Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Tuesday, June 09, 2015

Kenanganku Kinabalu

Saya bersimpati dengan kejadian gempa bumi yang melanda negeri Sabah baru-baru ini sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa. Walaupun negara kita bukanlah berada dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik, kejadian yang berlaku ini memberi petanda bahawa apa-apa sahaja boleh berlaku. Jangankan Gunung Kinabalu, kalau Allah berkehendak, Bukit Batu Caves pun tak selamat.

Saya pernah merasai pengalaman berada hampir dengan Gunung Kinabalu, tinggal dan bermalam di kaki gunung tersebut suatu ketika di awal tahun 90an. Ia sememangnya sebuah gunung yang indah, tentulah saya tak dapat melupakan pengalaman bergambar di zaman semuanya menggunakan filem Kodak, berlatar belakangkan gunung tersebut. Baik ketika matahari baru menyapa hari mahupun ketika senja melabuhkan tirainya...permandangannya sangat awesome!

Gambar ihsan Wikipedia

Peluang itu saya perolehi ketika menjayakan program anjuran Jabatan Perpaduan Negara iaitu program pertukaran pelajar Semenanjung - Sabah & Sarawak yang dipanggil "Titian Emas". Bagi saya ianya satu peluang keemasan di saat saya sendiri menyimpan semangat perpaduan yang sangat kuat dengan minat untuk mengenali kebudayaan dan adat resam kaum-kaum lain di Malaysia. Saya baru selesai menghabiskan sebuah novel bertajuk Duta Utusan Ayah, iaitu kisah tentang seorang remaja  dari Semenanjung menimba pengalaman baru di Sarawak, ketika guru kelas memaklumkan yang beliau akan mencalonkan saya bagi mewakili sekolah untuk program tersebut. Saya tidak menaruh sebarang harapan sebenarnya kerana dimaklumkan persaingan adalah sengit. Saya maklum peluang untuk pelajar sekolah luar bandar seperti saya, justeru saya lupa terus tentangnya sehinggalah dimaklumkan yang saya dipilih mewakili Daerah Kerian. Wow!

Dari negeri Perak, empat orang wakil dipilih iaitu saya, Punita, Harris dan Teik Seong. Seminggu sebelum program berlangsung, saya sibuk menelefon Teik Seong bertanyakan tentang persiapannya. Hahaha...kelam kabut saya bila dia kata dia bawa 2 beg besar. Saya ingat nak pergi sempoi sahaja maklumlah orang tak pernah keluar daerah selama itu. Teik Seong dan Punita ditempatkan di Sabah, Harris di Sarawak manakala saya pula ke Labuan. Oleh kerana Labuan dan Kota Kinabalu itu dekat, maka pada kebanyakan masa saya menyertai aktiviti di Sabah bersama Punita dan Teik Seong. Dan itulah antara pengalaman manis kami, tinggal di resort Taman Negara Kinabalu dan berpeluang menatap puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan lebih dekat. Malahan, saya masih menyimpan impian hendak mendaki Gunung Kinabalu...itu angan yang saya kongsikan bersama rakan saya, Masitah, ketika kami sama-sama berehat selepas penat mengharungi ujian demi ujian di Kem Desa Pahlawan (juga antara kenangan terindah dalam hidup saya).

Sebetulnya saya ada melobi cik Abang untuk ke KK ketika kami merangka pelan percutian keluarga (sepatutnya dalam masa cuti sekolah inilah). Masa tu ada promosi tambang murah dan saya bercadang hendak meluangkan masa di Kundasang (tak adalah sampai nak mendaki gunung...nak naik tangga dua tingkat pun dah mengah!) dan mengambil peluang berada di negeri di Bawah Bayu ini untuk singgah berjumpa keluarga angkat dan rakan-rakan di sana. Namun, cadangan saya itu tidak menjadi kerana bertembung dengan urusan keluarga. Jadilah ia suatu impian yang saya harapkan akan menjadi nyata suatu hari nanti, in sha Allah.

Ternyata nama Kinabalu itu bukanlah asing dalam hidup saya dan disebabkan itu perasaan saya ketika membaca berita tentang gempa di sana juga bercampur-baur mengenangkan tragedi yang tidak diduga itu serta kenangan yang terpahat dalam ingatan saya. Ketua Pegawai Eksekutif kami dalam ucapan pembentangan prestasi syarikat pagi semalam juga mengingatkan agar kami semua bersatu hati dalam detik yang sukar ini dan memberi bantuan meringankan bebanan mangsa, terutamanya yang melibatkan anggota-anggota syarikat di Sabah sepertimana semangat 1TM yang ditunjukkan semasa menghadapi bencana banjir di Kelantan lalu.

Semoga kita redha dengan ujian dari Allah ini dan semoga juga beroleh pahala yang besar atas kesabaran menghadapinya.

Friday, February 13, 2015

Kepulangan

Dialah penghancur segala kenikmatan duniawi, dan penghapus segala kepedihannya. Andai saja mati adalah akhir dari segalanya, niscaya ia menjadi primadona bagi setiap jiwa yang merana. Akan tetapi, tak lain ia merupakan pintu pertama dari kehidupan selanjutnya… kesenangan tanpa batas, atau azab yang tak kunjung lepas.



Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama para solehin

Grafik dari ohmedia.my.

Friday, August 16, 2013

Cubit Peha Kiri...

Syukur alhamdulillah kerana bumi yang kita pijak, tempat tumpah darah kita ini masih aman. Kita masih bebas untuk menjalankan aktiviti harian masing-masing, bebas ke sana ke mari tanpa rasa bimbang dan risau. Owh...mungkin sedikit risau dengan trend jenayah sekarang, tapi, secara amnya keadaan boleh dikatakan masih terkawal.

Namun, janganlah keamanan itu menjadikan kita leka dan lupa memandang ke 'luar'. Atau kita merasakan, "janji kita aman...negara lain lantaklah!". Mungkin bila sudah selalu-selalu disogokkan dengan peringatan tentang menghargai keamanan itu...kita merasakan ianya hak esklusif kita lalu kita rasa asalkan tak kena pada kita, orang lain nak tunggang-terbalik...itu nasib diaoranglah. Kita aman. Alhamdulillah. Takut perasaan itu menjadikan kita menutup mata dan memekakkan telinga pada rintihan saudara-saudara kita yang sedang dizalimi.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh  Tsauban r.a, Baginda S.A.W bersabda :

"Akan datang umat-umat yang berkerumunan ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan". 

