Nak menangis rasanya. Mana tidaknya, semalam beriya-iya Aku menderaf entri baru berkenaan intipati syarahan istimewa berjudul "Signs of the last day in modern age" yang disampaikan oleh ulama terkenal, Sheikh Imran Nazar Hosein. Mencatat apa yang terakam di kepala usai acara yang masih berbekas dan panas-panas itu memang seronok sebab semuanya terluah laju dan berkait dengan konsisten. Memang puas hati. Memang ada perasan yang autosaved function lain macam, tapi tak sangkalah pulak bila pagi ini buka untuk publish...tinggal rangkap pertama aje yang disimpan. Huhuhuhu...
Sabar ajelah Aku...
Tarik nafas...hembus nafas....(line clear la wehhhh...)....okay, Aku cuba lagi, ya...
Sebagai pengenalan, inilah Sheikh Imran Nazar Hosein. Beliau seorang tokoh bidang ilmu "Islamic eschatology" yang tersohor. Beliau telah menghasilkan banyak buku-buku yang mendapat sambutan hangat (bestseller) dalam bidang ini. Dan beliau telah banyak merantau untuk menyampaikan dakwahnya.

Buku-buku yang telah beliau hasilkan ialah :
1)'The Gold Dinar and Silver Dirham - Islam and the Future of Money'
2) 'Dreams in Islam - A Window to Truth and to the Heart
3) 'A Muslim response to the Attack on America'
4) 'Jerusalem in the Quran'
5) 'The Religion of Abraham and the State of Israel - A View from the Qur'an'
6) 'The Caliphate, the Hejaz and the Saudi-Wahhabi Nation-State'
7) 'One Ameer, One Jamaat - The Organization of a Muslim Community in the Age of Fitan'
8) 'Islam and Buddhism in the Modern World'
9) 'The Prohibition of Riba in the Qur'an and Sunnah'
10) 'The Importance of the Prohibition of Riba in Islam'
11) 'The Strategic Importance of the Fast of Ramadan and Isra & Mi'raj'
12) 'The Qur'anic Method of Curing Alcoholism and Drug Addiction'
13) 'George Bernard Shaw and the Islamic Scholar'
14) 'Surah al-Kahf: Text, Translation and Modern Commentary'
15 'Surah al-Kahf and the Modern Age'
16) 'Signs of the Last Day in the Modern Age'
17) 'The Islamic Travelogue (Two different travelogues exist)'
18) 'An Islamic View of Gog and Magog in the Modern Age'
Maklumat lanjut tentang beliau boleh dilayari di http://www.imranhosein.org/. Difahamkan beliau akan berada di sebuah seminar berkenaan riba di PWTC pada 26-27 Julai nanti sebagai ahli panel.
Alhamdulillah, rasa bertuah kerana julung-julung kalinya dapat bersua dan mendengar syarahan beliau. Memang kena beri perhatian betul-betul sebab alunan suara beliau boleh menyebabkan yang tak tumpu perhatian akan tidur hehehe...tapi dia memang bestlah, mantap!!!
Yang pertama, beliau bercakap tentang "mata". Adakah kita melihat dengan "dua mata" atau menggunakan "satu mata" sahaja. Kenapa "mata"? Kerana pandangan menerusi satu/dua mata inilah yang akan menentukan dunia dan nilainya serta apa yang kita kejar nanti. Dan apakah yang kita buru itu kaca atau permata, berbaloi atau tidak. Maaflah, banyak ayat sendiri ini. Tapi lebih kurang begitulah ye.
Kita sekarang sentiasa diuji oleh Allah. Cabaran yang hebat, yang belum ada satu umat terdahulu pun pernah melaluinya. Di sinilah kita amat perlukan daya 'penglihatan" yang baik. Malangnya, kebanyakan manusia melihat dengan "satu" mata sahaja. Dalaman mereka buta. Mereka tidak mampu "melihat" walaupun mereka ini lulusan sarjana dari universiti tersohor dunia sekalipun. Justeru, mereka mudah tertipu dengan helah dunia. Mereka meletakkan kepentingan hidup yang salah. Memburu kejayaan dan pencapaian ukuran dunia yang tidak membawa mereka ke mana-mana. Hanya kesenangan dan nikmat sementara sahaja.
