Entah mengapa, pagi ini, dalam dok berkira-kira hendak mencari tempat letak kereta percuma di sekitar lrt Sentul ada saja gendalanya. Saya keluar awal seperti biasa, namun, lebih ramai yang keluar lebih awal daripada saya. Sebaik sampai di petak percuma yang disediakan DBKL, yang kosong cuma tinggal 2-3 yang nun di penghujung. Alaaa...kalau kat situ, baik sikit aje daripada berjalan kaki dari rumah. Terlintas juga hendak masuk parking berbayar. Tak mahal sangatlah, RM3 sekali masuk. Cuma masalahnya, ramai yang parking di situ. Bila balik petang, berlapis-lapis jadinya dan pengalaman ngeri telah saya tempuhi Rabu lalu bilamana Snowy kena 'block'.
Alahai...kita punyalah berjalan tak pandang kiri-kanan laju macam orang Jepun mengejar keretapi JR Line sebab dah timing baik nak sampai rumah pukul 5.15...tup tup bila sampai tak boleh keluar sebab kereta kena hadang...aiyoohhh...sikit punya hangin ke? Dan hari itu setelah lebih 10 minit menunggu dengan tak sabarnya, saya telah menggunakan kemahiran maju dan mengundur dengan penuh berhati-hati sambil menahan nafas...sehingga akhirnya saya berhasil juga keluar tanpa mencederakan sesuatu heheh. Nasib baik ada sedikit ruang yang tinggal untuk manoeuvre. Jadi, membayangkan adegan itu...rasa serik pun ada.
Tanpa perancangan awal, saya terus memandu sehingga keluar ke persimpangan Jalan Sentul. Saya memandu terus sampailah ke pejabat...hemmm...hari ini hari Jumaat beb...tahu sahajalah keadaan lalulintas setiap kali semua orang berebut-rebut hendak balik pada hari Jumaat. Selalunya kesesakan jalan di petang Jumaat lebih teruk daripada kesesakan di hari-hari lain.
Hai...saya harap hari ini okaylah, semoga ramai yang bercuti atau apa saja...asalkan tidak menganggu lalulintas saya petang ini.
No comments:
Post a Comment