Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Saturday, November 02, 2024

Sepagi di Taman Tugu

Sebenarnya semenjak beberapa kali lutut Telipuk injured, Telipuk sudah tidak lagi pergi hiking. Lama la tu, sebelum PKP lagi dah stop. Telipuk suka sebenarnya masuk masuk denai hutan kecil ni, lalu celah celah pokok, bau daun...bau peluh sendiri hahahaha...Bukan apa, suka sebab Telipuk tak pandai aktiviti lain. Yang ini oklah, guna kaki tangan sendiri je dan yang penting ada kemahuan kannnn. Gituuuu. Since the past few months...actually ever since our ex-boss suggested to have a team engagement session somewhere close to the office, the idea to explore Taman Tugu has been one of the most favored option. Tapi kannn...execution part, menghampakan. Sampailah ex-boss tu pun dah tinggalkan TM. Mimpi belum juga menjadi kenyataan.  Team ER adalah bercadang nak pegi sendiri tapi belum ada tarikh. Tahu-tahulah hujung tahun ni. Macam-macam nak settle. Cuti pun kena habiskan. Telipuk sendiri dah bercuti since minggu lepas, hahahaha...Jadi, pikir punya pikir...tak boleh jadi, tak boleh tunggu...it is now or never. Tahu sangat dah perangai procrastinate Telipuk ni.

Arakian tersebut kisah, sebermula ewahhh...pagi-pagi ni Telipuk dengan ditemani oleh Aiman membulatkan tekad untuk test kaki dan lutut kat trail Taman Tugu. Malam tadi dah siap-siap sediakan pakaian yang sesuai, merasmikan kasut hiking dari Shoppe dan gantung hiking stick dekat pintu. Bangun pagi masing-masing tak lalu nak makan lagi, so Telipuk rebus beberapa biji telur, bawak air isotonik, air mineral, biskut dan roti manis. Jeng,,,jeng...pukul 7 dah ready. Go..go..gadjet go....:)

Dari rumah Telipuk, ala dokek yo....masuk ikut jalan Parlimen tu je...terus sampeyyy. Tapi tak masuk Entrance 1, guard dah tutup. Penuh kot ek. Tak pastilah, sebab Telipuk kan first time datang ni. So, drive slow je la perhati mana la nak ku tuju ni. Sekali kat depan tu nampak ada pak guard lambai...ooo...boleh masuk ikut situ. Entrance 2. Alhamdulillah, tempat parking banyak lagi. Fuhhh...selesai satu bab. Telipuk benda mula yang akan cuak kalau pergi tempat tak familiar ni, memang perkara parking lah. Laman Tugu nampak friendly hehehe...ada nampak tandas...ada jugak booth kecil kat depan entrance tu. Telipuk tak jengah pulak, sebab rasanya beg yang Telipuk bawak ni dah macam beg ajaib doraemon. Macam-macam ada. So, kitaorang teruslah masuk. Jumpa CP08. Alaaa...mana CP01 ni, macam tak best la kan langkau (berlagak!). 

Anyway, sebab kami masuk Entrance 2 kan...jadi bermula dengan CP08 ni lah. Ada swing tau...wahhh...rasa nak duduk berayun...lajuuuuuu, buaiku lajuuuuu...tapi auwwww malu la....orang dah ramai. Serius, memang ramai orang. Pressure dik non....iye lah, kitanya slow cam siput, dema kat belakang dah merapat masing-masing...nasib baik tak ada hon je kan, kalau tidak naya kena hon. Telipuk bagi depa lalu dulu je la. Ramai yang hebat, ada yang pakai selipar je pun...gaya cam nak pi market je tapi laju giler. Telipuk ni asalnya nak tinggalkan tongkat sebab tengok kat tiktok macam santai je tempat ni. Haaa...nasib baik la terfikir bawak aje lah just in case. Kus semangat...banyak jugak portion mendakinya tu, yang nak turun pun satu hal...ko ingat senang? Salah parking kaki ni mau jem lutut Telipuk. Jadi, ketepikan je rasa malu-malu kucing tu, terus genggam tongkat sakti kuat-kuat sambil bersyukur bawak dia hahahaha. 

Masa kat sini, keinsafan tu datanglah. Apa taknya, beza kot kudrat anak muda dengan awak yang dah nak separuh abad ni kannn. Lupa la tewwwww....ekekekekeke. Bukan lupa, tak perasan masa berjalan. Best tengok budak-budak kecik yang lincah sungguh berlari naik dan turun. Jumpa seorang wanita muda ni, mengendung anak kecil di belakang sambil dituruti oleh 3 orang anak lagi. Huiii...gigihnya. Hebat! hebat! Telipuk dengan Aiman ikut je laluan yang ada tu, tak de ambik shortcut. Asalnya konon tak nak la full circuit kan...sekali dah terikut semua orang tu, sedar tak sedar dari CP08 membawak ke CP30, then baru jumpa CP01. But since kereta park kat Entrance 2, kami kenalah melalui CP01 sampai jumpa balik CP08 untuk keluar. Haaa...puas hati complete 5km kann....masa nampak CP08 tu, aduhhh...rasa nak jerit merdeka!!! Punyalah happy. Apa taknya, jalan pun dah tak betul...bukan lagi mengengkang...dah jadi mengengkong , udah serupa king kong rasanya. Lantaklah, memang masa tu tak pedulilah, dengan peluh dan cermin mata yang berkabus. Tak de cover-cover, memang penat makkkk. Kalau Lee Joon-gi terpacak kat depan pun, silap haribulan Telipuk ketuk dengan tongkat ni...minggirrrrr!!!

Masa keluar tu, jam sudah pukul 10 pagi. Huiiii...2 jam jugak eh...patutlah gigil kaki. Tempat parking pun dah penuh. Kami duduk berehat dulu melepaskan lelah. Telipuk nak betul-betul kan urat dan atur nafas semula hahahaha. Bawak macam-macam dalam beg, last-last cuma minum sebotol air isotonik tu je. Penat, tak lalu makan dah. Tapi sumbat juga la telur rebus sebiji sebab takut masuk angin kus-kus. Dalam 10 minit macam tu, baru kami beredar. So, untuk hari ini...memang puas hati sebab akhirnya berjaya juga take action untuk pick up balik aktiviti ni. Cakap dengan Aiman, nanti kita datang lagi. Bukan nak apapun, seronok sebab dapat kumpul steps banyak. Lagipun suasana kat sini memang best, dekat pulak tu. Bolehlah jadikan tempat beriadah di hujung minggu. 

Friday, June 29, 2018

Garden of Eden

Sebenarnya rutin penjagaan kulit wajah Telipuk sebelum ini adalah sangat mudah. Cukup ada pencuci muka, toner dan pelembab. Dan yang menariknya, Telipuk boleh menggunakan apa-apa brand. Biasanya Telipuk tak belanja banyak pun sebab boleh pakai Safi, Ginvera, Eversoft, Garnier, Shahirah, Shurah...hemmm...even house product Tesco pun jalannn. Tapi itu dululah. Semenjak beberapa menjak ini kulit muka dah makin mengada-ngada. Mungkin kesan penuaan kot. Yelah, masalah hormon ke...dah jadi macam-macam. Last month, mula rasa macam gatal mengenyam jer...ingatkan jerawat ke...sekali tak hilang-hilang daaa. Bahkan bertambah teruk gatalnya, rasa nak ku garu jer dengan kuku. Bila kita cuci dan gosok sikit, rasa pedih memanjang...kemudian rasa kering dan terik. Then mula mengelupas. Bila disentuh dengan jari, mak aiii...dah kasar serupa kertas pasir pun ye juga.

Aduhhh...stress weiiii. Mana tak stress, masa tu raya tak lama lagi kot...kang terjejas mood nak beraya akak. Hahaha...over la pulakkk! Ehh...penampilan tu walaupun Telipuk tak de la pentingkan sangat, tapi kalau rasa tak selesa...boleh mengganggu emosi tahu. Biar muka tak lawa, janji kulit tak de jerawat ekekekeke...dah semestinya, hati mesti baikkk. Waallllaaaaaa...Yang tu penting, kan. Hati yang baik akan buatkan muka berseri-seri cantik, seriously sila percaya sebab Telipuk ada kawan yang biasa-biasa tapi hati mereka sangat awesome jadi bila kita pandang muka mereka, umang aiii...manis dan sedap mata memandang.