Justeru, manusia perlulah melihat dengan "dua" mata. Mengaktifkan penglihatan "mata" dalamannya. Membuka mata hati dan membolehkannya melihat. Ini semua tidak ada dalam sukatan pelajaran di universiti. Hati hanya dapat melihat sekiranya ada "iman"(faith) di dalamnya. Dengan adanya iman, Allah S.W.T akan memberikan 'nur'nya. Apabila nur menyinari, dua mata ini (dalaman dan luaran) akan membuatkan kita mampu melihat dunia dalam keadaannya yang sebenar. Maka, terhindarlah kita daripada tipu daya dunia yang menyesatkan, insyaallah.
Mari kita cuba bezakan bagaimana dunia terlihat menerusi "satu" mata dan "dua" mata itu. Mereka yang melihat dunia menggunakan "satu" mata sahaja nescaya akan terpesona dan mengatakan bahawa pada zaman dan era inilah, kita manusia berada pada kedudukan terbaik, tingkat pencapaian tertinggi yang belum pernah dikecapi sebelum ini. Kita semakin maju dan hidup dalam zaman yang serba-serbinya canggih. Ada telefon bimbit yang boleh buat macam-macam perkara. Ada maklumat di hujung jari. Boleh memasak pejam mata je guna perkakasan canggih, tak payah susah kukur kelapa dan sebagainya. Semuanya maju. Siapa yang hendak berpatah balik ke zaman lepas yang serba mundur???
Itu bagi mereka yang menggunakan "satu" mata. Bagaimana pula kita melihat dunia dengan "dua" mata? Apabila menggunakan "dua" mata...nescaya, kita akan kata...tunggu, apa yang kita nampak itu tak betul rupanya. Sekarang melalui apa yang dikatakan kerjasama antarabangsa, secara beransur-ansur kita dipaksa menerima model/acuan yang kononnya terbukti berjaya padahal model/acuan itu sungguh tak kena dengan budaya/jati diri bangsa kerana kita pun malu hendak berada dalam kelompok yang terkebelakang dan kita merasakan kemodenan itu adalah jawapan kepada segala-galanya. Satu ukuran yang terpakai untuk semua sehingga kita lupa yang itulah telah melucutkan maruah dan harga diri kita, menjadikan kita seperti lembu yang dicucuk hidungnya kerana kita tak punya pendirian yang boleh dipertahankan. Maka pada zaman dan era inilah kita melihat banyak perkara yang dulunya kita jijik dan geli, sekarang kita berkompromi atas nama kemajuan dan kebebasan. Sudah ada banyak negara yang meluluskan undang-undang membenarkan pasangan sama jantina berkahwin. Kalau tak mahu kahwin dengan orang pun tak apa, boleh pergi daftarkan perkahwinan dengan apa-apa yang menyenangkan hati. Ada yang rasa hendak kahwin dengan komputer ribanya. Ada yang kata, anjingnya lebih setia daripada teman lelakinya, jadi lebih baik kahwin dengan anjing...dan sebagainya. Usaha-usaha asimilasi yang berlebihan juga semakin berjaya mengikis sensitiviti umat Islam. Dan semuanya ini dicapai dan dikecapi pada zaman berteknologi tinggi ini. Pada zaman ini yang kaya, semakin kaya dan kekal kaya. Yang miskin, semakin melarat dan tak jumpa jalan keluar daripada kemiskinannya. Rompakan tak mainlah seringgit dua. Tak perlu acu pisau atau pistol pun. Sekarang boleh rompak terang-terang guna teknologi. Bukan setakat sejuta dua, malahan sebuah negara pun boleh ditundukkan menjadi papa kedana.
He asked us, "Do you think Indonesia is poor because her citizen are lazy to work?. If you do think so, then, you better get yourself a one way ticket to the moon. Because, obviously, you don't deserve to live here".
Jadi, soalan cepu emas untuk semua, apakah benar kita berada pada zaman yang terbaik? Inikah pencapai progresif yang harus dibangga-banggakan? Jawab dengan kedua mata terbuka, ok???
