Saturday, March 28, 2009

1 Jam Dalam Gelap?

Apa kecoh-kecoh nak padam padam lampu ni? Hish! Tak paham Aku! Adalah dengar pasal program Earth Hour 2009 tu. Katanya untuk menunjukkan sokongan dan keprihatinan kita kepada masalah pemanasan global dan perubahan iklim tu. Lebih kurang 5 billion warga dunia akan sama-sama mematikan suis elektrik sebagai tanda simbolik menghayati dan menginsafi nasib yang menimpa dunia kita ini.

Kawan Aku kata...tak yah tutup lampu la. Nak lagi best, patutnya satu hari kita semua pi kerja naik lrt untuk kurangkan pengeluaran asap kenderaan yang mengandungi gas karbon dioksida tu.Laaaggiii sigifikan! Tapi biasalah, Aku mesti susah nak berpisah dengan kereta kecil Aku tu. Ala...asap dia pun ciput aje...(banyaklah alasan aku kan...)

Oh ya, untuk program tutup-tutup lampu ni...punyalah banyak promosi di buat. Lepas tu tak silap aku aktivis-aktivis celebriti pun ada. Lepas tutup lampu, buat la program hiburan lain pula. Dunia dah memang tentu tak selamat. Hemmm...hemmm...

So, Telipuk...hang nak tutup lampu ka ini malam?

Eh! Suka hati Aku la. Aku yang bayar bil letrik.

Wednesday, March 25, 2009

Kaki Itik

Do you know what "kaki itik" is? Of course I'm not referring to its literal meaning. Why would I want to talk about a pair of duck's leg here? Uuuu ohhh...though I did previously wrote about some weird stuffs like "pegang tengkuk"...hahaha...

If you ask me, "kaki itik" was another name for a type of waterlily commonly found in my family's bendang years ago. Mum said there's some value to it, in term of tradisional treatment for an illness. Not so sure about it. Anyway, I like the plant and used to enjoy collecting the soft spongy root that enable it to float. It probably the most friendly unwanted plants. Unwanted because we need to clear the bendang for paddy plantation. And it was always easy to remove a "kaki itik". I don't have to dip my hand deep into the muddy ground to extract the root unlike "telipuk" . Yeah, it's not that easy to "mess" with telipuk, mind you, don't let the serene look fools you...heheh...(one of the reason why the name "Telipuk" for the blog owner...:) )

Ustaz Zawawi who came here to give motivation talk last few weeks, used it to describe a man who practices polygamy. He said (jokingly), "why would you want to get yourself into trouble? It's already difficult to manage one wife. But they would not admit facing the difficulties, huh? They tend to hide the "turbulent" beneath the cool, confident faces...heheh. Just like when you see a duck swimming calmly in a lake. You can't see the frantic movement of its flippers under the water, right?" Heheh!

Then again, it just occurs to me that the term can be used for all situation where you have to 'hide' the emotional turbulent by acting calm...probably close to "hati di dalam menangis siapa yang tahu..." . By that, I can easily claimed that I was in such "kaki itik" situation yesterday. The miscommunications nearly cost me some 80 km travelling distance and toll fees. Not to mention bruised ego. Yet, I managed to be there with smiling face, nodding and talking happily as if nothing happened.

And the "kaki itik" conversation...

"Oh well...it's difficult, but I just have to do it"
"How do you manage, then?"
"Emmm...I just pretend like I don't know about it...act as if I don't care a bit"
"Woahhh! So cool! Just like "kaki itik"
"Yeah, "kaki itik" !

So much of "kaki itik" for the day!

Monday, March 23, 2009

Dilema Pancaindera

Ku dengar
Seakan-akan terpanggil
Ingin menyahut faham
Malang kata-kata tak tembus
Ke benak akal

Ku lihat
Seolah telus mata
Sayang tak tertangkap pandang
Tak serap ke dada
Mencetus rasa

Ku pegang
Tak ingin melepaskan
Tapi tak tergenggam
Sukar untuk memaut
Makna sebuah hakikat

Ku kecap
Aneh menterjemah rasa
Cuba meluahkan
Sayang tak terjelma
Di tunas jiwa

Ku dengar, ku lihat
Pengalaman jadi azimat
Ku pegang, ku kecap
Setulus hati ku berharap

Friday, March 20, 2009

Aktiviti Santai

Cuaca sangat baik pagi ini. Awan menipis cantik seakan-akan buih di hujung kaki ombak. Mentari menyapa mesra dengan kehangatan yang sederhana. Sesekali mencium kulit muka, bersaing dengan bayu yang sepoi-sepoi bahasa. Dan Aku, ahh...alangkah seronoknya kalau selamanya begini...hihihi...

Alkisahnya Aku bercuti semenjak semalam. Kakak Aku sekeluarga turun ke KL, walaupun setakat hari ini kami hanya sekadar melepak di rumah, dengan mengambil cuti Aku dapat masa untuk duduk bersembang dan bergossip macam-macam cerita..hahaha...Ingat pagi tadi mak nak ajak diaorang berkunjung ke rumah sedara mara tapi Wanie yang patutnya menjadi penunjuk jalan kena masuk kerja pula. Batallah rancangan itu.



Lepas makan nasi lemak...nyum...nyum...budak-budak pulak dah riuh nak turun mandi kolam. At least adalah benda diaorang nak buat. Ana, adik bongsu Aku pun ikut sama. Tapi kami dua hanya duduk tepi kolam dan mengumpat orang...eh...eh...astaghfirullah...mana ada, insyaallah, ingat lagi pesan Ustaz Muein tu...walaupun semalam dah miss satu kelas. Seronok melangut tengok bangunan Apartment Mawar kat sebelah tu.



Dari satu sudut yang lain. Oppsss...nasib baik tak jatuh dalam kolam...kakaka...



Dah hampir lima tahun kami di sini. Alhamdulillah, seronok tinggal kat sini. Dekat dengan segala-galanya. Sempat berborak dengan akak jiran tingkat 1 tadi.



Nasib baik orang tak ramai, tak ada orang lain selain kami sebenarnya...hahaha...Mungkin sebab ramai yang bekerja walaupun sekolah cuti.



Alif Haikal, Alia, Hisham dan Aiman seronok bermandi-manda sampai kecut kulit. Aku ni nama saja budak kampung yang tak heran dengan sawah bendang dan pacat...tapi bab mandi, berenang, terjun tiruk dan yang sewaktu dengannya satu hapah tak langsung diwarisi...hehehe...Pasal pernah sekali Aku turun nak mandi dalam parit, sekali ada ular tanah lalu betul-betul tepi pinggang...kalau pagut pun dah tentu dapat. Punyalah Aku terpekik terlolong sebab gelikan ular tu...phobia sampai tak mahu langsung dah masuk dalam air. Tu pasallah Aku tak tahu berenang (salahkan ular kecik tu!!!!).



