Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts

Tuesday, June 09, 2015

Kenanganku Kinabalu

Saya bersimpati dengan kejadian gempa bumi yang melanda negeri Sabah baru-baru ini sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa. Walaupun negara kita bukanlah berada dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik, kejadian yang berlaku ini memberi petanda bahawa apa-apa sahaja boleh berlaku. Jangankan Gunung Kinabalu, kalau Allah berkehendak, Bukit Batu Caves pun tak selamat.

Saya pernah merasai pengalaman berada hampir dengan Gunung Kinabalu, tinggal dan bermalam di kaki gunung tersebut suatu ketika di awal tahun 90an. Ia sememangnya sebuah gunung yang indah, tentulah saya tak dapat melupakan pengalaman bergambar di zaman semuanya menggunakan filem Kodak, berlatar belakangkan gunung tersebut. Baik ketika matahari baru menyapa hari mahupun ketika senja melabuhkan tirainya...permandangannya sangat awesome!

Gambar ihsan Wikipedia

Peluang itu saya perolehi ketika menjayakan program anjuran Jabatan Perpaduan Negara iaitu program pertukaran pelajar Semenanjung - Sabah & Sarawak yang dipanggil "Titian Emas". Bagi saya ianya satu peluang keemasan di saat saya sendiri menyimpan semangat perpaduan yang sangat kuat dengan minat untuk mengenali kebudayaan dan adat resam kaum-kaum lain di Malaysia. Saya baru selesai menghabiskan sebuah novel bertajuk Duta Utusan Ayah, iaitu kisah tentang seorang remaja  dari Semenanjung menimba pengalaman baru di Sarawak, ketika guru kelas memaklumkan yang beliau akan mencalonkan saya bagi mewakili sekolah untuk program tersebut. Saya tidak menaruh sebarang harapan sebenarnya kerana dimaklumkan persaingan adalah sengit. Saya maklum peluang untuk pelajar sekolah luar bandar seperti saya, justeru saya lupa terus tentangnya sehinggalah dimaklumkan yang saya dipilih mewakili Daerah Kerian. Wow!

Dari negeri Perak, empat orang wakil dipilih iaitu saya, Punita, Harris dan Teik Seong. Seminggu sebelum program berlangsung, saya sibuk menelefon Teik Seong bertanyakan tentang persiapannya. Hahaha...kelam kabut saya bila dia kata dia bawa 2 beg besar. Saya ingat nak pergi sempoi sahaja maklumlah orang tak pernah keluar daerah selama itu. Teik Seong dan Punita ditempatkan di Sabah, Harris di Sarawak manakala saya pula ke Labuan. Oleh kerana Labuan dan Kota Kinabalu itu dekat, maka pada kebanyakan masa saya menyertai aktiviti di Sabah bersama Punita dan Teik Seong. Dan itulah antara pengalaman manis kami, tinggal di resort Taman Negara Kinabalu dan berpeluang menatap puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan lebih dekat. Malahan, saya masih menyimpan impian hendak mendaki Gunung Kinabalu...itu angan yang saya kongsikan bersama rakan saya, Masitah, ketika kami sama-sama berehat selepas penat mengharungi ujian demi ujian di Kem Desa Pahlawan (juga antara kenangan terindah dalam hidup saya).

Sebetulnya saya ada melobi cik Abang untuk ke KK ketika kami merangka pelan percutian keluarga (sepatutnya dalam masa cuti sekolah inilah). Masa tu ada promosi tambang murah dan saya bercadang hendak meluangkan masa di Kundasang (tak adalah sampai nak mendaki gunung...nak naik tangga dua tingkat pun dah mengah!) dan mengambil peluang berada di negeri di Bawah Bayu ini untuk singgah berjumpa keluarga angkat dan rakan-rakan di sana. Namun, cadangan saya itu tidak menjadi kerana bertembung dengan urusan keluarga. Jadilah ia suatu impian yang saya harapkan akan menjadi nyata suatu hari nanti, in sha Allah.

Ternyata nama Kinabalu itu bukanlah asing dalam hidup saya dan disebabkan itu perasaan saya ketika membaca berita tentang gempa di sana juga bercampur-baur mengenangkan tragedi yang tidak diduga itu serta kenangan yang terpahat dalam ingatan saya. Ketua Pegawai Eksekutif kami dalam ucapan pembentangan prestasi syarikat pagi semalam juga mengingatkan agar kami semua bersatu hati dalam detik yang sukar ini dan memberi bantuan meringankan bebanan mangsa, terutamanya yang melibatkan anggota-anggota syarikat di Sabah sepertimana semangat 1TM yang ditunjukkan semasa menghadapi bencana banjir di Kelantan lalu.

Semoga kita redha dengan ujian dari Allah ini dan semoga juga beroleh pahala yang besar atas kesabaran menghadapinya.