Maka, seorang bertanya : "Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?". 

Baginda S.A.W menjawab : "Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesungguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu". 

Para sahabat bertanya :" Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn?". 

Baginda menjawab: "Cinta kepada dunia dan takut mati".

Saya kira, apa yang Rasulullah S.A.W gambarkan tentang keadaan umat Islam di akhir zaman itu sememangnya sedang terjadi sekarang. Lihatlah bagaimana saudara-saudara kita di Palestin, di Syria, di Mesir bahkan di tempat-tempat lain juga seperti di Myanmar, ditindas dan dibunuh dengan sewenangnya. Ianya sedang berlaku. Jelas dan nyata. Yang kedengaran sekarang hanyalah bantahan-bantahan dan kutukan keras terhadap keganasan tersebut. Seruan-seruan ke arah kedamaian dilaungkan. Apakah ini akan mengembalikan keadamaian???

Kalaupun kita tak mampu sama-sama berada dan berjuang bersama mereka, sekurang-kurangnya rasailah apa yang sedang menimpa mereka dengan titipan doa yang berterusan. Kenang-kenanglah mereka dalam doa kita supaya Allah tak lupakan kita bila saatnya kesusahan menimpa kita. Semoga kita ada sesuatu untuk dijawab bila saatnya berdepan dengan Allah dan ditanyakan apa yang kita lakukan untuk saudara-saudara kita.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka dan menempatkan roh mereka di kalangan para syuhada & solihin. Sesungguhnya itulah sebesar-besar kemenangan.

Jangan ralit sangat kerana dunia ini benar-benar hanyalah fatamorgana yang menipu.

Wednesday, May 18, 2011

I Followwww...

Kisah yang paling 'hot' sepanjang minggu lalu sudah tentulah cerita SY hendak mencukupkan kuotanya. Lebih 'hot' daripada cerita video panas ahli politik negara.

Pelik betullah, amende le yang heboh sangat. Nampak sangatlah tahap kecemburuan insan sekaum SY tu...ada yang telan liur, ada yang dok gigit kuku, ada yang dok berkobar-kobar nak "I follow..." juga serta tak kurang juga yang mengeluarkan pendapat-pendapat yang agak tak berapa setuju kononnya.

Kalau tanya Telipuk, Telipuk kata...ukur baju di badan sendiri. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Aaaa...satu lagi, kalau tak sanggup dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Soal poligami, walaupun dibolehkan di dalam Islam...bukanlah maknanya ianya sesuatu yang automatik boleh untuk semua orang (lelaki). Tengok-tengok jugalah lelaki tu spesis apa.

Dan kena tengok juga la spesis perempuan yang hendak dimadukan tu. Tak semua perempuan boleh buat macam yang isteri-isteri SY buat. Tapi sebetulnya, semuanya berbalik kepada pucuk pimpinan juga. Kalau pemimpin tidak menjalankan amanah dan tanggungjawabnya dengan baik, tak bolehlah hendak meletakkan kesalahan kepada pengikut. Betul tak?

Telipuk rasa tak ada yang luar biasa dengan kisah SY dan isteri-isterinya. Sebenarnya, ia bukanlah sesuatu yang sukar dicapai. Betul...Dan Telipuk percaya SY tak mengamalkan apa-apa tangkal dan jampi pun...hatta kekelakaran dan kelawakannya pun Telipuk rasa tidaklah menyumbangkan apa-apa yang signifikan kepada kebolehannya melengkapkan kuota.

Cuma yang Telipuk pasti, daripada beberapa maklumat yang SY beri, antara perkara-perkara yang diamalkannya jelas membantu SY menjadi pemimpin yang baik dan dihormati dalam keluarga besarnya.

1. SY tidak menghimpunkan semua isteri dalam satu rumah...bahkan SY kata ia adalah mustahil. Padahal ramai lelaki kalau boleh nak jimat kos nak achieve KPI yang ini...giler ke apa? Ayam dalam reban bolehlah buat macam ni.

2. SY tak main sembunyi-sembunyi. Agak-agak rasa nak bercinta, dia bagitau isteri-isterinya dulu. Siap kenalkan lagi. Kebanyakan lelaki buat, sorok dulu...tunggu sampai pecah. Mahu tak hancur lebur kota Melaka dikerjakan!

3. Adil dan saksama. Telipuk rasa lah, kalau setiap isteripun disediakan tempat kediaman yang selesa, bagi kereta seorang sebiji, siap bagi duit belanja secukupnya...tak payah terjerit-jerit minta sampai keluar anak tekak...bagus sangatlah tu. Lepas tu SY lawat setiap rumah setiap hari, walaupun sekejap-sekejap. Sebab tulah rumah isteri-isterinya dalam satu kawasan yang berdekatan...di Cheras ke rasanya...kena penat sikitlah. Tapi kalau kebanyakan lelaki lain, tang penat dia la yang dia nak berkira sangat...diaorang kawin lebih untuk senangkan diri...setiap isteri pulak kena bagi 'derma' seorang sikit...macamanalah nak hidup tenang dan selamat kalau nawaitu tak betul?

4. Peranan sebagai pemimpin. Mesti digerakkan. Suami sebagai ketua keluarga mesti tegas dan berani menegur dan mentarbiah isteri. Nak buat tu, diri sendiri kena betul dulu. Itu yang SY kata ilmu agama kena ada. Jangan sebab isteri-isteri tu dah tahu hukum hakam, ente lepas tangan buat tak tahu...konon ingat tanggungjawab ente dah selesai. Jangan buat naya na...

Kalau boleh buat benda 1 hingga 4 tu, insyaallah, rasanya tak jadi masalah hendak kahwin lebih pun. Tapi tujuan nak tambah tu...biarlah selaras dengan tuntutan agama. Kalau saja suka-suka nak tunjuk kuat...atau konon perasan yang anda tu hebat...tak payahlah. Berat tanggungjawabnya. Melainkan anda rasa berani nak berdiri depan Allah menjelaskan apa yang anda dah buat sepanjang menggalas tugas sebagai pemimpin...silakanlah.