Baik, berbalik pada masalah kulit muka tu kann...Telipuk pun memulakan misi mencari produk yang bersesuaian. Kita ni tak pandai nak membeli pun...dan kita sayang la duit nak beli yang mahal-mahal tu...sebenarnya sentiasa positif yang akan ada produk yang bersesuaian dan mampu milik. Tak perlu terikut-ikut dengan jenama. Nak cari produk yang sesuai dan tidak menyebabkan kulit merengsa. Juga, tak mau yang ada ingredient mengarut...tak mau yang memutihkan...sebab Telipuk bangga dilahirkan seperti ini, dan Telipuk tak rasa menjadi putih itu lambang kejayaan. Lambang perhambaan adalah. Lagipun, tak ke pelik jadinya kalau kau muka putih, tangan kaki semua still tak cerah. Huhuhu...tu belum ambil kira kesan-kesan sampingan lagi. Takuttt!

Mula-mula tu, Telipuk ingat nak beli produk St Ives...pasaipa? Hemmm...sebab dulu lagi dah biasa tengok kawan-kawan ada guna dan nampak mesra alam. Nak beli yang Body Shop taklah kottt...St Ives ni masih bolehlah. Bunyi pun macam best saja kan...dengan bau apricot yang sedap. Maka, bila masuk farmasi...teruslah mencari label ni. Beria-ia dah pegang scrub sebab dok membayangkan, first thing first mesti nak kena scrub muka ni...dah buat kotoran semua, baru tempek benda lain pulak. Tengah semangat mencari cleanser dan toner, tetiba datang amoi jurujual...aiiyaakkkk. Manyak kacau weyyy...tahulah Telipuk ni suka bersunyi-sunyi membeli dan tak suka dihambat orang. Tapi sebab kan Telipuk tak pandai berkomunikasi bab-bab penjagaan muka ni, mulalah tersangkut-sangkut nak jawab soalan seperti...awak ada pakai itu serum ke? Ini sudah ada pigmen maaa...ini mesti mau pakai sana punya produk. Lagi aaa...dia punya scrub tak de tajam ...kulit mesti cantik dan lembut saja.

You cadang apa barang? (Amboiihh...Malaysian ni...always cannot speak proper BM...saborrr jer la). Teruslah dia bawak Telipuk ke ruang depan, area kaunter pembayaran. Kat sebelah tu ada barang promosi dan sought after items. Agaknyalah sebab senang nak cari kannn. Lalu Telipuk pun diperkenalkan dengan produk keluaran tempatan iaitu "Garden of EDEN". Tanpa testimoni yang menyakinkan, hanya sekadar hujahan tanpa dalil yang kukuh...serta sesi tempek kat belakang tangan untuk rasai kehebatan krim dan baunya, Telipuk akhirnya akur membeli. Beli semua terus sampai ke serumnya. Botol kecik jer tapi maheiii gak laaa...nasib ada orang bayarkan. Kikikiki.


Nahhh...amik ngkau! Ni kalau tak jadi jelita lagi...tak tahu la nak cakap apa. Hahahaha. Tak pernah-pernah buat hal macam ni tau beli set lengkap bagai. (Dah la awak tu bukan jenis rajin ikut rutin). Kerana dah beli dan kerana terdesak nak guna, sangguplah lama sikit depan cermin. Cleanser ni bukan jenis foam...tapi yang jenis milk tu...dah satu proses nak guna kapas muka kannn. Taappiii...dalam membebel-bebel tu, Telipuk ikut jugaklah segala arahan. Pertama kali pakai saja sudah terasa nyaman kulit muka tu dan kepedihan serta gatal-gatal hilang. Alhamdulillah. Mungkin serasi kot. Jadi, teruslah Telipuk gunakan sehinggalah kesan-kesan masalah hari tu semakin memudar. Asalkan selesai masalah, kira oklah kan.Jadi, sehingga sekarang...teruskan jer la.

Oh ya, Telipuk guna serum Rosa E yang dicadangkan salesgirl tu untuk kulit kusam dan potential masalah pigmentasi. Wah...hari ni bagi publisiti free untuk GoE, bukan nak saja-saja jadi jurucakap tapi cuma nak share alternatif lain untuk yang masih tercari-cari produk yang sesuai. Taklah kata ianya terbaik , cuma buat masa ini berpuas hati. Harap-harap tak perlu tukar dalam jangka masa singkat ni sebab dah beli satu set kann...kalau tukar jugak, nanti Telipuk buat review lain pulak ahahahaha....

Friday, March 18, 2016

Timbang Imbang

Nyamannya suasana hari ini...hihihi

Nikmatilah sepuas-puasnya sebelum ia berakhir. Lepas ini tak ada la merasa boleh keluar rumah pukul 7 dan sampai pejabat pukul 7.15 pagi. Lepas ini kenalah lebih kerap menekan pedal brek ya...dah lama tak guna...hahaha...ayat melampau! Kan bagus kalau korang semua pergilah bercuti-cuti, berehat dengan keluarga, tak payah datang kerja...jalan tak sesak, parking senang...semua pun selesa jer.

Hurmmm...tunggulah keadaan kembali seperti sediakala...sementara tu...enjoyyy!!!

Semalam dengan tak semena-mena Telipuk memberanikan diri menimbang berat. Actually, risau youuu sebab dah tak buat vigorous activities minggu ini. Kata nak gi zumba, last-last tak pergi. Nak pergi gym pun tak dapat jua. Nak naik turun tangga, seriau tengok cicak banyak sangat dok melekat tepi dinding dan atas siling...huhuhu...last-last buat tabata saja, tu pun tak complete 1 jam sebab ada jer benda nak buat. Nak kena hantar dan jemput anak pergi/balik tuisyen in between masa tu. Asalnya nak tunggu hujung minggu ni baru nak timbang, tapi rasa macam nak juga tahu apa jadi bila Telipuk memperlahankan aktiviti. Bila timbang...huuu...legaaaa...masih mencatat penurunan. Tak banyak, dalam 2kg saja. Tak apalah, janji trend menurun. Biar perlahan, tapi bergerak ke bawah jua...konsisten jer lah. Alhamdulillah, kalau naik la...mau pening kepala Telipuk memikior nak kena review balik banyak benda dan buat new commitment. Lepas ni bila dah pandai, bolehlah slot in aktiviti renang pula..hohoho...baru nak pergi first class hari ini sudah mahu berangan ye.

Telipuk juga sudah kembali berpuasa bermula hari Khamis. Sepanjang mengikuti JK1M ni, selama 6 minggu tu Telipuk tangguhkan aktiviti puasa Isnin/Khamis sebab konon takut lapar kan...maklumlah...dah start nak makan ala-ala nasi cuma satu gengam tangan tu kan. Telipuk pulak mana boleh tinggal nasi...melayu totok ni...Tapi risau juga sebab takut tak boleh mengembalikan kebiasaan puasa tu...Hari Isnin hari tu tak dapat puasa sebab cuti...eleh...macamlah kalau cuti tu nak makan banyak apa ke...tak jugak! Rugi jer la manusia ni kan. So, semalam bertekad juga nak mula balik. Bangun sahur terkebil-kebil tak tahu nak makan apa. Last-last makan menu sama seperti ketika mendaki Broga. Telan jer lah...janji isi. Alhamdulillah, kebetulan sepanjang hari tu fikiran Telipuk dok fokus nak habiskan satu tugasan, sedar-sedar hari dah petang. Masa tapau makanan, yang lawaknya...tak pernah-pernah Telipuk terlioq tengok sayur bayam...this time macam nak makan jer banyak-banyak. Hahahah...I mean, kalau sayuran hijau tu Telipuk nyer favourite asalnya cuma sayur kangkung. Last few years, Telipuk dah develop minat makan sayur sawi bunga. Siap ratah-ratah tanpa nasi. Since JK1M dan kat sini selalu ada sayur bayam masak air tu...dahhh Telipuk pulun bayam jer all the time. Tapi semalam tamak punya pasal beli sayur taugeh campur kobis. Tu pun suka...though masak bodo-bodo jer.

Masalahnya ialah time berbuka. Beli sup ayam (membeli la semuanya sebab tak sempat nak masak dan mak balik kampung huhuhu), alih-alih makan secubit. Yang sayur mayur tu semua...Telipuk habiskan kobis/taugeh...dan separuh bayam. Makan dengan nasi satu senduk tapi yang kesiannya tak mampu habiskan nasi tu sebab Telipuk dah belasah sayur banyak sangat kot. Aduhhh...macam ni pun dah kenyang rupanya...ni kalau bulan posa mau jimat belanja dapur kalau semua orang boleh buat macam ni...hahahaha...ok lepas ni dah tau, kalau Telipuk berpuasa nanti, nak ambil simple jer...satu sayur, satu lauk dan air kosong jer.

