Selalu kalau orang ajak saya buat pelaburan dalam mana-mana unit amanah saya memang selalu tolak aje. Kalau orang yang saya tak kenal ajak, lagi senang proses penolakannya. Tapi kalau yang mengajak tu orang yang saya kenal, ada sikit susah. Kalau yang ajak tu kawan baik laaaaaggggiiii susah.
Entahlah, saya tak pandai bab-bab melabur ni. Tak pernah fikir pun. Saya memang lemah bab mengembangkan duit ni. Selalu kalau benda-benda melibatkan duit ini, saya serah pada 'akauntan' tetap saya tu aje. Dialah tuan penasihat 25% saya. Saya tahu saya ada duit, saya beli. Tak ada duit, duduk diam-diam. Hutang rumah, hutang kereta...nak buat macamana, tak boleh elak. Tak kisahlah kalau hujung bulan tak tinggal banyak mana, janji semua diperuntukkan dengan sewajarnya.
Cuma bila sampai bab pelaburan itu...saya betul tak berminat. Kalau pun saya nak melabur, saya berminat hendak buka perniagaan. Dapat kedai kecik-kecik pun jadilah. Dapat berniaga goreng pisang pun tak apa. Bercucuk tanam pun okay. Bela kambing pun saya suka.Kalau sungguh hendak kaya, benda-benda macam itulah yang saya teringin hendak buat. Tapi betul saya tak pandai jadi kaya dengan jual beli saham, unit amanah dan sebagainya. Saya just tak reti! Entahlah!
Kalau saya mati...? Itulah orang insuran selalu kata, sediakan perlindungan untuk orang-orang tersayang yang ditinggalkan. Saya sayang. Tapi sayang saya, saya akan serahkan yang tersayang itu dibawah penjagaan Yang Maha Esa.Perlukah saya risau? Nak risau apa? Rezeki mereka sudah dijamin oleh Dia Yang Maha Pemurah. Saya akan berdoa semoga Allah memelihara keluarga dan keturunan saya dengan sebaik-baik perlindungan dengan cara saya berusaha menjaga Allah sedapat mungkin. Setelah melakukan yang demikian, saya akan menyerahkan segala urusan kepadaNya. Tak kuasa saya hendak memikirkan pada sekian umur berapa duit saya akan bertambah sejuta dua.
Tapi bolehkah saya jawab selancar itu dihadapan seorang kawan sebagaimana saya meluahkan di sini? Huhuhu...risaunya saya. Saya takut ada hati yang terusik. Saya takut ada jiwa yang berkecil. Tapi kalau saya asyik berlindung di belakang 'akauntan' saya, dengan alasan dialah yang mengawal segalanya...saya takut orang salah faham pula pada 'akauntan' saya. Mentang-mentanglah dia pendiam dan tak berapa mesra alam, senang aje bagi label king control...hish...bukan salah dia. Ini kehendak saya sendiri. Cuma saya tak pandai berterus-terang.
Insyaallah, seorang kawan tentu boleh memahami...
Friday, July 29, 2011
Thursday, July 28, 2011
Cerita Pot Luck Julai
Kisahnya, dah berlangsung Isnin lalu. Alhamdulillah, berjalan lancar dan mencapai segala objektif...yang pentingnya, semua 'bersih', tiada pembaziran berlaku. Selain daripada bertujuan untuk mengeratkan kerjasama dan persefahaman yang telah sedia ada, Pot Luck kali ini juga bersempena meraikan kedatangan Ramadhan tidak lama lagi.
Kali ini, makan ala breakfast...ha, ye la tu...breakfast kunun...sebenarnya lebih kepada brunch kot! Hehehe...
Terima kasih 'orang kuat' Rosebud yang tak serik-serik mengangkut periuk nasi dan beras basmathi sehingga menghasilkan nasi lemak beraroma yang sungguh menggoda jiwa itu adanya. Juga di atas kebolehan multitasking yang menghasilkan seperiuk nasi dagang juga adanya (klah mu!).
Sambal bilis sumbangan USJ dan rakan sekutunya, Rosmawati.
Ayam goreng berempah sumbangan Cif dan secretarynya...
Juga ada mihun...
Dan kueyteow goreng.
Ini pula sumbangan Lotuslily (air tangan anak bujangnya).
Sambai udang ini pula sumbangan boss kami dan BGA. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing meh...
Rendang daging 'sedap' sumbangan my buddy.
Yang ini, kiriman penuh kasih sayang daripada bonda Telipuk. Licinnnnn...hehehe. Telipuk sendiri tak sentuh. Bukan tak dan, tapi sebab tak makan. Telipuk cuma makan durian dalam keadaan asal je, kalau by products...tak makan! Macam-macam!
Puding roti Adeeb.
Pengat pisang Marinara...pandai jer bubuh nama...ya ampun!
Jangan lupa...karipap eksekutif...dah terkenal dari dulu lagi sampai la ni.
Puding pink campuran roti ni pun sodap...asal lalu je, Telipuk sebat, asal lalu je sebat lagi...tak tahu le banyak mana dah ter'sebat' dengan tidak sengaja...kekekeke...
Kek cheese : 2 jenis ni.
Satu jenis CBU
Satu jenis CKD
Sekali ngap, nak lagi.
Punyalah, Telipuk bercita-cita hendak cuba makan kek durian ini. Nampak macam sedap dan rasa macam boleh makan. Maklumlah, Telipuk lazimnya tak makan by product durian ni...tapi terasa macam teringin pula. Tapi takdirNya, memang tak makan sampai ke sudah. Tengok saja.
Air kopi dan teh tarik sendiri bikin. Hahaha...meletupsss!!!
Sempat juga meraikan rakan-rakan yang kebetulan menyambut hari kelahiran pada bulan Julai ini.
Dalam majlis kali ini, acara bertukar-tukar hadiah turut diadakan.
Semua orang gembira dan seronok.
Senyum seindah suria...yesssss...
Rosebud & BGA sedang beraksi.
Meriah memang meriah. Semua yang ada telah memberikan kerjasama yang baik. Nasib baik cif tak kisah bagi hadiah guna kaedah cabut undi sahaja pasal malas benor nak main o som lagi...nak ajak main ci ku pak yang baru belajar tu pun, tak berapa reti...sifu dia tak ada. So, tak payahlah pening kepala. Cabut undi jer la, senang cerita.
Jumpa lagi di majlis hari raya nanti.

Tuesday, July 26, 2011
Ceramah Perdana - Prof. Kamil
Alhamdulillah, syukur...dapat juga bertemu live dengan penulis Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman ini. Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim datang memenuhi undangan BAKIT untuk menyampaikan ceramah bertajuk Di Ambang Ramadan.

Aku tak kisah pun kalau Prof. Kamil tak sempat masuk topik yang diberi memandangkan lebih teruja hendak mendengar sendiri kisah penghijrahannya. Kenal dia sebab itu, kisah dan pengalamannya berubah daripada tin kosong kepada tin yang berisi, jadi memang menjangkakan yang Prof. Kamil wajib menyentuh kisah perjalanan mengubah sempadan imannya.
Oh ya, kami datang awal. Duduk di barisan hadapan pulak tu. Kawan-kawan hendak bergambar, Aku sukarela ambil. Dan hatiku pun meronta-ronta nak ambil gambar sama...tapi bila Lotuslily beria-ia hendak snap gambar Aku dengan Prof, ceh...Aku pulak malu-malu...eceh...ceh...ceh...tiba bab diri sendiri begitu, malu sangat-sangat(walaupun mahu). Hahaha...tak apalah, bagi can kat kawan-kawan sahajalah.
Gambar tak berapa sharp, Prof. Kamil diapit oleh Rosebud dan Lotuslily. Ada lagi gambar member nih, tapi blur tak jadi...tak de rezeki aaa USJ.

Tak apalah, tak dapat bergambar...Aku beli buku ni.

Dan dapat autograph Prof. Kamil...hihihi...sukaaaa!!!

Kandungan yang disampaikan oleh Prof. Kamil adalah senada dengan apa yang selalu ditekankan oleh Ustaz Muein. Yang membezakan sudah tentu latarbelakang mereka. Ustaz Muein memang sudah dengan latarbelakang yang kira kita tak hairanlah bila dia keluar dengan segala ayat-ayat dakwah...tapi untuk orang macam Prof. Kamil...memang boleh relate laaa...kecuali, Prof ni memanglah 'budak pandai'dari segi akademik, tidak dapat dinafikan.
Seronok dengar kisah dia. Rasa boleh faham. Bayangkan macamana selama 18 tahun dia hidup 'menipu'. Menipu kaum kerabat isteri dan orang kampung, dengan perwatakan 'macam tahu' tapi sebenarnya tak tahu. Bila orang buat majlis bacaan Yasin, seksanya dia nak duduk dan berpura-pura baca kerana Prof. mengaku pada ketika itu, alif, ba, ta pun dia tak kenal. Dia mengalami 'inferiority complex'. Yelah, nama saja Professor...pangkat tinggi, orang pandang hebat, dijulang melangit tapi mengaji pun tak tahu. Asyik sakit perut aje takut orang tolak suruh jadi imam sembahyang. Asyik risau aje kalau orang ajak pergi majlis-majlis tahlil dan bacaan Yasin.
Jangan gelak...begitulah seriusnya keadaan beliau pada satu ketika. Namun itu semua sudah berlalu, dan beliau bertekad, akan menjadi manusia yang lebih baik, hari ke hari. Cerita terperinci boleh baca dalam buku Travelog Haji.

