Showing posts with label Thought. Show all posts
Showing posts with label Thought. Show all posts

Saturday, February 21, 2026

Rethinking the "Four Burners": Why Islamic Success Doesn’t Require a Trade-off

Have you ever heard of the "Four Burners Theory"?

I stumbled across it just yesterday while scrolling through Instagram, trying to blink away the sleep from my eyes. The theory suggests that life is like a stove with four burners on it. Each burner represents a vital part of your life namely your family, your health, your friends, and your work.

The catch? The theory claims that to be successful, you must cut off one of your burners. To be really successful, you have to cut off two. It reveals a harsh truth we all eventually face: we cannot have it all due to the constraints of time and energy. Every choice has a cost.

It’s an interesting perspective. Think of Elon Musk, who famously turned off his "family" burner to maximize his "work" burner. Or Mark Zuckerberg, who arguably sidelined friendship and privacy to build an empire. But as I sat with this, I realized there is a fundamental flaw in this theory i.e. the definition of success.

When I look at this through the lens of my faith, the math changes. In Islam, real success which is known as Al-Falah, isn't measured by accumulated wealth, social status, or worldly power. Instead, it is defined by achieving God’s pleasure and attaining salvation in the afterlife (Akhirah).

While Islam encourages us to be productive and ethical, these efforts are a means to an end, not the end itself. True success is the state of being "saved" from the spiritual ruin of the soul. The Quran clearly distinguishes between the "illusion" of worldly success and the "reality" of ultimate success:

"Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [true] success. And what is the enjoyment of worldly life except the enjoyment of delusion."  — Ali' Imran (3:185)

To achieve Al-Falah, the Quran provides several spiritual and practical benchmarks:

  1. Purification of the Soul (Tazkiyah): Success is an internal state. "He has succeeded who purifies it [the soul]" Asy-Syams (91:9).

  2. Faith and Action: It is a fusion of Iman (belief) and Amal Salih (righteous deeds). This includes humility in prayer, avoiding vanity, and fulfilling trusts.

  3. Consistency: Five times a day, the Adhan (call to prayer) echoes the phrase Hayya ‘alal falah which means "Come to success." This is a constant reminder to refocus on the Creator amidst the chaos of daily tasks.

In the Islamic worldview, a successful person is one who leaves the world better than they found it while keeping their heart firmly attached to the Divine.

The struggle many face today stems from the belief that this life is the only one we have. This mindset forces us to put an enormous, exhausting effort into "work" just to enjoy being rich or famous. We seek the recognition of people, when we should be seeking the pleasure of Allah.

When your intention is to please Allah, your perspective on the "burners" shifts. You don't have to "turn off" your family to succeed at work. In fact, caring for your family, maintaining your health, and being a good friend are all acts of worship (Ibadah) when done with the right intention.

By following the teachings of Islam, you naturally manage your dealings with neighbors, society, and even nature. You aren't "trading off" these parts of your life, you are leveraging them.

There is no need to freak out about the Four Burners. In Islam, the world is not a stove where you must choose which flame to extinguish, instead, it is the bridge to your final destination. And that is what matters most.

Friday, March 09, 2018

Setia Ke Hujung Nyawa

Korang pernah tak berdoa kepada Allah memohon kebaikan kepada seseorang tanpa orang yang didoakan itu berbuat apa-apapun? Maksudnya, korang just terasa nak berdoa untuknya. Sudah tentu orang tu tak tahu pun. Unless dia baca KL Traffic...nayyy...I don't think so!

Semalam ada seorang abang ni datang pejabat kami. Sebenarnya dia bekas pekerja di sini, dah pencen 2 tahun lepas. Kedatangannya ialah untuk menjemput kami semua menghadiri majlis walimah anak perempuannya hujung bulan ini. Kisah abang ini memang kisah yang jarang-jarang kita boleh jumpa. Jadi, Telipuk berbesar hati untuk menukilkannya di KL Traffic.

Abang R (cehhh...ada code tu) ialah lambang seorang suami yang setia. Tu yang Telipuk kata, payah sungguh nak jumpa. Dia bukan takat setia tapi berkorban apa sahaja tauuu. Sat...sat...sabaq sat, jangan ribut-ribut, dengar dulu pengkisahan Telipuk ni. Memanglah ada ramai lagi suami yang setia kat luar sana (are you sure depa setia...keee penakut?). Macam ni, masa kawin isteri abang R memang sihat dan normal fizikalnya. Kemudian, Telipuk tak pasti kena sakit apa, Allah menguji mereka. Isteri Abang R menjadi lumpuh seluruh badan. Nak buat apa-apa pun banyak yang perlu dibantu. Masa tu anak-anak mereka kecil-kecil lagi. Ada 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Dalam keadaan yang sebegitu, semua urusan telah jatuh atas bahu Abang R seorang. Nak uruskan isteri dan nak uruskan anak-anak. Abang R bukan kerja besar. Last abang pencen pun masih dalam jawatan non-executive. Bayangkan berapa jerihnya nak melalui itu semua di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. But, did he ever give up tinggalkan semua itu supaya hidup senang? Tidak sama sekali. Abang R rela bersusah payah dengan mengenepikan semua kepentingan dirinya untuk memastikan kehidupan isteri dan anak-anaknya sempurna macam keluarga lain juga.

(Menitik ayor mata dah ni weyyy...)

Telipuk pernah baca banyak kisah-kisah isteri yang berkorban untuk menjaga suami yang sakit. Telipuk tak berapa nak hairan sebab memang lumrahnya, wanita ini mempunyai sisi sayang dan simpati yang meruah. Manakala dalam kes lelaki, biasanya masyarakat kita sendiri pun tak menjangkakan seorang lelaki akan sanggup mempertaruhkan seluruh kehidupannya untuk menjaga seorang isteri. Biasanya keluarga atau sahabat akan nasihatkan, kahwinlah lain supaya ada pula orang yang boleh menjaga kamu. Bila tak kawin tu yang jadi kes hairan bin ajaib. Itu pada Telipuk adalah the real heroes!

Telipuk ada juga mengikuti satu kisah yang hampir serupa iaitu kisah bekas model dan pelakon Edika Yusuf. Memang Telipuk tak sangka sebab Edika orang yang pernah menyandang status selebriti dan mempunyai rupa paras sekali petik 10 mari. Kalau dia tak setia pun rasanya tak ramai yang akan menyalahkan dia. Tapi ternyata jangkaan sangat meleset. Dalam satu rancangan TV, dia ditanya, mengapa dalam keadaan yang sepertinya mewajarkan dia untuk berkahwin lagi, tidak berbuat demikian. Kata Edika, (saya pun ingat2 lupa), dia kata kalau dia kawin lain pun adakah jaminan yang isteri tu akan normal juga? Bagaimana kalau isteri seterusnya pun jadi macam sekarang? Adakah dia sanggup nak tanggung? Daripada dia pening nak fikirkan, baiklah dia fokus kepada isteri yang dia ada ni, jaga dan bantu isteri dia untuk pulih semula. Memang dahsyat keajaiban cinta seorang suami yang setia. Isteri yang awalnya hampir hilang langsung pendengaran dan tak boleh bercakap, serta tak boleh menggerakkan badan langsung tanpa bantuan akhirnya semakin pulih. Sekarang mereka suami isteri bekerja secara online dari rumah menguruskan syarikat sendiri. Alhamdulillah, kuatnya keyakinan kepada Allah. Sesuatu yang menarik juga, kaum lelaki dalam keluarga Edika ini sejak dari kecil lagi mereka diajar untuk menghormati dan menjaga wanita. Bukan melayan macam sampah. Dalam susah dan senang mesti support each other. Wowww...I wish I can work out something on my two sons jugak. Hahaha.

Oh ya, berbalik kepada kisah Abang R...sadly, isteri yang dia jaga bagai menatang minyak yang penuh selama ini...bukan takat suap makanan dan basuh berak kencing tau...tapi pergi mana-mana pun dia bawa. Tak pernah miss percutian keluarga. His wife passed away peacefully early this year. Sedihkan bila abang R cakap, dia macam lost jer...sebab dia dah terlalu biasa dengan rutin menjaga isterinya sehari-hari...now bila isteri yang dicintai itu tak ada, dia mati kutu.