Monday, May 14, 2012

Selamat Pagi Bulan


Ohayou Gozaimasu! Nanika atta?

Semalam menonton saluran History ada kisah macamana tentera Jepun boleh menawan Malaya dan Singapura dengan hanya berbasikal masuk melalui Siam. Memang British tak ada persiapan untuk menghadapi pertempuran seumpama itu sehingga akhirnya terpaksa mengaku kalah dengan mudah. Hemmm...alkisahnya...

Teringat kekejaman Jepun. Namun semuanya tidak langsung membayangi atau menerbitkan prasangka saat menerima jemputan menyertai ASEAN-Japan Friendship Program yang berlangsung bermula 23 Ogos  sehinggalah 19 September 2000. 

Wah...sudah lebih sedekad. Lama yang tidak terasa kerana masih berhubung dengan rakan-rakan ASEAN yang lain, termasuk sesekali terserempak mereka ketika mengikuti beberapa acara sekitar negara tetangga.

Semasa mula tiba, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan dihantar ke Hokaido, dan kumpulan saya dibiarkan kekal 'bertapak' di Kyushu...main route...Osaka-Tokyo-Kobe. Sepanjang di Osaka, kami tinggal di Osaka International Centre di Ibaraki. Di sana, kami diajar ayat-ayat asas bertutur dalam bahasa Jepun. Kiranya, masa tu setakat hendak survive tak ada masalahlah. Lintang pukang pun tak apa sebab mereka sangat gembira tengok usaha gigih kami cuba berkomunikasi. Jarang sangat mereka hendak menggunakan bahasa Inggeris. Kalau kita guna juga bahasa Inggeris, mereka buat 'derk' je...


Ini adalah gambar semasa kami di Toyama Prefecture. Toyama ialah sebuah tempat (negeri) yang menghadap Laut Jepun. Ianya bersempadan dengan Ishikawa, Niigata, Nagano dan Gifu. Di sinilah saya ditemukan dengan keluarga angkat untuk program Homestay selama 3 hari. Tiga hari yang menyaksikan saya hanya boleh bertutur dalam bahasa Jepun kerana keluarga angkat saya langsung tidak boleh berbahasa Inggeris. Kedua-dua pihak sentiasa membawa kamus dan membuat bahasa isyarat apabila berhadapan dengan kebuntuan berkomunikasi.




Tak ada banyak masalah sebenarnya walaupun kami bercakap macam ayam dengan itik. Mak angkat saya namanya Katsumi. Manakala ayah angkat bernama Takaharu. Kedua-duanya mempunyai dua orang anak lelaki. Yang sulung bernama Yoshiyuki dan adiknya pula bernama Shuji. Walaupun berbeza agama, mereka menghormati saya dan saya mengambil masa yang panjang untuk memberitahu yang saya tidak 'botak'. Sayang, hubungan tamat sebaik saya pulang ke Malaysia. Kesukaran berkomunikasi jelas menjadi faktor utama.



Kami mengadakan persembahan kebudayaan pada malam berakhirnya program Homestay. 



Selepas berakhirnya program Homestay, kami dibawa melawat ke beberapa tempat menarik . Antaranya ke kawasan pergunungan Tateyama Kurobe. Ngeri melalui jalan-jalan sempit nan berliku-liku di celah-celah cenuram dan gaung. Tetapi bila sudah sampai memang rasa teruja dan lega sangat-sangat. Masa tu penghujung musim dah...yang tinggal cuma bekas-bekas salji sahaja. Pun begitu, sejuknya menyucuk sampai ke tulang.


Dengan kawan-kawan serumpun.




Tanah tinggi Midagahara. Kawasan ini cantik berwarna-warni kalau kena dengan musimnya.


Dengan Selvarani atau nama glamernya di kalangan kami, Rani Mukherjee....heheh...dia ni memang kelakar gila. Semasa di Tokyo, inilah member jalan-jalan sekitar Tokyo.


Dengan Ade. Semasa melawat Pusat Multimedia NTT Corporation, gergasi telekomunikasi Jepun.


Rasanya ini gambar kelas di Osaka. Ala...tak ingat pulak nama cikgu yang bertanggungjawab mengajar kami bercakap bahasa Jepun ni. Tegas orangnya. Tak bagi can langsung kami nak cakap Inggeris.




 Jauh mengembara pagi ini. Kalah naik shinkansen. Menulis tentang kenangan memang tidak membosankan. Seronok aje rasanya.

Jom balik ke alam realiti...(dan menghadapi tugasan yang wajib selesai hari ni juga...)

Gambatte kudasai!