Sepanjang berceramah, Prof. Kamil memberi penekanan kepada banyak perkara yang kita selalu anggap biasa tapi akhirnya boleh jadi 'luarbiasa' kesannya :
1. Kepentingan doa. Minta hanya kepadanya.
2. Sujud syukur. Berapa kali kita sudah bersujud syukur kepadanya sepanjang hidup?
3. Bangun untuk bersolat malam.
4. Menjaga aurat - ajar anak daripada kecil, jaga batas dengan ipar duai & sepupu.
5. Bersembahyang jemaah.Kalau boleh , jangan tinggal langsung.
6. Tetap mengerjakan sembahyang walaupun sakit.
Point nombor 6 itu berkaitan dengan cerita tentang kesabaran dan erti nilai kesabaran itu yang Prof. Kamil kaitkan dengan musibah yang melanda keluarganya dalam satu kejadian banjir di Segamat tidak lama dulu. Dalam kejadian itu, rumah beliau ditenggelami air separas dada menyebabkan kerugian sekitar RM100,000. Ketika mula-mula melihat keadaan rumah dan perabut yang rosak teruk, memanglah terasa sesak dada. Kemudian, beliau mengajak keluarganya menunaikan solat dahulu sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan lalu disusuli dengan doa. Alhamdulillah, sesudah itu hati terasa lapang dan redha. Boleh bergambar senyum ditepi perabut yang berlumuran lumpur, koleksi buku-buku dan kitab yang bernilai ribuan ringgi yang telah musnah...begitulah kuasa Allah. Dilenyapkan perasaan gundah gulana itu. Bila azan berkumandang, mereka pergi bersembahyang berjemaah di masjid. Lalu bila orang sekeliling menegur dan mendoakan agar beliau tetap sabar dengan dugaan itu, beliau bertanya, "Apa sebenarnya nilai sabar itu?". Jawapannya, pada pandangan beliau seperti ini...nilai sabar itu ialah apabila seseorang hamba itu diuji, dia semakin hampir dengan Allah. Padahal dalam kejadian banjir yang sama, ada sebuah pusat penempatan mangsa-mangsa banjir terletak hanya bersebelahan masjid. Namun apabila masuk waktu sembahyang, tak ada seorang pun yang datang ke masjid untuk sembahyang berjemaah.
Seluruh hidup di dunia ini hanyalah ujian semata-mata. Semuanya - anak, isteri, suami, harta, pangkat, musibah, ilmu etc. Musibah adalah ujian yang 'tak seronok', pangkat pula ujian yang 'seronok'. Besar ujian pangkat tu. Maklumlah, bila pangkat makin naik, makin sibuk, makin kerap out station, makin tak cukup masa...sampai tak sempat nak solat berjemaah, sampai lewat solat...sampai akhirnya tertinggal terus.Nampak mainan ujian tu? Betapa ujian itu semakin menjauhkan kita daripada Allah...(contoh).
Sebenarnya memang banyak yang Prof. Kamil cuba sampaikan dalam masa yang singkat...tak cukuplah 2 jam! Tapi tak apa, biar sikit tapi 'melekat' dan ingat. Kang bagi banyak-banyak, berkeciciran pulak jadinya.Itupun syukurlah sebab lepas raya ni, Prof. Kamil dan keluarga akan berhijrah ke Madinah memenuhi tawaran mengajar di universiti di sana. Terima kasih BAKIT atas usaha mendapatkan slot untuk Prof. Kamil ini. (orang kuat...tahniah!). And owh...beg yang digunakan untuk mengisi sedikit cenderahati untuk Prof. itu adalah dari saya tau! Hehehe...

Friday, July 22, 2011
The Sound of 'Guli'
I didn't know that the distancing sound of bouncing 'guli' could mean something else than what I would normally think of.
Though I must admit that at times, I did wonder about the tingling sound, I never seriously consider to really find out what it actually was.
Last week,I found out quite a spooky story behind it.
We were talking right after lunch at my place when Lotuslily asked me to relate the ordeal of my sister to USJ. And that topic was soon expanded when others came to join. Someone told us about the experience that she went through at her old house. And the story of the sound of 'guli' came out.
"I keep hearing the sound of bouncing 'guli'...though my boys never had any 'guli'...her voice went on, but I hardly listen to the rest of the introduction to the 'guli' incident. The sound of bouncing 'guli'...oh, now so clear in my head! I've heard it before!!!
So...what about it? You really want to know, huh? Are you sure? Really, really sure??? Hehehe...don't worry, I don't intend to keep it to myself. Here goes...
Well...I don't know about the truth...but according to some paranormal experts, the sound of bouncing 'guli' suggests that 'the entity' may exist at that place. Not necessarily happen in a known haunted place, could just be anywhere...including your very own home...
No...no...please, no need to get panic. You see, 'they' are everywhere and we can't see them with our eyes. Probably they are living together with us under the very same roof, it's just that you go your own way, and they go their own way. No interaction. No problem. But, no assurance that you may once in a while get some hints that they're actually there...heheheh...spookyyy!!!
Oh yeah...I heard it. Not just the bouncing guli sound. But, the sound of furniture being moved too. At times I just couldn't help complaining to my hubby, "Can't they wait until tomorrow? We need some sleep here!". Opppssss...may be it's not my neighbours doing...well...moving furniture around at wee hours??? (And keep removing it every few other days...you got to be kidding!!!).
Funny, after such discovery, now I hear nothing at all. When I tried to listen the moment I sometimes woke up in the middle of the night...nothing! Not even a drop of pin! Hemmmm...
Perhaps, it's best to just let it go...
Tips : To ensure that your house is clean, you can recite the Surah Al-Baqarah. To me, its best to always recite the Al-Quran, any surah will do. Be consistent. It's not just to get rid of the entity, but it'll do wonders to you and your household...insyaallah. May Allah Guides and Protects us always.

Thursday, July 21, 2011
Strategi Ramadhan
Topik perbincangan dalam kuliah Rabu kali ini ialah Ramadhan. Ustaz kata, dia nak bagitahu awal supaya semua yang hadir dapat buat persiapan awal. Jangan tengah-tengah Ramadhan baru nak tanya macamana nak buru Lailatul Qadar. Sudah terlambat masa tu. Sekarang ini sudah masa 'memanaskan enjin'. Bila mula Ramadhan boleh terus jalan dan menjelang 10 akhir Ramadhan boleh pecut terus. Kalau belum 'mula' tetiba nak memecut, mahu tak semput 'enjin', silap haribulan 'mati' terus. Terkejut segala urat saraf.
Bulan Ramadhan dan Lailatul Qadar adalah tanda sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah. Dia masih memberi peluang, membuka ruang untuk hamba-hambaNya kembali patuh kepadaNya. Disediakan satu malam yang membawa bersamanya bonus pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan. Apakah kalau tanpa bonus itu kita mampu untuk membuat ibadah yang mampu menyamai bilangan seperti itu? Kalau umur 100 tahun pun belum tentu. Kerana sikitnya amalan kita dan belum tentu cukup ikhlas untuk diterima Allah.
Jadi, ayuhlah kita berebut-rebut dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kelebihan pada bulan Ramadhan ini. Lupakanlah iklan-iklan jualan Hari Raya yang semakin melambak itu, cukup-cukuplah dengan aktiviti membeli-belah kita yang sepanjang tahun kita buat. Jangan sibuk dengan langsir rumah atau sibuk dengan baju baru anak-anak. Jadilah hamba yang cerdik. Melaburlah untuk saham akhirat, paling tidak dengan memberikan sepenuh tumpuan kepada pengisian Ramadhan ini.
Saya nak kongsikan di sini perancangan untuk kita mengoptimakan peluang merebut ganjaran istimewa Allah itu :
1. Bertaubat nasuha daripada semua dosa. Dosa adalah penghalang besar daripada rahmat Allah dan menyebabkan manusia malas beribadat.
2. Lupakan dunia seketika. Jangan tonton televisyen sepanjang bulan Ramadhan dan selepasnya kecuali program yang penting dan berfaedah.
3. Kurangkan keluar membeli-belah khususnya ke bazar Ramadhan. Ia banyak membuang masa dan tenaga di samping mengurangkan pahala puasa.
4. Kurangkan makan atau makanlah sama seperti di bulan-bulan lain (jangan terlebih makan).
5. Kurangkan bercakap kecuali perkara yang baik sahaja.
6. Banyakkan masa di masjid atau di tempat ibadah.
7. Pastikan dapat membaca Al-Quran dua atau satu juzuk setiap hari untuk khatam dua kali atau sekurang-kurangnya sekali di bulan Ramadhan.
8. Mulakan tadabbur (penghayatan) Al-Quran di hari pertama Ramadhan dengan mula membaca Al-Quran terjemahan setiap hari satu muka surat serta istiqamah sehingga selepas Ramadhan.
9. Ambil cuti sepuluh akhir Ramadhan untuk i'tikaf di masjid dan memburu Lailatul Qadar.
Semua langkah-langkah ini sebaiknya dilakukan bersama-sama ahli keluarga. Hal ini kerana adalah menjadi hak anak-anak mendapatkan tarbiyah daripada ibubapa. Setiap ibubapa akan dipersoalkan di akhirat kelak adakah mereka mendidik anak-anak mereka untuk mengenal Allah dan menjadi hambaNya yang sebenar atau menjadi hamba nafsu dan dunia?
Firman Allah Taa'la : "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya).." (Al-Tahrim:6).
Insyaallah. Selamat beramal.

Wednesday, July 20, 2011
Aduhai Ashraf Aleesha!
Permohonan Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, untuk menukarkan namanya kepada Aleesha Farhana telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

Ashraf kata :
"Suka atau tidak, saya akan tetap teruskan perjuangan ini(tuntutan pertukaran nama) sampai dah tak ada lagi kaedah perundangan yang boleh saya gunakan. Orang boleh kata apa sahaja, mungkin mereka mengharapkan saya tutup mulut atau mati sahaja, tetapi saya hanya mahukan ketenangan dalam hidup". (Muka depan NST - terjemahan oleh Telipuk)
Sedapnya nama baru yang Ashraf hendak itu ye...
Kalaulah dapat nama tu, apakah Ashraf rasa tenang dalam hidup?
Sedangkan jauh di sudut hati Ashraf, rasanya Telipuk pasti dia tahu perbuatannya itu salah. Bolehkah Ashraf memperolehi ketenangan yang dicari?
Masaalah...masaalah...
Ashraf dilahirkan sebagai lelaki. Walaupun Ashraf sudah menjalani pembedahan, ia tetap tidak mengubah kenyataan. Telipuk risau dan kesian pada Ashraf. Bagaimana Ashraf hendak menunaikan kewajipan dan mengerjakan ibadah sepanjang usia yang bersisa di dunia ini?
1. Kalau sembahyang, Ashraf tak boleh duduk dalam saf perempuan. Ashraf kena sembahyang di saf depan sana sebab Ashraf lelaki.Belum cerita masaalah aurat lagi.
2. Kalau pergi mengerjakan haji, macamana Ashraf hendak pakai ihram? Masaalah hukum lagi.
Itu belum masuk soal pembahagian harta, munakahat, segalanya jadi bercelaru. Ashraf tak fikirkan semua itu ke?

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Telipuk pun tak sesempurna mana untuk mengkritik tindakan Ashraf dan Telipuk bersimpati dengan apa yang sedang dirasai oleh ibu dan bapa Ashraf.
"Turutkan hati, mati...
Turutkan rasa, binasa..."
Kalau kita selalu ikut apa yang kita hendak, padahal ianya berlawanan dengan apa yang Allah tetapkan untuk kita, apakah kita rasa kita masih ada ruang dan peluang untuk berhujah dengan Allah?
Apakah kita hendak kata yang apa yang kita buat itu lebih baik daripada ketetapan Allah?
Apakah kita hendak kata yang Allah salah dalam membuat ketetapannya?
Nauzubillah.

