Best giler datang office pagi ini. Bayangkan jam 7.30 pagi, parking kat level -2 macam padang bola. Mulalah aku tak keruan pilih kotak paling best...ha..ha...tamak...tamak...Dah tentu aku parking depan lift! Perjalanan datang tadi pun memang sangat-sangat smooth...kereta tak banyak. Bagusnya!
Masa aku sampai, opis pun gelap gulita lagi. Pertama kali la dapat peluang on kan semua lampu ha..ha...Selalu Kak Lela la sampai paling awal. Tapi dia dah balik Kelantan hari Jumaat lepas. Lotuslily yang kedua awal pun dah cuti. Rosebud pun cuti. SirapMadu pun cuti. Rasanya hari ni geng kitaorang tinggal aku dengan USJ ajerlah. Tapi boss aku ada la hari ini...dan jugak esok...dia boleh cuti lama time Deepavali ajer walaupun aku rasa perayaan yang sesuai untuk dia hanyalah Vasakhi...he..he..he..
Hisham pun pandai jer liat tak mo gi sekolah. Dia cakap, "Ibu, saya 'absent' hari ini, boleh?" Ewah...ewah....Aku suruh gi jugaklah pasal bukan lama pun kat sekolah. Lagipun kang next time dia ingat senang-senang aje boleh amik cuti sendiri. Tak boleh! Tak boleh. Kena belajar dengan Ibu dia yang masa sekolah dulu selalu full attendance...he..he..he...
Ini adalah entry terakhir bagi bulan September ini sebelum aku bercuti panjang bermula esok sampailah 10 Oktober. Insyaallah, kalau ada umur yang panjang, aku akan sambung dengan entry sekitar sambutan lebaran ini. Justeru, sehingga bertemu lagi...di kesempatan ini, aku ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan terutama yang dekat sini yang sepanjang Ramadhan ini telah banyak membantu aku, mengingatkan aku untuk melakukan yang sehabis baik. Mudah-mudahan apa yang kita lalui bersama ini akan berterusan. Kalau aku lalai, tolong ingatkan lagi yer.
Juga ingin mengucapkan Salam Aidifitri terutamanya kepada semua yang ada berkunjung di sini, kalau ada salah silap yang mana tak berkenan di mata mahupun di hati, kemaafan jualah kupohon dari kalian. Selamat meraikan perjuangan yang selamanya tak akan selesai, semoga kita semua diberkati dan dirahmati yang Maha Esa.
Monday, September 29, 2008
Wednesday, September 24, 2008
Seminggu Sebelum Raya
Menjelang minggu terakhir Ramadhan, maka dialog-dialog ini pun kedengaran.
Lokasi : Depan gerai-gerai jualan tak jauh daripada lift level -1.
Adegan sapa-menyapa antara dua orang staff TM yang dah lama tak jumpa.
Telipuk : "Hai...lama tak nampak. Apa khabar?"
Mrs J : "Hai...khabar baik. Maaf zahir batin ye...".
Lalu saling bersalaman dengan mesra sekali.
Telipuk : "Bila cuti?"
Mrs J : "Jumaat ni last kerja". Sambil tersenyum lebar.
Telipuk : "Alah...I Isnin ni kerja lagi".
Mrs J : "Eh...tak balik kampung ke? You raya mana?"
Telipuk : " I raya sini dulu. Raya ke-4 baru balik. Insyaallah. Eh...you balik Johor ye?"
Mrs J : "Mana pulak Johor...hubby I orang Kuantan, I balik Pahang tahun ni".
Telipuk : (Alamak! Main terjah jer aku...negeri mana tah dia ni? Aisey, lupa lak!)Oh...yer ke!(cover...cover..). You orang mana yer? Lupa la pulak?"
Mrs J : "I orang Negori. Tahun lepas dah balik sana. Tahun ni giliran sana la pulak".
Telipuk : "Haa...ha...okay la tu. Jumpa lagi ya, selamat hari raya".
Bila dah sampai kat atas pulak.
Bro Z : "Hujung-hujung ni rasa malaslah nak datang kerja ni.."
Telipuk : "Cuti bila?Jumaat ni last ke?"
Bro Z : "Tu la pasal...tinggal sehari dua ni mood aku pun dah tarak"
Telipuk : "Alamak! Siapa-siapa ajerlah yang tinggal Isnin nanti!"
Bro Z : "Ha..ha...ko boleh datang lepak-lepak la, parking sure kosong"
Telipuk : "kalau saya park depan lift pun tak de sapa nak kacau, kan?"
Bro Z : Alah...ko datang pukul semilan pun okay punya..."
Telipuk : "Lepas tu tak yah risau time keluar...tak der sapa nak berebut...silap-silap pukul 3 semua pun dah blah..."
Bro Z :Selamat laaa...
Hemmm...dialog-dialog raya sungguh banyak sekali. Yang bila berpapasan terdengar pasal kuih-muih, kain baju tak usah ceritalah. Apsal kerja aku belum siap lagi ni??? Hampeh tul! Rekod betul tahun ini sebab satu lagu raya pun aku belum dengar kat radio...semalam jer dengar lagu Mamat time Lotuslily pasang online radio Suria FM...heran gak eh? Mungkin hari Isnin nanti kalau tinggal 5 orang daripada 20 keseluruhan warga Regulatory ni...maka bolehlah aku berdendang lagu raya nanti huhuhu...
Nasib baiklah aku 'terpaksa' cuti hari Selasa. Kalau tak, silap haribulan aku sorang jer la terkebil-kebil kat opis yang saujana mata memandang ini. Baru apply tambah lagi sehari...harap-harap boss approve ler. Mak pak mertua den dah pakat nak balik Melaka pagi Selasa, nak bakor lomang katonyo...terpaksolah den cuti ajo jago bebudok kek umah tu.

Tuesday, September 23, 2008
Hidup yang 'Hidup'
Hidup ini adalah satu seni...dan tentunya ianya dapat dipelajari. Mesti dipelajari dengan baik dan dimanfaatkan dengan baik. Sedikit yang boleh aku rumuskan dari pembacaan ku yang masih lagi berlangsung berhubung tulisan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (La Tahzan)adalah seperti berikut:
1)Nikmatilah hidup seadanya dengan perasaan yang bersemangat dan gembira sehingga mampu pula membahagiakan insan-insan disekeliling.
2)Membuang jauh-jauh segala kekotoran dan daki di hati sehinggakan tiada perasaan iri dan hasad lalu mampu pula tersenyum dan gembira dengan kebahagiaan serta kejayaan orang lain
3)Redha dan bersyukur atas segala yang dikurniakanNya
4)Melihat kepada perkara-perkara yang positif dan selalu bersangka baik
5)Tidak akan menjadi kudis atau bahaya kata nista, caci atau umpatan orang. Semuanya hanyalah perkara remeh yang sekadar duri di jalanan
6)Tidak ada satu benda atau satu perkara pun yang didalamnya hanya mengandung kesenangan semata-mata melainkan ada bahagian kesusahannya. Maka terimalah kesenangan itu dengan syukur dan bersabarlah menghadapi kesusahan. Pada kedua-duanya terdapat ganjaran yang besar
7)Terimalah hidup ini apa adanya
8)Tersenyum...tersenyum dan tersenyumlah!
Kupasan dalam buku asal yang belum habis ku baca ini memanglah terperinci, tetapi berdiri atas dasar yang sama. Iaitu menyingkirkan kesedihan atau menguasai kehidupan dengan jalan bimbingan dan petunjuk dari Allah. Setiap huraian akhirnya membawa kepada perkara yang pokok...kita sebagai hamba - Dia sebagai Pemilik, Maha Pencipta, Maha Agung dan Maha Kaya.
Sebenarnya dalam diri manusia ini, atau secara fitrahnya, memang cenderung kepada kebaikan. Akan tetapi ianya tetap sahaja akan menjadi satu perjuangan yang panjang kerana adanya hawa nafsu yang tak henti menyekat diri dari berbuat baik. Lalu teringat pula akan soalan seorang muslimat semasa ceramah kelmarin, "Bagaimana mahu meneruskan kebiasaan berbuat baik (melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pencarian pahala) sepanjang Ramadhan agar dapat pula berlangsung selepas Ramadhan dan seterus-seterusnya..". Pendek kata, cara-cara mengekalkan keimananlah ye, cadang Ustaz Zahazan Mohamed, pensyarah UIAM itu.
Panjang lebar juga rasanya ulasan Ustaz Zahazan, akan tetapi Aku cuba juga sendiri menjawabnya. Kerana persoalan itu, bukan masalah satu-satu orang sahaja, tapi itulah juga masalah yang dirasai oleh setiap kita yang mahukan yang terbaik dalam hidup di dunia dan akhirat ini. Bab mengekalkan iman ini seharusnya tidak terikat pada satu-satu bulan, atau satu-satu tempoh sahaja tetapi ianya adalah sesuatu yang berterusan. Sebaik diyakini, maka kita harus berpegang teguh dengannya kerana siapalah kita untuk mengatakan bahawa aku ini sekian sekian adalah seorang yang beriman, aku tidak melakukan yang sekian sekian itu dan juga aku selalu melakukan yang sekian sekian ini...maka kesudahan untuk aku adalah yang sekian sekian itu. Jangan! Jangan cepat rasa hairan, takjub dengan diri. Kepada Allah jualah kita serahkan segala urusan. Dan Allah berkuasa membolak-balikkan hati kita.
Semestinya kita harus terus syukur dengan nikmat iman yang Allah beri dan berdoalah mudah-mudahan kita ini tergolong dalam golongan yang tetap berada dijalanNya, diberi taufik dan hidayahNya setiap masa dan memperolehi kesudahan yang baik. Jika kita berpegang kepada ini, bahawasanya apa-apa sahaja boleh berlaku dan kerana itu kita perlu sentiasa beringat dan membuat persiapan berterusan...insyaallah, selepas Ramadhan ke, selepas musim Haji ke...atau sampai bila-bila pun begitulah harus kita corakkan hidup kita. Ramadhan tentu sahaja menjadi titik mula, buat kita yang baru berjinak-jinak mendekatkan diri dengan nikmat iman ini, usahakanlah. Jangan kita rasa berputus asa dengan Rahmat Allah. Berdoalah kerana Allah itu sangat dekat.

