Saya dah agak dah , ini mesti bank yang call bila nampak ada missed call dari nombor yang tidak saya kenali. Namun sebab saya faham yang adalah tidak praktikal untuk simpan semua nombor melainkan orang yang biasa kita hubungi, kaum keluarga serta kenalan rapat - maka bila telefon berbunyi lagi dengan sangkaan baik saya sambut juga. Mengharapkan yang memanggil itu seseorang yang ada urusan kerja. Hempphh...sohih, orang bank bila si pemanggil memperkenalkan diri dan bank yang diwakili.
Saya dengan jahatnya berkata..."Oooo...xxx(nama bank), nak jual apa pulak hari ini?". Wahhh...tetiba kannn. Si pemanggil pun menjawab, "Ishhh...tak adalah menjual Puan Azni (hahhh...ni akak marah ni...ko cakap konon ini personal call, nama aku pun tak betul). "Saya nak bagi penerangan ni tentang promosi yang kami adakan hanya untuk pelanggan-pelanggan kami yang terpilih". Ewahhh!!! (Ni patut kena rasa bertuah la kan...ahaks).
Saya pun jawab ikut skrip biasa, "Ok tak apalah, saya tak berminat". Suara elok baik je sebab kesian kan, bukan kita menyampah dengan dia...kita menyampah dengan bank yang amat gigih menawarkan itu dan ini. "Tapi Puan..."...haaahhh...dia buat dah...dia buat dahhh...". "Tak apalah, saya betul tak minat ni". Si mamat pun dengan penuh keyakinan tega menyatakan, "Kami nak tawarkan kepada Puan satu plan yang menarik yang mana...". Kan dah kata tu...kata tak nak jual...caittt. "Kan saya dah kata saya tak minat". Terus akak potong baik punya. Si mamat dengan tak berputus asa, "tapi kami nak bagi pampasan bernilai RM700,000...".
"Tak minatlah! Ok terima kasih.
Si mamat pun terkedu.
Dengan saya jangan cakap berapa awak boleh bagi....waima 5 juta sekali pun saya tak minat.
Waaahhhhh! Setakat dapat 700 ribu selepas aku mati apa yang hebat sangat kannn...entah hapa-hapa. Itu bukan hebat...itu insulting namanya. Pantang betullah. Seriously, I am not into preparing much for something I know I will leave behind. I would like to leave behind a good memory for my loved ones and just some assets which I can't take along...that's all. Saya tahu anda semua buat kerja, jangan risaulah...dirakamkan bukan percakapan kita...it's not your fault! Bila saya kata saya tak minat, take it seriously ya...sebab kesian awak buang masa dengan saya padahal awak boleh gunakannya untuk cuba pelanggan lain yang mungkin berminat.
Sekian, sekadar luahan rasa saya di petang ini...untk pedoman para salesman di luar sana...hahahaha...
Friday, April 07, 2017
Tuesday, April 04, 2017
Biar Lambat, Asal Selamat
Semalam semasa memandu untuk balik ke rumah, ada rombongan VVVVIP nak lalu ...makanya anggota pasukan keselamatan yang mengiringi pun dari jarak jauh sudah membunyikan siren dengan bingitnya. Tak cukup dengan itu para rider itu dengan tegasnya memaksa kenderaan berhenti di tepi. Telipuk sebagai warga yang patuh pun cuba la menepi dengan penuh sopan dan perlahan. Agaknya tak cukup responsif kot maka ditunding-tundingnya jari mendesak-desak...eh eh...ye la nak ke tepi la ni, sabor sikit boleh, kang tak pasal-pasal aku pulak eksiden semata-mata nak bagi kau jalan.