Apalagi yang sebenarnya kita harapkan dalam kehidupan ini? Kala umur pun semakin beranjak dan mata semakin kelabu, kita hanya ingin mengisi masa dengan menghargai kasih sayang dari insan-insan yang Allah hadirkan dalam hidup ini sebelum kita kehilangan semuanya. Itu sahajalah permintaan yang Telipuk kira sangat mudah. Bukan hendak rumah besar pun, tak mahu dah kereta laju...telefon pintar ni pun kalau tak kerana terpaksa, Telipuk rasa baik guna Nokia 3310 tu jer. Tapi dah semua benda pun pakai aplikasi sekarang...nak tak nak, kenalah ikut trend semasa...cewahhh.

Allahuakbar! Betapalah kita ini kan (kita = Telipuk), sibuk memandang yang besar-besar sehingga lupa yang ada benda lain yang jauh lebih bermakna. Cinta dan kesetiaan itu rupanya suatu anugerah yang paling mahal dan indah dalam diri insan seperti Abang R dan Edika. Bukan semua orang dapat merasainya dan perkara seperti ini sangat mengharukan buat Telipuk yang sentiasa dalam hati ada taman. Eh...laaaa...korang tak tau ke yang Telipuk ni sangat romantik orangnya? Caitttt! Hahahahaha...eh...hello, apa salahnya kita tumpang gembira dengan kebahagiaan orang lain. Bukan kita nak cemburukan anugerah yang mereka nikmati, kita boleh ambil pengajaran dan cuba buat yang terbaik untuk bahagiakan diri kita juga. Tak gitu?

Oklah, sebenar-benarnya entri ni berbalik kepada doa di awal penceritaan tadi. Telipuk nak cakap, semenjak itu, Telipuk bila teringat selalu mendoakan semoga Allah beri kekuatan kepada Abr R dan Edika dalam menjalani liku-liku kehidupan, beroleh ganjaran pahala kesabaran yang tiada tandingannya dan dipermudahkan segala urusan sehingga sampai hari mereka pulang ke pangkuanNya. Amiin.

Sekarang Telipuk faham betapa istimewanya kita semua menjadi saudara sesama Islam (dan Telipuk juga sangat-sangat mengharapkan doa dari kalian untuk memudahkan perjalanan Telipuk pulang bertemu Sang Pencipta nanti).

Wednesday, September 11, 2013

Maaf, terlupa sudah!

Pelupa itu satu nikmat, Pelupa itu bagus untuk kesihatan hati anda. Hahaha.

Betul juga. Hari ini rasa marah dek perbuatan seseorang, namun kerana masalah pelupa, esok harinya sudah boleh tersenyum sengih tak ingat apa-apa lagi. Oleh sebab menjadi pelupa itulah, maka, tak kuasa nak ingat apa yang orang lain pernah terbuat atau tersalah buat dekat kita yang mana dek kerana tak ingat itulah, kita tak terfikir benda-benda buruk pasal dia. Bila dia datang minta maaf atau minta tolong, mudah sahaja kita maafkan. Mudah sahaja nak tolong sebab kita tak simpan apa-apa dendam. Tak juga terlintas hendak memulangkan apa jua bentuk paku buah keras. Baguskan menjadi pelupa itu?

Ada orang dia akan ingat satu-satu benda sampaikan benda lain yang tak bersangkut pautpun dia boleh rangkumkan sekali jadi satu teori yang menyokong sangkaannya terhadap seseorang. Katakan kita pernah berbuat sesuatu...malang sekali orang yang kita tersalah buat benda itu jenis pendendam. Tiba-tiba suatu hari, bila kita buat sesuatu yang lain yang sebenarnya tak ada kena-mengenapun dengan hal-hal lama...dia rupa-rupanya terus teringat kepada perbuatan lampau kita...terus dia kata, "itulah, dia tu memang macam tu
". Mungkin sebab itulah adanya pepatah Melayu yang menyebut, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Kita buatlah baik macamanapun, orang tetap akan ingat kepada perbuatan jahat kita yang sekali itu...huh...

Bila kita asyik ingat yang belah jahat tu, automatik kita tak nampak kebaikan orang itu. Dan boleh jadi ianya menjadi penghalang kepada kita supaya bersikap suka memaafkan. Sedangkan agama kita sangat menganjurkan agar kita selalu mudah memaafkan. Sebelum tidur maafkan semua orang supaya hidup aman tenteram...hati terasa lapang.

Cakap senang, tetapi bukan mudah hendak dilaksanakan, betul?




Thursday, May 02, 2013

B.I.G

Setakat ini, entri saya yang bertajuk, "Kasut Untuk Kakiku" masih menguasai carta sebagai entri yang paling banyak dibaca. Dan juga saya ada menerima beberapa pertanyaan termasuk yang mahu mengetahui lokasi Kedai Kasut Popular di Jalan Tuanku Abdul Rahman walaupun pada asalnya entri tersebut bertujuan untuk mempromosikan Stepcare's Health Shoe.

Tapi tak apa, waima apapun kesudahannya, yang pentingnya kita tahu suatu perkara iaitu di luar sana masih ada pasaran yang belum betul-betul diberi perhatian iaitu pasaran untuk kasut wanita bersaiz 9 ke atas. Hemmm...kalau bukak kedai kasut untuk segmen 'niche' seperti ini, tentu seronok...tuan kedai seronok (kalau sayalah) dan pelanggan pun seronok juga sebab senang nak cari kasut...

Jom berangan-angan sekejap.

Kalau saya menjadi seorang ahli perniagaan...saya akan memilih untuk membuka sebuah kedai kasut.

Kedai itu saya nak namakannya, "B.I.G" iaitu singkatan kepada "Big Is Great". So, kasut-kasut yang dijual itu akan memakai jenama B.I.G. Emmm...nak kena uruskan soal pendaftaran jenama dan pengurusan harta intelek la pulak...(tak pe, tu boleh suruh pekerja uruskan...hihihi).

Saya akan jual kasut mengikut kesesuaian acara ....baik yang rasmi, yang kasual, yang boleh masuk apa-apa acara pun ada...dan yang pentingnya, harga yang berpatutan. Pilihan pun pelbagai. Ianya akan jadi seperti mana yang biasa terdapat di kedai-kedai kasut untuk pengguna-pengguna berkaki saiz kecil molek. Bila masuk kedai saya, pergilah rak mana pun, anda pasti menemukan kasut yang muat untuk tapak kaki anda...eceh...eceh...so, kita akan pakai tagline, errr...alamak...belum dapat idea lagi. Kira-kiranya , bila datang kedai saya, tak payah la nak malu-malu belek carta size, tak payah segan-segan nak cuba di kaki coz takut tak muat dan tak payah nak berselindung kononnya...eh...saya cuma nak tengok atau tak, bukan untuk saya...untuk kawan! Hentikan segala hipokrasi itu...terimalah diri kita seadanya dan be grateful...;)

Dan yang lebih best...saya tak benarkan jurujual saya menghampiri dan menghantui anda. Anda bebas untuk memilih dan membelek sesuka hati...apabila anda memerlukan bantuan dan khidmat nasihati...sila tekan loceng yang di sediakan, dan jurujual saya akan datang untuk membantu anda.

Hemmm...boleh direalisasikan nih...hahaha....

Oppsss...harap jangan keliru pula ya, nanti ada pula yang tanya kedai B.I.G tu kat mana? Kedai tu hanya ada dalam alam fantasi saya. Jomlah berharap ada kedai berkonsepkan begini di masa hadapan nanti.

Thursday, April 11, 2013

Mata Lebah

Pasar dan pusat penjaja di kawasan kami telah dinaiktaraf menjadi Mini UTC. UTC tu apa? Urban Transformation Centre. Mengubah apa-apa yang patut. Err...bolehlah setakat menjadi pemangkin, tapi kalau nak betul-betul berubah, kena canai dan ubah modal insan. Barulah perubahan itu membawa makna yang besar.



Hari tu intai...waaa...macam-macam ada...


Ada klinik gigi. Kali terakhir berurusan dengan klinik gigi Sentul ialah tahun lepas semasa membawa emak ke sana. Masa tu masih di tempat lama, di belakang Jalan Haji Salleh, berdekatan stesen minyak Petron. Eh...kalau dah berpindah ke sini, baguslah...dekat bebenor!


 Jabatan Pendaftaran pun ada. Hahah...mulalah fikir nak upgrade IC nih. Semata-mata nak cari alasan merasa berurusan di tempat yang lebih canggih nih...orang pun tak ada. Mesti super duper laju kerjanya. Mula-mula buka macam tu lah, orang tak ramai lagi...bila dah ramai tahu, mungkin sesak lah kot. Parking kat basement tu pun jenuh berebut dalam keadaan sekarang. Hemmmm....