Monday, September 22, 2008
Facebook 3
Setelah beberapa ketika menceburi aktiviti online networking ini, maka bilangan rakan-rakan pun semakin bertambah. Alhamdulillah, kepada rakan-rakan yang sudi menghubungi terima kasih banyak-banyak. Sebelum ini, aku rasakan macam sedikit susah nak mengekalkan momentum berurusan dengan FB ini, ternyata ianya hanyalah tanggapan awal yang tersasar.
Memang aku tetap sahaja tidak punya masa senggang yang lapang untuk betul-betul memanfaatkan FB kerana ruang waktu kala di rumah semestinya menuntut pembahagian yang lebih besar buat memenuhi keperluan keluarga. Apapun syukur, setakat ini, masih berkesempatan menjenguk ke FB setelah memeriksa terlebih dulu inbox Gmail di pejabat kalau-kalau ada sesiapa yang ada mengirim berita.
Apapun yang paling aku suka tentu sahaja ciri-ciri menulis "wall-to-wall" itu dan juga Inbox untuk mengirim dan menerima pesanan dari teman-teman khusus. Cumanya buat aku setakat ini, belum lagi berminat untuk ciri-ciri paparan gambar dan video itu. Dan aku juga tak rajin nak update status...in fact, tak usik pun. Ha..ha...tapi aku sangat suka bertemu muka-muka yang suatu masa dulu kala ada kenal. Semalam jumpa kawan lama masa sekolah rendah! Aku bagai nak gila cari dia...sekali jumpa depan mata! Masyaallah! terus hantar request, harap-harap betullah dia.
Err...kalau ada request yang kita tak mahu terima...boleh ignore begitu ajer ke? Takut pulak kalau diklik 'ignore' pihak yang satu lagi dapat apa-apa indication...nanti tak pasal pula ada yang terasa hati...aallaaahhaaiii!!!

Saturday, September 20, 2008
Happy Birthday, Norhisham!
It's Hisham's birthday today. Previously he did asked why we're not celebrating his birthday everytime any of his friends had a birthday celebration at school. I tried to explain that the time has yet to come. So, today, I slowly explained to him using the calendar. Last year we had prepared goodies bag and send one big cake to the school. However, this year since it falls on Saturday, I think there's no need to have another one at school. Hope he's not complaining (not yet).

Here's the subject of the day. An ice cream cake bought from Pistachio Bakery located in Danau Kota. We earlier went to Nashmin Bakery here at Jalan Gombak but the raya cookies business must be doing very well that they decided to stop baking the usual birthday, party cake at the moment.

Aiman readily offer his powerful blow to help Hisham in the candle blowing exercise.

Clap!Clap!Clap!

Heroes of my life!

Okay...let's do it! Everybody enjoys the delicious ice cream cake. The celebration took place shortly after the break (fast) time was announced.
To my eldest son, may you become successful in your future undertakings. May Allah blessed you with His never ending Rahmat. Aminnn.

Friday, September 19, 2008
Predictable Behaviour
To be a good and smart driver, we need to focus on driving so that all our in-build system for alertness can function well. Ability to predict is one of the key components. Mastering this kind of prediction is an art that can only be learned from experience. Yes, and I am writing this based on my driving experience.
Driving is like learning a new language. The first time, you need to understand the road signs, just like you try to 'sound' a foreign word. Get yourself familiar with the road condition, surface, lanes, traffic lights and the list goes on. Once you understand the rules and what not, you'll know to find your way around and probably able to perform manipulating communication using that language for whatever reasons when needed.
Similarly, I get used to the condition of the routes travelled everyday between Sentul and Menara TM. I know where to slow, when to speed up (just a little bit above 100kmph) or when to start giving signal to change lane. It's almost like having a driving software (drive_atoz. ira ver.2008) inside my head, but, of course I do not solely depend on that automatic response because it is very dangerous to do so...I repeat...it's dangerous!
The reason is become dangerous is due to the nature of us human being...our laid-back style coupled with the infamous selfish attitude. From my observation, this 'chemical' combination can become fatal if the person who sit behind the wheel also happen to be a reckless driver...gosh!
You have to be able to predict what the other drivers intend to react on a certain situation. This is so important because many driver only think of themselves. For example, a bus ahead of you gives its left signal,indicating that it will stop soon probably to pick up the passenger. You are at that time, following the bus closely. Normally, if it is me...I will stop. But most drivers won't. They think that brief stop will delay them significantly that they just swerve onto the adjacent lane without consideration to other drivers. If that lane is clear, no problem. But what if...hemm...I'm sure the impact can be very significant!What a choice!
Seasoned drivers know that it is always better to use the right lane because it is less congested. However, it irks me that many of them actually are not taking that lane other than the purpose of getting ahead than others. Therefore they only give signal to change lane at the very last minute which is very dangerous. If you have to turn left, please give ample time to other driver to react when you change you lane...at least 500 meter distance before the turning. And don't get so comfortable with that irresponsible 'jumping queue' act. It's far from cute, ok?(even if you have that "If You Think The Car Is Cute, Wait Until You See The Driver" sticker)
So, drivers, try to predict what the drivers in front of you intend to do...based on the situation and the road 'omens'...it could save unnecessary travel to workshop or even life. This ability has save me on many possible occasions (which I opt not to relate here)...so far, and I'm grateful for Allah. As always, it is better to be late than never.
Have a save driving!

Perjalanan
Perjalanan ini jauh
Kalau tak pernah puas
Kalau tak pernah syukur
Kalau tak pernah ingat
Mengenang setiap nikmat
Perjalanan ini jauh
Kalau sering lupa
Kalau sering saja leka
Kalau acapkali ingkar
Mencegah yang mungkar
Tentu saja perjalanan ini terasa jauh
Kalau tak kenal sujud
Tak pernah bermuhasabah
Merasa diri bersalah
Lalu jangan kau menggelabah
Kalau tiba-tiba disergah
Peringatan dari Allah
Sebaik kekesalan menusuk kalbu
Saat masa menderu laju
Dan lidah semakin kelu
Jangan sampai terlambat
Yang jauh itu sebenarnya dekat
Hanya saja kalau kau mampu 'melihat'
19 Ramadhan 1429 Hijrah
Menara TM, KL
Kalau tak pernah puas
Kalau tak pernah syukur
Kalau tak pernah ingat
Mengenang setiap nikmat
Perjalanan ini jauh
Kalau sering lupa
Kalau sering saja leka
Kalau acapkali ingkar
Mencegah yang mungkar
Tentu saja perjalanan ini terasa jauh
Kalau tak kenal sujud
Tak pernah bermuhasabah
Merasa diri bersalah
Lalu jangan kau menggelabah
Kalau tiba-tiba disergah
Peringatan dari Allah
Sebaik kekesalan menusuk kalbu
Saat masa menderu laju
Dan lidah semakin kelu
Jangan sampai terlambat
Yang jauh itu sebenarnya dekat
Hanya saja kalau kau mampu 'melihat'
19 Ramadhan 1429 Hijrah
Menara TM, KL
The Balancing Act
It's clear as day to conclude what is there behind her facial expression when I told my boss about the outcome of the yesterday's meeting.Definitely, she is not happy. We both know well that we've been in a deep shit. Sadly, we can't do much about it. She only got until February next year. Even so, I suspect she's letting go her grasps on quite a number of issue bit by bit. That's pretty obvious, but it is understandable.
Initially the issue was just the size of a molehill. Although it was considered an act that could be deem anti-competitive, the internal investigation and findings merely concluded that it was an 'isolated' case and was not done with the intention to suppress competition in the market. To me, it's just an act purely done with the intention to assist the customer without realising the impact. Unfortunately, someone who is of a superior rank thinks otherwise. Ever since, that molehill grows to become what it is now...one big, irritating mountain!
My involvement is basically due to the fact that competition is under my job's terms of reference. Despite the show of lackadaisical by my superior, I still have to shoulder the responsibility of ensuring that the approach taken to mitigate the issue does not backfire my job and my normal dealings with competition in the future. I'm in that "tersepit" kind of situation. My action and hence the decision I made on this (although making a decision is hard for a Libran), is totally based on the expected result.
If the outcome is favourable, then, most likely I will accept. If the outcome is not favourable, I probably can just say NO. However, in this 50-50 situation, I would try to compromise so that all the parties involve get at least some of their objectives achieved. That's my ideal win-win situation which I am now trying to secure...hopefully!

