Friday, August 28, 2015

Dari Kuala Lumpur ke Kuala Tahan 2

Bahagian ke-2. Wahh...bersambung-sambung macam drama bersiri pulak kan...

Hari kedua aktiviti team-building, semua orang bangkit dengan penuh keceriaan . Nasib baik kepala yang malam tu berdenyut dah ok. Tidur tak lah nyenyak sangat sebab tidur di tempat baru. Cuma dek kerana penat punya pasal, hanyut jugalah walaupun macam tak cukup haul jer rasa tidur tu.

Selepas sarapan, kami dibawa ke jeti dan mengambil bot untuk ke seberang. Ala...dekat jer pun, menyeberangi sungai untuk ke bahagian sebelah di mana terletaknya Mutiara Resort, Kuala Tahan. Bukan nak pergi resort tu, tapi ke sana sebab aktiviti trekking akan bermula di situ.


Cuaca cerah indah dengan langit kebiruan meskipun air sungai tetap sahaja berwarna keruh. Maklumlah, beberapa ketika dulu kawasan ini teruk dilanda banjir, banyak kayu-kayu balak hanyut dan tebing serta tanah terhakis. Inilah natijahnya, bumi di tangan manusia yang rakus. Hemmm...kesian bumi.


Cabaran trekking kami ialah untuk menelusuri jalan sejauh 2.5 km untuk sampai ke puncak Bukit Teresek. Dari situ, kami akan turun menuju ke Canopy Walkway sebelum berjalan ke jeti untuk pulang. All in all, dalam 3 km lebihlah nak berjalan ni. Heheh...seram gak nih...


Sebelum apa-apa, jom kita bergambar beramai-ramai dulu di perkarangan Park Centre ini.


Gambar seterusnya ialah gambar geng Regulatory sahaja. Asobiyah sungguh ni....hehehe...Nampak macam tak ramai, tapi rasanya yang paling kecoh ialah geng Regulatory juga.


Amboihh...belum jauh berjalan, Mighty Mouse dah start buat "peace y'all" berlatarbelakangkan tumbuh-tumbuhan dalam hutan. Mula-mula ni semua okay ja, yang diaorang risau sangat hanyalah kehadiran pacat. Namun, dek kerana hari cerah tak hujan dan tanah pun kering elok, Telipuk rasa tak ada pacat hari tu, cuma adalah nampak serangga yang berterbangan dan melata. Telipuk tak terfikir pula nak sapu insect repellent walaupun roomate Telipuk pagi-pagi dah offer suruh Telipuk sapu kat kulit. Bukan nak sombong, tapi rasa macam tak perlu...nanti habis satu badan berbau serai...heheh.


Bergambar di banir pokok hutan yang besar. Usianya sudah tentulah ribuan tahun. Hutan ini sendiri merupakan antara yang tertua di dunia dalam kategori hutan hujan khatulistiwa...tak silap Telipuk dalam 150,000 juta tahun. Kata guide kami, sekiranya tersesat atau perlukan bantuan, kita boleh mengetuk banir pokok ini (bahagian akar yang besar tu) dan ia akan mengeluarkan bunyi seperti beduk yang diketuk bertujuan untuk menarik perhatian dan mendapatkan pertolongan orang yang mendengar isyarat ini.


Sepanjang perjalanan, terdapat laluan yang bertingkat-tingkat untuk memudahkan pendakian. Namun, bayangkanlah cabaran berjalan mendaki (tangga) secara berterusan untuk seorang yang bukan sahaja sudah tak berapa muda ni...bahkan juga dah lama tak berexercise...huhuh...memang memenatkan. 


Peluh membasahi satu badan. Nak bercakap pun dah tak teratur biji butirnya sebab bergelut dengan pernafasan. Dah macam bunyi dengusan naga dalam citer How To Train Your Dragon dahhh...tapi lantaklah, akak Telipuk tak kesah deee....tak der nyer nak kontrol-kontrol ayu...sampai tempat berehat (check point), berhenti jer la...dah kita tak larat kannn...buat apa nak paksa diri mengaku gagah kalau hakikatnya tidak.