Selain daripada itu, terdapat juga Jabatan Imigresen di tingkat satu, sama aras dengan medan selera dan balai polis. Lepas ni tak kuasa la nak pi Wangsa Maju nak buat passport...kat sini jer.

Semakin banyak kemudahan yang disediakan. Dulu datang sebab nak ke pasar basah dan beli barang-barang runcit je. Lepas tu singgah-singgah waktu pagi untuk makan di medan selera dan beli surat khabar. Kemudian, hantar emak ke Klinik Kesihatan di tingkat dua untuk pemeriksaan berkala dan bekalan ubat. Bila-bila lapang, boleh juga mencari buku di Perpustakaan Kuala Lumpur , juga di tingkat dua. 

Alhamdulillah. 

Ada orang yang tak boleh nampak benda positif, dia nak juga kait dengan perkara-perkara seperti politik...sabor ajelah. Kan bagus ada kemudahan begini, tak kisahlah atas usaha siapa...yang penting, manfaatnya dapat dinikmati bersama. Dan kesyukuran kita tetap hanya kepada Allah yang menyampaikan nikmat ini menerusi tangan-tangan hambanya yang sama macam kita, hanya menjalankan kerja dan bakal dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan. Tak kan itu pun nak dijadikan isu....haishhh!!!

Err...Jakel tak nak buka cawangan kat sini ke? 

Hihihi...

Monday, December 17, 2012

Berani Bermimpi

Betul...tanpa keberanian mimpi tidak akan menjadi kenyataan. Kalau tidak berani bertindak, mimpi hanya sekadar mainan. Err...bagaimana kalau saya tidak pernah mengimpikan sesuatu seperti itu? Justeru, saya katakan, saya tidak perlu merasa tercabar dengan kata-kata motivasi anda kerana ternyata, mimpi kita berbeza...err...wajar, kan?

Akhir-akhir ini kata-kata motivasi seperti tidak memberikan apa-apa makna. Di sebalik apa yang telah saya baca dan fahami, saya masih tidak terdorong untuk mengubah apa-apa yang mungkin kalau saya ubah bakal menjadikan saya seorang manusia yang luar biasa...huhuhu...saya tidak berminat untuk menjadi luar biasa. Luar biasa kaya. Luar biasa berpengaruh. Luas biasa hebat. Luar biasa bahagia.

Ada sesuatu yang tidak kena. Saya berpendapat dorongan dan rangsangan untuk berjaya ini kebanyakannya terhad untuk pencapaian di dunia. Ukuran yang ada lebih bersifat keduniaan. Ada jugalah diselitkan sikit seperti bila kaya, ada banyak duit untuk diinfakkan. Ada banyak peluang untuk bersedekah dan menyumbang di jalan Allah. Tetapi, itu semua nak tunggu jadi kaya dulu...nak kaya macamana? Katanya kalau nak buat bisnes tu...kenalah rajin datang kelas. Hujan ribut pun, jangan culas. Kutip ilmu daripada orang-orang yang sudah berjaya. Kalau penat orang akan kata kita tak cukup lasak untuk menghadapi cabaran...macamana nak berjaya? hahah...

Dan bila sudah naik setakah demi setakah...masa itu tentulah semakin bersemangat mengejar. Kena sangguplah jumpa rakan-rakan niaga berpotensi walau di mana jua. Jumpa untuk beri mereka bimbingan dan kata-kata semangat. Kejayaan mereka adalah kejayaan kita juga. Lepas tu boleh rasa bangga kerana kita turut mengubah kehidupan orang lain. Ke arah yang lebih baik? Agaknya lah. Kerana ramai orang rasa, banyak duit itu baik. Kaya itu baik. Soal samada kekayaan itu dapat menjadi alat yang akan meninggikan darjat kita sebagai hamba di mata Allah...itu soal lain.Hari lain cerita.

Saya cuma terfikir...kalau untuk dunia ini kita boleh bersungguh-sungguh menjayakannya, mengapa untuk kehidupan akhirat kita belakangkan dulu? Maksud saya, kalau untuk dunia yang kita bakal tinggalkan ini segenap jiwa raga kita curahkan, mengapa tidak boleh sama berpacu-pacu untuk akhirat yang bakal menjadi tempat tinggal kita yang ABADI?

Saya yakin kita boleh. Dah ada attitude yang betul untuk meraih kejayaan. Hanya perlu tukarkan matlamat hujungnya itu. Nak tukarkan matlamat itu kena ada kefahaman yang jelas tentang siapa kita dan apa tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini. Kena faham dulu konsep hamba barulah kita jelas mengapa kita perlu buat segala perintahNya dan tinggalkan segala laranganNya.

Mungkin payah...tapi tak mengapalah, kita perlu memupuk motivasi ke arah mencapai matlamat sebenar.
In sya Allah, mesti teruskan usaha. Jangan putus asa dengan rahmatNya.

Inilah motivasi sebenar...ke arah memburu habuan akhirat.

 


Monday, September 03, 2012

Cobaan...

Saya tak sukalah suka-suka hati melabelkan sesuatu itu sebagai gaya muslimah alaf baru. Atau muslimah cemerlang. Atau kebangkitan muslimah. Atau apa-apa yang terkait, mengait, sengaja di kait-kait dengan perkataan 'muslimah' sebab banyak sangat salah gunanya.

Busana muslimah...ni pun satu. Muslimah apanya kalau guna kain lembut yang dah sah-sah melekat dekat badan sampai jelas segala keluk-keluk. Tudung muslimah...haish...nampak macam serban benggali adalah. Busana muslimah yang dicanang-canangkan tu semuanya sohih tutup kulit...tapi tak tutup aurat.

Saya perhatikan perkembangan satu program ini. Diwar-warkan untuk menjana pendapatan. Menjadikan kita wanita berkerjaya yang banyak duit, anggun bestari dan cemerlang terbilang. Bila sudah agak-agak berjaya, maka sayugialah kita menukar penampilan untuk diasimilasikan dengan kejayaan yang sedang dikecap. Kalau dulu tudung ala-ala gaya bungkus nangka...sekarang ni dah ala-ala bungkus kristal la Boheme...huh...kelllasss! Baju? Uiihh...apa barang baju kurung gelebes...gelebes ni...tak sesuai ok! Kita mesti pakai dress! Warna? Aiyoh...kalau warna kusam macam kain mak cik-mak cik tu...plezzzz la. Tak korporat ok! Tukar! Tukar! Kena tukar wardrobe! Memang tampil berbeza...serius ko lawa! Tu yang senyum memanjang bila orang puji. "Dulu lalu pun lelaki tak pandang...sekarang, sebatu pun ada yang dah perasan kehadiran kita"...err...konfiusnya saya dengan matlamat kejayaan sebegini. Adakah hanya dengan penampilan tertentu baru orang percaya betapa berjayanya kita?



Ya...ya...tu lah pasal, orang akan kata 'Hek eleh...Telipuk jeles la tu'...jeles la sangatttt! Read my words..."Tak kuaseee...Aku suka cara dan gaya Aku, walaupun poyoooo...kakakaka..."

Dan, ya...saya prihatin dengan gejala menghalalkan sesuatu secara halus dan tersembunyi. Menjadikan sesuatu itu seperti mudah diterima walaupun pada asalnya salah.

Kita kena cakap terus-terang sahaja...benda kalau salah, tetap salah. Kalau betul, kita kata betul. Biarlah kalau dengan berkata benar itu menjadikan anda tidak popular. Biar tak popular di mata manusia...

Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.- Hadith Sahih At-Tirmidzi

Teringat pertanyaan 'suci' anak bongsu saya...

"Ibu...xxx dan xxx tu orang Islam ke ?"

Saya pun tak fikir panjang terus jawab, "Eh, mestilah orang Islam" dengan yakinnya sebelum datang soalan seterusnya, "Tapi kalau dia Islam kenapa xxx tak pakai tudung pun?"

Aaaaa...alamak...apa Aku nak jawab ni! Hah tu la, jangan ingat korang boleh goyang-goyang kaki serahkan kerja-kerja mendakwah kepada para ustaz dan ulama jer ke...kerja-kerja mendakwah ni tugas setiap Muslim, ok? Tu dia...berpeluh ni, nak menjawab agar jawapan yang diberi boleh diterima dan tidak berlaku jualbeli agama walaupun yang bertanya itu anak kecil kerana jawapan itulah yang dia akan rujuk bila besar nanti. Kena pulak, mak yang bagitau...huhuhu.