Thursday, September 18, 2008
Mattop Bariani
Seorang rakan seperjuangan warga TM yang juga merupakan geng Management Trainee Program 7 (MTP7)sesi Jun 1998, Md Azani Hj. Mansor telahpun menceburi bidang perniagaan iaitu mengusahakan sebuah restoran di Bangi. Tahniah diucapkan, mudah-mudahan terus sukses selalu.

Di kesempatan ini, Aku bukakan sedikit ruang yang tak seberapa ini untuk mempromosikan restoran ini. Menurut teman yang telah mencubanya, insyaallah, makanan yang disediakan tidak menghampakan dan harga yang dikenakan sangat berpatutan. Antara hidangan yang boleh dicuba di restoran ini ialah:

Set nasi beriani ayam goreng rempah, untuk penggemar ayam macam aku...he..he...he...

Yang suka kambing, boleh cuba yang ini.

Ayam goreng berempah...hemmm...macam terbau la haruman rempahnya...hish!

Alamak....peberet niiieee....sabau...sabau...

Boleh hilangkan dahaga dengan ais limau ni.

Air bandung pun okay gak...lamanya tak minum sirap bandung ni.

Aneka pilihan ice blended jika suka...pun ada tersedia.
Kalau nak pergi, boleh ikut peta ini. Aku kawasan Bangi ni memang fail, pernah sampai UKM ajer...itupun entah dah berkurun-kurun lama rasanya...ha..ha...ha...

Khabarnya di bulan Ramadhan ini ada promosi buffet pada harga yang istimewa...

Memang istimewa betul ni. Tapi, tu lah, tak dapatlah nak pergi. Insyaallah, bila-bila Aku lalu sana nanti, kalau ada kesempatan...Aku singgah ye, Ajak!
Apapun tahniah sekali lagi. Aku doakan semoga perniagaan kau ini akan terus maju jaya. Aku tumpang seronok dan berbangga dengan kejayaan kawan-kawan.

Bila Dah Meluat!
Pening lalat melihat gelagat dan perkembangan siasah tanahair ku ini. Bukan bertambah hormat, bertambah meluat adalah. Yang merudumnya martabat negara di mata dunia, yang sengsaranya rakyat jelata, yang susah-hatinya si pengaut harta sebab tak pasti berapa lama boleh memegang kuasa ha..ha..ha...kalau boleh dipanjangkan tempohnya lagilah afdal. Takut menimpa kaum kerabat yang sama menumpang mewah. Tapi kalau tak boleh panjang, janji tahu bila...cukuplah nak sebat mana yang masih bersisa itu. Tinggallah rakyat terkelip pok..terkelip pok...macam cicak berak kapoq!
Yang hairannya drama bersiri ini biasa sahaja plotnya. Jenis drama belanja ciput lagaknya. Pelakon pun elok sikit aje dari tunggul kayu. Tapi ratingnya tak jatuh-jatuh. Penonton ramai jugak. Sebab yang menonton tak semestinya suka. Boleh jadi menonton kerana dipaksa atau menonton sebab nak menganalisa. Tapi kesudahannya macam dah boleh jangka. Cuma antara cepat atau tidak sahaja. Payah sangatkah nak melepaskan takhta?
Kesianlah negaraku Malaysia. Elok-elok berkereta di lebuhraya tiba-tiba dipaksa berjalan kaki meredah paya. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Tercapaikah hasrat negara berwawasan? Atau hanya tinggal jadi kenang-kenangan?
Hentikanlah sandiwara ini. Hentikanlah retorik perjuangan untuk kami kalau yang kau buru hanyalah kepuasan peribadimu. Tak perlu heret kami ke kancah pertempuran sia-sia ini. Bolehkah kalian duduk sebentar, gunakan akal? Ooohh...akal....entah di mana letaknya akal....hemmmmmm.......kalau masih di tempurung lutut, susahlah...:)
( susah...memang susah kalau bertindak tanpa berfikir!)

Wednesday, September 17, 2008
Antara Dua
Bersuaralah
Jika itu buat kau rasa hebat
Berkatalah
Jika itu buat kau rasa berbakat
Tapi luahkanlah
Perkataan yang bermakna
Bukan sekadar untuk pendengaran
Tapi jua untuk pemahaman
Buat meningkatkan sebuah pengalaman
Berdiamlah
Kalau kau rasa ragu
Senyaplah
Kalau kau rasa tak mampu
Menambah yang sedikit
Meluaskan yang sempit
Kerana sempadan
Antara bersuara dan berdiam
Kadangkala terlalu kecil
Untuk membezakan
Sebuah kefahaman
Adakalanya dalam berdiam
Mampu melafazkan seribu makna
Sedang ramahnya kata-kata
Terkadang mengundang bencana
Jika itu buat kau rasa hebat
Berkatalah
Jika itu buat kau rasa berbakat
Tapi luahkanlah
Perkataan yang bermakna
Bukan sekadar untuk pendengaran
Tapi jua untuk pemahaman
Buat meningkatkan sebuah pengalaman
Berdiamlah
Kalau kau rasa ragu
Senyaplah
Kalau kau rasa tak mampu
Menambah yang sedikit
Meluaskan yang sempit
Kerana sempadan
Antara bersuara dan berdiam
Kadangkala terlalu kecil
Untuk membezakan
Sebuah kefahaman
Adakalanya dalam berdiam
Mampu melafazkan seribu makna
Sedang ramahnya kata-kata
Terkadang mengundang bencana
Tuesday, September 16, 2008
What's Up?
I was very early today. I reached my favourite parking spot at about 7.20 a.m...whew...I didn't remember speeding on my way here though I did recall overtook several slow moving cars...he..he...he...I was so early that I beat Lotuslily's record eventhough her house is just a stone's throw away. I probably was the first visitor to the lavatory today since I had to switch on the light before entering. And Sirapmadu has not come in yet...she beat me yesterday! So much of me coming in early ya!
I received my first hari raya card yesterday.
Abang said, "Here...your hari raya card! Must be from one of your past boyfriends!" to which I quickly put on my best, cute grin.
What a surprise, it's from my parent...ha...ha...with Mom's handwriting. That's so sweet! I told Abang and he laughed. Never did he imagine that my parent could, on their own, write and send a hari raya card! They may be old, but they're very cool too. I immediately have one hari raya card ready for reply.
Oh, I may need to cancel my plan to add one or two homemade raya cookies because Abang is planning to place some orders from his staff. He brought home some samples and we both agreed to order one "roda impian" and may be one "Almond Bar". Like me, he just want to give moral support to staff who during this festive period is working for extra money from this small business. I think we've enough raya cookies in line now. May be I'll just baked some cakes later on...or may be cook my Mom's specialty, "rendang kerang" for raya. Owhhh...that'll remind me of the real rendang kerang's fanatic, my brother Ramzan....
Opps...enough with the pre-raya plan...I've got to get ready for today's training (againnnn!!!!). It's a two day event. Because he already told us attendance is "compulsory", I guess I'll just be there and hope that the consultant manage to put up an interesting presentation for the benefit of all. Good luck.

Monday, September 15, 2008
Iklan
Iklan raya daripada Petronas. Memang mengharukan.
Teringat dekat keluarga dan kampung halaman. Chewah....
Sawah padi tu memang la sama ja macam kat kampung tu. Kitaorang ramai, tak de masa mak nak dokong-dokong gitu...tapi semua pun tahu, mak sayangkan kita.
Sayang mak jugak!

Back On The Road
I have been driving to office since last week. What about that public transportation "resolution"? Call it change of plan. It actually does not matter whether or not I arrive early at the last lrt station (my best time is 5.00 p.m, 30 mins from Menara TM to Sentul). Jalan Pahang is always busy but as long as the traffic move, it's okay. However, the bottleneck now is the route along Jalan Gombak, heading towards Jalan Sentul which I have to pass even if I took lrt as I have to fetch the children. The other alternative route is via Jalan Sentul. However, the traffic jam is worst! Especially along Sentul Pasar up to the corner in front of Suajaya Condo as everybody queues to get on the merged "one" lane only thereafter.
On my first day, I left the office at around 4.45 p.m. I tried to be on time, but just realised I've yet to perform my prayer. By the time I reached the parking lot, it was a very long queue...and I spent about 40 mins just to drive out from the building. Traffic started to build elsewhere...Jalan Syed Putra, because of the heavy traffic on the left lane heading towards Jalan Klang Lama. Then, Jalan Mahameru...I found it very hard to stay awake because my car could not move at all. Once I was free, I got caught again along Jalan Pahang and Jalan Gombak. In the end, I reached my house just in the nick of time for the break.
I almost immediately wanted to continue the early arrangement with the lrt due to the bad experience. But, problem with lrt...I have difficulty to reach office at 8.00 in the morning because I wasted more that 15 minutes getting trapped in the congested underground tunnel and most of the time could not get on the train because it's always full. By driving, if I leave the house at 7.15 a.m, I can still be at the office by 7.45 a.m...no sweat, no worry.
So, I decided to continue driving. And on that fine day, when I left the office exactly at 4.30 p.m...the driving was so smooth that I reached my parent in-law's house by 5.15 p.m...hohoho! After that, I try to be on time everyday. Since I am able to leave the office early,I can reach Jalan Gombak few minutes ahead than the time when it started to get congested due to the spillover from those driving towards Jalan Sentul (courtesy of the DUKE highway which completion will only be somewhere in late 2009). As long as I leave the office on time, I should not have any problem to be at home before 6.00 p.m.
I don't know how long I can keep this arrangement the way I wanted. So far so good. I hope it last till the end of Ramadhan, but I have to admit that I might have to give way to any possible interuption in the future (I hope I don't have to be in that situation) e.g. late meeting, urgent request for info that can't be wait , etc...
Until then, I shall enjoy my smooth driving to the fullest. Yeaaahhhaaaaa!!!!

Kisah Di Hentian
Teringat aku suatu masa dahulu semasa aku dalam perjalanan balik dari kampus UUM ke rumah di Bagan Tiang. Oleh kerana aku bertolak sebelah petang, sewaktu tiba Hentian Raya Parit Buntar, waktu Maghrib sudah hampir masuk. Oleh kerana bulan puasa, maka semua perjalanan bas telah dihentikan seketika bagi membolehkan pemandu-pemandu berbuka puasa dan menunaikan solat. Aku terpaksa menanti bas bernombor 5 untuk sampai ke rumah. Yang kebetulan ada padaku hanyalah sekotak air buah dan sebungkus kecil gula-gula. Rasanya cukuplah untuk memenuhi syarat berbuka sementara sampai di rumah.
Ketika aku termangu-mangu menunggu di bangku, hampir sahaja keseorangan kerana semua orang sudah menghilang...aku disapa seseorang.
"Adik, tak berbuka ke? Seorang lelaki awal 30-an muncul di depanku. Macam pernah aku nampak. Oh ya, pemandu bas Bumiwira yang aku naiki dari Butterworth ke Parit Buntar tadi.
"Dah ada air ini cukuplah", kataku. Aku sebenarnya memang tak berapa berani kalau berdepan dengan orang yang tidak dikenali. Tetapi aku selalu berpegang pada satu perkara sahaja, jika kita bersikap baik pada orang...insyaallah, Tuhan akan lindungi kita.
"Ambillah kuih ini, abang beli kat gerai sana tadi," katanya mengunjukkan satu bungkusan plastik.
Mak pesan jangan terima apa-apa benda termasuk makanan sembarangan, apatah lagi dari orang yang kita tidak kenali. Tapi hari itu, aku fikirkan benda lain. Bukanlah aku berasa lapar sangat, tapi entah kenapa aku tak sampai hati nak menolaknya. Aku tengok abang tu sendiri dah macam letih lesu dengan baju dan rambut yang serabai. Sanggup dia ketepikan diri sendiri untuk membantu orang lain, itu aku punya anggapanlah sebab tak baik berburuk sangka sesama manusia, kan.
"Tak apalah, bang...saya pun dah tak jauh lagi dah. Nanti saya makan kat rumah aje. Dapat minum pun dah okay," Aku cuba menolak dengan baik pada mulanya.
"Ala...ambil lah...bukan ada apa pun, betul...abang beli kuih ni kat gerai haaa..." agaknya dia tahu kot yang aku ni cuba bersikap berhati-hati...tapi jenis yang duduk atas pagar punya.
"Kalau macam tu, oklah...terima kasih. Abang dah makan ke?"
"Dah. Ok, jaga diri baik-baik" lepas itu terus dia berlalu. Sehingga bas aku sampai, kelibatnya pun tak nampak lagi.
Ya! Aku makan kuih koci itu. Sedap rasanya. Terima kasihlah kepada abang yang aku tak tanyapun siapa namanya. Dan tidak...aku tak sakit perut pun...atau aku tidur malam termimpikan dia.
Moral dari secebis kisah benar yang berlaku dalam bulan puasa bertahun-tahun yang lalu ini ialah....Tak semua benda yang kita sangkakan adalah seperti apa yang kita fikirkan. Manusia melakukan sesuatu kerana macam-macam dorongan, dan tidak semua dorongan bermaksud jahat....barangkali dia didorong oleh Allah untuk menyampaikan rezekiNya padaku pada masa dan ketika itu. Alhamdulillah.

Dipendekkan cerita...
Lately, macam slow sikit membuat posting. Hari Khamis itu hari ada training HSBB readiness lagi (bukanlah pasal HSBB sangat, tapi pasal benda lain...tu yang tak larat tu)...naik cemuih dah aku rasa, loya tekak dibuatnya. Tapi tak pe, sebab menghormati Ramadhan yang mulia ini, aku malas nak mengulas lebih lanjut. Maka tersangkut-sangkutlah aktiviti blog aku sebab banyak idea kena reject..he..he...
Hari Jumaat pula kami meluangkan masa menghadiri majlis solat sunat Tasbih yang diadakan di Tingkat 50, Menara TM ini selepas solat zohor berjemaah. Dah lama betul sebenarnya tak buat solat ini, nasib baiklah Lotuslily tolong ingatkan. Alhamdulillah. Tak sedarpun masa berlalu sebab ustazah yang membimbing itu sangat membantu. Kata Lotuslily, yang ini ok lagi...walaupun dekat hujung-hujung itu boleh dengar satu dewan dah 'sob..sob..sob..' kalau yang Ustaz Daud Che Ngah itu lagilah...bukan takat sob..sob..sob..jer...banjir terus! Alhamdulillah, itu tandanya hati belum mati lagi...
Sepanjang hari Sabtu itu pula, Abang sibuk dengan aktivitinya jadi aku dan anak-anak tak kemana-mana duduk di rumah sahaja. Ingatkan petang itu nak buat lawatan ke pasar Ramadhan yang kat depan rumah tu saja, bukan apa baru sekali jer aku jengah kat sana ingatkan teringin nak beli popiah basah ker...ayam percik ker....tapi bila pikiaq pi pikiaq mai...huh...tak payah lah. Makan jer la apa yang ada. Stok kurma tu pun melambak lagi. Kalau beli yang itu semua pun tak habis makan sudahnya membazir aje. Jadi, aku masak jer apa yang ada dalam rumah tu.
Sama jugaklah hari Ahad itu. Cumanya kami keluar sebelah pagi cari barang-barang dapur yang dah habis. Itu ajer. Ingatkan nak beli kelengkapan buat kuih-muih dan kek tapi takut tak terbuat, aku tak jadi beli dulu. Sekarang ni, masa yang ada sebelah malam, aku sayang nak habiskan kat dapur. Lagipun sekarang budak-budak dah besar, walaupun aku dok memerap dalam bilik tu...diaorang tak kacau, setakat menjengah..."oooo...ibu mayang laaa..." kata Aiman, pas tu dia blah dok kat depan tengok tv. Tunggulah time aku cuti nanti, bolehlah revise balik kalau-kalau ada keinginan nak buat kuih-muih kali ini. Last year aku buat almond london, semperit dan biskut cornflakes ajer...alahhh...tak der la makan sangat pun, bagi ke mak dan mertua ajer. Tahun ni aku dah order tart nenas, biskut coklat chip & nestum dari Che Lan...bagi sokongan moral kat kawan-kawan yang meniaga nie...cukuplah kot. Kalau nak tambah pun mungkin la buat sedikit kek dan satu dua jenis lagi la agaknya. Ingat nak bagi kat mertua ajer sebab tahun ini kan beraya kat sini. Insyaallah.
Esok dan lusa...hemmmmm...kena 'siksa' lagilah. Tahulah ada yang amik cuti...cuti apa tu? Nuzul Quran. Orang Selangor bolehlah. Tak per, kali ni kena pasang strategi kan kawan-kawan...kalau sehari tahan lagi, ini dua hari woooo....sabor-sabor, aku tak rela menguruskan puasa aku yang tak seberapa ini.