Walaupun langkah Telipuk dan rakan-rakan seangkatan tak berapa tangkas, geng Mighty Mouse memang baguih. Kitaorang stay together dari mula sampai akhir, saling menjaga antara satu sama lain...tu yang sayang sangat dengan kumpulan ini. Ada sesetengah orang, dia punya level of fitness lebih baik...ada yang memang hobinya memanjat gunung pun, maka diaorang cenderung tak boleh bersabar dengan perjalanan kitaorang yang ala-ala siput ni kannn...depa ni terus memecut berlumba naik. Well...okaylah korang sampai awal, but how could you leave your team behind kannn???


Saat-saat kepenatan half-way menuju ke puncak. Aiii...Mike yang 61 tahun pun masih steady...terbako ni...terbako!!!


Ada beberapa tingkat ketinggian yang turut boleh dijadikan tempat berehat melepaskan lelah. Yang ini lebih kurang 5-10 minit sebelum sampai di paras tertinggi. Ikut keupayaan fizikal masing-masinglah. Kalau yang dah biasa tu, 5 minit dah siap panjat. Kalau Telipuk, silap-silap 15 minit hahaha...


Wau wee...akhirnya sampai jugak Telipuk kat puncak Bukit Teresek ni...yalah 340 meter mungkin is not a big deal for many...but it is still an achievement for me! Terrerrr tu...hihi...hello, kita ni exercise pun tak...main terjah jer kan...ok lah kannn boleh sampai atas ni dalam keadaan sihat sejahtera. (bangga! bangga!)

Gunung Tahan di kejauhan. Subhanallah...best sangat dapat tengok dan merasai pengalaman ini. Tak rugi Telipuk datang teambuilding ini walaupun asalnya Telipuk bengang sebab terpaksa tarik diri daripada menyertai bengkel penulisan cerpen di UKM...lain kali ada peluang lagi in shaa Allah...



Lepas bergambar di puncak dan berehat beberapa minit, kami berjalan turun menuju ke jalan Canopy Walkway. Oleh kerana hari tu hari Sabtu, maka ramailah pengunjung yang datang. So, kena queue dululah sebab cuma 10 orang boleh naik pada satu-satu masa...kang naik beramai-ramai, boleh roboh canopy tu kan...ishhh...ngeri....dah la tinggi tergantung terayun-ayun....sapa yang gayat boleh seram sejuk dibuatnya.



Telipuk ni bukanlah tak penggayat...gayat juga orangnya tapi sebab pernah naik benda ni, jadi boleh agaklah suasananya. Walaupun tinggi, dalam 30 meter dari tanah...'dinding' yang dibina (jaring) nampak kukuh dan tinggi...maka, rasa selamat dan yakin. Jadi, bolehlah bergambar selalu...hahaha...


Selesai naik canopy, terus kami turun ke tebing di mana bot sedang menunggu. Tak macam hari semalam, tak perlu nak tunggu semua orang siap...mana-mana kumpulan yang sudah cukup ahli, boleh terus naik bot dan balik ke sebelah sana. Di sana ada kenderaan resort yang menunggu dan kami terus dibawa balik untuk makan tengahari . Pukul 2 daftar keluar terus walaupun masih ada aktiviti sampai pukul 4.30 petang. Dekat pukul 5 bas jalan dan sekitar jam 9.45 malam kami sampai di perkarangan pejabat.

Alhamdulillah, selesai dan semuanya berjalan dengan baik. Masing-masing teruja hendak meneruskan aktiviti ini. Lepas ni kami merancang nak explore FRIM pulak...ala dekat jer pun kannn...boleh angkut keluarga sekali. Jom!Jom!Jom!

Wednesday, August 26, 2015

Dari Kuala Lumpur ke Kuala Tahan

Hari keempat selepas pulang dari aktiviti teambuilding di Kuala Tahan, Pahang. Memang masih ku terasa sengalnya...hahah...mau makan masa seminggu jugak ni untuk baik sepenuhnya. Maklumlah...badan dah tua.

Aktiviti ini melibatkan semua kakitangan Group Strategy. Sebagai sebuah jabatan di bawah keluarga besar Strategy ini, maka kami di Regulatory pun turut terlibat sama. Lama betul tak buat aktiviti macam ini, terakhir buat di Air Keroh, Melaka dengan boss lama.