Pandai buat, pandailah tanggung.

Wednesday, March 30, 2011

Anak Patung Kertas

Aiii...sikit hari lagi mahu jadi wartawan Soseh-soseh jugak le Aku ni...tapi kira yang tak bertauliah le. Spesies menempel. Maaf...maaf...tapi nak tulis jugak!

Semalam ada terbaca kisah pelakon wanita yang juga pengarah tentang kejutan di majlis hari jadinya. Mau tak terkejut...pasal di majlis tu penganjur mempersembahkan tarian oleh 'anak-anak patung kertas' hahaha...welll...Aku terkejut sama jugak le pasal dok belek gambar tu (bukan nengok nyah ye...), ternampak ada budak-budak kecil baya anak-anak Aku kat majlis tu...ko bior betuiii...kesian budak-budak tu. Isshhhh!!!

Tapi tuan empunya badan kata tak apa. Dia tak salahkan penganjur yang juga merupakan kawan baik. Baginya itu bukan satu penghinaan memandangkan imej bertudung yang dibawanya. Aku tak tahu la bab-bab orang kata, kalau kita bertudung tak semestinya kita tak berkawan dengan orang-orang yang kaki 'sosial', ikut diaorang lepak-lepak kat pub ke apa...cuma adalah pernah dengar tentang peri pentingnya memilih kawan yang baik (yang boleh memotivasikan kita tetap di jalanNya) seumpama berkawan dengan si penjual minyak wangi. Walaupun kita cuma berkawan, tetap terbau juga harum bau minyak wangi di badan. Kalau karekter berbeza melampau...walaupun masih boleh bawak bersembang dan bertegur sapa...rasa-rasanya payah juga nak 'clik'. Orang kata, tak sekufu. Macam pepatah orang putih, "birds of a feather, flock together".

Tapi tak pa lah...nak komen lebih-lebih tak pandai la Aku. Tapi rasa macam tak kena juga bila hujah yang dia bagi (yang ni Aku baca dalam suratkhabar semalam, tapi pagi ni cari kat online untuk exact words, tak jumpa pula...lebih kurang bunyinya), "Lebih baik mereka buat persembahan begini daripada melacur di tepi jalan"...alamakkkk...macam tu ke? Kemudian kaitkannya dengan cara berdakwah yang agaknya cara halus kot...if we cannot beat them, we join them...huhuhu...matlamat tidak menghalalkan cara le...

Ada sekali tu Aku konfius tentang larangan mengintip/mencari aib orang lain dengan tuntutan 'amal makruf nahi mungkar'. Katakan sebagai jiran, kita ternampak jiran sebelah rumah kita bawa balik perempuan yang bukan mahram dan berkurung dalam rumah tu berjam-jam lamanya. Sekali tak pe gak. Ini berkali-kali. Pada setiap kali, tingkap semua tutup, langsir cover rapat, tapi kita tahu ada orang dalam bilik sebab kipas air-cond berpusing. Dalam kepala kita apa? Duduk-duduk saja kah? Masa tu kalau keluar lagu Sohaimi Mior Hassan , "Jangan Pegang-Pegang" pun gerenti tak jalan pasal yang ketiga hadir dah sah-sah "setan". Lalu sebagai jiran apa kita nak buat? Dok terhendap-hendap...kang orang kata, awat dok sibuk jaga tepi kain orang. Kalau dibiarkan takut terjadi kemungkaran dan kita pula menanggung dosa bersubahat. Kadang-kadang telefon JAWI pun depa tak boleh datang pula, boleh pulak kata..."Tunggu depa buat sekali lagi, kami mai tangkap"...ayooooo...abih guana lo ni? Pejam mata je ke?

Islam adalah agama yang mementingkan aspek kekeluargaan, rumahtangga, masyarakat, pergaulan, dan kenegaraan. Islam adalah agama yang bukan hanya mengutamakan kepentingan peribadi tetapi ia mengutamakan kemaslahatan ummah. Akhir-akhir ini, kita melihat pelbagai bentuk gejala sosial yang kian giat merosakkan budaya murni kita. Masyarakat kini dihimpit dengan kebimbangan. Punca kepada segala permasalahan umat Islam hari ini, ialah kegagalan dalam melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar. Maka lahirlah gejala sosial yang menghantui setiap sendi kehidupan. Budaya nahi mungkar tidak lagi menjadi amalan. Orang tua tidak lagi berani menegur kesalahan orang muda, maka bertambahlah kemaksiatan. Allah S.W.T. telah memberi peringatan bahawa janganlah kita menjadi seperti Bani Israel yang enggan dan ingkar dalam melaksanakan tuntutan ini dan akhirnya mereka dilaknat oleh Allah S.W.T.

Menerusi firmanNya dalam Surah al-Maaidah ayat 78-79 yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan”.

Hal ini turut dijelaskan Rasulullah S.A.W. menerusi hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dari Huzaifah bin al-Yaman bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud “Demi Tuhan yang jiwaku di tanganNya. Hendaklah sekalian kamu melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Jika tidak Allah akan mengirimkan seksa kepada sekalian kamu. Setelah itu, doa kamu tidak akan dikabulkan”

Firman Allah S.W.T. menerusi Surah Ali-Imran ayat 114-115 yang bermaksud : ”Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa”.

Kesimpulannya, qmar ma’ruf nahi mungkar hendaklah dilaksanakan oleh semua peringkat masyarakat. Melaksanakan amar makruf nahi mungkar hendaklah mengikut keutamaan iaitu dengan kuasa, ucapan, nasihat,dan peringatan. Atau sekurang-kurangnya setiap muslim perlu membenci kemungkaran di dalam hatinya. Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan lisannya. Jika tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan hatinya. Yang demikian itu adalah iman yang paling lemah.”

Berdasarkan hadith tersebut, Dr. Yusuf al-Qaradawi menyatakan bahawa amar makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab bersama dengan apa cara sekalipun di mana manfaat mengingkari kemungkaran dengan hati adalah menanamkan rasa permusuhan terhadap kemungkaran.

Janganlah kerana hendak menjadi hati sesama manusia, kita biarkan kemungkaran berlaku depan mata kerana bala yang Allah turunkan bukan bersifat selektif tetapi semua sekali pukul rata kena. Fikir-fikirkanlah.