Wednesday, September 10, 2008
Win, Lose or Draw?
Today is the 12th of September, directly translated into the 12th days of fasting (but I created the draft last Wednesday). It has been good so far, in terms of preparation and implementation,without mentioning what they are. I believe everyone of us has our own objective. No project is completed until its objective has been achieved. I shall continue to strive for the objective set and hope that I can completed the project, insyaallah.
I also notice that the tendency of wanting to eat various kind of food during breakfast time has slowly dissipate. In fact, I am getting more and more unsure on what to buy for breakfast. I don't cook (except for weekend)because hubby said it's a waste of time and energy. During weekdays, normally I buy one or two dishes from the stall here at the cafetaria. Thrice I managed to bought two dishes at the price of RM5...whoaaaa...what a small portion, and it lasted till sahur. May be it's a sign of aging...huhu...or put it in a better perspective, our food intake varies according to our umm...stage of life...he..he...he...I seldom eat rice nowadays. Normally, after two or three dates and a glass of milk, I'll perform the Maghrib. Then, while watching the TV or supervising Hisham's homework, I'll nibble one or two kuih (last night , again, it was a 'serimuka') or bread. After Isya' and terawih, normally, I'll try to drink as much as possible plain water then..off to bed. For sahur...it's depends, for me sometimes it's oat porridge...sometimes "megi mi" ha..ha..ha...bread or dates...hemmmm...hubby normally eats rice, sometimes I cook fried rice for him. May be that's why it's a very different Ramadhan this time. Not that we were such a hungry horses last time...:)
I'll be around till the last day before raya. I've yet to apply for my raya leave...just not in the mood to do so right now. According to plan, we will be celebrating raya in KL or Malacca. I told my family already...of course, Mum is not happy he..he...but then, it's the first time we miss the 'balik kampung' trip to Bagan Tiang. All the time so far, it's always my kampung...so, I should be thankful for that. No, I am not the dominating wife...never can be one...it's just his kind understanding that I don't get to see my parent much. Furthermore, my parent-in-law are so kind too...both he and she always insist that we celebrate our raya in Perak as we get to see them everyday. I do understand though that it probably is different for raya, but so far, everybody seems okay with the arrangement. I am neutral. Wherever he goes, I'll go...that's where I belong. But I do like the arrangement...he..he...he...Oh, this year is different because he couldn't get leave. He even have to work on the third raya...so the reason we cannot go back to Perak. Anyway, the good news is he'll be starting his 14 days compulsory leave starting on the week after raya where we will definitly got all the time we want to catch up with the raya celebration back in Perak plus a three days vacation to Penang...yahooo!!! But of course, I have to be back before end of the week for I cannot afford to be away from office that long....

Tuesday, September 09, 2008
Ketupat Palas, Rendang Daging
Aaa ah la...macam tajuk Cerekarama jer, kan? Tak pernah dengar ke? Drama-drama Melayu memang canggih kat bab tajuk tu...sekarang ni ader citer Tipah Lepat dengan sapa ntah...nama orang digabung dengan nama kuih...tak kan Minah cucoq keria kot...tak berima langsung lah...he..he...(kang kena kutuk lagi tak reti hal ehwal semasa dunia hiburan plak...ka..ka..ka..). Anyway, tu la gue punya santapan masa berbuka semalam. Bukan apa, kat bawah ni ada aktiviti jual-beli, almaklumlah bulan Ramadhan...murah rezeki. Kira win-win situation lah ni. Yang menjual seronok, yang membeli pun seronok juga pasal tak payah ler bersusah payah mencari jauh-jauh sebab dah ada depan tangga...escalator...Teringin la pulak tengok ketupat palas tu, padahal rayanya lambat lagi...tapi sebab dah teringin sangat, beli jer la. Padahal kat rumah makan pun tak habis....
Berita gembira yang diterima ialah alkisahnya Khairi bakal menjadi ayah tak lama lagi. Congrats!Congrats! Mak kata satu keluarga riuh memperkatakan hal ini...ha..ha..ha...Kesian pulak kat Ramzan, lama tak dengar cerita. Dia since first Ramadhan lagi dah masuk hutan , sampai sekarang belum keluar-keluar lagi. Dia ada telefon Mak bagitau betapa seksanya...dengan suhu yang sejuk dan hanya bergantung kat megi mee jer. Kesian adik aku. Harap-harap dia tabah mengharungi dugaan sepanjang Ramadhan ini dalam keadaan serba kekurangan itu.
Berita gembira lagi ialah berhasilnya usaha menjejaki beberapa orang sahabat lama...terbaru ialah sahabat dari seberang, yang bersama-sama menyertai program anjuran JICA di Osaka sekitar tahun 2000 yang lalu. Seronoknya dapat kembali berkomunikasi dengan Ade Chandra Dewi. Sahabat dari kampus UUM juga sudah muncul setelah sekian lama mencari gara-gara hilang nombor handphone. Ya, emangnya gue suka berkawan.....biar ramai kawan, jangan ramai musuh...kan...kan...kan....
Ini gambar dengan teman-teman dari Malaysia-Indonesia semasa di Jepun dulu. Kes kenangan lama mengusik jiwa la ni...Ade yang bertudung merah itu. Sebetulnya ini gambar hasil kamera ketik-ketik tu...so, aku dah scan few years back. Tak cantik plak settingnya...tak pa lah, ini jer yang ada dalam simpanan.

Apa , ingat tak bleh ker pakai kimono ngan tudung...fesyen terbaru daaaa....

Yang ni gambor ala-ala "tak heran kat orang"...kat Chinatown somewhere in Kobe.

Monday, September 08, 2008
The Slow Connection
It took longer time for me today to switch from one application to another. Even closing one window requires like half of my time going to and from the restroom. Aiyohhh!!! What's up my dear PC? Don't tell me you're having some kind of viral infection! Imagine my frustration! Luckily I am fasting, hence greater motivation to stay calm and not easily upset. No, it's not just about blog. I don't care if I can't do the blogging today...but I have to order that crunchy, delicious 'kerepek bawang'. My message to the sole distributor has yet to be delivered(though he's just few cubicles away from me...theh..heh..he..).
Probably this is how Che Det felt on the day when he couldn't log into his blog. Oh yeah, sometime Streamyx causes headache...hey! I'm one of the subscribers. And one commentor suggested that probably it was due to TM busy celebrating the HSBB contract. Ha! Ha! That's cute!!! About the HSBB, wouldn't it be good to award it to a company with vast experience, network connectivity, skilled manpower...to realise the nation's dream? Please, we're not just GLC...here at TM, there's thousands of peoples working hard to earn a decent living just like everybody else. Do give credit to our long experience and involvement in the telecommunications industry and do not judge us based on who owns us or whether we get preferred treatment because of the relationship. Anyway, the Government only funded one-third of the investment.
Gosh! My kerepek message has yet to leave the outbox...this is hardly an effective way of communicating.
"Sabri, Aku nak kerepek bawang empat bungkus!". :)