Rombongan cik Kiah ke Kuala Tahan bergerak sekitar jam 2 petang pada hari Khamis lepas dengan menggunakan 3 biji bas. Belum sempat panas tempat duduk, bas dah berhenti di R&R Genting Sempah. Tapi bagus juga, sebab sebenarnya perut dah rasa lapar dek kerana belum makan tengahari. Maklumlah teruja nak berombongan dengan kawan-kawan, masa tu belum datang rasa lapar. Memang plan nak makan kalau singgah Bentong...tapi depa singgah awal...hempphh...bolehlah, terus makan nasi ayam kat situ...selesai masalah perut!


Telipuk dengan akak Lotuslily naik satu bas. Harap kot nak dapat duduk sekali dalam satu kumpulan. Sayangnya, Telipuk dapat kumpulan lain tapi Lotuslily memang best lah, sentiasa tunggu dan teman Telipuk bila habis aktiviti.

Aktiviti pertama sebaik sampai ialah...makannnn!!! Hihihi...tak de maknanya nak jaga-jaga badan kalau dah beramai-ramai macam ni. Mengunyah aje kerjanya, itu belum campur jajan lagi. Selepas sesi ice-breaking, barulah kami dipecahkan kepada 9 kumpulan. Actually masa pendaftaran, kami diberi kad nama yang tertulis nama binatang di belakangnya. Macam Telipuk, kad nama tertulis Tikus. Jadi, semasa nak bentuk kumpulan, kami kena ajuk bunyi binatang yang kami dapat tu...nanti jumpalah kawan-kawan lain yang senasib hahaha. Macam bunyi tikus cencorot jerrr....


Inilah kumpulan "Tikus"! Telipuk yang cadangkan guna nama "Mighty Mouse" dan juga mencadangkan rekabentuk logonya. Sekarang group Mighty Mouse dah ada group WA sendiri tau...hahaha...though multiple background and I only knew a few of them...alhamdulillah, this is a terrific group! Kita tera...!!!



Pada hari pertama program, kami bertolak ke penempatan orang asli suku kaum Bateq menggunakan perahu panjang. Hohoh...memang excited la kannn...siap sentuh air lagi. Tak da buaya kottt! Air sungai agak deras rupanya. Bila dah sampai, apalagi...bergambar ramai-ramailah dulu.


Kemudian, kami memulakan perjalanan ke kampung orang asli yang terletak di tebing sungai. Untuk menuju ke sana, kami perlu melalui denai kecil yang curam dengan berpaut kepada tali yang dipasang merentangi pokok-pokok sebagai sokongan. Perasaan bercampur baur jugalah sebab Telipuk ni bukanlah jenis yang aktif bersukan atau sukakan outdoor activity...bershopping bolehlah...hahaha...so, actually macam sikit risau juga, takut menyusahkan ahli-ahli kumpulan. Rasa macam boleh buat, tapi manalah tahu kalau badan tak boleh cope...hishhh seriau makkk!!!

Alhamdulillah, sampai juga kat kampung tu...eh...kampung gapo dio ni...tak nampak banyak rumah punnn. Diaorang kata, ada lagi kat belakang sana...tapi yang terlihat di pandangan kami hanyalah beberapa buah rumah atau lebih tepat lagi, pondok yang ada di situ.                                         


Penghuninya tidak kelihatan. Hanya ada seorang dua yang keluar menjengah dan menghulurkan peralatan kerana kami diminta mendirikan beberapa buah pondok/bangsal berteduh yang mereka perlukan untuk membolehkan pelancong-pelancong yang datang singgah duduk. Khabarnya suku kaum Bateq ini, terutamanya wanita memang 'pemalu' dan tak suka dilihat oleh orang asing. Jadi, kami diminta supaya tidak terlalu mendesak mereka untuk bergambar. Kena pandai 'mengayat' dulu dan lepas tu minta izin sebelum ambil gambar.


Bahan-bahan membina semua sudah disiapkan dan ada juru tunjuk ajar yang membantu kami untuk membina mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Memang memakan masa jugalah nak bina...maklumlah banyak tangan, banyak mulut lagi...yang nak betul-betul buat seorang dua saja...habih tu camno???


