Friday, October 26, 2018

Kasih Mengasihi

Di antara sifat Allah yang maha agung, yang Ia jadikan di antara makhlukNya, ialah Rahmah. Bahkan di dalam Al Quran nama Ar Rahman dan Ar Rahim kerap digunakan untuk memperkenalkan diriNYA kepada manusia.

وَإِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَـٰنُ الرَّحِيمُ  ﴿البقرة: ١٦٣﴾
Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.(Al Baqarah: 163)

Rasulullah SAW bersabda:
«خَلَقَ اللهُ مِائَةَ رَحْمَةٍ، فَوَضَعَ وَاحِدَةً بَيْنَ خَلْقِهِ وَخَبَأَ عِنْدَهُ مِائَةً إِلَّا وَاحِدَةً»
“Allah menciptakan 100 bahagian rahmat, lalu Allah meletakkan satu bahagian rahmat di antara makhluqNya dan Allah menyimpan 99 bahagian rahmat di sisiNya”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Nabi kita Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling penyayang, dan di antara nama-nama Baginda adalah نَبِيُّ الرَّحْمَةِ  (Nabi kasih sayang).

Allah 'azza wa jalla, mengutus Baginda sebagai rahmat untuk seluruh makhluk
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan Tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (Al Anbiyaa’: 107)

Nabi SAW bersabda:
الرَّاحِمُوْنَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَانُ، اِرْحَمُوا مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ
“Orang-orang yang mengasihi dirahmati oleh Ar-Rahman (Yang Maha Pengasih), kasihilah yang ada di bumi nicaya yang di langit akan mengasihi kalian”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Di antara orang-orang yang masuk syurga adalah kaum yang hatinya penuh dengan rahmat dan kelembutan disertai keimanan. Nabi SAW bersabda:
وَأهل الْجنَّة ثلاثةٌ: ذُو سُلْطَان مقسط متصدق موفق. وَرجل رحيمٌ رَقِيق الْقلب  لكل ذِي قربى وَمُسلم.
وعفيفٌ متعفف ذُو عِيَال
“Dan penghuni syurga tiga golongan, (1) pemilik kekuasaan yang adil, dermawan, lagi mendapat petunjuk, (2) lelaki yang pengasih, berhati lembut kepada setiap kerabat dan setiap muslim, (3) dan seorang yang menjaga harga dirinya (dari perkara yang haram) dan berusaha menjaga dirinya (untuk tidak minta-minta) sementara ia memiliki anak-anak (yang dibawah tanggungannya)”.(Hadith Riwayat Muslim)

Hati yang keras adalah akibat kosongnya dari kasih sayang, Allah ta'ala telah mencela sebagian kaum, sebagaimana firmanNya:
ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ
Kemudian setelah itu hati kalian menjadi keras(Al Baqarah: 74)

Al-Baghawi berkata:
يَبِسَتْ وَجَفَّتْ، جَفَافُ الْقَلْبِ: خُرُوْجُ الرَّحْمَةِ وَاللِّيْنِ عَنْهُ
“Iaitu hati kalian kering, dan keringnya hati dengan keluarnya rahmat dan kelembutan darinya”.

Hal ini merupakan tanda kesengsaraan, Nabi SAW bersabda:
لاَ تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلاَّ مِنْ شَقِيٍّ
“Tidaklah dicabut rahmat kecuali dari orang yang sengsara”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Barangsiapa yang tidak mengasihi makhluk maka Allah tidak mengasihinya. Nabi SAW bersabda:
لاَ يَرْحَمُ اللهَ مَنْ لاَ يَرْحَمُ النَّاسَ
“Allah tidak mengasihi orang yang tidak mengasihi manusia”.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Saling mengasihi di antara orang-orang yang beriman menjadikan mereka seperti tubuh yang satu. Rasulullah SAW bersabda:
تَرَى الْمُؤْمِنِيْنَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهْرِ وَالْحُمَّى
“Engkau melihat kaum mukminin dalam saling mengasihi di antara mereka, saling mencintai di antara mereka, saling lembut diantara mereka seperti satu tubuh, jika salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain ikut sakit demam dan tidak tidur malam”.(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan kasihilah dan kasihanilah para mad'unmu (orang-orang yang didakwah),  walaupun siapa mereka dan bagaimana keadaan mereka. Mungkin mereka jahil, pelaku maksiat, bahkan mungkin belum mendapat hidayah untuk menerima Islam. Mereka perlukan ilmu, dakwah, islah dan kasih sayang dalam melepaskan kejahilan , kemungkaran dan kekufuran mereka....barakallahuminalakum
Terima kasih saudaraku yang beriman lagi dimuliakan untuk penghasilan santapan jiwa ini.....