Friday, September 05, 2008
Hadiah Dari Kekasih
Tengahari semalam telah berlangsung satu ceramah agama yang disampaikan oleh Ustazah Norfaizah Musa dari UTM yang bertajuk "Ramadhan : Hadiah Dari Kekasih".Kandungan yang disampaikan sangat menarik, apatah lagi cara penyampaian yang bersahaja oleh Ustazah itu membuatkan para Muslimat yang hadir mendengar dengan penuh minat. Sayang sekali masa yang terhad menyebabkan tiada kesempatan untuk sesi soal jawab. Apapun insyaallah, aku akan cuba mengongsikan di sini serba-sedikit bahan yang diperolehi dari ceramah tersebut, mudah-mudahan bermanfaat kepada semua.
Kata Ustazah, Ramadhan ini berkonsepkan "lupus kira". Iaitu bulan di mana segala dosa-dosa dan kesalahan manusia dilupuskan oleh Allah. Bukan setakat melupus sahaja, malahan ditambah lagi dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Itulah "hadiah" yang paling besar, paling bernilai...seumpamanya hadiah dari seorang kekasih layaknya. Tentulah kita hanya memberi yang terbaik untuk kekasih hati, bukan? Sayangnya, umat Islam ini tak begitu ghairah atau teruja untuk menerima pemberian ini. Kenapa? Cuba bayangkan kalau bank-bank memberitahu kita, "Hello Puan A, pihak kami nak lupus segala hutang piutang Puan...kira langsailah hutang setengah juta itu. Tapi dengan syarat Puan datang ke pejabat kami tepat pukul 5 petang ini, boleh tak Puan?"...perggghhhh...aci potong jari mesti berlari-lari pergi ke sana sebab mahukan pelupusan itu, bukan? Samalah keadaannya dengan tawaran Allah, dosa kita yang menggunung itu hendak dihapuskan (kecuali dosa2 besar yang mana kita perlu bertaubat)...tapi..eh...tak nak ke weiii???? Mungkin sebab ganjaran Allah ini kita tak nampak kot....
Berbalik kepada sikap kita dalam menghadapi Ramadhan ini. Pertamanya, apakah persediaan yang telah kita lakukan? Soalan cepu emas yang Ustazah tanya ialah pertamanya, "Siapakah antara Puan sekelian ada membaca doa sejak bulan Syaaban lagi, membawa kepada Rejab...seterusnya ramadhan...berdoa dan memohon semoga sampai kita ke bulan Ramadhan yang mulia ini? Senyap jer Puan2 sekelian tu...he...he...Soalan kedua ialah "Siapakah yang sebelum datangnya Ramadhan ini, dia duduk berbincang dengan keluarganya strategi dan membuat perancangan bagi pengisian Ramadhan?". Hemmm...macam boleh dengar jer bunyi jarum jatuh...ka...ka...ka...Adapun relevannya soalan itu ialah untuk mengaitkan kelebihan Ramadan dengan sikap kita yakni tindakbalas kita terhadap Ramadhan yang menggambarkan samada kita ini berada dalam golongan yang beruntung atau golongan yang rugi...yang tak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.
"Kalaulah kamu tahu hakikat Ramadhan itu....". Sebenarnya kita semua pun dah tahu macam-macam ayat dan macam-macam hadis Rasulullah S.A.W yang menceritakan tentang kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan yang padanya terdapat satu malam digelar "Lailatul Qadr" itu. Akan tetapi, persiapan kita menghadapi Ramadhan ini masih biasa-biasa ajer...tak cukup hebat untuk mengambarkan peri pentingnya Ramadhan itu dalam kehidupan kita sebagai manusia Muslim. Macam dalam kehidupan seharian, bila kita mahukan sesuatu, kita berusaha mendapatkannya...begitulah juga sepatutnya kita berusaha untuk merebut hadiah dari Allah. Ada tiga kategori respon terhadap "hadiah" Allah ini, kata Ustazah, iaitu:
Golongan yang berputus asa
Mereka ini tidak memperolehi apa-apa melainkan lapar dan dahaga sahaja kerana berpuasa sebab malu dengan kawan-kawan ajer. Mereka ini sudah terbiasa melakukan maksiat, makanya mereka merasakan Ramadhan bukan untuk mereka. Seakan-akannya mereka berasa sudah terlalu jauh untuk berpatah balik dek menimbunnya dosa. Ustazah kata, pesan kat kawan macam ini (kalau ada) supaya jangan berputus asa dengan Rahmat Allah. Bahawasanya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Rahmatnya amatlah luas. Ramadhan bukan untuk orang-orang alim aje. Ramadhan dan ganjarannya adalah terbuka untuk semua...hanya sahaja kalau kita benar mahukannya.
Golongan yang hangat-hangat taik ayam
Ini lebih kurang macam biskut chipsmore la...sekejap ada, sekejap tak ada. Konon masa awal Rmadhan tu, dia nak buat yang terbaik. Semangat meluap-luap. Siap beli telekung dan sejadah baru. Hatta masjid yang jauh pun dia sanggup pergi...cewahhhh!!! Masuk minggu-minggu seterusnya semangat yang ada makin pudar...lama-lama terus hilang...Yang macam ini kita tak mau, yer!
Golongan yang beristiqamah
Inilah golongannya yang sangat beruntung kerana mereka menerima hadiah dari Allah itu dengan usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh kerana mereka takut tidak akan mampu lagi menemukan Ramadhan seterusnya. Jadi mereka berjuang berhabis-habisan merebut ganjaran yang ditawarkan itu.
Persoalannya, mengapakah kita jadi tidak tamak untuk membolot tawaran hadiah Allah berbanding kenikmatan duniawi yang sementara ini? Kenapakah kita rasa tawar dan hambar...sukar untuk merasakan lazatnya iman, sukar untuk menitiskan air mata meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah yang Maha Esa. Kenapa badan dan hati kita jadi kaku serta beku bila datang untuk beribadat...kenapa rasa janggal, rasa asing???
Haaa...puncanya ialah...pada segumpal darah itu yang dinamakan "hati" yang ada dalam diri setiap kita ini.
Hati yang ada dalam diri kita ini, kalau ianya bersih dan elok maka akan eloklah respon kita kepada ketentuan, suruhan Allah. Akan tetapi jika hati seseorang itu telah kotor, gelap dan busuk maka akan buruklah juga responnya. Tutur katanya yang tidak elok, kelakuannya yang buruk...yang mana menggambarkan bahawa hati itu sudah berpenyakit. Kata para hukama, jikalau kita hendak menilai seseorang itu, nilaikanlah hatinya. Bagaimana hendak menilai hati orang? Bukannya boleh nampak apa yang ada dalam hatinya? Kalau nak tahu apa yang ada di dalam itu, lihatlah apa yang keluar dari lisannya.
Ada tiga kategori hati...
Hati yang bersih, Si pemilik hati ini bila bercakap ia bercakap tentang hala tuju, misi, perancangan...sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.
Hati yang kelam, ini taklah kotor sangat...tapi dah agak-agak berhabuk dan perlu dicuci laaa. Hati jenis ini bila pemiliknya bercakap, dia bercakap tentang peristiwa. Jenis yang suka menceritakan sesuatu kejadian. Misalnya, kalau dia dengar cerita pasal kemalangan...sibuklah dia mengulang tayang cerita itu kepada sesiapa sahaja. Ala-ala juruhebah tak bergaji la ni.
Hati yang kotor Penyakit hati ini dah banyak. Pemiliknya bila bercakap, suka kondem orang ajer...si anu tak betul, si polan ini tak betul...semua orang tak betul. Ini memberikan tanda yang hatinya adalah hati yang berpenyakit.
Hati yang parah. Ini kategori hati yang boleh masuk ICU dah, teruk sangat dah penyakitnya. Bila bercakap, semuanya tentang "Aku". "Ishh...kalau Aku tak kerja kat sini, hemmm..alamat lingkuplah syarikat ini". "Kalau tak kerana Aku, jangan haraplah hang pa semua boleh capai tahap ini". Nampak dia ajerlah yang sempurna lagi baik. Hati jenis ini telah dipenuhi oleh ujub, riak, bongkak, sombong...nauzubillah!
Ustazah menyeru supaya semua kita merebut tawaran yang Allah adakan sempena Ramadhan ini. Jangan dok syok tawaran mega sale kat Kamdar atau Jalan TAR ajer...yang ini bukan takat 70% diskaun...yang ini memang benar-benar durian runtuh punya! Maka dalam kita mengisi Ramadhan ini, hendaklah kita ingat bahawa Ramadhan ini bukanlah hanya puasa, bukan setakat terawih...malahan lebih lagi. Pengertiannya luas, jangan sempit sangat. Ini adalah bulan kesabaran. Bulan yang menguji kesabaran kita seterusnya keimanan dan ketaqwaan kita. Sabar itu dikira pada kali pertama ujian ditimpakan. Contohnya, kita menghadapi kematian seseorang yang dikasihi...maka kita dikira sabar jika tabah menghadapinya sebaik menerima berita ketetapan Allah itu.Tapi kalau dah meraung tiga hari tiga malam...masuk malam keempat orang tengok kita rileks jer, lepas tu orang kata.."Ish...Pah Bedah tu...sabar betul orangnya ye...". Hemmm...kirim salam di angin lalu jer lah!
Kesabaran itu adalah atas 3 perkara iaitu sabar dalam melakukan ketaatan, sabar dalam melatih diri dengan ketentuan Allah dan sabar dalam melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah. Sekiranya kita dapat bersabar dalam ketiga-tiga di atas ini, nescaya di akhir Ramadhan ini maka kita akan sangat-sangat merasai satu kehilangan. Kita akan merintih kerana perlu menunggu lama lagi untuk kembali berpeluang berada dalam bulan ini semula...itupun kalau ada hayat dikandung badan. Kalau kita dah berjaya mentarbiah diri kita sehingga dapat merasai indahnya Ramadhan sebegini...maka tak adalah beria-ia kita sibuk menyusun kuih kat dapur, atau marah-marahkan tukang jahit sebab tak sempat siapkan baju raya kita...sebab semua itu dah tak penting lagi dengan berlalunya bulan Ramadhan.
Begitulah lebih kurang inti pati ceramah yang dapat aku kongsikan di sini. Aku berpesan dengan diriku sendiri mudah-mudahan kalau tak banyak, dapatlah sedikit sebanyak aku terjemahkan pengajaran yang aku terima hari itu dalam bentuk penerapan yang berterusan sepanjang bulan ini, dan yang berikutnya biar menjadi darah daging dan bersebati sampai mati. Insyaallah.