Habis siap pondok, cabaran kedua ialah memasak makanan tengahari. Masa tu dah pukul 12...hari semakin panas...perghhh...memang mencabar sebab badan dah rasa penat. Lapar pulak tu. Setiap kumpulan diberi 5 kg beras, 3 biji kentang, cili boh, garam, gula, ikan kembong lima ekor, cili merah sebiji, 3 biji bawang besar, satu labu bawang putih, serbuk teh, sebiji timun, beberapa tangkai kacang buncis,tiga tangkai terung pipit dan sekampit kecil serbuk kunyit.


Api kena dihidupkan menggunakan kaedah yang digunapakai oleh orang asli. Kena bina dapaur untuk memasak juga. Telipuk cepat-cepat offer untuk masak nasi dan masak air. Hahaha...pasal Telipuk takut diberi tugas menyiang ikan...mesti muntah tang tu jugak. Jadi, Telipuk kenalah cover kelemahan Telipuk ni. Mujurlah ada ahli kumpulan yang boleh uruskan ikan ni. Sebelum jam 1.30, tugasan yang diberi telah dapat kami siapkan.

Taraaaa...



Tengah kecur-kecur liur ingat nak makan nasi putih panas-panas dengan sayur campur (laporr gilosss)...baru sedar yang masak-masak tu sebenarnya nak kena hidangkan untuk dimakan oleh orang kampung tu. Oh ya ka??? Aiseyyy!!! Lalu beraraklah kami macam rombongan meminang membawa dulang ke rumah mereka...kalau depa ajak makan, mau tarik pinggan duduk rapat sekali.

Dapat bergambar ajer lah. Hahah...inilah shoot terbaik sebab yang lain semua kelam berbalam-balam...Beria-ia nak muatkan semua orang tapi ruang pondok mereka agak terhad...kang masuk berduyun-duyun roboh pulak, naya je.


Untuk kunjungan ini, kami sempat menyerahkan beberapa barang keperluan dan sedikit wang hasil kutipan anggota Group Strategy kepada ketua suku kaum Bateq di situ.

Ada berlaku sedikit masalah teknikal yang menyebabkan kami terkandas lebih sejam menunggu bot di tebing sungai. Pergh...memang menahan kesabaranlah dengan lapar dan dahaga. Ada dua tiga orang dah tumbang, jadi, kami beri mereka pulang dulu dengan bot pertama. Bila bot lain sampai, kami semua dibawa menyelusuri sungai yang deras arusnya untuk merasai cabaran melakukan aktiviti 'rapid shooting'. Suspen juga la bila bot kayu tu dok terolang-aling...dan Telipuk bukan risau kalau bot terbalik, Telipuk risau kalau kasut basah...hahahaha...bukan apa, bot Telipuk asyik kena 'serang' jer, kitaorang punya mekanisme pertahanan tak diaktifkan...half-way baru terfikir nak turunkan pendayung yang terselit kat bumbung. Masa tu memang dah basah lencun...nasib baik kasut Telipuk cover baik-baik guna extra life-jaket ...memikirkan yang Telipuk hanya ada sepasang kasut dan itulah juga yang Telipuk akan pakai untuk aktiviti trekking, semangatlah Telipuk mempertahankannya.

Dah sejuk kena mandi air sungai kuranglah sikit rasa lapar tu. Pukul 3 lebih sampai jeti, kami terus pergi makan tengahari di restoran terapung. Sedapnya tengok makanan tapi Telipuk tak boleh makan banyak sebab masa tu angin dah naik ke kepala...dah start rasa pening.


Pukul 5 petang dah berkumpul untuk aktiviti seterusnya. Kali ini acara 'indoor' yang menguji keupayaan bekerjasama dalam kumpulan dan memasang strategi. Kami diberi beberapa papan dan diminta membentuk binaan seperti dalam rajah yang diberi. Kami dibenarkan berlatih membina rajah tersebut berulang-kali sebelum pertandingan antara kumpulan dimulakan.

Untuk menang , kami perlu menghasilkan binaan yang betul dalam masa terpantas. Ikut rekod kumpulan terdahulu, masa terpantas mereka ialah 8 saat.


Mighty Mouse memenangi tempat ke-2 dengan catatan masa 12 saat.