Now risau la pulak...takut lepas ni dah tak lalu nak makan benda-benda nyummies yang dulu Telipuk suka. Telipuk suka coklat...sekarang jangankan satu bar, bahagian yang patah-patah tu satu dua jer Telipuk makan. Lepas tu simpan. Memang coach Telipuk ajar makan jangan hadap sekaligus habis...makan sikit-sikit. Hatta untuk buah sekalipun. Kalau makan sebiji epal, potongkan dan cuma makan satu atau dua potong jer dulu (Kalau buah kadang2 tak tahan la...ku belasah jua). Lain-lain simpan dan makan kemudian. Rasa-rasanya Telipuk tidaklah bercadang tak mau makan itu ini, Telipuk masih nak makan cuma Telipuk jaga portion saja. Rugilah weiii kalau tak makan...nak-nak laksa kan...mana bolehhh!!! Tak dapat satu mangkuk, dapat beberapa suap pun jadilah...hahaha...

Thursday, March 10, 2016

Menuju Puncak

Usai program 6 minggu JK1M#6, mula terasa macam anak ayam kehilangan ibunya. Pun begitu, tetap tidak berganjak dari keputusan yang telah diambil sebelum ini iaitu , Telipuk tidak akan mendaftar untuk program lanjutan. Bukan sebab Telipuk kedekut nak keluarkan duit tetapi Telipuk nak latih diri berdikari. Sampai bila nak biasakan diri buat sesuatu ikut-ikutan. Memanglah seronok bila buat senaman dalam kumpulan, rajin aje. Tapi sampai bila? Kata nak jadikan lifestyle...dah kalau bila seorang tak mampu buat, gaya hidup apa ke namanya? Kalau macam tu, sampai sudahlah buat sesuatu bergantung kepada orang lain. Kalau tak ada geng, tak bersenam. Ada geng, baru bersenam. Owh...no...no..no...

Jadi, Telipuk pun mulakan apa yang boleh Telipuk mulakan. Sebagai contoh, aktiviti naik turun tangga. Telipuk dah cuba berlari keliling Tasik Titiwangsa minggu lepas, tetapi ketika larian hampir sempurna hujung ke hujung, Telipuk terpaksa berhenti sebab kaki yang tercedera dulu mula terasa sedikit tidak selesa. Nak kata sakit sangat tidaklah, cuma rasa langkah nak menghencut balik...huhuhu...oleh yang demikian, mungkin untuk kembali berlari seperti biasa itu perlu ambil masa lagi. Bila naik turun tangga, tak rasa bermasalah. Maka, buat sementara ini Telipuk gantikan acara lari-lari dengan acara naik dan turun tangga. Kalau tangga kat rumah tu, dari ground floor sampai tingkat rumah Telipuk cuma 4 tingkat jer...ada 6 set tangga...satu set ada 9 anak tangga. Sekali trip naik, bolehlah daki 54 anak tangga. Biasa Telipuk buat 10 trip naik, 10 trip turun. Bolehlah dapat 540 anak tangga naik. Hohoho...berpeluh jugak tuh...

Itu kalau kat rumah...

Masalahnya, Telipuk rasa workout masih tak cukup. Yelah, kalau nak turunkan berat, at least kena buat aktiviti 5 hari dalam seminggu, dua hari rehat. Sabtu, Ahad, Isnin dan Jumaat adalah hari-hari yang Telipuk rasa boleh diisikan dengan aktiviti yang sesuai. Satu hari lagi masih kena fikirkan. Coach pesan suruh pelbagai. Tak boleh naik tangga sahaja atau pergi zumba sahaja. Setakat ini Telipuk tak ada masalah nak naik tangga, lompat tali dan buat tabata drop sorang-sorang kat rumah. Tapi takut lama-lama boring kot...tu yang Telipuk nak ensure ada outdoor jugak. Trip ke Broga adalah cubaan Telipuk untuk menambah variasi dan keseronokan ke dalam gaya hidup baru. Masalahnya tak ada kaki la pulak nak konsisten benda ni...geng Sentul selalu timing clash...nak tag along team lain, duhhh...macam tak reti nak intro camana...hahahah...oklah, slow dulu sekejap yang tu...nanti Telipuk pikir balik kaedah apa ...

So...Telipuk add acara Zumba...semalam semangat menghadirkan diri ke kelas. Sekali tengok instructor berkerut-kerut muka menggosok kaki. Malang sekali, kelas terpaksa dibatalkan sebab kaki instructor zumba kitaorang dah terseliuh la pulak...jadi, zumba kena park ke tepi dulu jugak...hihihi. Berangan nak berenang, punnnn kena park tepi sebab sepatutnya kelas private untuk Telipuk sorang bermula Jumaat ini tetapi trainer Telipuk minta tangguh pula sebab nak susun jadual dia. Alahaiii...semua park tepi ni...kang Telipuk pergi kelas belajar buat kek baru padan muka sendiri!!!

Namun, satu benda yang Telipuk berjaya buat minggu ini...jeng...jeng...jeng....

Melompat dari awan ke awan tanpa henti opppsss...bukan...bukan...memanjat tangga di bangunan Menara Telekom ini dari pejabat Telipuk di aras 7 sehingga ke pejabat bos besar di aras 55...48 tingkat tuhhh...perghhh...cayalah diriku sendiri!!!

Naik tangga lagi ek...hahaha...tapi memang aktiviti ni Telipuk teringin sangat nak buat. Tapi tak berani dan tak tahu nak mula. Bila Asma beria-ia ajak sebab dia dah mula naik sekali dua minggu lepas...Telipuk pun tak teragak setuju je. Sepatutnya naik bertiga dengan sifu hiking yang kental lagi da'bomb, Erliz (yang juga peserta JK1M6 team Serdang)...malangnya member kena keluar meeting kat Putrajaya. Tak pe...tak pe...hidup mesti terus...jangan memandang ke belakang...fikirkan boleh...yeh yeh...


Selfie di check point pertama...hahaha...tingkat 20. Time ni sengih pun lebar lagi. Alhamdulillah, tak rasa begitu penat sebagaimana yang Telipuk bayangkan. Mungkin sebab Telipuk dah biasa naik turun tangga kat rumah, latihan dah ada, Cuma risau Asma sebab takut dia penat, Asma dah develop asthmatic ever since dia tak sihat beberapa ketika dulu. Anyway, kami naik pelan-pelan sambil bersembang.


Akhirnya, sampai di aras 24, Asma mengalah. Telipuk suruh dia turun balik dan rehat di pejabat. Mula-mula Telipuk teragak-agak juga nak meneruskan perjuangan ini sebab Telipuk takut nak naik tangga sorang-sorang...sunyi pulak tu. Namun, memandangkan Telipuk sangat teringin dan nak tahu Telipuk boleh naik sampai tingkat berapa...sementelah lagi kat luar tu hujan dah turun, jalan dah mula sesak...kalau balik pun tak guna, maka, Telipuk bertekad untuk meneruskan.

Ini gaya selfie dalam keadaan cuak memerhati sekeliling di aras 30.


Seterusnya Telipuk continue naik menapak setangga demi setangga sehingga berjaya sampai di aras 45. Wahh...masa ini tak takut lagi dah. Rasa tak sabar nak naik lagi. Sepanjang perjalanan tu terserempak dengan beberapa manusia. Semuanya Telipuk tegur dengan ramah hahaha...dah kenapa ko ni Telipuk???

Ada sseorang brader tu, mula-mula sengih jer tengok Telipuk yang dok hish hush hish hush naik tangga macam dengus Dark Vader dah...dia nak turun, Telipuk nak naik. Dah ke bawah dia sempat melaung..."Sorang jer ke?"

"Haah...ada member tadi, tapi dah patah balik dah..."


Wauu wee....tingkat 50 dah...yahoo...yahoo...unsangkarable! Telipuk lagilah bersemangat nih...sebab lutut tak pulak rasa sakit. Penat memang penat...tapi rasa boleh buat. Baju dah basah dengan peluh. Memang rasa best sangat.

Ayuh teruskan...

Finally, sampai tingkat 55. Selfie tak senyum sangat dah...bukan sebab penat tapi sebab frust...actually, 55 bukan aras tertinggi...kalau nak sampai ke puncak paling atas sampai ke helipad (though tak ada sesiapa menghuni tingkat-tingkat puncak tu), katanya ada 60 lebih tingkat. But then, safety comes first la kan. Telipuk tak berani la nak explore sorang-sorang...kalau ada geng, bolehlah. Jadi nak tak nak, kenalah berpuas hati dengan pencapaian percubaan pertama ini...happy! happy!

