Semenjak dua menjak dok melayan cerita Korea ni, tahulah Telipuk yang diaorang ni cute & sweet...hahaha...kadang tak boleh blah tengok, apasal kau ni comel sangat...tak sesweiiii...sebab Telipuk suka hero yang 'tough'...er...macam Eman Manan...macam Faizal Hussein...eh...eh...
Anyway, macam orang Jepun yang terkenal dengan kreativiti dan sweet little things (masking tape pun kiut ya amat)...Korean pun ada diaorang punya stuffs jugak kan...contoh yang macam kat bawah ni...
Katanya lambang "love". Kan kalau dia nyanyi ke...menari ke...bercakap ke...ada jer buat sign macam ni. Oooo...barulah tahu. Dulu ingatkan diaorang nak mintak duit ke...hahahaha. Patutlah bila Ji-Ho buat sign ni depan parent Sae Hee, baru dapat convince yang diaorang serius nak kahwin. Eh...eh...siap ada petikan babak drama Because This Is My First Life (sabor jer lahhhh...).
Tetiba hari ni ntah hamba Allah mana la dok melalut cakap sign ni represent 'cross' pulak...tetiba rasa cam bengang jer. Ko ni bangang ke apa? (Aduhhh...manis pulak bahasa den ni...). Ye lar, bukan apa...dah kalau kau dok sibuk buat garisan sehingga akhirnya membentuk salib...makanya, jenuhlah kita ni kan...banyak kot benda boleh end up berupa bentuk salib. Tengok manusia sendiri la, kalau kau letak garis menegak dari kepala ke kaki, kemudian kau letak garis melintang depaan tangan hujung ke hujung...kau tak dapat bentuk salib ke? Ate yang kau dok menulis huruf t kecik ni tak perasan ke bentuk dia macam salib? Yang lantai jubin, yang tiang elektrik, ampaian...entah entah tangga reban ayam kau tu pun boleh menjelmakan bentuk salib. Come on laaa...
So, if jadi salib tu kenapa? Aku bukan apa, aku memang pannntttaannnggg orang dok kait dengan ancaman terhadap agama. Kenapa? Iman kau tu boleh luruh ke bila kau terpandang salib? Kau jadi kurang beriman ke kalau nampak salib? Lepas tu siap suruh war-warkan share dekat saudara-saudara seagama. Oh please lahhh...buang masa dok terikut melompat macam kau ni. Agama yang Aku anuti ni, clearly Aku memilih Islam sebab kepercayaan Aku yang kuat terhadap Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Aku jugak berpuas hati Nabi Muhammad itu adalah Rasul dan pesuruh Allah. Aku percaya kepada Nabi-nabi yang lain juga...in fact, Aku sayang Nabi Isa sebab dia antara Nabi Ulul'Azmi. Tapi Aku tak percaya ikut perspektif agama lain sebab Allah itu Esa...tiada beranak dan tidak diperanakkan.
Bila anda memilih untuk menjadi orang yang mengamalkan Islam...jangan berhenti setakat menerima apa adanya dari amalan nenek moyang dan masyarakat sekeliling. Sebabnya kalau kita buat macam tu, kita jadi pak turut dan tak paham kenapa dan mengapa kita buat macam tu. Bukan tujuannya kita nak mempersoal ...itu mungkin cara yang efektif zaman dulu...nak tanya sikit pun tak boleh, ustazah pandang kita kecik-kecik macam nak telan . Sudahnya kita end up macam ni la...beragama ikut bangsa lalu menjadi penganut yang tidak berminat dengan dakwah. Lepas tu pandang bangsa lain macam sohih masuk neraka. Hello...Islam is for all okehhh...dengan cara kau ni yang macam bagus sangat ni, tak pasal-pasal Islam dapat nama buruk. Sebab itu, zaman sekarang ni orang kalau tengok perangai orang Islam...payah kot dia nak tertarik masuk Islam...hanya yang rajin mengkaji dan menafsir Al-Quran akan menemui kebenaran dan keindahan Islam.
Satu lagi, macam tak sudah-sudah berlagak macam nak protect Islam tapi is actually not bringing any good punnnn. Jadi Aku nak cakap...tolong jangan takut dengan salib, jangan takut dengan Bible, jangan takut dengan gereja. Iman kau ada dalam dada...iman bukan pakaian yang kau boleh tanggal-tanggalkan macam tu saja. Tolonglah jadi yakin sikit. Kenapa takut dengan sesuatu melainkan kau sendiri tak faham apa yang kau takutkan tu. (or worst...kau tak faham agama kau sendiri). Kita ada Al-Quran, baca dan amalkan. Daripada dok buat benda-benda remeh, baik kau sebar sebarkan suruh orang fahamkan Al-Quran. Ada yang cakap, kesian ni anak-anak kita ni sat lagi terpengaruh...eh...anak kau bukan kambing yang kau boleh kurung dalam kandang. Kau bagilah dia cara untuk berpegang dengan kuat kepada Allah. Ini tidak, kau suruh dia kuat menghafal pelajaran tapi kau buat tak seberapa untuk agama. Umur dah 15 tahun, kau belum ajar dia solat pun...kau cakap tak pe...nanti nanti dia pandailah...bilanya nak pandai? By the time kau nak paksa, dia pun dah jadi buluh yang dah payah kau nak lentur.
Jadi, pokok pangkalnya...iman tu letaknya di hati. Jangan terlalu takut dengan benda yang kita nampak tu...takutlah dengan benda yang kita tak nampak dan tak perasan. Syirik selalu terjadi tanpa kita sedari. Syirik lebih bahaya dari benda berbentuk salib. Sebab syirik membatalkan amalan. Kaedah terbaik berhadapan dengan asakan pihak luar yang cuba menyebarkan dakwah mereka ialah dengan kita memperkasakan kefahaman agama kita. Bukankah pelik kalau kita sendiri tergagap gagap nak mempertahankan agama yang kita anuti dan yakini seumur hidup ini...itu patutnya buat kita malu. Sebelum nak salah kan orang, sila perhati, muhasabah dan baiki diri sendiri dulu.
Memang terasa pedas sikit catatan ini...extra cili tu untuk diri tuan punya blog jua adanya.
Showing posts with label suara rasa. Show all posts

Friday, November 16, 2018
Monday, March 06, 2017
Syurga Yang Kita Rindukan
Dua tiga hari kebelakangan ni balik-balik orang cakap pasal berpoligami. Memang topik hot, apatah lagi dengan kemunculan filem "Syurga Yang Tak Dirindukan"...what's wrong with you people? Macamana korang boleh tak merindukan syurga?? Kalau tak rindu syurga, korang rindu apa? Tak pasal-pasal Telipuk yang sentap...sebab Telipuk sangat-sangat merindukan syurga, justeru apa jua pun Telipuk telan dan redah jua...sebab Telipuk sedar amalan Telipuk tak seberapa, hanya mengharapkan belas dan rahmat Tuhan.
Tahun lepas ketika Telipuk mengikuti Seminar Tajwid Luar Biasa di Shah Alam, Allah telah mempertemukan Telipuk dengan seorang rakan baru yang mempersona akhlaknya. Meski cuma bertemu sebentar, terasa seolah-olah telah menjalin ukhwah sedari dulu lagi. Terasa serasi dan mesra, Tak ada rasa kekok berbual. Macam-macam kami perbualkan ketika Telipuk membantu menghantarnya pulang untuk menaiki bas ekspres ke utara. Masya Allah, jauhnya berkelana bersendirian demi untuk mendapatkan ilmu. Syukur Alhamdulillah, setakat Shah Alam ini Telipuk mampu redah bersendirian sebab tak jauh.
Ketika berbual itu, tahulah Telipuk yang sahabat ini masih single. Mencari, ya...tetapi dia tidak mahu terburu-buru. Bukan memilih. Tetapi dengan ilmu yang dia ada, dengan matlamat yang jelas...mengapa tidak betul-betul memilih seorang Nakhoda yang terbaik. Tak sedar, Telipuk sokong pendiriannya. Kata Telipuk, jangan hanya kerana tertekan dengan expectation orang, maka awak terburu-buru memasuki alam rumahtangga, sedangkan awak telah tahu lelaki yang bagaimana awak mahu untuk memimpin awak...lelaki yang awak mahu bersama-samanya berjalan menuju ke syurga Allah. Saling sokong menyokong dan bantu membantu, bukan lelaki yang hanya mengharapkan awak jadi isteri yang baik dan dia hanya sekadarnya berperanan. Tak padan dengan gelaran khalifah.
Lalu Telipuk menebak pandangannya jika lelaki yang sesuai itu adalah seseorang yang telah beristeri? Dengan sopan dia memberikan jawapan. Saya bukanlah mahu menentang poligami, apatah lagi ianya hukum Allah tetapi saya sentiasa berdoa semoga saya tidak diuji sedemikian dan semoga Allah pertemukan saya dengan lelaki yang bukan telah memiliki isteri. Telipuk tersenyum sebab kelakar dengan gayanya yang panik menjustifikasikan antara hukum Allah dengan kehendak sendiri...ya, siapalah kita manusia nak mengutamakan kemahuan sendiri mengatasi kehendak Allah. Telipuk faham kerana hal hati dan perasaan ini bukanlah mudah. Dalam masa yang sama Telipuk gembira dengan pendiriannya, bukan pendirian menolak poligami kerana sebagai hamba Allah, yang Allah syariatkan dalam agamanya kita kena ambil seluruhnya, tak boleh pilih-pilih tetapi pendiriannya yang mahu menjaga keharmonian hati sendiri dan hati wanita lain. Itu Telipuk hormat. Bukan macam sesetengah orang tu, tahu pandai petik ayat Al-Quran dan pandai jatuhkan hukum sahaja. Kenapa? Kalau wanita tu tak sudi dimadukan, masuk neraka ke dia?
Untuk sahabat Telipuk yang manis orangnya ini, Telipuk doakan semoga awak bertemu dengan lelaki yang bujang lagi soleh sebagaimana yang awak impikan. Bagi Telipuk, awak berhak menentukan pilihan awak. Sangat-sangat berhak dan tak ada sesiapapun yang berhak mempertikaikannya. Allah ada dan Allah Maha Mendengar. Mintalah . Teruskan meminta demi syurga yang kita sama-sama rindukan. Semoga Syurga menjadi milik kita...