Habis acara, hidangan makan malam berupa 'barbeque' disediakan. Habis makan, kami teruskan dengan sesi bersama CSO dan aktiviti malam itu diakhiri dengan acara karaoke. Memandangkan masa tu sudah jam 10.30 malam, Telipuk minta diri untuk balik ke bilik sebab badan rasa letih dan mata pula dah mengantuk .

Bersambung...

Thursday, August 20, 2015

Access Denied

Tak sangka teruk juga rasanya bila masuk kerja tak dapat akses laptop sendiri. Mati kutu dibuatnya. Serba salah dan rasa bersalah padahal bukan salah Telipuk pun. Yelah...tak ada rasanya download atau klik mana-mana link yang pelik. Kalau setakat email nigeria, tobat lahum Telipuk nak layan. Jadi, nak kata Telipuk tak sengaja terbuka attachment yang ada virus tu sangatlah mustahil sebab semua spam email automatik sudah diasingkan dalam folder berbeza dan setakat hari Isnin tadi, Telipuk hanya menjawab emel-emel berkaitan kerja sahaja. Yang agak mengarut pun cuma apabila Telipuk terpaksa menghantar karangan tentang diri sendiri. Itupun untuk keperluan team building bermula petang ini. Selain itu tidak ada perkara pelik tentang emel-emel yang keluar masuk inbox Telipuk...alih-alih pagi semalam Telipuk dapat ratusan emel feedback tentang sekian banyak perkara. Terus cek sent item...manalah tau Telipuk ada terhantar apa-apa ke...haish...rasa pelik tapi tak berapa nak layan perasaan tu sebab lepas dah delete semua emel merepek tu Telipuk masih boleh guna outlook seperti biasa sehinggalah menjelang tengahari Telipuk perasan tak ada lagi emel masuk dan Telipuk juga tak dapat hantar keluar. Buat satu laporan. Ooo...masalah server kot...okay, tunggu jer lah. Malangnya sampai balik masalah tak selesai...hemmm...sabo jer lah, mungkin esok keadaan akan pulih seperti sediakala.

Pagi ini...perghhh..menyirap darah bila bukan setakat Outlook...nak enter masuk pun tak lepas. Alamakkk...dah kena disabled...password Telipuk yang Telipuk reka dengan susah payah tu telah tidak diterima. Apakah??? Hemmmph...terus capai telefon buat satu lagi laporan. Okay, Telipuk hanya mampu gigit jari bila diberitahu masalah kedua ini akan dihantar kepada team lain sebab melibatkan kumpulan berbeza. Okay...whatever!

Yang paling suspen ialah bila dapat panggilan dari Sabah memaklumkan yang dia ada menerima emel dari Telipuk. "Betul kah Puan yang hantar emel ni?" . Errr...emel apa tu? "E-mel menang loteri...siap keluar gambar Puan lagi". Owhhhh...tidakkk! Dah tentulah bukan kerja Telipuk...apa kejadah nye...owhh...kena spammed dek virus lah ni. Puas memikirkan apakah Telipuk terklik apa-apa attachment yang mencurigakan...macam tak ada...tapi manalah tahukan...patutlah pun beratus-ratus emel delivery Telipuk dapat, tak pasal-pasal account Telipuk kena disabled.

Mujurlah pagi ini, masalah akhirnya selesai. Terima kasih IT team...haduiii lega...maklumlah dah 3 hari kerja terbengkalai. Dah le kita nak outstation ni...tak mau lah balik-balik masih tak boleh access laptop sendiri. Naya weiii. Dokumen penting banyak...tak kuasa Telipuk nak buat database baru from scratch...pengsan!!!

Hemmm...tu baru network access denied kan....cer bayang kan kalau access ke jannah denied....cer bayangkan...benda dunia ni pun Telipuk dah kelam kabut, dunia yang sementara yang Telipuk akan tinggalkan. Bagaimana dengan akhirat yang abadi? Itulah tempat tinggal selama-lamanya...kalau tak dibenarkan masuk, amacam???

Monday, August 17, 2015

RDM Yang Ceria

Entri tertunda. Acara sambutan raya peringkat jabatan. Yang raya nya tu biasa jer, normal stuff...makan-makan & sembang-sembang.