Memburu Keberkatan Rezeki
Sebenarnya Isnin yang lepas, BAKIT dengan kerjasama Tiaranita dan Surau TM ada menganjurkan satu program Ceramah Perdana di Dewan Seminar Aras 50. Penceramah jemputan ialah Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, seorang pensyarah di UIAM dan juga penasihat syariah yang sangat dikenali ramai. (Saya baru perasan yang Ustaz ni tinggi orangnya...). Baru ini dapat saya kongsikan di sini sedikit intipati ceramah beliau dek kehidupan saya yang tak berapa 'terurus' lately...hahahaha...(exaggerate!!!).
Topik yang diketengahkan ialah "Memburu Keberkatan Rezeki". Ia adalah satu topik yang penting kerana rezeki yang berkat itulah yang memastikan kelangsungan hidup kita di akhirat nanti. Kalau keberkatan rezeki itu tiada, memang sukar hendak menjamin kehidupan yang baik di dunia sana, dunia yang kita akan hidup selama-lamanya berbanding sekarang ini yang serba-serbinya sementara dan pinjaman belaka.
Rezeki merujuk kepada segala jenis kemanfaatan yang kita terima/nikmati baik fizikal mahupun spiritual dan ianya tidak terhad kepada wang ringgit, harta benda dan anak pinak semata. Rezeki spiritual ialah rezeki yang kita tak boleh nampak tetapi kita dapat merasakannya. Perasaan cukup, perasaan berlapang dada dan perasaan syukur dengan apa yang kita ada itu juga adalah rezeki.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 277 yang bermaksud, :"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati".
Ternyata memperolehi ketenangan emosi itu adalah satu rezeki yang menakjubkan, sayugialah kita bersyukur.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa sahaja keadaannya pasti baik. Ia tidak pernah dialami oleh sesiapa pun melainkan orang mukmin. Jika dia senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia bersabar dan itu baik untuk dirinya.” – Riwayat Muslim.
Lalu Ustaz mengaitkan rezeki ketenangan emosi ini dengan suasana dalam masyarakat hari ini dengan berkongsi pengalamannya bertemu dengan seribu satu macam masalah rumahtangga. Maklumlah, dengan ilmu yang dia ada, ramai yang suka menelefon. Lelaki ada. Perempuan berlebihanlah. Kalau yang perempuan, Ustaz kata dia hulurkan ke isteri dia...bukan apa, "Perempuan ini kalau kita layan dan cakap baik dengan dia, mulalah dia mudah jatuh hati,". Kebanyakannya telefon nak mengadu hal. Ada isteri yang cukup segala keperluan material...suami kaya, rumah besar, kereta mahal, nak apa-apa semua dapat tetapi suami sekali pun tak pernah lafazkan kata cinta, tak pernah 'mengayat' sampai isteri rasa terasing, rasa tidak dihargai, rasa tidak dikasihi. Sudahnya, jiwanya menjadi kosong dan sepi ketandusan kasih dan sayang. Haa...inilah barangkali berpunca daripada hilangnya keberkatan pada rezeki. Menyebabkan kemewahan harta benda tidak mampu memberi kepuasan kepada pemiliknya.
Cuba tengok perangai lelaki pula. Katakan lelaki yang berumur lingkungan 40-an. Dia suka kereta misalnya. Kata Ustaz, lelaki memang macam tu...dema ni suka sangat dengan 'bentuk-bentuk' yang dahsyat! Amboooiiii...Tapi tak pe, bior le kalau dema suka kereta...suka bola...itu sebenarnya lebih baik daripada dema sukaaaaa...opsss! hehehehe...
Contoh yang kereta tu ye. Katakan si lelaki ni berjaya mendapatkan kereta idamannya. Bila dah ada, letak dalam garaj. Hari-hari tengok, hari-hari belek. Puas tak? Hish, mana puas lagi. Dah ada kereta superpower yang supermahal...tak kan nak biar kumpul habuk, ye dok? Nak le bawa jalan-jalan, tayang-tayang...pergi sana pergi sini...baru puas hati. Eh...dok juge...tak pueh lagi. Konfem!!! Sebab apa, sebab kepuasan yang diperolehi itu bersifat sementara. Maka mulalah memburu kepuasan yang lain pula...
Barangsiapa yang mendapatkan harta dan mengambilnya dalam kedaan qana'ah...hati yang rendah, tunduk diri dan memanfaatkannya dengan mengikut kehendak Allah, maka rezekinya itu akan diberkati. Akan tetapi kalau seseorang itu merasakan segala apa yang dia perolehi itu adalah hasil daripada kehebatan dirinya...
Contoh :
1. Aku jadi CEO ini sebab Aku pandai
2. Aku dapat beli kereta ini sebab perniagaan Aku bagus
3. Aku mampu beli rumah agam kat Beverly Hills tu sebab memang Aku cekap hal-hal pengurusan kewangan dan hartanah ni...
Makanya, kalau itulah yang anda rasakan, akan menjadilah harta benda itu hanya ada pada fizikalnya tetapi tiada keberkatannya. Lalu perumpamaannya seperti makan tetapi tak kenyang-kenyang.
Yang menyebabkan rezeki itu tidak berkat ada banyak sebab. Ada banyak cara. Riba, pecah amanah, tipu resit dan rasuah antaranya. Ada pula yang kata, "Ala...biasalah, kalau dah terlibat dalam bisnis...kalau nak berjaya dalam perniagaan, mana boleh lurus bendul". Hello...itulah dia bisikan syaitan. Yang kita pun terikut-ikut ucap sama sampaikan dah menjadi macam satu kata-kata 'hikmat' pula.
Bagaimana kalau kita lihat manusia yang dikurniakan Allah kekayaan dan harta yang melimpah ruah tetapi dia tetap bebas berbuat maksiat sesuka hati. Sekali bergelumang dosa, sekali bertambah hartanya. Buat dosa lagi, semakin kaya pula. Itulah dia namanya 'istidraj'. Berhati-hatilah. Kerana harta-harta itu semakin lama, semakin menjarakkan kita dengan Allah, menjadikan kita lupa kepada Allah dan Allah pun melupakan kita. Apabila kita lupa akan peringatan-peringatan Allah...dan Allah ambil semua pinjamannya dengan serentak...apa akan jadi pada kita? Ke mana hendak mengadu??? Contoh dekat yang boleh tengok sekarang ialah Hosni Mubarak. Kenang-kenangkan dan ambillah pengajaran.
Keberkatan rezeki itu ada pada ketenangan. Rasa tenang dalam hidup kita adalah berpunca daripada keberkatan rezeki. Allah menawarkan kita ketenangan ini dengan syarat kita patuh dan tunduk hanya kepadaNya. Kita tak akan dapat ketenangan ini kalau kita sentiasa melihat kuasa manusia lebih besar daripada kuasa Allah.
Macam mana tu?
Contoh : Bila kita 'sembah' boss. Kita lebih takut dan turut kata-kata boss berbanding Allah. Misal kata KPI kita ialah menjaga pelanggan. Buat apa sahaja janji pelanggan puas hati. Siap ada elaun 'entertainment' lagi. Pelanggan hendak pergi ke pub, kita ikutkan. Pelanggan hendak perempuan, kita dapatkan. Pelanggan hendak arak, kita belikan. Apa jadi dengan duit gaji yang kita terima bulan-bulan dengan melaksanakan segala tuntutan manusia itu? Tak ada keberkatan di situ. Gaji masuk 10,000 ribu pun rasa macam 1000 jer nilainya.
Apa jadi bila keberkatan hilang?
Bila ada duit lebih, mulalah kepala ingat hendak buat maksiat aje. Bila hendak buat kebajikan pula, rasa liat dan berat sangat. Itulah tandanya rezeki tak berkat.
Rezeki yang berkat, walaupun sedikit kita dapat tetapi keberkatan menjadikan ia banyak dan mencukupi. Walaupun bawa kereta kecil je lagi murah (definitely not a mini copper), tapi alhamdulillah, berpuluh tahun pakai masih elok dan tak ada masalah. Berbanding yang pakai kereta mahal...entah apa gerangannya, enjin mati di tengah jalan. Duit keluar lagi nak bayar towing service, nak bayar upah mekanik bla...bla...bla...
Akhir kalam, dunia ini kalau dikejar memang tak akan pernah dapat. Sebab dunia sentiasa akan berlari. Tetapi kalau kita mengejar akhirat, dunia akan datang tunduk dan mengejar kita...
Wallahualam.

Diva
Susah sebenarnya berurusan dengan orang yang tahap 'diva' ini. Kena jaga tutur kata, lenggok bahasa. Salah cakap, cepat benor tersentap. Lain yang kita kata, lain yang dia tanggap. Sudahnya urusan yang sepatutnya mudah, menjadi payah.
'Diva' selalu merasakan yang dia betul semuanya. Kita salah seluruhnya. Mungkin kerana 'darjat' kita yang tak seberapa. Ditambah pula dengan 'kuasa' yang dia ada. Silap haribulan, kita ini sebelah mata pun dia tak pandang. Seumpamanya melukut di tepian gantang.
Saya setuju dengan pandangan seorang teman.
Katanya, "Kalaulah kita selalu ingat yang kita ini hanya seorang hamba Allah yang lemah dan hina, insyaallah, kita tak akan jadi 'diva' walaupun pangkat kita CEO sekalipun".
Betul...betul...betul...
Hatta Raja sekalipun.
Kalau di dalam hati sentiasa ingat yang kita ini hanyalah seorang hamba, mana mungkin kita akan berlagak seperti tuan pula kerana kita sentiasa sedar dengan insaf, dan dengan rendah hati yang Penguasa langit dan bumi sedang mengawasi segala gerak-geri dan tingkah laku kita.
Mudah-mudahan kita ingat begitu.
Kalau tak ingat juga, elok rasanya bila bawa kereta tu, pergi cari kawasan tanah perkuburan. Berhenti sekejap dan renungkanlah. Betapa ramainya insan yang hebat di bawah sana yang dulu punya segala...akhirnya ke mana mereka? Apa jadi dengan pangkat dan gelaran mereka? Apa jadi dengan wang ringgit dan emas perak mereka? Apa jadi dengan banglo dan kereta mahal mereka?
Tak ada satupun yang memberi manfaat dan dapat menyelamatkan mereka daripada kemurkaan Allah.
Jadi, berbaloikah menjadi 'diva'...???