Next trip Telipuk akan mula dari aras bawah. Barulah boleh cecah 50 tingkat lebih menapak naik kan. Teruja ni dengan aktiviti ni. Ke nak panjat tangga KL Tower??? hahaha...over do it lahhh...sabo jer lah mak jemah oiii...!!!

Monday, February 22, 2016

Sihat Itu Happy

Tup tap tup tap dah menghampiri pengakhiran perjalanan JK1M Telipuk. Ini minggu terakhir. Serius! Hahaha...boleh celebrate kat Madam Kwan's nanti. ;)

Telipuk sudah sertai semula latihan bermula minggu lepas, sebaik kaki sudah boleh berjalan dengan baik. Masa pergi latihan tu, Telipuk cuma berani powerwalk sahaja...belum berani berlari laju. Masa latihan, dah boleh slow jog. Senaman-senaman lain semua Telipuk boleh buat seadanya. cuma yang lunges jer Telipuk tak berani nak turunkan betul-betul sebab kes cedera hari tu pun rasanya pasal lunges hahaha...untuk burpess pun berani atur selangkah-selangkah sahaja. Tapi oklah tu...man-man ler.


Aktiviti circuit training kami buat di Taman Tasik Titiwangsa. Sebab tu Telipuk pilih coach Fzanne. Selain daripada lokasi yang berdekatan dengan rumah (supaya Telipuk senang nak pi), faktor lain ialah kerana team Fzanne ni all ladies. Haaa...tu paling utama sebab Telipuk tak selesalah nak bersenam campur-campur ni kan...segan la pulak. Nak sihat jer pun...biarlah dalam batasan yang tidak meragukan.

Kemudian, untuk toning, minggu lepas Telipuk sempat mencuba gym kat area Wangsa Melawati. Masa sampai tu sekitar jam 8.45 malam. Ingatkan malam-malam ni tak ramai orang, wah...boleh tahan rameiiii. Pilih gym tu sebab katanya ada ladies area, sekali tengok eh...awat orang lelaki pun dok keluar masuk jugak nih? Rupa-rupanya kalau member boleh jer masuk...hurmmmm...ingatkan eksklusif bebenor. Nampaknya back to Leha Fitness jer lah kottt...hahahaha...sebab kat situ koman-koman semua equipmentnya dah agak 'mesra' memandangkan coach dah bawak kami pi sana semasa sesi di gym. Oh ya, kita kalau nak turunkan berat badan dengan elok, sekurang-kurangnya mesti slot kan satu sesi gym ye ...sebab barulah badan kita akan mantap dan tak menggelebeh. Bila kurus tak nampak macam orang sakit, tapi nampak elok berseri-seri gituuu....hahaha...itu kak Telipuk tambah ...

Kelmarin petang, Telipuk ikut geng pergi 'melompat' kat Jump Street Trampoline Park, PJ. Asalnya Telipuk tak nak pergi sebab takut kecederaan berulang. Lagipun aktiviti ini dikategorikan sebagai sukan ekstrem yang mana sangat tidak digalakkan untuk individu yang ada mengalami sakit pinggang mahupun lutut. Tapi Telipuk tetiba lak rasa 'degil' nak pergi jugak...satu, Telipuk memang sesungguhnya perasan yang kaki Telipuk dah pulih seperti sediakala dan keduanya, Telipuk tak sabar nak berlasak semula...jadi dengan melompat ini, Telipuk boleh agak sejauhmana Telipuk boleh start push diri . Kalau tak diatasi psychology barrier ni...takut lagi lama Telipuk dalam keadaan teragak-agak dan risau sana...risau sini.


Telipuk bawak anak join sekali. Time ni best boleh dapat diskaun. Kalau pergi sendiri dalam RM27 kot per entry kalau tak silap. Budak memanglah seronok, melompat sesungguh hati. Budak-budak kecil pun ramai yang datang. Seronok tengok gaya masing-masing. Kena pakai stokin khas kat sini supaya bila kita melompat dan mendarat, kaki tu boleh menahan dengan lebih kemas. Yang penting, jangan lock lutut yer...be happy, be confident. Jangan over buat aksi pelik-pelik sudahlah...lainlah kalau dah kategori otai.


Bersama sebahagian geng yang hadir. Diaorang ni bab berposing memang terra...Telipuk sempat menyelit sikit-sikit sahaja.


Yang ni pulak ialah gelanggang dodgeball. Telipuk pun tak berapa arif peraturannya, main hantam keromo sahaja sebab masa coach ajar main dulu, Telipuk tak dapat join sesi tu. Anyway, yang penting menang walaupun main dalam keadaan 'blur'. Hahahaha...itu namanya nasib sangat baik.

Minggu ini cabaran yang Telipuk setkan untuk diri sendiri ialah untuk mengekalkan jumlah penurunan yang ada ini. Pada Telipuk, jumlah tersebut sudah sangat baik. Selepas JK1M ini, Telipuk berazam untuk meneruskan rutin yang semakin Telipuk selesa buat ini. Kesihatan Telipuk pun semakin baik, tekanan darah Telipuk sudah boleh dikatakan normal. Alhamdulillah, itu yang Telipuk paling ketara rasakan. Rasa sihat. Rasa positif dengan kehidupan hari ini. Tak ada rasa nak marah-marah lagi. Rasa ok ok jer.  Happyyy!!! Yeayyy!!!

Tuesday, February 16, 2016

Nawaitu

Telipuk baru dapat tahu ada seorang peserta JK1M telah meninggal dunia kelmarin di Hospital Ampang. Terdahulu, arwah mengikuti aktiviti trekking di Sg. Lepoh, Hulu Langat. Dalam perjalanan pulang, arwah kelihatan penat dan mengalami kesukaran bernafas lalu rebah. Bomba dan pihak ambulan telah dipanggil membantu membawa keluar arwah dan dihantar ke Hospital Ampang. Sudah janji yang tertulis, ajal arwah telah tiba. Arwah menghembuskan nafas sekitar jam 5.20 petang di hospital tersebut.

Betul ajal maut di tangan Tuhan dan janganlah menyalahkan mana-mana pihak berhubung kejadian ini. Telipuk suka mengingatkan supaya kita bila nak buat apa-apa aktiviti lihatlah kepada kemampuan diri. Ada orang dia teruja dengan cabaran untuk mencabar keupayaan diri namun badan tak mampu menanggung. Ada orang dia tahu dia tak larat tapi sebab kawan-kawan dan jurulatih bagi semangat dia buat juga...yelah, ada benda mind is the only barrier tapi itu tak terpakai untuk semua keadaan. Positif, positif juga tapi kalau kawan tu muka dah pucat lesi, janganlah terlalu mendesak. Berpada-padalah dalam segala hal.

Untuk Telipuk, badan ni kita nak pakai lama. Biar lambat, asal selamat. Memanglah tak dinafikan kekadang rasa macam tak sabar jer nak baik lekas...tapi fikir-fikir kalau inilah yang terbaik untuk masa ini , (tentulah Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita...sesudah berikhtiar), Telipuk cool baliklah. Biarlah baik betul, tak adalah nak kena repeat pi physio lagi. Dah jemulah 7 kali pi physio...eh...bukan kata tak ada improvement...alhamdulillah ada...cumanya macam ni lah...sikit-sikit. Sabarrrrr...!!!

Kepada yang berminat nak ubah gaya hidup sihat ni, nak mula berjinak-jinak dengan regim senaman...Telipuk nasihatkan mulakan dari bawah. Buat sikit-sikit dulu dan tingkatkan. Boleh tingkatkan kekerapan dan intensiti latihan. Chewaahhhh...dah macam trainer lak bunyinya. Hahaha...ini benda logik ja weiii....program Telipuk ni lain, ada tempoh tertentu dan ada outcome yang kita nak nilai maka kaedah perlaksanaannya mungkin agak keras, apatah lagi untuk yang menjalani sedentary lifestyle macam Telipuk ni...tu yang opocot mak kau lutut aku meletup tu!!!

Apapun, tiada rasa kesal di hati Telipuk menyertai JK1M. Bahkan Telipuk rasa ianya satu lembaran baru, satu pendedahan baru yang Telipuk suka untuk merasai pengalamannya. In shaa Allah, Telipuk akan teruskan rutin baru dalam hidup Telipuk ini...nak hidup dengan lebih baik dan sihat untuk manfaat orang-orang yang tersayang dalam hidup Telipuk. Yalah, Telipuk bukannya nak hidup lama menongkat dunia, dalam keadaan sihat inilah boleh nak manfaatkan diri. Kalau dah terlantar sakit, masa tu apa pun dah tak boleh buat kan. Lagipun tubuh badan ini anugerah Tuhan.Tuhan bagi dalam keadaan elok sihat...haraplah Telipuk boleh pulangkan pinjaman ini dalam keadaan Telipuk benar-benar menjaga, menghargai dan memanfaatkannya untuk kehidupan seterusnya.