Saya kata, "Menutup aurat (bukan terhad kepada tudung) itu wajib. Orang Islam kena buat. Yang tak buat, itu dia nanti kena jawab bila Allah tanya. Sebab itu Allah adakan pahala dan dosa dengan disediakan balasan  syurga dan neraka. Kalau nak masuk syurga, mesti buat apa yang Allah suruh...walaupun orang lain tak buat".

Semalam masa majlis kenduri adik ipar masih berlangsung dan jam sudah pukul 3, Aiman memberi komen yang sangat berbisa...

"Kita belum solat zohor lah ibu...kita ni nak jadi kafir ke?"

Ibu pandang Babah. Babah pandang Ibu. Rasa nak tercekik pun ada.


Monday, August 27, 2012

Mengimbau Masa

Minggu ini bakal berlalu dengan pantasnya, sama seperti minggu-minggu terdahulu. Kadang-kadang boleh termenung memikirkan, ke manakah telah dimanfaatkan masa? Benda yang tertangguh, masih tertangguh juga. Rasa-rasanya macam banyak yang telah dilakukan sampai nak duduk pun tak sempat, tapi tahu-tahu masih juga menimbun keperluan lain yang mula menagih perhatian. Hairan bin ajaib!

Sedar tak sedar juga sudah seminggu berlalu semenjak 1 Syawal diraikan. Raya ini yang seronoknya ialah bila dapat berhimpun bersama keluarga. Maklumlah, di hari-hari lain, kesempatan seperti itu payah hendak dapat. Bila sudah sampai masa beredar meninggalkan kampung halaman, semuanya kembali ke asalnya. Tengok kuih raya pun dah tak teruja. Nasib baik la tak beria-ia nak buat itu ini walaupun hati tu berhajat. Sempat jugalah menghimpunkan segala acuan dan dulang membakar. Cuma di saat akhir tiba-tiba rasa tak 'lalu' pulak membayangkan hendak menghadap adunan dan menerap satu-persatu. Rasa buang masa pulak. Sudahnya jadilah ia satu projek yang tak jadi. :P

 Hujung minggu ini pun ada aktiviti besar-besaran. Jadi, tak mustahil bila kononnya sampai masa nak betul-betul 'rehat' rupa-rupanya sudah hujung tahun benar...aiyooo...itupun kalau nyawa masih dikandung badan. Siapa tahu kalau-kalau tak jumpa lagi Ramadhan tahun depan. Tadi pun dah terkedu menatap berita kematian seorang anggota syarikat. Tidaklah kenal baik sangat, tapi pernah bekerjasama beberapa tahun dahulu dan nama bapanya yang agak unik itu memang saya susah hendak lupa. Arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya menjelang sambutan Aidil Fitri. Orangnya masih muda lagi, namun masanya sudah sampai. Dengan masa yang pantas berlalu ini, tidak boleh tidak, terfikir juga di benak saya, bilakah agaknya masa saya pula? Itu satu, yang lagi satu pula...adakah saya sudah bersedia? Hemmm...sendiri tanya, sendiri jawablah ye.

Tuesday, April 17, 2012

Serak + Sengau

"Kekasih lupakah bicara...cinta kita baja duluuu...uuu...di mana kah kau campakkan cintaku yang pernah kau sanjungi..."

Nah...amik kau! Memang masa-masa begini, kalau menyanyi lagu Ella...Ella pun payah nak cari makan. Hahaha. Bukan takat serak, dah dekat-dekat nak sengau dah ni. Sesekali menarik nafas, rasa macam bunyi ensel pintu berkarat pun ada. Tu dia penangan selsema yang melanda bermula Jumaat lepas. Nasib baik tak demam, batuk pun adakala je. Cuma nak kena bertahan dengan hidung yang tersumbat dan suara yang berubah ni aje la.

Itulah, bila Allah tarik nikmat sikit dah menggelabah. Para sahabat kalau ditimpa sakit, mereka risau ibadat terjejas. Yang kita (Aku terutamanya) , lebih risau pasal kerja. Takut tak siap kerjalah, bimbang entah apa-apa. Besarnya jurang perbezaan.

Apapun ini adalah peringatan. Ingat yang semuanya milik Dia. Hatta yang sekecil-kecilnya juga adalah pemberianNya belaka dan bersyukurlah dengan nikmat yang ada.

Wednesday, March 07, 2012

Berjalan & Berfikir

Dulu, kalau menyinggah di Rawang, memang tidak teringin langsung hendak berjalan-jalan ke bandarnya. Sesak sangat! Tapi sekarang, bila balik jenguk rumah, sekarang sudah ada tempat hendak 'melepak'. Haaa...memang seronok datang sini, maklumlah, masih baru...segar dan wangi.

Sudah ada sebuah Jusco di kawasan kejiranan Anggun yang terletak tidak jauh daripada exit Tol Rawang. Memang besar. Puas jugalah nak berjalan kat dalam tu. Di tingkat bawah segala macam tempat makan ada kat situ, Wendy's, Pizza Hut, Papa John's Pizza, restoran makanan Jepun, Starbuck, dan lain-lain yang konfem korang lebih maklum dari saya. Saya suka kedai serbaneka yang menjual barang-barangan Jepun ala-ala kedai Hyaku Yen. Tapi hok ni semua barang berharga RM5.00 satu. Pergi belek macam-macam...belinya tidak. Penapis kopi la, bekas menyimpan makanan la, heheh...konfem tak boleh beli pasal karang buat menyemak rumah aje.

Masa singgah kali kedua dulu, kami merayau sampai ke tingkat atas...ala 3 tingkat je, tapi luas. Fitness First pun saya masuk.

Budak-budak suka sangat dapat singgah kat Speedy Video. Kat depan tu tercokoh kejung Ultraman Mebius. Heheh...mak depa pun kenai adik-beradik ultra ni.



Bila penat berjalan...kita singgah minum dulu.



Dan makan-makan juga. Yang ni dekat food court kat depan pintu masuk ke pasaraya Jusco. Tak banyak pilihan yang ada. Belasah sajalah.

Nasi dengan ikan'sweet sour' pilihan che' abe.



Pilihan Hisham dan Aiman. Ayam...ayam...ayam...



Pilihan mak Hisham. Nasi goreng Cina katanya.



Taste biasa-biasa je. Lepas ni cuba yang lain pulak la.

Oh ya, sempat juga singgah bertanyakan rumah kediaman Anggun tu. Sold out korang! Haiyooo...sekarang ni Rawang pun orang sapu bersih. Dulu masa mula-mula dilancarkan , sekitar RM500k saja...sekarang easily cecah RM800k up to RM1.2 mil. Huhuhu...

Terfikir, macam manalah keadaan anak-anak kita nanti di kala serba-serbinya terlalu mahal? Kalau yang sekarang ni kita tengok, belajar pun main-main...lebih banyak buang masa tak tentu arah di luar rumah...kalau sudah dewasa, sudah kerja, sudah mahu membina keluarga...di mana agaknya mereka akan tinggal? Atau dengan bahasa mudahnya, di manakah generasi muda kita nanti akan berada (di kedudukan mana?).

Mendaftar mengundi pun tak mahu....

Apa benda pun tak mahu. Apa -apa pun tak ambil tahu. Fikir diri sendiri sahaja. Fikir seronok hidup sahaja.

Tiba-tibalah pulakkan ....hemmm...berat!!!

Friday, March 02, 2012

Lagi-lagi Muka Buku

Betul juga ye...memang ada semacam rasa 'bohsan!' membaca status-status sebegitu. Bukan apa, kadang-kadang mendorong hati jahat saya cenderung 'menyampah'. Dan menyebabkan saya mati akal hendak menggunakan muka buku selain daripada 'sekadar tahu' dan kekal berhubungan dengan kawan-kawan. Benda yang paling saya guna setakat ini ialah chat. Manakala untuk status, rasanya baru sekali je guna tahun ini...masa nak balik kampung time raya cina dulu.

