Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Friday, January 04, 2019

Jalan-Jalan Langkawi

Ini cerita yang berlaku di penghujung bulan Disember lalu. Kesempatan cuti rehat yang ada digunakan seoptimum mungkin dengan mengunjungi pulau lagenda, Pulau Langkawi. Cuak juga sebab cuti sekolahkan, tapi memandangkan memang kami balik utara, rasa tak apa kot lajak jauh sikit. Mujur masih ada slot untuk naik Langkawi Auto, sebab kami lebih suka bawa masuk kereta sendiri.


Pagi-pagi buta membelah highway untuk ke Kuala Perlis. Singgah solat subuh berjemaah di Masjid ArRahman, Melele' Jitra Kedah. Perjalanan alhamdulillah lancar, pukul 7.30 pagi sudah masuk Kuala Perlis.  Check-in time pukul 8.30 pagi. Sementara melepak tu, sempatlah guna wifi free Masjid Al-Hussain...hahaha...kami tak bersarapan pagi pun sebab semua kata belum rasa lapar. Jadi, cuma beli makanan bawa naik feri jer la. Karang lapar makan!


Penuh jugaklah feri hari tu sebab ada rombongan geng Nazaria. Berbijik-bijik jumlahnya...penuh muatan. Lepas tu ada geng konvoi motosikal jugak, tengok plet masing-masing bermula dengan 'A'...geng Perak weyyy...dengan lencana bendera Perak di lengan baju. Tu belum campur dua biji bas rombongan dari Pahang dan dua buah lori Gardenia...hahahaha...sempat tuuuuu...Kali ni tak rajin keluar memandang laut lepas, hanya duduk melayan tayangan video "Baby's Day Out" sambil makan. Sempat juga curi-curi habiskan cerita "Goblin"...oppaaaa!!!

Sampai je Dermaga Tanjung Lembong, terus tuju ke kedai makan kesukaan kami. Siap berborak dengan isteri tuan punya kedai yang jaga kaunter merangkap ketua tukang masak. Dia asal dari Hatyai...sembanglah sebab dah beberapa kali datangkan memang kat sini jer kami terpa dulu. Memandangkan anak-anak tak mau makan lagi, kami tapau sajalah senang. Semua tak sabar nak masuk tempat penginapan, nak luruskan kaki dan menghabiskan waktu petang berehat saja. Hangpa mai Langkawi kottt...hahaha...sabor jer laaaa.


Esok pagi-paginya , bersemangat tengok cuaca yang indah. Apalagi, terus memulakan agenda pertama iaitu...jeng...jeng...jeng...menaiki kereta kabel yang nun sayup merentasi Gunung Mat Chincang...iye...Mat Chincang...apalak Machincang nye...cek belajaq dulu Mat Chincang ni bergaduh dengan Mat Raya. Ejaan nye lagu tu.  Pandai-pandai hangpa jer bagi nama Macinchang...:)

Sekali sampai kat Oriental Village tu...makkk aiiii...ramainya umat! Camno nak buek ni? Telipuk memang tak betah menunggu ni...almaklumlah, penantian itukan satu penyiksaan. Tapi sebab...eh...asyik datang Langkawi tapi tak juga naik benda alah ni...rasanya this time kena buat jugaklah. Ini kalilah! Kaunter tiket ok jer, tak de lah ramai, yang berbaris panjang ni ialah panjangnya queue menuju ke platform cab berlepas tu. Ada slot masa...jadi kalau slot pukul 10 pagi, nanti dia akan panggil geng pukul 10 beratur masuk. Cuma sebab orang dah ramai, walaupun kau tahu slot...automatik kau akan rasa sangsi takut terlepas or kena caras...hahaha...dek kiasu tersebut, maka kau akan sanggup jugaklah berdiri kat situ tak nak pergi mana-mana mempertahankan spot kau tu. Lagipun, nak pergi mana lagi...muzium 3D pun berbaris panjang, SkyRex pun boleh tahan barisannya...kang sana melepas, sini pun melepas...baik fokus jer la nak naik kereta kabel ni.