(Perkongsian Geng Kelas Arab)

Tazkirah Mati

Tidur adalah tazkirah mati. Setiap hari kita tidur tetapi siapa yang hatinya ambil pengajaran darinya...

فقد أخرج البزار والطبراني في الأوسط وابن مردويه والبيهقي في "البعث" بسند صحيح
كما قال السيوطي عن جابر رضي الله عنه قال:
قيل: يا رسول الله أينام أهل الجنة؟ قال: لا النوم أخو الموت، وأهل الجنة لا يموتون ولا ينامون.
Al Bazzar dan Thabarani dalam Al Awsath dan Ibnu Mardawih dan Baihaqi pada "Hari Kebangkitan" dengan sanad yang sahih seperti yang disebut oleh Sayuthi daripada Jabir RA berkata:Wahai Rasul Allah adakah ahlu syurga itu tidur? Baginda bersabda:Tidak, tidur adalah saudara mati dan ahlu syurga tidak mati dan tidak tidur.

Kalau lah aku yang tinggal keseorangan, tiada lagi orang yang mahukan kebenaran, tetapkanlah aku pada jalan kebenaranMu Ya Rabb...

الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ ﴿١٤٧﴾
Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.(Al Baqarah: 147)

قال ابن مسعود رضي الله عنه: "الجماعة ما وافق الحق؛ ولو كنت وحدك"
Jamaah itu ialah apa yang muafakat dengan kebenaran walaupun engkau seorang...

(رواه اللالكائي في شرح أصول اعتقاد أهل السنة والجماعة:1/122- رقم160، وصحح سنده الشيخ الألباني كما في تعليقه على مشكاة المصابيح: 1/61، ورواه الترمذي في سننه:4/467).
Izinkan lah aku mati ketika aku sedang berpegang teguh dengan kebenaran ajaranMu Ya Rabb...

Empat persoalan hidup di Mahsyar. Perlukan jawapannya sebelum dijemput oleh Rabbil 'Izzati...

رَوى ابنُ حِبَّانَ والترمذيُّ في جامِعِه أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قالَ: "لا تزولُ قَدَمَا عبدٍ يومَ القيامةِ حتَّى يُسألَ عن أربعٍ عَن عُمُرِه فيما أفناهُ وعن جسدِهِ فيما أبلاهُ وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ وعن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وفيما أنفقَهُ "
Ibnu Hibban dan At Tirmizi meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda:"Tidak berganjak dua tapak kaki seorang hamba pada Hari Qiyamah sehinggalah ditanya tentang empat perkara:Tentang UMURnya pada apakah telah dihabiskan, Tentang TUBUHnya pada apakah telah digunakan, Tentang ILMUnya pada apakah yang telah ia amalkan dan Tentang HARTAnya dari mana diusahakannya dan pada apakah telah ia belanjakannya".

Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan persiapkanlah jawapannya dengan hidup sebagai seorang HAMBA tentang apa perlakuanmu semasa di dunia ini...barakallahuminalakum
Terima kasih saudaraku yang beriman lagi dimuliakan untuk penghasilan santapan jiwa ini.....

(Perkongsian Geng Kelas Arab)

Peri Pentingnya Masa

Kepentingan masa...

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ(٣)
Demi masa (1) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian(2) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.(3)
(Al 'Asr: 1-3)

1. Surah Al Asr adalah diantara surah Makkiyah. Surah yang pendek dan ringkas tapi mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam memberikan petunjuk sebab-sebab yang boleh membawa kejayaan kepada insan di dunia dan akhirat.

