Wednesday, October 29, 2008

Rotan Dulu, Rotan Sekarang

Beberapa hari yang lalu, keputusan telah dibuat oleh pihak-pihak berkenaan untuk mengekalkan larangan ke atas penggunaan rotan dalam menangani isu disiplin pelajar-pelajar di sekolah. Sebelum itu menerusi kiriman-kiriman SMS dan cetusan rasa di kebanyakan akhbar menunjukkan sokongan yang agak padu supaya rotan digunakan semula sebagai langkah mendisiplinkan pelajar-pelajar.

Bagi Aku, bukan soal rotan atau tidak. Eleh! Kalau rotan tak boleh, guna jer la apa yang sesuai untuk di'hadiah'kan kat budak-budak yang nakal tu kan...Dulu-dulu kalau balik sekolah tangan ker kaki ke berbekas kena rotan, jangan haraplah nak bagitau kat mak bapak. Pasal kalau bagitau nanti bukan dapat simpati, dapat tambah selibas dua lagi adalah. Masalah disiplin di sekolah hanya boleh diselesaikan jika ibubapa dan pendidik tahu memainkan peranan masing-masing dengan berkesan. Dan tidak masuk campur urusan salah satu pihak sebagai tanda menghormati bidang kuasa masing-masing. Ibubapa akan rasa lega dan lapang dada menyerahkan tugas mendidik (pelajaran formal di sekolah) kepada guru-guru yang tegas dan tahu apa yang patut dilakukan. Dan guru-guru pula tidak berasa takut-takut untuk bertindak dengan adanya kepercayaan tinggi ibubapa terhadap keupayaannya mengajar. Dan yang pentingnya pelajar-pelajar pun tak beranilah nak buat pasal, takut nanti bukan sahaja 'kena' dengan cikgu tapi bila balik 'kena' pula dengan mak ayah. Tapi dengan syarat, mak ayah kenalah berkolaborasi dengan baik dengan guru-guru. Ambil tahu hal anak-anak di sekolah. Dan jangan cepat melatah kalau anak-anak kena tegur, kena hukum. Jangan main lepas tangan sahaja. Kesianlah dekat para pendidik kita tu, dia pun manusia jugak. Kalau yang sampai ke tangan tu perangai ya Allah macam setan...dengan mak bapak pulak dok la menyebelah anak-anak sahaja, tentulah naik darah dibuatnya. Aku tahulah sebab kakak dengan adik aku kan guru.

Jadi berbalik pasal rotan itu kan...atau secara mudahnya mendisiplin anak-anak dengan hukuman ini...pada Aku, boleh saja. Asalkan jangan memudaratkan dan dengan tujuan memberi pengajaran. Tapi tak tahulah macamana pendekatan guru-guru sekarang. Setahu Aku masa kat sekolah dulu, yang selalu kena rotan (tangkai bulu ayam tu)...kebiasaannya jenis yang memang betul-betul nakal. Yang kerja dia dok mencuri barang-barang kawan, yang membuli kawan...jenis yang itulah. Kalau setakat buat kesalahan seperti terlupa siapkan kerja rumah, atau tertinggal buku...selalunya cikgu Aku suruh tulis dalam buku khas ayat " Saya berjanji saya tidak akan lupa lagi bla...bla...bla.." sebanyak 1000 kali. Hoh! Tobat tak lupa lagi dah lepas tu. Balik rumah buat sorok-sorok pasal nanti kalau mak ayah tau cikgu bagi denda sure kena bebel tak tahan nak dengar. Lain-lain jenis 'penderaan' yang kategori biasa tu ialah pulas telinga, tarik perut, berdiri atas kerusi, berdiri kat luar kelas...macam tu ajerlah...tak adalah Aku pernah dengar atau tengok pelajar yang kena tempeleng atau kena tendang dengan cikgu hatta yang buas mengalahkan tarzan sekalipun. Kot ye pun serius sangat, cikgu besar nanti panggil mak bapak ke sekolah. Huh...yang tu kira kes serius habis dah, dan budak pun selalunya sanggup berlutut cium kaki asalkan cikgu tak bagitau mak ayah. Itu dululahhhh!

Sekarang ni, jangankan rotan kena cubit sikit pun budak-budak mengadu kat mak bapak. Dan mak bapak sanggup sinsing lengan pergi serang cikgu. Kalau Aku jadi Cikgu pun, hemmm...lepas ni sorry la Aku nak peduli anak orang macam ni. Nak belajar, belajar la...tak nak sudah! Tak kuasa Aku nak fikirkan dia nak jadi hantu ke nak jadi orang. Cuma masalah lain yang Aku tahu ialah guru-guru baru sekarang ni kebanyakannya jadi cikgu sebab itu aje pekerjaan yang dia boleh dapat. Jadi, dia punya aspirasi keguruan tu sangatlah longgar. Ditambah pulak dengan cabaran mendidik anak-anak zaman Internet ni...tu yang habis berterabur semuanya. Untuk cikgu yang macam ini memang kita tak boleh bagi dia pegang rotan, takut masuk ICU pulak budak dikerjakan.

Mencabar betul jadi pendidik ya. Macam yang Aku bincangkan dengan USJ tadi segala-galanya bermula dari rumah. Tak patutlah kalau nak letakkan semua beban kat cikgu. Pasal anak-anak datang dengan acuan yang ditempa di rumah, kalau kat rumah dia sewenangnya bersikap biadap, kat sekolah pun serupa ajerlah ...yang penatnya cikgu nak betulkan acuan tu. Mana nak baiki, mana nak ditambah lagi.

Tak ada apalah yang Aku harapkan dari keputusan tak boleh merotan itu. Masalah disiplin tak boleh diselesaikan dengan rotan pun. Dah boleh masuk kategori lagu "Bangau Oh Bangau" dah punnnn!!!

What's next?

Early in the morning, someone called me while I was about getting Hisham ready for school. I was not at all surprised. Actually, I did expect that someone within that team should call, at least satisfying my curiosity why it has suddenly seem 'calm' and a bit 'cold'? Heck! Wish I could just play ignorant but my heart is aching for an explanation. So, I took the call, anticipating some questions (with answers ready!). But, I did not expect her to straight away asking me to drive to Malacca this very morning. Nope, sorry...I can't help this time.

I am not being difficult here. You tell me! Now I don't really know who to trust. I have made the decision and it is crystal clear! If this is going to drag me further deep into more trouble, I think I am well prepared now for the blow.

So much for a start!

Tuesday, October 28, 2008

Tentang Bangsa

Semasa memandu datang ke pejabat pagi tadi, Aku terpandangkan sticker ini di cermin belakang sebuah kereta yang Aku tak ingat warna dan jenisnya, yang berbunyi "LIM KOK WING - The Global University". Nampaknya universiti elit ini telah menempatkan dirinya pada suatu kedudukan yang tinggi. Perkataan "global" itu sendiri telah menjelaskan konsep pemasarannya yang ternyata strategik...memilih pasaran global yang terbuka luas merentasi sempadan geografi. Jadi, membuka peluang yang lebih besar dan semestinya mendorong kesungguhan usaha untuk menjadi lebih kompetitif dengan penanda aras (benchmark) yang jauh lebih mencabar. Jadi UUMku, janganlah engkau hanya cukup berpuas hati dengan gelaran "Harvard of The East" itu. Aspirasi dan usaha mestilah seiring supaya benar-benar boleh menjadi seperti Harvard...jauh lagi nampaknya perjalanan itu tetapi kalau tidak dimulakan manakan sampai tempat tujunya. Eh..eh...ke situ pulak Aku melalut...