Yang nak highlight cuma acara bergambar. Hahaha...penting tu...sebab bukan selalu boleh kumpul ramai-ramai...inipun belum cukup korum...siapa-siapa yang ada saja join, yang pergi mesyuarat tu tak sempatlah nak bergambar.



Gambar normal


Gambar lakonan semula menunjukkan suasana ceria berhari raya...bos siap offer maruku lagi...hahaha...Ghani kat belakang bukan main beriya-iya buat aksi makan...

Saya bersyukur dan rasa bertuah dikelilingi rakan-rakan dan ketua yang baik lagi 'sporting'. Bukan nak kata langsung tak ada masalah...yang penting setiap masalah boleh diselesaikan. Dan yang penting sekali, adanya persekitaran kerja yang kondusif. Alhamdulillah.

Awak Kat Mana 2

Saya kat Institut Terjemahan dan Buku Malaysia pagi Ahad tadi. Dengarnya ada jualan gudang sepanjang minggu itu . Dah hari Ahad -jualan hari terakhir, baru sempat nak tinjau. Nak datang weekdays, kerja...kalau keluar during lunch masa tak panjang, kena ponteng kelas lagi dan juga belum tentu dapat parking. Makanya, pujuklah Encik Suami temankan saya pergi cuci mata kat sini, sebagai ganti , saya temankan dia pula pergi usha model terbaru Renault...aci kannn...


Kat mana ITBM ni? Tak lah jauh mana, dekat Wangsa Maju Seksyen 10. Lalu area Taman Sri Rampai, kawasan situlah. Ada kedai buku 1Malaysia sekali. Ada orang perli, "yang kat dalam tu awak tak nak masuk ke?".


Memang bestlah tempat ni...pilihan terbaiklah sebab kami keluar awal. Pukul 9 lebih dah sampai. Jualan bermula jam 9...kira antara muka-muka awal lah ni. Barulah syok dan ada feel nak membeli sebab boleh belek-belek buku dengan aman dan tenteram.


Dah nama pun jualan gudang...saya memang cari yang potongan max 70%...hahaha...jadi dok berkeliaran kat area buku-buku dengan diskaun 70% sahajalah...banyaknya Temah oiiii...rambang mata!!!


Jumpa novel Amil Jaya "Ngayau" yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis. Ko paham ke? Tak pahammmm....tu yang tak beli tu. Tapi menarik kannnn...Boleh suruh Jija promote kat suami dia Alain...;)


Novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" karya Azizi Hj Abdullah yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Novel Badai Semalam pun ada yang version English. Novel "Yang yang" jadi "That's That"...


Kalau ikutkan banyak yang teringin nak beli...tapi mengenangkan rak buku pun dah tak ada kekosongan dan ada banyak buku-buku yang belum dibaca (tapi tamak beli) maka kenalah kawal perasaan...kang kena perli lagi kang...pedih telinga nak dengar kannn...hihihi...


Beli empat buah sahaja...jumlah perbelanjaan cuma RM53.10...orang belanja pulak tu...apa tak cakappp...kalau tau boleh tambah empat lagi...haiishhh..:)

Saturday, August 15, 2015

Awak Kat Mana?

Saya kat sini hari ini. Petang tadi.


Ini teater tentang perjalanan syarikat kami. Memang ceritanya lain dari yang lain.


Saya hadir bersendirian. Sepatutnya hari ini saya menghadiri open house kawan-kawan universiti namun apakan daya, kehadiran hari ini bak kata boss saya...wajibul ngunnah.


Oleh kerana saya datang bersendirian, saya pun duduk entah sebelah siapa...main belasah sahaja, maklumlah free seating. Oleh kerana ini teater muzikal, maka memang penuh dengan nyanyian dan gerak tari.


Sebaik sampai tadi, saya terus mendaftar dan berbaris untuk masuk ke dalam panggung. Semua muka-muka yang saya tak kenal. Terasa sangat tua tiba-tiba...hahaha...


Entah mengapa paling terkesan dengan kerusi tempat duduk ni. Adakah memang binaannya sempit atau kaki saya yang terlebih panjang. Sebaik diberi rehat 15 minit, terus saya bangun buat sesi rengangan...perghh...kebas oiii duduk 2 jam lebih kat situ.