2. Para sahabat Rasulullah SAW apabila bertemu mereka tidak akan berpisah sehingga salah seorang di antaranya membaca surah Al Asr sehingga habis dan kemudian mengucapkan salam. Berkata Imam Syafie:
لو تدبر الناس هذه السورة لوسعتهم.
Maksudnya: Sekiranya manusia mentadabbur surah ini nescaya ia telah mencukupi mereka.

3. Allah bersumpah dengan masa yang dilalui oleh manusia di dalam kehidupan mereka. Hari berganti hari, pertukaran siang dan malam kesemuanya itu menunjukkan tanda kebesaran Allah yang Maha Agung.

4. Allah mempertegaskan di dalam surah Al Asr bahawa semua manusia sentiasa berada di dalam kerugian sama ada di dunia atau di akhirat. Kerugian itu di antara faktornya adalah kerana manusia tidak menghargai nikmat Allah dan tidak mengambil manfaat daripadanya sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ.
Maksudnya: Dua nikmat yang sering kebanyakan manusia mensia-siakannya iaitu masa sihat dan waktu lapang. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

5. Surah Al Asr memperingatkan kita bahawa ukuran kejayaan itu bukanlah terletak pada harta, kedudukan, wang ringgit dan anak pinak yang ramai. Insan yang tidak rugi dan berjaya itu adalah mereka yang menjalani kehidupannya di atas manhaj Allah yang lurus.

6. Surah Al Asr meletakkan empat tanda aras seseorang itu telah berada di atas manhaj yang lurus:

1. Iman: Iaitu beriman kepada Allah dengan mengikut petunjuk Rasulnya dan agama yang benar.

2. Amal soleh: Iaitu amalan yang dilakukan kerana Allah dan menurut sunnah Rasulullah SAW Diantara amal soleh itu seperti menunaikan kewajipan dan meninggalkan perkara yang haram serta melakukan Ibadah yang sunnah.

3. Berpesan dengan kebenaran: Iaitu dengan melakukan Amar Makruf Nahi Munkar

4. Berpesan dengan kesabaran: Iaitu dengan menasihati diantara satu dengan yang lain supaya bersabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah, bersabar dengan ujian buruk yang menimpa dan bersabar dengan dugaan dan cabaran yang dihadapi dalam menyampaikan dakwah sunnah yang hak.

6. Sesungguhnya surah Al Asr memperingatkan kita bahawa Maqasid Syariah itu adalah untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia dan akhirat.

Ruginya mereka yang tidak merasai kerugian jika...
Bila tidak solat.
Bila tidak solat berjamaah.
Bila tidak solat sunat.
Bila tidak bangun qiyam di penghujung malam.
Bila tidak baca atau banyak baca Al-Quran.
Bila tidak banyak berzikir dan berdoa.
Bila tidak di atas jalan perjuangan...

Besarnya pahala saling menasihati.
Hiduplah dalam nasihat menasihati.
Oleh itu, rugi seandainya ianya tidak dilakukan...

Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan alangkah beruntungnya kalaulah semua manusia sedar...barakallahuminalakum
Terima kasih saudaraku yang beriman lagi dimuliakan untuk penghasilan santapan jiwa ini.....

(Perkongsian Geng Kelas Arab)

Sempit

Manusia selalu rasa ingin lari dari apa yang Allah tetapkan dan kehendaki kerana merasakan ianya sempit, terkongkong, mundur dan tiada masa depan.

Akan tetapi ada hakikat yang perlu manusia fahami. Bahawa dengan kita sentiasa dekat dan hampir dengan Allah, disitu lah jalan keluar, ketenangan, ketenteraman, kebahagiaan dan rasa cukup kepada apa sahaja yang manusia manusia cari jawapan kepada kekosongan hidup mereka.

Yang sempit itu ialah sikap hati dalam dada...

وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّـهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.(Al An’am: 125)

Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekeliling kamu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan kemunafikan dan pendustaan.

Sempit dada kita bukan disebabkan beratnya kesusahan hidup yang kita alami tetapi lantaran kurangnya pergantungan kita kepada Allah...

وَمَنْ يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسْبُهٗ
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)(At-Talaq: 3)

Keluh kesah kita bukan disebabkan banyaknya masalah di fikiran kita tetapi lantaran kurangnya hati kita mengingati Allah...