Wednesday, November 18, 2015
Terjemahan Dari Hati
"My Heart Will Go On"
Hatiku Kan Meneruskannya (Mencintaimu)
Every night in my dreams
Setiap malam di dalam mimpi-mimpiku
I see you, I feel you,
Ku melihatmu, Ku merasai kehadiranmu
That is how I know you go on
Begitulah ku tahu dirimu masih mencintaiku
Far across the distance
Jauhnya jarak yang memisahkan
And spaces between us
Dan ruangan yang membatasi kita
You have come to show you go on
Kau hadir untuk menyatakan yang kaukan terus mencintaiku
Near, far, wherever you are
Jauh mahupun dekat, di mana jua kau berada
I believe that the heart does go on
Ku percaya hatikan terus mencintai
Once more you open the door
Sekali lagi kau telah bukakan pintu
And you're here in my heart
Dan kau telah berada di dalam hatiku
And my heart will go on and on
Dan hatiku kan berterusan mencintaimu
Love can touch us one time
Cinta bisa menyentuh kita sekali
And last for a lifetime
Dan cinta bisa bertahan seumur hidup
And never let go till we're gone
Dan tidakkan bisa dileraikan sampai saat kita tiada
Love was when I loved you
Cinta adalah tika ku mencintaimu
One true time I hold to
Sekali ini ku benar-benar berpegang kepadanya
In my life we'll always go on
Kita kan meneruskannya sepanjang hidupku

You're here, there's nothing I fear,
Adanya kau di sisiku, tiada apa yang harus ku gentarkan
And I know that my heart will go on
Dan ku tahu yang hatiku kan terus mencintaimu
We'll stay forever this way
Kitakan begini selamanya
You are safe in my heart
Kau selamat di dalam hatiku
And my heart will go on and on
Dan hatiku kan tetap terus mencintaimu selamanya

Thursday, May 07, 2015
Berpada-pada
Sebagai sebuah organisasi perniagaan berasaskan perkhidmatan, memberi layanan yang baik adalah suatu keutamaan. Bagaimana mendefinisikan layanan yang baik? Dan adakah setiap pelanggan yang menerima layanan yang baik itu akan memberikan reaksi yang sama? Saya rasa tidak.
Untuk pelanggan yang berperangai macam saya, kadang-kadang sambutan mesra seperti 'selamat datang Puan. Sila duduk dulu Puan, sekejap lagi giliran Puan akan dipanggil' sudah memadai. Silap haribulan dia cuma tolong buka pintu sahaja saya sudah tanda 'excellent' di borang kajian kepuasan pelanggan. Tapi tak semua pelanggan boleh berpuas hati seperti itu, bagi dia layanan simple macam saya rasai tadi itu suatu hak yang dia mesti dapat...kalau boleh, asal dia masuk ajer terus boss besar keluar sambut dan selesaikan urusan dia itu baru layanan yang baik. Itu pun belum tentu dia nak tanda 'excellent' di borang.
Memang ada macam-macam perangai pelanggan. Nak memenuhi setiap satunya memang mencabar jiwa dan raga. Sebenarnya lagi kesian dengan operator yang bekerja menjawab panggilan dan melayani pertanyaan pelanggan di bahagian khidmat pelanggan. Selalu kena maki dengan percuma. Tekanan yang mereka hadapi sangat berat sebab itu kadar yang meletak jawatan di sana juga tinggi. Di ruang rehat mereka ada disediakan karung peninju untuk mereka melepaskan geram di situ sebelum kembali menjawab panggilan dengan senyuman di muka (walaupun pelanggan tak nampak). Mungkin ada yang terbabas ketika menjawab, tapi maklum sahajalah manusia...mereka pun ada emosinya. Lagipun perbualan di rakam, kalau betul mereka bersikap kurang ajar, kita selaku pelanggan boleh mengambil tindakan...jangan kita perasan kita saja yang betul. Kot ye pun nak demand...munasabah la sikit bro!
Jadi di mana batas sebenarnya dalam melayani permintaan pelanggan...setakat mana? Sekarang nak buat apa-apapun takut...takut pelanggan komplen...ko bior betullll...Tak pasal-pasal Aku pun rasa hangin juga. Hello...ini syarikat bukan bapak aku punya dan bukan bapak ko punya jugak tau...! Tapi walaupun bukan bapak aku punya, aku sayang syarikat ini dan aku nak tengok syarikat ini berjaya lagi dan lagi. Cehhh...ada harapan dapat anugerah ni....;)
Saya bukan apa...cuma tak puas hati dengan pelanggan yang 'kerek'. Saya pun pelanggan juga dan saya pernah berdepan dengan layanan yang tak semengah mana tapi tak adalah saya melenting. Selalunya kat kedai2 makan (sebab saya suka makan...ekekekeke). Saya senang saja, layanan buruk kalu...lain kali jangan haraplah saya nak pi sana lagi. Bagus ada pengguna yang tahu haknya, cuma pada saya berpadalah. Kalau syarikat cuma jual kasut, tak payahlah membentak dan marah-marah hendakkan baju. Kalau kasut warna yang dia hendak tu tak ada, berpuas hatilah kalau jurujual tawar untuk buat pesanan dan minta tunggu seminggu. Maklumlah, nak tunggu courier dari Barbados jauh tu...yang jurujual pulak janganlah overpromise kata datang balik lepas dua hari...sekali tak sampai, naya jer kena hamun. Pelanggan dah sampai sanggup ambil cuti. Berpada-padalah. Lebih baik kita telefon dia bila stok sampai supaya dia tak buang masa datang berulang kali. Nak lebih best kita hantar ke depan pintu rumah dia...haaaa...itu baru melangkaui jangkaan...! Apa-apahal pun berkomunikasilah dengan baik. Saya rasa, kalau kita terangkan dengan baik kepada pelanggan, pelanggan boleh faham. Kadang-kadang masalah pelanggan minta yang bukan-bukan ni sebab kita tak pernah fahamkan dia tentang situasi sebenar. Jadi dia fikir kita tak ada masalah nak penuhi kehendak dia. Tu yang minta bulan bintang cakaerawala tu...
Bila berdepan dengan pelanggan ni, kenalah berstrategi sikit. Kalau dia minta A - F. Bagi dia A-F. Kalau rasa dia boleh upgrade lagi...bagi ruang sikit sampai J...jangan sebelum dia buka mulut kita dah offer A sampai Z....lepas tu menggelabah bila O, P, R,Y & W stok tak ada. Hahaha...tu la bang, yang hang dok bagi dia bola tanggung apa hal...kan tak pasal-pasal dia mengamuk? Macam kita pi kedai makanlah, bagi menu berkajang-kajang...bila kita pesan A, dia kata tak ada. Pesan F. Pun tak ada katanya. Cuba pesan M...katanya malam ni tak ada...kalau tengahari ada. Sudahhh...pesan la R. Dia pun masuk dapur...sekejap keluar...maaf kak, R pun dah habis. Sekali aku baling menu ni kanggggg!
Pelanggan memang keutamaan kita cuma jangan sampai membebankan diri sendiri sebelum kita mencuba setiap alternatif yang ada. Ada polisi dalaman yang perlu kita pegang sebab kita sebagai pekerja memegang amanah menjaga kepentingan syarikat. Jadi, berusahalah mencari jalan penyelesaian yang boleh memberi kebaikan untuk kedua belah pihak...jangan terus angkat tangan menyerah kalah semata-mata didesak pelanggan. Yang penting fakta kena ada, jangan auta ...nanti pelanggan marah ...tak dapek nak nolonggg.