Tuesday, November 23, 2010

Kenangan di DKG 2/4 - 1996

Bilik ini bilik ilmu
Ada luhur dan ada bakti
bagi yang berbudi
Dan yang menginsafi

Sedang yang alpa
Sekadar singgah dan menjengah
Lalu pulang berlenggang kosong
Meninggalkan alas yang panas
Untuk sejam dua
Meminjam budi
Bagi menokok tambah apa yang tiada
Dan keluar dengan topeng di muka

Bilik ini bilik ilmu
Bagi yang hidup dan merasa
Bilik ini bilik istirehat
Bagi yang bernyawa tetapi mati.

Thursday, March 18, 2010

P...Pemandu

Masa mula-mula hendak belajar bawa kereta dulu, memang rasa takut sangat. Waktu itu, bila nampak orang lain memandu, rasa kagum sangat terhadap mereka. Hebat mereka ini. Berani bawa kereta. Nampak selamba. Yang Aku ini, belum melangkah masuk sudah menggigil kepala lutut. Bila pegang stereng, rasa macam hendak pecah dada dibuatnya.

Ikutkan pada masa itu, Aku tak ada keperluan untuk berkereta. Maklumlah, rumah sewa tidak jauh dari pejabat. Boleh naik feeder bas lrt Putra. 50 sen aje pun. Bila balik rumah, lepas maghrib keluar merayau ke Subang Parade ataupun Sogo. Stesen komuter dekat sangat dengan rumah. Pengangkutan bukan suatu masalah. Bebas ke sana, ke mari. Maklumlah, orang bujang. Duit bulan-bulan habis macam itu sahaja, rasa macam dah gah sangatlah tu. Bila sudah bertunang dengan Abang, dialah yang sibuk suruh ambil lesen. Aku pun pergilah mendaftar dekat Sekolah Memandu Semasa. Ketika itu, masih di Bangunan UDA bersebelahan Balai Bomba Pantai Bharu tu. Hemmm...nostalgia sungguh!

Aku ini memanglah bukan pelajar contoh. Punyalah lama hendak habiskan jam untuk belajar memandu itu. Selang dua minggu baru pergi. Macamanalah hendak pandai. Setiap kali pergi setiap kali lupa. Sampai pak cik yang mengajar Aku tu pun agaknya dah naik 'cemuih' mengulang. Tapi yang best tu, kalau bab kuiz bertulis tu...Akulah yang paling cemerlang...sokmo dapat markah penuh...kah...kah...kah...teori ajelah tu! Amali hancur!!!

Masa hari ujian untuk mendapatkan lesen, ya Allah, punyalah Aku berdebar. Rasa hendak pengsan pun ada. Tengok kereta kancil manual tu rasa macam tengok raksaksa. Pak cik pengajar sekolah Aku yang pendiam dan tak banyak mulut tu pun boleh tak yakin yang Aku akan berhasil dapat lesen dengan sekali mencuba. Maklumlah, dah saat-saat akhir pun masih blur sana blur sini. Hihihi. Mana taknya, ujian pertama naik bukit tu kan...Aku pun dengan machonya masuk dalam kereta. Dah adjust secukup rasa ini. Sekali bila orang cakap, mulakan...Aku pun...eh!eh! alamak, apsal kereta tak boleh jalan ni. Ish! Panik dah Aku ni! Berpeluh-peluh! Dalam hati, apasal lah kereta ni rosak masa ini pulak. Yang budak-budak lain sama menunggu giliran tu ramai-ramai melaung..."turunkan handbrake, turunkan handbrake!". La eleh...lupa nak turun handbrake le pulak....cis! drop my waterface la weiii...depan gewe hensem2 tu...hish! Tapi tak pe, pasal Aku rileks aje...siap angkat tangan dan tersengih ala kerang busuk kat member-member baru tu semua, terima kasih la weiii! Dan dengan selambanya, Aku pun memandu perlahan menaiki bukit tu, berhenti tepat pada masanya...cuunnnn!!! Lepas, alhamdulillah!

Untuk ujian parking pun, alhamdulillah, tak ada masalah. Tak sia-sia pak cik mengajar Aku dengan batang-batang kayu dibuat pancang tu...masa mula-mula tu Aku pun tak paham...apa ke bendenya faedah tu semua...??? Masa belajar parking dulu, kat area Pantai Hillpark le Aku berkampung heheh...Lulus ujian bukit dan parking, Aku layak untuk ujian memandu di jalan. Rupa-rupanya yang tak lepas dua ujian ini, boleh bungkus balik sebab tak boleh teruskan dengan ujian di jalan tu.

Sementara menunggu giliran memandu di jalan tu, Aku dengarlah budak-budak ni semua bercerita. Siapa penguji yang garang, yang mana baik sikit, dan tips-tips memenangi hati penguji. Boleh dengar ajelah pasal tapak tangan semua sudah sejuk gedi, takut sangat. Dalam hati berdoa, minta-mintalah okay. Pasal Aku tak mahu ulangi lagi pengalaman mendebarkan ini. Mahu cepat selesai dan tutup buku. Berguna atau tidak lesen itu, kemudian cerita. Janji dapatkan dulu.