Dah naik ke pelantar nampak la gondola-gondola ini. Sebelum sampai pelantar, seperti biasa kena berposing dulu. Gambor kenangan katakan...nanti ko belilah kalau kau nak simpan gambo tu. Harganya memang boleh buat kau rasa nak pengsan...tapi bila main psikologi ni kan...kau rasa, tak beli sayang...almaklumlah kenangan...hahaha...bukan selalu ye tak? So, sila bersiap-sedia ye.

Gondola ni ada yang jenis VIP...bermakna, laluan nyer agak pantas...tak de la payah nak berebut dengan rakyat marhaen ni...menunggu pun tak de la lama. Tapi kan harga dia tu...hemmm...tak yahlah , sama gak kot naik nyer tu...sama pemandangan apa...lain la kalau kau boleh pulak terbang kih kih kih. Oh ya, dan ada juga yang jenis glass bottom. Maksudnya, gondola kau tu lantainya kaca. Haha...ada berani? Kalau tak gayat bolehlah...kalau rasa-rasa nak bukak mata pun seriau...tak payahlah. Lagipun bukan murah harganya...

Kami pilih yang biasa jer, dan meskipun orang ramai...satu gondola tu hanya kami sekeluarga naik. Privacy apaaaa...tak payah naik VIP pun...dah cukup baik dah.


Ni gondola orang lain la. Mula-mula kat platform tu...semua orang line up and get ready untuk cepat-cepat menyelit masuk ke gondola sebab pintunya tak de la nak buka lama dan actually, it don't really stop pun. So, copek jang...kang tersopit pulak án...nayoooo. First 100 meter rasa macam ok ...but as it moved higher mulalah perasaan den ni berbolah bagi...nak tughun ke tak tughun...kot nak tughun pun tak dapek nak tulong...nak tak nak naik yooo...alaaahaaiii...gayat weyyy...

Ada la juga detik detik gondola tu berhenti sekejap...umanggg aaaiii...sayuuppp memandang ke bawah. Kala tu, Telipuk fikir...memang tiada daya dan upayalah. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Dah tergantung di atas tu...apo nak buek? Berserah sahajalah jiwa dan raga.


Sampai di station pertama mulolah tersongih-songih. Aiii...pencapaian luar biasa tu kot...hahaha...betul, Telipuk ni gayat orangnya...cuma tak de la sampai kena panic attack. Syukur alhamdulillah, walaupun hujung-hujung jari dah terasa seram sejuk. Lepas dapat berselpie, berwefie bagai...memang syiookkk wa cakap luuu. Tapi sebab hari dah makin terik, kami tak ralat melepaskan peluang ke Skybridge. Lagipun orang ramai...bior jer la...dah sampai ataih ni pun dah alhamdulillah cukup baik dah. Actually, Aiman pun dia agak gayat juga...sebab tu bila dia diam...Telipuk cuak jugak, buatnya dia keriau nak turun...naya. Sebab tu la pun Telipuk cover rasa takut ni dan ajak dia sembang-sembang dan berlagak macam tak takut...kalau Telipuk pun tunjuk takut, abislahhh.

Akhirnya, wajah-wajah suka sebab we did this finally! Yeayyy. Semua mata pun terkerut-kerut sebab terang berderang sangat. Dekat station kat atas ni ada macam-macam kemudahan. Tandas ada. Tempat makan pun ada. Dek pemandangan dilengkapi dengan teropong, jadi boleh menikmati pemandangan sekeliling.  Kalau cuaca tak panas sangat dan orang tak ramai, rasanya tak kisahlah lepak lama sikit tapi since keadaan tidak macam tu, kami pun tak tunggu lama di station 2, terus queue ambik cab ke stesen ketiga. Oh ya, kat sini pun kome kena ajak bergambor jugak wehhh. Sila...sila...kenangan katakan.


