Hari ini saya hendak bercerita kisah kasut. Sebelum sampai kepada kasut, kena sebutlah sikit pasal kaki, iaitu tapak kaki. Kerana tanpa tapak kaki, siapalah kasut. Bersyukurlah kerana anda punya tapak kaki kerana tanpa tapak kaki, anda tidak ada keperluan untuk berkasut. Berbahagialah walaupun tapak kaki anda bersaiz besar...hehehe...
Membeli kasut adalah antara saat-saatnya yang saya paling rasa sengsara. Rasa malu. Suatu ketika dulu, rasanya saya lebih sanggup berpanas di bendang daripada berada di kedai kasut kerana hendak membeli kasut.Mengapa? Kerana susahnya hendak mencari kasut perempuan bersaiz 9. Nasib baik kasut sekolah ada yang bersaiz besar. Cuma bila-bila nak melaram pergi kenduri atau berjalan ke mana-mana, payahlah nak ada kasut yang sesuai...saiz paling besar yang ada di pasaran Parit Buntar masa tu cuma 8. Nasib baik la ada kedai cina yang tawarkan perkhidmatan menempah kasut ikut kesesuaian kaki. Tapi ambil masa sebulan dua jugalah untuk kasut tu sedia memandangkan tak ramai yang menempah dan kilang yang akan membuat kasut itu letaknya di Johor Baharu. Umang aiii...kena import oiii.
Bersyukur kerana masih ada pilihan walaupun terhad. Walaupun agak sedih kerana tak dapat mengayakan kasut-kasut terkini macam kawan-kawan lain.
Segala-galanya mula berubah setelah saya mula bekerja dan menetap di Kuala Lumpur. Pilihan kasut dengan saiz yang lebih besar sudah ada meskipun masih juga berdepan dengan masalah bila hendakkan kasut yang berkenan di hati, jurujual kata 'tak ada saiz'. Rupa-rupanya kasut saiz 9 laris macam goreng pisang panas. Mengapalah kedai tu tak tambah stok...haish!!!
Saya selalu berkunjung ke kedai kasut Popular di Jalan TAR kerana kedai itu ada menjual kasut-kasut bersaiz 9 sehinggalah 12. Kedai kasut Princess di deretan yang sama pun ada, tapi masalahnya, rekabentuknya kurang menarik. Jadi, Popular adalah pilihan terbaik untuk saya. Setiap kali ke situ, saya akan bertemu dengan wanita-wanita lain yang turut sibuk menyerbu rak kasut bersaiz besar menyebabkan saya selalu tak dapat kasut yang saya mahukan. Hemmm...ramai rupanya orang lain yang juga berkaki besar ini.
Akhir-akhir ini, setelah masalah mendapatkan kasut dengan saiz yang bersesuaian sudah selesai...saya merasakan perlu untuk memikirkan masalah lain pula. Masih berkait dengan kasut. Selaras dengan peningkatan usia...ehemmm...saya harus akui yang saya semakin berasa tidak selesa dengan kasut yang dipakai (yang tidak pernah saya fikirkan dulu). Sudah lebih 3 tahun saya tidak membeli kasut yang bertumit tinggi...paling-paling pun 1 inci sahaja. Kadang-kadang saya pakai sekejap untuk masa-masa terhad. Misalnya menghadiri majlis-majlis tertentu kerana kasut sebegitu memberikan 'aura' yang berbeza. Namun semenjak-dua menjak ini, saya sudah tak peduli tentang aura. Yang penting selesa.
Masalah mendapatkan tempat parking dan kesesakan lalu lintas bila pulang dari kerja yang tidak pernah berkurangan juga membuatkan saya kini cenderung menggunakan lrt. Kadang-kadang saya drive dari rumah dan parking di kawasan lrt. Namun memandangkan cuaca yang sudah jarang hujan sekarang, saya juga sudah banyak kali memilih untuk berjalan kaki sahaja dari rumah terus ke stesen lrt. Ya, jalannya agak jauh...dalam 10-15 minit mengikut langkah bersenang-senang hati saya. Tapi oleh kerana saya menggunakan jalan shortcut melalui pangsapuri Mawar dan kemudian jalan belakang Melur...saya tak rasa perjalanan itu jauh. Lagipun ehemmm...boleh jugaklah keluarkan peluh. Atas dasar perubahan mod pengangkutan inilah maka keperluan untuk mendapatkan kasut yang lasak, selesa dan sesuai di'lanyak' semakin menjadi-jadi.