Rujukan :
Khutbah, Paksi Kebenaran
14 Januari 2011 / 9 Safar 1432H
www.jawi.gov.my

Friday, March 11, 2011

Gempa

Jepun dilanda gempa bumi pada 8.9 skala Richter. Ekoran itu tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) telah terbentuk menyebabkan kemusnahan yang sehingga kini belumlah dapat diketahui sejauhmana kesannya. Maklumlah, berita terkini. Main surf kat internet sahaja. Sempat la tengok satu dua rakaman video yang bukan Youtube...nampak teruklah. Baru semalam Aku baca sisipan akhbar UM tentang Acheh selepas tsunami. Tragedi yang amat menggemparkan dengan rekod kematian beratus ribu orang.

Ada seorang teman yang sama-sama mengikuti program di Jepun tahun 2000 dulu berada di Tokyo sekarang. Keadaannya sekeluarga selamat tetapi masih dalam keadaan berjaga-jaga. Nak masuk rumah pun tak berani sebab dimaklumkan ada amaran dikeluarkan yang mana kemungkinan akan berlaku lagi gegaran selepas ini. Cuma boleh tumpang merasa bimbang. Yang tengok depan mata sendiri, tak terselam perasaannya. Mudah-mudahan selamat dipelihara Allah.

Bencana alam berlaku di sana sini. Pergaduhan dan peperangan juga. Syukur kepada Allah yang Maha Esa kerana kita masih dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Itu pun ramai yang belum bersyukur. Ramai yang lupa diri. Sikit-sikit merungut. Sikit-sikit tak puas hati. Dalam masa kehidupan yang masih ada banyak ruang ini, isikanlah dengan sebaik-baiknya. Jangan tunggu. Jangan tangguh. Tak payahlah dok berkira,sudah-sudahlah. Takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendung pulak berciciran.

Monday, March 01, 2010

Celaru

Marah dan geram rasanya dengan tragedi terbaru yang berlaku di tanahair tercinta ini. Tergamak sungguh hati mereka? Kejam!!! Memang tak ada hati perut! Lebih teruk daripada binatang. Tak malu sungguh mengaku jadi manusia. Akal ada tapi tak pakai. Hidup bertuankan nafsu. Terlebih malu kerana masalah-masalah ini sering menimpa bangsa Melayu yang mengaku beragama Islam. Malu sebab umat Islam ini sepatutnya umat yang cemerlang, tapi entah macamana satu demi satu peristiwa umpama menconteng arang kepada agama yang sepatut kita pertahankan. Yang sepatutnya kita menjadi tauladan, contoh yang baik kepada umat-umat yang lain. 

Betapa 'sakit' masyarakat kita. Tak cukupkah dengan segala peristiwa jelek yang berlaku ? Anak gadis kitalah yang paling mudah diperdaya. Kenal sehari dua sudah boleh dibuat macam 'bini'. Yang sanggup berkorban apa sahaja...hatta sanggup menyeberang lautan demi lautan untuk mengecap bahagia di Lombok sana. Meninggalkan ibu dan ayah yang berjerih perih membesarkan diri atas nama cinta. Lepas tu kes-kes pembuangan bayi yang macam tak pernah ada sudahnya. Hanya yang ada musim 'menjadi-jadi' dengan musim tak berapa jadi. Masa musim menjadi-jadi itu, beleklah apa suratkhabar sekalipun...pasti ada terselit kisah bayi dijumpai di merata-rata tempat. Depan surau ada, dalam tong sampah ada, dalam semak ada, dalam sungai ada, yang mati dengan seluruh tubuh digigit semut...yang dibakar pun ada...nauzubillah...tak ingat Tuhankah? Punyalah malu dengan manusia sampai sanggup buat apa sahaja untuk melupuskan bahan bukti. 

Betapa sakit tenat masyarakat kita... Sudah ada kes anak tidak mahu mengaku ibu, walaupun ibu yang sarat menanggung rindu sudah ada depan pintu merayu-rayu. Juga ada kes anak yang terlalu mendengar cakap isteri, tak sanggup menjaga ayah yang sudah tua dan sakit-sakit...lalu sampai hati mengisi beg ayah dan meninggalkan ayah sendirian di hentian bas tanpa destinasi yang pasti. Ada juga yang dihantar ke hospital, lepas tu langsung tak muncul untuk bawa pulang. 

Kes-kes haruan makan anak, sumbang mahram juga berleluasa. Ada yang mak pun tahu, tapi mak sanggup pejam mata sebab tak mahu timbul masalah dalam keluarga dan tak mahu malu dengan masyarakat. Astaghfirullah! Apa hendak jadi? Kisah Syafia ini pun membongkarkan banyak isu-isu lain. Dan macam Rosebud, Aku pun baca berulang-ulang kali sebab Aku tak 'berapa faham' dengan kehidupan keluarga arwah. Ayah Syafia dipenjarakan pada tahun 2006 dan belum keluar lagi. Syafia pula berusia 3 tahun. Ibu Syafia 'tinggal' dengan teman lelakinya. Fakta lain, katanya sudah menjalinkan hubungan sejak 6 tahun lalu. Selain Syafia dan abangnya yang berusia 7 tahun, ada lagi seorang anak lelaki berusia setahun lebih. Khabarnya ini anak dengan suspek. Syafia dijaga bergilir-gilir oleh suspek dan datuk/neneknya. Persoalan Aku ialah, tidakkah ada sesiapa yang terperasan akan 'kecelaruan' yang berlaku dalam keluarga ini? Bagaimana seorang wanita yang belum diceraikan suaminya boleh tinggal dengan suspek yang jiran-jiran keliling kenal sebagai Abang Mat itu? Dan bagi pihak keluarga wanita itu dan dirinya sendiri...takkanlah boleh selama bertahun-tahun ini hidup macam suami isteri tanpa ada yang mempersoalkan? Maksud Aku, dalam suratkhabar hari ini kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh sanak-saudara arwah sperti bapa saudaranya yang mengatakan suspek seorang yang baik dan penyayang...apakah itu bermaksud keluarga tahu tetapi membiarkan sahaja lelaki itu mengambilalih tugas 'suami' daripada bapa yang dipenjarakan begitu sahaja? Lepas tu wanita itu boleh pula membuat kenyataan seperti, "saya memang merancang akan berkahwin dengannya...tetapi selepas peristiwa ini, tidak lagi"....celaru! celaru! 