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.(Ar Ra’du: 28)

Bukan bumi ini yang sempit tetapi hati kita kurang lapang .
Bukan rezeki yang sedikit tetapi diri kita kurang bersyukur.

Jadikanlah hati kamu sentiasa bergantung dengan Allah ketika sempit dan lapang, ingatlah ketika sedih dan gembira, ketika senang dan susah.

"Hendaklah engkau mengenal Allah di waktu lapang (senang), nescaya Allah akan mengenalmu di waktu sempit (susah)”.(Hadith Riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi)

Hebat macam mana pun kita sebagai manusia, ketika Allah mencabut ketenangan dari dalam hati kita maka sekelip mata sahaja dunia ini akan terasa sempit.

Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan, ingatlah Allah selalu. Sesungguhnya Tuhanku sangat dekat dan Maha memberi segala jawapanNya....barakallahuminalakum
Terima kasih saudaraku yang beriman lagi dimuliakan untuk penghasilan santapan jiwa ini.....

(Perkongsian Geng Kelas Arab)

Kaedah Menasihat

Memberi nasihat jangan sampai menyakiti...

Berilah nasihat kerana...
1. Mengharapkan redha Allah Ta’ala
Kerana hanya dengan niat inilah , seseorang itu berhak atas pahala dan ganjaran dari Allah Ta’ala di samping berhak untuk diterima nasihatnya.

Rasulullah SAW bersabda,
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
“Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya setiap orang itu hanya akan mendapatkan sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya (dinilai) kepada Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang hijrahnya karena dunia yang hendak diraihnya atau karena wanita yang hendak dinikahinya, maka (hakikat) hijrahnya itu hanyalah kepada apa yang menjadi tujuan hijrahnya.”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Bukan bertujuan memalukan orang yang dinasihati.Seseorang yang hendak memberikan nasihat harus berusaha untuk tidak memalukan orang yang hendak dinashati. Ini adalah musibah yang sering terjadi pada kebanyakan orang, saat dia memberikan nasihat dengan nada yang kasar. Cara seperti ini boleh memberi kesan buruk atau menjadikan keadaan lebih teruk. Dan nasihat pun tidak mencapai sebagaimana yang diharapkan.

3. Menasihati secara rahsia
Nasihat sering disampaikan dengan terang-terangan ketika hendak menasihati orang ramai seperti ketika menyampaikan ceramah. Namun kadangkala nasihat harus disampaikan secara rahsia kepada seseorang yang memerlukan sentuhan atas kesalahannya. Dan umumnya seseorang hanya dapat menerimanya ketika dia sendirian dan suasana hatinya baik. Itulah masa yang tepat untuk menasihati secara rahsia, dan bukan secara terbuka. Sebaiknya nasihat yang baik jika disampaikan di tempat yang tidak tepat dan dalam suasana hati yang sedang marah maka nasihat tersebut hanya bagaikan asap yang berkepul dan seketika menghilang tanpa bekas.

Al Hafizh Ibnu Rajab rahimahullah ta’ala berkata:“Apabila para salaf hendak memberikan nasihat kepada seseorang, maka mereka menasihatinya secara rahsia. Barangsiapa yang menashati saudaranya berduaan saja maka itulah nasihat. Dan barangsiapa yang menasihatinya di depan orang banyak maka sebenarnya dia memalukannya.”(Jami’ Al ‘Ulum wa Al Hikam)

Abu Muhammad Ibnu Hazm Azh Zhahiri rahimahullahu ta’ala berkata,“Jika kamu hendak memberi nasihat sampaikanlah secara rahsia bukan terang-terangan dan dengan sindiran bukan terang-terangan. Terkecuali jika bahasa sindiran tidak dipahami oleh orang yang kamu nasihati, maka berterus teranglah!”
(Al Akhlaq wa As Siyar)

4. Menasihati dengan lembut, sopan, dan penuh kasih sayang
Seseorang yang hendak memberikan nasihat haruslah bersikap lembut, sensitif, dan beradab di dalam menyampaikan nasihat. Sesungguhnya menerima nasihat itu diumpamakan seperti membuka pintu. Pintu tidak akan terbuka kecuali dibuka dengan kunci yang tepat. Seseorang yang hendak dinasihati adalah seorang pemilik hati yang sedang terkunci dari suatu perkara, jika perkara itu yang diperintahkan Allah maka dia tidak melaksanakannya atau jika perkara itu termasuk larangan Allah maka ia melanggarnya.