Friday, August 30, 2013
Perempuan di belakang lelaki
Perempuan di belakang lelaki
Ada banyak macam
Di belakangnya boleh jadi tiang ; teguh kukuh
Di belakangnya boleh jadi lalang; meliuk rapuh
Ada perempuan dia lilin
Membakar tanpa disedari
Menerangi penuh simpati
Mengorbankan kepentingan sendiri
Ada perempuan dia enau
Menyusup menebarkan pengaruh
Mencengkam mengukuhkan angkuh
Semuanya mahu direngkuh
Perempuan di belakang lelaki
Jangan sesekali dipandang sepi
Dialah cermin sakti
Refleksi harga sebuah peribadi

Tuesday, July 16, 2013
Seminggu Berpuasa
Alhamdulillah, sampai juga dalam bulan Ramadhan. Sudah masuk hari ketujuh. Mudah-mudahan dapat sampai ke akhirnya, mencari-cari dan terus mengharap. Sampai bila-bila. Hendak mendapatkan ganjaran dan kemenangan terbesar itu...maaf cakaplah wahai diriku, engkau memang tak layak! Tak sempat masuk pusingan pertama pun....cuma mengharapkan belas kasihan Dia yang Maha Pemurah. Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Mudah-mudahan mendapat syafaat Nabi. Itu sahajalah yang diharapkan mampu membenteng diri daripada terperosok ke dalam jurang jahannam. Nauzubillahiminzalik...
Seorang rakan bekas penuntut UUM telah pergi dahulu menemuiNya seminggu sebelum Ramadhan. Dia tidak beroleh kesempatan untuk meraih tawaran 'jualan mega' Ramadhan. Semoga arwah diampuni seluruh dosanya, dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama-sama roh hamba-hambaNya yang soleh. Aminnn!
Itu kalau yang pergi dijemput Illahi. Masalahnya diri ini yang 'belum' dijemput tapi masih suam-suam kuku semangat nak merebut ganjaran terbaik Allah. Macamlah bekalan dah cukup. Perasan, kan?kan?kan? Sepatutnya rasa bersyukur kerana masih ada ruang dan peluang untuk menambah amal dan pahala. Takut amalan yang sedia ada itu sekadar ada pada nama tetapi bila dihitung-hitung, yang betul-betul mencapai piawaian Allah hanya sedikit cuma. Namanya beribadat , tetapi sia-sia. Sia-sia sebab buat ikut suka hati, tak ikut sunnah Nabi.
Jadi, kalau terus hidup namun tak berbuat apa-apa untuk mengoptimumkan hayat, serupa juga seperti patung...at least patung tak ada nyawa. Lebih teruk ada nyawa tetapi 'mati'.
Mati itu pasti. Hidup...insyaallah. Buatlah persediaan untuk kehidupan yang pasti itu. Jangan bertangguh-tangguh kerana hari yang pasti tiba itu diluar pengetahuan dan jangkaan kita. Saya kasihan membaca beberapa kisah 'suicide' dalam dan luar negara kebelakangan ini. Kasihan kerana mereka tidak tahu. Kenapa mereka buat begitu? Kerana mereka tidak tahu apa yang menunggu mereka di hadapan. Mereka fikir masalah hidup selesai setelah mati. Padahal kehidupan itu sendiri hanyalah sekadar permulaan...kematian itu pula gerbang penghijrahan ke suatu alam yang bakal menentukan kehidupan abadi. Kalau mereka tahu apa yang menunggu mereka, saya yakin masalah dunia ini bakal jadi kecil sekecil kecilnya. Yang di syurga nanti pun, bila di sana tetap rasa menyesal kerana tak buat sehabis baik semasa di dunia...inikan pula yang tak sampai ke syurga...sangat-sangat menyesal. Super duper menyesal. Kalau boleh dapat peluang kedua hidup di dunia supaya boleh dia beramal dan dapat masuk syurga. Sayang semuanya sudah terlambatttt...
Semoga Allah tambahkan keinginan di hati kita untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri dan mendekat kepadaNya.Dan semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan kita yang terbaik. Insyaallah.

Friday, July 05, 2013
Menjelang Ramadhan 1434H
Angin Ramadhan semakin terasa membelai, meniupkan semangat untuk mengharungi bulan suci yang sudah hampir 38 kali menjengah sepanjang nadi masih berdenyut ini. Saya belum pasti apakah saya bakal menemukan Ramadhan. Mudah-mudahan masih ada kesempatan untuk berbuat demikian.
Allahumma balighna Ramadhan
Kedatangan Ramadhan sebenarnya sudah dirasai ...mahunya tidak, iklan buffet di merata-rata hotel sudah boleh dilihat dan didengari. Yang kelakar tu...boleh juga ada promosi kereta sempena Ramadhan! Kau biar betul...apalah kena mengenanya...Itu belum cerita promosi tukar karpet, tukar perabot, tukar langsir sempena hari raya. Owh...dan juga sampel-sampel kuih raya sudah mula diedarkan. Ehem...(mengata dulang paku serpih...) saya sendiri sudah menempah beberapa balang tat nenas. Bukan apa, sebab yang buat tu menantu kawan saya....dia tak selalu ambil tempahan kerana dia bukan buat berniaga betul-betul. Hanya kawan-kawan mak mertua dia saja yang dapat keistimewaan itu. Dan oleh kerana memang kuih tat homemade dia tu sangat sedapppp, jadi saya kenalah booking awal-awal. Kalau tidak, memang tak dapat. Boleh???
Untuk anak-anak, memang saya sudah mula membeli baju Melayu baru. Itupun seorang sepasang sahaja. Saya beli sekarang sebab saya tengok dah berlambak dalam pasaran dan lagi pula, saya memang tidak akan membeli berebut-rebut dengan orang lain di bulan puasa. Jadi, lebih baik saya settlekan sekarang. Untuk suami...tak perlu beli. Huh? Yelah, masih ada beberapa helai baju Melayu yang masih elok. Buat apa nak membazir bukan? Dah penat berpuasa sebulan, takkan nak menyerah kalah kepada nafsu begitu sahaja. Betul tak?
Bab persiapan raya ini, tak boleh menang berhujah dengan orang tua...heheh. Layan sajalah. Tak apa, kalau tak memudaratkan iman. Yang penting ialah persiapan Ramadhan ini...kalau umur panjang, rasanya nak ubah sikit pendekatan. Instead of trying to complete reading the Quran, I would like to do 'taddabur'. Insyaallah, nak ikut macam saranan Ustaz. Tak apa tak habis pun...tak payah nak terburu-buru mengejar. Dapat faham beberapa ayat (dengan sepenuh penghayatan) pun sudah cukup baik.
Kalau umur saya panjang....insyaallah, kita jumpa ya Ramadhan...