Tidak ada sesiapa pun yang tahu bilakah masanya kiamat akan berlaku. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bukan detik kehancuran itu yang patut kita risaukan, tapi bagaimana kita mengisi masa-masa yang tinggal sebelum detik itu menjelma yang patut kita gusarkan. Dengan begitu banyak ujian yang mendatangi kita, hari demi hari, semakin lama semakin mencabar...apakah kita mampu bertahan? Sesungguhnya, kebanyakan manusia akan gagal mengharunginya. Hanya sebahagian sahaja yang akan berjaya.
Ada begitu banyak tanda-tanda yang menunjukkan kita kini berada di pengakhiran zaman, tetapi berapa ramai yang mampu "melihat". Mampu merasa gerun dan takut mengetahui yang hakikatnya kiamat itu sudah semakin menghampiri lalu membuat persediaan. Kata Sheikh, barangkali tinggal sekitar 25 ke 30 tahun lagi. Hah??? Itu kalau kita sempat hidup selama itulah...kalau tak sempat? Kalau kita mati dulu...??? Tak kisahlah yang mana sampai dulu, ajal kita kah?...kiamat kah? Yang penting kita harus bersedia untuk setiap satunya kerana sememangnya sudah jelas, samada kita semua suka atau tidak, kita tetap akan dibangkitkan dihadapanNya kelak untuk bertanggungjawab atas setiap apa yang telah kita kerjakan.
Bagi yang melihat dengan "dua" mata itu, apabila mereka melihat bangunan-bangunan yang tinggi, tentu sahaja akan lekas gerun dan gentar hatinya kerana tahu bahawasanya itulah antara salah satu alamat petanda kiamat yang telah Nabi S.A.W nyatakan 1400 tahun dahulu.Kerana apa? Kerana ternyata ianya benar. Dia bukan sahaja menyaksikan bangunan tinggi itu tertegak dengan mata kepalanya malahan juga dia melihat dengan mata hatinya. Dengan iman.
Sayang sekali, ramai di kalangan manusia yang masih terlena di buai mimpi. Tiada apa yang dapat menyedarkan mereka. Mereka ada mata yang tidak dapat melihat. Mereka punya telinga yang tidak dapat mendengar. Mereka memiliki hati yang gagal memahami. Mereka itu lebih buruk daripada binatang ternakan.
Yang menariknya ialah apabila Sheikh Imran mengupas tanda-tanda kiamat itu dengan memberikan pendapatnya sendiri yang mengatakan apa yang diberi itu adalah tersurat. Sebagai manusia yang dikurniakan kebolehan berfikir, harus melihat yang tersirat di sebaliknya. Misalnya, apa yang dikatakan "matahari terbit dari arah barat", adalah sesuatu yang simbolik menerangkan tentang "matahari palsu" yang cuba mengambil alih "matahari yang benar" iaitu merujuk kepada budaya sekular yang dibawa oleh gerakan modenisasi barat.
Binatang 'dabbah' itu pula adalah simbol yang merujuk kepada negara Israel. Manakala asap (dukhan) yang dikatakan akan menyelubungi itu adalah datangnya daripada letusan bom nuklear bilamana Yakjuj (Rusia dan negara2 sekutunya) bertempur dengan Makjuj (US dan negara2 sekutunya).
Semua ini adalah pandangan Sheikh Imran hasil kajian dan penyelidikan beliau. Katanya, kalau tak setuju tak apa...tapi baca dan belajar dulu. Lepas itu silakan berdebat dengannya. Apa yang beliau lakukan hari ini adalah sekadar memperkenalkan hadirin kepada bidang ilmu "Islamic eschatology". Kalau hendak cerita semua mahu tujuh hari tujuh malam pun belum tentu selesai. Ini adalah ceramah pembuka mata agar tergerak hati mencari ilmu untuk lebih memahami dan menyakini kesudahan kita semua (dan berbuat sesuatu tentangnya). Jangan ingat kerjaya dan wang ringgit itu segala-galanya. Ada benda yang jauh lebih penting. Itulah iman. Dan iman itu perlu dipelihara dan diselamatkan.
Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat.
No comments:
Post a Comment