Oleh itu, harus ditemukan kunci yang betul untuk membuka hati yang tertutup. Tidak ada kunci yang lebih baik dan lebih tepat kecuali nasihat yang disampaikan dengan lemah lembut, diutarakan dengan beradab, dan dengan ucapan yang penuh dengan kasih sayang.

Nabi SAW bersabda,
إِنَّ الرِّفْقَ لاَ يَكُونُ فِى شَىْءٍ إِلاَّ زَانَهُ وَلاَ يُنْزَعُ مِنْ شَىْءٍ إِلاَّ شَانَهُ
“Setiap sikap kelembutan yang ada pada sesuatu, pasti akan menghiasinya. Dan tidaklah ia dicabut dari sesuatu, kecuali akan memperburuknya.
(Hadith Riwayat Muslim)

Fir’aun yang seorang yang kejam dan keras di masa Nabi Musa namun Allah tetap memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun agar menasihatinya dengan lemah lembut.

Allah Ta’ala berfirman,
‎فَقُولا لَهُ قَوْلا لَيِّنًا
 “Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lemah lembut.”(Thaha: 44)

Nasihat yang diberi secara keras dan kasar hanya akan menyebabkan banyak pintu yang tertutup . Banyak orang yang diberi nasihat, namun tertutup dari pintu hidayah. Banyak kerabat dan karib yang hatinya semakin jauh. Banyak pahala yang terbuang begitu saja. Dan sudah tentu banyak ruang bantuan yang diberikan kepada syaitan untuk merosak hubungan persaudaraan.

5. Tidak memaksa kehendak Salah satu kewajiban seorang mukmin adalah menasihati saudaranya ketika ia melakukan keburukan. Namun dia tidak berkewajiban untuk memaksanya mengikuti nasihatnya. Seorang pemberi nasihat hanyalah seseorang yang menunjukkan jalan, bukan seseorang yang memerintahkan orang lain untuk mengerjakannya.

Ibnu Hazm Az Zhahiri mengatakan:“Janganlah kamu memberi nasihat dengan mensyaratkan nasihatmu harus diterima. Jika kamu melanggar batas ini, maka kamu adalah seorang yang zalim…”(Al Akhlaq wa As Siyar)

6. Mencari waktu yang tepat Bukan setiap masa, orang yang hendak dinasihati itu bersedia  untuk menerima nasihat. Adakalanya jiwanya sedang resah, marah, sedih, atau hal lain yang membuatnya menolak nasihat tersebut.

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhuma menyebut:“Sesungguhnya adakalanya hati bersemangat dan mudah menerima, dan adakalanya hati lesu dan mudah menolak. Maka ajaklah hati ketika dia bersemangat dan mudah menerima dan tinggalkanlah ketika dia malas dan mudah menolak.”(Al Adab Asy Syar’iyyah, Ibnu Muflih)

Jika seseorang ternyata tidak mampu menasihati dengan baik maka dianjurkan untuk diam dan hal itu lebih baik kerana ianya akan lebih menjaga dari perkataan-perkataan yang akan memperburuk keadaan dan dia boleh meminta tolong kawannya agar menasihati orang yang dimaksudkan.

Nabi SAW bersabda,
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا، أَوْ لِيَصْمُتْ
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaklah berkata yang baik atau diam…”(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin dalam Syarhu Al Arba’in An Nawawi memberikan beberapa faedah dari nukilan hadith di atas iaitu wajibnya diam kecuali dalam kebaikan dan anjuran untuk menjaga lisan.

Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan jangan pernah putus asa untuk memohon pertolongan Allah kerana pada hakikatnya Allahlah Yang Maha Membolak balikkan hati seseorang. Biar sekeras mana pun hati seseorang namun tidak ada yang mustahil jika Allah berkehendak untuk melembutkan hatinya dan menunjukkan kepada jalan-Nya...barakallahuminalakum
Terima kasih saudaraku yang beriman lagi dimuliakan untuk penghasilan santapan jiwa ini.....