Seronok Hisham ni berenang kunun tu. Kolam ni cetek, beranilah Aku lepas. Kalau kolam dewasa kat sebelah tu, jangan haraplah. Nak juga hantar dia ke kelas renang. Tunggulah sikit masa lagi.



Entah berapa kali mencuci diri si Aiman ni. Nampak gaya dia lagi suka bermain di pancuran daripada berendam dalam kolam.



Udah le tu bebudak oiii...tak larat dah dok menunggu ni...rasa nak join, tapi maluuuuu....



Kalau Hisham tak ada kelas esok, ingat nak ajak diaorang ni pergi merayau ke MidValley. Pergi main bowling ke...Tengoklah, plan macamana.

Wednesday, March 18, 2009

Bertambah Usia

Semalam birthday Misha. Sama tarikh dengan Mummynya. Jadi, awal-awal lagi bapa mertua den dah telefon sampaikan pesan suruh Aku bawa mak ayah dan anak-anak datang rumah dia untuk acara makan-makan keluarga. Huh! Makan lagiii!!! Ingatkan petang tu nak stay back settlekan kerja, terus kansel lah. Lagipun langit mendung semacam, tobatlah Aku nak harung jem lagi kalau jadi macam hari tu.

Aku balik rumah tapi tak naik, tunggu kat bawah aje. Ayah tak nak ikut. Biasalah dia, malas nak bersosial hahaha...Mak turun dengan anak-anak Aku. Kebetulan anak buah Aku, Azwani ada. Jadi, dia pun join sekali.

Mula-mula sekali yang menangkap perhatian Aku dah tentulah kek. Macam best saja...
Hisham cakap time dia nanti dia nak kek Ultraman. Aiman pulak nak kek kapal terbang...



Tapi bila dah makan tu, sepotong ajelah...tak rasa nak tambah sebab dalam dia tu macam kering dan keras ajer. Ingatkan lembut dan gebu macam selalu. Tulah, rupa paras tidak melambangkan keperibadian..eh...eh...terbabas lak!

Mereka yang diraikan. Adik ipar Aku, Noorkhairul Azian dan anaknya Khayrin Batrisya kebetulan berkongsi tarikh lahir yang sama. Ingatkan anak nombor dua yang kat dalam perut tu nak kuar sama tarikh dengan bapak dia pulak...tapi 26hb 8 tu lama sangat sebab dia due awal bulan 8.



Hisham adalah cucu pertama keluarga suami Aku. Misha menyusul 6 bulan kemudian tetapi berbeza tahun. Semalam jumpa bukan main seronok sebab lama tak bertemu.



Selamat hari jadi to both Misha and her Mummy. Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Tuesday, March 17, 2009

Ronda-ronda Pavillion

Hari Sabtu yang lepas, buat pertama kalinya Aku menjejakkan kaki kat Pavillion, Bukit Bintang. Kat area sebelah situ memang jarang sampai selain BB Plaza dan Low Yatt, tapi tu pun boleh dibilang dengan sebelah tapak tangan jer. Tapi sebab hari tu Abang nakkan printer HP yang ada kat Harvey Norman dan malas nak drive ke Ikano Power Centre tu...maka sampai la kami ke daerah ini.

Agendanya memanglah nak beli printer, (dapat kecek satu webcam Creative beserta voucher video call Skype), tapi bila dah sampai situ sempat jugak la melilau ke sana ke mari. Sampai pameran kereta Chevy pun kitaorang singgah usha gak...

Dia ni memang la. Asal gi showroom mana-mana...mesti dia yang sibuk 'mengetest'. Yang ni kereta Chevrolet Aveo 1.4 Sedan.



Lebih kuranglah pemandangan dari tempat pameran kereta tu berlangsung.



Lepas dapat apa yang kami nak, perut pun dah kriok..kriok...berbunyi tanda lapar. Kami pun singgahlah kat food court level 1, Food Republic. Rangkaian food court ni memang femes la kat kota Singa tu.



Aiman minum sirap bandung kegemarannya. Hisham memang tak ikut sebab dia ada kelas taekwondo.



Abang pulak dah berjinak-jinak ngan Lasagna.



Aku jugaklah kekal seperti dulu-dulu. Tak nampak keperluan untuk berubah citarasa...citarasa malar segar hehehe...asam laksa kegemaranku.



Aiman minta nak makan spaghetti bolognese.



Balik rumah terus sms Ram ajak sembang over the net...tapi member tak free lak hari tu. So, kami janji hari Ahad. Memang syok la dapat enjoy free call siap boleh nampak lagi, kan...ha..ha..ha...Siap berteguh janji lagi kat situ, insyaallah, kalau perancangan semuanya berjalan lancar tak ada aral yang melintang.

Monday, March 16, 2009

Perpisahan Lagi...

Friday the 13th itu hari telah berlangsung satu majlis yang diserikan dengan hidangan sedap mencengkam kalbu Topline Caterer. Cehhh...entry aje dah bercakap pasal makan hihihi...please bear with me, ok. Masa buat posting ni ada sedikit gangguan dalaman....har...har...har...

Sebenarnya, di hari yang murung dan kelam itu, kami warga Regulatory terpaksa akur akan adat pertemuan yang menyaksikan perpisahan dengan dua orang anggota, adik-adik yang bakal meneruskan perjuangan di tempat lain. Mereka yang dimaksudkan ialah Syaiful Izad a.k.a Youth UMNO dan Siti Farhan Muhammad. Youth UMNO yang memulakan kerjayanya sebagai staf di bawah unitku merupakan bekas pelajar jurusan Ekonomi dari UIA. Masa mula-mula masuk dulu, boss suruh Aku pilih siapa antara dua trainee baru untuk diserap dalam unit kami. Dua-dua sama hebat. Jadi, Aku suruh diaorang tulis karangan sikit. Dari situ Aku membuat penilaian dan akhirnya membuat keputusan memilih Youth UMNO. Farhan sudah hampir 5 tahun berkhidmat dan kini memilih untuk bertukar angin di divisyen lain. Untuk mereka berdua, selamat maju jaya semoga terus cemerlang di tempat baru.

Okaylah, sebelum kita beremosi dengan perpisahan ini, marilah kita beremosi dengan antara jenis makanan yang disajikan pada hari tersebut. Amboiii...Telipuk, tambah nampak...!!! Shhh!!! Shhh!

Ini adalah Kerabu Mangga. Kesukaan orang Perlis, ya tak???



Ini sayur masak lomak cili api...ini kalau dapat kat mertua Aku siap campur dengan err...apa ke nama...err...jering ke?



Air asam ini adalah pencicah yang dipadankan dengan ikan bakar. Sorry, gambor ikan bakar tak ada.



Yang ini Aku nyer peberet ...dendeng daging. Lepas makan, tak berani nak sengih lebih, mana tau kot ada cili terlekat kat gigi..hihihi...



Ohwwwhhh...yang ni pun peberet jugak... ayam percik. Sedap gilos!