Sebenarnya persiapan-persiapan lain pun saya dah buat. Termasuk baju raya. Cuma baju raya saya sebenarnya bukanlah betul-betul untuk raya. Mungkin pertama kali pakai di hari raya, kemudian akan berkali-kali di pakai untuk ke pejabat dan sebagainya. Err...lebih kurang masa inilah kita bawak masuk 'inventori' baru. Heheh.
| Dah tinggal beberapa biji. Mak dah makan 5 biji masa bersahur kelmarin tadi...memang dia suka sangat. Aqsa Shariff akan salurkan bantuan kepada saudara kita di sana melalui pembelian kurma ini. |
Untuk anak-anak, memang saya sudah mula membeli baju Melayu baru. Itupun seorang sepasang sahaja. Saya beli sekarang sebab saya tengok dah berlambak dalam pasaran dan lagi pula, saya memang tidak akan membeli berebut-rebut dengan orang lain di bulan puasa. Jadi, lebih baik saya settlekan sekarang. Untuk suami...tak perlu beli. Huh? Yelah, masih ada beberapa helai baju Melayu yang masih elok. Buat apa nak membazir bukan? Dah penat berpuasa sebulan, takkan nak menyerah kalah kepada nafsu begitu sahaja. Betul tak?
Bab persiapan raya ini, tak boleh menang berhujah dengan orang tua...heheh. Layan sajalah. Tak apa, kalau tak memudaratkan iman. Yang penting ialah persiapan Ramadhan ini...kalau umur panjang, rasanya nak ubah sikit pendekatan. Instead of trying to complete reading the Quran, I would like to do 'taddabur'. Insyaallah, nak ikut macam saranan Ustaz. Tak apa tak habis pun...tak payah nak terburu-buru mengejar. Dapat faham beberapa ayat (dengan sepenuh penghayatan) pun sudah cukup baik.
Kalau umur saya panjang....insyaallah, kita jumpa ya Ramadhan...
Wednesday, May 22, 2013
Belajar Menghormati
Sebenarnya cerita UKE nak berhenti berceramah bukanlah benda baru. Bagi yang tak tahu , mungkin terkejut membaca laporan HM baru-baru ini. Semasa saya baru mula mengikuti ceramah UKE, memang dah ada banyak kali juga UKE sebut pasal hendak berhenti. Setahu saya, UKE cuma hendak berhenti berceramah sahaja...bukannya nak berhenti berdakwah. Ada satu blog ni siap mengutuk bagai UKE dengan kata-kata yang tak sepatutnya...nak ulas pun tak kuasa, karang dengan aku-aku sekali jadi 2 x 5, 5 x 2...(marah ni...!)
Saya tak fahamlah kenapa ada orang yang tergamak mengata orang lain sampaikan bila dia menulis tu macamlah jahat sangat orang yang diperkatakan itu. Padahal kenal pun tidak. Kotlah sedara-mara atau jiran sekampung, adalah kredibiliti sikit...ini sekadar mengitar semula pendapat orang lain dan terus menjatuhkan hukum. Tak baik taw!!!
Err...saya pun taklah kenal sangat UKE...sekadar mengikuti ceramahnya dari jauh, paling dekat pun masa minta dia tandatangan buku yang saya beli. Cumanya bila dengar ceramah-ceramahnya, saya tak nampak pula di mana yang nak kata dia tu...sekian...sekian...(tak gamak nak sebut) seperti yang didakwa.
Sama juga macam ustaz-ustaz lain...kalau nak ikutkan UAI lagilah terang dan bersuluh memihak siapa...tapi...untuk orang yang mungkin sama pandangan dengan saya...bagi kami yang penting ialah intipati ceramah yang disampaikan. Setakat ini, alhamdulillah, tak pernah lagilah saya dengar mana-mana ustaz (tak kira parti cap apa sekalipun) yang mengajak kepada kejahatan. Semuanya menyuruh kita berbuat baik. Semuanya ke arah menjadi hamba Allah yang sejati. Biasalah, kalau ada sindir-menyindir tu...tapi...itupun terpulanglah pada kita, agak-agak tak berapa sedap di pendengaran, buat-buat tak dengar sudahlah. Agak-agak tak berkenan, cepat-cepatlah buat penapisan sendiri...apa susah??? Dan lagi...biasanya yang terasa 'pedas' tu ialah mereka-mereka yang makan cili...so, kalau bukan kita yang makan cili tu...buat tak tahu sudahlah.
Mustahil tak ada sikit pun kebaikan yang kita dapat daripada keseluruhan ceramah yang disampaikan...melainkan kalau memang-memang sengaja kita nak fokuskan pada kesalahan orang. Balik kepada hati dan niatlah. Kalau niat kita nak dengar sebab nak tambah ilmu, saya yakin, kita tak ada masa nak panjangkan benda-benda yang tak perlu. Tadi pun Ustaz saya ada sebut, benda yang baik itu...walaupun keluar daripada mulut musuh...wajib kita terima. Kena suka pada kebaikan itu. Kalau kita bencikan orang lain sampai langsung tak hendak dengar kebaikan yang disampaikannya...ternyata kitalah yang rugi. Kitalah yang telah menzalimi diri kita sendiri kerana bersikap taksub sehingga menjadikan kita rugi (sedangkan ilmu yang hendak disampaikan itu sesuatu yang sangat bernilai).
Ada juga kawan saya yang menyatakan pendiriannya tidak berapa gemar dengan gaya penyampaian UKE. Pada saya itu perkara biasa kerana setiap kita punya citarasa berbeza dan saya tidak menyalahkan rakan saya itu yang lebih gemarkan pendekatan gaya akademik seperti UZM dan UZAR. Tak perlulah saya nak marah kawan saya tu kerana tak suka apa yang saya suka. Dalam bab ini, kita kena akur yang setiap ustaz ini punya pendekatan dakwah yang berlainan dan perbezaan itu perlulah kita raikan dengan jiwa yang terbuka. Pendekatan UKE lebih santai dan sesuai untuk level 'beginner'. Ceramah UKE adalah ceramah berbentuk 'trigger' yang akan menjentik keinginan untuk lebih memahami dan mendalami. Ceramah UKE membuka jalan dan membuatkan yang jauh terasa ingin mendekat. Juga saya perasan UKE lebih menekankan kepada 'akhlak' dan hablun minna naas. Jangan ingat topik akhlak itu boleh dipandang remeh kerana dengan akhlak yang baiklah Rasulullah berjaya mengembangkan syiar Islam, bukan dengan mata pedang seperti yang didakwa orientalis. Justeru, ini adalah pendekatan dakwah melalui akhlak. Bukanlah dengan cara UKE mencampuri dan bergaul dengan orang-orang yang kita label sebagai fasik maka kita tuduh dia sebagai pengampu, macai sebagai...Betul kata UKE..."kalau saya tak join mereka, bagaimana kita nak dakwah kepada mereka? Saya juga berdakwah kepada golongan gay...adakah itu bermakna yang saya ni gay?"...
Dan ustaz saya juga kata, berceramah di masjid tu sebenarnya tak sehebat kesannya dengan berceramah kepada golongan-golongan yang tak mahu datang ke masjid. Pasal apa? Pasal yang datang ke masjid tu dan tentu-tentu orang yang mahu mencari ilmu, mahu belajar ilmu dan insyaallah, memang orang yang sudah baik. Yang kita patut dakwahkan ialah orang-orang yang masih jahil. Yang taghut. Orang-orang macam ini dia tak akan datang ke masjid...sebaliknya kita yang kena pergi kepada dia, kan?
So, kesimpulannya, janganlah kita menganggu kerja dakwah orang lain hanya kerana kita tak suka pada dia. Sekurang-kurangnya, sepanjang kerjanya itu dia sudah ketuk dan buka beribu-ribu pintu hati dalam aktiviti pencerahan yang dijalankan. Yang kita dok sibuk-sibuk mengata nista dia tu...cerminlah diri sendiri dan tanyakan, apa sumbangan kita? Kalaupun masih rasa dia tu tak bagus, gila glamer, hanya nak duit, tak ikhlas dan sebagainya...adalah lebih baik kita biarkan saja daripada kita menambah dosa percuma mengata dia. Bukankah Allah ada? Kalau dia tak betul, dialah yang akan mendapat balasanNya. Kita tak akan dirugikan satu habuk pun.
Firman Allah dalam surah Al-Jaatsiyah ayat 15 yang bermaksud :
" Barangsiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka itu adalah untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri, kemudian kepada Tuhanmulah kamu dikembalikan"
Ustaz Kazim Elias,
Semoga Allah memberkati dan menerima usaha murni ustaz memberi kefahaman tentang Islam sepanjang hampir 20 tahun ustaz berdakwah. Banyak yang saya dan keluarga dapat kutip daripada ceramah-ceramah ustaz. ustaz telah menyampaikan bukan hanya 'walaupun satu ayat' daripada kitab Allah dan hadis Rasulullah...tetapi sangatlah banyak...antara mampu dan tak mampu nak buat sahaja.Pedih hati ustaz atas tohmahan yang diterima itu, saya yakin ustaz telah serahkan semuanya kepada Allah. Saya suka mengingatkan ustaz dengan ayat 13 daripada surah Al-Ahqaaf yang bermaksud, " Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan :"Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada pula berdukacita".Selamat maju jaya dalam apa jua yang akan ustaz lakukan selepas November ini (ke betul nak jadi penyanyi??? :)).
Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam naungan limpahan kasih-sayang dan penjagaanNya.
(Ameen).