Memang lawaklah Aku memandu tu. Doa Aku termakbul sebab Aku dapat laluan A. Laluan A ini nampak lebih senang. Aku rasalah. Cuma yang tak bestnya ada satu simpang traffic light yang berkedudukan tinggi, macam panjat bukit. Punyalah berdoa minta lampu hijau masa Aku lalu, sekali lampu merah daaaa...terpaksalah berhentikan. Tahu ajelah kereta manual, dah berhenti satu hal...hendak jalan semula satu hal pula...nak-nak dalam keadaan menaik begitu. Huh! Berpeluh dibuatnya! Sebenarnya Aku berhenti jauh dari garisan, err...dah terundur gara-gara tak dapat hendak seimbangkan brek dan minyak. Nasiblah Aku ni boleh berlakon konon-konon Aku ni tenang orangnya, tak mudah panik...jadi Aku pun selamba aje le berhenti walaupun sebiji kereta lagi boleh muat di depan tu. Dan nasib baik juga tak ada satu pun kereta di belakang, kalau tak obvious sangatlah kan....jadi, macam tak jadi hallah, Aku berhenti jauh pun. Janji mematuhi lampu isyarat heheh...

Lepas tu, ada u-turn dan lalu kawasan sekolah. Aku pun cuba memandu sehabis baik, alhamdulillah, sampailah masuk semula kawasan Imkeda Cheras tu dan berhenti untuk giliran orang lain pula. Masa tunggu penguji Aku tandatangan, Aku cuak juga la. Penguji Aku tu lelaki dan dalam lingkungan 30an aje. Dia pun tak cakap banyak. Diam aje, tu yang mengurangkan kerisauan Aku. Kalau dapat yang pot pet pot pet dok membebel tu, dah sah makin tak keruan Aku dibuatnya. Syukurlah, bila dia hulurkan kertas markah...tengok-tengok Aku lulus...walaupun bukan dapat markah penuh....tak kira, janji lulus. Yeahoooo!!!

Dan rupa-rupanya dalam sekian ramai geng dari sekolah memandu yang sama, hanya Aku seorang yang berjaya mendapatkan lesen hari itu. Wah! Pak Cik pun tak sangka! Itulah Pak Cik, jangan pandang saya sebelah mata, tau! heheh...riak la pulakk!!!

Hari ini Aku masih tidak melupakan saat-saat yang 'getir' itu. Saat di mana terpaksa bergantung kepada keupayaan mengaplikasikan ilmu berdasarkan latihan yang tidak seberapa dan penilaian ketat pengajar yang tidak dikenali. Tak ada ruang untuk meraih simpati atau belas kasihan. Mungkin pengalaman ini bukan sesuatu yang 'besar' untuk dikenang, tapi untukku ia adalah antara anak-anak tangga yang menjadi perantara membawa Aku naik ke takah yang lebih atas.

Ianya tetap satu pencapaian.

(Tengoklah, sekarang memandu ke sana ke sini tak ada hal...Fernando Alonso tengok pun takut...ekekeke...takut kereta tu roboh leeee...)

Thursday, January 21, 2010

Teringat-ingat

Mungkin Aku patut buat satu satira makanan macam FT. Makanan bukan hanya untuk memberi kelangsungan hidup, tapi juga selalunya ada cerita lain juga disebaliknya...mungkin hanya untuk orang-orang macam Aku yang suka mengimbas kenangan.

Di meja sarapan pagi tadi, untuk hari ke-4 berturut-turut, Aku makan kuih pau. Insyaallah, esok rasanya dah jelak kot. Begitulah, Aku kalau sukakan sesuatu, Aku akan makan sampai jemu...lepas tu ok...tunggulah sebulan lagi ke pulak hahah.

Masa makan tu, Sirapmadu yang terikut-ikut makan pau hari ini (dan sebungkus nasi lemak..:) ), bercerita pasal roti mamak benggali yang dulu-dulu pernah makan masa kecil-kecil dulu. Wah! Segera teringat betapa lembut dan gebunya roti itu. Ingat lagi waktu tu, dia akan lalu dengan basikal tua berpalang. Di atas pelantar basikal, ada bakul besar. Dalam bakul tu ada roti yang masih suam-suam. Lepas tu ada bunjut-bunjut kain bergantungan, ada tempat simpan kaya. Aku memang hafallah bunyi 'hon' basikal dia. Mamak roti Aku tu dah tua sangat dah masa tu...kurus cengkung jer...tapi kuat mengayuh basikal serata kampung. Masa tu roti yang Aku beli, harganya cuma 20 sen...lebih besar dari tapak tangan dan lebih tebal dari kamus Oxford Aku ni. Roti tu disapukan dengan kaya yang sungguh sedapppp...sampai sekarang Aku belum pernah jumpa kaya yang setanding dengan rasa kaya yang Aku pernah makan ini.