Kuih ni memang laku, yelah...sorang amik dua tiga bungkus , kan? Ek eleh...tak mengaku yaaa???



Mereka yg diraikan tersenyum bersama hadiah masing-masing. Mari kita tengok, apakah hadiahnya???



Fullemekkk...jam tangan Titus untuk Farhan. Memang kena dengan citarasa Farhan. Farhan happy dan kami pun happy jugak. Bila tengok jam, ingat kat kami ye, Farhan.




Youth UMNO pun ceria jugak dengan jamnya. Memang Youth UMNO suka jam dengan permukaan besar seperti jenama Fossil ini. Eloklah tu, senang Youth UMNO nak tengok waktu masa sibuk berkempen kat Bukit Selambau nanti, kannnn???



Okaylah, sebagai tanda kenang-kenangan dari akak Telipuk yang berangan jugak nak dapat jam...(hehehe...kena opt out nih!), terimalah serangkap pantun yang turun-temurun ini...

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi

Friday, March 13, 2009

Redha

Kadang-kadang kita selalu lupa yang banyaknya perkara yang baik-baik berlaku pada kita. Hanya kerna menerima satu dua ujian, kita rasa seolah-olahnya macam menderita sengsara giler hidup ini. Tak terhitung banyaknya nikmat yang sudah diperolehi, jadi mengapa selalu lupa memanjatkan syukur kepada apa yang sudah diperolehi.

Dan mungkin juga kerana banyaknya ragam pemikiran, kadang-kadang kita sukar terima mengapa seseorang itu bertindak begitu begini. Kita cuba mencari rasionalnya. Bilamana ianya tidak selaras dengan logik dan prinsip kita, ditambah dengan ketidakupayaan kita memahami yang tersembunyi, maka kerapkali mudah kita membuat kesimpulan yang berat sebelah.

Begitulah kita selalu terlupa akan banyaknya jalan yang orang lain lalui. Maka berbeza pula pengalaman dan perkembangan sikap mereka. Dan mereka adalah ujian untuk sebahagian yang lain. Semuanya pun saling kait-mengait. Lalu kita harus sedar, mesti kembali kepada titik asal, yakni, apa sahaja yang berlaku adalah dengan kehendakNya cuma kita manusia ini yang gagal memahami kerna limitasi diri kita yang tak sempurna.

Dengan yang demikian, bilamana sesuatu terjadi, tak usahlah berprasangka. Dan ikhlaslah dalam setiap amalan dan perbuatan. Tak perlu dilakukan semata-mata mengharapkan imbuhan manusia.Bahawasanya perbuatan yang dilakukan itu lebih signifikan lagi mendalam kesannya daripada dicanang-canangkan. Sesuatu itu lebih tulus dan ikhlas bilamana ianya berjalan dalam diam.

Belajarlah menerima bahawasanya tidak semua yang elok itu baik, dan tidak semua yang buruk itu tidak baik. Selebihnya serahkan kepada yang Maha Esa.

Al-Ala

It's a gloomy day. Nothing personal really, but the weather somehow creates the ambience...the feeling of gloomy and sad. We are going to have another farewell, this time for Youth UMNO and Farhan. I wish both of you will continue to strive in your future endeavour. Forget us not.

And I wish to dedicate this verse to you both. Let's all be safe here and in the hereafter by always remembering Him (and follow the righteous path). Insyaallah, success you will have.


In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

Praise the name of thy Lord the Most High,
Who createth, then disposeth,
Who measureth, then guideth,
Who bringeth forth the pasturage,
Then turneth it to russet stubble.
We shall make thee read (O Muhammad) so that thou shalt not forget.
Save that which Allah willeth. Lo! He knoweth the disclosed and that which still is hidden,
And We shall ease thy way unto the state of ease.

Therefor remind (men), for of use is the reminder.
He will heed who feareth,
But the most hapless will flout it,
He who will be flung to the great Fire
Wherein he will neither die nor live.
He is successful who groweth,
And remembereth the name of his Lord, so prayeth,
But ye prefer the life of the world
Although the Hereafter is better and more lasting.
Lo! This is in the former scrolls.
The Books of Abraham and Moses.

Thursday, March 12, 2009

Menjadi Insan Cemerlang

Tengahari semalam kami mendapat kelapangan untuk meluangkan masa menghadiri program ceramah anjuran Tiaranita berkenaan bagaimana menjadi insan yang cemerlang dan gemilang yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusof, seorang penceramah bebas. Sebenarnya tak susah untuk menjadi "Khaira Ummah" jika setiap seorang dari kita memainkan peranannya. Iaitu peranan sebagai hamba Allah dan juga berperanan dalam menjaga perhubungan dengan sesama insan.

Dalam konteks pekerjaan pula, bukan jenama dan nama yang menjadikan sesebuah syarikat itu hebat. Tapi yang menjadikan syarikat hebat, adalah kehebatan anggotanya. Kalau anggota bermasalah, maka syarikat akan menjadi bermasalah. Strategi yang bagus, perancangan yang baik dan sistem yang canggih tidak membawa apa-apa makna jika komponen manusia tidak berfungsi dengan baik. Lalu di situlah pentingnya untuk kita menjadikan kerja sebagai satu ibadah. Kerja yang dijalankan dengan penuh tanggungjawab (kita tanggung dengan betul, maka boleh jawab dengan betul), akan memberikan kita makna yang mendalam melebihi dari ganjaran materialistik.

Kata Ustaz, duit memang faktor yang penting. Tapi duit bukan segala-galannya. Duit boleh beli cincin perkahwinan tapi duit tak boleh membeli kebahagiaan. Duit boleh beli tilam yang empuk tapi duit tak boleh beli tidur yang lena. Duit boleh beli bukan saja ubat, doktor, malahan hospital sekalipun kalau dah kaya raya sangat...tapi duit tak boleh beli sembuh.

Dan untuk menjadi insan yang cemerlang, perlulah bermula dari dalam. Betulkan yang dalam dulu. Pastikan berada di landasan yang betul. Tapi kalau setakat berada di landasan yang betul sahaja, kita hanya layak dapat syurga paling bawah. Setakat sembahyang, berpuasa, berzakat belum cukup lagi. Kalau hendak yang lebih , buatlah 'extra' sebagaimana yang dianjurkan Nabi S.A.W. Antara sunnah Nabi S.A.W ialah menyantuni anak-anak yatim, menghubungkan silaturrahim, berbuat baik sesama jiran tetangga dan lain-lain lagi 'perkara-perkara' yang 'kecil' yang sebenarnyalah membezakan darjat setiap seorang daripada kita serta tahap dan tingkatan imannya. Begitulah penekanan Islam terhadap aspek-aspek kemasyarakatan dan sosial yang menjadikannya satu agama yang syumul dan kekal relevan sepanjang zaman.