Teringat zaman belajar di UUM dulu. Saya hanya pakai kasut pallas jazz hitam untuk ke kuliah (dengan baju kurung). Hahah. Memang tak fashionable. Tapi tak kisah pun, yang penting saya boleh sampai ke dewan kuliah dengan cepat tanpa melecetkan kaki. Tambah pula jadual saya banyak yang back-to-back sebab saya jenis yang malas hendak berkhemah di luar pusat pendaftaran semata-mata hendak berebutkan kelas. Apa-apa kelas yang tinggal, saya ambil je...walaupun dapat killer lecturer sekali pun. Dengan kasut pallas jazz itulah saya boleh berjalan pantas dari dewan kuliah 3 ke dewan kuliah 2 , kemudian berpatah balik ke dewan kuliah 3 semula sebelum menamatkan acara maraton di dewan kuliah 1. Dah selesai balik merentasi tasik pulang ke kolej penginapan...kalau rajin, melencong ke pusat 'membeli-belah' kami untuk membeli barang atau sekadar beli hotdog yang sedap (kalau tak pun pergi 'cucuk' mesin ATM). Sangat berjasa kasut pallas jazz itu.
Rasanya, keperluan untuk pergerakan pantas yang menyelesakan itu kembali mengamit. Faktor usia menyebabkan saya perlu berkira menjaga kesejahteraan tapak kaki...berat badan yang tidak berjaya dikurangkan juga semakin terasa di kaki. Well...itulah permasalahan yang perlu dihadapi. Buat apa nak nampak cantik kalau diri rasa tak selesa, kan? Menyusahkan hidup sahaja! Jom utamakan keselesaan sendiri.
Lalu saya teringatkan saranan seorang rakan tentang kasut kesihatan ini. Yup...saya dah beli. 2 pasang sekaligus untuk permulaan.Jom saya perkenalkan...
Stepcare Health Shoe. Manfaat dan maklumat lain, boleh dirujuk di pautan ini http://www.stepcareonline.com/benefit2.html.
Anda boleh dapatkan kasut kesihatan ini di outlet Rehab Supplies. Kat farmasi PPUM ada. Hospital UKM pun ada. Bila saya buat carian cawangan, saya jumpa yang paling hampir dengan rumah saya iaitu kat Jalan Pahang, berhadapan dengan Hospital Kuala Lumpur. Saya terus call dan tanya. Bestnya sebab orang tu macam tahu-tahu saja bila kata "kat sini kami ada banyak model dan saiz yang besar-besar pun ada.." wah...wah...wah...senang keroje den! Terus pi hari Sabtu lepas. Hari Sabtu beroperasi bermula jam 9 pagi sampai pukul 3 petang.
Inilah model pilihan saya. Comel kan? Kasut ni gemuks sebab 'lebar' dan tapaknya tu berlapis-lapis macam kusyen...sedap pakai! Seronok la berlari-lari anak mengejar lrt nih...hisk...hisk...hisk...Model yang satu lagi very plain...tetapi tapaknya tinggi sikit la...Untuk model yang tapak tinggi ni, itu aje pilihan yang ada. Ala...kasut untuk kesihatan pun namanya...kalau nak yang trendy, silap kodai la ekau!
Ini tapaknya...natural rubber! Tadi kat kafetaria, licin lantai tu...berminyak bagai, rasa cam nak skating jer huhuhu...Kalau jalan atas jalan kasar tu, memang mencengkam...mengalahkan tayar baru.
Harga? Harganya tetap untuk semua cawangan dan semua model. RM150 sepasang. Kawan saya yang dah pakai setahun lebih kasut ni kata, so far, memang puas hati. Kalau jalan jauh (dia pun travel dari lrt ke lrt), walaupun terasa berpeluh...kaki/kasut tak berbau. Dan memang lasak la...dah setahun tu, tak de la rosak bagai...haus jugak tapak tu, tapi still dalam kondisi yang okay. Berbaloi-baloi la. Wah...promosi nih!
Saya baru pakai dalam minggu ni...masih dalam mode 'sayang' nak belasah lebih-lebih. Jalan pun hati-hati melangkah...hahaha. A bit rasa pelik at the beginning...now getting use to it.
Pencarian kasutku sudah berakhir! Phewwwww...