Amboi sejuknya pejabatku sehari dua ni. Sejuk yang mengigit-gigit sehingga terasa kebas tapak tangan. Awat la sejuk sangat ni...Adni kata 'air-cond' rosak bila Aku tanya samada pejabatnya juga mengalami kesejukan melampau. Tu ka? Selalu 'air-cond' rosak rasa panaih...ni terbalik kot pulak, semakin menjadi-jadi sejuk. Lotuslily kata , 'air-cond' baru diselenggarakan. Itu pasal baik punya aliran udara...huhuhu...BGA yang baru baik demam minggu lepas pun rasa lain macam. Demam yang berlarutan itu menyebabkan doktor yang merawatnya bertanya samada persekitaran di pejabat itu baik atau tidak pengudaraannya...ada habuk banyak ke tak?
Hemm...macam ketika kes demam sambut-bersambut yang dimulai oleh Kuhan dulu. Aku pun terlibat sama sampai tak boleh bangun dibuatnya. Masa tu memang persoalan ini ada ditimbulkan dan syarikat pembersihan telah dipanggil untuk vakum keseluruhan pejabat sehingga ke pelosok-pelosok yang tersembunyi. Memang agak pelik untuk mempunyai sistem 'air-cond' yang terbit dari lantai. Agaknya habis habuk-habuk tapak kasut dihembus naik untuk kami sedut...aiyooohhh...kalau dah terlampau nak canggih sangat pun susah juga...
Hisham sudah baik demam hujung minggu lepas dan bersekolah seperti biasa hari Isnin. Tetapi Aiman pula kena demam panas dan diberi MC semalam. Suhu badannya sekejap reda sekejap panas. Semalam pukul 3 pagi Aku periksa suhu badannya, dah panas balik naik ke 38.7. Bagi ubat dan gunakan tuala basah untuk turunkan suhu, pekap-pekap sampai dia tertidur semula pukul 4. Hisham pula entah kenapa merah-merah satu badan. Bawa ke klinik, doktor kata mungkin alergi. Dan lagi, dia kena batuk kuat. Tidur-tidur ayam. Dapat MC juga hari ini.
Pagi ini sebaik masuk pejabat, dah mula rasa semacam. Rasa pinar tak pinar, rasa bahang tak bahang. Serba tak kena. Aduiii...janganlah maknya pula yang 'down' coz telefon rumah tadi tanya perkembangan budak-budak, ternyata kedua-duanya masih tak sihat dan tak mahu makan. Masing-masing berbungkus atas katil. Ah...sudah! Harap-harap keadaan pulih seperti biasa sebab rasa tak berapa seronok tengok mereka MC. Sudahlah hari tu dah cuti, ini tambah lagi MC...bimbang ketinggalan. (Tahu Ustaz nanti perli, ketinggalan bab dunia terasa pulak...yang bab akhirat, bukan setakat ketinggalan tapi yang ada terkumpul pun tak seberapa mana kamu tak risau pulak?) Rimas la nak bersoal jawab dengan sekolah sebab diri sendiri dulu pun memang jenis kehadiran 100%...so tak reti nak deal dengan benda ni. Sekarang risau kalau-kalau sendiri pun terpaksa minta MC sebab sangatlah segan (bukan malas tapi ala-ala mahu tapi malu) nak buka mulut minta MC dan juga takut tak terkejar deadline....
Tunggu dan lihat sahajalah. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Tuesday, February 19, 2013
Friday, February 15, 2013
Bunga, Jambatan & Zuhud
Hari Khamis lepas, semasa kelas Bahasa Arab, Ustaz sempat merujuk ayat 131 dari Surah Thaahaa. Tujuan asalnya ialah untuk melihat contoh isim (kata nama) 'bunga' iaitu zahrah. Jadi, penggunaannya terdapat di dalam ayat tersebut di mana Allah berfirman, yang bermaksud :
"Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami uji mereka dengannya. Dan kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal".
Ayat ini Allah tujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W (dan termasuklah juga kita umatnya) yang menegah Baginda daripada berasa 'teringin' dengan kekayaan dan kesenangan duniawi yang dimiliki oleh orang kafir Quraisy seperti harta Abu Suffian yang kaya-raya itu. Allah mengingatkan bahawa segala kesenangan itu hanyalah bersifat sementara dan merupakan perhiasan yang tidak kekal. Seperti bunga yang cantik, indah dipandang mata tetapi akan layu jua. Bahkan segala kemewahan itu bukanlah suatu kurniaan yang patut dibanggakan kerana ternyata bersamanya terkandung ujian yang besar yang bakal dipertanggungjawabkan di hari Kiamat kelak. Justeru, orang-orang yang beriman seharusnya bijak berfikir dengan memilih kesabaran di atas kesusahan dalam memperjuangkan iman kerana sesungguhnya ganjaran yang besar menanti di akhirat nanti. Ganjaran yang jauh lebih baik lagi kekal selamanya. Bersabarlah, dan jangan mudah terpesona dengan gemerlap dunia nan sementara ini.
Lalu ketika saya melewati ayat-ayat di penghujung Surah Al-Qashash saya menemukan firman Allah yang menguatkan penegasanNya akan kedudukan dunia dan akhirat yang terlalu berbeza untuk diperbandingkan. Alangkah ruginya kalau dorongan nafsu masih saja mewujudkan kealpaan padahal sangat jelas antara keduanya mana satu seharusnya dijadikan pilihan.
Ayat 60 yang bermaksud :"Dan apa saja (hal-hal duniawi seperti pangkat, kekayaan, keturunan dsbnya) yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya, sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?"
Ayat 61 yang bermaksud : "Maka apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (syurga) lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi (maksudnya, orang yang diberi kenikmatan hidup duniawi, tetapi tidak mempergunakannya untuk mencari kebahagiaan hidup akhirat), kemudian dia pada hari kiamat termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam neraka)?"
Samakah?
Bahkan, jauh panggang dari api. Manakan sama habuan duniawi dengan ganjaran akhirat!
Kemudian, saya melewati kisah Qarun yang sombong angkuh dek melimpah ruahnya kekayaan dimiliki sehinggakan kunci-kunci gedung harta-bendanya sungguh berat untuk dipikul oleh beberapa orang yang gagah perkasa. Sayang, Qarun sombong dengan nikmat duniawi. Dia mendabik dada mengatakan segala harta tersebut adalah diperolehi atas kebijaksanaan dan ilmu dimiliki padahal semuanya adalah pemberian Allah.
Melihatkan kelebihan Qarun itu, orang-orang yang terpesona dengan dunia pun saling berharap semoga-moga mereka juga memiliki seperti apa yang Qarun miliki kerana merasakan perolehan sedemikian merupakan suatu keberuntungan yang sangat besar (ayat 79). Namun, sebilangan orang-orang yang beriman mengatakan bahawa kekayaan tersebut (ditambah dengan kesombongan Qarun) adalah suatu kecelakaan yang besar. Mereka menegaskan bahawa pahala Allahlah yang lebih baik dan pahala Allah tidak mungkin dapat diperolehi tanpa melalui jalan kesabaran (ayat 80).
Lalu ketika Allah membenamkan Qarun beserta harta-hartanya, berkatalah orang-orang yang dulunya mendambakan kekayaan seperti Qarun dengan penuh keinsafan, "Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambaNya dan menyempitkannya. Kalau Allah tidak melimpahkan kurniaNya ke atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah)" (ayat 82).
Ada pelajar yang bertanyakan tentang zuhud. Adakah zuhud itu bermaksud menolak dunia? Melupakan dunia dan memfokus kepada akhirat semata-mata?
Kata Ustaz, tidak. Zuhud maksudnya bukanlah menolak dunia mentah-mentah. Dunia ini adalah jambatan untuk ke akhirat. Kalau jambatan itu kita robohkan, mana mungkin kita dapat menyeberang untuk sampai ke akhirat? Begitu perumpamaannya. Yang dimaksudkan dengan zuhud oleh seseorang itu ialah apabila dunia langsung tiada di dalam hatinya. Bermakna, dia boleh saja mencari kekayaan dan mengumpul harta. Namun harta-harta itu langsung tidak dicintainya, malahan , pada bila-bila masa dan ketika, sekiranya diminta memberi pinjam atau bersedekah, dia langsung tidak berfikir panjang terus menginfakkan hartanya untuk keperluan mereka yang memerlukan. Tidak ada istilah rasa sayang dengan harta. Tidak hairan langsung dengan wang yang banyak. Malahan harta yang ada itu digunakan untuk menaikkan darjatnya di akhirat nanti. Itulah zuhud.
Bukanlah zuhud itu dengan cara hidup di pondok buruk. Berpakaian compang-camping dan jauh daripada kemudahan asas. Pakai selipar yang harganya RM5 sepasang. Bila orang minta pinjam selipar itu, dia tak pula mahu beri. Itu bukan zuhud. Itu kedekut! Kalau kita semua hidup begini, enggan mencari kekayaan yang Allah sediakan, bagaimana kita mahu membangunkan ummah? Bagaimana kita mampu mengeluarkan zakat dan sedekah dalam keadaan hidup serba kekurangan kerana kebencian terhadap dunia?
Firman Allah dalam ayat 77 surah Al-Qashash yang bermaksud : " Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan".

Wednesday, February 13, 2013
Berkuda di Titiwangsa
Tiba-tiba teringat hendak singgah di Taman Tasik Titiwangsa semalam. Dah lama tak pergi berjalan kaki di situ atau ikut geng tai chi bertaichi walaupun dengan muka tak malu mempamerkan langkah sumbang. Heheh.
Semangat Hari Wilayah masih diteruskan hahah...hari tu kan dah pergi Taman Burung dengan jayanya. Kemudian, orang kata, boleh tunggang kuda kat Titiwangsa...herm? Kuda ye? Sumpah seumur hidup tak pernah naik kuda. Pegang kuda pun tak pernah. Tahu ada tempat berkuda dan pernah nampak kelibat kuda di Titiwangsa, cuma tak pernah fikir nak ikut aktiviti tu...
Jadi, jom...apa kata kita pergi cuba? Cadangan awal dari Encik Suami disambut dengan baik. Sebetulnya Hisham tak berapa sihat sehari dua ini...jadi okay juga kalau bawa dia happy-happy naik kuda...
Kami sampai dah dekat pukul 10.30 pagi...ingatkan pukul 10.00 baru mula, rupanya dah beroperasi seawal pukul 9.00 pagi. Apapun, syukur, masa kami tiba...tak berapa ramai orang menunggu. Bukan apa, hari tu tengok dalam suratkhabar, bukan main ramai lagi menunggu giliran...cuak juga le. Mungkin sebab CNY, ramai balik kampung atau bercuti, tak ada sapa pun terfikir nak naik kuda masa-masa begini...hahaha.
Bayaran dikenakan untuk menunggang kuda bagi kanak-kanak ialah RM1 untuk satu pusingan dan dewasa RM1.50. Murah kan...Aku ingatkan entah berapa belas ringgit agaknya...Promosi sepanjang bulan Februari - bayaran adalah percuma. Kesian kuda itu...penat wooo...
Akhirnya, cuma Aiman yang teruja hendak menunggang. Hisham tak mahu. Abang pun tak mahu. Aku pun tak mahu. Agak tak sampai hati hendak 'memberatkan' belakang kuda itu...:P
Mengimbas kenangan 30 tahun dulu (gile ancient...:) )bak kata Abang. Pernah dulu sekali buat perkara yang serupa zaman budak-budak dulu. Maklumlah, orang keyell kan...heheh...
Kesian Hisham...tak fully enjoy the ride...selesema teruk kali ni.
Aiman kata, "Pertama kali saya naik kuda. Hebat!".
Mamat yang 'drive' kuda tu tergelak dengar dan asyik mengulang kata-kata 'Hebat!' itu.

Selesai tunggu Aiman buat satu pusingan, kami beredar ke tempat aktiviti kedua pula, iaitu, menaiki kereta kuda.
Yang kereta kuda ini, okaylah, semua naik sebab memang 4 orang untuk satu perjalanan (satu pusingan).
Mengimbas kenangan 30 tahun dulu (gile ancient...:) )bak kata Abang. Pernah dulu sekali buat perkara yang serupa zaman budak-budak dulu. Maklumlah, orang keyell kan...heheh...
Kesian Hisham...tak fully enjoy the ride...selesema teruk kali ni.
Aiman kata, "Pertama kali saya naik kuda. Hebat!".
Mamat yang 'drive' kuda tu tergelak dengar dan asyik mengulang kata-kata 'Hebat!' itu.
Last la Ibu naik kereta kuda ni coz so kesian tengok kuda tu berhempas-pulas nak habiskan satu pusingan. Seekor dia jer la pulak. Habis satu trip satu trip lagi. Penat wooo...Ada satu ekor lagi kaler putih, laju pulak Aku tengok menarik kereta. Yang coklat penat semacam. Kalau satu kereta dua ekor tarik, rasa tak bersalah sangat la kot...ada-ada aje la kan...sama macam BGA yang mengaku tak sampai hati nak naik beca sebab kesian dengan si pengayuhnya.
Saya difahamkan, kuda-kuda ini diberi rehat dan silih berganti buat kerja. Ketika kami beredar meninggalkan tempat tu, aktiviti menunggang sudah ditangguhkan untuk memberi masa kuda berehat.
Okay, tunggu turun berat beberapa kilo baru boleh fikirkan nak cuba atau tidak naik atas kuda tu...heheh....
Friday, February 08, 2013
Inni Uhibbukum Lillah
Bunga melati mekar sekuntum
Hendak dipetik belum masanya
Hiasan wajah adalah senyum
Kalau kena dengan caranya
Hendak dipetik belum masanya
Tak senang duduk menunggu si dia
Kalau kena dengan caranya
Hati yang gundah jadi ceria
Tak senang duduk menunggu si dia
Bilakah datang sukar diteka
Hati yang gundah jadi ceria
Tersisih jauh segala prasangka
Bilakah datang sukar diteka
Hati merindu tidak terkira
Tersisih jauh segala prasangka
Terhindar sengketa ummah sejahtera
Tu dia...pantun berkasih-sayang sesama saudara seagama namanya. :). Mulakan dengan sebaran senyum...disusuli dengan memberi salam. Mudah-mudahan terjalin ukhwah.
(Senyum...insyallah lepas...bab bagi salam tu masih memilih si penerima...semoga ada kekuatan untuk dijadikan amalan).

Dunia Merayu
Kata Ustaz Badlishah dalam program Forum Perdana Hal Ehwal Islam semalam, kita kalau nak pergi berjalan perlu ada bekalan yang cukup. Kalau dalam poket ada RM100, jangan harap boleh sampai ke Jakarta. Kalau dalam poket ada RM5000, pun tak lepas nak sampai Amerika. Dan kata aku pulak, kalau dalam dompet ada RM50, belum tentu lepas nak ke pasar...huhuhu...Pendek kata, apa-apapun kena pastikan bekalan cukup. Itu baru perjalanan dunia tuan puan...dunia yang tak jauh mana tu pun perlukan bekalan, apatah lagi perjalanan jauh ke akhirat...lagi-lagilah perlukan bekalan yang cukup.
Dunia...jadikanlah ia tempat kita bercucuk tanam. Hasilnya untuk dituai di akhirat nanti. Jangan jadikan dunia matlamat kerana dunia hanyalah tempat transit, tempat persinggahan yang sementara. Orang kafir mereka tidak percayakan adanya kehidupan sesudah mati, kerana itu mereka all out untuk kehidupan dunia. Enjoy hidup sepuas-puasnya. Mereka tidak terfikir yang setiap perbuatan mereka itu akan disoal dan mereka akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti...sebab itu mereka bebas berbuat sesuka hati. Tetapi orang Islam tidak, kerana kita tahu setiap amalan kita itu dicatatkan dan di akhirat nanti akan dibuat perhitungan. Tidaklah sesuatu hatta sebesar zarah pun terlepas pandang.
Dunia dikelek, akhirat dijunjung. Janganlah pula menolak dunia seolah-olahnya langsung tiada gunanya, kerana Allah beri kita dunia untuk kita manfaatkan. Untuk kita tebarkan kebaikan dan syukuri nikmatNya. Gunakan setiap kesempatan yang ada selama kita di dunia ini untuk mencari peluang menambah amalan kebaikan dan mencukupkan bekalan kerana dunia ini gelanggang untuk kita mengumpul pahala buat meneruskan kelangsungan hidup di akhirat yang abadi nanti.
Jangan terpedaya dan tertipu dengan rayuan dunia yang menyebabkan kita terpesona serta lalai dalam misi sebenar. Kata Ustaz, di dalam suatu hadis (yang tidak disebut matannya), Rasulullah S.A.W menyebut, barangsiapa yang sebaik dia mencelikkan mata langsung fikirannya terarah kepada perkara-perkara keduniaan lalu lalai mengingati Allah, maka, dia akan ditimpakan dengan 4 macam 'penyakit' iaitu :
1. Ditimpa kebingungan sepanjang hidupnya. Iaitu hidupnya sentiasa letih memikirkan pelbagai masalah. Bingung dan buntu dengan seribu satu permasaalahan. Masalah kerja. Masalah rumahtangga. Masalah sosial. Masalah politik. Masalah itu dan ini. Tak dapat nak rilek fikirannya. Asyik teringat-ingat...masalah negara pun dia nak fikirkan.
2. Allah akan penuhkan hidupnya dengan kesibukan dunia. Dia akan menjadi seorang yang sentiasa sibuk dan terkejar-kejar dengan masa. Dari pagi hari membawa ke malam hari. 24 jam tak cukup untuknya. Macam-macam perkara dia nak buat. Orang ajak pergi kenduri...ajak keluar jalan-jalan pun tak dapat kerana jadual sehariannya sentiasa penuh padat dengan pelbagai hal.
3. Allah akan jadikan dia seorang yang sentiasa bercita-cita tinggi dan mempunyai kemahuan yang besar, namun, kehendaknya itu sentiasa tidak dapat digapai. Dia hanya mampu memburu dan terus memburu, namun buruannya itu tak akan pernah dapat berada dalam genggamannya. Dia akan menjadi seorang yang mengejar 'matlamat' yang sentiasa bergerak dan berubah-ubah.
4. Begitu juga Allah akan menjadikannya seorang yang panjang dengan angan-angan sehinggakan angan-angan itu akan dibawanya langsung ke dalam kubur. Lantaran yang diangan-angankan itu tidak pernah tercapai. Dia terlalu berusaha untuk mengejar impiannya sehingga seluruh kehidupannya dipusatkan kepada usaha-usaha mencapai angannya itu sehinggakan dia terlupa dengan ajal yang semakin menghampiri. Cukup tempohnya, maut datang menjemput tanpa sebarang penangguhan seterusnya menjadikan dia seorang yang rugi kerana anagan-angannya telah melalaikannya daripada membuat persiapan untuk bekalan akhirat.
Mudah-mudahan Allah pelihara kita semua daripada tipu daya dunia.

Wednesday, February 06, 2013
Menyegerakan Taubat
Sebenarnya, ujian yang Allah beri kepada kita itu ada bertempoh. Ada pengakhirannya. Ada yang diuji untuk sehari semalam sahaja. Ada yang beberapa hari. Saya pernah jatuh tangga dan langsung tak mampu berdiri. Mengesot untuk bergerak sebab terlalu sakit hendak menjejakkan tapak kaki ke lantai. Mujur seorang bidan kampung yang pandai mengurut telah membetulkan kaki yang terseliuh walaupun dalam keadaan saya berlinangan air mata menahan sakit. Ujian itu cuma sehari semalam kerana keesokannya saya memaksa diri berlari dalam bendang yang sedang kering kontang. Dengan izin Allah, kaki tersebut pulih seperti biasa kerana saya tidak sanggup berjalan terhencot-hencot untuk balik ke kampus dalam masa beberapa hari itu.
Tak pula saya terfikir yang bagaimana agaknya kalau...kalau ditakdirkan Allah saya tidak boleh berjalan seperti biasa. Bagaimana agaknya?
Ada orang diuji dalam tempoh yang lama. Bertahun-tahun hidup susah. Belum pernah merasa senang. Tetapi alangkah besarnya ganjaran pahala yang diperolehinya bilamana dia dapat menahan sabar menjalani kehidupannya. Siapa tahu cuma tinggal lagi beberapa ketika untuk ujian itu tamat. Hanya perlu istiqamah dan terus mengharap kepada Allah.
Sesungguhnya tidaklah sesuatu itu Allah jadikan kekal begitu sahaja, sebaliknya akan sentiasa ada perubahan. Bersangka baiklah dengan Allah.
Ada orang, dia boleh sabar hidup susah berbelas-belas tahun. Namun, sayang sekali...kesabarannya bukanlah kerana Allah. Dia bersabar kerana itu sahaja pilihan yang dia rasa ada. Justeru, bila terbuka peluang, walaupun peluang itu berupa perkara yang haram, kesabaran yang dipegangnya itu sirna terus. Di penghujung ujian tersebut, dia akhirnya mencatatkan keputusan 'gagal'. Memang sangat-sangat rugi. Kerugian yang sangat besar. Menukarkan intan permata dengan kaca yang tidak bernilai hanya kerana kaca itu terlihat indah berkilau di bawah terik matahari, sedangkan yang berharga itu masih tersembunyi.
Kerana itulah, kita perlu kepada ilmu kerana ilmu akan membantu kita mengukuhkan iman, justeru membolehkan kita membuat keputusan yang berlandaskan kepada kepentingan Allah dengan membelakangkan kemahuan nafsu. Sebetulnya, pilihan yang kita ada cuma 2...jalan yang benar dan jalan yang salah. Jalan yang benar itu seringkali memerlukan kepada pengorbanan, ianya jalan yang sukar lagi menyusahkan sedang nafsu tidak suka kepada perkara-perkara yang susah. Nafsu suka jalan shortcut yang mudah.
Baik. Terpulanglah.
Ada saya terbaca (entah di mana), seorang hamba Allah berkata, "Kalau kamu boleh menjamin yang kamu akan hidup esok hari, silalah perbuat semahumu".
Siapa yang boleh dengan yakin mengatakan dia masih akan bernafas esok lusa, masih bernyawa seminggu lagi? Dua minggu lagi? Sebulan? Setahun lagi?
Tidak. Tidak ada sesiapa pun yang tahu saat kedatangan ajalnya melainkan Allah.
Dari itu bersegeralah kepada keampunan Allah. Ketahuilah bahawa yang menjadi penghalang kepada taubat itu, antaranya, ialah panjang angan-angan. Iaitu manusia yang merasakan umurnya masih muda dan kematian itu masih terlalu jauh. Justeru, dia tidak merasa keperluan untuk segera bertaubat lantas menunggu masa senggang di usia tua (saatnya sudah pencen) untuk mula memberi perhatian kepada perancangan kehidupan akhiratnya nanti.
Tidak kira siapapun kita, apa pangkat dan apa jawatan...pasti di pengakhiran hidup kita mahukan kematian yang husnul khatimah. Kalaulah betul kita mengaku Islam dan percayakan kepada Hari Akhirat.

Tuesday, February 05, 2013
Ilustrasi
Mencuba beberapa cara untuk menjadikan aktiviti ulangkaji itu sesuatu yang menyeronokkan, bukan sahaja untuk si anak...tapi juga untuk si ibu yang sudah letih. :)
Buat aje la...layannnn...
Hujung tahun boleh cantumkan buat satu peta minda gergasi untuk semua topik...
Sapa yang bagi idea tu silalah buat sendiri, ok?
Buat masa sekarang, kaedah ini digunakan untuk pembelajaran Sains.
Dah masuk 2-3 topik ni, masih nampaknya mak dia yang kena hasilkan peta minda ini...tapi tak pe, kesabaran itu penting...learning is fun kannnn...huhuhu
Buat aje la...layannnn...
Hujung tahun boleh cantumkan buat satu peta minda gergasi untuk semua topik...
Sapa yang bagi idea tu silalah buat sendiri, ok?
Monday, February 04, 2013
Ke Taman Burung
Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpaku sedari
Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapakan ku beri...
Terima kaseehhh...
Er...ya...ini entri pertama di bulan Februari, dan kebetulan pula ada lagu tema yang sesuai. Walaupun tak kena langsung dengan keseluruhan entri ini.
Memulakan hari pertama Februari dengan cuti Hari Wilayah yang menyeronokkan. Perancangan telah dibuat untuk ke Taman Burung Kuala Lumpur kerana hendak memanfaatkan diskaun bayaran masuk untuk tarikh 1 Februari sahaja. Harga biasa tiket ialah RM25 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak, untuk pemegang MyKad & MyKid. Kalau bukan warga tempatan atau lupa bawa dokumen yang diperlukan maka bayaran masuknya ialah RM48 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak. Huish...very the expensive ngkau!!! sebab untuk tarikh 1 Feb itu bayaran yang kami perlu bayar cuma RM1 a.k.a sehengget jer...jadi kami berempat, bayar 4 hengget jer la...wehuuu...sangat suka!
(Macamanala tak terasa mahalnya sebab dulu-dulu cuma bayar RM3 atau RM4 jer....errr....bila tahun tu, Telipuk???)
Kami sampai di sana sekitar jam 9.30 pagi. Taman Burung ini beroperasi setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 6 petang. Cuak juga la...sebab takut penuh sesak dengan warga KL. Pony ride kat Titiwangsa yang free tu kemain sesaknya...hahaha...tapi tu at least for the whole February. Yang Taman Burung ni, satu hari je harga istimewa tu. Jadi, kami pun tak berapa yakin la...ingat pergi redah jer la, agak kalau ramai, patah balik la kot. Mujur...mujur...alhamdulillah, orang tak ramai....awal lagi kot atau orang KL yang lain tak perasan...yahuuu...best!best! dapat parking dengan selesa dan masuk dengan senang tanpa perlu berebut-rebut.
Cukuplah dengan satu fridge magnet. Budak-budak minta dibelikan seruling buluh kecil yang bila ditiup keluar bunyi nyaring macam burung.
Ok, tunggu Februari tahun depan kita mai lagi...hua...hua...hua...kiasu!!!

Sebaik melangkah masuk, kami disambut dengan burung-burung nuri yang sibuk bersarapan buah epal di kiri dan kanan. Mereka dibiarkan bebas dan sesuka hati hinggap di ranting-ranting dan tempat hinggap yang disediakan. Budak-budak pun teruja sungguh dapat tengok burung-burung ini dalam jarak dekat.
Kebanyakan spesis burung di sini dibiarkan lepas bebas, sebab itu Taman Burung ini digelar "The World's Largest Free-Flight Walk-In Aviary". Burung-burung merak 'bersepah'...
Terdapat vending machine yang menjual makanan burung/ikan yang diletakkan dalam satu kapsul bulat sebesar bola tenis. Masukkan 2X wang syiling 50 sen...dan selamat menjamu burung!
Memang...mak dengan pak yang terlebih teruja. Budak-budak tengok ja sebab diaorang tak berani nak tadah tangan bagi burung tu 'patuk'.
Akhirnya Sang Merak menunjukkan 'kecantikannya' dengan mengembangkan bulu pelepahnya...
Sepanjang-panjang lawatan kami, burung merak dan burung putih sekendi tu berada di mana-mana...dan burung merak rupanya mengeluarkan bunyi yang kuat bersahut-sahutan memecah kesunyian pagi.
Oleh kerana memang seronok kat sini dan persekitaran pun sesuai, rasanya berbaloi la datang melawat. Nak pulak yang bayar sehenggat kan...happy tak ingat!
Jenis itik air ...fuhh...'lawa' la jambul dia...pun ada dibiarkan berkeliaran bebas dalam mini aviary yang khas.
Burung Unta dalam kandangnya yang luas. Cantik bulu mata dia...teringat kat Rozita Che Wan...hehehe...
Kawanan bangau sedang melepak. Yang penat berdiri tu...boleh duduk.
Abang cakap....kesian burung-burung ni, nak sauk ikan...ikan tak nampak bayang pun. Ada seekor burung undan, gigih menyauk dari hujung ke hujung kami perhatikan...dia cuma dapat kunyah air dan lumpur sahaja kot...ada seekor bangau tu, dok mengejar sehelai daun kering berwarna kuning...puas diulit-ulit, sampai masa untuk ditelan, terus dikemah keluar. Mungkin ada masanya petugas akan mencampakkan ikan atau makanan bersesuaian di sini kot....apapun diaorang nampak sihat dan terbela.
Okay, puas merayau....tiba masanya untuk pulang. Laluan keluar dihalakan terus masuk melalui kedai cenderamata. Terbaek punya strategi...
Ok, tunggu Februari tahun depan kita mai lagi...hua...hua...hua...kiasu!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)