Untuk memotivasikan diri kita, hendaklah selalu kita ingat tentang mati dan ingat juga apa yang menanti kita dihujung jalan itu. Bayangkan. Ustaz kata, sebenarnya kita tak mati. Kita hanya melalui satu proses perpindahan sahaja. Iaitu berpindah dari alam dunia ke alam kubur. Itu sahaja. Jadi, janganlah takut kepada kematian. Kita takut menghadapi mati bila kita tidak bersedia menghadapinya. Sebaliknya jika kita sentiasa ingat, bahawa ada kehidupan lain lagi sesudah kehidupan dunia yang fana ini maka kita tidak akan lupa mempersiapkan bekalan. Kita akan bersemangat untuk mengutip sebanyak mana yang mampu kita bawa supaya kehidupan kita di sana adalah kehidupan yang lebih baik dari apa yang kita nikmati sekarang. Jadi, bila kita kenangkan kesudahan kita itu...maka tak adalah kita berkeluh kesah dengan ketidakadilan dunia, cubaan dan halangan yang kita hadapi.Mengapa harta kita tak sebanyak si polan itu atau mengapa kita ni kerja siang malam tak juga naik-naik lagi gaji tu...Barulah kita akan rasa redha dan syukur dengan apa yang ada sebab bukan ukuran dunia itu yang kita nak kejarkan. Tapi kita mengejar perkara yang lebih besar dari itu. Yang kita tak nampak tapi kalau 'hati' kita celik...insyaallah, kita selamat dunia dan akhirat.

Dengan memperbaiki mutu hidup kita sebagai seorang manusia dengan pelbagai peranan itu serta jugak kita menjaga hubungan yang baik sebagai hamba Allah, insyaallah, mudah-mudahan kita ini termasuk dalam kumpulan umat yang mendapat syafaat Nabi S.A.W.

Wednesday, March 11, 2009

If I were a Millionaire...

Judging from the amount of money that have been put aside for me from various 'generous' entities all over the world, I should have been able to start planning to resign from work and be rest assured of the bright future. As at today, I have been promised an unbelievable amount of GBP 6,700,280 if only I follow the instructions given.

Gee...I am so lucky that the Diana Memorial Foundation randomly selected and approved my email as the recipient of its charity grant beneficiary hence awarded me a total amount of GBP 3,550,000. My email address somehow again emerged as the winner of Microsoft and AOL's lucky draw which subsequently gave me access to another sum of GBP 450,000.

The UK's National Lottery International Promotions selected my name and email address as the winner of its grand lottery award. With that, I am entitled to another GBP 1,950,280. I got another email just recently from MSN-Microsoft informing me that I have been approved to received a sum of GBP 750,000, thanks to my lucky email address.

And that amount will definitely increase if I were to take into consideration the various money transfer offers received from so many 'long lost' friends and relatives from Nigeria to Ivory Coast.

Gosh! I am rich!!!

Yeah, right! Keep dreaming!!!

Tuesday, March 10, 2009

Pegang Tengkuk

Ni satu lagi, memang payah betullah nak meniaga kalau macam ini. Nak melingkup bolehlah. Sikit-sikit nak jugak ada orang yang boleh "dipegang tengkuk". Yang kalau ditakdirkan berlaku apa-apa masalah hamba Allah inilah yang hendak dipersalahkan pasal salah bagi advice.

Tolong sikit, ya! Orang dah kata bendanya tak ada sebarang komplikasi lain dari sudut pandangan yang diminta. Yang nak decide nak ikut ke tidak, itu hang punya pasallah. Hang dah congak pi congak mai, baguih punya forecast...la ni tinggai nak 'on' ja hang nak pegang tengkuk Aku. Banyak canteekkkk!!!

Benda kalau tak ada hitam putih, kalau hang buat depa kata salah pun, tak dak undang-undang nak hukum hang la! Orang kata cucoq udang bubuh udang memang la sedap, compliance 100%. Tapi kalau suka hati mak bapak hang nak taruk filamen ketam ka, tak mau bubuh udang ka...itu hang punya pertimbanganlah. Asalkan masakan hang tu boleh dimakan dan diterima pengguna okaylah.

Jadi kalau hang rasa nak go on, hang go on aje. Kalau dok berbelah-bagi nak jugak Aku spell satu-satu supaya hang boleh dok cekak tengkuk Aku dan tuding jari kat Aku...tak payah lah!

Bahasa Jiwa Bangsa

Aku memang tak berapa paham bila cerdik pandai mengatakan bahawa cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris adalah dengan cara mengajarkan matapelajaran penting seperti Sains dan Matematik dalam bahasa itu. Ianya samalah seperti untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Arab maka segala pembelajaran berkaitan agama Islam seperti Fekah, Tauhid, Akidah dan Sirah Nabi sepatutnya diajarkan menggunakan bahasa Arab.Tapi setakat ini tak pula ada cadangan seumpama ini. Mana yang lebih penting? Bahasa atau kefahaman terhadap ilmu? Memahami Islam walau menerusi apa medium bahasa sekalipun adalah keutamaan kita. Apabila kita faham, kita akan terdorong dan cenderung untuk cuba pula menguasai bahasa Nabi dan sahabat. Cinta itu mendorong kita untuk melakukan apa sahaja.

Sebenarnya tak sama keperluan dan kehendak dua perkara yang Aku contohkan ini. Satu keperluan duniawi dan satu lagi ukhrawi. Dan bukan juga niat Aku untuk menyamaratakan kedua-duanya. Hanya yang boleh Aku petik di sini ialah pemupukan rasa ingin untuk mendalami sesuatu ilmu kerana didorong oleh kesedaran dan kemahuan diri sendiri. Tiada paksaan.

Pengajaran Matematik itu sendiri pun yang penting adalah memahami rumusnya dan bagaimana menggunakan rumus untuk menghasilkan penyelesaian. Itu sahaja. Dengan menukarkan 1 darab 2 sama juga 2 dengan 1 times 2 equal to 2 tidak memberi kelebihan pun dari segi penguasaan Bahasa Inggeris. Atau barangkali juga kita boleh membuat contoh penggunaan grammar seperti berikut :

1. Today, 1 plus 1 is 2
2. 1 plus 1 was 2 yesterday
3. 1 plus 1 is going to be 2 in the future

Adoiii...

Benarkah kita akan jadi bangsa yang tak boleh kuasai ilmu penting dunia kalau kita tak pandai berbahasa Inggeris? Err...ada beza juga dengan tak pandai bercakap, tapi baca buku boleh faham 100%! Kalau ikut contoh yang sedia ada lagi terbukti, memang dah boleh tolak mentah-mentah. Negara Jepun misalnya, tetap saja maju dan menerajui teknologi robotif dan automatif serta banyak bidang lain walaupun hampir lumpuh dibedil serta hanya bergantung kepada sumber alam yang sangat terhad. Begitu juga Korea yang terkenal dengan penggunaan ICTnya dengan kandungan tempatan tanpa perlu heboh mencedok budaya asing. Tak ada pulak anak beranak cucu cicit diaorang disuruh belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris sebagai lingua franca sedunia memang tak dinafikan kelebihannya. Kita harus terima keperluannya sebagai alat untuk memajukan bangsa. Aku setuju yang kita patut kuasai Bahasa Inggeris, tetapi Aku tak setuju dengan kaedahnya. Sama juga Aku setuju kemalangan jalanraya patut dapat dikurangkan dengan pemakaian tali pinggang di tempat duduk belakang tapi Aku tak setuju mengenakan denda RM300 sebagai penalti.