(Perkongsian Geng Kelas Arab)

Sakit Itu Nikmat

Sakit itu satu nikmat...

Kadangkala dalam perjalanan kehidupan ini, manusia jatuh sakit. Allah ujinya dengan kesakitan.
Kadangkala manusia tidak perasan, Allah sedang memberikan kepadaNya titik perhentian untuk bermuhasabah. Sungguh sebenarnya, sakit itu nikmat.

Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita inginkan adalah sihat.

Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit mengundang peringatan.

Ada pepatah berkata:"Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan"

Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:"Sesungguhnya Aku boleh menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja"

وَلَـنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَـوْفِ وَالْجُـوْعِ وَنَقْصٍ مِّنَ  الْاَمْوَالِ وَالْاَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِ  ؕ  وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيْنَ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"(Al-Baqarah: 155)

اَوَلَا يَرَوْنَ  اَنَّهُمْ يُفْتَـنُوْنَ فِيْ كُلِّ عَامٍ مَّرَّةً اَوْ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ لَا  يَتُوْبُوْنَ وَلَا هُمْ يَذَّكَّرُوْنَ
"Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?"(At-Taubah: 126)

Tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita. Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia. Manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa pada hakikatnya, kita langsung tidak patut mendongak (menengok ke atas) bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.

Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan. Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah pada hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan? Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?

وَمَاۤ اَصَابَكُمْ مِّنْ مُّصِيْبَةٍ فَبِمَا  كَسَبَتْ اَيْدِيْكُمْ وَيَعْفُوْا عَنْ كَثِيْرٍ
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu."(Asy-Syura: 30)

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk"(Al-Baqarah: 155-157)

Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan walau sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah ditempuhi dengan sabar, redha  dan bertawakal kepada-Nya. Terus menerus berusaha mencari penawar dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan rahmat agar keadaan penyakit yang dihadapi akan lebih baik daripada sebelum ini...barakallahuminalakum
Terima kasih saudaraku yang beriman lagi dimuliakan untuk penghasilan santapan jiwa ini.....

(Perkongsian dari Geng Kelas Arab)

Andai Dapat Ku Undurkan Masa

Kalaulah Telipuk berada di tempat Cha Ju-Hyuk, agaknya apakah perkara lepas yang Telipuk ingin ubah? Hemmm...dah macam nak buat karangan, "Sekiranya saya menjadi seorang jutawan". Manusia ni kalaulah ada kebolehan untuk mengubah sejarah...pastilah huru-hara satu dunia ni. Sebab apa, sebab sikap manusia yang hanya akan buat benda yang penting untuk dirinya. Mengutamakan kepentingan diri sendiri berbanding orang lain itu adalah fitrah. Macam Cha Ju-Hyuk yang merasakan dirinya menjadi mangsa lalu ingin menukar sejarah kerana menyangka dia berhak untuk menikmati kehidupan yang lebih baik tanpa memikirkan keadaan orang lain.

Ok, baik , jom Telipuk cerita tentang drama Korea berjudul "Familiar Wife"ini. Pelakon siapa tu semua Telipuk tak akan sentuh sebab Telipuk hanya berminat dengan ceritanya. Lagipun tak reti kot nak cerita tentang pelakon sebab tengok macam sama jer rupa masing-masing hahaha...semua pun comel-comel juga.

Cerita bermula apabila seorang suami merasa terbeban dengan perubahan sikap isterinya. Baru kawin beberapa tahun isteri yang dicintai berubah menjadi 'raksasa' katanya. Dari sudut pandangannya, lelaki ini (Cha Ju-Hyuk) merasakan dirinya amat malang. Sudahlah kerja di bank bagai tak pernah habis, kena selalu hadiri perjumpaan dengan boss dan rakan-rakan sekerja dan macam-macam lagi sehingga dia rasa dia seorang sajalah manusia yang paling sibuk. Dia juga rasa isterinya kejam dan tidak memahami dirinya. Isteri sibuk dengan anak-anak dan kerja sendiri, bila ada apa-apa hanya tahu menyusahkan dia sahaja. Isteri suka menengking dan tidak masak untuknya. Juga pentingkan diri sendiri. Bagi Cha Ju-Hyuk, isterinya Seo Woo Jin telah berubah menjadi seorang wanita yang dia tidak ingin impikan lagi sebagai isteri. Sedangkan hakikatnya, komunikasi antara mereka telah menjadi sehala, masing-masing buat hal sendiri dan Woo Jin dibiarkan menguruskan segala-galanya hal ehwal rumah dan anak-anak sampaikan tak ada masa untuk diri sendiri. Namun, as expected, Cha Ju-Hyuk tak sedar yang dirinya turut menjadi punca perubahan sikap si isteri dan berharap dia tidak berkahwin dengan Woo Jin.