Dan lagi Aku tak puas hati dengan jiran-jiran sekeliling. Kejadian berlaku disaksikan oleh puluhan orang. Apakah tak ada yang berani ke depan menghalang lelaki itu menyepak dan menendang budak kecil yang langsung bukan lawannya? Hanya kerana digertak jangan masuk campur hal ehwal keluarga dia, kamu yang ramai-ramai boleh (tergamak) berdiri jadi penonton??? Inilah bahananya budaya individualistik yang kuat mencengkam masyarakat kita sekarang, masing-masing hendak jaga tepi kain sendiri sahaja...habis, kalau kain jiran kita koyak sampai jadi telanjang...hendak dibiarkan begitu sahaja ke??? Aku tak tahulah kau orang ini boleh balik rumah, pejam mata dan tidur nyenyak ke kalau korang nampak depan mata budak umur 3 tahun kena belasah macam bola oleh lelaki dewasa? Tak kiralah bapa dia ke, datuk dia ke...kalau pukul budak kecik macam tu...rasa-rasa nak duduk diam juga ke? Oh! Celaru sungguhhh!!!

Friday, December 25, 2009

Belajar Dari Sejarah

Ada orang kata UM tu akhbar 'penjahat'. Suka mengacum. Mengadu domba dan boleh menyebabkan perpecahan. UM sahaja ke? Aku rasa yang lain pun apa kurangnya. Dah boleh tebak agenda masing-masing bila tengok muka depan. Apa berita yang menghiasi muka depan? Apa tajuk yang mengambil tempat paling penting yang akan mampu menarik perhatian pembaca? Sudah tentulah...lagi kontroversi lagi bagus. Jadi, tak ada angin tak ada ribut...di tengah kemeriahan menjelang hari natal tu, akbar percuma ini pun menyajikan berita ini.



Punyalah banyak berita-berita lain yang boleh dipaparkan untuk manfaat pembaca, 'ramuan beracun' ini jugalah yang dipilihnya.



Aku tidak berminat hendak mengulas panjang isu ini. Apapun ia mengingatkan Aku kepada peristiwa Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku dalam bulan Zulkaedah tahun ke-6 Hijrah. Antara intipati perjanjian yang dibuat antara kaum Quraisy Mekah dengan Nabi Muhammad S.A.W selaku pemimpin penduduk Islam Madinah ialah :

"Mana-mana orang Islam Madinah yang lari ke pihak Quraisy Mekah, maka dia tidak perlu dikembalikan kepada kaum Muslimin; akan tetapi sekiranya ada di antara orang Quraisy Mekah yang lari ke pihak Islam Madinah, maka individu itu perlulah dikembalikan semula kepada pihak Mekah".

Ramai yang menyangka, termasuklah sahabat-sahabat Baginda Rasulullah S.A.W sendiri, bahawa ia adalah satu perjanjian yang berat sebelah dan hanya menguntungkan pihak Quraisy Mekah. Akan tetapi, terdapat hikmah yang besar di sebalik perjanjian ini. Gencatan senjata 10 tahun itu telah membolehkan syiar Islam dikembangkan dengan lebih meluas, malahan penduduk Islam dapat pula hidup dalam keadaan aman dan damai. Dan yang paling penting sekali, perjanjian ini membawa kepada suatu peristiwa yang lebih besar kemudiannya iaitu Peristiwa Pembukaan Kota Mekah yang gilang gemilang.

Kalau tengok yang tersurat, memanglah nampak mengalah. Tetapi itulah antara tanda kebijakan Rasulullah S.A.W sebagai seorang pemimpin, pembuat strategi yang bijak. Mengapa pula Baginda tidak kisah dengan pemergian penduduk Islam Madinah ke Mekah dan tidak mahu menuntut mereka dipulangkan?

Ini kerana Baginda tahu, hanya golongan yang masuk Islam kerana terpaksa atau munafik sahaja yang akan melarikan diri dari Madinah atau ingin murtad. Bagi umat Islam Madinah, golongan-golongan musang berbulu ayam ini memang tidak diperlukan. Malah lebih baik mereka tiada kerana mereka ini bolehlah diibaratkan seperti musuh dalam selimut yang boleh menggugat kekuatan Islam dari dalam. Apabila mereka dengan sukarela pergi, bukankah itu lebih baik kerana seorang demi seorang musuh dalam selimut sudah tiada?

Apahal pula dengan penduduk Mekah yang lari meninggalkan Mekah kerana ingin menyertai Rasulullah dan muslimin Madinah? Kenapa perlu mereka dikembalikan kepada Quraisy sedangkan jelas mereka itu berpegang kepada agama Allah. Tidak mengapa. Manusia yang di dalam hatinya hanya ada Allah dan RasulNya, insyaallah, kuat dan teguh pendiriannya. Akidah mereka tidak mudah goyah. Malahan mereka sanggup mati sekalipun. Sekiranya mereka ini terus ditahan di Mekah, lama-kelamaan mereka pula akan menjadi seperti agen penyebar Islam dari dalam. Peribadi mulia mereka sebagai muslimin akan mempengaruhi pula keluarga dan sahabat dikeliling mereka. Akhirnya mereka pun akan menjadi seperti 'musuh dalam selimut' di kalangan kaum musyrikin Mekah.

Tersebut kisah seorang Quraisy bernama Abu Baseer r.a yang melarikan dari puak Quraisy dan menyatakan keimanannya kepada Rasulullah S.A.W. Namun, setelah dua orang wakil Quraisy datang menuntutnya kembali, Baginda S.A.W melepaskan Abu Baseer untuk dihantar pulang. Ketika di perjalanan, Abu Baseer telah membunuh salah seorang daripada puak Quraisy tersebut, dan melarikan diri sekali lagi ke Madinah.

Namun, Nabi tetap tidak mahu menerimanya, kerana jika Baginda S.A.W terima, maka perjanjian tersebut telah dilanggari. Mendengar berita bahawa dia akan dihantar sekali lagi ke puak Quraisy di Mekah, maka Abu Baseer telah melarikan diri ke suatu tempat bernama Saiful-Bahr.

