.Ini seperti kalimat, "A'thaituhu min maali 'afwan", maknanya: aku beri dia sebagian dari hartaku yang berharga dengan penuh kerelaan tanpa diminta. Ini seperti firman Allah Ta'ala:
وَيَسْأَلُونَكَمَاذَايُنْفِقُونَقُلِالْعَفْوَ
"Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan.Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan"." (QS. Al-Baqarah: 219) sehingga itu dikeluarkan dengan penuh keridhaan.Wallahua'lam.

Kedua, al-izalah (menghilangkan/menghapus). Seperti kalimat, "'Afatirriihu al-atsara" artinya: angin telah menghilangkan/menghapus jejak. Contoh nyata terdapat dalam catatan sirah nabawiyah (sejarah perjalanan hidup Nabi S.A.W) tentang perjalanan hijrah: Saat Baginda bersembunyi di gua Tsur bersama Abu Bakar, adalah Asma' binti Abu Bakar membawakan makanan untuk keduanya. Maka terdapat dalam catatan:  
فأمرغلامهأنيعفوآثارأقدامأسماءحتىلايعرفالكفارطريقالنبي
"Maka ia memerintahkan budaknya agar menghilangkan/menghapus jejak kaki Asma' sehingga orang-orang kafir tidak tahu jalur yang ditempuh oleh Nabi S.A.W."

Maka ada tiga kandungan dalam nama Allah "Al-'Afuww' ini: Menghilangkan dan menghapuskan, lalu ridha, kemudian memberi. Maka Allah S.W.T menghilangkan, menghapuskan dosa-dosa hamba-Nya dan bekas dosa tersebut. Lalu Allah meridhai mereka. Kemudian sesudah meridhai, Dia memberi yang terbaik (maaf) tanpa mereka memintanya.

Perbedaan antara al'Afuww (Maha Pemaaf) dan al-Ghaffar (Maha Pengampun)

Supaya kita bisa merasakan keistimewaan nama Allah al-'Afuww (Maha Pemaaf) dengan sebenarnya, maka kita ketahui perbedaan antara dia dengan al-Ghaffar. Pada dasarnya, semua nama Allah adalah sangat baik. Tapi al-'Afuww itu memiliki makna lebih dalam daripada maghfirah. Karena maghfirah, adalah ampunan dosa namun dosa itu masih ada. Dosa tersebut ditutupi oleh Allah di dunia dan di akhirat nanti juga ditutupi dari pandangan makhluk. Sehingga Allah tidak menyiksa seseorang dengan dosa tersebut, tapi dosa itu masih ada.

Adapun maaf, maka dosa yang dilakukan hamba sudah tidak ada. Kayak-kayaknya ia tidak pernah melakukan kesalahan. Karena dosa itu telah dihilangkan dan dihapuskan sehingga bekasnya tidak lagi terlihat.Dari sisi ini, pemberian maaf lebih istimewa.

Boleh jadi seseorang melakukan dosa-dosa keculi, ia tidak banyak ibadah di Lailatu lQadar atau tidak mendapatkannya, maka ia datang di hari kiamat akan mendapati Allah sebagai Maha Pengampun. Namun nanti dosa-dosa itu akan ditampakkan dan disuruh ia mengakuinya. Berbeda dengan yang -bolehjadi- melakukan dosa besar, lalu ia bertaubat, giat ibadah di Lailatul Qadar sehingga mendapatkannya, maka di hari kiamat ia memperoleh maaf. Maka Allah Maha Pemaaf tidak lagi menyebutkan kesalahan-kesalahannya, karena sudah dihapuskan. Adapun al-Ghafur (Maha Pengampun), terkadang dosanya masih disebut dan dinampakkan, namun Dia tidak menyiksa/menghukum karenanya.

Perbedaan keduanya, terlihat jelas dalam hal berikut ini: 

Iaitu hadits tentang datangnya seorang hamba pada hari kiamat, lalu Allah TabarakanwaTa'ala berfirman kepadanya: "Wahai hamba-Ku, mendekatlah!" Maka hamba tadi mendekat. Lalu Allah menurunkan tabir penutup atasnya, dan bertanya padanya: "Apakah kamu ingat dosa ini? Apakah kamu ingat dosa itu?" -Dan ini menunjukkan bahwa bekas dosa itu masih ada dalam catatan amal-. Lalu hamba tadi menjawab, "Ya, masih ingat wahai Rabb."Hamba tadi mengira akan binasa. Lalu Allah berfirman padanya: "Aku telah tutupi dosa itu atasmu di dunia, dan hari ini Aku beri ampunan atas dosa itu untukmu." Ini adalah maghfirah.

Sedangkan al-'afuww (pemaafan atas dosa), maka Allah akan berfirman pada hari kiamat kepada seseorang yang telah dimaafkan-Nya, "Wahai fulan, Sesungguhnya aku telah ridha kepadamu karena perbuatanmu di dunia, Aku telah ridha      kepadamu dan memaafkanmu, maka pergilah danmasuklah ke dalamsurga."

Al-afuww adalah apa yang didapatkan hamba pada hari kiamat, saat Allah berfirman kepadanya: Wahai hambaku, berangan-anganlah dan berkeinginanlah, maka sungguh Aku telah mengampunimu." Maka tidaklah engkau berangan-angan terhadap sesuatu kecuali aku berikan kepadamu itu."WallahuTa'alaA'lam. 

