Showing posts with label Cooking. Show all posts
Showing posts with label Cooking. Show all posts

Sunday, July 05, 2015

Berjinak2 di Dapur

Sempena hari 'off' ni, jom buat aktiviti yang jarang dapat anda lihat berlaku di dapur Telipuk. Apa lagi...aktiviti buat kuih la. Kuih apa? Kuih raya ler...kan nak raya dah tak lama lagi...lagu raya pun depa dok main dah kat bazar pejabat Telipuk. Telipuk pula yang rasa janggal semacam mendengarnya. Macam awal sangat jer...macam over pulak!

(yang hang tu dok kalut buat kuih lagi over tau Telipuk...).

Eh...eh...Telipuk buat kuih sambil lalu saja. Tak makan banyak masa dan tenaga pun. Kalau hat yang jenis remeh-remeh tu, sorry la. Saja la teringin.

Kuih ni lazimnya kakak sulung Telipuk akan buat. Telipuk rajin makan je. Tapi sebab lambat balik...hari raya ke3 uols baru dapat balik (drama sikit!)...takut tinggal serdak la pulak. Kuih favorite ni. Makanya, Telipuk buat sendiri jer lah. Hahaha...justifikasi!



Kuih apa tu? Haa...inilah biskut Y...biskut paling sempoi di alam semesta. Bahannya simple dan mudah nak buat. Tu yang Telipuk berani buat ni...hahaha...komitmen di dapur tak tinggi sangat. Ada orang panggil biskut dahan patah...oooo...ye ke? Tak terfikir pula Telipuk nama macam tu...kalau Telipuk nak je panggil biskut 'Yes' atau biskut 'Ya'.



Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat biskut ni cuma ada 3 jer. Tepung gandum, gula pasir dan marjerin. Mentega pun boleh.


Kaedahnya pun senang...tak payah nak guna mixer bagai. Campurkan tepung dengan gula. Lepas tu masukkan marjerin. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.


Bila dah rupa macam tu, tekan jer la dalam acuan tu. Mampatkan jer dan susunlah dalam dulang pembakar. Acuan tu tak payah nak sapu sebab adunan tu pun dah sedia tak melekat.


Bakar pada suhu lebih kurang 180 darjah selama 15 - 20 minit. Bila dah nampak keperangan angkat dan sejukkan dulu sebelum diketuk keluar.


Taraaaa....tu dia. Macam tu ler rupanya bila dah siap. Rasanya lemak-lemak manis. Crunchy lagi. Senang kan? Untuk sekali adunan tu...dapatlah dalam 70 keping. Acuan Telipuk guna tu ada 2 set. 1 set ada 10 acuan. Sekali bakar memang 20 keping la jalan. Silaplah tak beli lagi 2 set...cepat sikit siapnya.


Thursday, February 05, 2015

Cuba Jaya

Di suatu pagi yang hening, kala mergastua riang berterbangan mencari rezeki, terilhamlah dalam fikiran Telipuk hendak menghasilkan sarapan pagi yang agak lain dari kebiasaan. Terus masuk kabinet cek inventori....bagus-bagus, lengkap serba-serbi. Redah buku chef Telipuk...eheheh...cari resepi. Adaaa...! Iyalah, Telipuk rajin cari resepi yang simple tapi sedap...cuma selalunya terperap dalam buku jer tak buat-buat.

Okay, jom buat apam balik. Selalu beli kat pasar malam saja, tak pernah merasa makan di waktu pagi semenjak zaman budak-budak berlalu. Dulu masa kecil, Telipuk tak pernah miss beli apam balik 20 sen kat gerai di pekan pagi Sabtu di Bagan Tiang. Masa tu jer baham apam balik waktu pagi. Sedap makan panas-panas.

Resepi ini Telipuk ambil dari blog Azie Kitchen ( http://aziejaya.blogspot.com/2014/08/apam-balik-lembut-dan-mudah.html). Blog ini memang best, dah beberapa resepi Telipuk cuba, memang menjadi dan sedap. Baguslah orang yang tak lokek ilmu ini. Bolehlah orang yang tak pandai macam Telipuk ni belajar.



Bila buat sendiri ini memang seronoklah beraksi macam penjual apam balik...best sangat sebab boleh letak inti lebih sesuka hati. Kalau kat gerai tu, dia main jemput hujung-hujung jari saja kan...yang ini ko belasah sajalah labu sukahati ko yang nak makan kan...cuma bila nak dilipat tu oh omak den..isi perut dia berjurai keluar sebab dah buncit sangat...hahaha...padan muka! Nak memandai sangat. Jangan risau, adjustlah seadanya, kita bukan guna acuan sebenar pun, pakai non-stick pan saja...dah tentulah tak jadi sebijik macam yang dijual. 


Adunan resepi tu boleh dapat dalam 6-7 biji saiz yang Telipuk buat nih. Okaylah...yang mula tebar tu, Telipuk tak pandai agak sangat jadi kulit dia agak legap...tapi rasanya tetap sedap. Yang Telipuk puas hati ialah kelembutan dan kegebuannya walaupun Telipuk cuma mengadun secara manual saja (pakai pemukul).


