
Aku tak kisah pun kalau Prof. Kamil tak sempat masuk topik yang diberi memandangkan lebih teruja hendak mendengar sendiri kisah penghijrahannya. Kenal dia sebab itu, kisah dan pengalamannya berubah daripada tin kosong kepada tin yang berisi, jadi memang menjangkakan yang Prof. Kamil wajib menyentuh kisah perjalanan mengubah sempadan imannya.
Oh ya, kami datang awal. Duduk di barisan hadapan pulak tu. Kawan-kawan hendak bergambar, Aku sukarela ambil. Dan hatiku pun meronta-ronta nak ambil gambar sama...tapi bila Lotuslily beria-ia hendak snap gambar Aku dengan Prof, ceh...Aku pulak malu-malu...eceh...ceh...ceh...tiba bab diri sendiri begitu, malu sangat-sangat(walaupun mahu). Hahaha...tak apalah, bagi can kat kawan-kawan sahajalah.
Gambar tak berapa sharp, Prof. Kamil diapit oleh Rosebud dan Lotuslily. Ada lagi gambar member nih, tapi blur tak jadi...tak de rezeki aaa USJ.

Tak apalah, tak dapat bergambar...Aku beli buku ni.

Dan dapat autograph Prof. Kamil...hihihi...sukaaaa!!!

Kandungan yang disampaikan oleh Prof. Kamil adalah senada dengan apa yang selalu ditekankan oleh Ustaz Muein. Yang membezakan sudah tentu latarbelakang mereka. Ustaz Muein memang sudah dengan latarbelakang yang kira kita tak hairanlah bila dia keluar dengan segala ayat-ayat dakwah...tapi untuk orang macam Prof. Kamil...memang boleh relate laaa...kecuali, Prof ni memanglah 'budak pandai'dari segi akademik, tidak dapat dinafikan.
Seronok dengar kisah dia. Rasa boleh faham. Bayangkan macamana selama 18 tahun dia hidup 'menipu'. Menipu kaum kerabat isteri dan orang kampung, dengan perwatakan 'macam tahu' tapi sebenarnya tak tahu. Bila orang buat majlis bacaan Yasin, seksanya dia nak duduk dan berpura-pura baca kerana Prof. mengaku pada ketika itu, alif, ba, ta pun dia tak kenal. Dia mengalami 'inferiority complex'. Yelah, nama saja Professor...pangkat tinggi, orang pandang hebat, dijulang melangit tapi mengaji pun tak tahu. Asyik sakit perut aje takut orang tolak suruh jadi imam sembahyang. Asyik risau aje kalau orang ajak pergi majlis-majlis tahlil dan bacaan Yasin.
Jangan gelak...begitulah seriusnya keadaan beliau pada satu ketika. Namun itu semua sudah berlalu, dan beliau bertekad, akan menjadi manusia yang lebih baik, hari ke hari. Cerita terperinci boleh baca dalam buku Travelog Haji.

Sepanjang berceramah, Prof. Kamil memberi penekanan kepada banyak perkara yang kita selalu anggap biasa tapi akhirnya boleh jadi 'luarbiasa' kesannya :
1. Kepentingan doa. Minta hanya kepadanya.
2. Sujud syukur. Berapa kali kita sudah bersujud syukur kepadanya sepanjang hidup?
3. Bangun untuk bersolat malam.
4. Menjaga aurat - ajar anak daripada kecil, jaga batas dengan ipar duai & sepupu.
5. Bersembahyang jemaah.Kalau boleh , jangan tinggal langsung.
6. Tetap mengerjakan sembahyang walaupun sakit.
Point nombor 6 itu berkaitan dengan cerita tentang kesabaran dan erti nilai kesabaran itu yang Prof. Kamil kaitkan dengan musibah yang melanda keluarganya dalam satu kejadian banjir di Segamat tidak lama dulu. Dalam kejadian itu, rumah beliau ditenggelami air separas dada menyebabkan kerugian sekitar RM100,000. Ketika mula-mula melihat keadaan rumah dan perabut yang rosak teruk, memanglah terasa sesak dada. Kemudian, beliau mengajak keluarganya menunaikan solat dahulu sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan lalu disusuli dengan doa. Alhamdulillah, sesudah itu hati terasa lapang dan redha. Boleh bergambar senyum ditepi perabut yang berlumuran lumpur, koleksi buku-buku dan kitab yang bernilai ribuan ringgi yang telah musnah...begitulah kuasa Allah. Dilenyapkan perasaan gundah gulana itu. Bila azan berkumandang, mereka pergi bersembahyang berjemaah di masjid. Lalu bila orang sekeliling menegur dan mendoakan agar beliau tetap sabar dengan dugaan itu, beliau bertanya, "Apa sebenarnya nilai sabar itu?". Jawapannya, pada pandangan beliau seperti ini...nilai sabar itu ialah apabila seseorang hamba itu diuji, dia semakin hampir dengan Allah. Padahal dalam kejadian banjir yang sama, ada sebuah pusat penempatan mangsa-mangsa banjir terletak hanya bersebelahan masjid. Namun apabila masuk waktu sembahyang, tak ada seorang pun yang datang ke masjid untuk sembahyang berjemaah.
Seluruh hidup di dunia ini hanyalah ujian semata-mata. Semuanya - anak, isteri, suami, harta, pangkat, musibah, ilmu etc. Musibah adalah ujian yang 'tak seronok', pangkat pula ujian yang 'seronok'. Besar ujian pangkat tu. Maklumlah, bila pangkat makin naik, makin sibuk, makin kerap out station, makin tak cukup masa...sampai tak sempat nak solat berjemaah, sampai lewat solat...sampai akhirnya tertinggal terus.Nampak mainan ujian tu? Betapa ujian itu semakin menjauhkan kita daripada Allah...(contoh).
Sebenarnya memang banyak yang Prof. Kamil cuba sampaikan dalam masa yang singkat...tak cukuplah 2 jam! Tapi tak apa, biar sikit tapi 'melekat' dan ingat. Kang bagi banyak-banyak, berkeciciran pulak jadinya.Itupun syukurlah sebab lepas raya ni, Prof. Kamil dan keluarga akan berhijrah ke Madinah memenuhi tawaran mengajar di universiti di sana. Terima kasih BAKIT atas usaha mendapatkan slot untuk Prof. Kamil ini. (orang kuat...tahniah!). And owh...beg yang digunakan untuk mengisi sedikit cenderahati untuk Prof. itu adalah dari saya tau! Hehehe...
No comments:
Post a Comment