Golongan Islam yang masih tertindas di Mekah akhirnya melarikan diri juga ke Saiful-Bahr dan menyertai Abu Baseer, lalu membentuk satu kumpulan dan koloni di situ. Atas dasar membalas dendam ke atas penindasan yang dilakukan oleh puak Quraisy terhadap mereka, mereka telah memintas rombongan-rombongan perdagangan Quraisy.

Perkara ini membingungkan puak Quraisy. Mereka tidak boleh berperang, dalam masa yang sama, puak Islam di Saiful Bahr sendiri tidak tertakluk kepada Perjanjian Hudaibiyah, kerana mereka bukan penduduk Madinah!

Akhirnya, atas desakan tersebut, kaum Quraisy MERAYU kepada Nabi saw supaya menerima puak Islam di Saiful Bahr tersebut sebagai penduduk Madinah, dan puak Quraisy bersetuju untuk mengubah klausa perjanjian, di mana sesiapa dari Mekah yang datang ke Madinah tidak perlu dipulangkan kembali.

Maka, dengan bertukarnya klausa perjanjian itu, tahun berikutnya (tahun ke-7 Hijrah) menyaksikan TIGA orang besar dari puak Quraisy Makkah memeluk Islam; mereka ialah ‘Amr bin Al-’As, Khalid bin Al-Walid dan ‘Uthman bin Talhah.

Akhir kata, mari berselawat ke atas Nabi S.A.W yang mana atas usaha dakwah Baginda, Islam tersebar di dunia sehingga kita juga dapat kecapi nikmatnya. Alhamdulillah. Tak perlulah kita melatah dengan permainan psikologi kaum musyrik di zaman kita ini.

Sebahagian bahan berkenaan kisah Perjanjian Hudaibiyah ini diambil daripada http://warungkampung.wordpress yang banyak merujuk kepada buku "Genius: Muhammad bin Abdullah", "The Sealed Nectar (Al-Raheequl Makhtum)", "The Battles of The Prophet S.A.W").

Friday, July 03, 2009

Api!Api!

Beberapa hari lalu berlaku satu kejadian kebakaran di kawasan perumahan setinggan Kerinchi, tidak jauh dari pejabat Aku. Kebetulan masa kejadian kami sedang berkerja dan ternampak kepulan asap hitam. Apalagi ramailah yang berkerumun di tepi tingkap nak tengok apa yang dah berlaku. Kebetulan mak cik "kepoh" ni pun ada jugak ha...ha...ha...jadi dapatlah merakam detik kejadian malang itu.



Sebenarnya Aku hampir terlupa dengan rakaman gambar ini. Tapi bila tengok gambar isteri pemimpin kita mencium pipi seorang warga emas di akhbar, maka barulah Aku teringat kejadian ini. Alhamdulillah, baguslah bantuan cepat sampai. Kiranya memang rakyat diutamakan walaupun berbeza fahaman.



Aku difahamkan 4 buah keluarga menjadi mangsa dan mereka telah digesa agar berpindah ke penempatan baru yang sudah disediakan. Khabarnya juga hanya sebuah keluarga bersetuju untuk berpindah.

Sekian, laporan tertunda dari menara rebung :)

Saturday, December 06, 2008

Tanah Runtuh Lagi

Aku tak perasan sebenarnya adanya kejadian tanah runtuh terbaru hari ini. Lepas balik mengambil gambar grad Hisham dan kad laporan, Aku dah masuk dapur. Lepas tu melepak tengok TV ramai-ramai. Hanya lepas tu terbaca crawler kat Astro Awani. Ingatkan berita luar negara. Sekali laaa, berita tempatan la. Teruslah kitaorang mencari-cari siaran berita terkini yang ada.

Menurut maklumat yang Aku terima, kejadian kali ini berlaku di Taman Mewah Bukit Antarabangsa. Menurut laporan, 3 disahkan meninggal dunia dan 15 lagi cedera. 93 orang terselamat. 7 orang dikhuatiri tertimbus dan gerakan menyelamat sedang giat dijalankan. Khabarnya, 14 buah rumah banglo tertimbus. Pemimpin tertinggi negara dah pun pergi melawat tempat kejadian dan seperti biasa mahukan siasatan dan laporan mengapa ianya terjadi disiapkan secepat mungkin.

Kawasan kejadian merupakan tempat tadahan hujan dan dahulunya ada sebuah sungai yang ditimbus untuk memberi laluan kepada projek perumahan ini. Terdapat juga banglo-banglo baru yang sedang dalam pembinaan yang mungkin turut menyumbangkan kepada pergerakan tanah.

Cuma dari dulu sampai sekarang Aku hairan mengapalah senang sangat meluluskan projek-projek atas bukit, cerun bukit dan seumpamanya. Nak tunding jari sana sini memang senang sangatlah, tapi tak apalah, tunggu laporan siap ajer lah.

Sekarang ni, kalau kat kawasan rumah Aku ni memang sedang gelap gelemat nak hujan dengan guruh dan petir sekali. Jadi, kalau sekiranya sama jugak keadaannya kat Bukit Antarabangsa, nampaknya makin sukarlah usaha menyelamat dilakukan. Apapun Aku harap mangsa yang tertimbus itu dapat segera dijumpai dengan selamat.

Wednesday, June 25, 2008

The Drama

In the midst of the shocking development of the Mongolian's murder case, I've come across this poem by caravanserai, a blogger who's participated in the discussion posted on Mr. Rockybru's blog...

The sleeping beauty wakes
So many things on his plate
How can he understand?
When his mind is thousand and one nights

The only recourse
He will say he doesn’t know
Unless he dares to make his own SD
RPK put his neck on the chopping block
Has the sleeping beauty done it?