Lebih kuranglah rupa roti benggali ini...cukuplah buat mengimbau nostalgia lama.

Selain roti, Aku juga suka tunggu seorang mamak ini yang naik motor menjual putu bambu. Pun harga 20 sen satu. Tapi sebiji putu bambu dia ni, boleh menggantikan makan tengahari Aku. Sedappp nyeeee!



Lagi apa, ya? Emmm...Sirapmadu suka makan ais krim potong masa dia kecil-kecil dulu. Yang rupanya macam ini, kan?



Aku tak suka ais krim potong, Aku suka yang stail kepit tu. Ais krim kepit macam ini. Eeee....bestkan masa tu!



Ais kepal? Aku tak pernah tengok dan makan ais kepal secara langsung. Mak Aku ada ceritalah, dulu dia suka beli ais ni...lebih kurang macam ABC, kepal-kepal taruk atas tapak tangan, ye? Sirapmadu kata, dia pun suka. ABC memanglah Aku suka.



Hemmm...bila dikenang-kenang macam ini, memang bersyukur dan berbangga menjadi anak Malaysia.

Tuesday, March 03, 2009

Suci Sekeping Hati

Lagu ini lagu kesukaan Aku yang mengingatkan Aku pada seorang teman semasa di Matrikulasi UUM. Aku tak pernah ingat lirik lagu ini, bila ditanya Aku akan menjawab, "Ala...lagu yang hati dibawa berlari tu lah...". Sudahnya Fatimawati menuliskan lirik penuh dalam Autograph yang Aku edarkan di penghujung tempoh kami berada dalam satu kelas yang sama.

Aku kenal lagu ini semasa mula-mula melibatkan diri dengan aktiviti Lujnah Kebajikan dan mengikuti acara pertandingan nasyid yang diadakan. Dan Aku telah juga melibatkan diri dalam pementasan pantomime khas untuk Muslimah sahaja. Salah satunya yang paling melekat kuat ialah Aku memegang watak Hassan Al-Bana. Saat-saat akhir di mana Aku dipisahkan dari "anak dan isteri" lalu dihukum gantung. Entah jubah dan serban siapa yang Aku sarungkan malam itu.

Dan lagu ini kekal segar menjadi sebahagian dari kisah hidupku yang belum mampu dipadamkan waktu.

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Monday, September 15, 2008

Kisah Di Hentian

Teringat aku suatu masa dahulu semasa aku dalam perjalanan balik dari kampus UUM ke rumah di Bagan Tiang. Oleh kerana aku bertolak sebelah petang, sewaktu tiba Hentian Raya Parit Buntar, waktu Maghrib sudah hampir masuk. Oleh kerana bulan puasa, maka semua perjalanan bas telah dihentikan seketika bagi membolehkan pemandu-pemandu berbuka puasa dan menunaikan solat. Aku terpaksa menanti bas bernombor 5 untuk sampai ke rumah. Yang kebetulan ada padaku hanyalah sekotak air buah dan sebungkus kecil gula-gula. Rasanya cukuplah untuk memenuhi syarat berbuka sementara sampai di rumah.

Ketika aku termangu-mangu menunggu di bangku, hampir sahaja keseorangan kerana semua orang sudah menghilang...aku disapa seseorang.
"Adik, tak berbuka ke? Seorang lelaki awal 30-an muncul di depanku. Macam pernah aku nampak. Oh ya, pemandu bas Bumiwira yang aku naiki dari Butterworth ke Parit Buntar tadi.
"Dah ada air ini cukuplah", kataku. Aku sebenarnya memang tak berapa berani kalau berdepan dengan orang yang tidak dikenali. Tetapi aku selalu berpegang pada satu perkara sahaja, jika kita bersikap baik pada orang...insyaallah, Tuhan akan lindungi kita.
"Ambillah kuih ini, abang beli kat gerai sana tadi," katanya mengunjukkan satu bungkusan plastik.

Mak pesan jangan terima apa-apa benda termasuk makanan sembarangan, apatah lagi dari orang yang kita tidak kenali. Tapi hari itu, aku fikirkan benda lain. Bukanlah aku berasa lapar sangat, tapi entah kenapa aku tak sampai hati nak menolaknya. Aku tengok abang tu sendiri dah macam letih lesu dengan baju dan rambut yang serabai. Sanggup dia ketepikan diri sendiri untuk membantu orang lain, itu aku punya anggapanlah sebab tak baik berburuk sangka sesama manusia, kan.