Teringat Aku masa belajar kat sekolah menengah dulu. Ada seorang pelajar cina yang bahasa melayunya pun kurang fasih. Tapi sebab dia tahu dia perlu dapat A dalam BM untuk layak pergi ke mana-mana, dia telah berusaha dengan kuat. Setiap pelajaran dengan tekunnya dia akan menyalin kembali dan cuba memahami dengan menukarkan notanya ke tulisan mandarin. Dan kami yang melayu ni...elehhh.,...bahasa ibunda la katakan...takkan lah tak boleh lulus kottt!!! Tengok-tengok dia yang baca nota dalam bahasa Mandarin ini score lebih baik dari Melayu yang 'cangkul' pun ada!

Itulah dia kuasa kemahuan!

Satu lagi kita kena faham ialah kegunaan asal bahasa. Bahasa, waima apa bahasa sekalipun, gunanya ialah untuk berkomunikasi. Asalkan mesej sampai, sepatutnya dah okay, hatta kalau buat bahasa isyarat pun. Tapi kalau bercakap berbelit-belit, berbunga-bunga, macam tarian Bollywood yang habis seekar tanah tu...tapi in the end, orang tak paham jugak apa yang kau nak cakap....tak ada maknanya la segala ilmu yang ada dalam kepala otak tu.

Pengalaman Aku pulak, sebab Aku tak tahu pengalaman orang dan Aku tak suka memandai-mandai bagi pendapat yang Aku sendiri tak paham. Masa sekolah rendah dulu, Aku sekolah mubaligh. Iaitu antara sekolah Inggeris terawal di negeri Aku. Nak kata kena cakap omputih sampai tergeliat lidah setiap hari tu...tak adalah. Tapi sebab ada berbilang kaum, maka memang bercampur-campur penggunaan bahasa tu. Dan kami ada minggu bahasa. Kalau minggu bahasa Inggeris, sepanjang hari tu kena berbahasa Inggeris, cuba sebaik mungkin...kalau tak satu perkataan bahasa lain akan didenda 5 sen. Heh...heh...tak adalah strict sangat pun...pasal cikgu gertak saja lebih. Tapi kaedah pengajaran yang menyeronokkan, ditambah dengan kemudahan buku-buku menarik dan terbaru di perpustakaan membuatkan tak ada sesiapu pun yang mengadu susah untuk berbahasa Inggeris. Dengan pastinya Aku boleh katakan Aku berupaya membaca dan menulis (dengan tak pernah sunyi dari membuat kesalahan grammar) dalam bahasa Inggeris dengan agak baik...kira maksud sampailah.

Lepas tu bila sekolah menengah pulak, sebab dah balik ke sekolah kat kampung (yang lebih dekat dari rumah) segala-galanya berubah. Sebab? Aku belajar kelas Inggeris dengan menggunakan medium Bahasa Malaysia. Konfius! Konfius! Rata-rata pelajar memang tak faham bahasa Inggeris, vocab sangat terhad. Jadi cikgu mengajar dalam Bahasa Malaysia, just untuk pastikan student faham penggunaan tenses yang betul dan sebagainya. Ingat lagi peristiwa di mana kami di suruh membaca karangan dan menjawab soalan kefahaman. Bila selesai Aku pun duduk diam jer la. Sekali cikgu ni tak puas hati, dia ingat Aku tak ikut arahan dan main-main dalam kelas. Dia tanya Aku faham atau tidak karangan tu. Aku pun selamba jer la cakap, ya saya faham cikgu. Dia suruh Aku translate karangan tu dalam Bahasa Malaysia, baca dalam kelas. Jadi Aku pun alihbahasa la tanpa banyak soal. Lepas sudah tu, dia tanya dulu Aku sekolah mana dan berapa result penilaian Aku. Aku pun cakap. Barulah tahu ada salah faham kat situ. Dialah, sebab menyimpan prasangka yang bukan-bukan.

Kemudian bila belajar kat universiti , memang kebanyakan kelas dan bahan rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris. Tapi Aku tengok elok jer semua orang belajar. Tak ada masalah punnnn. Kalau agak tak paham kat mana-mana, tanya ajer lah. Yang penting kita paham apa yang diajarkan dan ilmu yang kita ada tu, kita boleh applikasikan semasa menjawab soalan peperiksaan.

Cuma bila masuk kerja ajelah kot baru Aku tahu ada kasta-kasta rupanya bila memperkatakan tentang kebolehan berbahasa Inggeris. Kalau yang cakap giler Inggeris siap dengan slanganya sekali tu...macam mendapat perhatian la di mana-mana pun. Tapi Aku tengok kualiti kerja tak der la grand sangat punnnn! Kira kalau dalam mesyuarat tu, kalau dia punya pendapat entah apa-apa...hanyakan komen format draft position paper jer pun...mulalah terdengar, uishhh...bagus dia ni. Tapi yang meletakkan standard tu siapa? Kita jugak, kan? Ianya jadi masalah bila kita mendewa-dewikan sesuatu itu. Alah...kenapa yang buruk-buruk, gejala-gejala tak sihat...laju ajer kita ciplak tanpa ingat...padahal banyak lagi benda yang baik-baik boleh tiru...ada kena-mengena dengan bahasa ke? Tu yang terhangguk-hangguk dengar lagu ntah apa-apa tu...bila tanya bab yang lebih sinifikan macam kesan kejatuhan ekonomi global kepada negara kita...ada dia kisah? Jadi silapnya di mana? Nak betulkan juga di mana? Bangsa atau bahasa?

Tak bolehkah kalau kita beri penekanan yang betul tentang pengukuhan dan penguasaan bahasa Inggeris ini. Yelah, sakit kat kepala yang kena picit kaki...tentulah tak selesai masalah. Silap-silap kena penendang. Kan bagus kalau kita betul-betul fokus semasa dalam kelas bahasa Inggeris. Cikgu yang mengajar dan semestinya mereka yang memang mengambil bidang itu. Tak adalah kes cikgu tertekan ke, hampir mereng ke dek kena belajar bahasa balik sebab diaorang masa ambil bidang pengajaran sains dan matematik tu tak pulak dibagitau kena mengajar dalam bahasa Inggeris. Lepas tu kalau perlu sangat, buatlah kelas-kelas English literature ke...pementasan drama ke (err...masa kat U ingat lagi Aku jadi fairy godmother untuk cerita..."The Stingy King"...ki..ki...ki...)...atau banyak lagilah kaedah-kaedah yang menjadikan pengajaran bahasa itu sesuatu yang kreatif, unik dan yang pentingnya berkesan.