The weaves of deception
Across the board a chess game playing
Who dares to exchange it?
The knight and the queen

The dark tower rings
The echo into the night
The susurrus whisper
Nothing is right

Many backroom maneuvers
Casting different light to hide
The shadows walk behind walls
Furtively eyes peeping the fall
The gallant knight and the black castle

The aggrieved party hoping for closure
Let the truth be told for the people
The ringing bell toll for the disadvantaged
For the light will surely shine in the darkness

The gallant knight and the black castle
On the threshold he knows his truth
Dare to fight for rights of the disadvantaged
For he knows Kah Moon Thing waits

This is the chess game
He doesn’t want to lose
At this highest stage of the moves
The gallant knight throws his spear
Into the dark shadow
A lonely crying then silence falls
He waits for the dawn……….cleansing him free

Tuesday, June 17, 2008

International Relation

The government of Malaysia finally has got some sense in dealing with the Suffiah issue. According to the news today, it has given up the 'save' Suffiah campaign due to some difficulties. Suffiah, the once well known child prodigy who gained world attention as she was accepted to continue studies at Oxford at a very young age is now supporting herself by being a sex worker. (Of course, her being a hooker-quickly become an item as compared to her as a genius...(Malaysian are generally quite good at web searching, :) )

It did sparked some debates several months ago when the Government suddenly announced several measures to 'save' her. On what basis? Well...er, her mom is a Malaysian, right? It was like, "hey, yaa...we should go to London and visit her. Let's talked some sense into her and bring her back,". And those in disagreement shouted back, "Can somebody pls come up with a plan to save our local women stranded in the back alleys of Chow Kit, Bukit Bintang etc...etc...etc...? Next time you wanna interfere into somebody's else matter, pls make sure yours is well taken care of. (Kain sendiri pun koyak, sendiri mau ingat laaa...). After all, Suffiah is a big girl now...as someone gifted with a very bright brain, I'm surprised that she did'nt use it for other good things than calculating easy money. There might be some dark moment of her past, the upbringing, the family abuses & problems and all...but then, as a grown up...she have and she can decide for herself...what is it that she want to do with her life?

I also heard that there's another case of Malaysian women been tricked into being drug trafficker. There's so many cases so far I've already lost count. But the recent one was arrested few days ago at East Midlands Airport, UK as she was detected carrying drugs in secret compartment of her luggage. She was just coming back from a sponsored vacation by her boyfriends' friend in Gambia. Gosh? Vacation in Gambia? That's how easy to cheat Malaysia women nowadays!

Thursday, May 08, 2008

Nargis (Yang Tragis)

It's a horrible disaster for the Burmese. Never thought that the effect of the Nargis Cyclone could be that bad. According to the news the death poll is about 23,000 while 42,000 more still missing. However, international sources claimed that it could probably reach over 100,000 of peoples. International aid has now started to arrive in Yangon, including Malaysian Mercy team. There's a fund raising campaign launched under the name of Myanmar Relief Fund to help the nation overcome the devastating aftermath.

At lunch yesterday, one of my colleague explained to us the difference between a hurricane, a cyclone and a typhoon. She actually got that info from her son who likes to search for info from the net. Funny we never thought of that...so, this time let us all accept the fact that no matter how far you are in academic, you can never know all...That's true because whatever we have in our storage now is probably less than a drop as compared to the knowledge that Allah has made available for us to learn and acquire throughout our live.

There's detailed explaination on the difference between the hurricane, cyclone and typhoon on the net from various sources. But, I'll just take the simple one. One of the sites says that hurricanes, typhoons, and cyclones are exactly the same-except for where they form. That is, they get the name from where they come from. Hurricanes in the Atlantic and East Pacific, typhoons in the West Pacific, and cyclones in the Indian Ocean and South Pacific. So, the one which caused massive destruction in the region of Irrawady is called a cyclone as it originated from India (Indian Ocean). And the name Nargis is actually an Indian female name.

Back in the office, a similar phenomenal of nature's act could probably in development by now. Thanks to the right ingredients...:) So, yes, I guess I will have to get along with that plan and proposal since I am going to be the main source for the content required for this. And yes, we have to create a name for this project...me and my fellow colleague came out with a good name, subject to his final approval may be....he...he...okay, let's name it " Project Cyclone" or code name Pyscho. I'll be amazed if he accept that. There goes my KPIs!!! Sabauuuu...saaabbbaauuuu!!!

Wednesday, April 23, 2008

Today's Issues

Ohaiyo Gozaimassss! Topik pagi ERA hari ini ialah pasal TABUNG. Ya, tabung yang simpan duit tu. Teringat kat tabung ayam dulu-dulu, asyik kena pecah jer...he...he...kalau tak nak obvious korek aaa dengan ruler he..he...dapat seposen dua buat beli Kam Kam.

Berita terhangat di pasaran sekarang ialah tentang Datuk Lee Kah Choon (Gerakan) yang telah menerima jawatan yang ditawarkan oleh Kerajaan Pulau Pinang sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Heard that BN is not happy with him for accepting the post offered by the 'enemy' and that Gerakan already issued him a show cause letter. Also, another interesting development is the decision to cancel the KL-Singapore railway project ...next in the line could be the Penang's Second Bridge. There's been a proposal to use the allocated money for other project which could benefit the people more - LRT for Penangites. As for the proposed 'mega' pig farm in Selangor...errr...tak dapat bayangkan status Malaysia di masa depan. Bayangkan keadaan kelas Geografi anak aku pada masa depan kalau ada soalan cam ni..." Negara manakah pengeksport babi terbesar dunia? Pas tu bebudak jawab, "Malaysia!". Haru...haru....sungguh mengharukan.

Kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis dalam blognya http://drmaza.com/?p=234#more-234. "Demikian juga seperti meminum arak di khalayak ramai, memakan, menjual atau menternak babi secara terbuka dan seumpamanya. Walaupun hal itu tidak menjadi kesalahan bagi mereka, namun ianya sensitif bagi umat Islam. Mereka boleh makan dan minum di kalangan mereka tetapi bukan secara terbuka sehingga menimbulkan keresahan.

Malangnya dalam negara kita, umat Islam sendiri telah double-standard, arak dan babi keduanya diharamkan Allah, tapi cuma babi sahaja yang dijauhi, sementara arak diiklan secara meluas. Sedangkan nas-nas pengharaman arak lebih banyak dan tegas dari larangan memakan babi. Sepatutnya pemerintah di setiap peringkat –negeri ataupun pusat- dalam negara ini meraikan identiti negara ini, jangan sampai kita menjadi pengekspot babi ataupun arak
."

Allahuakbar! Banyak cabarannya umat Islam masakini, moga-moga Allah beri taufik dan hidayahNya untuk menghadapi fitnah berat akhir zaman ini.