Thursday, July 14, 2011
Betul atau Salah?
Memang betul pun kita semua berbeza pendapat. Barangkali apa yang kita rasa betul, pada orang lain salah. Dan mungkin juga apa yang orang lain kata betul, bagi kita salah. Tak mungkin semua orang boleh mempunyai pandangan dan fikiran yang sama dengan tepatnya. Setiap daripada kita mempunyai sumber-sumber rujukan yang berbeza, latarbelakang pendidikan yang tak sama dan pengaruh yang pelbagai turut menyumbangkan kepada perbezaan pendapat.
Kita orang Islam mempunyai garis panduan yang sama yang akan mengikat perbezaan kita supaya tetap bergerak menuju matlamat yang sama. Tetapi saya tidak akan melihat kepada aspek itu di sini, kerana sukar untuk menonjolkan isu perbezaan ini bila sudah ada sesuatu yang jelas sebagai pedoman. Saya memang sengaja menimbulkan isu.
Bosan mendengar orang mempertikaikan pandangan kita semata-mata kerana dia tidak boleh bersetuju dengannya. Padahal benda yang dipertikaikan itu ada seribu satu sudut pandangan. Malangnya, si penentang seboleh-boleh memfokus kepada satu aspek sahaja. Jadi, bila kita mengenengahkan suatu pandangan dari sudut yang dia tak suka, dengan cepat dia akan mengatakan yang kita ini jangan terlalu mudah menghukum. Siapa yang menghukum siapa sebenarnya? Cakap tak serupa bikin. Hipokrit!!!
Anda boleh tidak bersetuju dengan saya. Tak mengapa. Saya faham mengapa anda sampai kepada kesimpulan yang begitu. Tak ada masalah. Anda kata betul, pada saya salah. Saya sudah jelaskan mengapa bagi saya ianya salah dan anda juga sudah diberi peluang untuk mempertahankan hujah anda. Tak mengapa. Tapi janganlah pula menyerang peribadi saya kerana mengeluarkan pandangan yang tak serupa dengan anda.
Misal kata, saya tak suka kucing. Anda pula suka kucing. Di situ ada perbezaan. Saya dah bagitahu saya tak suka kucing kerana saya alah dengan bulunya. Anda pula bagitahu anda suka kucing sebab kucing binatang kesayangan Rasulullah. Tapi janganlah pula kerana saya tak suka kucing, anda tuduh saya tak ikut sunah Rasulullah pula. Maka anda tambah lagi dengan mengatakan saya sepatutnya buat itu dan ini serta seribu satu kaedah lagi supaya saya akhirnya menjadi suka pada kucing, sedangkan saya ada kekangan kesihatan di situ (yang anda tak langsung pertimbangkan). Padahal dulu awak kata awak menghormati pandangan dan pilihan orang lain, tiba-tiba anda beria-ia pula mengubah dan memaksa orang lain mengikut selera anda.
Mungkin kita boleh berhenti pada statement, benar, kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah. Saya gembira yang awak pun suka kucing, tetapi kita harus terima yang bulu kucing menjadi masalah bagi saya dan menyebabkan saya tidak boleh membela kucing.
Noktah.
Sama juga seperti saya sukakan keindahan dan kebersihan di kawasan rumah saya. Tetapi anda pula mahukan kebersihan itu pada skala yang lebih besar. Anda hendak bersihkan satu kampung. Kita dua-dua sukakan kebersihan. Tetapi tempat apa saya nak bersihkan, dengan apa saya nak bersihkan, bila saya nak bersihkan...ikut suka hati sayalah. Kenapa pula anda tak puas hati dengan pilihan saya dan hendak saya buat ikut cara anda.
Hemmmmm...
(Contoh sekadar penjelasan, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, dan saya sangat sukakan kucing dan kebersihan...hehehe...)

Wednesday, July 13, 2011
Lakonan Hidup - S.M. Salim
Bukan yang pahit itu semuanya racun...
Dan bukan yang bermadu itu penawar belaka...
Adakalanya yang manis itulah yang meracun dalam diam (kes diabetes)
Manakala yang pahit itu menjadi penawar yang mujarab
Yang manis jangan terus ditelan
Yang pahit jangan terus dibuang
Yang manis kena selalu berwaspada, banyak helahnya
Yang pahit bukan selalu memperdaya, ada pengajarannya
**************************************************************
Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
( 1 )
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
(Ulang 1)

Tuesday, July 12, 2011
Al-Quds : Syarahan Perdana
Buat pertama kalinya, Aku memilih untuk hadir mendengar ceramah bertajuk, "Masa Depan Perjuangan Palestin" oleh Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor. Sebelum ini, bukan kata Aku tak prihatin, tapi lebih kepada Aku 'seriau'. Masa kat kampus dulu, berapa lama nak buang imej yang memburu saban malam bila terkenangkan anak-anak kecil yang menangis dan tumpahan darah di merata-rata itu. Sebab itu Aku cuma berani memerhati dari jauh. Tetapi hari ini, kebetulan sampai pun tepat pada masanya, Aku beranikan diri hadir.
Hadirin didedahkan dengan banyak fakta-fakta yang menarik perihal latarbelakang Al-Quds dan kesucian Masjid Al-Aqsa, kiblat umat Islam yang pertama yang kini terlepas daripada genggaman.
Kami diperkenalkan dengan kisah Hejaz Railway. Jalan keretapi yang menghubungkan antara Damascus (Damsyik di Syria) dengan Madinah. Hejaz Railway ini menjadi lambang kesepaduan ummah. Pada zaman kegemilangannya, ia menjadi alat pengangkutan yang turut digunakan untuk memudahkan perjalanan jemaah haji. Jemaah haji dulu bukan sekadar mengunjungi Mekah dan Madinah, tetapi mereka juga berpeluang mengunjungi kota suci ketiga umat Islam iaitu Bait-ul Muqaddas dengan berhenti di perhentian Amman (Jordan) yang tidak jauh dari situ. Malangnya, kesepaduan ummah yang dicorakkan oleh Islam dengan satu sistem pemerintahan khilafah yang diterajui oleh kerajaan Uthmaniyyah telah runtuh oleh campurtangan kuasa-kuasa barat yang membawa kepada pepecahan umat Islam sehinggalah ke hari ini.
Bercakap tentang ummah, kita harus fahami bahawa konsep ini hanya ada dalam Islam. Ia adalah satu konsep yang mengikat (binding) yang didokong oleh tauhid dan akidah. Konsep ini tidak mungkin dapat dipisahkan oleh sempadan politik antarabangsa. Juga tidak boleh dipisahkan oleh perbezaan warna kulit dan bangsa. Umat Islam adalah satu. Satu Ummah. Apabila bermulanya era penjajahan oleh kuasa-kuasa barat maka mereka telah membahagi-bahagikan kesatuan ummah ini kepada banyak bahagian. Apa asasnya pembahagian seperti itu? Jika anda merujuk kepada peta negara-negara benua Afrika misalnya, anda akan menemukan pembahagian garis sempadan yang pelik seolah-olahnya dipisahkan oleh pembaris dan pensil.
Negara-negara yang terpisah ini kemudiannya ditadbir mengikut pengaruh si penjajah. Ikatan satu ummah itupun menjadi semakin longgar, sebaliknya yang ditekankan ialah semangat kebangsaan. Bangsa itu diagungkan dulu, manakala Islamnya penghabisan sekali baru disebut.
Mengimbas kembali kedatangan Islam ke Nusantara yang mempunyai lebih 250 suku bangsa, ternyata suku bangsa Melayu telah diberi kelebihan dengan bahasanya diangkat menjadi lingua franca. Bahasa Melayu yang mudah dan ringkas itu telah diperkasakan menjadi bahasa serantau dan diperkasakan dengan lebih 2,500 perkataan Arab. (Soalan cepu emas : kalau pandai, cuba tukarkan perkataan 'sabar' (yg dipinjam daripada Bahasa Arab) dengan satu perkataan Bahasa Melayu...boleh?). Suku-suku yang banyak itupun telah disatukan dengan Islam dan diangkat menjadi Rumpun Melayu. Dengan apakah penyatuan itu dilakukan sedangkan dulunya mereka berpecah-belah? Jawapannya, Islam dan konsep kesatuan ummahnya.
Namun kini, semuanya sudah jauh berubah. Bermula dengan Perang Dunia Pertama (1914-1918) yang menyaksikan kejatuhan pemerintahan khilafah Uthmaniyyah. Negara-negara barat dengan senang hatinya masuk dan membahagi-bahagikan tanah jajahan mereka.Kesatuan ummah itupun semakin dikikis. Apakah pula implikasinya perjuangan Palestine kepada kesatuan ummah? Ketahuilah bahawa, punca kelemahan umat Islam ialah apabila kita gagal mempertahankan Al-Quds.Gagal kerana kita bukan lagi satu ummah. Kita risau hal masing-masing. Kita menjadi berpuak-puak dan berbangsa-bangsa. Sedangkan konsep ummatan wasatan hanya boleh ditegakkan dengan adanya iman dan taqwa.
Amatlah malang kerana 1.6 bilion umat Islam tidak mampu mempertahankan bumi Palestine yang setompok itu.
Kenapa?
Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati".
Ya, kerana kita semua sudah ditimpa penyakit Al-Wahan.
Bayangkan bagaimana Rasulullah dan para sahabat berjuang menyebarkan Islam. Jumlah tentera Islam berbanding dengan tentera kufur seringkali dalam jurang yang jauh berbeza. Betapa sedikitnya tentera Islam yang cuma berjumlah 313 orang ketika menentang Musyrikin Mekah yang mencecah 1,000 bilangannya dalam Perang Badar. Dalam peperangan Ahzab, tentera musuh 10,000 orang sedangkan tentera Islam hanya 3,000 orang.Dalam peperangan Mu’tah, tentera musuh 200,000 orang sedangkan tentera Islam hanya 3,000 orang.Tetapi tentera Islam tetap menang. Mengapa begitu? Kerana mereka begitu yakin dengan pertolongan Allah. Mereka masuk ke medan pertempuran dengan mod hendak menang. Mereka memburu syahid dan ganjaran Allah lantas tidak takut dengan kematian.
Betapalah berbezanya kita. Kita terlalu takut dengan kematian kerana kita tidak redha hendak meninggalkan kesenangan dunia yang sementara ini. Kerana itulah kita lihat jumlah umat Islam pada hari ini bukan sedikit tetapi kita diuji dengan kekalahan kerana tidak kembali bersatu di bawah payung Islam. Contohnya jumlah yahudi di Palestin hanya beberapa juta sedangkan umat Islam di negara arab sekelilingnya berjumlah ratusan juta tetapi yahudi boleh terus mengganas kerana umat Islam tidak bersatu memerangi mereka. Kita belum jumpa virus untuk melawan penyakit Al-Wahan itu.
Juga kisah-kisah disebalik perjuangan tokoh-tokoh penentang penjajahan dahulu, apabila disingkap membuka minda untuk kembali memikirkan apakah benar begitu jalan cerita yang tertulis dalam buku sejarah kita. Benarkah Tok Janggut itu diperangi kerana dia menentang undang-undang percukaian ataukah kerana sebab-sebab lain yang penjajah enggan dedahkan? Yelah, tak kanlah pasal cukai je memberontak. Ataukah kerana peranannya cuba menggagalkan cubaan penjajah menyekat gelombang kebangkitan pejuang Islam di seluruh nusantara pada masa itu untuk membantu perjuangan saudara Islam di Asia Barat yang berdepan dengan tipu helah penjajah. Begitu juga dengan sejarah-sejarah yang lain seperti kisah Datuk Siamang Gagap iaitu gelaran pembesar Negeri Sembilan yang sanggup meninggalkan kesenangan untuk bangkit menentang British dan peristiwa pemberontakan Dahagi di Singapura.
Apa yang kita tahu? Terasa benaknye kepala otak ini sebab sudah lama dihadapkan dengan kisah-kisah sejarah ala dongengan. Yang segar di kepala ialah kisah Hang Tuah. Kisah Puteri Gunung Ledang. Bagaimana dengan kisah-kisah lain yang sepatutnya kita tahu? Belum tentu yang dipelajari selama ini betul...siapa tahu faktanya sudah ditukar sebegitu rupa menjadi apa yang kita warisi kini. Misalnya, kenapa lebih 50 tahun merdeka tidak ramai mana bangsa lain yang memeluk Islam? Kerana apa? Kerana sudah dicanang-canangkan yang Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam padahal Islam itu milik semua. Islam turun untuk semua. Kerana itu kesepaduan ummah tidak dapat dicapai.
Hemmmm...sangat menarik! Sampai tak mampu lagi Aku berterusan membuat catatan kerana leka mendengar huraian demi huraian tentang peristiwa-peristiwa yang membawa kepada perpecahan umat Islam dan objektif yang ingin dicapai oleh si pemecah-belah itu. Apapun kami ditinggalkan dengan dua hadis ini yang mana Allah sesungguhnya telah menjanjikan kemenangan kepada umat Islam setelah kita semua mampu bangkit dan bersatu-padu semula, insyaallah.
Dari Abi Hurairah ra. bahawa Nabi SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi, “Wahai muslim, inilah Yahudi di
belakangku, bunuhlah!”
(HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami’ Ash- Shaghir no. 7414)
“Tidak akan terjadi hari kiamat, hingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, “Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon Yahudi.”
(HR Muslim dalam Shahih Jami’ Ash-shaghir no. 7427)