Wah! panjang entry Aku ni...Aku malas nak campur benda ni sebenarnya. Dah bertahun kita bercakap benda yang sama...pi mai...pi mai tang tu jugak. Ingatkan nak diam aje, tapi since isu ni tengah meletup balik semenjak kes perhimpunan aman bertukar menjadi 'panas' serta konon katanya didalangi puak-puak tertentu, terpanggil jugalah nak beri komen kat blog sendiri. Cuma Aku rasa pendapat Aku sealiran jugak dengan pihak sekutu lain yang jugak mahukan anak bangsanya belajar matapelajaran-matapelajaran penting itu dalam bahasa ibunda! Berpada-padalah kalau nak buat anjakan paradigma sekalipun...nak 'leap frogging' ke hapa...tengok-tengoklah kemampuan...apakah seluruh negara dan pelosok rantau yang berjurang di sana-sini itu dapat mengikutinya? Jangan jadi macam Pak Kaduk...ingatkan menang, rupa-rupanya kalah!

Sunday, March 08, 2009

Monolog Petang

Barulah rasa lega sedikit.

Kat bawah tu ada kenduri hari ni, diaorang baru habis sesi 'melalak', yelah...menyanyi tak serupa menyanyi, bising dan bingit adalah.

Aku tak bercadang nak buat posting hari ini sebenarnya, tapi alang kepalang masuk tadi, buat ajerlah. Mak belum balik lagi. Dia ikut Khairi dan besan dia pergi kenduri kat Lipis, Pahang. Semalam tidur kat sana. Ayah tak mau ikut. Dia memang 'lone ranger' selalu. Memerap kat bilik layan Klasik Nasional.

Anak-anak Aku nak pulak tidur petang. Selalu payah sangat. Mungkin sebab dah kena 'sound' sorang-sorang tadi. Biasalah, nakal. Memanglah rumah ini gegak gempita selalu. Kadang-kadang Aku risau juga kalau-kalau buat mak dan ayah terganggu. Maklumlah, bebudak ni bila dah tak terkawal tu, macam-macam diaorang buat. Yang mak dan ayah Aku pulak bukan reti nak marah cucu, biarkan ajeee. Naik kepalalah diaorang ni.

Esok-esok kalau Aku dah tua, (kalau umur Aku panjanglah), Aku harap Aku akan jadi seorang nenek yang suka layan cucu jugak. Aku tak mahu jadi orang tua yang perengus, yang selalu hambat cucu main dekat tempat lain sebab tak suka bunyi bising atau cerewet sangat dengan kekemasan rumahnya. Biarlah riuh daripada sunyi tak ada orang. Nak-nak kalau orang benci dengan perangai cerewet kita...nauzubillahhh...dan harap-harap juga bila tua nanti Aku taklah sampai nyanyuk atau tak dapat menguruskan diri. Kalau boleh Aku tak mahu susahkan siapa-siapa.

Alamak...apsal terasa macam dah nak tua sangat dah ni? He..he...he...Sekali-sekala kita ni kena beringat, jangan sampai buat tebiat sudahlah. Teringat seorang kawan pernah sebut semasa ulangtahun kelahirannya,"Kita ni bukan semakin bertambah usia...tapi sebenarnya umur kita tu semakin berkurang". Yelah...makin tambah umur , makin berkurang masa untuk kita tinggal di dunia ini. Bekalan dok macam tu jugak.

Hemmm...tahu tak pe!

Thursday, March 05, 2009

Mari Makan Kuih

Hari ini Aku bawa bekal serimuka. Kelmarin, kuih lapis. Sehari sebelumnya kuih pak tong ko cicah kuah kacang dengan pisang goreng. Sebelum-sebelum tu dah pernah bawa kuih lopes, kuih talam ubi kayu, lepat pisang, kuih keria, donut, cucur kacang, peneram dan buah melaka. Amboiiii!!!

Dan rasanya sikit hari lagi Mak aku akan lebih fofular di division ini berbanding aku hehehehe...Mak aku memang dah jadi darah daging dia suka memasak dan breakfast pagi dia tak main la makan roti je. Apa khelaasssss!!! Tapi masalahnya, bila dimasak anak menantu yang berdiet sakan tu (kunun-kunun nya) tak berapa nak makan. Dulu masa kat kampung lain la, anak beranak, cucu cicit ramai...masak apa pun habis. Jadi, sebagai jalan penyelesaian segala kuih-muih yang dia masak, dia cuma ambil setakat yang nak dimakan, selebihnya dia akan bekalkan untuk rakan-rakan di pejabatku ini. Begitu lah makanya setiap pagi bekalan itu akan diedarkan kepada seramai mungkin.

"Wah! Sedap gilos ni, kau masak ye Nira?" Cehhh!!! Perli Aku la tu...hihihi.
"Kalau cucoq segera Adabi tu...haaa...konfem la Aku yang masak!" Hehehehe...Ada gak jawapan tu.

Alhamdulillah, kalau ada rezeki korang, adalah bekalan tu. Kalau time mak aku tak buat, tak adalah.

Nanti Aku nak suruh mak Aku buat kuih peberet Aku lak...kuih abuk-abuk. Nyum...nyum...sedappppnnyaaaaa.

Wednesday, March 04, 2009

Adegan Yang Tak Ingin Anda Lihat

Itulah Kuala Lumpur bila hujan lebat. Air sungai yang melimpah ruah menyebabkan banjir teruk di kawasan sekitar PWTC.



Alahai...kereta. Tak dapat nak dibayangkan perasaan pemilik dia, kan? Agaknya air naik cepat sangat, orang tak expect akan jadi sampai sebegini.



Manusia dan kerakusannya. Pembangunan yang bukan sahaja tidak terancang dengan baik tapi juga tidak seimbang. Bukankah setiap apa yang kita lakukan ada natijahnya? Ada kita melihat apa yang tersirat?



Thanks Youth UMNO for sharing the pics.

KL Sesudah Hujan

Teruk betul jem semalam.

Sekitar pukul 5 hujan turun dengan selebat-lebatnya. Kelabu pandangan mata. Tapi sebab memang ada kerja yang hendak dibereskan, Aku pun memilih untuk menunggu hujan teduh. Pukul 6.30 petang, kesesakan jalan mula memberi kesan. Dari tingkap, kelihatan deretan kenderaan yang bergerak berdikit-dikit. Justeru Aku membuat keputusan untuk bergerak keluar sesudah Maghrib.