Monday, September 24, 2007

Al-Fatihah To Nurin Jazlin Jazimin

It's Monday, 24th of September. 3 days after the burial of adik Nurin Jazlin Jazimin, the eight year old victim of sexual abuse who had been missing for nearly one month before her body was found stuffed inside a gym bag in PJ. I did followed her case since she went missing when she left her house to a nearby pasar malam. With the wide search campaign and teams, I was half expected that she would be found - safe and sound, just like the case of Yin.

Therefore, when the news highlighted about the battered body of a young girl found in a bag, I did not think it was Nurin. Moreover, I really could not read about what the poor girl had went through before she stop breathing. It was too...too cruel..I normally skipped details of that kind of news...it's so sickening! But, of course, I still get the updates from the people around me and from TV/radio in my car. I did thought about writing earlier on this before, but I just can't. My post today came after I just read an email send by a friend about Nurin and her dreadful ordeal which was told by the email's creator who attended her funeral(who happened to be a relative to her). It's the state of her body. I found tears in my eyes when I read through the email. I really couldn't imagine the pain she had to went through. And I couldn't imagine what kind of monster her murderer is and I really hope that he/she or they will get the punishment soon. Al-fatihah to Nurin.

Kau bagai kelkatu
Yang tertawan oleh cahaya
Hiruk pikuk malam
Menggamit langkahmu
Berteman tiada
Kau tega melangkah
Di daerah yang bukan asing
Hanya sepelaung dari rumahmu

Sayang perjalanan seminit dua
Bertukar menjadi detik panjang nan seksa
Yang tidak pernah terlintas oleh siapa-siapa
Yang tiada prasangka
Pada suasana yang lazimnya biasa

Seluruh penjuru kau kami jejaki
Bertanya khabar merata-rata
Mengedar gambarmu di pelosok rantau
Yang ada hanya kenangan
Mencengkam dan mendesak
Pencarian tiada hasilnya

Berlalu sambutan kemerdekaan
Berlalu ulangtahun kelahiranmu
Dan Ramadhan ini terasa hambar
Tanpa senyum dan keletah mesramu

Di bulan September yang pedih
Penemuan yang menggemparkan
Pilu dan amarah silih berganti
Satu negara menangisi

Sungguh dia bukan manusia
Juga dia tak layak bergelar haiwan
Kerana jiwa gelapnya
Lebih hitam dari pekat malam

Kami tidak dapat membayangkan
Azab yang ditanggung
Tubuh kecilmu
Tapi kami pasti
Kau tentunya tersenyum
Menghadap Tuhanmu
Yang Maha Penyayang

Al-Fatihah

Tuesday, November 07, 2006

Hilang Kawalan Ketika Memandu

Masalah hilang kawalan semasa memandu adalah antara faktor terpenting yang membawa kepada kemalangan jalan raya. Salah satu contoh, ialah apa yang terjadi dalam kes kemalangan maut di Sabah ini yang telah dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 November 2006 (Selasa). 

"Sepasang suami isteri maut sementara lima lagi cedera parah dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 91 di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa yang terbunuh ialah Badri Lasaini, 58, dan isterinya yang hanya dikenali sebagai Rasani, 40-an. Lima yang mengalami cedera parah ialah tiga penumpang kereta berkenaan serta pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda terbabit. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Supritendan Jaini Abd. Kadir berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada kereta yang dipandu oleh Badri hilang kawalan. Katanya, kereta jenis Proton Iswara itu yang dalam perjalanan dari Sandakan ke Lahad Datu, hilang kawalan ketika melalui jalan tersebut. ‘‘Pada mulanya kereta itu terbabas ke kiri jalan tetapi semasa hendak membetulkan laluan semula, ia tiba-tiba memasuki arah bertentangan. ‘‘Akibat daripada itu, kereta berkenaan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero dari arah hadapan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, akibat daripada pertembungan itu, kereta tersebut berpusing beberapa kali sebelum terputus dua. Katanya, penumpang di sebelah pemandu mati di tempat kejadian manakala pemandunya pula mati di hospital berdekatan kira-kira pukul 2 petang semasa menerima rawatan. ".

Harap berita ini menjadi satu peringatan kepada diriku sendiri dan sesiapa yang mengunjungi blog ini. Dalam apa keadaan jua, jangan hilang kawalan semasa memandu. Memanglah kita manusia biasa tidak dapat menolak takdir, tapi kita boleh mengambil langkah-langkah wajar untuk berusaha mengelakkannya. Selebihnya, berdoa pada Yang Maha Esa. Hilang kawalan semasa memandu ini boleh disebabkan perkara-perkara berikut : 

  1. Tidak fokus kepada pemanduan (mungkin terganggu oleh keadaan persekitaran...mungkin juga mata asyik melilau ke sana-sini...cuci mata kot!!!) 
  2. Gangguan emosi seperti memandu dalam keadaan marah atau tertekan 
  3. Gangguan lain seperti rasa lapar sangat, nak buang air dan sebagainya juga boleh menyebabkan pemandu hilang fokus pada pemanduan. 
  4. Telefon bimbit....yang ini memang selalu sangat diamalkan oleh pemandu kat Malaysia ni. Tak payah lah nak bercakap kat telefon masa memandu. yang bersms pun ramai...mana nak tengok hadapan, mana nak tengok skrin hp...kan bahaya tu! 
  5. Terlebih berbual??? jangan kata tak...iyaaa...mana tau, asyik nye berborak sampai terlupa simpang ke, terlupa nak berhenti ke...bila tersedar buat tindakan drastik membrek ke, membelok ke...naya jugak tu!!! 
  6. Terlebih bergurau??? macam kelakar...tapi mungkin jugak. Asyik dok bergelak ketawa, bertepuk tampar dengan penumpang kat sebelah tu (nak-nak pasangan kekasih)...ingat nak hentak kaki, tetapi terhentak kat pedal minyak ke...terus hilang kawalan... 

Banyak lagi rasanya kalau diperhalusi satu persatu. Itulah, nak ingatkan diri sendiri jugak...(time nie bolehlah nak ingatkan...tapi kalau dah time nak jadi tu...wallahualam la nak ingat ke tak)..janganlah panik tak tentu pasal macam kes aku itu hari. Menyesal kemudian tak guna tau...huhuhu....!!!