"Tak apalah, bang...saya pun dah tak jauh lagi dah. Nanti saya makan kat rumah aje. Dapat minum pun dah okay," Aku cuba menolak dengan baik pada mulanya.
"Ala...ambil lah...bukan ada apa pun, betul...abang beli kuih ni kat gerai haaa..." agaknya dia tahu kot yang aku ni cuba bersikap berhati-hati...tapi jenis yang duduk atas pagar punya.
"Kalau macam tu, oklah...terima kasih. Abang dah makan ke?"
"Dah. Ok, jaga diri baik-baik" lepas itu terus dia berlalu. Sehingga bas aku sampai, kelibatnya pun tak nampak lagi.
Ya! Aku makan kuih koci itu. Sedap rasanya. Terima kasihlah kepada abang yang aku tak tanyapun siapa namanya. Dan tidak...aku tak sakit perut pun...atau aku tidur malam termimpikan dia.

Moral dari secebis kisah benar yang berlaku dalam bulan puasa bertahun-tahun yang lalu ini ialah....Tak semua benda yang kita sangkakan adalah seperti apa yang kita fikirkan. Manusia melakukan sesuatu kerana macam-macam dorongan, dan tidak semua dorongan bermaksud jahat....barangkali dia didorong oleh Allah untuk menyampaikan rezekiNya padaku pada masa dan ketika itu. Alhamdulillah.

Tuesday, July 01, 2008

Ceria Di Zoo

Hek elehhhh...seronok la pulak main-main buat cover ni. Hish! Hish! Kan bagus kalau ada lebih banyak selection majalah...barulah best skettt...yelah, mana la pernah jadi cover majalah kannnn...satu-satunya citer dan gambo aku kuar majalah ialah pada Dec 1991, Majalah Dinamik (entah idup lagi ker tidak). Cover page masa tu gymnas Faiznur Miskin, kakak pelakon Jehan Miskin tu. 2 page citer aku tau he..he...citer kenangan program Titian Emas 1991 kat Labuan.

Gambar ni, masa pergi Zoo Negara tahun lepas.


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Memory in Saitama

I found this cool stuff from a friend's blog...can't help imitating! (a perfect dose for a stagnant progress around here...he..he...). This picture was taken in 2000 at a bowling centre in Saitama Prefecture during my JICA Friendship Program. My team - Aoki, Yoshihiro & Itto of Timor Leste- won the third place.


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Tuesday, June 10, 2008

Ram & Huda

Posting ini ditujukan khas buat pasangan suami isteri Kapten Mohd Ramzan dan isterinya Huda yang bakal bergelar ayah dan ibu bulan Julai ini dengan doa semoga bahagia dan sejahtera selalu. Tak pasti apa yang menyebabkan tidak ada entry untuk majlis walimah mereka padahal blog ini dah wujud since 2006. Jangan kecik hati yer adindaku! 

So, buat mengimbas semula saat-saat bahagia itu (mesti korang pun rindu nak tengok kan pasal sure tak bawak album pi sana)inilah posting khas rakaman hari tersebut yang berlangsung pada March 2007. Inilah wajah ceria pasangan pengantin yang sedang diajar berposing di hari persandingan mereka...he..he...he... Mak dan ayah Huda meraikan pasangan pengantin di meja santapan...he..he...cam biasa mak ayah aku tak kelihatan, almaklumlah tuan rumah ni sibuk melayan tetamu lagipun time nie belum pandai panggil caterer lagi. Tapi hidangan pengantin memang ditempah.


   





Pengantin di meja santapan. Julita Aishah (anak sedara) dah enterframe! Kek tu sedapnya...tapi makan cuma sepotong jer sebab dah kenyang...dan base bawah yang besar tu seingat aku dikenduri beramai-ramai dek budak band pada malam harinya...huhuhu...


   

 Adik-adik mesti hormat sama kakak...tu pasal semestinya kakak berdiri kat tengah...he...he...he...

   

 Depan khemah makan. Sian depa nie kena dera berposing tengah panas terik...berpeluh-peluh masa tu...tak bleh nak touch up lebih-lebih kan, Huda . 



Bergambor dengan Huda. Habislah semua yang lalu-lalang terpesona tengok aku eh..bukan...bukan..pengantin pompuan daaa pasal pakai gaun kembang cam cinderella...he...he...

   

 So, harap entry petang Selasa ni menceriakan Ram & Huda kat sana.

Mengantuk Punya Pasal...

It was raining heavily on my way to office this morning. So it did'nt surprise me when it took longer for me to reach jalan Bangsar. But it did surprise me as it was clear like crystal once I reach Jalan Bangsar...because of that, I still managed to be in the office 5 minutes before 8.