Friday, February 08, 2013
Inni Uhibbukum Lillah
Bunga melati mekar sekuntum
Hendak dipetik belum masanya
Hiasan wajah adalah senyum
Kalau kena dengan caranya
Hendak dipetik belum masanya
Tak senang duduk menunggu si dia
Kalau kena dengan caranya
Hati yang gundah jadi ceria
Tak senang duduk menunggu si dia
Bilakah datang sukar diteka
Hati yang gundah jadi ceria
Tersisih jauh segala prasangka
Bilakah datang sukar diteka
Hati merindu tidak terkira
Tersisih jauh segala prasangka
Terhindar sengketa ummah sejahtera
Tu dia...pantun berkasih-sayang sesama saudara seagama namanya. :). Mulakan dengan sebaran senyum...disusuli dengan memberi salam. Mudah-mudahan terjalin ukhwah.
(Senyum...insyallah lepas...bab bagi salam tu masih memilih si penerima...semoga ada kekuatan untuk dijadikan amalan).

Friday, November 30, 2012
Fobia
Selalu risau
Memang kacau
Takut jadi sasau
Selalu gelisah
Memang susah
Jangan sampai parah
Selalu bimbang
Memang tak tenang
Setiap masa terkenang
Selalu buruk sangka
Yang benar pun jadi dusta
Ada-ada belaka
Selalu membuat andaian
Semuanya berkemungkinan
Cepat-cepat ingat Tuhan
Tepis-tepislah
Walau dengan helah
Tapis-tapislah
Walau terpaksa mengalah
Memang kacau
Takut jadi sasau
Selalu gelisah
Memang susah
Jangan sampai parah
Selalu bimbang
Memang tak tenang
Setiap masa terkenang
Selalu buruk sangka
Yang benar pun jadi dusta
Ada-ada belaka
Selalu membuat andaian
Semuanya berkemungkinan
Cepat-cepat ingat Tuhan
Tepis-tepislah
Walau dengan helah
Tapis-tapislah
Walau terpaksa mengalah
Friday, November 09, 2012
Sentap
Hurmmm...saya menerima satu lagi notis mengatakan yang emel saya kepadanya telah dipadamkan tanpa dibaca. Ini bukan kali pertama saya menerima maklumbalas sebegitu. Boleh dikatakan hampir semua emel saya kepadanya menerima nasib yang sama. Ayat "Your message to XXX was deleted without being read on XXX" sudah acap kali muncul. Saya rasa seperti hendak menyahaktif kan pemberitahuan mesej itu tetapi fungsi itu saya hidupkan semenjak dulu-dulu lagi supaya senang saya hendak follow-up dengan penerima-penerima emel saya bila keadaan memerlukan. Juga supaya saya tahu mereka ini sudah terima atau tidak mesej, ada atau tidak di pejabat. Bukan supaya saya sakit hati.
Saya bukan tak pernah terima notis seperti itu sebelum ini. Pernah. Cuma yang tak pernah ialah bila terima notis yang sama berulang-kali daripada orang yang sama. Seolah-olahnya dia memang tak suka hendak baca emel saya. Padahal saya pun bukan suka-suka hendak emel kepadanya juga. Bila saya tengok coraknya begitu, saya terus malas hendak emel terus kepada dia. Selalunya saya hantar kepada orang tengah sahaja.Tetapi kalau sekiranya dia ada dalam senarai cc...saya tidak dapat mengelak terpaksa letakkan dia dalam senarai cc juga bila membalas emel tersebut. Tapi yang peliknya, dia tetap akan memadamkan emel saya. Begitu??? Ada isu apakah dia dengan saya? Wallawehhhh...pelik ni, saya tak pernah cari pasal lagi selama ini...eheheh.
Aduh...tolonglah...saya ini sebenarnya memiliki sekeping hati yang sangat sensitif, mudah benar tercalar. Episod saya bagi salam padanya dulu tetapi dia angkat muka pun tidak itupun masih berbekas dalam ingatan, janganlah menyemakkan fikiran saya dengan persoalan mengapa dan kenapa dia harus melayan saya sebegitu sedangkan saya bukanlah satu ancaman untuknya. Saya juga tidak bekerja satu jabatan dengan dia. Tidak juga satu bangunan pejabat dengannya. Hanyalah kerana keperluan projek extra ko-k itulah pun kami dipertemukan di bawah satu pasukan. Itupun saya tidak pernah kacau dia. Betapalah tertekannya saya bilamana kami terpaksa berkurung seminggu lamanya menyiapkan tugasan bersama tahun lepas dan saya sepanjang masa itu mencuba untuk 'menatangnya bagai minyak yang penuh' kerana reputasinya yang saya pernah dengar sebelum ini. Saya mengambil pendekatan bersabar walaupun dia sengaja mencabar kewibawaan saya. Ikutkan hati saya memang nak blah aje...tapi sebab memikirkan ini tugas yang diamanahkan, saya tahan sahajalah.
Aduh...saya harap sangat saya tidak terbawa-bawa dengan sikapnya itu sehingga mengganggu kelancaran kerja saya untuk projek ini. Saya ada meluahkan rasa begitu kepada ahli kumpulan lain dan saya dimaklumkan, "she's having problem to work with almost everyone"...errr...kalaulah saya boleh merasa lega sebab rupanya bukan saya seorang yang kena...
Hemm...tapi saya masih rasa tak lega...tertanya-tanya di mana silap saya. Kalaulah ada tutur kata yang tidak menyenangkan hati, sekurang-kurangnya kalau diketengahkan...bolehlah saya perbaiki di mana yang patut.
Tapi kalau dia tetap nak layan saya begitu...hemmm...apa boleh buat, kan?
Redha aje lah...
Senang saya nasihatkan orang..."eh...yang ko takut sangat kalau dia mengata ko apehal? Ada gaji dia kena bagi kat ko separuh ke? Ada ko hutang beli rumah dengan duit dia ke? Ada dia bagi ko anak beranak makan ke? Tak ada kan??? Kalau tak ada...ko bo layan jer la...."
Bila kena tang batang hidung sendiri...tak tahu nak beraksi macamana aduiiii...sensitif la pulak... alahaiiiii...makan dalam lagilah nampaknya ni...huhuhu...