Sebenarnya bukanlah Aku nak memperkatakan sangat pasal hala tuju universiti di Malaysia dan betapa segan silunya kita dengan kedudukan kita di ranking dunia itu...tidak sama sekali. Cumanya, perkara ini telah sedikit sebanyak membangkitkan keresahan Aku akan nasib bangsa sendiri. Bangsa Melayu. Dari aspek persaingan tentunya. Apakah yang dapat menjadikan kita lebih kompetitif atau setidak-tidaknya setanding dengan bangsa-bangsa lain? Masalahnya orang Melayu ini mengikut pengalamanku selama ini hanyalah lebih teruja untuk bersaing sesama sendiri. Tak boleh tengok orang Melayu lain senang, ada-ada aje usaha dibuat supaya yang senang itu kalau boleh jatuh terduduk, kalau dapat diguling dibolak-balikkan lagilah baik. Punyalah bersemangat bersaing!

Orang lain melihat kehadapan menjangkaui masa kini. Kita balik-balik nampak benda yang serupa sahaja. Bergaduh sesama sendiri sedangkan punyalah banyak lagi perkara yang mesti ditangani dengan bersepadu. Sayangnya bangsaku selalu lebih suka kepada pencapaian jangka pendek. Cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Balik-balik polemik bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu jugak yang dibincangkan. Dulu sampai sekarang tak ada kesepakatan. Orang lain dah entah ke mana mengalih pandangan, kita kat situ juga berselingkup fikiran.

Lalu teringat Aku pada artikel semalam yang Aku baca di akhbar Utusan. Tentang bagaimana orang Melayu sepatutnya berasa iri kerana bangsa-bangsa lain paling kurang pun dapat kuasai dua bahasa...bahasa ibunda mereka dan bahasa Melayu. Kebanyakannya boleh tiga. Bahasa ibunda mereka, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kita ini boleh apa? Bahasa sendiri pun dah jadi rojak. Bahasa Inggeris boleh lah takat suam-suam kuku tu. Lepas tu tak faham pulak bahasa yang lain itu, Mandarin dan Tamil(apatah lagi kan...). Cubalah fikirkan sikit betapa ketinggalannya kita. Atau cubalah berfikiran lebih positif. Err...Aku rasa bahasa Melayu ini tak ada masalah kat mana-mana. Masalahnya orang Melayu sendirilah. Kalau dah pandai berbahasa lain, dia nanti letak bahasa Melayu dekat bawah sekali.

Orang Melayu ni kelebihan dia ialah bila menjadi diri orang lain...bab samar-menyamar ni memang Aku boleh bagi tabik spring! Kalau bercakap Inggeris, (yang dah fluent tahap tarabas tu!) dia nanti cakap lebih dasat mengalahkan Mat Salleh...siap bergulung-gulung lidah lagi..Kalau yang pejuang kemodenan tu...dia nanti lebih moden dari orang yang sememangnya sudah moden, fikiran dia lebih terbuka mengalahkan sekalian fikiran-fikiran orang lain yang percayakan kebebasan tanpa had itu...Kalau dah kat dalam rumah sendiri pun bahasa ibunda langsung tak digunakan...tak payahlah nak mengharapkan kaum-kaum lain menjunjung tinggi bahasa kita.

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan? Tak apalah, bukannya Aku mengharapkan keajaiban dalam sekelip mata...nampak sikit-sikit tunas harapan pun jadilah. Sama-samalah kita berdoa yang terbaik untuk agama,bangsa dan negara.

Sunday, October 26, 2008

Trip Tak Jadi

Aku malas nak cakap sebenarnya. Bila orang tanya nanti, Aku akan bagi satu jawapan standard yang mudah jer..."Regulatory tak perlu terlibat". Eh...eh...cuti-cuti pun dok pikir hal ehwal kerja lagi ke? Bukan pasal kerja yang Aku hairankan, tapi pasal cara orang lain buat kerja yang Aku tak puas hati. Dan ketidakpuasan hati itu terbawa-bawa pula.

Jadi Aku dah buat keputusan since tengahari Jumaat tu untuk tidak melibatkan diri dalam siri penjelajahan projek USP itu. Sejak awal lagi Aku dah rasakan ada yang tak kena, biasalah, bukan susah nak baca gerak geri orang...cuma Aku tak faham mengapa tak ada sebarang penjelasan dibuat untuk memudahkan keadaan. Aku ni bukannya susah nak dibawa berunding. Cakap saja, Aku boleh terima. Ini tidak, dah diwar-warkan itu ini...tetiba pula buat-buat sepi macam tak ada apa-apa berlaku.

Tolonglah...kalau setakat nak ke sana sinun tu...Aku tak perlu tunggu belanja percuma syarikat tau...Aku boleh pergi mana-mana Aku suka kalau Aku hendak. Jadi tolonglah jangan ingat aku 'hadap' sangat dengan trip ni. Aku sendiri kalau pergi pun sekadar pergi balik ajer. Dan ianya sangat memenatkan. Kalau tak kerana kerja, memang Aku dah tolak. Tapi Aku tak dapat nak tolak awal-awal sebab anda dah libatkan Aku. Kalau Aku tolak, nanti belakang anda cakap Aku berkira pasal kerja. Jadi, Aku memilih jalan untuk bekerjasama setakat yang Aku mampu. Tak sangka pula, anda sudah pusing begini buatkan Aku rasa"hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong".

Aku harap nanti tak jadilah isu kata Aku sengaja tarik diri saat akhir pulak. Ibaratkan saja macam rancangan nak kahwin, kalau anda sekadar cakap-cakap kat telefon konon-konon nak datang meminang, jangan harap Aku nak percaya kalau belum nampak cincin sebentuk dan tepak sirihnya. Bak kata orang, "Kalau padi katakan padi, tidak saya tertampi-tampi. Kalau jadi katakan jadi, tidaklah saya ternanti-nanti".

Kenduri @ Taman Mutiara Subang

Majlis kenduri hari ini adalah buat meraikan pasangan pengantin baru Idham dan Jamilah. Keluarga Idham merupakan jiran keluarga mertua Aku semasa mereka tinggal di Kpg Padang Balang, Sentul dulu. Idham ni kawan baik adik ipar Aku, Anwar dan kebetulan pula semasa membeli kereta Naza Ria, kami berurusan dengan adik Idham, J yang berkerja di cawangan Kia, Setapak. So, dipendekkan cerita, kaitan yang ada itu mewajarkan kehadiran kami pada hari ini.

Masa perjalanan datang itu, kami sedikit sesat sebab selepas plaza tol Batu Tiga, kami tersalah mengambil jalan end up ntah dekat mana...kawasan kilang-kilang perindustrian. Alih-alih dah nampak Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam...la...dah lepas ni. Nasib baik la tak susah sangat nak patah balik ke Federal Highway. Senang aje sebenarnya. Kena lalu depan kilang gula CSR tu, dan juga lalu belakang stesen komuter Batu Tiga. Terus la nampak kawasan perumahan Taman Mutiara Subang. Masuk ajer dah boleh nampak rumah pengantin, alhamdulillah.



Theme colour untuk majlis ni ialah warna biru firus. Aku pulak datang ngan baju kaler jingga..ka..ka...ka...giler contras! Macam semalam nyer majlis kebetulan Aku pun memilih latar warna yang ada sedikit kehijauan, macam ahli keluarga pengantin perempuan pulak..hi..hi...Anyway, gerbang ni terletak betul-betul depan pagar rumah pengantin lelaki. Kami baru jer sempat makan beberapa suap, pengantin pun masuk berarak. Langkah kanan betullah, tak payah tunggu lama.

Lepas acara merenjis, barulah pengantin keluar untuk acara santapan la pulak. Teringat zaman Aku dulu, masa tu nasi yang dikunyah tu rasa cam tak tertelan ajer. Rugi jer sebenarnya buat lauk-pauk special kat pengantin, pasal depa pun tak lalu nak makan dah..ha..ha..lepas tu boleh nampak ayam golek, ikan siakap masak tiga rasa, udang goreng mentega semua tu "berterbangan" ke meja-meja berdekatan errr..itu pengalaman Aku la masa majlis Khairi dan Ramzan dulu...(biasalah adik-beradik pengantin mestilah tunjuk kuasa lebih).