Thursday, September 04, 2008
Nostalgia Ramadhan
Masa budak-budak dahulu, yang paling best masa bulan puasa ini ialah menunggu tiba waktu berbuka. Siap cop tempat dan gelas mana nak minum. Kitaorang kan ramai...jadi memang seronoklah makan berebut-rebut ni. Sebelum azan lagi, mesti dah duduk berkeliling hidangan. Siap buat senarai nak makan apa dulu. Dan makanan yang emak sediakan memanglah....meriah dan sedap. Bertambah meriah sebab tradisi bertukar-tukar juadah tu masih berjalan pada masa itu. Dan mulut tak der insuran aku bila tengok juadah balasan..."Alaaaaa...mihun goreng jer..." he...he...he...
Selalu mak akan masak nasi lengkap dengan tiga empat jenis lauk, lepas tu menu pembuka...kuih-muih ..yang ini mestilah berjenis-jenis kalau nak dikira aktiviti pertukaran tu, dan selalunya akan buat juga masakan alternatif seperti laksa, bihun sup, mee kuah...oh... tidak, tak mampu ku sebutkan lagi sebab teringin nak balik kampung berbuka bersama. Nampak gayanya tahun nie tak ada can langsung...tak apalah, dapat kenangkan saat-saat manis itupun dah cukup (hu...hu...hu..).
Lepas berbuka, kitaorang akan pasang pelita keliling rumah. Satu kampung berkelip-kelip macam kunang-kunang di kejauhan. Dah tu, apa lagi, sempatlah bakar bunga api besi cap muka Kucing tu dan yang jenis sembur batang berbelang-belang tu...kalau yang nakal tu, diaorang suka patahkan bunga api sembur tu seinci-seinci, lepas cucuh baling ke tanah. Ada la yang menjerit bila dijadikan sasaran. Aku paling takut mercun katak yang melompat-lompat itu...sebab dah takut semua anak tangga beranda Aku boleh sekali langkau tau....
Agak-agak dekat waktu Isyak, Aku nanti ikut mak pergi sembahyang Terawih kat masjid Al-Taqwa tu. Jalan kaki ajer sebab ramai orang keluar masa tu. Time mak tak boleh pergi, aku nanti pergi jalan kaki sorang-sorang atau kalau dapat kawan, pergi sama-sama. Entahlah kenapa yang lain tak pulak pergi. Dan kenapa aku tak pulak kisah pergi sorang-sorang (pantang aku terlihat nak bergantung pada orang...). Tapi macam seronok ajer pergi masjid tu. Imam baca surah lazim jer, senang nak ikut dan by pukul 9.30 dah hampir habis. Lepas semayang ada 'moreh'. Yang paling ingat ialah makan nasi dalam talam bulat tu...best jugak ahh...cumanya janganlah taruk kuah lebih-lebih sangat, kang melimpah ke bahagian orang keh...keh...keh...Ada sekali tu, masa time ayah jadi ajk kat masjid tu, aku join pertandingan membaca Al-Quran...untuk budak-budak ajer rasanya. Tapi baca pun surah pendek ajer. Main baca je...tarannum pun tarak...flat dari awal ker akhir...he..he..he..Tak menang pun. Tapi ayah cakap yang menang tu tak der la sedap pun bacaannya tapi sebab dia tu anak si anu si anu...uiikkksss...kat masjid pun ada politik gak eh masa tu...he...he...he...Dapat saguhati RM7 . Suka sangat sebab dah ada advance duit raya, kira mendahului yang lain la tu dari segi kutipan.
Sebab tu bila mak dok cerita yang ramai mak cik-mak cik kat masjid tu tanya, "Mana anak hang yang selalu mai terawih dulu tu, Som?" Aku pun gelak jer...eh...diaorang ingat lagi ke? Aku dah jadi mak orang pun. Aku ingat-ingat lupa jer, kecuali kat seorang nenek yang selalu duduk tepi aku masa sembahyang tu...sebab dia selalu tegur Aku. Tapi dia pun dah lama meninggal. Dan memang pun aku blur jer dengan orang-orang kampung aku ni, muka kenai...tapi nak panggil apa tu yang aku selalu sangkut tu...last-last aku sengih jer. Tambah-tambah sekarang aku lagi la jarang balik. Dan aku pun bukan peramah macam kakak-kakak aku. Especially Kak Wa(Aniza). Dia dah overdose! Taklah kata aku pendiam sangat, cumanya kalau dengan orang yang aku tak biasa tu...ambil masa sikit la. Tapi tengok jugaklah suasananya macamana, kadang-kadang terbalik kot jugak. Pendek kata ikut mood lah. Tu pasal member kat U dulu, Im, rajin mengkritik aku...especially time aku buat derk tak nak cakap ngan siapa-siapa...dia cakap dia tension bila aku switch on mood yang itu...he...he...sorry lah Im, bukan salah hang pun! Harap-harap tak adalah yang terasa sebab even sekarang pun, terkadang ter 'switch' butang yang itu.
Seronok mengenangkan kenangan Ramadhan dulu. Kalau boleh nak ulang balik. Adoiii...sentimental la pulak pagi ni...:)

Apa Ada Dalam Telinga?
Semalam Aku berjaya sampai stesen Sentul hanya mengambil masa 30 minit aje. Sebabnya Aku berjalan tak pandang kiri kanan, menonong ajer. Sedar-sedar dah sampai. Begitulah kalau dikuasai oleh sesuatu yang lain. Sekitar jam 3 lebih Abang telefon bagitau Aiman tak sihat, menangis tak henti-henti sambil menekup telinga. Abang terus bawa dia jumpa doktor tapi doktor cakap tak ada apa-apa. Jadi bilamana tepat jam 4.30 petang, Aku pun dah tak toleh kiri kanan lagi terus blah. Masa sampai tengok dia elok je main, lega rasanya. Abang pun balik awal hari tu.
Lepas berbuka dan Maghrib, Aku buatkan dia air yang diminta. Dalam berkira-kira nak makan benda berat sikit (sebab aku cuma jamah kurma dan sedikit kuih serimuka masa berbuka), tiba-tiba dia menangis balik. Kami pun terkocoh-kocohlah bersiap untuk ke klinik. Kawan-kawan pesan suruh jumpa doktor ENT, tapi dah malam begitu specialist semua dah tutup kedai la...anyway, kami singgah Tawakkal tanya receptionist nama pakar ENT kat sana. Ingatkan nak dapatkan referral letter dari doktor panel , jadi esok bolehlah rujuk terus kat doktor pakar bila dah dapat GL. Dari situ kami mencari pula klinik panel TM. Klinik Ranjit dah tutup. Nasib baik Klinik Negara masih buka. First time la Aku pergi situ. Doktornya pun nampak veteran jer...he..he...banyak pengalamannn...bertambah sikit la keyakinan.
Anyway, dipendekkan cerita, doktor mengatakan yang ianya tidaklah begitu serius sampai perlu berjumpa pakar. Hanya saja dalam telinga tu dah banyak 'bijih' (selalunya memang cukup seksa nak pujuk dia keluarkan bijih tu semua)...lepas tu, tekak dia sedikit merah...jadi kemungkinan besar rasa panas badan itu telah memberi kesan kepada jaluran frekuensi bunyi yang menyebabkan gangguan dalam imbangan telinga tu...(nasib baik tak simpan rajah keratan rentas telinga...he...he...kot tak aku tempek kat sini kang..). Untuk meredakan masalah itu, doktor beri ubat titis , bagi clear blockage dan juga ubat demam, tahan sakit serta antibiotik. Kami pun rasa legalah dengar penjelasan doktor tu, doa sangat-sangat supaya pada usia muda sebegini kalau dapat, tak perlulah terlibat lebih-lebih dengan doktor-doktor ni, setakat sakit demam biasa tu cukuplah.

Wednesday, September 03, 2008
Hidup Mesti Terus
Hari kedua menaiki lrt ke tempat kerja, lebih teratur dan lancar. Walaupun orang ramai, keadaan tidaklah sesesak semalam. Seronoknya menaiki pengangkutan awam ini ialah Aku bisa meluang masa memerhati sekeliling dan gelagat orang ramai. Macam-macam ada! Ada yang bermuka serius, ada yang bermuka masam...yang dapat tempat duduk ramai yang tidur. Tidur-tidur ayam la tu, kang tidur betul mau tak terlepas destinasi nanti...ha..ha...ha...
Masa aku berdiri tadi, ada dua orang remaja berbual tentang pemilihan subjek. Barangkali baru memulakan penggal pengajian baru. Mereka bercakap dalam bahasa Indonesia. Dengan ekor mata, dapatlah aku melihat helaian kertas yang dipegang si jejaka. Tertera di penjuru kanan atas sekali...HELP INSTITUTE. Mereka juga bercakap tentang kawan-kawan...si polan itu sudah di mana, pass atau tidak...dan juga soal penginapan. Emang ya negara kita juga sudah menjadi antara destinasi bagi pelajar-pelajar asing terutamanya negara serantau melanjutkan pelajaran.
Dari perbualan itu, aku beralih pandang ke luar memerhatikan bangunan-bangunan yang megah tersergam. Terkadang ada sedikit rasa aneh mengenangkan perjalanan hidup ini. Benar kita hanya mampu merancang, Tuhanlah yang menentukan sesuai dengan usaha dan kemampuan kita. Bilamana kita berada dalam keadaan yang kita mampu menoleh ke belakang dan beremosi dengan apa-apa yang telah terjadi itu, kita juga berada dalam situasi yang mana kadang-kadang kita berharap kita berbuat atau tidak berbuat sesuatu. Ada peluang dan ada ancaman di situ...yang kita terlepas pandang dan itulah yang menjadi pengalaman dan pedoman dalam menempuh hari muka.
Dan hari ini Aku rasa tertarik dengan pesona dan semangat dua orang remaja yang memilih untuk menempuh halangan pertama dalam pembinaan masa depan mereka di negara indah ini. Aku berasakan ada begitu banyak yang sebenarnya Aku ingin lakukan dalam hidup ini. Yang sepatutnya Aku lakukan tetapi Aku elakkan kerana Aku lebih risaukan kalau-kalau ia tidak menjadi. Akhirnya aku lupa bahawa barangkali kadang-kadang hanya tinggal beberapa inci sahaja dari menggapai impian itu, cumanya Aku berpatah balik sebelum tiba destinasinya sebaik ternampak halangan terakhir. Padahal barangkali kalau sahaja Aku lebih beristiqamah, maka mana tahu Aku bisa merealisasinya lebih awal. Tentu sahaja semuanya masih berada dalam lingkungan qada' dan qadar Allah...tapi kita masih bisa mengubah dengan usaha dan doa yang berterusan. Misal kata, suatu hari nanti kita akan jadi kaya. Ditakdirkan ya, kita akan jadi orang kaya. Cuma lama mana kita akan sampai kepada saat menjadi kaya itu adalah bergantung kepada usaha kita.
Satu yang penting ialah sebagai manusia kita mesti membuat yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan. Aku dulu fikir, ah...asal menepati sudahlah. Kira cepat berpuas hati. Sedangkan Aku mampu memberikan yang lebih baik dari itu. Tak kira la kecil atau besar sesuatu perkara itu...kerana sebagai manusia setiap tindakan kita melambangkan apa yang kita percayai. Itu yang lebih besar tanggungjawab rasanya, membawa nama agama dan bangsa bersama-sama. Dan lagi jangan berhenti mencapai impian. Letakkan sasaran dan cubalah dapatkannya. Kerana kita manusia adalah makhluk yang berorientasikan pencapaian. Selepas satu sasaran tercapai, kita bergerak ke sasaran seterusnya sehinggalah nafas kita terhenti. Jika kita berhenti mempunyai matlamat dalam hidup, maka pada saat itulah jiwa kita akan mati dan jadilah kita manusia yang hidup segan mati tak mahu. Jangan pula salah memilih sumber dorongan. Misal kata, si A hanya merasakan hidupnya sempurna andai ia dapat memiliki si B. Lalu dia membina kerjaya dan hidup semuanya bersumberkan kekuatan oleh tingginya keazaman memiliki si B. Sayangnya si B sukakan si C lalu tinggallah A menggigit jari. A merasakan segala yang diusahakannya tiada makna lagi lalu dia pun....(dengan menggunakan idea anda sendiri, habiskan cerita ini dengan menggunakan perkataan tidak lebih dari 10 patah perkataan...ha..ha...ha....)
Semua yang diatas adalah tindakbalas dalaman yang Aku rasakan dalam proses Aku menoleh dan melihat ke belakang, cuba untuk memahami dan memantapkan jati diri menghadapi hari-hari yang mendatang. Dalam masa yang sama Aku juga sedang membaca sebuah karya hebat yang ditulis dalam bahasa dan plot yang mudah. Terima kasih kepada Ramzan atas buku "The Alchemist" terjemahan dari penulis Brazil, Paolo Coelho itu.
Lalu kenapakah kita fikir kita harus ambil mudah dengan apa yang sedang kita miliki dan nikmati ini kerana segalanya hanyalah pinjaman belaka. Jangan berhenti...teruskanlah mencari dan meng'update' profile dirimu ...kerana inilah yang akan membantumu di hari yang tiada siapa-siapa dapat membantumu....