Sayangnya keadaan tidak juga berubah. Melepasi Mid Valley, di Jalan Syed Putra, kereta yang tadinya meluncur agak laju mula menurun kelajuannya. Berhampiran susur keluar ke Brickfield dan Seputeh, hampir-hampir tak dapat bergerak lagi. Hampir sejam untuk Aku meloloskan diri ke Jalan Mahameru. Sebaik tiba di sana, papan kenyataan ITIS sudah mula memaparkan akan kesesakan teruk menghala ke PWTC dan susur Jalan Duta.

Aku call Abang mengadu keboringan dan penat memandu. Abang cadangkan Aku masuk ke Pusat Bandar. Jadi, dari Mahameru, Aku membelok ke Jalan Muzium dan terus menghala ke Dataran Merdeka. Perghhh! Seronok sekejap sebab jalan agak smooth. Ternyata kegembiraan Aku tak lama, Aku tersangkut depan bangunan KWSP dan merangkak-rangkak melepasi SOGO. Dan traffic light persimpangan Jalan Kuching/Jalan Sultan Ismail itu sungguh hampeh sekali. Cepat benor kaler hijau tukau ke kaler merah. Benci Aku!!!

Tetiba ada sorang mamat motor ni menghimpit kereta Aku. Pass tu senyum-senyum kat Aku. Laaa...Abang rupanya. Dia tunggu kereta Aku lalu depan Bangunan MARA. Aku suruh dia jalan dulu sebab menghalang penunggang motor lain di belakang. Tapi sekejap-sekejap dapat sms arahan suruh Aku ambil jalan itu ini...sampailah selamat sampai rumah. Masa tu dah pukul 9.45 dah...punyalah letih rasa badan.

Apapun syukurlah selamat sampai rumah. Ada juga jumpa pemandu gila. Almaklumlah, dalam keadaan begitu semua orang nak rebut peluang mengatasi yang lain. Tapi Aku rasa Aku pun dah tak sebaik dulu...ha...ha...mana yang Aku boleh makan, Aku makan. Yang dapat dicilok, Aku cilok...baikkkk punya cilok, beb! Hish...tak keruan Aku dalam kereta tu. Dah berpusing CD lagu Hijjaz tu terus Aku pilih Sinar FM. Lepas tu buat sesi karaoke sorang-sorang. Lantaklah orang keliling dok pandang Aku. Giler ke apa minah ni....Aku pedulik hapa!

Kalau hari ni, hujan turun lebat macam semalam...rasanya kena buat plan untuk balik cepat. Sebabnya time hujan berhenti tulah yang jem mula berlaku. Masa hujan menderu tu walaupun perlahan, at least boleh jalan lagi.

Tuesday, March 03, 2009

Suci Sekeping Hati

Lagu ini lagu kesukaan Aku yang mengingatkan Aku pada seorang teman semasa di Matrikulasi UUM. Aku tak pernah ingat lirik lagu ini, bila ditanya Aku akan menjawab, "Ala...lagu yang hati dibawa berlari tu lah...". Sudahnya Fatimawati menuliskan lirik penuh dalam Autograph yang Aku edarkan di penghujung tempoh kami berada dalam satu kelas yang sama.

Aku kenal lagu ini semasa mula-mula melibatkan diri dengan aktiviti Lujnah Kebajikan dan mengikuti acara pertandingan nasyid yang diadakan. Dan Aku telah juga melibatkan diri dalam pementasan pantomime khas untuk Muslimah sahaja. Salah satunya yang paling melekat kuat ialah Aku memegang watak Hassan Al-Bana. Saat-saat akhir di mana Aku dipisahkan dari "anak dan isteri" lalu dihukum gantung. Entah jubah dan serban siapa yang Aku sarungkan malam itu.

Dan lagu ini kekal segar menjadi sebahagian dari kisah hidupku yang belum mampu dipadamkan waktu.

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Monday, March 02, 2009

Cepat Sembuh, Sirap

Kasihannya sahabatku SirapMadu...
Aku doakan kau cepat sembuh
Sayang kita tak jumpa, dek berselisih di tengah jalan
Apapun harap Lotuslily tak lupa bawakan beberapa helai daun betik
Maaf Aku tak sanggup bayangkan
Rasa yang bakal singgah di tunas rasa
Tapi kalau demi untuk kesihatanmu, tak salah kita mencuba
Dan jangan lupa juga
Mencuba semangkuk dua sup ketam
Aku doakan semuanya baik
Jangan risaukan sangat hal ehwal di sini
Yang penting diri kamu itu
Harus didahulukan

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat mu, sahabat.

Cerita Seram

Pagi tadi Aku dengan Lotuslily menghadiri kursus yang sama di Kolej Multimedia, Jalan Gurney. Aku bertolak dari rumah jam 8.00 pagi, almaklumlah orang dekat. Lotuslily naik LRT dari Stesen Kerinchi sampai Stesen Damai. Lepas tu dia naik feeder bus. Kolej ini sememangnya meninggalkan seribu kenangan pada Aku yang terlebih menyimpan nostalgia ni. Orang lain Aku tak tahulah, tapi menjejakkan kaki ke sini selepas tamat pengajian Masters tahun 2007 dulu ternyata mengimbau semula kenangan lalu...pergghhh! Oh ya, kelas pengajian Masters Aku dijalankan dekat sinilah, masa tu kampus UUM cawangan KL pun belum siap sepenuhnya lagi. Tapi bukan pasal kelas Masters yang Aku nak kisahkan di sini, tapi tentang Aku sebelum bekerja dengan TM. Sebab dekat sinilah Aku mengikuti kursus induksi 6 bulan sebelum diserap ke jawatan tetap.

Pertama kali dipanggil ialah sewaktu Aku masih menjadi RA di UUM. Bukan untuk terus ditempatkan, tapi untuk sesi khusus sebelum pengambilan sebenar dibuat. Macam nak mengemaskini rekod lebih kurang. Masa tu ada jugak desas-desus mengatakan kemungkinan ada scholars yang terpaksa dibebaskan sebab vacancy yang ada pada masa itu terhad. Agak malap juga ekonomi pada masa itu dek penangan George Soros tu. Aku yang cuak mendengar perkhabaran tersebut segera mengaturkan agar Aku dapat hadir bertemu bakal majikan. Yelah, effort kena ada maaa. Nasib baiklah lecturer Aku memang dah maklum pasal ini dan tak ada masalah melepaskan Aku pergi. Jadi, segera Aku bereskan semua kerja dan hi hi bye bye laaa. Aku pergi seorang diri ke Kuala Lumpur menaiki bas ekspress dari Hentian Bas Changlun.