Aku rasa majlis hari ini lebih selesa sikit, tak begitu sesak. Budak-budak pun perangai okay hari ini.



Lepas makan, kami masuk ke dalam rumah. Saja jer nak tengok pelamin dan juga melepak kat dalam. Kat luar panas la. Sementara menunggu Anwar dan Fizah datang.



Entah apalah yang dibualkan mertua dan menantu ini ya...gossip jangan tak gossip!



Kepada pasangan pengantin baru diucapkan selamat menjalani kehidupan baru semoga rukun damai, aman selalu. Biasalah kalau berselisih faham sekali-sekala itu...apa orang cakap, sedangkan lidah lagi tergigit. Kesian pulak Aku tengok pengantin perempuan berlinang air mata masa menghantar pulang ibubapa dan kaum keluarga. Nasib baik dia ceria semula bila kawan-kawan datang bergambar dan buat lawak masing-masing.



Dah tak ada lagi rasanya jemputan lain setakat ini. Lega. Lega. Dah tak larat nak telan nasi minyak. Kalau kat kampung Aku, ada ayaq asam yang kaw-kaw tu...selera jer nak makan. Dengan kurma daging tu..emmm...nyum..nyum...dah dua majlis aku hadir ni, ayam dibuat masak goreng berempah. Rasa kering jer. Bila dah garing gitu, dagingnya makin liat makin susah nak mengunyah. Hemmm...rindu pulak nak makan hidangan talam ala kampung...

Saturday, October 25, 2008

Kenduri Di Kajang

Hari ini kami menghadiri majlis kenduri kahwin kat Kajang, Selangor bertempat di Taman Sri Jelok. Mak pengantin perempuan ni adalah sepupu mak mertua aku. Masa kami sampai pengantin baru jer siap berarak, bunyi kompang pun masih bertalu-talu. Kiranya ramailah orang kat bawah khemah tu, jadi tertinjau-tinjau jugakla masa mencari tempat nak berlabuh tu. Biasalah makan nasi minyak. Sepanjang makan tu Aku memangku Aiman dan suapkan dia makan sekali. Hisham biasalah, tak mau makan..agak kalau ada nasi putih sama kicap dan telur...sure dia nak. Tak boleh nak cakap apalah, pasal Aku dulupun macam tu jugak. Paksa makan pun tak guna.



Inilah pengantin baru yang diraikan itu. Tak ingat pulak nama pengantin perempuan tu. Yelah, Aku pun sampai sekarang dok blur aje menghafal kaum keluarga sebelah suami aku ni. Yang bestnya,nama pengantin lelaki tu ingat pulak...Muhammad Akif. Macamana la tak ingat, pasal tetiba terserempak dengan seseorang yang dikenali. Laaa..Nadrah! Nadrah ni staff TM jugak. Ofis dia satu floor dengan ofis aku. Akif tu adik dia.



Kesian pengantin ni, blur jugaklah diaorang tengok aku tetiba muncul dengan kamera dok sibuk ambil gambor diaorang. Saling tertanya agaknya, ni kawan aku ker kawan kau...pasal si tukang ambil gambor tu bergaya selamba buat macam rumah sendiri...ka...ka...ka...



Ultraman ni memang ligat sikit hari ni, boleh tahan angin kus kus dia. Masa masuk kat rumah tu, dia dah spotted seorang budak lelaki tengah pegang senapang mainan. Dia pun pi usha dekat. Selamba nak ambil. Dah tentu la mamat tu tak kasi. Sibuk dia suruh aku ambilkan, hish...bapak budak tu, penyanyi kumpulan nasyid InTeam tu dok senyum-senyum ajerlah tak terkata apa. Aku pun pujuk la tak bagi dia kacau budak tu. Hemm...dek hati dah bengkak, depan ramai orang tu jugaklah dia mengamuk. Control ajerlah akuuuu...



Dalam dok control tu sempat jugaklah Hisham contribute satu shot ni...ha...ha...Besok ada kenduri kat Batu Tiga, Shah Alam la pulak. Ikutkan hati malasnya aku nak pergi. Tapi kena pergi jugak kot sebab kenalan mertua aku.

Friday, October 24, 2008

Lunch @ Plaza Pantai

Petang Jumaat tadi sempat jugalah merasai kemeriahan majlis sambutan hari raya kakitangan TM. Acara bermula jam 3.30 petang, tapi geng hardcore kitaorang tak main la turun awal-awal ni...biarlah acara-acara ucap-mengucap dan seumpamanya berlalu dulu. Anyway, bila turun lepas Asar tu...umang aiii ramainya umat. Nak ambil makanan pun berlapis-lapis safnya.

Cuma sempat rasa mee rebus dan teh tarik secawan. Ingat nak queue kat gerai sate kajang, tapi ramai sangat tak leh celah. So, Aku ngan SirapMadu pun dengan penuh control berdiri jer sekitar pentas tu tengok pengacara majlis dok berceloteh, Fara Fauzana dengan Faizal Ismail dari Hot FM. Seronok jugaklah, tapi tak kuasa nak snap gambor. Hujan pulak turun dengan lebatnya. Bila dah 5.30 pun tak dapat nak makan apa-apa lagi, kitaorang blah ajerlah. Setakat nak makan tu tak sanggup la aku buang masa kat situ. Balik makan megi mee pun lagi bagus daaa dari dok berebut-rebut gitu.

Anyway, for the first time selepas Ramadhan dan raya ni, kitaorang keluar makan lunch luar office. Dekat Plaza Pantai sahaja. Okaylah kan...(ker aku patut tukar blog nie jadi blog jalan-jalan cari makan...ka...ka...ka...)

Tempat makan kitaorang kat Plaza Pantai tu dah tentulah kedai makan Home Cook Recipe...

Aku makan kuey teow sup



SirapMadu makan meggi goreng...laaaaaa



Lotuslily makan mee jawa...uishhh...nampak menarik, nak kena try ni next time



USJ order nasi goreng seafood...banyak sangat , makan separuh ajer...



Dan Puan yang sesekali ikut mencelah, makan kuey teow goreng, separuh katanya...aku tengok tak luak pun makan...alaahaaii!



Itu pasallah agaknya tak heran sangat ngan jamuan lebaran hari ini.

Di Sana Menanti, Di Sini Boleh Tunggu

Orang kata, kalau sakit tu pergilah cari ubat. Jangan jadi macam Aku ni, masih dok berkira-kira nak pergi ke tidak kat klinik bawah tu. Rasa macam tak perlu aje walaupun tekak ni dah rasa perit dan sok sek sok sek selsema. Tak pun esok ajerlah Aku pergi. Tapi jadual esok dan lusa dah terisi, memenuhi jemputan majlis kahwin sedara-mara sebelah Abang.

Email arahan boss pun dah terima ni...kena hadir majlis hari raya untuk pelanggan korporat besok. Alamak...cam no ni??? Kot boleh belah dua badan den ni okay la...Ini kes ditelan mati omak, diluah mati bapak...SirapMadu, Aku pasti kau paham...he.he...he...



Oh...gambar ini tak le ada kena-mengena sangat dengan posting ni, tapi lagak ala boring tu macam sesuai sikit la menggambarkan gangguan perasaan yang sedang menjangkiti sistem pemikiran Aku ini...Gambar ini hasil kerja gatal tangan, Izad...ha...ha..ha...