Drama Penantian
Penantian itu suatu penyeksaan. Memang benar. Kerja-kerja menanti ini sudah bermula semenjak dua menjak ini. Sebenarnya kita pun sepanjang masa menanti, contoh, menanti hari kita kembali kepadaNya. Tetapi kita tak terasa yang kita ini dalam penantian (ataukah kita sengaja pura-pura buat tak tahu) kerana kita sentiasa disibukkan dengan seribu satu perkara. Jadi, kita tak apa menanti. Kalau boleh tangguh lagi baik, kot?
Berbalik kisah penantian itu, Isnin tadi Aku menemankan ayah buat pemeriksaan kesihatan di tingkat 17 TH Perdana. Alhamdulillah, walaupun dua jam jugaklah menunggu selesai tetapi tak terasa sangat sebab penerangan jelas dan tahu hendak jangka apa. Cuma bila selesai pemeriksaan itu, keputusan yang diterima tidak seindah impian. Impian Aku, harap-harap dapat selesaikan semuanya pada masa itu. Mungkin belum masanya. Kata pegawai yang memeriksa, bacaan ECG bapa Aku tidak begitu memuaskan, jadi dia belum dapat beri lampu hijau. Mungkin tak ada masalah. Mungkin ada sikit masalah. Apapun, dia merujukkan ayah ke HKL untuk mendapatkan pandangan pakar di sana pula. Kalau tak ada masalah, doktor akan beri kebenaran layak untuk mengerjakan ibadah haji dan bolehlah Aku teruskan dengan mendapatkan suntikan vaksin pula.
Maka bermulalah penantian Aku pagi ini. Pagi-pagi sebelum jam 8 buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke bahagian pesakit luar HKL. Tercangak-cangak dua beranak ini macam rusa masuk kampung. Orang ramai sudah memenuhi ruang-ruang yang ada. Dan Aku, dengan bersenjatakan maklumat-maklumat yang diperolehi melalui internet pun menjalankan misi mencari hala tuju dan arah menyempurnakan penantian semalam.
Mula-mula tu tersalah masuk ke bahagian lain. Tak ada sesiapa untuk ditanyakan. Dan orang ramai memandang semacam...perghhh...cepat-cepat Aku blah dan dengan 'macho'nya meredah sesuka hati Aku (konon-konon tahu)...ceh...berat mulut betul Telipuk ni! Nasib baik terjumpa tempat yang betul. Dan membuka mulut bertanya untuk memastikan. Ikutkan hati hendak terus tuju klinik pakar tetapi fikir eloklah bertanya dulu. Kata yang bertugas di kaunter, ye betul kena melalui saluran ini dulu. Jadi, berbarislah ambil nombor. Walaupun ayah dalam kategori warga emas, tapi masak jugalah sementara tengok nombor naik.
Bila nombor naik...jeng...jeng...(ingatkan , bestnya boleh jumpa doktor dah...)...dapat nombor bilik untuk jumpa doktor dan kena tunggu lagi. Tak apalah, alang-alang sudah di sini, sabar ajelah. Melilau mata Aku tengok orang lalu lalang. Ada yang berbalut di kaki, ada yang berbalut di tangan, ada yang berjalan terhencut-hencut, ada yang tertinjau-tinjau...macam-macam ada. Puas menunggu, nama ayah dipanggil. Bila jumpa doktor, doktor tu pun macam pelik...eh...ini untuk specialist ni, katanya. Aku pun buat muka semanis madu..."Saya dah tanya tadi, tapi kaunter cakap memang kena datang sini". Nasib baik la doktor tu baik, "Tak apalah, saya isikan yang ini dulu (merujuk kepada beberapa maklumat kesihatan). Lepas ni Pak Cik buat ECG...bilik 20 sana...lepas tu datang balik bagi saya tengok". Okaylah, sekurang-kurangnya penerangan jelas dan tahulah lepas ni nak buat apa.
Sampai kat bilik 20, tak ada siapa-siapa pun diluar. Aku pun redah je masuk. Mamat kat dalam tu buat muka terperanjat (atau bengang). Cepat-cepat Aku cakap, "Doktor sana suruh di sini datang sini..." hehehe...ayat tak original tu. Mamat tu kata, "Tunggu dulu, nanti saya panggil. Ini ada ramai patient lagi ni". Macamlah Aku ni tak penyabar, pentingkan diri sendiri. Dah Aku tak tahu nak tanya kepada siapa...kalau kat luar cakap ada nombor giliran ke...sure Aku tunggu je tadi tu.
Jadi, menunggulah lagi. Kesian ayah Aku...Aku risau dia yang tak sabar.Bila dah buat ECG, kami kembali berjumpa doktor tadi. Doktor kata (setelah) menulis sesuatu dan mengemas kini rekod, "Pak Cik pergi jumpa pakar ye. Kat tingkat 2 ni...kat hujung sebelah kiri".
Anak Pak Cik pun menyampuk, "Kat sana saya nak jumpa siapa? ". Kepala Aku terbayang bilik-bilik doktor pakar dan jenis kepakaran mereka. Doktor yang ramah dengan senyuman itu berkata, "Tak apa, pergi aje...nanti mereka uruskan".
Sampai kat sana (setelah singgah di kaunter pertanyaan untuk bertanyakan arah), umang aiii...ramainya manusia. Mula-mula masuk, dengan ringan mulutnya bertanya, oppsss...salah kaunter...nun kena pi kat kaunter temujanji. Dalam hati Aku, "Eh! Aku bukan nak buat temujanji, Aku nak jumpa doktor pakar...". Tapi tak pe, jiwa seorang Libra yang membenci konflik memaksa Aku akur dan mengikut sahaja arahan yang diberikan.
Di situlah penantian yang paaaaaalllliiinnngggg lama dan menyeksakan. Huh...2 jam beb! Dah lah nombor yang diberi tu, siri dia tak satu pun tertera di skrin. Hadooiii...mulalah cuak Aku. Diaorang ni silap bagi nombor, kah? Nak tanya, tapi air muka tu buat Aku tak berani je. Kang dapat balasan, "Ramai lagi orang yang nak jumpa doktor, orang lain pun menunggu jugak...ikut je lah giliran tu". Nanti sure Aku kecik hati mendengarnya, kan? So, bertahan ajelah. Sambil menunggu, sambil memanjatkan doa memohon agar dipermudahkan urusan . Dan minta dipertingkatkan kesabaran.
Akhirnya. Nombor bertuah itu dipanggil. Dengan cerianya Aku menerpa ke kaunter.
"Pak Cik, nanti datang jumpa doktor tarikh sekian, sekian." Erkkk...dapat appointment aje ker? Warkhhh...rasa nak hantuk kepala dekat dinding jer rasanya.
Sabor, Telipuk...sabor... Istighfar. Istighfar. Tarik nafas. Hembus. Tarik satu kali lagi. Hembus. Now, say something...
"Errr...tak kanlah lama sangat dik, minggu depan dah nak buat serahan passport nih..."
Kata cik adik itu, "Ala...sempat. Biasanya memang macam tu."
"Okeyyy....errr...nanti saya datang terus jumpa doktor ke, nak buat apa lagi?"
Cik adik kata, "Lepas ni akak bawa ayah akak pergi makmal ambil darah...lepas tu boleh balik. Nanti datang balik ikut appointment tu...pergi kat kaunter 31".
Tak nak fikirlah pasal kena datang balik. Nanti Aku nak tanya orang TH sana, adakah memang kalau dah di refer ke HKL kena buat kat sini jugak ke? Mesti hospital kerajaan saja ke? Atau Aku boleh pergi ke tempat lain?
Masa nak pergi makmal darah tu, boleh pi balik, pi balik tak jumpa...hahaha...nasib baiklah penantian kat situ cuma dalam 5-7 minit je.
Hemmmm...itu baru penantian di dunia. Dari satu kaunter ke satu kaunter. Rasa tak sabar.
Kalau dekat sana, sementara hendak dapat buku dan berapa lama berdiri bermandikan peluh. Nak tunggu hisab lagi. Nak tunggu orang yang kita pernah aniaya datang menuntut haknya...boleh fikir tak betapalah seksanya itu...
Semoga dipermudahkan urusan yang menanti di hadapan sana.
Amin.

Monday, July 11, 2011
Belum Cukup Bersih
Saya tak kata apa-apa pun. Entah apalah yang membuatkan dia berfikir begitu. Begitulah saya, memang tidak suka mencipta kontroversi.
"Saya gembira awak suka BERSIH" katanya bersungguh.
Sebelum itu, ayat terakhir saya ialah, " Tak payah minta restu pun, memang sudah BERSIH". Sebagai menjawab pertanyaannya, "Balik kampung minta restu untuk BERSIH ke?" apabila mengetahui saya balik kampung baru-baru ini.
Apa-apalah...
Saya suka BERSIH ke?
Saya suka kalau tak ada ahli-ahli politik yang mengambil kesempatan. Saya suka kalau BERSIH berdiri di atas kaki sendiri dan tidak dikaitkan dengan siapa-siapa. Tapi mustahillah, kerana mereka perlukan suara. Perlukan sokongan untuk menjayakan misi yang besar.
Kemunculan BERSIH pada saya adalah sesuatu yang 'normal' untuk sebuah negara yang semakin matang. Ia menunjukkan rakyat kini semakin gemar berfikir dan mereka berani untuk meluahkannya. Cumanya, perkara-perkara seperti ini perlu ditangani dengan baik dan berhemah. Sebagai rakyat biasa, apabila sesuatu itu semakin digembar-gembur dan amaran demi amaran dikeluarkan saya terfikir...kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Mujurlah pergerakan saya hujung minggu lalu adalah menghala keluar ke selatan, bayangkan kalau sayalah orangnya yang terpaksa beratur panjang untuk memasuki Kuala Lumpur pada masa dan ketika itu...duhhh...tak sanggup mengenangkannya.
Ianya menyusahkan!
Dan menyedihkan juga.
Entah kenapa...
Bersihkan hati dan fikiran sendiri dululah rasanya...;)

MPS Song
Decided to leave the FB - MSS Group.I don't belong here. My encounter with MSS was so brief I couldn't recall my first day there. I think I was there no longer than 3 days, after which my parent agreed to transfer me to the nearer school (from my house) which was SMRLNR.
I am okay to be included in the MPS Group because I was there all the way. Perhaps my MSS friends just took the list from MPS, hence, why they added me in. Thanks guys for your kind thought but I really did not continue my secondary school at MSS. So, no offense, yah...
Here's the school anthem which both schools shared, only the name MPS/MSS need to be changed accordingly.
Methodist Primary School - School Anthem
Resting in a peaceful valley
Amidst broad fields of rice
On the banks of Sungai Kerian
Where three states arise
Lift the chorus ever onwards
Strive to win success
Hail to thee O Parit Buntar
Hail to MPS
Hemmmm...down the memory lane again...(sigh...)