Thursday, November 08, 2012
Harga Sebuah Kerusi
Sehari dua lalu, sementara menunggu jam enam untuk slot Islam KTP, saya sempat menonton sambil lalu beberapa saluran termasuklah TV9. Seketika, saya berpeluang menonton rancangan pendek yang dinamakan 'Berita Adik'. Mulanya saya teruja juga pertama kali lihat program sedemikian dan tertanya-tanya apalah agaknya yang akan disajikan kanak-kanak cilik ini.
Muncul seorang kanak-kanak perempuan yang ceria dengan nama 'Alisya'.
Dia memperkatakan tentang sambutan hari Halloween. Antara yang saya ingat ..."tak takutkah menyambut hari Halloween ini? Hari Halloween ialah tentang roh dan kini disambut meriah (bukannya tentang hantu dan kubur yang menakutkan). Lalu dibawakan cerita sambutan di Bangsar yang menunjukkan kanak-kanak ceria mengenakan pelbagai kostum Halloween dalam satu pertandingan kostum.
Yang digambarkan ialah kemeriahan dan keseronokan...Dan itulah satu-satunya berita yang dipaparkan untuk slot Berita Adik itu yang diakhiri dengan kata-kata Alisya yang menyatakan dia pun nak cuba pakai kostum begitu tahun depan...mana tahu boleh menang pertandingan.
Okay...saya mungkin tak cukup trendy dan semasa. Saya masih tidak nampak kewajaran berita seperti itu...di sebuah negara yang agama rasminya Islam. Berita Halloween. Biar betul??? (boleh google baca sejarah sambutan Halloween yang berasal daripada amalan paganism, yang kemudiannya ditokok-tambah oleh pengaruh ajaran agama-agama Roman dan Kristian Katolik)
Sebenarnya bukan tentang Halloween sahaja. Kebetulan ini contoh yang 'menyerah diri' di depan mata. Yang membimbangkan saya ialah tentang sikap bertoleransi yang berlebihan yang menjadikan umat Islam kini kurang sensitif. Perasan tak, perayaan Easter tu pun sudah muncul siap dengan iklan di akhbar. Memang masih kecil seperti sekadar tema makan malam di hotel dan promosi membeli-belah...namun yang kecil itu kalau dibiarkan akan menjadi melarat dan terus giat dikormersil. Sudahnya melekat kuat tak boleh tanggal lagi seperti mana meriahnya sambutan Tahun Baru dan Valentine.
Inikah yang akan kita angkat menjadi budaya dan amalan yang konon-kononnya boleh memupuk keharmonian dan integrasi antara masyarakat majmuk.
Hemmm...apa lagi yang akan kita jual demi kepentingan sebuah kerusi?

Friday, April 13, 2012
Destinasi Pasti
Suatu ketika nanti
Mata yang terang ini akan jadi kabur
Kulit yang tegang akan kendur
Rambut yang lebat akan gugur
Suatu hari nanti
Perjalanan yang dekat nanti jadi jauh
Yang dulunya mudah semua jadi payah
Waktu yang ada semakin berganjak
Sesaat tidak mampu mengundur
Detik akhir semakin dekat menghimpit
Kala itu
Di manakah teman-teman dan saudara?
Apa gunanya harta dan wang melimpah?
Perlukah rumah seekar tanah?
Bila diri kini terbaring tidak berdaya
Begitu perjalanan masa
Yang muda menjadi tua
Yang kuat menjadi lemah
Yang hidup pasti menemui mati
Bacalah...
Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.
Carilah ilmu sebagai persiapan
Persiapan untuk melengkapkan bekal
Bekalan sebuah kehidupan yang abadi
Bersiap sebelum mati!
Mata yang terang ini akan jadi kabur
Kulit yang tegang akan kendur
Rambut yang lebat akan gugur
Suatu hari nanti
Perjalanan yang dekat nanti jadi jauh
Yang dulunya mudah semua jadi payah
Waktu yang ada semakin berganjak
Sesaat tidak mampu mengundur
Detik akhir semakin dekat menghimpit
Kala itu
Di manakah teman-teman dan saudara?
Apa gunanya harta dan wang melimpah?
Perlukah rumah seekar tanah?
Bila diri kini terbaring tidak berdaya
Begitu perjalanan masa
Yang muda menjadi tua
Yang kuat menjadi lemah
Yang hidup pasti menemui mati
Bacalah...
Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.
Carilah ilmu sebagai persiapan
Persiapan untuk melengkapkan bekal
Bekalan sebuah kehidupan yang abadi
Bersiap sebelum mati!
Friday, February 17, 2012
Dijentik Rindu
17 Februari 2012.
Genap 2 bulan.
Terasa masih sangat baru.
Teramat rindu...

"Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturNya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkanNya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu ia menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikanNya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu bbenar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal" - Az-Zumar:21

Tuesday, January 10, 2012
Sesudah 9 Januari
Kita ni, kadang-kadang terlupa...mungkin sebab terlalu dibiasakan dengan keadaan. Hanya bila kita fikir-fikirkan, congak-congakkan...barulah kita tersedar yang betapa beruntungnya kita. Jadilah hambaNya yang sedar diri dan tahu bersyukur. Apa sahaja yang berlaku, semuanya adalah dengan izinNya. Dengan kebenaranNya. Jadi, semuanya harus berbalik kepadaNya. Syukurilah nikmat adanya kediaman walaupun kecil, walaupun murah, walauapa pun ia. Sekurang-kurangnya kita punya tempat untuk berteduh. Bersyukurlah kepadaNya. Jangan tunggu dapat duduk rumah banglo baru hendak menyatakan syukur.
Begitu juga dengan nikmat kenderaan. Bersyukurlah walau yang kita ada cuma motorsikal. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada yang cuma ada sepasang kaki untuk membawa kita ke mana-mana. Pendeknya, dalam hidup ini kita tidak punya alasan untuk menangguhkan rasa syukur. Tidak ada satu sebab pun untuk tidak bersyukur. Untuk tidak menghargai apa yang kita miliki.
Baru-baru ini Aku menemankan emak membuat pemeriksaan kesihatan berkala di klinik kesihatan kerajaan berhampiran rumah. Itulah pertama kali Aku ke situ. Sebelum ini samada Abang atau arwah ayah yang menguruskan hal berkaitan. Makanya, Aku agak 'jakun' walaupun tahu dan sedar kehadiran klinik itu di kompleks perniagaan yang sudah berusia sekitar 3 tahun itu.
Mula-mula masuk....waaaaa...besar dan luas! Kagum jugaklah melihat deretan kerusi yang banyak dan kosong. Hembusan nyaman dari pendingin hawa terasa mengusap kulit muka. Eceh...ceh...ceh...kalau cam ni tunggu sejam pun tak kisah! Macam selesa je. Dan emak yang memegang status warga emas dikecualikan daripada bayaran...tak mahal mana pun, RM1 je. Iya? Iyeeee. Singgit! Masa Aku uruskan ayah di HKL tu pun 5 hinggit jer...tak sepadan dengan bekalan ubat-ubatan yang melimpah ruah. Walaupun penantian itu agak menyeksakan dan layanan pun lebih kurang halal jangan ambil taruh dalam hati sudah...Aku berpendapat, kemudahan kesihatan dan perubatan yang disediakan untuk masyarakat adalah berada pada tahap yang membanggakan. Masa tunggu emak ambil ubat, Aku tengok seorang-seorang ambil ubat berkotak-kotak...heheh...yang sorang tu memang la, Aku ingat kena bawak troli la lain kali...ubat dia banyak - untuk diabetes, untuk darah tinggi, untuk buah pinggang...haiyoooo...Bayangkan kalau semua itu harus dibayar sepenuhnya? Dan Aku difahamkan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik kerajaan adalah lebih baik berbanding yang sediakan swasta. Pengalaman yang dilalui bersama arwah ayah dulupun sama...alhamdulillah, ayah diberi bekalan ubat yang mencukupi dan panduan-panduan yang berguna untuk membantu memudahkan pengurusan penyakitnya.
Ada orang dengan sinisnya menempelak...dah tu kerja kerajaan, memang tanggungjawab dia! Lagipun kita bayar cukai! Memanglah betul. Aku ni bukan apa, kadang-kadang Aku tengok manusia ni, semua yang orang buat tak kena belaka...semuanya salah belaka. Semuanya bohong belaka. Yang dia saja betul. Pada Akulah, yang mana elok dan baik, yang faedahnya dapat kita nikmati...apa salahnya dihargai.
Aku bersyukur di atas semua yang Allah limpahkan ini baik menerusi 'tangan' siapapun kerana mereka hanyalah perantara yang akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari atas apa yang mereka lakukan.
Amat sayang sekali kita bergolok-bergadai untuk memenangkan nafsu. Seumpama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah. Yang kalah menjadi arang, yang menang menjadi abu. Sayang sekali kerana kita sama-sama menyembah Allah yang satu. Sama-sama mengakui Muhammad sebagai Pesuruh Allah. Dan kita memilih untuk melihat kepada perbezaan yang kecil padahal kita punya persamaan yang banyak untuk menjadi umat yang bersatu.
Semuanya kerana penyakit 'wahan'...cintakan dunia. Kita terlalu cintakan dunia sampai tak sanggup melepaskannya. Sanggup berbuat apa sahaja untuk mengecapi kebahagiaan yang sementara. Cinta dunia dan takut mati. Selagi 'wahan' ini menyelimuti, alpalah kita dalam dakapan ketenangan yang palsu, sehingga saatnya kita terjaga, segalanya sudah menjadi bubur.
Berdoalah agar kita tetap berpegang teguh di jalanNya dan semoga apa sahaja yang membayangi dan mengganggu perjalanan kita ini mampu ditangani dengan sebaiknya, insyaallah.