Tu la bila pergi tak ada geng. Hanya menunggu dan menunggu habis pementasan. Saya membayangkan kalaulah teater 'Setinggan' yang pernah rakan-rakan matrikulasi saya dulu hasilkan dibawa beraksi di pentas IB yang gah ini...tentu meletops dan saya pastinya nak cop Adibah Noor untuk memegang watak penting.

:)

Tuesday, August 11, 2015

Seni Menegur

Semestinya dalam kehidupan kita sehari-hari, kita tidak dapat lari daripada melakukan salah dan silap atau kadang-kadang kesalahan dan kesilapan itu berlaku depan mata kita. Bagaimana caranya untuk menegur supaya kesalahan tersebut dapat diperbaiki. Dan yang lebih penting, secara tidak langsung, bagaimana pula kita harus mendidik diri supaya dapat menerima teguran dan nasihat orang. (Jangan asyik nak tegur orang je...kena terima teguran orang juga)

Kata guru kami, bila kita menegur seseorang, untuk menjadikan teguran itu sesuatu yang efektif - maka, kena ada 3 elemen ini, iaitu :

1. Kita tegur sebab kita sayang
2. Kita tegur demi untuk kebaikan
3. Cara kita menyampaikan teguran mestilah 'kena'

Ada beberapa perkara yang perlu kita pertimbangkan apabila membuat teguran supaya orang yang ditegur tidak berasa hati dan boleh menerima teguran kita iaitu :


  1. Apabila menegur di khalayak ramai, janganlah membuat teguran yang mengaibkan. 
  2. Ketika menegur, janganlah berhasrat hendak jadi "hero".
  3. Mesti ada kayu ukurnya. Yang kita nak tegur itu adakah ianya hanya persepsi atau pun satu kesalahan. Misalnya, kita pakai tudung...ada macam-macam fesyen, naelofar la, bawal lah, syria lah...macam-macam. Kalau yang dia pakai tu masih menutup aurat, tak apalah...tapi kalau dia tak pakai tudung itu barulah salah. Makanya, bila nak tegur, pastikan dulu kesalahan yang dibuat.
  4. Jangan ada elemen kekerasan bila membuat teguran.Kekerasan baik dari segi intonasi, penggunaan bahasa yang kesat mahupun perbuatan secara fizikal.
  5. Jangan gelojoh atau tergesa-gesa hendak menegur. Perlu diingat, kesilapan adalah satu proses pembelajaran.
  6. Dan bila sudah menegur, berilah masa untuk orang yang ditegur itu berubah.
Juga antara perkara yang perlu kita pertimbangkan ketika menegur manusia yang beremosi ini ialah hakikat yang kita pun bukanlah 100% betul....dan orang yang kita nak tegur itupun tidaklah 100% salah. Kalau kita buat kek coklat guna oven, jangan kata orang yang masak guna pengukus itu salah. Mungkin saja resepinya berbeza untuk hasilan yang berbeza.

Begitu juga kena fahami yang setiap dari kita ini punya 'dark-side' masing-masing. Justeru, bila kita nak tegur orang, jangan korek bahagian 'dark-side' nya. Tegurlah apa yang kita nampak sahaja. Tak payah nak melarat sampai ungkit yang bukan-bukan. 

Kalau nak bagi orang boleh terima teguran kita, puji dahulu supaya lembut hatinya dan lapang dadanya bila ditegur. Kalau kita makan masakannya , boleh cakap..."kuah ni memang dah cantik warnanya, pekat melekat santannya...memang dah sedap. Tapi kalau nak bagi lagi ummpphh...kena tambah garam sikit". Haaa...janganlah terus kata, "Awak ni tak reti masak gulai ke? Tawaq hebiaq!!!"
Sat lagi dengan mangkuk tu naik atas kepala...