Tuesday, September 02, 2008
Hari Kedua Yang Menduga
Alkisahnya di bulan puasa ini masa masuk office telah diubah ke jam 8.00 pagi manakala masa keluar adalah jam 4.30 petang. Aku terpaksa memilih lrt sepanjang bulan puasa ini kerana tak sanggup mengenangkan kesesakan teruk kat basement parking tu time nak keluar. Macam lagu Sudirman, Ding A Ding Gale tu..."rumah seratus tingkat, hai pintu beratus ribu...member lah punya ramai tapi semua nak keluar dulu..."...haaa...paling cepat pun 30 minit sangkut tau...tu belum masuk sangkut kat Mahameru dekat PWTC tu..., belum campur Jln Pahang ngan Jalan Gombak lagi ..mau tak nyer aku sampai dekat jam 7. At least kalau naik lrt ni, dalam masa 30 minit dengan langkah ala-ala Nasha Aziz, aku rasa aku dah boleh sampai Sentul walaupun terpaksa bertukar tren kat Masjid Jamek untuk ke Sentul. Dari situ, dengan kereta yang diparking kat stesen tu, aku akan drive ke rumah mak mertua aku, kira dah bypass la segala jln2 yang jem itu dalam jangkamasa yang lebih singkat. Busuk2 jam 6.30 dah ada kat rumah sendiri. Kalau tak ada aral, aku rasa jam 6 aku dah boleh sampai pun.
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Tak sangka pula hari pertama ke tempat kerja pada hari kedua Ramadhan ini jadi begitu mencabar. Pagi-pagi lagi aku dah berpeluh-peluh. Apa taknya, berpeluh berjalan kaki, berlari mengejar lrt dan berlari lagi mengejar masa masuk office...macam acara sukan pulak! Keluar dari rumah sekitar jam 7 sebab aku nak bolot parking percuma kat luar stesen tu...kalau lambat kena masuk dalam kena RM3...ceh...tak nak aahhh! Dah kuar keta separuh jalan ke lrt tu...alamak, lupa kunci kereta la pulak! Patah balik...buang 5 minit dah kat situ. By the time aku sampai platform, terlepas dah satu tren. Tapi tak kisahlah sebab lrt STAR ni lebih kerap dan besar saiznya. Memang selesa dan tak ada masalah. Sampai kat Masjid Jamek tukar lrt Putra barulah terasa cabarannya. Manusia punyalah ramai. Tren dok lagu tu jugak. Apsal lah depa tak buat penambahbaikan untuk sistem lrt Putra ni. Demand tinggi...tapi fasiliti yang ada tunggu masa nak collapse jer! Cubalah tambah gerabak sikit...ini dah macam tin sardin, kerrr tin sardin lagi elok sikit kot! Lagi satu ubahsuai kat stesen Masjid Jamek tu tak siap-siap...maka terpaksalah semua orang bersesak menggunakan laluan terowong tu. Jalan jauh sikit la. Tren yang pertama sampai, aku terpaksa lepaskan sebab tak muat lagi dah meskipun untuk orang yang bersaiz xxxxxs macam SirapMadu tu. Aku naik tren seterusnya. Teringat iklan kempis-kempis perut dalam lift tu....lebih kurang macam tulah perasaannya.
Ingatkan dah naik tu eloklah sampai. Sekali kat KL Sentral, tren berhenti terus. Lama jugaklah 'sardin-sardin' kat dalam tu dok terkelip-kelip macam cicak berak kapur tu...barulah keluar announcement kata ada kelewatan disebabkan masalah teknikal. Sabor ajerlah! Dah lenguh dan kebas satu badan barulah tren jalan balik. Sampai kat Bangsar, tersangkut lagi. Begitulah seterusnya kat Abdullah Hukum. Cuma kat Kerinchi jer macam dah okay. Once dah keluar, aku pun terus buat larian obor la...yakni berlari ala obor-obor kah..kah..kah...janji cepat sampai pasal aku cepat rasa senak perut kalau terlewat..., sampai awal tak per, jangan sampai lewat itu adalah pegangan aku sejak dolu-dolu lagi. Dengan catatan masa yang langsung tidak boleh direkodkan, akhirnya aku sampai jugak kat opis tu sekitar jam 8.15 pagi...masa sampai tu kontrol ayu...dah masuk cubicle....hishhh...husshhh...hishhhh...penat! penat!
Ni kan nak balik pulak siap la....nak merempuh masuk lrt time masa puncak ni memang kena ada skill dan teknik-teknik tertentu. Satu, buat muka 'toye'...walaupun orang kat dalam tu dok jeling-jeling macam tak mau bagi masuk, pedulik kan jer! Dua, tunjukkan tahap konfiden yang tinggi. Walaupun secara logiknya hanya sebelah kaki jer boleh muat ruang tu...masuk ajer dengan sikap selamba, gerenti yang kat dalam tu berganjak mencipta ruang untuk memuatkan seluruh badan. Dan akhir sekali...bila dah dalam keadaan kepadatan tinggi itu, pandanglah ke atas untuk mendapatkan ruang pernafasan yang lebih sempurna (nasib baiklah aku tinggi).
Apapun niat aku menaiki lrt ini hanyalah satu. Supaya aku tidak tertakluk kepada masalah kesesakan lalulintas yang melampau di bulan puasa ini agar aku dapat berbuka puasa di rumah sendiri. Maklumlah, ini pertama kali TM bagi balik jam 4.30. Tahun-tahun sebelumnya jam 7 baru sampai rumah mertua, nak tak nak kena berbuka kat rumah dia la. Tahun ni, aku tak mau keadaan yang sama berulang lagi...malaslah nak menyusahkan dia, dahlah seharian menjaga anak aku. Walaupun mak mertua aku memang suka kitaorang ramai2 berbuka kat rumah dia (termasuklah keluarga adik ipar aku), aku rasa lebih senang dapat bebas berbuka di rumah sendiri.
Semoga aku terus cekal menjalani hari-hari sebagai pengguna pengangkutan awam ini. Aminnnn!!!

Monday, September 01, 2008
1st of Ramadan
It's the first day of Ramadhan. Alhamdulillah, I can feel that this time around there's some improvement...of course, still lots of room for betterment...I'm taking one step at a time, hope I'll accomplish my target throughout this holy month. Insyaallah.
I got several wishes and doas from friends and family. Thank you so much for the thought. Many many years ago I might look at this differently.I kind of thinking that people started to keep you within their 'circle' during the fasting month so that they'll get hari raya card from you....ha..ha...ha...especially so between friends. Remember those time??? I was smilling when I spotted hari raya cards at Giant. I used to buy lots of hari raya cards for friends...the one I remember was those days when hari raya cards were so cheap and simple. There's 10 sen and 15 sen too...but they're just like a postcard...with pictures of roses, ketupat, lemang...and the most 'trendy' that time were those cartoon characters (mostly from Gila-Gila).
Don't know why I get carried away on the first day of Ramadhan...may be because I've just done with my cooking and have some times to spend revisiting those puasa memories.
May be I shall have entries on those nostalgic days as the theme for September.

Subscribe to:
Posts (Atom)