Ok...next, entah datang bintang apa ntah yang membuka lowong masa dan membolehkan manusia merentas masa. Standard aaa citer Korea. Dengan menggunakan syiling 500 won tahun 2006 (tahun di mana Ju-Hyuk dan Woo Jin bertemu buat pertama kali), Ju-Hyuk telah mengembara balik ke tahun itu. Dipendekkan cerita dia telah meminda sejarah, membuatkan dia tidak bertemu dengan Woo Jin sebaliknya berjumpa dengan seorang perempuan yang dia pernah suka bernama Lee Hye Won.

Jeng...jeng...bila bangun tidur, segala-galanya telah bertukar. Ju-Hyuk kini menjadi suami Hye Won. Hye Won rupa-rupanya anak tunggal seorang ahli perniagaan yang kaya raya, maka, seluruh rumah dan perkakasannya termasuk kereta memang yang mewah-mewah belaka. Tak macam semasa hidup dengan Woo Jin, serba serbinya kena berjimat cermat. Cuma Ju-Hyuk masih merupakan seorang pekerja di KCU Bank. Satu perkara yang Ju-Hyuk kesal bila menyedari takdirnya telah bertukar ialah ketiadaan 2 orang anaknya dengan Woo Jin. Sebab dalam kehidupan baru ini, dia dan Hye Won tidak mempunyai anak. Berkenaan Woo Jin, dia seorang wanita yang berdikari dan masih bujang. Cuma tinggal berdua dengan ibunya yang menghidapi Alzheimer. Ditakdirkan, Woo Jin bertugas di ibupejabat KCU Bank. Oleh kerana jauh dari rumah, dia minta bertukar ke cawangan terdekat iaitu cawangan di mana Ju-Hyuk bekerja. Maka bertemulah mereka buat kali pertama. Ianya seperti perkenalan baru sebab Woo Jin langsung tidak mempunyai ingatan tentang hubungan mereka sebelum itu walaupun dia kerap diganggu oleh mimpi sama berulang-ulang tentang seorang lelaki dan perkahwinan. Bermulalah kehidupan mereka sebagai rakan sekerja.

Tetiba bila dah jadi rakan sekerja ni sibuk pulak Ju-Hyuk ambil tahu hal Woo Jin sampaikan bila kawan baik dia nak mengurat Woo Jin pun dia menentang. Kiranya, walaupun dia cuba menafikan , hati dia sebenarnya masih pada Woo Jin . Dalam pelbagai insiden yang dilalui membuatkan Ju-Hyuk mula belajar memahami Woo Jin dan dia sedih bila menyedari pada akhirnya, yang membuatkan perkahwinan dia dengan Woo Jin hambar adalah gara-gara sikap dia sendiri. Bottom line, if you want someone to change...you must change first!  Namun berlaku pertembungan dilema dalam diri Ju-Hyuk iaitu antara mahu kembali kepada Woo Jin dan perasaan bimbang yang sekiranya mereka kembali bersama, adakah mereka akan bahagia atau jadi seperti kisah asal di mana mereka saling membenci antara satu sama lain.

Kesudahannya...ehhh...tak naklah Telipuk cerita sampai noktah terakhir. Nanti tak best pulak untuk yang belum menontonnya...hahaha...tengok kat internet jer adaaa. Tapi itulah, berbalik kepada kisah kalau manusia boleh mengubah sejarahnya....hemmm...memang tak ke manalah kita, betul tak? Asal silap saja ubah. Asal hasil tak seperti diinginkan ubah. Lalu kita tidak akan pernah menjadi manusia yang boleh bangkit dari kegagalan dan belajar dari sejarah.

