Wednesday, July 06, 2011

Terliur

Alamak...dema tengah makan aiskrim tu. Macam sedap aje. Tap...tap...tap...huaaaa...rasa nak meleleh ayaq lioq la pulak!

Tiba-tiba McDa keluar menayang aiskrim Nestle Drumstik perisa coklat...(pergh...dari kejauhan dah tahu perisa apa)...sempat Aku berseloroh sekadar boleh sampai ke telinga Big Boss..."amboi, sedapnya aiskrim!"...untung-untung orang pelawa join , kan?

Tapi sapa pun tak ajak masuk...cihhh...hampehhhh!!!

Tak pe, tak pe...tunggu giliran la noooo...

Aktiviti "huddle-cuddle" yang pertama rentetan inisiatif EEI kami tahun ini ialah makan aiskrim bersama-sama sambil berborak santai dengan Big Boss. Setiap sesi cuma 5 orang sahaja. Giliran Aku belum sampai lagi. Tak tahulah bila. Tapi, kan...kalau dapat Haagen Daaz ke...eheksss...llllaaaaggggiiii best!

4 comments:

Anonymous said...

aku nak tutti frutti.....boleh ka..

-sirapmadu-

Telipuk Kuala said...

Tutti frutti...hish...macam bunyi bubble gum jer...ais krim ke tuh?

Kalau aku, ais krim ni kalo tak coklat, susu...kalau tak susu, coklat...ataupun gabungan kedua-duanya...baru best!!!

Anonymous said...

nanti makin sihat kalori tinggi tu he he he

Telipuk Kuala said...

Masa tu tak kira kalori lagi dah Roki...masa tu ingat sedappp aje...hahaha...