Bila rombongan yang diiring itu berlalu...maka tak dapat tidak Telipuk pun terfikir..."Bolehlah kau buat macam ini kat dunia". Kat dunia, dengan sedikit kuasa dan pengaruh yang dimiliki memang boleh mengarahkan apa sahaja. Kau nak pergi dulu...sedangkan kami-kami yang tak ada apa-apa ini terlebih dahulu berjerih nak melepasi kesesakan lalulintas waktu petang. Ya, betullah kau boleh dapat itu semua. Tapi kat akhirat nanti...tunggulah...jangan harap nak dapat layanan istimewa. Jangan harap boleh didahulukan. Tunggulah kamu.
Bayangkan jutaan manusia sejak zaman Nabi Adam hingga generasi terakhir berkumpul dan bersesak-sesakan. Di bawah sinar matahari yang sangat panas, tanah yang membara, ditambah lagi suasana hati yang dipenuhi ketakutan, pada saat itu tubuh manusia basah dengan keringat. Dalam hadis Muslim dari Al-Miqdad bin Al-Aswad, Nabi s.a.w. bersabda, “Pada hari kiamat matahari didekatkan kepada manusia sejarak satu mil. Maka semua manusia tenggelam di dalam keringatnya sesuai dengan amal perbuatannya (di dunia). Sebahagian mereka tenggelam hingga ke mata kaki, sebahagian yang lain hingga ke pinggangnya dan sebahagian yang lain hingga ke mulutnya.”
Imam Ibn Abi Jamrah dalam Syarh Sahih Al-Bukhari berkata, “Manusia yang paling terseksa dengan keringatnya ini adalah orang-orang kafir, kemudian (Muslim) pelaku dosa-dosa besar, dan seterusnya.” Imam Al-Ghazali berkata dalam Ihyak Ulumiddin , “Ketahuilah setiap titis keringat yang tidak pernah dikeluarkan dalam bekerja di jalan Allah, dalam haji, jihad, puasa, tahajud, membantu Muslim atau beramar makruf nahi munkar, maka keringat itu akan dikeluarkan oleh rasa malu dan takut pada hari kiamat nanti.”
Pendek kata, setiap orang pada hari kebangkitan ini merasa sangat terseksa jauh sebelum mereka dihisab. Setiap orang merasakan sangat haus, lapar, penat, takut, sedih, bimbang stres dan berbagai kesusahan zahir dan batin serta lain-lain yang belum dapat kita bayangkan pada saat ini. Mereka terus dalam keadaan itu bertahun-tahun lamanya hingga Allah berkenan memulakan proses hisab dan penghitungan amal.
Al-Ghazali berkata, “Fikirkanlah suasana panjang dan beratnya penungguan hari itu agar dengan itu terasa ringan bagimu dalam bersabar meninggalkan maksiat sepanjang hidupmu yang singkat ini.” Pada hari itu, sekecil apa pun amal kebaikan yang pernah dilakukan seseorang di dunia sangat berharga untuk melepaskan sebahagian dari seksaan yang dideritanya ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang melepaskan seorang mukmin dari kesusahan, maka Allah akan melepaskan darinya satu daripada kesusahan yang terdapat pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah).
Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang menginginkan agar Allah menyelamatkannya daripada kesusahan (yang dialami) pada hari Kiamat, maka bantulah orang yang dalam kesusahan, atau kurangilah kesusahannya.” (Riwayat Muslim).
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Seseorang akan berteduh di bawah naungan sedekahnya hingga waktu pengadilan (hisab) tiba.” Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di “Musnad”-nya.
Al-Hafiz Ibn Abi Al-Dunya meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud,
“Semua manusia dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang, sangat lapar, sangat haus dan sangat penat.
Barang siapa yang pernah memberikan pakaian kerana Allah, maka Allah akan memberinya pakaian. Barang siapa yang pernah memberi makan kerana Allah, maka Allah akan memberinya makanan. Barang siapa yang pernah memberi minum kerana Allah, maka Allah akan memberinya minuman. Dan barang siapa yang pernah memaafkan karena Allah, maka Allah akan memaafkannya.”
Allahummagfirli...

Subscribe to:
Posts (Atom)