Ada jugalah terlintas dalam fikiran, kiranya bisa ku undurkan masa ini...tahun apakah, detik apakah ingin Telipuk ubah? Fikir punya fikir, memang ada banyak perkara yang ingin dipinda. Namun fikir punya fikir balik, perkara-perkara itulah yang menjadikan Telipuk seperti apa yang ada pada hari ini. Ya, Telipuk kesal dengan segala kesilapan yang telah Telipuk lakukan tetapi dengan kekesalan itulah Telipuk terpanggil untuk mendapatkan keampunan. Telipuk ralat tidak berbuat sehabis baik kala berpeluang, tetapi Telipuk tetap merasa bersyukur dengan apa yang termampu Telipuk miliki. Betul, adakala rasa terhimpit oleh keadaan dan sikap manusia lain, namun alhamdulillah , yang penting Telipuk masih boleh mara ke hadapan dan belajar untuk meneruskan hidup walau bagaimana sekalipun keadaannya sebab tiada istilah putus asa dalam hidup manusia Muslim. Kita ada Tuhan. Tuhanlah segalanya. Justeru, tiada keperluan untuk berpatah balik mengubah masa lampau kerana segala yang perlu ditulis sudah pun tercatat di lembaran, sudah terangkat .

Masa lalu hanyalah kenangan yang tidak mungkin dapat dikembalikan. Sedang hari esok bukan milik kita untuk dinoktahkan kepastian. Maka, cukuplah kita berpada dengan hari ini...semoga mampu kita jalani dengan sebaiknya.


Monday, October 01, 2018

SF9 - Love Me Again

Sudahhhh...terjebak sudahhh. Adoiii...tak pernah-pernah tengok drama Korean, tiba-tiba boleh tersuka pulak. Bukan suka-suka anak nakkk...ni dah suka-suka bapak punya suka sampai tak boleh move on...hahaha. Tu la, suka sangat memperlekeh orang yang follow korean stuffs ni kan...sekali terkena atas batu jemala sendiri.

Tapi, nak justify jugaklah kan...it's a beautiful storyline. Yang ada mesej. Telipuk rasa rencahnya cukup...tarikan yang kuat. Ini drama yang seseorang yang Telipuk percaya cadangkan suruh tengok. Bersungguh-sungguh dia suruh tengok sebab Telipuk kan suka dua jenis genre saja...satu komedi seram....satu lagi romantic comedy...keyword : komedi. hahahaha...bila tengok rasa tak muak dan boleh follow cerita, teruslah ikut sampai habis. Yang penting 16 episod sahaja, kalau panjang meleret-leret sorry tak rajin.

Cerita apa tu? Tajuknya "Familiar Wife".

Moral of the story : Percayalah kepada takdir. Redhalah dengan ketentuan Illahi.

Sungguh? Ya, sungguh. Jangan fikir cerita simple macam itu tak boleh beri mesej. Banyak owh kalau nak kupas. Telipuk pun siap boleh bercermin diri, bukan Cha Ju Hyuk saja ...hahaha...adoiii...

Nanti Telipuk kupas dalam entri lain, but today, just suka nak letak translated lyrics untuk OST drama ni. Lagu ni kalau keluar memang the episode about to end la...nice one. Tak tahu dan tak kenal pun penyanyinya siapa...lirik sangat kena dengan pengkisahan drama ini. Like it!

Sometimes I follow the moonlight
Hollowed mind

Eyes that look at you veiled
Feels like I’m in an unknown maze

I didn’t even know
Till we went to different worlds

Who is the person I know?
Were those sad eyes, yours?

In these feelings that wash over me
I hope you’ll know, at least a little

Love me again

Now I think I know
Can’t I have you again

Now I know how I was trapped
In childish emotions next to you

Who is the person I know?
Were those sad eyes, yours?

In these feelings that wash over me
Trap me in your heart

Sad times in pain
Dreamed of you and me
I’m fine feel right
Here I am my love Love me again

Love me again

I wanted that smile so badly
All of you that dazzles so brightly

I realized after 1000 steps away
That I still love you

Love me again