In shaa Allah. Semoga Allah mudahkan urusan Telipuk ini.

Monday, February 15, 2016

Belum Mengalah

Cer teka berapa Telipuk dah berjaya reduce untuk JK1M ni?

5kg jer...hahahah

Finally ada gak nampak perubahan, ingatkan penimbang tu nak mainkan Telipuk. Asyik tak bergerak jer. Sekali ni bila dia bergerak turun...eh...eh...macam tak percaya pula. Kira masih ada harapan untuk Telipuk muahahahaha...

5kg pun 5kg lah, ikutkan nafsu Telipuk dah tentu-tentu nak angka yang lebih besar. Akan tetapi memandangkan dah berminggu Telipuk tak mampu berlasak sebab kecederaan lutut, rasanya 5kg tu sudah memadai. Yang pentingnya Telipuk dah tahu apa yang patut Telipuk lakukan untuk menjalani kehidupan yang sihat. Dan yang pentingnya juga Telipuk akan buat ikut kemampuan bukan ikut-ikut orang. Apatah lagi nak buat sesuatu kerana orang. No way! Telipuk tak ada intention nak jadi orang lain, hanya akan jadi diri sendiri sahaja dan buat apa-apa yang Telipuk suka, Telipuk's way. Hahaha...banyaklah ko punya cara ek...

Tapi sungguh...Telipuk agak cemburu tengok gambar-gambar geng Titiwangsa yang berjaya panjat Bukit Saga. Diaorang naik pagi, turun dekat-dekat pukul 5...eh...what daaaa...bukan ke kalau ikut jadual patut by pukul 1-2 dah turun. Hemmm...mungkin diaorang ambil masa untuk naik dan enjoy the view. Belum campur mandi-manda kat air terjun tu lagi...wahhhh...sangat-sangat jeles. Apatah lagi mengetahui yang jumlah kalori dibakar rata-ratanya melebihi 2000...owhhh...I hate you!!!

Tak pe...tak pe...nanti Telipuk nak ajak geng Sentul repeat Bukit Saga...harap-harap ada take-up la. Kalau dalam 2 minggu ini lutut semakin baik dan stabil, Telipuk nak tingkatkan sasaran sebab memang ada plan team TM pulak nak buat ekspedisi ke Bukit Broga...wewittt...Saga pun tak cecah ko dah berangan nak ke Broga. Hahaha...cita-cita kena besar beb baru syok mengejar...tak dapat semua, dapat sipi, ye dak?

Tuesday, January 26, 2016

Ada Bezanya

Satu perkara yang saya pasti tentang JK1M ini ialah meningkatnya kesedaran tentang 'input' dan 'output'. Input merujuk kepada apa yang kita makan sehari-hari, yang masuk dalam badan dan output pula tentang bagaimana kita 'spent' tenaga yang telah kita 'consume' itu. Rasanya tak susah nak faham pun. Badan memerlukan tenaga untuk berfungsi. Tenaga kita dapat daripada apa yang kita makan. Masalah terjadi apabila kita ada begitu banyak tenaga (dah macam bahan bakar), tapi kita tak gunakan pun. Makan macam nak keluar pergi bendang, tapi sepanjang hari dok duduk atas kerusi kerja menghadap komputer. Cukup tempohnya badan akan tukarkan lebihan tenaga yang tidak dimanfaatkan itu menjadi lemak. Begitulah proses silih berganti, lemak semakin menimbun-nimbun sehingga akhirnya menjejaskan kesihatan kita.

Ada juga orang yang tak berapa makan pun, tapi dia cenderung makan makanan yang diproses hatta yang kita rasakan sihat seperti energy bar. Hati-hati dengan makanan yang diproses kerana bila kita makan, boleh jadi sistem dalaman badan yang bekerja untuk mencerna tidak dapat mengenalpasti komponen makanan tersebut. Bila ia tidak mampu mengenal dan menganalisa, badan akan buat kerja mudah iaitu terus menyimpannya menjadi lemak. Jadi, pilihlah jalan selamat...makan makanan yang segar dan organik. Jus oren memang nampak menyihatkan tapi sudah tentu ianya masih juga dalam kategori diproses memandangkan tempoh hayatnya yang panjang. Bayangkan apalah agaknya yang dicampurkan dalam ramuan sihat tersebut supaya ia tahan lebih lama. Sedangkan jus oren yang kita buat sendiri, paling lama simpan dalam peti ais pun hanyalah 4-5 hari .

Oh ya, bab senaman...memanglah bila difikirkan macam malas nak buat. Tapi kalau kita memang kerja jenis 'light' macam pekerja pejabat ni, apalah pilihan yang kita ada? Mana nak 'bakar' tenaga yang kita 'consume' seharian tu kalau kita tak paksa badan bergerak? Lainlah kalau kita ni kerja angkat batu-bata tengahari terik dari satu tempat ke satu tempat...yang tu bolehlah makan banyak manapun sebab setiap tenaga yang masuk akan pasti digunakan dek bebanan kerja tersebut. Formula untuk mengurangkan berat badan sebenarnya mudah sahaja iaitu pastikan yang tenaga kita gunakan lebih daripada tenaga yang masuk. Kita perlu bakar 3500 kalori untuk menurunkan 1lbs berat. Justeru kalau nak kurangkan berat, bolehlah kurangkan kalori yang diambil sekurang-kurangnya 500 kalori sehari...jangan melebihi 1000 kalori di bawah tahap keperluan kalori sehari. Karang ada yang pengsan pulak...kena tahu keperluan kalori badan dan juga tahap keaktifan kita.

Untuk saya, penurunan berat badan ini adalah untuk tujuan mencapai gaya hidup yang lebih sihat. Maklumlah umur dah meningkat, penyakit pun kian kian nak datang jadi perlulah dilakukan sesuatu. Tak bolehlah asyik cakap-cakap berdegar-degar tapi buat satu apapun tak. Cumanya saya tidaklah bercadang nak ekstreme...masuk JK1M ni sebab nak dapatkan geng-geng  sealiran dan belajar ilmu daripada jurulatih yang arif bidang kesihatan ini. Bila kita dalam komuniti yang berkongsi aspirasi yang sama, maka adalah lebih mudah untuk bergerak. Tak adalah segan-segan nak exercise sorang-sorang. Nak pemangkin namanya, bila dah terbiasa nanti barulah senang nak adopt terus jadi rutin harian kannn. Seram jugak tengok member-member baru ni non-stop dengan aktiviti...every day ada jer...yang pergi zumbanya, yang buat piloxing, kick-boxing bagai...haishhh...yang tu saya angkat tangan surrender awal-awal. Dapat buat yang memenuhi keperluan pun dah cukuplah...tu pun dah syukur sangat boleh dan mampu buat. Saya cukup sekadar berjinak-jinak mengelilingi Titiwangsa dan buat aquarobik di kolam kat rumah tu pun kira dah sesuatu yang berbeza tau...ahahaha...

Tuesday, January 19, 2016

Yakin Boleh

Pernahkah anda merasakan keinginan untuk melakukan sesuatu namun masih menangguhkannya atas sebab-sebab tertentu? Dan keinginan itu datang dan pergi sebagaimana tahun demi tahun berlalu silih berganti. Kemudian sesuatu berlaku sehingga anda merasakan ...ini kalilah! Mesti buat. Now or never.

Dan sesuatu itu telah benar-benar menghentam diri ini sehingga Aku tidak mampu lagi memberikan alasan untuk menangguhkannya.



Betulkan niat. Betulkan cara berfikir. Hiduplah dengan sihat, hargailah apa yang Allah telah berikan. Semoga kesihatan yang baik akan membawa kepada kehidupan yang lebih berkualiti, memanfaatkan dunia untuk kesejahteraan akhirat. In shaa Allah. Titipkanlah doa untukku ya, semoga Aku berjaya mencapai sasaran yang kumahu.

Thursday, June 25, 2015

Telan Vitamin

Itulah...dulu-dulu payah benor nak telan vitamin. Dah tua macam ni baru nak sibuk...amik ngkau...ni kira tak payah makan nasik dah...telan vitamin jer dah kenyang.