Hish....bangga gak kannn....tak pernah-pernah buat apam balik sendiri heheh....



Dan yang lebih menyeronokkan ialah apabila hasilan pertama ini laris dan disukai. Eheheh...ada harapan nak buat lagi.

Friday, November 15, 2013

'Hantu'

Bila mak sudah balik kampung, barulah rajin sikit nak menyelongkar peti ais. Heheh...Bukan apa, selalu stok kat dalam tu ikut citarasa mak dan orang lain yang mau serba. Setakat minah telur kicap sejak berzaman ni, apa barang kannn! Selongkar untuk cek tarikh luput juga...nampak penuh semacam peti ais tu. Masa menyelongkar tu, jumpa dua kuntum...bukan bunga cina...bunga kantan! Baru ingat, itu stok masa kami balik kampung tempohari. Kat belakang rumah kampung saya tu, ada serumpun pohon kantan...bunganya dah merata ceruk Bagan Tiang sampai....hahahah...udah hantu laksa ada kat KL...bagi jerlah kat siapa-siapa yang hendak guna. Kebetulan masa balik tu beberapa kuntum sedang mekar, mak bawak balik KL. Memang ada buat laksa. Tapi sekali tu ja lah.

Hemmm...nampak elok lagi. Nak buang sayang. Aishhh...rugi kalau tak dimanfaatkan. Timun ada sebiji. Ikan pun ada...siap siang lagi nun dalam freezer. Ceh...apalagi, beli daum kesum jerlah! Tak payah buat rencah banyak-banyak...tak ada maknanya sebab yang nak makan tu seorang Aku sahaja.

Jadi, di petang yang hening itu projek pun dijalankan dengan bersungguh-sungguh.


Yes...yes...buat juadah buka puasa semalam. Cukuplah semangkuk (dulu). Muehehehe...


Balik nanti boleh panaskan kuah lagi untuk dinner malam ni. Hari-hari laksa sampai titisan kuah yang terakhir nih. Pueh hati!

Tuesday, September 03, 2013

Projek Pizza

Hujung minggu tadi saya buat projek 'pizza'. Motivasi paling besar, sudah tentu anak-anak. Mereka suka makan pizza. Nak makan selalu, alahai...bukan murah macam beli nasi bungkus...kalau hari-hari mahu robek poketku. Jadi, sudah semat dalam kepala azam untuk cuba menghasilkan pizza buatan sendiri.

Kepada encik Google, saya mengadukan nasib...hahaha...ala...apa benda yang tak ada di hujung jari sekarang, kan? Berlambak resipi pizza...antara nak memilih yang manakah mempunyai ciri-ciri berikut...

  1. Menggunakan bahan-bahan yang mudah di cari & di fahami
  2. Senang nak buat
  3. Sedap dimakan  
Dah jumpa yang berkenan, mulalah proses yang saya paling tak gemar...proses penyediaan bahan. 



Saya membuat pizza seafood delight...hahah...suka hati jer tambah sosej ayam...seafood kunun! Masa nak buat topping tu memang seronok....sukahati la letak apapun. Taruk keju parut banyak-banyak...satu doh tu saya buat stuffed pizza...letak cheese stick dalam lipatan doh di keliling. 







Disebabkan saiz oven saya yang kecik tu...oven zaman mula-mula kawin katakan...maka, saiz pizza pun taklah besar mana...kecil sikit daripada regular size. Saya dapat 3 pizza untuk cubaan kali ini. Saya pun tak adalah beria-ia nak membeli perkakasan...jadi sebagaimana yang anda dapat lihat, saya bake atas tudung periuk jer tu....kelas ngkau mariaaa!!!


Ini versi stuffed crust...ala kedekut cheese...weiii...mahal tu cheese nak sewenang-wenangnya diperabiskan ye dak? Tapi okaylah...masih melimpah ruah lagi. 

Tak susah sebenarnya nak buat. Part topping tu...in sya Allah...cannot fail punya! Yang bahagian kena jaga lebih, dah tentu dohnya. Itu yang akan tentukan sedap ke tak pizza tu. Anak-anak tak kisah kalau base pizza tu lebih rangup macam thin crust Domino. Tapi, encik suami suka yang tebal dan lembut. Yang resipi saya guna ni ialah dari blog Azie Kitchen...alhamdulillah, agak kena dengan seleranya. Kena selalu praktis buatlah kalau nak skill lekat...kalau setahun sekali jer buat, payah le. 

Thursday, January 20, 2011

Apa Kata Survey?

Lai lai li tam plum...laksa asam.



Lai lai li tam plum...daging masak hitam



hemmmm...

Lai lai li tam plum...rendang pedas kerang?



Lai lai li tam plum...cucoq udang kuah kacang?



(gambar-gambar hiasan diambil dengan men'google' imej yang berkenaan kecuali cucoq udang, memang Telipuk punya)

haiyohhhh...

Problemo!