Sempat juga mendengar radio ERA dan tersenyum-senyum mendengar cerita yang memanggil. Topik yang diperkatakan adalah berhubung, "Mengantuk punya pasal". Kata seorang pemanggil, mengantuk punya pasal dia tak perasan yang dia cuba buka pintu kereta yang salah. Dia ingatkan kereta dia, sampai berbunyi alarm kereta tu dibuatnya. Last-last found out itu rupanya kereta ketua Guard kat situ...ha...ha...ha...lawak...lawak...

Bercakap pasal mengantuk punya pasal, I have my own experience, memang tak bleh lupa. Masa tu tahun pertama kat UUM, kelas Organizational Behavior. Kelas tu lecturer dia tough ala-ala mamak. Misai jambang sume memang menakutkan la. And was one of the well-known 'killer' lecturer around. Biasalah, masa registration pilih kelas selalunya kelas-kelas yang pensyarahnya agak lenient mesti dah sold out...by the time aku register, tinggal pensyarah2 yang digeruni ajer....aku pulak tahap konfiden terlebih, so, main taram saja.

Alkisahnya kelas lecturer ni bermula jam 2 petang sampai 4. Prime time sungguh! Yelah, bila dah masuk bilik kuliah yang dingin...dengan perut yang agak penuh sebab dah lunch...kena pulak dengan stail pengajaran yang straight forward....kira lengkaplah segala perisa untuk menciptakan satu suasana melelapkan mata yang tak boleh dielakkan. Masa tu pulak aku di ambang memakai cermin mata...dulu tak tau, apsal lah kelabu benor tulisan kat transparency tu...selalu tengok nota orang sebelah...yelah, tak tahu pulak mata nie dah tak berapa okay. Jadi macam biasa, bila dah boring tengok tulisan tak jelas tu, mulalah menyandar...sekali sandar eh...sedap pulakkk...keh...keh...pass tu suara lecturer pun cam sayup-sayup jer...tapi wa punya aksi tak der la over...kat belakang tu ramai yang menelungkup terus, almaklumlah dewan kuliah subject teras selalunya besorr. Kira macam duduk tegak ler, cuma mata tu sekejap tutup sekejap bukaklah.

Sekali kan, lecturer tu start menyindir. Adusss! Pedihnya! Dan lagi best mata dia merenung tepat ke arah aku. Masa mata bertentang mata tu memanglah perasaan mengantuk tu dah tak der lagi...tapi muka aku rasa pijar macam kena lumur cili! Punyalah malu...kira kes sapa yang makan cili dialah terasa pedasnya. Tak tahulah budak lain yang senasib ada terasa ke tidak, tapi sebab aku dah terpandang muka lecturer tu...aku andaikan aku ler orangnya. Malu siot!!!!Sib baik tak ada cengkerang!

Lepas peristiwa tu aku jumpa lecturer ni minta maaf. Dan lepas tu tobat aku tak pernah lagi tidur-tidur ayam kat kelas dia. Dan yang bestnya, dia pun ok dengan aku. Malah masa dia handover kelas tu ke lecturer lain bila dia further study kat oversea, dia dah tolong ensure that I've got enough carry mark to final( dengan cara yang betullahhh)...he...he...kiranya baiklah lecturer ni dengan aku padahal semua orang pun tahu aku paling payah nak jumpa lecturer, lekatlah consultation hour apa ker...dah sah-sah aku tak pi...unless kalau dah betul ada masalah.

Itulah padahnya "Mengantuk punya pasal"...tapi it turned out to be a blessing in my case. Sampai sekarang kalau teringat sure gelak!

Tuesday, April 08, 2008

A Quiet Weekend and A Zoo Memory (how they relate)


Last weekend was a bit quiet for our family. Normally we did go out to nearby hypermarket for shopping. Instead, on Saturday morning my husband had to attend a bowling session with his banking customer at MidValley. He's already too tired to venture out in the afternoon. So, we all stayed at home doing nothing but watching TV.

On Sunday morning,we went to visit our BTP house and experienced 'nightmare' on the way back through old Rawang Town-Selayang-KL route. Almost had an accident with a white MyVi. The driver failed to signal when turning at a petrol station. The Naza Ria now bears a slight ugly mark on its side-front bumper. So, by the time we reached Wangsa Maju's Nagoya later that day to collect my new customized curtain, hubby's already in bad mood. Therefore, we agreed to skip the shopping part and headed straight home. I missed my CSI back-to-back programme on AXN channel as well since the kids retire to bed as early at 9 p.m. Might as well just go to bed and rise early.

Anyway, probably Hisham did notice the lack of activity that he suggested to visit the zoo.Ha..ha...wait till hubby hear about this coz I forgot to tell him. We've been to Zoo Negara several time already with the recent visit last year. That's remind me to a photo-postcard we had during our last visit. We only dared to take picture with the pony...even so, look at Aiman...he's crying!