Friday, July 08, 2011
Cerita Makan
Aku bab makan ni simple je sebenarnya. Memang tak perlu berenyah dengan resepi yang bukan-bukan. Percaya atau tidak, makanan seharian Aku semenjak kecil dulu, sampai zaman sekolah menengah, cuma nasi + telur goreng + kicap. Memang ayam-ayam betina kat rumah Aku tu cukup anti dengan Aku. Pasal Aku akan selongkar semua 'port' diaorang untuk mendapatkan bekalan telur Aku. Masa tu Aku yakin, diaorang sikit pun tak mengamalkan pepatah, "bertelur sebiji, riuh sekampung" pasal semua senyap sunyi je takut Aku datang rampas. Tahulah ayam kampung, mana-mana tempat pun dia belasah...celah bumbung, atas para, dalam almari, atas bumbung almari, dalam gudang padi...hemmm...masa tu macam main 'treasure hunt' la pulak. Itu kisah telur ayam (telur itik Aku tak makan kecuali yang dibuat telur asin).
Masuk bab kicap pulak. Aku memang hantu kicap. Makan nasi mesti ada kicap. Bukan setakat nasi, megi mee pun Aku letak kicap. Laksa jangan cerita la. Laksa kicap! (Kalau kat rumahlah, kalau kat luar...Aku control!). Masa dulu, jenama pilihan Aku ialah Kicap Cap Tiga Ayam. Lama jugak la makan kicap tu, sesekali terbeli kicap Tamin, tapi tak kena dengan tekak Aku. Bila muncul Habhal dengan kicap jenama Kipas Udang, perghhh...terus tak berpaling guna Habhal. Sedap sangat. Kicap lemak manis lah katakan. Bila kahwin, dapat pula suami yang pun sama tak boleh tak makan nasi kalau tak ada kicap. Geng la...terus beli hok botol besar tu. Tapi bila ada kaki ni, time shopping memang gila je kitaorang beli aneka jenis kicap untuk cuba...kicap Eliza, Mahkota,Sahira, macam-macam jenama...tapi tak ada satu pun yang boleh lawan kicap Jalen warna oren (lemak manis tu)...akhirnya selepas eksperimen itu, kami sekeluarga kini hanya menggunakan jenama Jalen. Boleh buat case study nih...heheheh.
Tapi ye betul, Aku makan simple je...tak payah buat kari, tak payah buat masak lemak...rebus pun cukup. Ini feveret Aku sejak kecil , sampai tua macam ni...
Ketam bunga yang sekadar direbus.

Ketam ni Aku makan dengan nasi kicap je. Tapi Mak Aku selalu sediakan ayaq asam untuk cicah. Hemmm...memandangkan Aku automatik pandai makan ayaq asam kalau menghadiri kenduri kat kampung tu, makanya tak susah le untuk makan ayaq asam dengan ketam rebus.
Owh...sangat sedappp!!!

Baru-baru ini Mak buat bubur yang dah lama Aku teringin nak makan.

Mak kata ini wadai kepeng...err..ye ke? Entah tak tahu, Aku pernah makan ini masa kecil. Sedap masa mengunyah tu liat-liat 'texture'nya, yelah, tepung pulut! Dulu masa tok ada, Aku suka juga tolong gunting doh tepung untuk buat bubur chacha...tapi tak berwarnalah.
Apasal Aku cakap pasal makanan pagi-pagi ni...;P

Thursday, July 07, 2011
Jan-Tina
Bangun sahur berdua dengan che' abang pagi tadi membawa kami kepada satu penemuan yang mengejutkan. Tragis pun ye, kelakar pun ye juga.
Remember our pet rabbit, Tabu??? Hah...pasal arnablah ni. Tabu adalah arnab ketiga kami sesudah Cumi dan Chiki. Belajar daripada pengalaman, kami memilih Tabu yang bersaiz agak besar berbanding yang sebelumnya, dengan harapan dia akan lebih mudah dijaga dan insyaallah, lebih panjang hayatnya. Alhamdulillah, setakat ini tak pernah sakit, malahan semakin besar dan gemoks!
Lepas cuti sekolah lalu, kami belikan Tabu seekor lagi arnab untuk dijadikan pasangannya. Kesianlah, kan...dah lama membujang. Mak kata, dah lama menduda. Arnab baru ini kami beli di kedai pet di Sentul sahaja. Memang mencari yang betina. Kata tuan kedai, inilah arnab betina. Kami ikut ajelah, tak reti Aku hal arnab. Kalau kucing Aku tahulah beza. Lagipun nak pegang pun macam tak best aje...tengok okaylah, comel. Tapi budak-budak dan bapak budak suka. Mak budak jadi tukang bersihkan sangkar sajalah. ;)
Bila arnab baru itu datang, wah...bukan main hepi si Tabu. Perangai jakun dia tu tak payah ceritalah. Memalukan sahaja. Aiman kata, "Ibu, kenapa Tabu selalu buat Cici?".
Ibu : "Mereka bergurau tu, macam Aiman lawan taekwondo dengan abang Hisham".
Tapi, kan...pagi ni che' Abang keluarkan Tabu nak main-main dengan dia. Lepas tu che' Abang bersihkan Tabu dan potong kuku Tabu yang dua hari lepas telah mencalarkan lengan che' Abang. Tiba giliran Cici, Abang tiba-tiba membelek 'ekstra'...dan kemudiannya tergesa-gesa mencari Aku yang sedang berkira-kira hendak mandi.
"Eh...mummy, cuba tengok ni..." mengunjukkan Cici yang dipegang dengan dua tangannya.
"Awak nampak ini tak? Dan...cuba lihat yang ini".
Hemmm...alamak, Aku ala-ala terkonpius. "Errr...yang ini macam kucing jer, er...kucing jantan ek...".
"Haaaa...eh...si Cici ni rabbit jantan la!"
Sudah!!! Alamak !!! Dah berlaku a terrible mistake here! Kesiannya, Tabu dan Cici dah jadi mangsa keadaan. Yang membela tak berapa arif. Yang menjual tu pun berlagak konfiden. Yang trauma??? Haiyoooo!!!
Dan pagi itu pun suasana menjadi riuh dan kecoh.
Ibu : Hisham, Aiman...ibu dah tukarkan nama Cici. Sekarang panggil dia Taro.
Aiman : Tapi dia girl ke boy?
Ibu : Dia bukan girl, tapi dia boy rupanya.
Aiman : Ala...tapi saya nak rabbit yang girl.
Hisham : Kenapa jadi boy pulak ibu?
Ibu : Kita silaplah. Sekarang nama dia Taro. Dia boy.
Hisham : Boleh beli rabbit girl yang baru ke ibu?
Ibu : Ha'ah...(dalam hati, aisey...kena tambah keluasan sangkar nih)
Begitulah alkisah tragedi pagi ini. Walaupun yang buat silap tu manusia, tapi binatang tu pun memaparkan gambaran yang seolah-olah membenarkan kesilapan itu berlaku. Itulah sebab pun namanya binatang. Nasib baik tergerak nak cek, kalau tak...berterusanlah kemungkaran itu...hadoooiiii....
Wednesday, July 06, 2011
Terliur
Alamak...dema tengah makan aiskrim tu. Macam sedap aje. Tap...tap...tap...huaaaa...rasa nak meleleh ayaq lioq la pulak!
Tiba-tiba McDa keluar menayang aiskrim Nestle Drumstik perisa coklat...(pergh...dari kejauhan dah tahu perisa apa)...sempat Aku berseloroh sekadar boleh sampai ke telinga Big Boss..."amboi, sedapnya aiskrim!"...untung-untung orang pelawa join , kan?
Tapi sapa pun tak ajak masuk...cihhh...hampehhhh!!!
Tak pe, tak pe...tunggu giliran la noooo...
Aktiviti "huddle-cuddle" yang pertama rentetan inisiatif EEI kami tahun ini ialah makan aiskrim bersama-sama sambil berborak santai dengan Big Boss. Setiap sesi cuma 5 orang sahaja. Giliran Aku belum sampai lagi. Tak tahulah bila. Tapi, kan...kalau dapat Haagen Daaz ke...eheksss...llllaaaaggggiiii best!

