Tuesday, January 26, 2016

Ada Bezanya

Satu perkara yang saya pasti tentang JK1M ini ialah meningkatnya kesedaran tentang 'input' dan 'output'. Input merujuk kepada apa yang kita makan sehari-hari, yang masuk dalam badan dan output pula tentang bagaimana kita 'spent' tenaga yang telah kita 'consume' itu. Rasanya tak susah nak faham pun. Badan memerlukan tenaga untuk berfungsi. Tenaga kita dapat daripada apa yang kita makan. Masalah terjadi apabila kita ada begitu banyak tenaga (dah macam bahan bakar), tapi kita tak gunakan pun. Makan macam nak keluar pergi bendang, tapi sepanjang hari dok duduk atas kerusi kerja menghadap komputer. Cukup tempohnya badan akan tukarkan lebihan tenaga yang tidak dimanfaatkan itu menjadi lemak. Begitulah proses silih berganti, lemak semakin menimbun-nimbun sehingga akhirnya menjejaskan kesihatan kita.

Ada juga orang yang tak berapa makan pun, tapi dia cenderung makan makanan yang diproses hatta yang kita rasakan sihat seperti energy bar. Hati-hati dengan makanan yang diproses kerana bila kita makan, boleh jadi sistem dalaman badan yang bekerja untuk mencerna tidak dapat mengenalpasti komponen makanan tersebut. Bila ia tidak mampu mengenal dan menganalisa, badan akan buat kerja mudah iaitu terus menyimpannya menjadi lemak. Jadi, pilihlah jalan selamat...makan makanan yang segar dan organik. Jus oren memang nampak menyihatkan tapi sudah tentu ianya masih juga dalam kategori diproses memandangkan tempoh hayatnya yang panjang. Bayangkan apalah agaknya yang dicampurkan dalam ramuan sihat tersebut supaya ia tahan lebih lama. Sedangkan jus oren yang kita buat sendiri, paling lama simpan dalam peti ais pun hanyalah 4-5 hari .

Oh ya, bab senaman...memanglah bila difikirkan macam malas nak buat. Tapi kalau kita memang kerja jenis 'light' macam pekerja pejabat ni, apalah pilihan yang kita ada? Mana nak 'bakar' tenaga yang kita 'consume' seharian tu kalau kita tak paksa badan bergerak? Lainlah kalau kita ni kerja angkat batu-bata tengahari terik dari satu tempat ke satu tempat...yang tu bolehlah makan banyak manapun sebab setiap tenaga yang masuk akan pasti digunakan dek bebanan kerja tersebut. Formula untuk mengurangkan berat badan sebenarnya mudah sahaja iaitu pastikan yang tenaga kita gunakan lebih daripada tenaga yang masuk. Kita perlu bakar 3500 kalori untuk menurunkan 1lbs berat. Justeru kalau nak kurangkan berat, bolehlah kurangkan kalori yang diambil sekurang-kurangnya 500 kalori sehari...jangan melebihi 1000 kalori di bawah tahap keperluan kalori sehari. Karang ada yang pengsan pulak...kena tahu keperluan kalori badan dan juga tahap keaktifan kita.

Untuk saya, penurunan berat badan ini adalah untuk tujuan mencapai gaya hidup yang lebih sihat. Maklumlah umur dah meningkat, penyakit pun kian kian nak datang jadi perlulah dilakukan sesuatu. Tak bolehlah asyik cakap-cakap berdegar-degar tapi buat satu apapun tak. Cumanya saya tidaklah bercadang nak ekstreme...masuk JK1M ni sebab nak dapatkan geng-geng  sealiran dan belajar ilmu daripada jurulatih yang arif bidang kesihatan ini. Bila kita dalam komuniti yang berkongsi aspirasi yang sama, maka adalah lebih mudah untuk bergerak. Tak adalah segan-segan nak exercise sorang-sorang. Nak pemangkin namanya, bila dah terbiasa nanti barulah senang nak adopt terus jadi rutin harian kannn. Seram jugak tengok member-member baru ni non-stop dengan aktiviti...every day ada jer...yang pergi zumbanya, yang buat piloxing, kick-boxing bagai...haishhh...yang tu saya angkat tangan surrender awal-awal. Dapat buat yang memenuhi keperluan pun dah cukuplah...tu pun dah syukur sangat boleh dan mampu buat. Saya cukup sekadar berjinak-jinak mengelilingi Titiwangsa dan buat aquarobik di kolam kat rumah tu pun kira dah sesuatu yang berbeza tau...ahahaha...

No comments: