Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpaku sedari
Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapakan ku beri...
Terima kaseehhh...
Er...ya...ini entri pertama di bulan Februari, dan kebetulan pula ada lagu tema yang sesuai. Walaupun tak kena langsung dengan keseluruhan entri ini.
Memulakan hari pertama Februari dengan cuti Hari Wilayah yang menyeronokkan. Perancangan telah dibuat untuk ke Taman Burung Kuala Lumpur kerana hendak memanfaatkan diskaun bayaran masuk untuk tarikh 1 Februari sahaja. Harga biasa tiket ialah RM25 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak, untuk pemegang MyKad & MyKid. Kalau bukan warga tempatan atau lupa bawa dokumen yang diperlukan maka bayaran masuknya ialah RM48 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak. Huish...very the expensive ngkau!!! sebab untuk tarikh 1 Feb itu bayaran yang kami perlu bayar cuma RM1 a.k.a sehengget jer...jadi kami berempat, bayar 4 hengget jer la...wehuuu...sangat suka!
(Macamanala tak terasa mahalnya sebab dulu-dulu cuma bayar RM3 atau RM4 jer....errr....bila tahun tu, Telipuk???)
Kami sampai di sana sekitar jam 9.30 pagi. Taman Burung ini beroperasi setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 6 petang. Cuak juga la...sebab takut penuh sesak dengan warga KL. Pony ride kat Titiwangsa yang free tu kemain sesaknya...hahaha...tapi tu at least for the whole February. Yang Taman Burung ni, satu hari je harga istimewa tu. Jadi, kami pun tak berapa yakin la...ingat pergi redah jer la, agak kalau ramai, patah balik la kot. Mujur...mujur...alhamdulillah, orang tak ramai....awal lagi kot atau orang KL yang lain tak perasan...yahuuu...best!best! dapat parking dengan selesa dan masuk dengan senang tanpa perlu berebut-rebut.
Sebaik melangkah masuk, kami disambut dengan burung-burung nuri yang sibuk bersarapan buah epal di kiri dan kanan. Mereka dibiarkan bebas dan sesuka hati hinggap di ranting-ranting dan tempat hinggap yang disediakan. Budak-budak pun teruja sungguh dapat tengok burung-burung ini dalam jarak dekat.
Kebanyakan spesis burung di sini dibiarkan lepas bebas, sebab itu Taman Burung ini digelar "The World's Largest Free-Flight Walk-In Aviary". Burung-burung merak 'bersepah'...
Terdapat vending machine yang menjual makanan burung/ikan yang diletakkan dalam satu kapsul bulat sebesar bola tenis. Masukkan 2X wang syiling 50 sen...dan selamat menjamu burung!
Memang...mak dengan pak yang terlebih teruja. Budak-budak tengok ja sebab diaorang tak berani nak tadah tangan bagi burung tu 'patuk'.
Akhirnya Sang Merak menunjukkan 'kecantikannya' dengan mengembangkan bulu pelepahnya...
Sepanjang-panjang lawatan kami, burung merak dan burung putih sekendi tu berada di mana-mana...dan burung merak rupanya mengeluarkan bunyi yang kuat bersahut-sahutan memecah kesunyian pagi.
Oleh kerana memang seronok kat sini dan persekitaran pun sesuai, rasanya berbaloi la datang melawat. Nak pulak yang bayar sehenggat kan...happy tak ingat!
Jenis itik air ...fuhh...'lawa' la jambul dia...pun ada dibiarkan berkeliaran bebas dalam mini aviary yang khas.
Burung Unta dalam kandangnya yang luas. Cantik bulu mata dia...teringat kat Rozita Che Wan...hehehe...
Kawanan bangau sedang melepak. Yang penat berdiri tu...boleh duduk.
Abang cakap....kesian burung-burung ni, nak sauk ikan...ikan tak nampak bayang pun. Ada seekor burung undan, gigih menyauk dari hujung ke hujung kami perhatikan...dia cuma dapat kunyah air dan lumpur sahaja kot...ada seekor bangau tu, dok mengejar sehelai daun kering berwarna kuning...puas diulit-ulit, sampai masa untuk ditelan, terus dikemah keluar. Mungkin ada masanya petugas akan mencampakkan ikan atau makanan bersesuaian di sini kot....apapun diaorang nampak sihat dan terbela.
Okay, puas merayau....tiba masanya untuk pulang. Laluan keluar dihalakan terus masuk melalui kedai cenderamata. Terbaek punya strategi...
Ok, tunggu Februari tahun depan kita mai lagi...hua...hua...hua...kiasu!!!
No comments:
Post a Comment