Memang pengalaman seumur hidup jugaklah ni. Rasa lega sebab berhasil naik walaupun pada awalnya rasa nak mengalah bila tengok orang ramai. Pada kunjungan terdahulu, itulah yang terjadi...cuma untungnya masa tu kami dah puas masuk muzium 3D. Jadi, bila turun dari Skycab ni, kami tak heran nak ke sana lagi. Lagipun orang ramai sungguh. Dah kalau macam tu memang tak seronok, sebab nak fefeling dengan lukisan 3D pun dah tak syok since ramai orang menunggu giliran pulak.

Sudahnya kami mencuba one of the attraction yang ada iaitu SkyRex. Tak pasti bendanya apa but ada kena mengena dengan dinosaur. Kat luar lagi dah ada patung mekanikal dinosaur jenis raptor tu...nampak yang teruja Hisham ler. Dia memang peminat dinosaur. Masa menunggu memang boleh tahan la...tapi untungnya ada orang yang sanggup berdiri dalam barisan, jadi Telipuk dengan anak-anak just lepak tepi tangga tunggu. Bila dah approaching entrance baru kitaorang tergedik-gedik join hahaha...penat la weyy, kang pengsan ke hapa ke kannn....hehehe. Oh ya, bendanya macam ala-ala teknologi VR la...as if berada di satu tempat rahsia menempatkan dinosaur. Sekali security bolos menyebabkan dinosaur-dinosaur yang ganas tu terlepas lalu korang pun kena kejar, kena serang ...kena pakai kacamata 3D tu ler untuk kasi real experience nyer tu. Menjerit-jerit jugak la kak Temah dibuatnya...hahaha


Hari seterusnya kami berkunjung ke Telaga Tujuh. Kawasan air terjun. Untuk sampai ke kawasan ini perlu mendaki 600 lebih anak tangga. Memang mencungap weyyy...maklumlah, dah lama tak mengekalkan kecergasan. Berhenti berhentilah jawabnya. Mula-mula tu terfikir jugak, patutkah aku berpatah balik sebab anak Telipuk yang sulung tu dah macam tak larat...ye lah, benda mencabar macam ni tiba-tiba kau buat ...boleh terkejut segala urat saraf . Telipuk la yang teringin sangat nak naik. Konon tema kunjungan ke Langkawi kali ini ialah pengembaraan alam...amik kau. Pada ketika dok berbelah bagi di pertengahan jalan tu, Hisham cakap...tak apa, dia nak naik juga. Tapi naik perlahan-lahan lah. So, allright la tu...Telipuk teman dia naik satu persatu anak tangga sampailah sampai ke atas...yeahooo...besttt!


Dah sampai kat atas tu rasa sangat-sangat berbaloi naik. Deruan air pun dah cukup mengubati lelah. Udara yang nyama dan pemandangan yang mengkagumkan...sememangnya alam ini sangat indah untuk diperhatikan. Pun begitu, ini bukanlah point yang tertinggi...actually, boleh lagi naik ke atas sebab memang ada hiking trail untuk yang nak ke puncak. Tapi Telipuk rasa yang tu kena bagitau renjer hutan yang bertugas kot. Lagipun kami tak plan nak hike, cuma nak sampai kat sini jer. Tak delah 'gorgeous' sangat air terjun ni...may be yang dari atas tu lagi hebat. Yang ini kecil jer aliran dia...mungkin sebab cuaca tak panas or jarang hujan. Boleh nampak lopak-lopak or so called kolam yang menjadi tempat mandi puteri bunian...hahaha...mitos ajer la kot ye.


Menyesal jugaklah kak Temah tak join Aiman mandi. Kemain lagi dia enjoy kesejukan air tu...apasallah tak ready untuk basah sama. Ini memang kes nak jimat baju dan malas nak bersusah. Cukup main air jer lah.

Masa kami sampai ni pengunjung tak ramai pun. Agaknya ramai yang menyasarkan Oriental Village dulu...apa barang nak naik Telaga Tujuh. Kalau adapun adalah mat-mat dan minah Salleh beberapa orang. Orang Melayu memang tak ada masa tu...tapi memang la, masa kat SkyCab kelmarin tu, ramai pelancong Melayu kat sana.