Juga bila menegur orang, fahamilah kondisi dan posisinya. Barulah kita boleh faham mengapa dan mengapa dia melakukan sesuatu yang kita rasa perlu ditegur itu. Janganlah jatuh hukum pada orang yang tak mampu ikuti program macam kita yang ke sana sini mencari ilmu, misalnya. "Hang ni kenapa Leha? Mana-mana majlis ilmu pun tak nampak muka hang. Umur kita dah lanjut Leha...tak kan nak tunggu rumah kata pi baru kita nak mengaji". Padahal Kak Leha tu bukan tak mau pi, dia sibuk jaga suami dia yang sakit. Anak-anak dia ramai lagi yang masih bersekolah. Dia sibuk buat kuih untuk tambah duit perbelanjaan maka dia tak ada kesempatan untuk ke kelas macam kita yang free and easy ni. Jadi, kalau tak tahu duduk letak sesuatu perkara, jangan suka-suka buka mulut nak tegur.

Dan akhir sekali, kata guru kami, bila nak tegur tu...mulakan dengan perkara-perkara yang mudah dahulu. Barulah pergi kepada perkara-perkara yang kompleks. Kalau dia nak sembahyang jer, tapi tak mau tutup aurat...biarkan dulu...jangan terus bantai. Janji dia solat. Pelan-pelan kita nasihatkan dia.

Begitulah antara perkara yang boleh kita praktikkan dalam menegur dan menasihati orang lain sebagimana yang diajarkan oleh guru kelas Al-Hikam kami. Mudah-mudahan bermanfaat.


Monday, August 10, 2015

Coretan di hujung Syawal

 Tup tap tup tap...dah hari Isnin. Hari Sabtu sekerat hari dihabiskan dengan beraya di Putrajaya. Rumah kawan Encik Suami. Semalam jamuan raya syarikat. Hari Ahad tu...haah...Ahad. Kena datang bertugas a.k.a beraya dengan para tetamu jemputan. Patut pun tak terasa cuti hujung minggu.


Seperti biasa, majlis raya kami berlangsung di halaman sendiri, TMCC. Dah buat hujung minggu ni memang senanglah dapat parking sebab staff bercuti.


Macam-macam ada...signature dish, sotong bakar tak tinggal...tapi saya tak makan pun. Rasa kenyang jer...mau tak kenyang, rasa sana sikit, rasa sini sikit...last-last tepu jugak.


Bersama rakan-rakan yang turut turun bertugas. Oleh kerana list jemputan kami ramai yang tak hadir sebab ada hal lain...menjelang jam 2 petang sudah boleh beraya sesama sendiri ajelah...hahahah...


Tema kali ini ialah tema Arab...padang pasir! Adalah dua orang gadis arab berdiri depan pintu masuk ke dewan dengan ditemani dua ekor unta...hahaha....ada-ada aje. Kitaorang memang tak dapat can beraya dengan 'unta' sebab ramai sangat tetamu tunggu giliran nak bergambar kat situ.


Menjelang jam 4 saya sudah bergegas menuju ke Hulu Kelang pula untuk membeli lemang. AJK Lemang lah katakan...hahaha...bidan terjun je pun. Ini untuk sambutan hari raya kelas pengajian kami di Menara TM. Cari sukarelawan untuk ambil lemang...kesian pulak dengan yang respon...boleh bawak lima batang saja sebab naik lrt. Haishhh...tak patut sangatlah, awak ada kereta...lagipun rumah tak de lah jauh mana...jadi, tawarkan diri nak ambil.

Depa nak Lemang Pak Ajai...aii...sejak bila lah pulak komposer Ajai ni jual lemang??? Lemang Pak Ali saya tahulah kat mana. Oooo..lo ni depa tak mau Lemang Pak Ali dah...ishhh...apa-apa jer lah...bukan sama jer ke rasa lemang ni? Hihihi. Katanya gerai Pak Ajai kat tepi jalan je sebelum sampai Zoo Negara...fuhhh...nasib baik jumpa. Dan nasib baik juga dapat rembat yang RM18 sebatang walaupun asalnya nak yang RM16 sebatang. Yang tu dah sold out. Saya pun dapat 9 batang jer. Ada pelanggan belakang saya minta yang RM18 tu...Pak Ajai kata dah habis...huh...selamat saya...misi selesai!

Balik ambil lemang, pergi beli barang dapur pula. Tup tap tup tap dah malam. Celik mata jer dah pagi. Masya Allah! Cepat sungguhla masa berjalan. Syawal pun dah nak habis, Kerja pun banyak nak kejar. Tak terkejar rasanya...