Thursday, June 16, 2011
Yang Kita Rasa, Yang Orang Lain Rasa
Betullah, bila ditimpa masalah, jangan ingat kitalah paling malang. Tahu-tahu bila tengok sekeliling, ada lagi yang lebih parah. Itulah orang kata, cubalah masing-masing kita ni longgokkan masalah kita yang terasa berat tu di satu tempat. Lepas tu dalam banyak-banyak masalah yang berlonggok tu, pilihlah ikut suka...masalah mana yang rasanya kita rela nak tanggung. Yang rasanya lebih ringan. Hahah...jangan terkejut kalau akhirnya kita pungut balik masalah kita sebab kita tengok masalah orang lain jauh lebih hebat. Barulah sedar diri.
Sepertimana yang tercatat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286 : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya". Tapi kita susah betul hendak percaya, kan? Rasa macam tak mampu je. Rupa-rupanya memang kita mampu memikulnya, kalau tidak tak adalah diuji sebegitu.
Dan lagi selalu ingat rupa wajah yang 'cool' dan nampak rileks tu mesti hidup tenang...tak ada masalah...happily ever after. Hahaha...jangan terpedaya. Rupa-rupanya mereka ini adalah insan-insan yang kuat. Bila tahu apa yang mereka telah dan sedang lalui, terkejut beruk kita! Bulat mata memandang rasa tak percaya. Betul, kadang-kadang tak tercapai akal kita...ada juga manusia yang sanggup buat perkara-perkara yang rasa macam tak logik orang tergamak buat. Hemmmm...sabar jelah ye.
Kepada pejuang-pejuang kuat di luar sana, percayalah anda tidak berseorangan. Tiap-tiap sesuatu itu ada tempoh masanya. Tiap-tiap kesusahan itu pasti ada jalan keluarnya. Semoga terus sabar dan tabah menunggu saat segalanya berakhir. Ganjaran yang besar untuk kamu.
Aku tabik spring!

Friday, February 25, 2011
Kemaafan Dendam Yang Terindah
Hari ini hari Jumaat. Seperti hari-hari terdahulu, semenjak beberapa bulan yang lalu...ada kalanya saya teringatkan awak. Saya tak pasti awak baca atau tidak blog saya ini...tapi memandangkan awak pun sudah lama mengetahui kewujudan saya menerusi kerja-kerja 'penyelidikan' awak...saya yakin, awak tentu boleh jumpa blog saya. Maaflah kita tak bertemu dalam keadaan yang lebih baik. Alangkah baiknya kalau saya tak kenal awak seperti itu, atau mungkin tersangat baik kalau saya tak pernah tahu. Malangnya, suka tak suka , kita sudah kenal sesama kita walaupun tak pernah berjumpa bertentang mata.
Hari ini hari Jumaat. Saya ingin awak tahu di hari mulia penghulu segala hari ini yang saya telah memaafkan awak seluruhnya. Saya tidak mahu hidup menyimpan dendam terhadap awak. Cukuplah dengan apa yang saya rasa. Saya tak mampu menghukum hidup saya dengan tidak memaafkan awak atas apa yang telah berlaku. Seumur hidup, saya tidak pernah membenci satu manusia pun sebagaimana saya bencikan awak . Seumur hidup, tak pernah ada seorang manusia pun yang pernah membuatkan saya berada di tahap paling 'hina' dalam sejarah hidup saya. Awak adalah insan yang terpilih untuk menyedarkan saya betapa kecilnya saya bila berdepan dengan ujian Allah. Kebencian saya terhadap awak beransur-ansur hilang apabila saya mula memahami sedikit demi sedikit apa yang Allah inginkan saya sebagai hambaNya lalui. Proses itu sangat menyakitkan, tapi saya mampu tersenyum hari ini kerana buat pertama kalinya saya faham mengapa dan kenapa saya ada di dunia ini. Ya, untuk membantu saya memahami yang kasih sayang paling agung adalah kasih sayangNya. Bahawasanya hanya apabila cuma ada Allah dan RasulNya di hati saya, maka, apa yang berlaku itu sakitnya hanya seperti sakit ditusuk duri semalu.
Astaghfirullah al azim...saya mohon ampun kepadaNya di atas kealpaan saya selama ini. Saya harus berterima kasih kepada awak kerana kehadiran awak telah menyedarkan saya tentang banyak perkara. Tentang kesilapan-kesilapan saya. Bahawa saya silap terlalu menyayangi dan percaya kepada sesama insan sehingga terlupa menjaga hubungan saya denganNya.
Awak...sebagai saudara seagama, saya berdoa semoga awak juga nampak apa yang saya nampak. Saya sendiri tidak boleh membayangkan keadaannya sekiranya saya berada di tempat awak. Kerana itu, saya akan terus berdoa dan beristiqamah mudah-mudahan saya tidak jadi kagum dengan nikmat semasa yang saya ada sehingga menyangka keadaan yang sama tidak mungkin menimpa saya. Saya sangat takut kerana saya tidak mahu menjadi insan yang memalit warna hitam di kanvas putih hidup insan lain. Saya tak mampu memikul beban rasa bersalah seumur hidup saya. Cukuplah dengan apa yang sudah saya lakukan selama ini.
Awak...ketahuilah yang saya tidak pernah memaksa siapa-siapa membuat keputusan kerana saya. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada Allah urusan kehidupan saya ini. Sebetulnya saya tak pedulipun kalau awak tetap tega hendak menyempurnakan kehendak awak...bagi saya, apa pun yang berlaku adalah dengan kehendakNya dan insyaallah, saya tak akan buat kerja gila berdemonstrasi depan rumah awak. Saya juga tak akan simbah cat merah pada pintu rumah awak juga kereta MyVi awak. Pendekata, saya tak akan cuba musnahkan impian awak. Cuma....saya tak tahu, apakah awak masih menyimpan impian itu kerana ianya impian yang dikongsi bersama sepatutnya, bukan? Harap awak faham, apapun keputusan dan keadaan yang berlaku sekarang...tak ada kena mengena dengan saya.
Saya minta maaf kalau tindakbalas awal saya dulu menghantui awak. Sebetulnya saya tidak pernah bersikap begitu. Apa pun saya banyak bermuhasabah dan saya tidak menyalahkan awak 100%. Dalam 2 tahun kebelakangan ini memang saya sedang berusaha untuk lebih menghayati makna kehidupan saya, barangkali betullah apa yang berlaku ini bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman saya tentang qada dan qadar Allah. Satu latihan praktikal yang Allah turunkan untuk menguji saya yang serba dhaif itu. Saya bukan manusia yang sempurna, saya akui saya gagal pada ujian pusingan pertama tetapi alhamdulillah, saya gembira dengan pencapaian saya hari ini. Alhamdulillah.
Oleh kerana hidup ini umpama roda yang berputar, sekejap ke atas dan sekejap ke bawah...dan rapuhnya ketetapan hati manusia yang sekejap kuat, sekejap lemah...saya risau saya leka dan alpa. Perkara yang terjadi kepada awak boleh saja terjadi kepada saya. Nauzubillah. Betul kata ustaz saya, mana yang lebih patut saya gusar...ujian yang berlaku itukah atau ujian terhadap keimanan saya? Bagaimana kalau Allah menguji iman saya? Rasa macam kena tempeleng!(Bahkan berlebihan lagi). Kemudian, saya teringat lagi sebuah hadith yang ustaz saya bacakan dalam satu kuliah.
Daripada Ibnu Mas'ud RA katanya :Rasulullah SAW telah memberitahu kami dan dialah orang yang berkata benar: “Sesungguhnya seseorang kamu akan dikumpulkan ciptaannya di dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk air mani. Kemudian ia akan menjadi segumpal darah seperti itu (40 hari), kemudiannya menjadi segumpal daging seperti itu (40 hari). Kemudian Allah akan mengutuskan kepadanya malaikat, lalu dia akan meniupkan roh kepadanya dan malaikat itu diperintahkan untuk menulis empat perkara: Tentang rezekinya, amalannya, ajalnya dan samada celaka atau bahagia. Demi Yang tiada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya pasti ada seseorang kamu yang (pada awal kehidupannya ia) beramal dengan amalan ahli syurga sehingga ia telah dekat untuk memasuki syurga sekadar satu hasta, tetapi takdir telah mendahului ia ( yang pada akhir kehidupannya) lalu ia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu ia memasukinya. Dan sesungguhnya pasti ada seseorang kamu yang (pada awal kehidupannya) ia beramal dengan amalan ahli neraka sehingga ia telah dekat untuk memasuki neraka sekadar satu hasta, tetapi takdir telah mendahuluinya padaakhir kehidupannya) lalu ia beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia memasukinya.” [Muttafaqun ‘alayh]
Hadith itu sangat menggerunkan saya kerana saya tidak tahu apa sudahnya saya. (Allahlah Yang Maha Mengetahui). Jadi, saya fikir, ada perkara lain yang lebih penting untuk saya fokuskan sepanjang usia saya yang masih bersisa ini, maka, saya putuskan untuk lupakan apa yang telah berlaku. Saya kena banyak lagi belajar. Saya kena buat banyak benda yang saya belum ada kekuatan untuk buat. Tiba-tiba masalah kita menjadi terlalu kecil untuk saya pedulikan.
Justeru, sekiranya betul awak ada membaca blog ini...semoga awak faham keadaan saya dan saya doakan yang terbaik untuk awak kerana awak tetap saudara seagama saya.