Jadi, saya setuju dengan statement 'boring' adik saya pagi ini. Saya yakin dia lebih layak merasa begitu kerana banyak budak-budak sekolah yang 'mendaftar' jadi rakan FB. Hahaha...kesian cikgu itu. Tak mahu add nanti dikatakan sombong pulak...bila sudah add, lain pula jadinya. At least, boleh juga memantau anak-anak murid dari jauh. Juga boleh ikuti trend budak-budak sekarang, bercakap bahasa mereka dan mana tahu, menjadi guru yang dekat di hati mereka, insyaallah.

Bercakap tentang status, kadang-kadang tak faham kenapa ada kawan-kawan yang menulis yang bukan-bukan. Misalnya, yang memberi bayangan kisah rumahtangga. Ada juga yang rajin membuka ruang untuk pembaca mengutip dosa dengan status seperti "Rumah baruku" lalu dipaparkan rumah dan perabut yang serba indah dan mewah. Saya rasa tak jadi isu kalau yang membaca wall post itu memang 'geng' iaitu kawan-kawan baik. Tapi kalau yang sekadar pernah jumpa sekali dua atau sepupu kepada kawan bapa tiri kita...err...memanglah janggal. Bukan apa, FB ni juga boleh mengundang orang-orang yang tidak sepatutnya untuk mendapat maklumat tentang kehidupan kita, kebiasaan kita dan seterusnya mengetahui gerak-geri kita. Yelah, kalau letak status "sekarang kat SPA XXX , tingkat X, XXX Shopping Complex"...tidak kah itu boleh mengundang bahaya? Ke saya yang paranoid lebih? Fikir-fikirkan lah.

Rasanya saya telah pernah menulis tentang bagaimana memanfaatkan teknologi seperti FB ini atau kalaupun tidak di sini , sekurang-kurangnya telah pernah menyatakan pandangan seumpamanya menerusi perbincangan dengan kawan-kawan. Memandangkan bos mahu kami semua mengadakan aktiviti 'pep talk' tahun ini...nampak gayanya saya rasa hendak mengenengahkan isu-isu berkaitan FB ini sebagai bahan pertama. Heheh...ala...banyak je perkara-perkara serupa telah pernah dibincangkan. Mungkin saya boleh lebih menambahkan manfaat dengan memasukkan sudut pandangan agama. Hemmm...satu bahan yang agak relevan dan kena pada masanya, kan? Boleh dipertimbangkan.

Thursday, October 06, 2011

Mencari Salah

Ada banyak benda yang berlaku di sekeliling saya yang ada terlintas hendak dicatatkan di sini. Antaranya tentang album Inggeris pertama penyanyi nombor 1 negara, Siti Nurhaliza. Walaupun saya bukan peminat (eheh...) , saya tak dapat tidak berasa geram dengan beberapa kritikan yang ditujukan kepada usaha SN menyanyi lagu-lagu Inggeris. Kritikan yang tak perlu dan langsung tidak membina.

Saya tidaklah hendak ulas satu-satu...cuma saya tak faham dengan tujuan kita mempelajari dan bercakap bahasa Inggeris itu. Adakah seseorang itu hanya dikira layak menyanyi atau bercakap Inggeris hanya setelah lidah dan sebutannya betul-betul ikut lidah Inggeris? Kalau ada bunyi kemelayuan, kita gelakkan dia. Kalau grammer dia salah...pun kita gelakkan dia dan anggap dia belum layak. Patutlah orang kita payah nak maju.

Untuk orang lain yang betul-betul mahu kuasai macam orang putih sejati tu...terpulanglah...tapi bagi saya, bahasa hanyalah medium komunikasi, perantara untuk berhubung...asalkan tujuan dan maknanya dapat kita fahami, saya rasa tujuan bahasa dan objektifnya sudah pun tercapai. Lagipun muzik adalah sesuatu yang universal. Ramai yang tak faham pun Bahasa Korea tapi trend sekarang budak-budak muda gila betul dengan k-pop ini. Tak pula menjadi isu. Kiranya, walaupun misal kata nyanyian SN itu telor Melayu, sepatutnya tak ada masalah pun untuk menghargai irama yang digubah dan nyanyian yang didendangkan.

Saya teringat seorang brader ni. Dia senior saya. Masa tu kami masih di Matrikulasi. Memang tergagap-gagap dia berbahasa Inggeris. Tapi dia memang tak mengalah dan 'berani mati' orangnya. Yang best tu, dia siap pergi masuk Persatuan Bahasa Inggeris dan sibuk juga nak masuk pertanding berdebat, syarahan, puisi dan sebagainya yang menggunakan bahasa Inggeris. Pada awalnya memang saya pun pejam mata, sebab kesian bila dia diketawakan. Tapi dia memang hebat. Sikit pun tidak ejekan dan sindiran yang dilontarkan itu membekas kepadanya. Tak lut kata orang. Kata Aku, kebal! Memang kental semangatnya, malah cemuhan itu menjadi pemangkin untuk dia berusaha dengan lebih gigih membuktikan dia mampu. Dia lulus dengan cemerlang! Akhirnya penguasaan bahasa Inggerisnya jauh lebih sempurna daripada mereka yang pernah mentertawakannya dulu.

Mujurlah dia kuat. Tapi ramai yang tak sanggup buat macam itu. Saya pun tak sanggup. Sebab tu saya masih di sini...hahaha...tapi tak kisahlah, saya tahu apa yang saya mahu dan ingin capai dalam hidup saya. Boleh gitu???

Berbalik kepada kisah Siti tadi, harapnya semangat berkarya beliau tidak luntur dek komen-komen tak membina yang diterima. Kalau saya yang bukan seorang peminat pun boleh rasa simpati, apatah lagi yang mengaku peminat. Oh...isunya bukan SN, isunya lain weiii.

Serius!

Bila terjadi perkara ini kepada SN, semakin bersuluhlah isu-isu berkaitan bahasa ini (dan isu-isu lain berkaitan bangsa). Masalah di Malaysia ini, yang merencatkan kebolehan penguasaan Bahasa Inggeris anak-anak kita antaranya ialah dek sikap suka mencari kesempurnaan (sesetengah aspek tak pulak!) dan suka merendahkan orang lain. Yang nak belajar, memang perlukan kekuatan untuk mempraktiskan bahasa yang cuba dikuasai kerana sokongan di sekeliling amatlah lemah. Mereka hanya akan sokong bila anda dah betul-betul 'perfect' berbahasa. Masa bertatih tu pandai-pandailah bawa diri.

Ataukah memang begitu perangai buruk orang-orang kita? Buat itu kena kutuk. Buat ini pun kena kutuk juga. Patutlah dok terperuk di takuk lama juga. Susah hati tengok orang senang dan senang hati kalau ramai yang susah. Kalau benda itu Aku tak boleh buat, tak boleh dapat...kau pun sama patut tak boleh buat dan tak boleh dapat. Jadi, sebenarnya isunya bukanlah isu bahasa sahaja, bukan?

Hemmm...

Friday, September 09, 2011

Terkhilaf

Sukar sebenarnya apabila kita meletakkan diri kita di tempat orang lain.

Orang yang kita anggap sekian-sekian, yang kita sangka begitu-begini dek kegagalan kita yang memfokuskan kepada apa yang terzahir di mata sahaja sehingga mudah menjatuhkan hukum. Lalu kita menempah bencana, mengundang penyakit hati yang tidak sepatutnya ada, membuka ruang untuk mengumpulkan dosa percuma. Alangkah payahnya mensucikan hati. Seperti payahnya berusaha untuk sentiasa cuba bersangka baik.

Melembut dan melunakkan hati adalah perkara yang bukan boleh dipaksa-paksakan. Kerana kecenderungan nafsu, selalu menjadikan diri enggan tunduk. Sikap tidak mahu kalah menyebabkan kita enggan memperhalusi realiti. Ataukah kerana kita suka jalan singkat, lalu yang separuh masak itu kita terima sebagai produk siap. Hakikatnya, ada benda-benda lain yang harus turut sama masuk dalam pertimbangan. Benar, yang benar tetap benar, yang salah tetap salah, tiada jalan dan penyelesaian untuk mencampuradukkan perkara yang benar dengan yang salah ...juga tiada keringanan di situ. Namun, bila kita meletakkan diri pada situasi sebegitu, setidak-tidaknya kita lebih memahami dan mampu menilai kembali duduk sesuatu perkara walaupun pahitnya tetap sahaja melekat di kerongkongan.

Untuk apa?

Apakah perlu untuk kita menghukum siapa benar dan siapa salah? Perlu sangatkah menjadi pemenang walaupun kemenangan itu tidak punya apa-apa makna melainkan hanya sekadar memuaskan diri dan membiarkan keegoan berleluasa?