Beginilah, yang sedara-mara ni kita pun tak selalu jumpa kan. Kalau tak jumpa kita tak kenal. Lagipun orang dah menjemput. Masa kami kawin dulu diaorang pun datang, jadi ini anak pertama diaorang nak naik pelamin, tak boleh tidak kena tunjuk muka. Yang syarikat ni pulak, aku rasa tak terjejas nyer kalau aku tak datang kan...dan kalau aku datang pun tak der apa yang terlebih pun...suasana meriah raya TM tak der kena mengena dengan kehadiran aku. Lagipun Sabtu dan Ahad tu consider hari untuk keluarga. Aku pun ada kehidupan jugak!

Jadi ko tahu kan keputusan Aku???

Mengapa Dirindu

Haaa...dah jumpa dah..tak tahulah siapa penyanyi asal lagu ini. Rasa macam lagu lama ajer. Hari itu tengok cerita Man Laksa, konon-konon Saloma ada datang show tu nyanyi lagu inilah. Masa AF6 itu hari Nadia pun ada nyanyi lagu ni...tapi tak feel la sebab tak berapa sesuai dengan suara rock dia tu.

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

Lagu ni aku suka gak nyanyi time dodoi anak tidor. Almaklumlah, mendayu terlebih. Senang nak lelap mata ha..ha...ha...

Francesca Peters - Masih Belum Tamat

Sedar tak sedar dah masuk hari Jumaat . Betullah, begitu cepat masa berlalu. Although it's casual Friday as usual, I opted for baju kurung. One, due to the fact that it's TM HQ raya gathering today...so, just wanna add up to that festive mood. Second because I am not really feeling well...since semalam dok berkokok jer. Malas sesangat nak iron baju. End up rembat apa sahaja yang dah readily available. Dan baju kurung ini memang dah ada tersangkut elok dalam lemari. Hentam sajalah labuuuu!!!

Entry hari ini ku tujukan khas untuk seorang sahabat yang dah lama menghilang, tapi alhamdulillah dah jumpa balik. Though I know you won't be able to log in till Sunday, I just want to make sure I don't forget to do this. The 'theme' song you like and exact lyric. Actually, this is one of my favourite song too...saat-saat aku terkeciwa dulu...heh..he...aaapppaaa daaaa....jiwang karat tak sudah!


"Terkulai di dalam jambangan
Harapan menjadi debu
Begitu hancurnya hati
Akibat cinta buta, terlupa diri

Betapa lemahnya aku
Melawan mimpi duniawi
Sungguh aku tak berdaya
Bagai bahtera dihempas
Gelora pedoman tiada

Setelah ku menyedari
Bahawa tak semua jalan berliku
Tiada langitkan mendung selalu
Terlambat bukan erti tamat"

Hemmm....rasanya ada satu lagi lagu yang sesuai untuk balas balik lirik ini...apa yaaa....hemmmm....

Thursday, October 23, 2008

Open House - LSIP

It's Legal Strategy & Intellectual Property turn today. Oh...what a spread! There were normal dishes like lemang and rendang, lontong, sate and the list went on. I opted for sate, just a piece of lemang with chicken rendang and this self-adjusted mihun soto...ha..ha...turn out quite well !



Supposed to eat with shredded chicken meat but finished already that time. So, I put beef rendang instead...or may be it was supposed to be "rendang tok". Rendang tok tak jadi!!!

After that, I had a piece of this choc cake. Quite okay!



Followed by this cute cupcakes...err...I had one only!



As usual, photo session with friends. With Rosebud.



And SirapMadu



Thanks LSIP for the generous offering...he...he...

Undeterred

It has been raining heavily every afternoon since last week, and the situation is predicted to last till the end of month. I heard from the radio that the flood situation in the northern Peninsular is worsening. About 600 people has been evacuated in Bukit Merah. Penang is gearing up to face the possibility as water level increasing. Kedah is also affected. I hope my kampung will not be affected. Based on past experience, it never hit the kampung other than just a bit overflow at the paddy fields and canals. But of course, it will destroy the paddy...last time I saw, they were about to budding in few weeks time...the excessive water will kill them.

For KL folks, rain is something we wish we could avoid. Not that we don't like rain, oh ...I do because it has that calming effect just like the old days when my kampung house's roof was made of nipah. So nostalgic to depict the way the rain dropped onto the roof and down to the ground creating that splashy little pool...temporary heaven to the froggy clan. In KL, rain means something like "rub salt into the wound" to the traffic woes. The situation just never improve. Hence why I can never concentrate much in the meeting if it get dragged past 5 nowadays...ha..ha...ha...

On my way driving to the office today, there was an accident somewhere near the turning towards Jalan Bangsar via Lebuh Mahameru. 4 cars! Not a serious one since no one injured but my, the sight of dented cars sent a shiver down my spine. I thought I saw one familiar face examining the damage on her car...probably one of TM staff, but I continue driving because slowing down to watch will not improve the situation. It was not a proper place to stop.

There's an open house invitation coming from Legal Department today, and we are going after Zohor. Yesterday I attended another open house organized by Costing Department. Friday will be the raya gathering day for all TM HQ & Klang Valley staff...so, wow...the "makan-makan" season is getting quite serious. Lucky I don't have the weighing scale at home...he...he...he....

The roadshow schedule has been amended. We've started with Central Region yesterday. It was short than expected. May be because the regional offices has been briefed before. Next on the list is Kuala Terengganu. Then, Melaka. I won't be joining the trip to North due to domestic issues. But I will be around for the last leg at Kuching. Luckily we don't have to go to KK because the same regional team will be in Kuching for a seminar on 4th Nov and will meet us there on the day after together with their Sarawak counterpart. Hope there's no more change as I will do the flight booking before end of the day.

Tuesday, October 21, 2008

Alternatif

Tak salah mencuba kerana ianya sebahagian daripada usaha yang harus kita sebagai manusia terus-terusan merencana. Kerana kalau kita berhenti berusaha, kita hanya menunggu seperti boneka dan hidup akan hilang makna.

Justeru, hari ini tergerak hatiku untuk mencuba. Kerana Aku sebetulnya sudah bosan terpenjara dengan kerangka petak-petak itu...walaupun ianya ringan, dan walaupun ianya memberikan tafsiran berbeza. Jadi ku miliki formula ajaib itu dengan nawaitu ringkas seadanya. Hanya mahu bisa menatap dengan lebih baik. Aku tidak mahu memilih untuk berbaring di bawah pancaran laser, biarlah orang kata Aku penakut atau ketinggalan zaman. Dan Aku tak ingin juga melekapkan apa-apa pada bola mata ini walaupun kepelbagaian warna yang ada akan membuatkan Aku lebih up to date.

Apapun, Aku mencuba sahaja. Jika ditakdirkan Aku harus terus dengan kacamata ini, maka ya, Aku akan terus setia menggunakannya. Tapi kalau dengan izinNya, dengan bantuan Permata Hijrah ini bisa mengurangkan kebergantungan Aku padanya...Alhamdulillahhhh...Lalu Aku pun sudah mencatatkan, bermula jam 2.30 tadi, telahku titiskan ia ke dua mataku. Insyaallah, Aku akan beritakan samada ianya berhasil untukku atau tidak. Mana tahu, kan???

Terima Kasih

Pertamanya, walaupun Aku telah mengucapkan kepada kalian sebentar tadi baik secara bersemuka mahupun emel beserta sms, terima kasih atas ingatan itu. Ianya sungguh bermakna dan sesungguhnya Aku sangat terharu. Terima kasih sekali lagi walaupun secara tidak langsung kalian telah mengingatkan Aku betapa semakin berusianya diri ini.

Menoleh ke belakang, seakannya aku masih dapat melihat seorang anak kecil bertocang dua duduk di pelantar belakang basikal ayahnya, menyusur lorong yang rumputnya tinggi sampai ke pinggang itu dalam perjalanan ke sekolah. Ingatan itu seringkali membuatkan Aku bergenang air mata. Bukan mengasihani diri sendiri tetapi Aku sebenarnya rindu akan waktu-waktu itu, mengenangkan betapa ianyalah yang menjadi asas tegaknya struktur jati diri seorang insan yang kalian lihat hari ini.