Ingat lagi Aku yang berbaju kurung, bertudung turki (masa tu femes la tudung ni...) dan bersepatu kulit dengan tema warna coklat cair menjejakkan kaki di jalan bersebelahan Hentian Puduraya sekitar jam 5 pagi. Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya Aku berada di situ dengan tidak mengenal siapa-siapa dan tak tahu hendak ke mana. Hanya berpandukan alamat yang diberi. Ramai pemandu teksi bertanyakan Aku hendak ke mana dan Aku menyatakan hendak ke Taman Desa. Akhirnya seorang pemandu ni bersetuju menghantar Aku ke sana. Dia kata, kereta dia ada kat belakang, jadi kena jalan sikitlah. Tak kisahlah. Tiba-tiba datang seorang pemuda ini menegur dan menepuk bahu bakal pemandu teksi Aku serta bertanyakan sesuatu. Habis berbincang, pemandu Aku tu menoleh dan mengatakan Aku kena ikut pemuda itu...sebabnya dia memang dah habis syif, nak balik dan kebetulan akan lalu Taman Desa. Aku pun ikut ajerlah tak banyak cerita.

Mak Aku selalu pesan, mesti pandai jaga diri walau di mana kita berada. Adat orang merantau, jangan suka membangga diri. Hormat pada orang. Tak kira siapa. Jadi, bila di ajak berbual, Aku pun berbuallah sebaik mungkin...kang orang ingat kita sombong, nanti tak pasal orang sakit hati. Orang sakit hati boleh buat apa sahaja dan Aku ini entah berada di mana Aku pun tak tahu. Tapi Aku sentiasa berdoa dalam hati minta Allah lindungi Aku.

Perbualan itu buat Aku pening kepala. Masyaallah, tak tahu nak cakap apa. Pemuda dalam lingkungan 30an ini bekerja di hotel, sebagai apa Aku tak ambil tahu. Lepas habis kerja dia buat part time bawa teksi. Lalu dia pun dengan bangganya bercerita tentang kehidupan kotanya yang penuh dengan najis, nanah dan dosa itu. Aku pun malu nak jelaskan satu persatu. Hanya beristighfar dalam hati.

Aku rasa nak pitam bila dia bagitau dia dah salah ambil jalan.
"Ohh...Taman Desa tu...abang ingatkan yang lain.." Aku dah berkira-kira nak berhenti dan cari teksi lain tapi dia terus cari jalan berpatah balik. Dia kata tak apa, dia akan carikan. Dalam hati Aku, "Allah, matilah Aku...nak pergi mana niii???"

On the way tu, sempat dia berhenti ajak Aku singgah kat satu gerai ni, kononnya jual nasi lemak paling femes dan sedap. Ya Tuhan! Aku rasa nak cabut lari tapi beg Aku ada kat belakang, nak lari pun tak tahu nak lari ke mana. Aku sungguh-sungguh bertawakkal kepada Allah. Gerai tu ramai jugak pengunjungnya. Tapi semua mata memandang ke arah Aku. Entahkan diaorang kenal siapa kasanova sebelah Aku ni dan dalam hati mungkin kata, "Mangsa barulah ni...kesian...kesian...kesian betullah kat budak kampung ni.." (agaknya lah...). Aku cuba berlagak berani, dan tidak menampakkan Aku gabra, padahal kaki tangan semua dah sejuk. Nasi yang Aku telan rasa macam pasir ajer. Aku tak dengar pun apa yang dia dok cerita kat Aku sebab Aku risau. Sedar-sedar dia dok sibuk paksa Aku buka mulut sebab dengan romantisnya nak suapkan nasi. Dia tak puas hati Aku makan tak luak. Tak tahu macamana Aku boleh lalui perkara macam ini. Tak, dia tak dapat suapkan Aku sebab Aku tolak dengan baik.

Masa kami memulakan perjalanan ke destinasi sepatutnya, dia cakap Aku tak akan mampu bertahan dengan imej sekarang. Dia kata kota metropolitan ini akan mengubah Aku lalu dia memberikan contoh-contoh bekas kekasih-kekasihnya yang ramai itu. Aku diam sahaja. Syukur alhamdulillah, akhirnya bayang bangunan TM dah nampak. Oleh sebab belum pukul 6, dia pun berhentikan kereta di jalan bertentangan dengan pintu masuk ke bangunan itu. Aku kata tak apa, tinggalkan Aku di situ. Dia berdegil tak mahu tinggalkan, "Tak boleh dik, ini bukan kawasan kita...Abang takut jadi apa-apa kat adik nanti..lagipun sini banyak anjing liar" Ewahhh!!! Aku rasa aku lagi takut duduk dalam kereta ni daripada kena gigit dengan anjing. Lepas tu dia syorkan Aku baring dan tidur dulu. Bab tu Aku tak boleh tahan lagi dah. Cepat-cepat Aku bercerita konon-kononnya Aku nanti akan dijemput oleh sedara Aku yang ramai kat KL ini...konon cerita lah, dia mana tahu. Aku sebutlah mana-mana tempat yang Aku tahu seolah-olahnya, Aku bukanlah tak tahu sepatah pasal kota ini.

Dan nak bagi real lagi drama tu Aku cakap nak telefon mak sedara Aku (kononnya). Kira macam betullah Aku ada sedara kat sini. Padahal masa sampai kat depan public phone tu Aku terkebil-kebil tak tahu nak call siapa. Masa tulah Aku teringat buku telefon kecil yang Aku simpan dalam handbag. Dalam gementar tu, jari Aku menemukan nombor telefon KL...sahabat pena Aku, Nizam (suami Aku). Memang serba-salah...tapi nak selamat punya pasal Aku tak peduli terus Aku call nombor itu. Terkejut badak si Nizam bila Aku kenalkan diri, yalah, pagi-pagi buta telefon. Sudahlah sebelum ini hanya berutus surat sahaja. Itulah pun agaknya nak jadikan cerita yang membuka kepada perkenalan lebih rapat kami. Bila tahu Aku berada di situ, Nizam nak datang tapi malangnya dia pun tak tahu kawasan Aku berada tu. Tapi okaylah, bila nampak Aku macam santai jer berborak kat telefon ni, mamat tu pun dah okaylah nak beredar. Dia minta RM20 ajer dan bagi Aku kad nama.(kad nama itu Aku campakkan dalam tong sampah tanpa sempat mengingati siapa nama sebenar orang itu).

Sebaik Aku nampak pak guard, terus Aku minta izin masuk. Pak guard benarkan Aku masuk dan terus Aku ke surau solat subuh. Alhamdulillah , Aku selamat. Walaupun pengalaman itu menakutkan...Aku percaya pada kuasa doa. Dan doa ibuku yang tak putus-putus itu juga sangat membantu. Dan Aku juga percaya pada keikhlasan hati. Bahawa sesuatu itu berlaku dan tidak berlaku dengan keizinanNya.

Dan kolej latihan pagi ini mengingatkan Aku kepada peristiwa itu kerana jerih perih yang Aku harungi bermula di situ, yang membawa Aku mengenali watak-watak manusia dan belajar untuk menjadi manusia yang bergerak dengan kemahuan diri bukan mengikut persekitaran. Dari Taman Desa ke Jalan Gurney. Begitulah semuanya bermula sehingga Aku masih di sini, alhamdulillah, dengan izinNya.