Saya kira kepentingan untuk memahami mengapa sesuatu itu berlaku bukanlah untuk tujuan kita saling tuding menunding jari. Tapi yang sebenarnya ia penting untuk muhasabah diri. Juga penting untuk kita menginsafi betapa bertuahnya diri kerana tidak berada di tempat sebegitu kerana siapalah diri untuk mendabik dada mengatakan, "ah! kalau Aku, tak mungkin Aku sanggup buat begitu?". Siapalah diri untuk menyangka yang diri tidak akan pernah sebegitu terdesak? Sebegitu terpaksa. Siapa tahu? Apa jaminannya?

Bersyukurlah, yang diri ini tidak diduga sebegitu...kalau kena batang hidung sendiri entahkan terhumban ke alam dejavu...seperti pernah ku lalui tetapi bila dan di mana ya?

Betullah, pandanglah dengan mata simpati dan dengarlah dengan telinga mengerti kelak hati akan lebih bersimpati dan memahami.

Ampunkan Aku Ya Allah atas kekhilafan ini.

Friday, July 29, 2011

Tak Nak Jadi Kaya?

Selalu kalau orang ajak saya buat pelaburan dalam mana-mana unit amanah saya memang selalu tolak aje. Kalau orang yang saya tak kenal ajak, lagi senang proses penolakannya. Tapi kalau yang mengajak tu orang yang saya kenal, ada sikit susah. Kalau yang ajak tu kawan baik laaaaaggggiiii susah.

Entahlah, saya tak pandai bab-bab melabur ni. Tak pernah fikir pun. Saya memang lemah bab mengembangkan duit ni. Selalu kalau benda-benda melibatkan duit ini, saya serah pada 'akauntan' tetap saya tu aje. Dialah tuan penasihat 25% saya. Saya tahu saya ada duit, saya beli. Tak ada duit, duduk diam-diam. Hutang rumah, hutang kereta...nak buat macamana, tak boleh elak. Tak kisahlah kalau hujung bulan tak tinggal banyak mana, janji semua diperuntukkan dengan sewajarnya.

Cuma bila sampai bab pelaburan itu...saya betul tak berminat. Kalau pun saya nak melabur, saya berminat hendak buka perniagaan. Dapat kedai kecik-kecik pun jadilah. Dapat berniaga goreng pisang pun tak apa. Bercucuk tanam pun okay. Bela kambing pun saya suka.Kalau sungguh hendak kaya, benda-benda macam itulah yang saya teringin hendak buat. Tapi betul saya tak pandai jadi kaya dengan jual beli saham, unit amanah dan sebagainya. Saya just tak reti! Entahlah!

Kalau saya mati...? Itulah orang insuran selalu kata, sediakan perlindungan untuk orang-orang tersayang yang ditinggalkan. Saya sayang. Tapi sayang saya, saya akan serahkan yang tersayang itu dibawah penjagaan Yang Maha Esa.Perlukah saya risau? Nak risau apa? Rezeki mereka sudah dijamin oleh Dia Yang Maha Pemurah. Saya akan berdoa semoga Allah memelihara keluarga dan keturunan saya dengan sebaik-baik perlindungan dengan cara saya berusaha menjaga Allah sedapat mungkin. Setelah melakukan yang demikian, saya akan menyerahkan segala urusan kepadaNya. Tak kuasa saya hendak memikirkan pada sekian umur berapa duit saya akan bertambah sejuta dua.

Tapi bolehkah saya jawab selancar itu dihadapan seorang kawan sebagaimana saya meluahkan di sini? Huhuhu...risaunya saya. Saya takut ada hati yang terusik. Saya takut ada jiwa yang berkecil. Tapi kalau saya asyik berlindung di belakang 'akauntan' saya, dengan alasan dialah yang mengawal segalanya...saya takut orang salah faham pula pada 'akauntan' saya. Mentang-mentanglah dia pendiam dan tak berapa mesra alam, senang aje bagi label king control...hish...bukan salah dia. Ini kehendak saya sendiri. Cuma saya tak pandai berterus-terang.

Insyaallah, seorang kawan tentu boleh memahami...

Thursday, July 14, 2011

Betul atau Salah?

Memang betul pun kita semua berbeza pendapat. Barangkali apa yang kita rasa betul, pada orang lain salah. Dan mungkin juga apa yang orang lain kata betul, bagi kita salah. Tak mungkin semua orang boleh mempunyai pandangan dan fikiran yang sama dengan tepatnya. Setiap daripada kita mempunyai sumber-sumber rujukan yang berbeza, latarbelakang pendidikan yang tak sama dan pengaruh yang pelbagai turut menyumbangkan kepada perbezaan pendapat.

Kita orang Islam mempunyai garis panduan yang sama yang akan mengikat perbezaan kita supaya tetap bergerak menuju matlamat yang sama. Tetapi saya tidak akan melihat kepada aspek itu di sini, kerana sukar untuk menonjolkan isu perbezaan ini bila sudah ada sesuatu yang jelas sebagai pedoman. Saya memang sengaja menimbulkan isu.

Bosan mendengar orang mempertikaikan pandangan kita semata-mata kerana dia tidak boleh bersetuju dengannya. Padahal benda yang dipertikaikan itu ada seribu satu sudut pandangan. Malangnya, si penentang seboleh-boleh memfokus kepada satu aspek sahaja. Jadi, bila kita mengenengahkan suatu pandangan dari sudut yang dia tak suka, dengan cepat dia akan mengatakan yang kita ini jangan terlalu mudah menghukum. Siapa yang menghukum siapa sebenarnya? Cakap tak serupa bikin. Hipokrit!!!

Anda boleh tidak bersetuju dengan saya. Tak mengapa. Saya faham mengapa anda sampai kepada kesimpulan yang begitu. Tak ada masalah. Anda kata betul, pada saya salah. Saya sudah jelaskan mengapa bagi saya ianya salah dan anda juga sudah diberi peluang untuk mempertahankan hujah anda. Tak mengapa. Tapi janganlah pula menyerang peribadi saya kerana mengeluarkan pandangan yang tak serupa dengan anda.

Misal kata, saya tak suka kucing. Anda pula suka kucing. Di situ ada perbezaan. Saya dah bagitahu saya tak suka kucing kerana saya alah dengan bulunya. Anda pula bagitahu anda suka kucing sebab kucing binatang kesayangan Rasulullah. Tapi janganlah pula kerana saya tak suka kucing, anda tuduh saya tak ikut sunah Rasulullah pula. Maka anda tambah lagi dengan mengatakan saya sepatutnya buat itu dan ini serta seribu satu kaedah lagi supaya saya akhirnya menjadi suka pada kucing, sedangkan saya ada kekangan kesihatan di situ (yang anda tak langsung pertimbangkan). Padahal dulu awak kata awak menghormati pandangan dan pilihan orang lain, tiba-tiba anda beria-ia pula mengubah dan memaksa orang lain mengikut selera anda.

Mungkin kita boleh berhenti pada statement, benar, kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah. Saya gembira yang awak pun suka kucing, tetapi kita harus terima yang bulu kucing menjadi masalah bagi saya dan menyebabkan saya tidak boleh membela kucing.

Noktah.

Sama juga seperti saya sukakan keindahan dan kebersihan di kawasan rumah saya. Tetapi anda pula mahukan kebersihan itu pada skala yang lebih besar. Anda hendak bersihkan satu kampung. Kita dua-dua sukakan kebersihan. Tetapi tempat apa saya nak bersihkan, dengan apa saya nak bersihkan, bila saya nak bersihkan...ikut suka hati sayalah. Kenapa pula anda tak puas hati dengan pilihan saya dan hendak saya buat ikut cara anda.

Hemmmmm...

(Contoh sekadar penjelasan, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, dan saya sangat sukakan kucing dan kebersihan...hehehe...)

Wednesday, June 08, 2011

Bukan Berat Mulut

Ada sesetengah perkara, memang malas betul hendak bagi ulasan. Hendak bagi pandangan.

Ada kalanya kita pun tak kisah lagi. Dan malas hendak memanjangkan cerita. Sudahnya kita diam. Tadah telinga ajelah. Pasal apa, sayang nak bazir air liur. Buat kering tekak aje.