Dahulu Aku fikir, kita hanya akan jadi kita bila kita sudah remaja dan menemui cara bagaimana kita mahu mencorakkan hidup dengan cuba mencontohi tokoh itu, tokoh ini...semestinya yang baik-baik belaka, yang berjaya katanya. Seolah-olahnya hanya pada masa itulah kita mula memegang kemudi mengendalikan perahu hidup kita. Masa anak-anak kecil itu ku kira hanya sekadar memenuhi ruang masa dan tidak memberi makna apa-apa. Rupa-rupanya Aku tersilap. Kerana hingga ke saat-saat ini kenangan zaman kecil-kecil itulah yang lebih kerap menghantui sehinggakan zaman-zaman menengah atas dan universiti itu hanya tak lebih dari sambungan cerita sahaja. Lalu harus Aku akui bahawa Aku telah memilih untuk menjadi Aku lama dulu lagi...

Lalu Aku cuba membayangkan kalau-kalau bukan Aku orangnya yang subuh-subuh buta itu duduk seorang diri mencuci kaki di kolam air madrasah bersebelahan kuburan pegun itu. Aku cuba membayangkan kalau-kalau bukan Aku orangnya yang menyarung pakaian basahan pekat berbau lumpur itu setiap kali turun ke bendang. Dan setiap kali Aku cuba menghilangkan ingatan itu, setiap kali itu seakannya ada empangan yang akan pecah. Kenapa tidak? Kerana pada masa itu Aku gagal mentafsirkan makna sebuah kehidupan. Kerana pada masa itu Aku merasa seakan terbeban. Kerana fikiran ku hanya mensyaratkan kebahagiaan itu harus begitu...begitu...begitu.

Tetapi setelah pengajarannya Aku dapat, rupa-rupanya kenangan zaman itu lebih syahdu dari saat kali pertama merasa jatuh cinta. Dan Aku jadi sangat rindu akan waktu-waktu itu...mana mungkin lagi Aku menggongong jagung rebus manis sambil meniti batas bendang, mana mungkin lagi Aku dapat berlari mengejar anak haruan atau memungut bunga-bunga telipuk yang memutih...sebut sahaja apa yang aku inginkan dari ruang waktu itu...ianya sudah lama lenyap ditelan zaman.

Dan yang lebih pentingnya sudah tentu apa yang terselit di sebaliknya. Aku harus mesti sangat-sangat bersyukur dan Aku berdoa semoga selamanya Aku akan sentiasa ingat siapa Aku kerana Aku hanya kenal Aku yang itu. Tak mengapalah walau Aku tidak menjadi seperti apa yang Aku pernah inginkan dulu kerana Aku sudah tidak punya keinginan menjadi manusia yang bergerak mengikut kemahuan majoriti. Insyaallah, Aku sudah tahu apa yang mahu Aku lakukan untuk perjalanan seterusnya, dan Aku akan terus menoleh, menjengah sejarah...mencari kekuatan kalau-kalau Aku tak daya melangkah atau menemui jalan buntu.

Terima kasih Tuhan atas pengalaman yang berharga itu.

Monday, October 20, 2008

Crazy Monday

It's a crazy monday!!! First, I am going to forced myself to read that 300 over pages public inquiry paper on Access. Second, looks like the nationwide roadshow will materialise soon...if it's on as scheduled, I will be on and off starting 22 Oct till 4 Nov.

Our first destination would be Shah Alam for Central Region, followed by Melaka for Southern Region, then Kuala Terengganu for Eastern Region, Alor Setar for Northern Region, Kuching and finally Kota Kinabalu. Once the tour completed, the submission on the proposed new location for the new USP program will be drafted. Luckily, I will not be involved in that stage because it's already too operational for us at corporate centre to be in.

Slowly after that, the proposed new structure for USP might be implemented. I don't know how it will look like or what's the management's sentiment on this but looking at the amount of work, I guess there's possibility that it'll be approved. As whether it will have any impact on my position...I think I'll just wait and see...:).

Sajak Oleh Dr. Ibrahim Ghaffar

Seperti yang tersiar dalam ruangan Sastera dan Budaya, sisipan Mega keluaran Utusan Malaysia bertarikh 16 Oktober 2008.

Ratu Anjing; Yang Melengking Itu
(Panggak Binasa Terlajak Kata)

I
Ratu anjing itupun melengking
menyalak galak mengasah taring
setelah lepas tersepit pengancing
lalu keluar dari kandang akal yang sinting,
munci; Wajah yang sering berpaling
dan sanggah yang polang-poling
menunjuk telunjuk berkait kelingking.
Makhluk juga; Takdirnya dia...anjing
tabiat 'bagai melihat bayang di air yang bening'.

II
Masyarakat anjing itupun riuh
menyambut pulang seekor tokoh
dari paksina kedaksina gamat gemuruh
menggonggong tulang-tulang tanpa roh
pameo pusaka dari benua jauh
panggak yang terlanjur angkuh
alibi 'telur tembelang' di hari ketujuh
telah jatuh ke wajah ratu yang selingkuh
mengandaikan kabilah mudah diperbodoh

III
Suci suatu subuh itu terganggu
salak anjing antara azan yang syahdu
melihat kelibat siluman dan hantu
tawakal muazin menuju nawaitu
tertip titipan taqwa pada yang satu
biarkan ratu anjing itu menyalak waktu
bukit bukau tetap jitu
gunung-ganang tetap padu
manusia perlu berakal dan berilmu

IV
Alam maya bukan mutlak milik kita
dipinjamkan cuma sementara
dipentas ini kesempatan bersama
berjuta makhluk berbagai rupa
ketentuan anjing-anjing juga ada

V
Kok anjing biar meyalak
kok bukit biar berpuncak
kok terasa menyelar bijak
bumi juga tempat berpijak
padah kata bila kata terlajak

Friday, October 17, 2008

Hangat Hati

Seorang pemanggil lelaki yang menelefon ke Sinar Pagi untuk topik pagi Jumaat "Hari Penuh Emosi" memberitahu yang dirinya kini berada dalam dilemma. Aku ingatkan dilemma apalah yang penting sangat sampai perlukan nasihat dari penyampai-penyampai radio untuk siaran seluruh negara ini kan...

Kata si pemanggil ini, dia dan isteri bakal menimang cahaya mata pertama Mac tahun depan. Usia perkahwinan lebih kurang 2 tahun. Dia sepenuhnya menyintai isterinya.

Lohhh! Apa sih masalah kamu??? Sampai perlu merujuk pada saudara SY itu...hish!

"Saya telah berkenalan dengan seorang wanita. Dia seorang single mother. Mungkin kerana persahabatan yang terjalin...dia telah meluahkan perasaan kepada saya dan sanggup untuk menjadi isteri kedua saya"...

Nasib baik la aku tengah drive, kalau agaknya ada kat rumah mahu aku call jer Sinar Pagi tu! Give my two cent piece of thought pulak on this so called problem. Adoooiii...apsal la sengal sangat la si caller ni. Masalah ke tu? Masalah cari sendiri adalah. Kalau dah sendiri gatal, kenapa nak suruh orang lain yang tolong garukan?

Lepas tu deejay2 ni tanya la samada dia suka ke kat perempuan tu. Kata caller tu, saya sayang isteri saya...tapi saya tak sampai hati nak hampakan harapan orang, yelah, orang dah taruh harapan kat kita....rasa nak ketuk jer kepala orang ni dengan senduk! Nasib la SY tu jawab dengan agak berhemah, "Encik, benda-benda ni tak jadi kalau setakat kesian, tak sampai hati...anggap sahaja la ianya mainan perasaan". Dan Khairil kata, "Boleh tak kita hentikan sahaja dekat yang awak kata awak sayangkan isteri awak sepenuh hati. Fullstop."

