Friday, December 14, 2018

Poster

Adalah nampak juga sedikit sumbangan, walaupun hasilnya tidak seberapa. 😅
Seram juga bila orang request kita buatkan poster sebab tak pandai pun, yang ada cuma niat hendak menolong sahaja. Belasah sahajalah, janji mesej sampai. Jangan dilihat kepada nilai estetikanya...hahaha...


Monday, December 03, 2018

Yang Tersirat

Manusia ni dia hanya suka nak kita cakap apa yang dia suka dengar sahaja. Jarang la nak jumpa yang boleh terima kata-kata kita, yang tak seirama dengan dia.

Sebab tu kadang-kadang rasa pelik, lepas macam-macam dia buat kat kita...lepas tu dia tanya, "Hari ni awak macamana? Ok ke? Rasa-rasa kau???

Ianya sama seperti awak pukul dan terajang seseorang, lepas tu awak tanya dia. "Sakit tak?".
Tapi yang bestnya, awak tak nak dengar dia jawab , "Giler sakitttt!". Sebaliknya awak nak dia jawab, "Saya ok. Alhamdulillah tak ada apa-apa dan in shaa Allah akan kekal macam ni sampai 100 tahun lagi". Esoknya awak sepak terajang dia lagi. Dan keep on tanya, "Awak ok?".

Mental!

Sebagai manusia biasa, adakalanya kita ingin sangat menyatakan apa rasa kita kan. Apa rasanya diperlakukan begitu sebab bak kata Ma Jin Joo...bila sesuatu itu membelit dan mencekik...masa tu la kita patut usaha untuk leraikan...bukan tunggu dan tangguh hingga akhirnya yang membelit itu begitu berselirat sampai tak mampu lagi nak dirungkaikan. Masa tu dah terlambat...(banyak betul belajar dari drama korea ni kann...:) . )

Dan bila kata-kata tidak lagi sampai masuk ke hati, menjadilah kita sekadar berbicara tetapi tidak berniat untuk berkomunikasi. Bak kata Seo Woo Jin yang membenci jalan satu hala kerana baginya sesuatu hubungan itu perlu berlangsung secara dua hala. Mungkin adakalanya apabila sesuatu itu sudah menjadi biasa, maka kita sering terlupa untuk memperhatikannya. Mengambil sikap tidak peduli kerana kita enggan benar-benar melihat apa yang sebenarnya terjadi. Mungkin takut berdepan realiti atau sekadar membiarkan masa berlalu mengharapkan segala-galanya akan tetap kembali seperti asal.

Lalu begitulah, setiap kali mereka bertanya kita, apakah segalanya ok untuk kita...maka semestinya kita akan jawab OK kerana kita sendiri sudah penat untuk menjelaskan kerana bukan semua perkara ada bahasa penjelasan yang boleh menembus masuk ke ruang hati dan fikir manusia yang bertanya yang sebenarnya hanya sekadar ingin berbahasa tetapi tidak ingin memahami.