One of the bigger pond yang ada. Boleh nampak ikan-ikan kecil. Nak berjalan menyelusuri jalan air ni mamng kena ready untuk basahlah sebab ianya berlumut dan licin. So, jaga-jaga...jangan sampai tergelincir. Ada yang terantuk kepala kat batu nanti kang...nayaaa jer.


Next trip kalau datang lagi (dah macam acara tahunan pula)...Telipuk ingat nak kena try Pulau Dayang Bunting la jugak. Kilim Geoforest dah cover. Mandi pantai, tak minat. Or may be snorkelling? Hemmm...entahlah, bab-bab laut ni macam tak berapa...hanya suka tengok dan berjalan di persisiran setakat ini. Tak suka rasa berbahang tu.Memang tak de menggila membeli-belah pun kali ini, hanya seperti biasa membeli coklat saja...itupun beli yang feveret saja...semestinya tak sah kalau tak beli Ritter Sport, Pepero, Bueno...

Memang puas hati tercapai hasrat mencuba SkyCab dan mencecah air di Telaga Tujuh. Walaupun agendanya tak banyak, tetapi pengisiannya memang bermakna. Semoga ada rezeki lagi sampai di lain kali. In shaa Allah.

Thursday, July 19, 2018

Memperkenalkan...

Pernah pergi Taiping? Ala...Taiping kat Perak tu...bukan Taipei tau! Kalau tak pernah, pernah-pernah kan lah...hahaha...serius, best gila Taiping tu. Macam komik Gila-Gila, "From Taiping with Love"tu la. Apa??? Gila-Gila pun kau tak tahu? Wellll...I rest my case! (Nampak sangat diri ni dah tua).

Ok, hari ni Telipuk nak promote Taiping. Apa yang best pasal Taiping ni...bagi Telipuk, ialah warisannya. Sebab tu Taiping ni terkenal dengan nama "Bandar Warisan". Untuk penggemar sejarah macam Telipuk ni, buang masa di muzium adalah momen yang membahagiakan daripada berjalan tak tentu arah dalam Sogo. Erkk...faham ke? Ok tak pe...kalau tak suka sejarah pun, korang boleh nikmati pemandangan yang mempesonakan...naik Bukit Larut pun best juga. Taman Tasik Taiping pun menarik atau kalau korang suka tengok kepelbagaian fauna, bolehlah singgah di Taman Mergastua Taiping...hehehe...suka pulak Telipuk dengan nama tu...itu Zoo lahhh. Tapi kalau semua pun korang tak suka...ada satu benda lagi yang akan buatkan korang suka dengan Taiping. Semestinya makanannya yang sedap dan murah. Kat mana? Hemmm...banyak tempat yang best...tapi mana-mana pun korang singgah kalau kat belah utara ni, setahu Telipuk...sedap ajelahhh. Hahaha...bias tahap gaban.

Ini ada tarikan terbaru di Taiping. Tak sabar Telipuk nak pergi melawat ni sebab ni sejarah bidang pekerjaan dan tempat Telipuk cari makan. Semestinya rasa terkait sama kan. Jadi, siapa-siapa yang berkelapangan tu, apakata bila anda berada di Taiping, masukkan kunjungan ke Muzium Telegraf ini dalam aturcara lawatan. Lain daripada yang lain kannn...

Selamat datang ke Taiping . Semoga anda gembira sepanjang berada di sini. (Ewahhh...dah macam Duta Pelancongan pulakkkk...)


Thursday, June 21, 2018

Syawal di Langkawi

Hari raya keempat, kami mengambil kesempatan berada di utara untuk bercuti ke pulau peranginan lagenda, Pulau Langkawi. Tiada agenda tertentu, hanya sekadar mahu meluangkan masa cuti sekolah ini untuk percutian keluarga. Pulau Langkawi adalah destinasi yang sesuai sebab macam-macam ada.

Seperti kunjungan terdahulu, kami memilih untuk membawa masuk kenderaan sendiri. Bukan apa, kalau tak bawa masuk, sampai pulau dah tentu kena sewa kenderaan juga...kalau sehari RM100, tak ke dah RM300 nak kena bayar untuk 3 hari. Itupun kalau adalah yang harga macam tu di musim cuti sekolah ni. Lagi satu, kita ni nak membeli itu ini, nak berangkut bagai naik feti...ishhh idok ler...ada kereta senang, sumbat jer semua dalam kereta dan terus roll-in, roll-out. Kira pi kira mai, serupa tu jugak, jadi, lebih baik memandu kenderaan sendiri.

Oh ya, nak bawa masuk kenderaan sendiri ni biasanya kena booking online awal ye...bukan apa, takut melepas terutama di musim peak macam cuti sekolah. Al maklumlah, perkhidmatannya bukan selang 30 minit ada 5 trip...sehari cuma ada beberapa trip sahaja oleh dua operator sahaja ...jadi, sila rancang perjalanan anda. Feri kami bertolak pukul 1.30 tengahari. Pukul 12.30 kami dah start queue dan hampir pukul satu mula berderet-deret masuk ke dalam perut feri. Sebelum tu senang jer dari rumah tuju terus ke Jeti Kuala Perlis , lepak area Masjid Al Hussain tu. Kat situ la tempat naik feri kargo ni. Bila dah naik feri, jangan lupa bawa sikit bekal takut dahaga atau lapar sebab lama juga la...macam kami tadi almost pukul 4 baru sampai. Sebab ada masa yang terbuang untuk perlepasan dan docking. Feri ni tak tuju Jeti Kuah tetapi tempat pendaratannya ialah di Jeti Tanjung Lembong...so , lari sikitlah jarak tu kan. Dan lagi tadi feri tak boleh hampir rapat ke dermaga jadi dilencongkan ke tempat shipyard berdekatan. Dah satu hal pulak krew dok berhempas pulas nak buat linking bridge untuk kenderaan menyeberang. Hish...rasa cam tak lepas jer tadi...seriau weyyy...sebab bawak cik Naza yang bagak tu. So, kelewatan tak dapat dielakkan tadi. Apapun syukur kami selamat sampai dan terus tuju ke tempat penginapan yang dah macam balik kampung sendiri jer sebab setiap kali berkunjung ke Langkawi di situlah kami tinggal. Pemandangan Indah Guesthouse. Memang suka kat sini sebab macam rumah sendiri dan owner dia baik. Nama pun sama macam nama arwah ayah Telipuk . Tak ada apa yang grand pun tentang tempat ni...kalau nak mewah-mewah cari hotel mahallah. Yang ni memang fulfill semua yang Telipuk perlu tika bercuti sekeluarga. Ada dapur, mesin basuh, fridge semua...cukuppp. Dan parking kereta depan halaman...hahaha...jimat tenaga betul.




Aktiviti pertama yang kami buat petang tadi ialah pergi membeli sedikit barang keperluan di BHK Duty Free Shop yang terletak tidak jauh dari bulatan berdekatan lapangan terbang. Jalan nak ke kawasan Beras Terbakar. Beli beras sekilo, minuman 3-in-1, telur dan roti. Bolehlah buat makan kalau malas nak keluar. Sebelum balik singgah makan malam di restoran Airport Corner, betul-betul tepi bulatan , berhadapan dengan Restoran Halim GP gulai panas tu. Punyalah lama tunggu nak makan, nasib baik sedap. Ke sebab dah lapar? Apa-apalah ye. Oh ya, masa kat supermarket tu sempat cek harga cekelat hahaha...ye la, boleh buat perbandingan sikit.