Bercakap Dengan Jin
Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam ketika Ustaz Hassan dan anaknya sampai. Semua barang-barang yang diminta Ustaz telah kami sediakan. Satu jag air yang sudah dibacakan surah Yassin, air kolah (kolam) masjid, air mineral dalam botol, limau nipis dan limau purut. Ia adalah suasana yang bukan pertama kali pernah Aku lalui. Cuma inilah pertama kali kami mencuba terapi Al-Quran ini. Apabila kami mengunjungi pejabat Darul Hikmah petang sesudah menjemput anak buah yang terkena gangguan makhluk halus di tempat kerjanya, pejabat itu sudah tutup. Maklumlah sudah pukul 6 lebih pun. Jadi, kami mencuba beberapa nombor telefon yang ada untuk mencuba nasib bertanyakan lebih lanjut akan perkhidmatan yang ditawarkan. Mujurlah panggilan terakhir kami bersambut.
"Saya ada buat rawatan malam ini di Tanah Kebun. Ada orang kena histeria" kata Ustaz menjelaskan jadualnya malam itu.
"Tengoklah macam mana, kalau saya siap awal, insyaallah...saya datang". Ada harapan. Kami benar-benar berharap.
Tidak sampai sejam sesudah itu, kami dapat berita baik.
"Insyaallah, lewat pun saya akan datang juga malam ini".
Alhamdulillah...lega rasanya. Entahlah, tak sabar rasanya hendak mengakhiri semuanya. Tak tahu apa kesudahannya. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah urusan ini.
Apabila Ustaz sampai, dia pun memperkenalkan kami kepada kaedah rawatan menggunakan al-Quran. Pernah dengar tentang ayat-ayat rukyah? Haaa...yang itulah.
Dua helai sejadah dihamparkan di tengah rumah. Kami yang memerhati, berkeliling di tepi. Kakak duduk di atas sejadah pertama dan anak buah mengambil tempat disebelahnya. Mereka duduk melunjurkan kaki.
Anak buah Aku baru sehari dua terkena gangguan. Pada hari tersebut, dia di tempat kerja. Katanya, dia ke belakang untuk membuang sampah bersendirian. Dalam keadaan sunyi begitu, tiba-tiba dia terdengar suara memanggil namanya berulang kali tetapi tidak melihat sesiapa pun di situ. Geram kerana menyangka ada yang cuba mengusiknya, dia menyergah sesedap rasa, "Oiii...kalau berani keluarlah!".
Sekonyong-konyong yang memanggil itu pun menjelmakan diri di depan mata. Sesusuk tubuh tanpa kepala.
Anak buah Aku yang terkejut terus menjerit dan meracau. Walaupun pada hari kejadian, ada bomoh dipanggil untuk membantu dan dia nampak pulih, keesokannya apabila dia ke tempat kerja, gangguan itu berulang.
Kakak Aku pula, kisahnya lebih berwarna-warni. Selepas SPM, dia bekerja di sebuah kilang di kawasan Perindustrian PB. Dalam satu kejadian di mana sebuah kilang bahan kimia bocor dan mengeluarkan gas, ramai pekerja-pekerja di kilang-kilang bersebelahan telah terhidu gas beracun tersebut. Kakak Aku dijumpai tidak sedarkan diri dalam tandas. Bermulalah episod mistik dalam kehidupannya. Oleh kerana tubuhnya yang lemah, dia telah menjadi sasaran mudah makhluk-makhluk halus singgah. Walaupun banyak kali berubat, tak pernah pulih sepenuhnya. Dan sempatlah Aku mengikuti beberapa sesi rawatan daripada pure bomoh yang menjampi serapah sampailah kepada yang menggunakan ayat al-Quran tetapi masih ada ritual yang Aku tak berapa faham. Kakak masih menjalani rutin hariannya macam biasa cuma deria keenammya jadi terlebih pula sebab boleh nampak macam-macam 'makhluk' pula sesudah itu. Dan oleh kerana tak ada peristiwa-peristiwa kritikal lagi, kami semua pun menerima seadanya.
Bagaimanapun semenjak kakak Aku mula berjinak-jinak berniaga makanan kecil-kecilan di hadapan rumah, dia kembali didatangi benda-benda mistik. Asal hendak buka gerai aje, kaki bengkak. Asal hendak memasak aje, kepala sakit tak tertahan. Mula-mula berniaga, sambutan sangat baik, hujung-hujung makin sunyi sepi ditambah dengan keadaannya yang kerap sakit, gerai lebih banyak tutup daripada buka. Kami fikirkan masalah lama berulang semula. Tetapi...ada juga pendapat lain.
Jadi, itulah, alang-alang sudah hubungi Darul Hikmah, eloklah kami tengok semula apa masalah yang sedang dihadapi ini dan berusaha mengatasinya dengan izin Allah. Walaupun kepulangan Aku ke kampung hujung minggu lepas bukanlah disebabkan ini, tetapi kebetulan bila balik itu, adalah lebih idea dan fikiran untuk sama-sama mencari jalan.
Sepanjang rawatan Ustaz membacakan ayat-ayat Al-Quran daripada surah-surah tertentu sehingga diakhiri dengan laungan azan. Ketika itu, pesakit disuruh menutup mata dan hanya mendengar bacaan ayat-ayat suci itu semata-mata. Beg-beg plastik disediakan kerana kebiasaannya, pesakit akan muntah.
Di pertengahan bacaan, kakak Aku mula menangis teresak-esak. Manakala anak buah Aku bungkam macam batu. Reaksi tak ada langsung. Hanya bila Ustaz mendesak dengan laungan azan barulah dia mula melawan tetapi masih enggan bercakap. Hanya matanya menjeling tajam. Ustaz menggerakkan tangannya bermula arah kepala sehingga ke hujung kaki (tanpa menyentuh), dan dilihat merentap dan seakan menggenggam sesuatu sebelum dia bergerak membuka pintu rumah melepaskan apa yang ada dalam genggamannya. Anak buah Aku terkapar pengsan.
Ustaz menumpukan perhatiannya kepada kakak Aku. Tangannya yang bersarung diletakkan di atas kepala dan belakang badan kemudian ditepuk-tepuk sambil mulut berterusan membaca al-Quran.Kakak Aku yang tersedu-sedan itu mula menggelisah dan tak senang duduk. Matanya masih dipejam rapat.
Ustaz : Aku tahu, engkau sakit kat dalam tu...tapi engkau degil, kan? Cepat cakap, engkau tu siapa?
Kakak : (Diam dan buat tak endah).
Ustaz mengambil sebatang rotan daripada ranting pokok yang halus dan disepitkan di celah jari kaki membuatkan kakak Aku menjerit.
Ustaz : Baik engkau cakap kalau tak mahu Aku seksa engkau dengan ayat-ayat al-Quran wahai musuh Allah!
Kakak : Bukan urusan engkau!
Kami semua terkejut serentak mendengar suaranya yang garau.
Ustaz : Engkau siapa yang berada dalam tubuh manusia ini?
Kakak : Bukan urusan engkau la bodoh!
Walaupun dalam situasi begitu, ada juga yang nak tergelak...hadoooiii...
Ustaz : Siapa kata bukan urusan Aku? Tuan punya badan ini telah meminta bantuan Aku untuk menghapuskan engkau. Jadi, ini memang urusan Aku. Baik kau keluar,kalau tidak nanti Aku bakar engkau dengan ayat-ayat Allah.
Diam.
Ustaz ubah kedudukan ranting kayu dan kepit lagi jari kaki, apalagi, menjeritlah kakak Aku.
Ustaz : Cepat cakap, siapa yang kat dalam ni? Kenapa engkau masuk dalam tubuh manusia?
Degil. Masih tak keluar apa-apa maklumat. Ustaz desak lagi.
Ustaz : Siapa engkau?
Kakak : Aku Bajanglah, bodoh!
Kami semua tersentak. Bajang? Hemmm...setahu Aku bajang ni jenis yang kuat.
Ustaz : Ohhhh...Bajang ye...kalau engkau Bajang, mesti ada kat dalam tu kawan-kawan engkau pelesit dan hantu raya, kan? Berapa kat dalam tu?
Kakak : 9
Wahhh...kami saling berpandangan. 9? 9 ekor? Mak oiii....ramai tu!
Ustaz : Aku nak cakap dengan ketua. Antara 9 ini, siapa yang ketua? Kau ke Bajang?
Kakak : Akulah ketua (Bajang).
Ustaz : Kau lelaki ke perempuan?
Kakak : Lelaki.
Ustaz : Berapa umur engkau?
Kakak : 200 tahun.
Ustaz : Kau ni Islam ke kafir?
Kakak berpaling dan diam.
Ustaz : Kalau macam tu, kau ni mesti kafir. Sebab itu kau buat benda ini. Kau lebih takut pada tuan engkau daripada Allah. Apa yang engkau hendak? Tuan engkau suruh engkau buat apa? Apa tujuan engkau ganggu tuan badan ini?
Kakak : Bagi dia mati.
Urut dada Aku mendengarnya.
Ustaz : Soal hidup dan mati bukan urusan kau. Bukan engkau yang tentukan. Hidup dan mati ketentuan Allah. Baik engkau keluar sekarang...kalau engkau tak mahu seksa!
Memang degil betul makhluk sembilan ekor itu. Tak mahu keluar. Penakut ya amat dengan tuan mereka. Sanggup meraung-raung kena bakar dengan ayat Allah. Apa yang berlaku selepas itu memanglah dramatik. Mahunya tak, lima orang lelaki cuba pegang, tak dapat. Habis semua kena tepis. Kena tendang. Tak silap Aku dua kali Ustaz kena ludah. Bila kakak mula mahu muntah dan semakin lemah, Ustaz suruh carikan ketulan ais. Kena mandi ais malam tu juga. Huh...pukul 11.40 malam pergi cari ais.
Nak mandikan satu hal. Aku dengan Abang (abang betul ni) memapah dikiri dan kanan. Masyaallah, tak terdaya kami. Selangkah jalan selangkah jatuh. Pasal kakak Aku memang lemah terus, tak ada tenaga nak ampu badan dia. Kami kena perah tenaga la nak bawa dia ke bilik air. Aku yang mandikan. Masa mandi tu, memang muntah berlambak-lambak. Habis mandi terpaksa biar baring kat kawasan dapur. Sebab dah tak bertenaga lagi kami nak angkat. Abang pun dah bengkak tangan dia, entah terkehel masa bersilat tu...tak tahulah, keadaan kelam kabut masa tu.
Sesi rawatan malam itu diakhirkan. Kata Ustaz, sudah pasti kena ulang balas sebab gangguan yang dihadapi bukan calang-calang. Buat masa ini biar kakak berehat dulu.
Masa Ustaz beredar balik, jam sudah pukul 1 pagi. Entahlah, Aku tak rasa takut apa-apa. Aku cuma rasa terkilan dan marah je. Sedih sebab ada lagi manusia yang hatinya busuk sebusuk-busuknya. Yang tergamak menyusahkan orang lain dan ambil peranan macam malaikat maut pula nak cabut nyawa manusia lain. Dia ingat dia siapa? Sanggup bersekongkol dengan musuh Allah untuk menjatuhkan saudara seagama.
Memang Aku tak dapat nak bayangkan betapalah sampai hati orang tu buat sampai macam tu sekali. Berapa sangatlah kakak Aku dapat duit berniaga gerai dia tu...cukup makan anak-beranak aje pun, berniaga ala kadar kat kampung macam tu sekadar balik modal je! Lagi pun rezeki masing-masing, masing-masing la makan...bukanlah kata kalau rezeki kakak Aku lebih, rezeki dia akan berkurang. Tak ada hubung kait langsung!!!Rezeki masing-masing Allah dah tentukan sejak dari azali lagi. Masing-masing kita ada habuan sendiri. Sedari umur satu hari sampai hari pejam mata, Allah sudah aturkan bila dan banyak mana kita akan nikmati pada satu-satu masa di sepanjang kehidupan kita. Kenapalah tak nak faham? Kenapalah nak sakit hati tengok orang lain senang sikit?
Nak cakap salah tak cakap salah...itulah realiti pahit orang kita, tak sudah-sudah dengan hasad dengki. Macamanalah nak maju???

Friday, July 01, 2011
Sedetik di Taman Ilmu
Alahai...
Nak menangis rasanya. Mana tidaknya, semalam beriya-iya Aku menderaf entri baru berkenaan intipati syarahan istimewa berjudul "Signs of the last day in modern age" yang disampaikan oleh ulama terkenal, Sheikh Imran Nazar Hosein. Mencatat apa yang terakam di kepala usai acara yang masih berbekas dan panas-panas itu memang seronok sebab semuanya terluah laju dan berkait dengan konsisten. Memang puas hati. Memang ada perasan yang autosaved function lain macam, tapi tak sangkalah pulak bila pagi ini buka untuk publish...tinggal rangkap pertama aje yang disimpan. Huhuhuhu...
Sabar ajelah Aku...
Tarik nafas...hembus nafas....(line clear la wehhhh...)....okay, Aku cuba lagi, ya...
Sebagai pengenalan, inilah Sheikh Imran Nazar Hosein. Beliau seorang tokoh bidang ilmu "Islamic eschatology" yang tersohor. Beliau telah menghasilkan banyak buku-buku yang mendapat sambutan hangat (bestseller) dalam bidang ini. Dan beliau telah banyak merantau untuk menyampaikan dakwahnya.