Rasa patah hati hendak ajak berdebat kalau yang lawan debat itu hanya berminat untuk memperkatakan tentang satu aspek sahaja darihal perkara yang diperkatakan. Dia enggan melihat kepada aspek-aspek lain, justeru membuatkan kesimpulannya menjurus kepada pandangan yang kurang mantap. Tak cukup perisa. Pulak tu tak mahu langsung menginput maklumat-maklumat lain kerana enggan menukar posisi. Membuta tuli je ikut apa orang kata.

Kadang-kadang bila sesuatu pendapat dikeluarkan, kalau boleh kita mahukan yang 'asli'. Yang dicerna daripada kebolehan memanipulasi maklumat dan mempersembahkannya dengan gaya tersendiri. Sentuhan yang menggambarkan individu itu ada membuat kerja-kerja berfikir. Barulah terasa tidak diluah bulat-bulat idea orang lain. Barulah rasa sedap hendak berdebat dengan rasional. Dan tidak dipengaruhi oleh emosi serta kecenderungan memihak kepada sesiapa.

Itu yang kadang-kadang rasa malas hendak ikut topik-topik yang boleh membawa kepada rasa 'patah hati' itu. Baik cakap pasal benda-benda remeh yang tak ada sesiapa hendak meninggi suara...sudahnya kita kembali kepada bentuk perbualan yang 'selamat' tetapi tidak berkualiti.

Lalu sampai bila-bila pun susah untuk kita saling mengenali dan menghormati.
Betul, kan?

Monday, May 23, 2011

Dulu Lain...

Suatu masa dahulu Aku pernah memintal impian seperti itu.
Suatu ketika yang lalu Aku juga pernah menggarap lakaran harapan sama seperti itu.
Ya...semuanya pernah ada. Pernah menghiasi mimpi-mimpi malam hariku.

Tapi kini...semuanya hilang bagai debunga berterbangan ditiup angin.
Tidak...bukan hilang semangat. Bukan juga tawar cita.
Yang nyata fokus sudah berubah.
Paradigma sudah beranjak.

Jadi hari ini bila membaca kata-kata "esteemed leader" , rasa hendak tergelak pun pula. Terus terang cakap Aku tidak pernah membayangkan langsung. Memanglah sudah masuk program generasi pelapis, cuma , masalahnya Aku tak boleh nak 'connect' dengan kemungkinan masa depan seperti itu.

Tengahari Jumaat minggu lepas semasa mendengar ceramah Ustazah Zawiyah, Aku kata pada Lotuslily, "Bagusnya kalau dapat kerja dengan Jakim ni kan...jadi kaunselor untuk selamatkan rumahtangga orang pun okay jugak apa..."

Lotuslily kata, "aii...masuk ni dah 2 kali kau cakap macam tu"...errr...ye ke? Heheh. Rupanya Aku dah pernah mengatakan perkara yang sama suatu waktu dulu.

Tak perasan...tak sedar...ada benda bawah sedar yang sesekali muncul menjelmakan diri. Masa tu terfikir, ganjilnya perjalanan hidup ini.

Mungkinkah Aku boleh mengharungi dan mengimbangi semuanya serta mencapai kehidupan yang Aku ingini sekaligus?

Allah Yang Maha Mengetahui.

Monday, May 09, 2011

Dari Mata Fikirku

Pelik memang pelik. Tapi apa yang hendak dihairankan, nama pun barat. Harap tak adalah berlaku di negara tercinta ini walaupun mungkin ada yang diam-diam menyokong.

Alkisahnya satu perarakan yang dinamakan "SlutWalk" telah di adakan di Boston yang dicetuskan oleh kemarahan terhadap kenyataan dibuat oleh seorang anggota polis Toronto berkenaan cara wanita berpakaian yang menyebabkan mereka menjadi mangsa jenayah rogol.Anggota polis itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan itu kepada sekumpulan pelajar universiti pada Januari lalu."Slut" mengikut kamus Oxford Advanced Learner's (1992 - ya, saya masih setia dgn kamus lama kesayangan saya heheh) bermaksud "woman who is slovenly or sexually immoral" atau bahasa mudahnya "jalang".

Maka marahlah sekelian wanita itu yang beranggapan cara mereka berpakaian tak ada kena mengena dengan perlakuan rogol dan adalah tidak patut meletakkan kesalahan itu di bahu si mangsa. Lalu bermulalah siri bantahan demi bantahan sehingga membawa kepada yang terbaru di Boston itu.

Salah satu sepanduk yang diarak bertulis " It's My Hot Body - I Do What I Want".

Begitu sekali obsesnya mereka dengan hak mereka. Sebab itu mereka mahu kebebasan untuk buat apa sahaja. Hatta kalau mereka mahu berjalan bertelanjang bulat pun, itu hak merekalah, tak ada siapa boleh larang. Dan suka hati juga hendak buat apa-apa benda pelik pun, macam hendak kahwin sejenis, atau hendak hidup bersama tanpa nikah...apa-apa sahaja atas nama kebebasan.

Itu mereka. Mereka dan kehidupan mereka. Mereka dan kepercayaan mereka.

Kita bagaimana? Apakah kita pun mahu bebas menentukan apa yang kita suka buat dan apa yang kita tak suka hendak buat?

Siapalah kita hendak tentukan begitu...

Kalaulah semuanya berjalan lepas bebas tanpa ada sedikit peraturan pun...percayalah, hidup ini pasti akan kosong dan tak ada maknanya. Tak payah ada akal pun tak apa. Buatlah apa pun nak buat. Tak payah fikir langsung. Tapi mahukah kita menjadi manusia yang hidup tetapi 'mati'? Ya, hidup...makan, minum, tidur, berjalan...tapi apa? Mahu ke mana? Sampai bila? Tak ada hala tujuan. Tak tahu sebab apa wujud di muka bumi ini dan tak tahu apa akan jadi sesudah mati. Lifeless.Pointless.Hopeless.

Itukah yang kita hendak?

"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat". - Al-Insan, ayat 2.

Di sini Allah menerangkan dengan jelas tujuan penciptaan manusia. Malahan Allah menyebut asal kejadian manusia yang hina. Kenapa tidak sebut sahaja, "Dan Aku ciptakan manusia lelaki dan perempuan" tanpa perlu merujuk kepada bahan pembentukannya? Kerana hendak sedarkan manusia, supaya tahu kedudukannya yang hina dan berasa rendah diri lalu mudah-mudahan insaf selalu yang dia hanyalah berstatus hamba. Kalau sudah sedar yang diri tu hamba...berfungsilah seperti hamba. Ikut dan patuh perintah tuannya, bukan jadi seperti kaduk naik junjung, betul tak?

Tujuan manusia dicipta adalah semata-mata untuk menguji manusia dengan amal kebaikan dan kejahatan supaya akhirnya diberi balasan. Yang baik diberi balasan syurga, yang jahat balasannya neraka. Oleh kerana manusia dicipta untuk diuji, maka itulah Allah berikan dia akal dan juga menyediakan pula kelengkapan dan keperluan untuk ujian iaitu pendengaran dan penglihatan supaya manusia dapat melihat bukti-bukti kebesaran dan keagungan ciptaan Allah, dan dapat mendengar tanda-tanda keesaan Allah.

Allah SWT mendahulukan pendengaran daripada penglihatan kerana pendengaran lebih berkesan dan lebih bermanfaat daripada penglihatan. Bukankah ada ramai insan buta tetapi celik hati dan mampu menghafal Al-Quran?

Allah mengkhususkan pendengaran dan penglihatan sahaja kerana kedua-dua anggota inilah yang merupakan saluran untuk memahami dan menghayati sesuatu. Deria-deria terpenting untuk mendapatkan maklumat dan ilmu.

Lalu Allah berfirman dalam ayat seterusnya (ayat ketiga) yang bermaksud, " Kerana keadaan itu tidak mencukupi, (maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul)akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur ( dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran dan menderhaka).

Begitulah sebahagian intipati kuliah Rabu minggu lepas yang sesuai sangat dikongsikan di sini sebagai mengupas tindakan manusia-manusia yang enggan menggunakan akal dan pancaindera mereka sebaliknya menggunakan nafsu semata-mata bagi membenarkan perlakuan jelek mereka.

Berhentilah mengikut telunjuk orang.

Berhentilah memenuhi citarasa orang.

Kembalilah kepada fikrah seorang hamba yang mengharapkan kesudahan yang baik daripada tuannya.

Friday, April 15, 2011

Selagi Ada...