Inilah antara contohnya mengapa aku sering katakan yang kita punya jalan, cara dan ruang untuk memilih tetapi masih ramai yang memilih mengikut sedap rasa hati sahaja. Bila rasa diri bersalah, cuba pulak nak libatkan orang lain. Cuba hilangkan rasa resah gelisah dengan mendapatkan sokongan orang-orang yang dikatakan memahami. Mahu orang faham perasaan diri, sedang diri tak pernah cuba mahu memahami perasaan orang lain. Masalah yang kecil dan remeh diperbesar-besarkan. Pada aku orang yang begini hanyalah pentingkan diri sendiri. Sungguh aku tak faham!

Nasib baik aku tak posa hari ni....

Thursday, October 16, 2008

Alamak...kena lagi!

Saat-saat akhir menunggu masa nak balik tetiba pulak ada call masuk. Bila tengok nombor tak kenal, memang dah rasa semacam...tapi kalau tak jawab...manalah tahu kan, entahkan panggilan penting dari mana-mana. Kalau bank, mungkin nak bagitau ada seseorang tengah syok shopping spree guna kad kredit aku ke...atau kesilapan transaksi atau apa-apa sahajalah yang kalau aku tak tahu, maka akan menyebabkan aku gagal melindungi kepentingan aku kelak.

Jadi dengan andaian-andaian begitu aku sambut juga panggilan itu. Ternyata dari bank.
Beginilah lebih kurang response aku, aku rasa agak baik juga kerana tak sampai seminit aku berjaya mematahkan cubaan promosi terbaru entah apa-apa yang aku tak perlu.

Caller : Selamat petang Cik Anira. Saya Axxx dari XXXX Bank.
Telipuk : Berkenaan apa tu?
Caller : Adakah Cik free sekarang?
Telipuk : Kenapa?
Caller : Saya nak terangkan berkenaan...
Telipuk : Ohh...saya rasa tak perlu, saya tak mahu.
Caller : Tapi saya belum terangkan lagi macamana Cik boleh kata tak mahu?
Telipuk : Mana-mana bank call pun saya cakap macam tu. Maaf saya tak minat.

He...he...he...

Wednesday, October 15, 2008

Tentukan Hidupmu

Bukan main banyak pilihan yang ada
Yang itu juga jadi pilihanmu
Seluas-luas jalan terbuka
Yang sempit juga yang kau mahu
Selapang-lapang ruang yang ada
Sudut terpencil itu juga yang kau tuju

Nah! Ternyata siapa yang rugi?
Aku yang di ruang nyata ini?
Atau kau yang hanyut dalam ilusi?
Mengejar bayangan yang tak pasti
Memburu samar mimpi

Lalu pada siapa mahu kau melagu
Setiap yang membelenggu
Sedang pilihan di tanganmu
Asal saja kau mahu

The Mystery of Missing Dispenser

I first noticed that 2 of the soap dispenser went missing on Monday. The only one left was the one in the middle of the slab. I thought may be this got something to do with the quest for efficiency or cost saving (not quite convincing on how much saving is there for this sanitary business though!). The dispenser installed within the partition to dispense liquid soap during flushing also gone. In place of all the missing dispensers, including the one emitting refreshing odour, is ugly mark left by peeled adhesive.

Initially I refused to dwell much on this as I got other things to thought about but my level of curiosity has increase this morning. How come? Well...we had a half day seminar today at level 50. During the break, I went to the ladies and to my surprise found that similar thing occured! (probably all the floors are now in the same situation). As a replacement, someone provide the liquid soap in a small round plastic container. Nowwww...that's quite serious, right? I mean, why on earth are they taking away all the practical, useful dispenser...I just don't see the point...probably the same feeling when I first heard about the conferment of Datuk title to Bollywood star, Shah Rukh Khan. Now, I should'nt relate the missing dispenser case with that Datukship issue, right? But then, I think both lead to the same effect. It annoyed me!

I hope I will soon find out what happen to all the missing dispensers. Will I be able to solve the mystery? Hemmmmm.....

Sungguh Aku Tak Faham

Keretaku yang bergerak perlahan bukanlah kerana Aku driver sentimental, bukankah telah tertulis di papan tanda itu...kelajuan di laluan parking kediaman kita hanyalah max 20 km/ph...jadi tolonglah kalau kau benar-benar mahu melintas saat kau terpandang keretaku yang semakin mendekat itu, percepatkan langkahmu. Bukan berjalan gaya Mak Limah jalan berdendang, siap sempat membelai rambutmu yang panjang terurai sambil membetul-betulkan pakaianmu sehingga memaksa Aku berhenti pula. Kalaupun kau tak heran dengan kereta kecilku itu, tolonglah simpan sedikit hormat pada pemandunya sepertimana aku cuba menghormati hak kamu selaku pejalan kaki saat kau semberono melintas mendapatkan keretamu yang besar sedikit dari keretaku ini. Sungguh aku tak faham!

Dan kamu yang bermotosikal itu...aku faham kadang-kadang tekak kita terasa berkahak dan loya. Jadi aku faham kalau kau perlu meludah keluar. Tapi tak bolehkah kalau kau bersikap sedikit prihatin, kau kan berada di depanku...jadi kalau kau meludah ke lorong pemanduanku...bukankah sisa jijikmu itu akan ditolak angin lalu menempek di badan keretaku...cis! Tolonglah pandang kiri dan kanan kalau mahu berbuat sesuatu, kerana jalanraya ini bukan kau seorang menggunakannya. Tak kira besar atau kecil kenderaan kita, kita sama-sama ada hak. Dan kalau kamu mahu dihormati, tolonglah belajar menghormati. Susah sangatkah? Sungguh aku tak faham!

Tidakkah terasa janggal kau yang memandu kereta pacuan empat roda yang besar lagi berharga itu cuma mampu bergerak pada kelajuan yang pak cik berbasikal pun boleh atasi? kalau hanya selaju itu mahu kau manfaatkan kuasa keretamu, aku cadangkan kau ketepi sahaja dan benarkan aku yang lebih laju ini mendahuluimu. Tolong jangan halang perjalananku kerana di belakang kau kalau kau ini mahu bertimbang rasa, ada sekian banyak kereta yang terpaksa berderet-deret macam keretapi arang batu menaiki bukit. Aku tak suruh kau jadi road speedster...tapi tahukah kamu sesungguhnya road hogger macam kamu ini turut menyumbang kepada kemalangan jalan raya yang bukan kecil jumlahnya? Ataukah kamu rasa gembira menyusahkan pemandu-pemandu lain atau kamu tak suka orang lain berada di depan kamu atau sememangnya kamu ini pentingkan diri sendiri? Sungguh aku tak faham!

Lagi lagi kamu...lagi lagi ini juga yang kamu dan kamu lakukan. Kamu kurang faham atau kamu kurang belajar? Aku tak kisahpun kalau kamu mahu ke kiri, ke kanan atau kalau mahu terbang sekalipun...ianya tidak menjadi kudis kerana aku faham kereta kecilku ini tidak mampu bertindak seagresif kamu...tapi tolonglah, arah manapun kamu mahu pergi, maklumkan aku yang di belakang ini supaya aku dapat bersedia dan mengelak kalau-kalau tindakan bodoh kamu ini kelak mengundang kecelakaan. Tolonglah nyalakan lampu signal itu. Ianya dibina bersama keretamu bukan untuk dijadikan perhiasan tetapi untuk kau manfaatkan kegunaannya. Kalaupun bukan untuk orang lain, sekurang-kurangnya fikirkanlah nyawa mu sendiri. Kalau kau tak sayangkan nyawamu, tolonglah jangan libatkan orang lain yang masih perlu sampai ke pejabat dengan selamat untuk mencari rezeki meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini selama diizinNya. Jadi apa sebenarnya masalah kamu? Sungguh aku tak faham!

Hairan manusia ini, selalu tak mahu beringat...bila diberi peringatan pun lebih sering jadi tak ingat. Sungguh aku tak faham!

Tuesday, October 14, 2008

Aku + Kamu = Kita

Aku adalah Aku
Kamu adalah Kamu
Aku tak mungkin menjadi Kamu
Kamu tak mungkin menjadi Aku

Aku tak mahu menjadi Kamu
Kamu pun tak perlu menjadi Aku
Kerna bila Kita menjadi Kita
Kita akan lebih bahagia

Kekurangan Aku, kelebihan Kamu
Kekurangan Kamu, kelebihan Aku
Kita akan jadi kuat
Sama-sama hebat

Justeru Aku akan terus jadi Aku
Kamu harus terus jadi Kamu
Biarpun berbeza
Kita tahu siapa Kita

Jerry (without Tom)

My cubicle is clearly in dying need for a good tidy job (which I really cannot afford now). Not that I am that busy...but actually, I don't know where to start he..he..he...I should have stack away those files and papers properly before that long leave.

I guess I have to start bit by bit...now that the cleaners managed to capture some mice around here (gosh!), I think the sooner I start the better. It is quite an insult to find a mouse trap with fish head hanging inside placed next to my filling cabinet! Hemmm...so far there's no victim yet, I hope not! I think there's less possibility for them to 'camp' within my cubicle since I do not store any tidbit in the drawer though I must admit I did sometimes ate at my place. I just hope that they won't find my stacks of papers inside the drawer too cosy (I am sure it must be chewy too!).

Previously we thought, the building is haunted (after office hour of course!)...there's some spooky stories involving certain floors. It has been quite sometimes that many of us claimed to hear some tiny movement...like someone flipping through some papers...some even heard footsteps...then the secret unfold with the finding of new evidence...tiny bite marks on the cables and pieces of paper...hence, the cleaners decided to use the mouse trap and captured some from the filling cabinet at the back. That is how we solved the mystery. Err...this is only applicable to us here at 7th floor...still can't explain the paranormal phenomena said to be experienced at some selected floors.

I watched the Jurassic Park 3 recently...the raptors are very intelligent...let's just hope that the "Jerries" currently residing within this so-called intelligent building will not possess that same ability. Otherwise, we might need to bring in some "Thomases"...opppssss..(sorry SirapMadu!)

Aku, Kamu & Hidup Kita

Ku baca-baca
Ku kupas-kupas
Aku faham

Ku lihat-lihat
Ku dengar-dengar
Aku simpan

Ku renung-renung
Ku fikir-fikir
Aku senyum

p/s : Hidup harus ditafsir dengan akal dan mata hati

Saturday, October 11, 2008

Tradisi

Hari raya tak meriah rasanya tanpa kehadiran kuih-muih tradisi. Aku sendiri pun hanya mampu menyebut sahaja tanpa mengetahui dengan terperinci cara-cara pembuatannya. Masa Tok masih ada dulu, memang tiap kali menjelang lebaran kami cucu-cucu yang tinggal bersamanya akan dikerah membantunya menyiapkan juadah tersebut. Masa tu boring giler...yelah, time petang orang nak lepak-lepak merehatkan badan...masa tu la dia kat dapur dok melaung nama kita tak henti-henti. Boleh melawan dalam hati ajerlah.

Tok aku pulak jenis yang tak mahu menerima pembaharuan ...ni kalau time tu ada pertandingan yang Gadis Melayu tu err...kena adjust khas untuk orang veteran la pulak...mesti dia menang. Memasak tak main dapur gas, mesti pakai dapur kayu. Aku sure mengelat time kena suruh hidupkan api...aku nanti taruk minyak tanah lebih sikit...ka..ka...ka...

Tapi kan, kalau tak ada yang lama mana mungkin ada yang baru kan...masa sekarang jer la baru terasa betapa berharganya warisan tradisi lama tu dan rasa rugi sangat tak tumpukan perhatian atau membuat sedikit catatan berkenaan kuih-muih yang Tok masak secara tradisi tu. Dulu masa aku pergi Jepun, ingat lagi dalam majlis minum teh hijau tu macamana anak-anak muda Jepun yang moden tu bertimpuh tekun mencatatkan satu persatu proses yang dilalui termasuklah cara-cara sesuatu jambangan digubah serta maksudnya...huh...dasat!

Alhamdulillah mak masih kuat dan masih rajin buat kuih-muih tradisi ni. Kalau tidak tak merasa la. Yang jual tu macam tak cukup syarat jer rasanya so, kalau yang jual punya aku memang tak akan beli terutamanya yang dibuat secara komersil tu. Walaupun tak ada la aku makan sangat pun kuih-muih lama ni, masih ada satu dua yang menjadi favourite.

Misalnya kuih putu kacang ni...ini memang aku suka sangat. Kalau makan tu, tak bleh cakap banyak-banyak...kang tersembur plak...ha..ha..ha...



Selain putu kacang, aku suka gak makan kuih putu beras. Tapi sekarang ada jenis yang taruk inti kacang kat dalam....kalau yang itu aku kurang gemar. Aku suka yang original punya.



Yang ini pun selalunya mak tak lupa buat. Tapi masa aku sampai itu hari, agar-agar kering ni masih dok berjemur kat atas bumbung. Dibuat berdasarkan tempahan ni...ha..ha...ha...



Ini dah masuk kategori wajib ada dah ni. Kuih bakar kacang ni memang antara yang aku paling sering kena buat dulu. Macam-macam acuan ada...tapi Tok paling suka satu jenis acuan daun tu...bukan yang macam ini...hish...dah la adunan dia membukit masa tu, tak sangka boleh habiskan jugak!



Tahun ni mak tak buat bahulu. Yang ini mak sedara aku bagi. Selalu orang biasa buat guna acuan buah cermai. Yang ini pakai acuan cam kuih cara tu...selain tu, ada gak acuan ikan.



Kuih bunga ros a.k.a kuih goyang ni bukan termasuk kategori kuih favourite aku...kot yer pun kalau dah tak der kuih lain, atau dah kemaruk lepas sebulan raya...barulah aku cari kuih ni...:)



Kuih peneram ni mak buat sehari sebelum aku balik semula ke KL. Aku tumpang gak ler menggentel. Actually senang ajer bancuhannya, bahan pun tak banyak. Mak aku tak pakai sukatan...dia main agak-agak jer....tu yang payah nak ikut tu. Oh ya, kuih ni kalau makan panas-panas...hemmm...sedapnyaaaaa!!!



Last but not least, sudah semestinya raja segala kuih-muih tradisi...dodol! Penat tau mengacau dodol ni. Nak-nak kalau dapat kontrak lepas adunan dah mula likat. Kena jaga api, takut hangus dan berketul kat bawah. Kena terus kacau dan kaup balikkan, tak bleh stop. Berjam-jam nak siapkan satu kuali. Huiiii...dah lama tak kena siksa.



Lepas dah tenang-tenang nanti, rasanya nak kena buat catatan jugaklah. Tradisi keluarga kena diteruskan...chewahhhh...semangat la sementara masih dalam bulan Syawal ni lagi, kan....:)

Friday, October 10, 2008

Cuti-cuti@Penang

Alhamdulillah, peluang bercuti kali ini kami manfaatkan dengan progam percutian keluarga ke Pulau Mutiara. Sebab hari sekolah, tak ada siapapun yang ikut. Ingatkan nak pergi kejap ajer, tapi rupanya 3 hari 2 malam tu pun dah singkat jugaklah rasanya...he..he..he..

