Seperti biasa, bila ada kenduri-kendara keluarga sebelah Mak, Telipuk akan usahakan untuk memenuhi permintaannya untuk menghadiri. Tak semestinya keluarga, asalkan Mak cakap teringin nak pergi, Telipuk cuba jugalah. Bukan apa, Telipuk bukan selalu dapat penuhi kehendak Mak, jadi mana-mana yang termampu, Telipuk buatlah.
Kemain seronok Mak jumpa sedara mara dia. Err...sedara mara ni means yang sebelah emak kepada Mak Telipuk. Keluarga Tom binti Jamaluddin. Tok Telipuk. Kalau sebelah ayah Mak, tak ramai sebab Tok Wan Telipuk iaitu Awang bin Abu, dia tu anak tunggal. Yang keluarga belah Tok Tom ni Penang mari. Tu dia...mai mai, depa kata anak mami...yang penting bukan mami jarum naaaa...
Seperti biasa Telipuk cuma sengih-sengih saja...hahaha...senyum tak perlu kata apa-apa. Mak jer la jadi tukang sembang. Bila diperkenalkan dekat saudara seorang demi seorang, Telipuk cubalah ingat...masalahnya hujung-hujung nanti mesti lupa juga. Nasib baiklah ini zaman teknologi, Telipuk ambil gambar dan minta no phone, terus whatsapps...nanti diaorang boleh terus dapat contact Telipuk dan ingat kat mana berjumpa...
Masa Telipuk balik ini, rumah sedang diubahsuai di bahagian dapur dan bilik air. Jadi memang gantung periuk dan stop semua aktiviti. Nak mandi dan nak makan, eksport ke rumah-rumah abang dan kakak di sebelah menyebelah. Untunglah dekat...
Telipuk nak senang cerita, dah tempah penginapan semalam di Hotel K Garden. Ala, Parit Buntar ni tak adalah besar mana, ada beberapa biji hotel 2 bintang ...jadilah untuk tido sekejap. Tapi kagum jugalah dengan hotel ni sebab walaupun cuma 2 tingkat, lengkap dengan lif dan kemudahan wifi di setiap bilik. Oihhh...memang laju wehhh. Telipuk pi hotel 5 bintang pun tak laju macam ni . Budak-budak memang suka sangat laaa...
Bilik bersih, bilik air pun tip top. Shower sangat deras airnya...berus gigi dan ubat gigi disediakan...oihh..boleh sangat ni. Tilam dan batal juga sangat selesa. Tak perlu terpisat-pisat menunggu mengantuk datang, belum apa-apa dah 'padam'. Nampak tak selesanya tu. Dan it comes with complimentary breaksfast uols...wahhh...terbaikkk. Memanglah breakfast spread tu tak leh lawan hotel besor...tapi cukup dan memadai. Macamlah nak makan banyak pun. Ada nasi lemak, nasi goreng, kuey teow goreng, bubur kacang, kuih karipap dan bingka. Ada sosej goreng dan telur mata . Then kalau nak makan roti bakar, disediakan roti dengan marjerin, kaya dan jem strawberry. Pilihan air panas...teh dan kopi. Ada just oren dan air mineral. Ehhh...ok sangat dah tu !