Kalau kita tahu ada lubang
Tak adalah sengaja kaki terpelecuk

Kalau kita tahu hari nak hujan
Tak adalah ditinggal payung di rumah

Kalau kita tahu lembu nak naik minyak
Tak adalah memilih baju yang merah

Kalau kita tahu ada paku di depan
Tak adalah jalan berkaki ayam

Kalau kita tahu orang tak sayang
Tak adalah separuh nyawa menatang harap

Pendekata, kita tak tahu apa yang ada menanti dihadapan. Sebab kita tak tahulah, kita berani melangkah ke hadapan. (Tapi melangkah ke hadapan tanpa ilmu dalam dada memang sengaja menempah susah namanya)

Kalau kita tahu apa yang akan terjadi, boleh jadi kita semua duduk bersembunyi dalam rumah sahaja sebab hendak mengelakkan benda-benda yang tidak elok daripada menimpa kita. Boleh jadi kita langsung tak hendak mencuba apa-apa sebab kita tidak mahu percubaan kita berakhir dengan kegagalan.

Boleh jadi kita langsung tak dapat belajar apa-apa.

Hidup akan menjadi tidak ceria kerana hanya ada hitam putih je. Besarnya Rahmat Allah.

Memang tidak mudah menjalani kehidupan ini. Susah dan senang silih berganti. Setiap masa setiap ketika akan datang pelbagai bentuk ujian. Ada ujian besar. Ada ujian kecil. Jangan fikir, bilalah hendak habis ujian ni...bilalah Aku nak boleh hidup tenang tanpa perlu memikirkan masalah...tapi fikirlah bagaimana hendak menambah iman supaya bila ujian datang kita dapat menghadapinya dengan baik. Ujian demi ujian itu sepatutnya memantapkan kita, bukan mematahkan kita.

Jadi, jangan takut untuk melangkah. Jangan takut untuk membuat keputusan walaupun barangkali ianya salah. Jangan takut membuat kesilapan. Kerana disebalik kesalahan dan kesilapan itu, ada pengajaran yang boleh dipelajari.

Yang paling takut ialah bilamana walaupun tahu, kita masih mengulang melakukan perkara yang salah. Yang paling malang ialah bilamana kita tak mahu belajar daripada pengalaman. Dan yang paling rugi ialah bilamana kita tidak berusaha memperbaiki diri.

Tuesday, March 22, 2011

Aurat vs Urat

Saya ingin menulis sesuatu yang bermakna untuk entri ke - 888 ini. Wah...cantik angkanya! Bererti saya sudah pernah melepasi angka-angka cantik sebelumnya tanpa menyedari...111, 222, 333, 444, 555, 666, 777. Saya tak obses bab tuah, sial majal ni...bagi saya, semuanya terpulang kepada tanggapan masing-masing. Kemahuan masing-masing. Pokok pangkal, diri sendiri. Elok atau buruk sesuatu perkara, pilihan ada di tangan sendiri...mahu guna mata akal atau mata nafsu...

Oh ya, baru-baru ini saya terbaca dalam akhbar ruangan fesyen, kisah kebaya nyonya. Pengenalan artikel dimulakan dengan reaksi yang diluahkan oleh pemerhati lelaki...katanya, " Seksi...tetapi sopan". Elemen sopan itu digambarkan oleh keupayaan kain yang digunakan menutupi hampir 95% kulit badan. Manakala elemen seksinya pula ditonjolkan oleh jenis kain baju yang nipis telus mata itu. Maka itulah dikatakan "seksi" tetapi "sopan".

Adakah bila pakaian itu seksi...tetapi sopan, maka boleh dineutralkan segala hukum hakam lalu diangkat sebagai pakaian yang sesuai dipakai oleh kaum wanita? Kalau hendak menggayakan sebagai satu lagi jenis pakaian yang boleh jadi melambangkan jati diri wanita yang sopan santun tetapi 'indah' itu...well...silakanlah. Tapi tentu sekali bukan selayaknya untuk menjadi pakaian buat wanita-wanita Islam. Walaupun menutup, tak ada terdedah...yang nyatanya terdapat perlanggaran dari segi 'aurat'. Aurat ye...bukan 'urat'. Orang kita ni banyak yang tersalah faham...dia tak tutup aurat, dia cuma tutup 'urat'. Urat kulit...urat rambut...sebab tu senang-senang tercabut. Kemudian timbullah persepsi-persepsi negatif kerana ketidakfahaman itu. Satu, orang Islam yang sendiri kurang faham. Dua, yang bukan Islam dah tentu-tentu lagi tak faham.Maka, konfius sokmo la jawabnya.

Lebih sepuluh tahun yang lalu ketika saya berada di Jepun, tidak boleh tidak seakannya terasa seperti makhluk asing. Di mana-mana saya pergi pasti ada yang menoleh melihat dua kali (secara purata). Tetapi orang-orang Jepun ini memang sangat sopan santun...mereka cepat-cepat cuba mengalih perhatian anak-anak kecil mereka yang ternganga-nganga tengok saya, agaknya rasa serba salah kalau buatkan saya tak selesa jadi bahan renungan. Ada satu ketika, rakan-rakan bangsa Jepun ini bertanya saya, adakah kepala saya botak? Hahaha...saya ketawa. Jadi, pada suatu malam ketika kami bermalam di Saitama dan saya menguraikan rambut panjang saya...mereka pun agak terkesima melihatnya. Sebenarnya masa itu saya sendiri buat silap, maklumlah tak arif bab menjaga aurat walaupun sesama wanita kerana mereka bukan wanita Islam. Mereka tanya saya, mengapa saya tutup rambut saya kerana saya kelihatan 'kireiii'. Bukankah lebih baik biarkan sahaja...kenapa hendak disembunyikan? Saya tak pandai menjawab...cuma cakap, saya tutup kerana itu pegangan agama saya. Mudah. Sekarang saya rasa saya ada banyak idea untuk jawab kalaulah berada dalam keadaan sebegitu lagi...

Beberapa hari lalu saya rasa agak kecewa kerana kisah bertemakan pergaulan bebas lelaki dan wanita yang membawa kepada perlakuan maksiat yang berleluasan memaparkan sepasang kekasih berpelukan di muka depan. Dan pasangan wanita itu adalah bertudung. Begitu juga dengan gambar-gambar yang menyusuli dalam laporan. Cuma ada satu dua gambar wanita tak bertudung, tetapi yang lain-lain semuanya bertudung. Patutlah ramai yang suka bagi jawapan, "Tak apalah saya tak pakai tudung pun...yang pakai tudung tapi buat maksiat lagi teruk! Yang penting bukan penampilan kita, tapi hati!".

Cam no nak menjawab ye?

Kalau tanya saya, saya akan kata...menutup aurat tu wajib dalam Islam. Tutup aurat tak sama dengan bertudung. Tudung cuma tutup rambut. Pasal apa...ramai yang tutup rambut, tapi buka yang lain-lainnya. Misalnya, pakai tudung...tapi pakai baju lengan pendek. Lepas tu pakai tudung...tapi tudung tu cuma labuh sampai leher. Bahagian dada terdedah. Ada juga fesyen yang tudung tu dicekak ke belakang...memang kalau tengok macam bonggol unta. Kebanyakannya bertudung memang...menutup seluruh kulit pun ya jugak...tapi masyaallah...ketat seketat ketatnya. Berbentuk-bentuk. Kiranya, terpulang kepada imaginasimu. Kalau pakai macam itu...nak kata tutup aurat apanya?

Jadi, tak hairanlah kalau yang dicekup-cekup itu memang ramai wanita yang bertudung. Kerana dia hanya bertudung untuk tutup kepalanya. Tudung yang dia pakai tidak ampuh untuk membentengi dirinya daripada godaan nafsu. Pendekata, tudung itu cuma sebahagian cara dia berpakaian. Bukan lambang pematuhannya kepada Allah.

Atau mungkin juga cabaran menjadi wanita Islam yang cuba mematuhiNya itu juga sudah semestinya berat. Tudung ke, baju ke, perangai ke...Maklumlah, syaitan pun test ikut tahap kemahiran jugak, kan...Apapun, sebagai hambaNya...cubalah sedaya upaya untuk tunjukkan kesungguhan mahu mengikuti ajaran RasulNya...jangan sibuk mencari alasan. Jangan hendak tunggu hidayah sampai sahaja. Bukan apa, takut-takut umur kita yang tak panjang.