Catatan:Dianjurkan untuk membanyak doa pad amalam yang agung ini, Lailatul Qadar. Doa apa saja yang mengandung kebaikan dunia dan akhirat, dianjurkan untuk dimunajatkan kepada Allah di malam itu, karena ia termasuk waktu mustajab. Tidak khusus hanya doa di atas saja

Thursday, August 02, 2012

Doaku, Rohingya

Sebak dada bila teringatkan raut wajah seorang ayah yang merayu-rayu dari atas sebuah sampan kepada seorang pegawal yang bertugas menjaga sempadan Bangladesh daripada dibolosi. Di belakang ayah itu, ada keluarganya, isterinya yang memangku anak kecil, anak-anak kecil yang lainnya dan wanita-wanita tua. Hanya dia seorang lelaki yang berdiri dan sanggup merendahkan maruahnya mengemis simpati. Sorotan bola mata wanita tua tampak kosong. Dan anak-anak kecil itu memerhati pula dengan raut wajah nan keliru, bercampur baur dengan rasa cemas dan takut. Entah apa yang ada dalam fikiran mereka. Mungkin tertanya-tanya mengapa mereka dihambat seperti haiwan, dibiarkan kelaparan, dipukul dan tidak dipedulikan. Ke manakah mereka akan pergi? Seperti yang kita maklum, di tanahair tempat tumpah darah mereka yang enggan mengiktiraf mereka sebagai rakyat, kini penuh dengan 'pemburu' yang tidak segan-silu membunuh. Manakala  negara jiran yang seagama dan dianggap bersaudara itu pula enggan menghulurkan bantuan. Jangankan hendak meminta seteguk air, hendak menginjak bumi mereka juga tidak dibenarkan. Lalu...ke mana harus mereka pergi? Berpatah balik untuk bertemu ajal?

Hati siapa yang tidak rusuh mengenangkan nasib yang ditanggung mereka? Air mata mana yang tidak tumpah membayangkan derita yang harus dipikul? Sekiranya tiada walau sekelumit pun perasaan terusik dek kesusahan yang sedang dialami saudara Rohingya kita, ketahuilah anda perlu berbuat sesuatu dengan hati anda. Anda pasti akan merasanya. Kerana bandingan orang-orang mukmin itu seumpama tubuh badan. Sekiranya satu bahagian sakit, maka bahagian yang lain akan turut berasa sakit.Apa yang sedang dirasakan oleh umat Islam di Rakhine, apa sahaja yang dirasakan oleh umat Islam di Asia Barat, di selatan Thailand dan Filipina...adalah perlu dirasakan sama oleh umat Islam lain di mana sahaja mereka berada.

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: " Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya (menderita)." Hadith riwayat Imam Al-Bukhari.

Begitu juga sabda Baginda dalam suatu hadis lain yang bermaksud, " Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya".

Lalu saya teringat hadis tentang akhir zaman yang diriwayatkan oleh Tsauban r.a yang berkata: Rasulullah S.A.W bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah kerana bilangan kami yang sedikit pada hari itu?". Nabi S.A.W menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?". Nabi kita menjawab, " Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Tak adakah apa-apa yang boleh dilakukan? Betulkah tak ada? Tak bolehkah pelarian-pelarian itu diagih-agihkan kepada negara-negara Islam yang banyak itu...sekurang-kurangnya ada tempat untuk mereka berteduh. Dan jangan biar berstatus pelarian...beri mereka peluang untuk bekerja, tak adalah selamanya terpaksa menadah tangan meminta derma. Mereka bukannya sakit. Ada yang kuat dan sihat untuk bekerja. Malah siapa tahu ada pula kepakaran yang boleh disumbangkan.

Tapi siapa yang akan berani buat begitu, bukan? Semuanya hendak menjaga hubungan baik antarabangsa. Semuanya tertib berdiplomasi. Semuanya tolak menolak sebab tak mahu pikul beban. Takut kena kritik. Takut kena pulau. Takut semuanya. Kalau semuanya bersikap nafsu-nafsi begini, tidak mustahil lambat laun akan sampai giliran kita pula. Ya, mengapa tidak? Kita seperti biri-biri yang beratur untuk masuk ke rumah sembelihan. Kita tahu apa yang berlaku kepada biri-biri dihadapan, tetapi kita tak kisah kerana giliran kita lambat lagi. Kita tetap beratur dan beratur. Sambil beratur, kita nikmati makanan dan minuman yang disediakan. Tak ada komplot, tak ada konspirasi. Semuanya pasrah belaka.

Benar...apa sajalah pun yang mampu kita lakukan?

Setidak-tidaknya, kirimkanlah doa buat mereka. Ingat dan kenangkanlah penderitaan mereka supaya kita dapat mengambil pengajarannya. Satu yang melegakan hati...insyaallah, memang nampak tragik kematian mereka, memang meruntun jiwa ibu-ibu yang menatap gambar anak-anak kecil yang terbunuh...itu pandangan zahir belaka. Sedangkan beruntungnya mereka, bertuahnya mereka kerana derita itu sebentar cuma kerana syurga yang kekal abadi pasti mereka perolehi.

Saya berdoa semoga saudara-saudara saya yang sedang ditindas di mana jua di pelusuk bumi ini, Allah berikan kekuatan dan kesabaran di dalam hati mereka untuk menempuh kematian dengan maruah seorang muslim yang sejati. Saya berdoa mudah-mudahan Allah berkenan menempatkan mereka di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Tiada yang lebih baik daripada syurga Allah. Allahuakbar!