Dulu masa zaman bujang, housemate dah berapa kali approach suruh join/beli produk Shaklee ni tapi Telipuk bo layan jer pasal tak rasalah perlu nak makan vitamin. Apa ke barang makan vitamin...mahal pulak tu....Kalau harga seploh hingget oklah kot hihihi...nak murah saja. Masa berlalu, hari berganti...tiba-tiba terasa keperluan untuk mendapatkan makanan tambahan ini. Ambik masa juga survey sana, survey sini. Bukan apa...alang-alang nak membeli, biarlah berbaloi. Kalau tangkap muat saja , silap haribulan termakan produk yang merbahaya...naya!!!

Kebetulan ada kawan geng Shaklee. Dia bagitau ada promosi baeekkk punya, siap boleh terus jadi ahli dan dapat multivit percuma...eh...eh...akak memang pantang dengar benda-benda percuma ni...hahahaha...Dah tak pasal-pasal, asal nak satu dua jer...dah alang jadi ahli ni, beranak-pinaklah pulak segala khasiat-khasiat tambahan ni.

Telipuk ni jenis nak makan tu tak ada masalah, alhamdulillah...cukup masa telan. Bolehlah tahan disiplinnya. Ada orang telan sebiji dua dah give up dengan rutin pengambilannya. Ala...nak tak nak je masalahnya.

Don't worry...Telipuk tak de nya nak menjual kat mengkomer semua....tak de kekdahnya Telipuk nak start calling-calling korang...ni Telipuk nak makan sendiri jer. Telipuk nak rasa dulu apa manfaatnya, kalau bagus baru Telipuk cerita. Kalau teringin jugak nak kacau Telipuk dan paksa Telipuk belikan...welll...apakan daya...bolehlah nak tolong, kan...;)

Thursday, February 09, 2012

Belum Masanya

Ubat batuk? Hemmm...dah berbotol dah. Dah tahap lalok dah. Hahaha.
Tapi tak jalan sangat. Belum masanya.

Kemudian, beralih kaedah tradisional. Apa lagi kalau tidak air asam jawa. Mak buat 2 gelas. Lepas tu Aku sendiri buat beberapa gelas lagi. Hemmm...agak menjadi. Tapi, batuk masih belum pulih sebenuhnya. Belum lagi.

Semalam cuba perahan limau nipis dengan kicap Jalen 1 sudu besar...emmpppp....masam berdengung! Masa kena tu cukup kaw! Berpinar biji mata.

Tapi pagi ini...bila nak bercakap tu, masih tersekat-sekat. Batuk-batuk lagi.

Kata jiran sebelah, "belum baik lagi ke?"

Maklumlah, ini sudah masuk tiga minggu ni...memang hari ini dalam sejarah. Tak pernah selama ini.

Apa pun, begitulah penyakit. Orang kata, datang macam ribut. Pergi macam semut. Tak kisahlah, yang penting redha dan sabar ajelah. Dah lama sihat, sekali-sekala kena tahan ajelah.

Tapi rasanya, tahap sejuk di pejabat ini turut menyumbang sama. Mau nyer tak, aku rasa ever since diaorang cuci karpet ni seminggu sudah...macam tak pernah tutup jer air-cond tu. Asal masuk je, sejuk. Walaupun baru jam 7.15 pagi. Mana tak melarat. Asal nak elok aje, dah satu hari terperap dalam pejabat yang sejuk macam peti ais. Bila keluar, terus selsema dan batuk-batuk datang balik. Lagipun sejuk-sejuk cam ni virus senang nak hidup, kan? hek eleh...sabor jer lah.

Ade ke sapa-sapa nak try petua bawang tu pulak?

Hehehe.

Wednesday, November 30, 2011

Khal

Saya sedang memandu di suatu petang yang syahdu ketika saya mendengar satu program bual bicara di radio IKIM. Kebetulan, ianya satu segmen tajaan dan mereka memperkatakan tentang produk khal atau cuka kurma dan khasiatnya. Sebetulnya, saya tidak tahu banyak tentang cuka kurma jadi bila mendengar program itu rasa tertarik pula untuk mendapatkannya. Biasalah, bila umur semakin menganjak ini, tidak boleh tidak, teringin juga hendak 'jaga badan', bukan hendak melawan peraturan alam...cuma hendak berusaha agar sihat dan cergas agar tidak menganggu ibadah. Kalau boleh. Sekadarnya. Insyaallah.



Saya ada minum jus Monavie. Untuk makanan tambahan sahaja.Juga ada mengambil Evening Primrose Oil, dalam beberapa bulan sudah. Seperti biasa, saya tidak pasti kalau ada perubahan apa-apa, kerana rasa sama sahaja. Tapi alhamdulillah, setakat ini sihat. Tahun ini belum ambil sehari MC pun. Syukur.

Yang Monavie itu saya belikan untuk ayah sebagai sebahagian usaha menjayakan permohonannya. Semasa menggunakannya, maklumbalas ayah positif. Dan sekarang, saya menghabiskan beberapa botol yang tinggal. Rasanya sedap! Orang kata yang warna merah itu boleh menguruskan badan, hemph...tak berkesan kot untuk saya...hahahah...

Dah puas minum jus hendak cuba benda lain pula. Setakat ini yang kekal ialah kebiasaan minum teh hijau. Saya mula berkenalan dengan teh hijau semasa di Jepun. Masa tu terpejam celik hendak menghabiskan hidangan teh hijau mereka. Bila saya kata 'oishii desu ne..' udah ditambah lagi penuh melimpah. Nak tolak tak manis. Mahu tak mahu ku hirup jua dengan gaya 'bersahaja'. Heheh...

Tapi sebenarnya orang kata bagus minum teh hijau ini. Saya minum satu cawan sebelum tidur, sebab time tu je saya ada masa menghirup perlahan sambil berehat membaca surat khabar.

Jadi, bila keluar cerita 'Khal' ini...eh, saya nak cubalah. Kalau okay, boleh bagi mak dan ayah cuba juga.

Saya baru beli dua botol 'Khal' dan sebotol jus delima. Jenama Al-Baraka dari Egypt. Yang delima tu pula dari Turki. Saya sedang mencari maklumat cara memakannya dan khasiatnya. Saya jumpa dan saya kongsikan di sini. Mudah-mudahan bermanfaat.

************************************************************

Kebaikan buah kurma disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Kebanyakan orang belum mengetahui khasiat "CUKA KURMA"

"BAGAIMANA ORANG ARAB MAMPU MAKAN SEEKOR KAMBING HANYA UNTUK TIGA ORANG MAKAN TANPA RISAU TERKENA PENYAKIT-PENYAKIT BERBAHAYA SEPERTI DARAH TINGGI, KENCING MANIS, JANTUNG, KOLESTROL ATAU OBESITY"

KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN

Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit).
Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.

Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

CARA PEMAKANAN :-

Sebelum mengambil atau minum cuka kurma digalakkan agar:

1-Baca Bismilah serta selawat kepada Nabi SAW dan keluarga sebanyak 3x.
2-Di niatkan agar disembuhkan oleh Allah SWT kesemua penyakit yang dihidapi agar dapat beribadah kepada Allah SWT dengan sempurna.

Pelbagai cara boleh digunakan semasa pengambilan produk cuka kurma ini:

1-Satu sudu besar 10ml dicampur terus ke dalam secawan air masak dan diminum terus.

2-Digalakkan cara ini iaitu mencampurkan satu sudu besar 10ml cuka kurma dengan satu sudu besar 10 ml madu ke dalam secawan air masak. Pastikan anda menggunakan sudu plastik kerana madu agak sensitif dengan sudu besi.

3-Kombinasi cuka kurma dengan teh o /kopi pun boleh menghilangkan rasa masam cuka kurma tersebut .

4-Ia juga boleh digunakan sebagai gantian kepada cuka makanan buatan sebagai bahan masakan makanan harian. Cuka makanan buatan agak asidik sifatnya berbeza dengan cuka kurma.

Pengambilan disyorkan sebanyak 2/3 kali sehari.

Dipetik daripada http://tamankoperasibenabt8ijok.blogspot.com/2011/02/cuka-kurma-iran-minab.html

Tuesday, February 16, 2010

Bila Larut Malam...

Bukan niat Aku menghasilkan satu entri hari ini. Apatah lagi di malam-malam hari seperti ini. Tapi begitulah kesudahannya, kalau sudah menghadap komputer dan tak ada benda lain lagi yang hendak dibuat.

Sebenarnya Aku sedang menunggu mak dan ayah yang belum sampai-sampai lagi. Khabarnya sesak jugak laluan hendak masuk KL ini. Lagi pula mereka hanya bertolak sesudah Asar tadi. Kalau Aku masuk tidur dulu, alamat tak dengarlah bunyi ketukan pintu nanti. Aku kalau kepala sudah menyentuh bantal....zzzzz...terus. Alhamdulillah, syukur. Ramai orang yang susah hendak tidur. Tak tahulah kat Malaysia ini ramai mana, tapi Aku tengok segmen bual bicara Oprah tempohari, siap bincangkan pasal kes kesukaran tidur ini. Tentulah ramai yang terlibat sampai perlu diketengahkan begitu sekali.

Besok pagi Aku akan temankan Abang buat MRI, temujanji pukul 9.00 pagi tapi kami perlu berada di sana 30 minit lebih awal untuk persiapan memasuki mesin tu. Sudah dapat keputusan nanti, terus jumpa doktor Noortheen dulu. Lepas tu, barulah tahu kot apa masalah dan bincangkan kaedah rawatannya. Doa Aku, semoga Abang tak apa-apa.

Penantian sebegitu mengingatkan Aku kepada seorang teman. Tuhan hanya menguji kita dengan ujian yang kita mampu tanggung. Dia tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita. Adapun sebab itulah, kalau kesemua manusia ini mengumpulkan masalah masing-masing di suatu tempat kemudian kita disuruh memilih masalah yang kita rasa paling 'ringan' untuk dihadapi...nescaya kita akan ambil kembali masalah kita yang kita fikirkan 'berat' itu.

Insyaallah, kita akan hadapinya bersama-sama.

Tuesday, October 06, 2009

Dan Sebenarnya...

...Aku rasa blank je hari ni. Entahlah kenapa.

Semalam tidur pun tak berapa nyenyak. Berkali-kali terjaga. Rasa macam bermimpi tapi tak tahu apa.

Tekak pun makin rasa pahit (wei...posa la wei...)...dan makin perit. (Nak sakit tekak sama kot...). Hidung pun rasa cam nak tersumbat aje. Pendek kata serba-serbi tidak kena. Kesudahannya Aku telan paracetamol time sahur pagi tadi.

Harap-harap okaylah.

Tuesday, July 21, 2009

Godaan Cempedak Goreng

Dari jauh ku perhatikan Kak Ros mengedarkan sepinggan cempedak goreng dengan ekor mata. Aku pasti dia akan sampai ke cubicle ku juga. Aroma menggoda cempedak yang digoreng itu sungguh meresahkan kalbu. Cis! Tak boleh jadi, ni! Rasa nak hambat Kak Ros jauh-jauh. Supaya Aku selamat dari digoda.

Tiba-tiba Kak Ros sudah terpacul dihadapanku. Cempedak yang masih berbaki dalam empat lima ketul itu bagaikan menari-nari di depan mataku. Hampeh betul lah! Mataku melirik ke arah sebiji epal hijau Granny Smith yang bagaikan menjerit-jerit menagih perhatianku. Epal hijau atau cempedak goreng? Kak Ros mempelawa dengan bersungguh-sungguh. Aku sengih-sengih menahan keinginan yang berbaur. Cis!

Syukur, tak sia-sia latihan hampir setahun yang Aku jalani dengan sukarela itu. Lalu Aku telah perolehi suatu kuasa ajaib. Kuasa mengatakan tidak kepada makanan yang menggoda selera...heheh.

"Tak apalah, Kak Ros. Terima kasih, saya tak mahu"

Kak Ros bagaikan tidak percaya. (Biar betul budak ni, semua orang dah ambil satu...dia boleh buat derk kata tak mahu???)

"Puasa ke?" biasalah, ini tekaan paling lazim kalau seseorang itu enggan makan.

Aku geleng-gelengkan kepala. Menimbang-nimbang jumlah kalori yang telah diambil hari ini. Dan cempedak goreng yang berkilat-kilat itu jelas bukan satu pilihan yang bijak.

Asma gelak-gelak dari jauh.

"Akak, Anira tak layanlah kalau banyak tu..." katanya membuka ruang.

Lalu Aku tanpa bertangguh mencelah, " Ya...ya...syoh...syoh...kalau nak bagi saya makan , kena bawak besen, pinggan-pinggan tak main...ekekeke..."

Lalu Kak Ros pun berlalu. Bye! Bye! Cempedak goreng...macam sayu je bunyi.

Keh! Keh! Keh!

Thursday, September 04, 2008

Apa Ada Dalam Telinga?

Semalam Aku berjaya sampai stesen Sentul hanya mengambil masa 30 minit aje. Sebabnya Aku berjalan tak pandang kiri kanan, menonong ajer. Sedar-sedar dah sampai. Begitulah kalau dikuasai oleh sesuatu yang lain. Sekitar jam 3 lebih Abang telefon bagitau Aiman tak sihat, menangis tak henti-henti sambil menekup telinga. Abang terus bawa dia jumpa doktor tapi doktor cakap tak ada apa-apa. Jadi bilamana tepat jam 4.30 petang, Aku pun dah tak toleh kiri kanan lagi terus blah. Masa sampai tengok dia elok je main, lega rasanya. Abang pun balik awal hari tu.

Lepas berbuka dan Maghrib, Aku buatkan dia air yang diminta. Dalam berkira-kira nak makan benda berat sikit (sebab aku cuma jamah kurma dan sedikit kuih serimuka masa berbuka), tiba-tiba dia menangis balik. Kami pun terkocoh-kocohlah bersiap untuk ke klinik. Kawan-kawan pesan suruh jumpa doktor ENT, tapi dah malam begitu specialist semua dah tutup kedai la...anyway, kami singgah Tawakkal tanya receptionist nama pakar ENT kat sana. Ingatkan nak dapatkan referral letter dari doktor panel , jadi esok bolehlah rujuk terus kat doktor pakar bila dah dapat GL. Dari situ kami mencari pula klinik panel TM. Klinik Ranjit dah tutup. Nasib baik Klinik Negara masih buka. First time la Aku pergi situ. Doktornya pun nampak veteran jer...he..he...banyak pengalamannn...bertambah sikit la keyakinan.

Anyway, dipendekkan cerita, doktor mengatakan yang ianya tidaklah begitu serius sampai perlu berjumpa pakar. Hanya saja dalam telinga tu dah banyak 'bijih' (selalunya memang cukup seksa nak pujuk dia keluarkan bijih tu semua)...lepas tu, tekak dia sedikit merah...jadi kemungkinan besar rasa panas badan itu telah memberi kesan kepada jaluran frekuensi bunyi yang menyebabkan gangguan dalam imbangan telinga tu...(nasib baik tak simpan rajah keratan rentas telinga...he...he...kot tak aku tempek kat sini kang..). Untuk meredakan masalah itu, doktor beri ubat titis , bagi clear blockage dan juga ubat demam, tahan sakit serta antibiotik. Kami pun rasa legalah dengar penjelasan doktor tu, doa sangat-sangat supaya pada usia muda sebegini kalau dapat, tak perlulah terlibat lebih-lebih dengan doktor-doktor ni, setakat sakit demam biasa tu cukuplah.

Monday, April 14, 2008

Rabu sampai Ahad

Selepas beberapa hari, hari barulah dapat ruang untuk buat posting. Hari Rabu minggu lepas, Aku dah mula tak rasa sedap badan tapi dek mengenangkan mesyuarat yang perlu dihadiri pada sebelah petang Aku gagahkan diri. Masa lunch pun dah rasa tak lalu nak makan, tapi sebab lapar kena makan juga. Itupun order mee hailam, pasal rasa tak boleh nak telan nasi. Nasib malang tunggu lebih sejam setengah barulah makanan yang dipesan sampai. Lepas ni taubat sekejaplah nak makan kat gerai itu lagi.