Monday, August 30, 2010
Jom Pulun!
Diam tak diam kita sudah pun memasuki fasa terakhir Ramadhan. Cepatnya masa berlalu! Rasa tak cukup masa yang ada. Tak cukup segala. Rasa sayu pun ada. Sedih dengan usaha yang tidak seberapa. Macam tak cukup berusaha! Ini fasa pembebasan daripada api neraka, tak boleh tidak mesti dijayakan sedapat mungkin! Tak boleh kata tidak. Tak ada alasan lagi. Jangan sampai Ramadhan berlalu tanpa menghilangkan dosa yang berpikul tu. Rugi sangat. Takut-takut ini Ramadhan yang terakhir.
Jom pulun!!!
Saturday, July 24, 2010
Yang Ke-5
Persediaan untuk menunaikan haji perlu dibuat bukan bila nama sudah naik untuk pergi tetapi sepatutnya sudah berjalan lama sebelum 'seru' sampai lagi. Itulah yang Aku rumuskan setelah mengikuti proses-proses yang sedang emak jalani ini. Emak terpilih dalam senarai bakal haji 'standby' tahun ini. Aku tidak pastilah kalau pergi secara pakej itu lebih 'mudah', tetapi Aku rasa pergi cara apapun semuanya akan jadi mudah dengan izin Allah. Insyaallah.
Minggu lepas Aku bercuti dua hari itu kerana meluangkan masa menguruskan penghantaran pergi dan balik emak ke tempat kursus haji intensif di Masjid Saidina Osman di Bandar Tun Razak, Cheras. Itulah pertama kali Aku memandu ke situ. Pergi dan balik memang laluan sesak. Tapi, syukurlah semuanya selesai dan emak pun lulus ujian. Kalau tak dengarnya kena panggil lagi. Hari ini pula Aku menemani emak ke Klinik Kesihatan Tanglin di Jalan Cenderasari untuk pemeriksaan perubatan. Memang agak menuntut kesabaran juga kerana orang ramai. Lepas beratur isi borang, kena beratur ambil tekanan darah. Lepas tu ambil ukuran berat dan tinggi. Lepas tu pulak beratur panjang lagi untuk pemeriksaan kandungan gula dalam darah. Lepas tu tunggu lagi untuk giliran berjumpa doktor pula. Simpati Aku tengok seorang warga emas berusia 80 tahun yang agak keliru dengan sistem yang ada. Tak pula Aku nampak sesiapa menemaninya. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah urusannya.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan jelas menuntut kesabaran yang tinggi. Maklumlah bila ramai-ramai begitu, ada yang kurang dengar arahan, ada yang sengaja buat tak dengar, sampai tak larat petugas yang ada hendak bersuara banyak kali. Malahan tidak mustahil dalam berkata-kata itu ada yang terguris hati dan sebagainya. Pendekata tidak mudah untuk berurusan menangani jumlah yang ramai, susah untuk puaskan hati semua orang. Itu baru di Malaysia. Baru hendak mula buat persiapan. Dekat Mekah yang mana jutaan umat manusia berkumpul itu bagaimana agaknya? Mampukah dibendung tahap kesabaran?
Seorang pak cik tiba-tiba naik angin membebel. Perkara yang dia tidak puas hati ialah kenapa daun pintu hanya dibuka sebelah. Keluar kesat bahasanya. Aku dan emak saling berpandangan. Mujurlah di tengah kesibukan kakitangan melayani giliran orang lain, tiada siapa mengendahkan sungutannya. Lalu dia berlalu keluar dengan muka tidak puas hati. Barulah Aku faham serba sedikit yang dikatakan ujian bermula sedari di tanahair lagi. Apapun bukanlah niat Aku hendak mengatakan yang pak cik itu berkelakuan buruk, hanya maksud Aku agar perlakuan sebegitu dihindarkan kerana kita kena sedia maklum dalam keadaan terhad sebegitu, janganlah hendak berkira sangat benda-benda yang remeh. Lebih baik kalau tutup mulut sahaja. Emak kata, dari sekarang lagi sudah kena jaga perkataan dan perbuatan. Kena biasakan bersabar, jangan ikut hendak menang kita sahaja, takut nanti di tanah suci diduga pula.
Keputusan keadaan kesihatan emak adalah normal, kecuali untuk tekanan darah. Emak ada menghidap penyakit darah tinggi. Doktor minta emak pergi ke Klinik Sentul pula. Harap-harap dalam minggu ini bacaan yang emak perolehi semakin baik seterusnya membolehkan pegawai perubatan memberi taraf 'lulus'. Sebenarnya bukan bakal haji yang berusia sahaja, yang muda-muda pun ramai yang berpenyakit...ada darah tinggi.
Semuanya ini kembali membuatkan Aku menetapkan sasaran untuk cuba menunaikan rukun Islam kelima ini secepat mungkin. Kalau boleh sebelum mencecah umur 40 tahun. Alangkah indahnya kalau dapat mengerjakan ibadat itu dalam keadaan diri masih sihat dan kuat. Dan kalau mahukan yang terbaik, kenalah persiapan dibuat sekarang juga. Jaga pemakanan. Jaga kesihatan. Dapatlah menghindarkan penyakit dan meluaskan peluang untuk memberi yang terbaik untuk ibadat haji. Insyaallah.
Ilmu untuk mengerjakan haji juga kena mantap. Jangan tunggu last minute baru hendak hafal doa itu doa ini...banyak kerja ini sebenarnya kena buat.
Keinginan semakin menggebu. Mudah-mudahan Allah berkenan menerima Aku sebagai tetamuNya nanti dan semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.

Tuesday, June 08, 2010
Masih Aku Terasa (Letihnya...)
Masih terasa penatnya
Berkelana berbatu-batu jauhnya
Ke timur,barat, selatan dan utara
Haruslah haus tayar kereta dibuatnya
Adat berkeluarga suka meraikan
Kenduri-kendara bila diadakan
Jauh atau dekat bukan persoalan
Yang penting silaturahim dieratkan
Syukurlah semua dipermudahkan
Bukan galang ganti hebatnya perasaan
Manakan bertukar mahalnya pengalaman
Mudah-mudahan terus berkekalan
Berkelana berbatu-batu jauhnya
Ke timur,barat, selatan dan utara
Haruslah haus tayar kereta dibuatnya
Adat berkeluarga suka meraikan
Kenduri-kendara bila diadakan
Jauh atau dekat bukan persoalan
Yang penting silaturahim dieratkan
Syukurlah semua dipermudahkan
Bukan galang ganti hebatnya perasaan
Manakan bertukar mahalnya pengalaman
Mudah-mudahan terus berkekalan
Subscribe to:
Posts (Atom)