Tengah menimbang-nimbang apalah agaknya masakan yang akan disediakan menjelang aktiviti pot luck Jumaat depan. Hoh...memang kena fikir sekarang sebab hujung minggu ini kena siap cari bahan. Maklumlah, hari-hari bekerja manalah sempat keluar. Kalau hendak buat persiapan, hujung minggu inilah. Lagipun, tinggal 'chef' ini je lah sorang sebatang kara. Jadi, kena pikiaq betoi-betoi...kang kelam kelibut bersilat kat dapur sorang-sorang. Kena rancang strategi betul-betul.

Rasanya kena pilih yang boleh disediakan pada sebelah malam. So, cucoq udang kuah kacang tak bleh lah nampaknya...tak sompek den nak menggoreng pagi-pagi one by one gitu...huuuu...(nak jamu ompat puloh oghang...hiiiiii)

Laksa asam buleh yooo....taaapppiiii...nak bawak kuah nye yang den tak sanggup tu. Tak boleh naik lrt nih...kena drive jugak lah. Bekas pun satu hal jugak...silap haribulan, tumpah lak dalam keta den. Hish! Kang Aku taruk dalam jag plastik tu kangggg...Laksa senang gilos...celur je laksa tu (pagi2 pun sompek)...ulaman boleh sediakan sebelah malam, simpan dalam peti ais. Kuah pun buat sebelah malam...pagi tu panaskan jer la. Hemmmm...cuma tang nak bawak pi jer la yang teraso boghek yo ati ni...

Rendang pedas kerang pun senang...heheh...boleh buat sebelah malam. Cumaaaaa...bab nak membelah kerang (masih nak kekalkan tradisi tu...) tu yang macam sedikit liat. Sekilo tak pe....ini busuk-busuk pun mahu kena hadap 5 kilo...aiyaaaaa...

Daging masak hitam? hemmm....yang ni senang...masak sebelah malam. Panaskan waktu pagi. Nak bawak pun senang. Masuk dalam bekas empat segi yang sederhana besar tu...tahap penuh tepu. Cukuplah kot. Tapi, kena pi cari daging batang pinanglah weekend ni...lama tak pi pasar pagi Danau Kota.

Orait...so, lepas ni nak lat ta li lat ta li lat tam plum antara rendang pedas dengan daging masak hitam jer la...

Monday, May 18, 2009

Puding Roti

Hari tu Aku singgah beli Roti Gardenia yang saiz besor tu, tak sangka bila balik Abang pun beli yang seumpamanya. Pueh la makan roti sampai naik jelak. Balance yang tak habis, Aku simpan dalam freezer. Hari Sabtu tu, Aku buat projek. Lama dah tak panaskan pembakar cap ayam Aku tu...lain la orang tu kan...kan...kan...heheh!



Puding roti ni simple giler (kalau idak boleh kirim salam di angin lalu jer la...). Bahan semua dah ada, jadi main campak-campak ajer lah sesedap rasa.



Boleh disediakan bila-bila masa. Tak menggunakan masa yang banyak. Tapi nak kasik canggih sikit, kali ni Aku buat 'sos' nya sama.



Emmm...nyummy!

Monday, April 21, 2008

Paprik


Lauk tengahari semalam. Ayam masak paprik...time nie tengah in the making la...dalam kuali lagi. Pagi tadi panaskan buat makan sahur. Hari ini dan esok, insyaallah, berpuasa. Bukan puasa wajib, tapi puasa sebab menzahirkan kesyukuran atas rezeki yang Allah kurniakan dan kesihatan anak-anak yang dah pulih seperti sediakala. Alhamdulillah.

Thursday, April 03, 2008

Home Cook Day!

Puasnya hati makan breakfast pagi ini. Semenjak dua menjak ni memang ada rasa hilang selera sikit bila pi food court...dah boring tahap tepu. Balik-balik makan benda yang sama. So, yesterday, I told my colleague that I will bring my own breakfast from home. Glad I just did that. Actually it was not a trouble at all. I found a pack of spaghetti and a can of Prego's 'ready-to-eat' pasta sauce. And there's still half of Ayam Brand's tuna chunk in pure water left in the fridge. Based on the available ingredients, I cooked a simple spaghetti bolognese with tuna meat for today's breakfast. And it's yummy too. I brought some for my colleague too. She said it's a good idea to start 'tapau' from now on. I'm a bit realistic too...this probably won't last, no commitment! If I have time to cook something, then I'll bring to office...if not, the food court will do.

Yesterday the rain was so heavy and it caused massive traffic jam. Around my office building, the traffic almost stand to a still so I had to delay my journey home. At first I thought I'm gonna leave by 6.00 or 6.30 p.m but even at that time, the situation did not improve much. Therefore, I decided to have an early dinner, a bread, a cup of coffee and a bar of Cadbury's strawberry-chocolate wafer. Afraid that I might got caught in the traffic during Maghrib...I decided to wait in the office for the pray. Finally, I left the office at around 7.50 p.m. My instict told me to take Jln Bangsar instead of my normal route...and I'm glad I follow my guts cause it only took me 30 mins to reach my inlaws' house. I reached home at 8.45 p.m and it was still raining. The weather looks okay today from my cubicle. I hope it remains so for the rest of the day.