Lepas meeting jam 4, Aku pegi jumpa doktor. Doktor cakap aku nak demam. Dia bagi aku MC satu hari keesokannya sebab dah tinggal beberapa jam jer nak balik. Masa tu hujan lebat. Aku bagitau boss aku nak balik rumah terus. Kalau aku tunggu cam biasa, for sure aku akan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Dengan badan yang sekejap menggigil nie, tak naklah aku ambil risiko. So, aku blah. Memang pun, balik umah jer terus demam. Baring salah, duduk pun salah. Satu badan sakit. Then, aku notice cam ada benjol kat leher Hisham. Tanya dia kenapa, dia kata tak ada apa-apa. Tanya lagi mulalah dia start marah-marah. Tak perasan pulak aku ada benjol kat situ. Bila rasa dengan tangan, mak aiii...boleh tahan besarnya. Tak bleh jadi nie. Aku call mak mertua tanya kalau-kalau dia tahu apa-apa pasal tu. Mak mertua aku pun tak perasan. Tapi dia bagitau Hisham ada demam lepas bangun tidur petang tu. Dia dah bagi makan ubat. So, Aku pun telefon Abang bagitau suruh dia balik awal bawa Hisham pergi klinik. Time Abang balik kul 8.45 mlm aku berbaring kat bilik, satu apa pun tak buat pasal tak larat. Bebudak tu main apa kat luar tu pun aku tak ambil pot dah. Diaorang pun macam tahu aja, buat hal masing-masing la...tengok cd ultraman cam biasa dan sepahkan mainan diaorang...huhuhu. Aku panggil Aiman konon-konon nak tunjukkan gambar dia kat kamera digital tu...sukalah dia. Masa dia leka tu, Abang pun pelan-pelan bawa Hisham keluar. Kalau Aiman tahu, mesti nak ikut punya. Susahlah nak jaga 2 sekali pasal aku sah-sah tak ikut. Lama gak la tunggu diaorang balik. Dekat pukul 10 mlm baru balik. Abang belikan lauk-pauk sebab tahulah dia dapur tak berasap hari tu..he..he...Aku tak selera nak makan nasi minta mee bandung. Abang kata doktor suruh bagi Hisham makan antibiotik. Kalau tak surut, esok petang dia akan buat surat refer masuk hospital. Huisshhh...takkan lah sampai cenggitu???

Nasibla aku mc hari Khamis tu sebab memang lalok habis hari tu. Abang balik tengahari dan kitaorang bawa Hisham jumpa doktor. Lepas soal siasat semua...barulah doktor tu tau yang pada hari kejadian Hisham ada demam so benda tu taklah tetiba jer muncul. Mungkin demam tu la menunjukkan adanya jangkitan kuman ke apa ke...so, dia bagi tempoh 6 hari untuk surut. kalau tak jugak baru masuk spital for surgery. Aku doa tak lah sampai perlu macam tu. Memang risaulah.

Hari Jumaat aku masuk opis kejap. Tapi by kul 9 dah rasa tak larat terus pi klinik. Doktor bagi lagi satu MC. Nasib baik tak ada apa-apa benda penting nak kena buat. Apalagi cabut jer la. Bila Hisham balik sekolah, aku tengok benjolan tu dah agak surut...alhamdulillah, ada harapan la benda tu hilang dengan sendiri. By petang Jumaat tu, aku rasa dah makin sihat. Lega.

Hari Sabtu Khairi datang rumah hantar kad kawin dia. So, majlis kat rumah kitaorang ialah pada 1 June 2008. Yang penghabisan. Macam meriah jer walaupun this time kami buat pakai kontrak jer...almaklumlah mak ayah aku pun tak sihat sangat dah. Buat pening dia orang jer nak kelolakan. Tapi aktiviti-aktiviti tradisi spt rebus telus dan buat kuih tradisional tu dijangka masih akan berlangsung macam kebiasaannya. Seronok juga nie tunggu masa tu. Mesti budak-budak nie seronok sama.

Hari Ahad...pi sopping kat Giant. Pas tu lepak kat rumah.

Friday, March 28, 2008

All Sorts of Feeling

It's Hisham's turn feeling not well, so, I did'nt send him for school. Luckily his fever is a bit moderate as compared to Aiman. No problem at all looking after him, may be he's older and understand my instruction not to skip his medication. But last night I still woke up several time as Aiman still cannot sleep well and continue to be in bad mood. I actually went back early yesterday, thanks to supportive friends here, to look after my kids. If Aiman's body temperature did not reduce, then, I wanted to bring him to the child specialist clinic. However, thank God, his already come to normal but of course, since he's losing his appetite he looked weak and fragile. I asked whether they wanted KFC and to my surprise glad to hear the affirmative YES. So, on the way back, we stopped at the Sentul Boulevard's KFC outlet. Though they only ate very small amount, at least they're eating. For that, I am happy already.

Before lunch today, I called my mother in law to enquire about their situation and very happy to learn that they've started to go back to normal routine like playing and watching TV instead of just lying in the room like yesterday.

I had my lunch at Mid Valley Megamall today with my friends. As usual, whenever I visited the food court, I always go for penang asam laksa. Kinda okay...did not even come close to Madam Kwan's...nyum...nyum...but for something cheaper, it's acceptable. Then, we dropped by at Kamdar. Initially I thought I wanted to buy some clothes but could not make my mind. I'm very attracted to the cotton type of clothes and intended to buy 5 metres for my baju kurung. I also thought about buying a saree type of cloth to make a kebaya...I think the green one is very nice. The Thai silk also look nice. Khairi said that the theme colour for our family during his wedding would be green, so, I will definitely buy one...probably later with my husband.

Back at Menara TM, there's a charity bazaar which was already started since yesterday. So, I went and have a look again. Yesterday I bought pyjamas for Hisham and Aiman for RM10 each. And today I bought some cute kerongsang and a traditional cream for ringworm treatment. Hisham got few spot on his face and the recent cream I got from pharmacy does'nt seem to work. The salesperson told me that I can even use it to treat other skin problem like cracked heel and dry lip. So, okay...I bought 2 for only RM5. It's a very tiny round shape container. lastly, I stopped at a stall selling Islamic items like CDs, casettes, books and posters. I bought 3 posters, one on huruf jawi, another one on numbers 1-100 and daily zikrs. Oh...the bonus payment already in the account...heemmmmm...syukur alhamdulillah.

Wednesday, March 26, 2008

Emergency Day

Aiman is having a hot fever today, so, I took an emergency leave. Tak sampai hati nak hantar ke rumah mak, meragam saja. Don't feel like writing much. I just wanted to ensure that there's an entry for today, despite the mood, emotion, weather etc. Hope he'll get well soon.

Thursday, July 05, 2007

It's All Depend On You

Lately people start noticing my new 'me', they said, I am slimmer than before. Ha..ha..ha...really? Yeah, I lose some unwanted kg's...but not as much as I hope to accomplish. When people start asking me on the method use, normally I resorted to safe answer like, you should go for healthy eating and acceptable exercise regime. I did not blurt out all the truth like...you should register yourself at slimming centre...nayyyy, they would not do the extreme. Unlike me...he...he...he...

Hemmm...I've been with this slimming centre since April this year. My very first and I hope the last one too. You see, since my latest child (now 2 yrs old) was born, I can't seem to reduce , not even a 100 gram...and looks like they tend to grow. I've tried to control eating, then, it stop increase, but , that's it. No reduction. Just static. My motivation was low and it did not help to create a good incentive/reason to really embark on one 'real' slimming program. At that juncture, I started to think that, perhaps I need professional help to kick off with this. So, I started surveying all the slimming centres available in KL and finally, pick this 'one'. I am not going to give it any free avertisement here so, it will remain anonymous.

To tell you the truth, the slimming centre can only assist you and recommend you on how to shed your extra weights. They have in-house nutritionist to advise on healthy eating, how much portion you should take of certain foods, what to eat, when to eat...bla...bla...bla...and they have all the equipment/technology to help burn your fat and accelerate your metabolisme. How much you can reduce and at what rate, really depend on you. So, basically, you paid the slimming centre to tell you what you should do (back in your mind you already aware of the facts) so that you can start losing your weight. And if you fail to reduce, they will accuse you of not following the diet plan and that you are undiscipline. So, it really is not a big deal signing for one coz the result would very much determined by you. Of course, if you really follow the recommendation, you will lose your weight faster. The issue here is whether you are determined enough to do it, plus the high fees that you need to provide.

The fee is quite high for moderate income earner like me. But, the reason I am into this is due to the fact that "once I paid the fee, I feel committed to do it to recoup back the value of the money invested'. This is sort of motivation to me. I "have" to do it. And it work to me compared to the conventional method like, stop eating rice, fasting throughout the week bla..bla..bla...coz I can change the rule whenever I like. Since they monitor my weight , I have to ensure I don't add the losing weight back for I hate them lecturing me on the need to stick to the diet plan. It's suck! Overall, all this keep encouraging me to just do it once and for all. Plus, I now know more on healthy eating and healthy living. So, my focus does change as well, from wanting to get slim to wanting to have a healthy body. Once you realized the impact foods/nutrition have on you , then, you'll understand what to eat & to avoid. With that, I am now a healthier woman and happy as well. I will continue with this healthy practice throughout my life and will encourage my family & friends to do the same.