Buku-buku yang telah beliau hasilkan ialah :
1)'The Gold Dinar and Silver Dirham - Islam and the Future of Money'
2) 'Dreams in Islam - A Window to Truth and to the Heart
3) 'A Muslim response to the Attack on America'
4) 'Jerusalem in the Quran'
5) 'The Religion of Abraham and the State of Israel - A View from the Qur'an'
6) 'The Caliphate, the Hejaz and the Saudi-Wahhabi Nation-State'
7) 'One Ameer, One Jamaat - The Organization of a Muslim Community in the Age of Fitan'
8) 'Islam and Buddhism in the Modern World'
9) 'The Prohibition of Riba in the Qur'an and Sunnah'
10) 'The Importance of the Prohibition of Riba in Islam'
11) 'The Strategic Importance of the Fast of Ramadan and Isra & Mi'raj'
12) 'The Qur'anic Method of Curing Alcoholism and Drug Addiction'
13) 'George Bernard Shaw and the Islamic Scholar'
14) 'Surah al-Kahf: Text, Translation and Modern Commentary'
15 'Surah al-Kahf and the Modern Age'
16) 'Signs of the Last Day in the Modern Age'
17) 'The Islamic Travelogue (Two different travelogues exist)'
18) 'An Islamic View of Gog and Magog in the Modern Age'
Maklumat lanjut tentang beliau boleh dilayari di http://www.imranhosein.org/. Difahamkan beliau akan berada di sebuah seminar berkenaan riba di PWTC pada 26-27 Julai nanti sebagai ahli panel.
Alhamdulillah, rasa bertuah kerana julung-julung kalinya dapat bersua dan mendengar syarahan beliau. Memang kena beri perhatian betul-betul sebab alunan suara beliau boleh menyebabkan yang tak tumpu perhatian akan tidur hehehe...tapi dia memang bestlah, mantap!!!
Yang pertama, beliau bercakap tentang "mata". Adakah kita melihat dengan "dua mata" atau menggunakan "satu mata" sahaja. Kenapa "mata"? Kerana pandangan menerusi satu/dua mata inilah yang akan menentukan dunia dan nilainya serta apa yang kita kejar nanti. Dan apakah yang kita buru itu kaca atau permata, berbaloi atau tidak. Maaflah, banyak ayat sendiri ini. Tapi lebih kurang begitulah ye.
Kita sekarang sentiasa diuji oleh Allah. Cabaran yang hebat, yang belum ada satu umat terdahulu pun pernah melaluinya. Di sinilah kita amat perlukan daya 'penglihatan" yang baik. Malangnya, kebanyakan manusia melihat dengan "satu" mata sahaja. Dalaman mereka buta. Mereka tidak mampu "melihat" walaupun mereka ini lulusan sarjana dari universiti tersohor dunia sekalipun. Justeru, mereka mudah tertipu dengan helah dunia. Mereka meletakkan kepentingan hidup yang salah. Memburu kejayaan dan pencapaian ukuran dunia yang tidak membawa mereka ke mana-mana. Hanya kesenangan dan nikmat sementara sahaja.
Justeru, manusia perlulah melihat dengan "dua" mata. Mengaktifkan penglihatan "mata" dalamannya. Membuka mata hati dan membolehkannya melihat. Ini semua tidak ada dalam sukatan pelajaran di universiti. Hati hanya dapat melihat sekiranya ada "iman"(faith) di dalamnya. Dengan adanya iman, Allah S.W.T akan memberikan 'nur'nya. Apabila nur menyinari, dua mata ini (dalaman dan luaran) akan membuatkan kita mampu melihat dunia dalam keadaannya yang sebenar. Maka, terhindarlah kita daripada tipu daya dunia yang menyesatkan, insyaallah.
Mari kita cuba bezakan bagaimana dunia terlihat menerusi "satu" mata dan "dua" mata itu. Mereka yang melihat dunia menggunakan "satu" mata sahaja nescaya akan terpesona dan mengatakan bahawa pada zaman dan era inilah, kita manusia berada pada kedudukan terbaik, tingkat pencapaian tertinggi yang belum pernah dikecapi sebelum ini. Kita semakin maju dan hidup dalam zaman yang serba-serbinya canggih. Ada telefon bimbit yang boleh buat macam-macam perkara. Ada maklumat di hujung jari. Boleh memasak pejam mata je guna perkakasan canggih, tak payah susah kukur kelapa dan sebagainya. Semuanya maju. Siapa yang hendak berpatah balik ke zaman lepas yang serba mundur???
Itu bagi mereka yang menggunakan "satu" mata. Bagaimana pula kita melihat dunia dengan "dua" mata? Apabila menggunakan "dua" mata...nescaya, kita akan kata...tunggu, apa yang kita nampak itu tak betul rupanya. Sekarang melalui apa yang dikatakan kerjasama antarabangsa, secara beransur-ansur kita dipaksa menerima model/acuan yang kononnya terbukti berjaya padahal model/acuan itu sungguh tak kena dengan budaya/jati diri bangsa kerana kita pun malu hendak berada dalam kelompok yang terkebelakang dan kita merasakan kemodenan itu adalah jawapan kepada segala-galanya. Satu ukuran yang terpakai untuk semua sehingga kita lupa yang itulah telah melucutkan maruah dan harga diri kita, menjadikan kita seperti lembu yang dicucuk hidungnya kerana kita tak punya pendirian yang boleh dipertahankan. Maka pada zaman dan era inilah kita melihat banyak perkara yang dulunya kita jijik dan geli, sekarang kita berkompromi atas nama kemajuan dan kebebasan. Sudah ada banyak negara yang meluluskan undang-undang membenarkan pasangan sama jantina berkahwin. Kalau tak mahu kahwin dengan orang pun tak apa, boleh pergi daftarkan perkahwinan dengan apa-apa yang menyenangkan hati. Ada yang rasa hendak kahwin dengan komputer ribanya. Ada yang kata, anjingnya lebih setia daripada teman lelakinya, jadi lebih baik kahwin dengan anjing...dan sebagainya. Usaha-usaha asimilasi yang berlebihan juga semakin berjaya mengikis sensitiviti umat Islam. Dan semuanya ini dicapai dan dikecapi pada zaman berteknologi tinggi ini. Pada zaman ini yang kaya, semakin kaya dan kekal kaya. Yang miskin, semakin melarat dan tak jumpa jalan keluar daripada kemiskinannya. Rompakan tak mainlah seringgit dua. Tak perlu acu pisau atau pistol pun. Sekarang boleh rompak terang-terang guna teknologi. Bukan setakat sejuta dua, malahan sebuah negara pun boleh ditundukkan menjadi papa kedana.
He asked us, "Do you think Indonesia is poor because her citizen are lazy to work?. If you do think so, then, you better get yourself a one way ticket to the moon. Because, obviously, you don't deserve to live here".
Jadi, soalan cepu emas untuk semua, apakah benar kita berada pada zaman yang terbaik? Inikah pencapai progresif yang harus dibangga-banggakan? Jawab dengan kedua mata terbuka, ok???
Tidak ada sesiapa pun yang tahu bilakah masanya kiamat akan berlaku. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bukan detik kehancuran itu yang patut kita risaukan, tapi bagaimana kita mengisi masa-masa yang tinggal sebelum detik itu menjelma yang patut kita gusarkan. Dengan begitu banyak ujian yang mendatangi kita, hari demi hari, semakin lama semakin mencabar...apakah kita mampu bertahan? Sesungguhnya, kebanyakan manusia akan gagal mengharunginya. Hanya sebahagian sahaja yang akan berjaya.
Ada begitu banyak tanda-tanda yang menunjukkan kita kini berada di pengakhiran zaman, tetapi berapa ramai yang mampu "melihat". Mampu merasa gerun dan takut mengetahui yang hakikatnya kiamat itu sudah semakin menghampiri lalu membuat persediaan. Kata Sheikh, barangkali tinggal sekitar 25 ke 30 tahun lagi. Hah??? Itu kalau kita sempat hidup selama itulah...kalau tak sempat? Kalau kita mati dulu...??? Tak kisahlah yang mana sampai dulu, ajal kita kah?...kiamat kah? Yang penting kita harus bersedia untuk setiap satunya kerana sememangnya sudah jelas, samada kita semua suka atau tidak, kita tetap akan dibangkitkan dihadapanNya kelak untuk bertanggungjawab atas setiap apa yang telah kita kerjakan.
Bagi yang melihat dengan "dua" mata itu, apabila mereka melihat bangunan-bangunan yang tinggi, tentu sahaja akan lekas gerun dan gentar hatinya kerana tahu bahawasanya itulah antara salah satu alamat petanda kiamat yang telah Nabi S.A.W nyatakan 1400 tahun dahulu.Kerana apa? Kerana ternyata ianya benar. Dia bukan sahaja menyaksikan bangunan tinggi itu tertegak dengan mata kepalanya malahan juga dia melihat dengan mata hatinya. Dengan iman.
Sayang sekali, ramai di kalangan manusia yang masih terlena di buai mimpi. Tiada apa yang dapat menyedarkan mereka. Mereka ada mata yang tidak dapat melihat. Mereka punya telinga yang tidak dapat mendengar. Mereka memiliki hati yang gagal memahami. Mereka itu lebih buruk daripada binatang ternakan.
Yang menariknya ialah apabila Sheikh Imran mengupas tanda-tanda kiamat itu dengan memberikan pendapatnya sendiri yang mengatakan apa yang diberi itu adalah tersurat. Sebagai manusia yang dikurniakan kebolehan berfikir, harus melihat yang tersirat di sebaliknya. Misalnya, apa yang dikatakan "matahari terbit dari arah barat", adalah sesuatu yang simbolik menerangkan tentang "matahari palsu" yang cuba mengambil alih "matahari yang benar" iaitu merujuk kepada budaya sekular yang dibawa oleh gerakan modenisasi barat.
Binatang 'dabbah' itu pula adalah simbol yang merujuk kepada negara Israel. Manakala asap (dukhan) yang dikatakan akan menyelubungi itu adalah datangnya daripada letusan bom nuklear bilamana Yakjuj (Rusia dan negara2 sekutunya) bertempur dengan Makjuj (US dan negara2 sekutunya).
Semua ini adalah pandangan Sheikh Imran hasil kajian dan penyelidikan beliau. Katanya, kalau tak setuju tak apa...tapi baca dan belajar dulu. Lepas itu silakan berdebat dengannya. Apa yang beliau lakukan hari ini adalah sekadar memperkenalkan hadirin kepada bidang ilmu "Islamic eschatology". Kalau hendak cerita semua mahu tujuh hari tujuh malam pun belum tentu selesai. Ini adalah ceramah pembuka mata agar tergerak hati mencari ilmu untuk lebih memahami dan menyakini kesudahan kita semua (dan berbuat sesuatu tentangnya). Jangan ingat kerjaya dan wang ringgit itu segala-galanya. Ada benda yang jauh lebih penting. Itulah iman. Dan iman itu perlu dipelihara dan diselamatkan.
Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat.

Subscribe to:
Posts (Atom)