Macam tahun lepas, kami menginap di apartment kat Paradise Sandy Beach Hotel, Tanjung Bungah. Ianya kemudahan yang disediakan oleh HSBC untuk staffnya. Memang tepi pantai betul hotel ni, tapi aku rasa tak selera nak main air laut tu...rasa semacam jer...



Lagi satu pemandangan dari balkoni. Banyak perahu nelayan dok lalu lalang kat sini. Tak silap aku, banyak yang berlabuh tak jauh dari pantai resort milik TM. Memanglah resort TM ada, tapi kalau nak dibandingkan..aku kena bayar half price gak walaupun staff...so, baik stay kat tempat yang betul-betul perrrr....har..har..her...



Hari pertama tu, kitaorang sampai jam 3 petang, lepas melepak sekejap barulah keluar cari makan. Abang tak berapa minat masakan mamak..hish...rugi-rugi, sanggup pi cari Tesco...ingatkan nak makan kat situ. Tapi last-last tak berkenan jugak. Masa kat Tesco tu aku singgah branch Nasi Kandar Pelita kat tingkat bawah dan beli mee rebus.



Emmm...nyummmyyyy!!! Tapi kalau sesiapa yang tak tahan pedas, tak payah la.

Last-last Abang singgah jugak kat kedai mamak ha..ha...ha...Restoren Khaleel yang tak jauh dari hotel kitaorang. Anak-anak aku pulak memilih untuk makan megi. Nasib baik aku bawak stok!





Hari kedua kami pergi pusing satu pulau...tak pernah buat! Dari Tanjung Bungah kami menghala ke Batu Feringghi. Memula ingat nak survey pantai yang bersih dan cantik sikit. Tapi dah lepas Pantai Miami tu, malaslah pulak nak turun. So, setakat mencuci mata ajer. Dari situ kitaorang terus drive melalui jalan berbelok-belok. Kami singgah kat Taman Rimba.



Yang bestnya air sungai/terjun kat sini nampak jernih dan bersih. Sukalah budak-budak tu main celup-celup kaki.



Jumpa peringatan ini...lain dari yang lain yer...macam berkesan aje, sebab tempat ni nampak bersih. Ataupun sebab kitaorang antara yang awal sampai. Dah lama sikit, baru la penuh ngan rombongan budak sekolah.



Hisham dan Aiman bukan main suka lagi.



Dari Taman Rimba ni, kami meronda lagi sampai Balik Pulau. Singgah sekejap kat Tropical Fruit Farm. Kalau nak membeli buah-buahan tropika ni, memang kat sini lah tempatnya. Tak pastilah murah atau tidak, sebab kitaorang tak berminat nak beli, saja jer singgah nak tahu apa ada kat sini.



Kat sini ada disediakan meja dan kerusi untuk pengunjung duduk dan makan-makan errr...yang lebih tepat lagi ialah minum jus buah-buahan tropika. Jadi, kami pun mencubalah juga.



Yang putih tu jus guava dan yang merah tu jus dragon fruit (buah naga). Sekali dua-duanya sekali disebat dek Aiman. Boleh tahan jugak keinginan mencubanya itu. Hisham tengok ajer, bila disuruh minum, terus menggeleng.

Teruk juga mengelilingi pulau ini sebab jalannya kecil dan berbelok-belok. Lepas ni tobat tak nak cuba dah. Akhirnya kami muncul di Bayan Lepas. Dari situ terus menghala ke Georgetown sebab nak cari jeruk kat Penang Road tu. Aku ingat-ingat lupa tempat tu, paling ingat ia dekat sekitar Komtar. Jadi, kami singgah park kat situ. Tanya dengan local, diaorang cakap depan Mydin. Ala...baru jalan sikit, rasa jauhlah pulak...dengan teriknya. So, kitaorang patah balik ke Komtar. Singgah KFC dulu bagi anak-anak makan. Lepas tu tawakkal jer la drive sendiri cari jalan. Laaa...depan Balai Polis rupanya pasar Chowrasta tu. Jadi beli la sikit jeruk campuran sebagai buah tangan.

Petang tu, sebab kesiankan Hisham, kami pun turun jugaklah ke pantai dekat hotel tu. Aku tengok ada gak foreigner yang mandi. Tak der la buruk benor pantai tu, cuma macam tak best sangat airnya, dengan botol dan sampah bersepah kat pantai. Setakat main air sikit tu bolehlah.



Aiman rupanya takut tengok ombak datang memukul pantai. Siap menangis suruh aku dukung. Last-last aku letak dia kat sini.



Abang temankan Hisham main air, sementara aku temankan Aiman. Kejap ajer kat bawah ni, lepas tu terus naik. Diaorang lebih enjoy mandi dalam bath tub nampaknya.



Banyak juga aktiviti sukan air yang ditawarkan. Budak-budak ni paling suka tengok parachute ni, so aku pun snap la bila dia terbang hampir nak mendarat tu.



Best jugak tengok diaorang tergantung di udara ni. Tak palah, aku tak ingin nak cuba, cukup takat tengok ajer lah. Gayatttt!!!



Nak kena datang lagi ni nampaknya...he...he...he...

Aidilfitri@Perak

Perjalanan pergi dan balik, alhamdulillah sungguh menyelesakan sebab masa pergi ramai yang berpusu-pusu pulang menghala ke KL dan selatan, jadi kami yang menyongsang arus ni kekonon tu hairan jugaklah melihat kesesakan traffic yang luar biasa di jalan bertentangan itu...heh..he..Masa balik pulak, memanglah pun sebab tak de sapa-sapa lagi dah yang bercuti selama kami heh..he...

Kat kampung dah beransur kurangla kemeriahannya sebab ramai yang dah balik. Masa aku sampai pun, kak Anida dah bersiap-siap nak balik. Nasib baik dia tunggu kejap, dapatlah jumpa dan bagi Humaira duit raya...dah besar pun dia!



Kak Aniza dengan anak-anak dia pun tak sempat jumpa jugak sebab diaorang dah balik masa aku sampai. Khairi yang balik seorang diri pun aku tak sempat jumpa. Patutnya dia balik dengan Fikah la, tapi teruk sangat alah si Fikah tu...sampai lembik lesu, tak larat nak ikut serta. Jadi, Khairi balik sekejap sebab nak jumpa mak ayah, lepas tu terus balik la.

Aku pun tak der la beraya sakan...setakat pergi rumah-rumah 'wajib' ajer, kuih raya pun aku tak balun kali ni he..he..setakat merasa gitu-gitu aje. Tapi seronok la balik kampung ni. Mak ayah punya layannnn..he..he...apa taknya, sampai ajer, laksa tengah dok masak...bukan takat laksa, ketam rebus peberet aku pun dah tersedia...sabau ajer lah!

Time sekarang ni, padi tengah tumbuh...air kat bendang pun tengah penuh. Menghijau saujana mata memandang.



Yang best tu banyak betul pokok telipuk dalam parit. Cumanya yang depan rumah aku ni belumlah berbunga lagi. Ingatkan bolehlah snap gambor bunga pujaan aku tu...tapi dapat daun ajer lah nampaknya.



Sebab musabab aku suka bunga telipuk ialah...hemmm...sebab kesian dia tak fofular macam bunga-bunga lain...tapi dia sangat dekat dengan kehidupan aku sebagai anak desa pergh...rasa nak bersajak pulak kalau dilayan perasaan ni..he..he...he...

Sekarang musim mempelam...kat depan rumah tu hari-hari gugur berdebuk-debuk tapi sayangnya mempelam tu selalunya busuk dan tak dapat nak dimakan. Ada sepokok lagi sedang berbunga. Ada harapan....



Bunga-bunga mak pun sedang berbunga jugak...



Meriah jugak eh...keliling rumah ni...hatiku pun turut berbunga-bunga dibuatnya...ha..ha...ha...



Ehhh...kaler pink ngupanya cat rumah aku ni he..he...he...