Friday, September 07, 2007

Outdated Foto - Ballarat, Australia



Yellow field! I don't know what kind of flower this is,it does'nt even have nice smell but it look great for a photo shot. Along side road leading to Ballarat. We kind of "jakun" a bit...so, we just stop at the road side and took turn posing...Although the weather was clear, the wind was quite chilling, hence, the thick wind-breaker was really a good companion for Malaysian like me who all her life so used to our hot and wet climate.

This happened in September last year

Outdated Foto - Weekend Trip (Down Under)




About a year ago around this time, I was attending a telecommunications workshop in Melbourne, Australia. For this year, 2 of my colleagues here will attend the same event, so, somehow it reminded me of the good memory I had there. I still have some of the photos I took during that trip. It's a nice country to visit. Of course, Malaysia is the place I wanna be...always...but for a short change, Australia is some of the foreign land I would like to visit other than the land of rising sun (Japan) and New Zealand. Those are my favourites. I've been to Japan in year 2000 for about 3 weeks and I have a foster family in Toyama Prefecture. However, I've now lost contact with them. The main barrier is not only distance but the language as well.
These shot was taken at a seaside of Bellarine, Australia. At that time, me and few fellow Malaysian attending the same course were on our way back from a trip to Ballarat. We stop for lunch here. We ate the nasi goreng which I prepared using ingredients we bought from Asian Grocery near Saville at Russel Street. From here, we took a ferry to Morning Peninsular. Then, drove back to Melbourne. It was during the ferry ride, I met with a Singaporean lady and she alerted me to look for dolphin. She told me that sometimes few dolphin would swim close to the ferry. I am just lucky as I spotted one dolphin. When I called my friends, it was nowhere to be seen.
I hope this would not be my last visit to this country.




Thursday, April 19, 2007

Take A Break





Don't know what hold me from updating this blog frequently. Guess I lack the "consistency" and other "x-factor". Hemmm...anyway, I just got my convocation photos last week. Hope will be able to be back soon.




Here's some more. Taken after the ceremony.



Bergambar dengan Abang di luar Dewan Muadzam Shah yang penuh sesak.

Yang nie pulak, somewhere dekat the campus's main entrance. Dulu-dulu tak ada benda ni semua.



Kalau ada member-member lain, boleh gak la buat posing gila-gila sikit...tapi setakat sorang nie...alahai...cover! cover!

Tuesday, March 06, 2007

Down The Memory Lane...SRKM



It's been a longgggg time. Well, better late than never, huh? Right, I'm back on track! Today, in between of my daily office tasks, I stumbled upon my alma mater's website. I almost choked with emotion. The feeling is still strong...after all the years, I guess the 'child' in me is taking control and insist for a stroll down the memory lane.

This is my school's badge. I never bother what "Bene Orasse, Bene Studuisse" meant before. S.R.K Methodist is actually the oldest school in Krian District of Perak. This school was established in 1907. This year, SKM is going into its 100 years...whoaaaa....congrats!!! I am so proud of this school.

I was'nt very fond the 1st time I heard about my dad's plan to enroll me in this school way back in 1982. Actually, it was quite an extraordinary decision. My father did various odd 'kampung' job to support the family. We are big family, eight of us. I am the fifth. Financially, we were not that strong. Just enough to have the basic necessities, we did not even have a television set. But, my father was quite stubborn to send me to this school. At that time, SKM was a top school in Parit Buntar. English was widely accepted here, although the medium language at that time was Bahasa. My eldest brother also received his primary education here, but, that probably because he was (at the time), the only son...so, may be he deserved 'special' treatment. All my other siblings went to a nearby primary school.

I still remember how my father send me to school (and fetched me) for the first three days. We waited for the only bus company serving the Parit Buntar-Tanjung Piandang route, the so called, "Red Omnibus" with the number 5. It's a long journey, we had to get up early to catch the bus. I was enrolled into Kelas Bunga Kekwa (1 Kekwa). Then, for the rest of the days...until my last day in Standard 6...my daily transportation was a small van drove by Pak Mat. There's sweet and bitter experiences altogether, but, I really must thank my father for making the right decision...SKM really helps me (part of the process) to be what I am now. I can still remember all my teachers - Mrs. Raju (1 Kekwa), Puan Zariah (2 Jenjarum), Mrs. Leong (3 Kekwa), Encik Mazlan (4 Biru), Puan Zainab (5 Biru) and Encik Baharuddin (6 Biru). I also cannot forget my 'Ustazah' who seem inseparable from her makeup set...yet, the one who thought me how to perform ablution & pray (so efficient & unforgettable I can still remember her instruction). I am forever in debt, may Allah reward you abundantly.