Sepanjang malam hujan di Langkawi. Lebat dan angin kencang cuma disedari awal pagi ini. Al maklumlah semua tidur mati dek penat dalam perjalanan kot...atau katil tu selesa sangat...hahaha. Risau tengok pakaian yang Telipuk dah mesin semalam melayang-layang berkibaran macam bendera. Takut pula terlucut terus dari ampaian, dah satu hal. Terus keluar dalam kesejukan dan angin yang mengigit ke tulang tu demi misi menyelamat pakaian. Terpaksa spin balik bagi dry sikit sebab dah lencun semuanya kena tempias hujan.

Oleh kerana ini kunjungan kali ketiga kami dalam tempoh 3 tahun, jadi kami tidaklah beria sangat dengan senarai aktiviti yang dijalankan sepanjang kami di sini. Maklumlah, kebanyakannya kami dah buat pun. Yang barangkali tak jemu buat dan pastinya top on my mind sudah semestinya aktiviti shopping. Hahaha...anak-anak pakat buat muka. Sabar je la ye....ate, ini jer aktiviti yang sesuai dalam apa jua cuaca. Kannn? Alasanku benar belaka. 

Kalau yang pertama kali datang, Telipuk cadangkan buat list aktiviti dulu sebab ada banyak benda yang korang boleh buat. Telipuk dulu pun macam tu juga, senarai siap-siap apa nak buat untuk trip 4 hari 3 malam. Takut ada yang miss , sebab bukan dekat nak datang kann. Tapi bila dah masuk kali ketiga ni, rasanya keterujaan tu dah hilang...yelah, semua tempat tarikan dah pergi. Macam perkampungan Mahsuri tu...memang cukup sekali jer la pergi...entahlah, Telipuk kalau muzium tu tahan lagi...tapi benda yang macam lebih kepada mitos ni cukup sekadar tengok sekali cukuplah. Rumah upside down dan museum 3D arts tu pun...cukup sekali sudah. Berlambak kot kat mana-mana. Benda-benda man made ni rasa cemuihnya nak tengok lagi. Untuk Telipuk...go for rhe beach, the mountain, the wildlife and segala yang alam semulajadi tu lagi best. Sebab tu tak jumpa la pelancong asing dalam Kompleks HIG atau Idaman Suri..hahaha. Local tourist jer berduyun macam semut mengerumuni gula. 

Oh ya, antara barangan yang pelancong domestik macam Telipuk suka cari ialah kain batik dan minyak gamat atau by- product gamat. Actually, ada pesanan tu...maka di mama nak cari ek? Biasanya untuk kain batik, Telipuk akan pergi ke kawasan Beras Basah. Tak de shopping complex yang gah pun, just deretan gerai yang padat di satu lorong, tak jauh dari tempat parking. Kat dalam tu bannnyyyaakkk jual kain batik, t-shirt dan barangan cenderamata. Harga sebenarnya lebih kurang sama jer...untuk kain batik ukuran 120cm X 200cm yang sudah siap dijahit, boleh dapat 4 helai pada harga RM50.

Kalau korang nak puas hati pakai, boleh beli yang mahal sikit...yang tu harga bergantung pada kualitinya...sebab handmade , tak mass produce guna mesin. Yang paling mahal sehelai RM65 camtu...tapi kalau korang nak beli kat luar, harganya boleh cecah RM80 lebih. Yang tu pandai-pandai la korang nak beli, Telipuk just beli yang dah siap jahit tu jer...dapatlah sehelai RM12. Kalau kat HIG pun tak silap Telipuk dalam RM14. Nak murah lagi beli kain batik lepaslah...hahaha...sesuai untuk urusan jenazah...oitttt! Tu yang nak habaq tu...sat gi hangpa salah beli pulak...hehehe...tapi cantik juga corak batik lepas ni, nak buat kain pakai pun orait...cumanya dia tak ada 'kepala' kain.

Ada satu gerai ni, Telipuk nak promote pun tak de nama dan nombor kedai. Tuan kedai pun malu nak juai nama...ishh...ishh...kiranya bolehlah diajak berunding kedai ni. Kita nak membeli pun selesa, tak de dia nak kejar nak close sale...siap boleh round satu baris demi baris tengok apa yang ada. 


Kedainya dah hujung-hujung menghala ke kawasan beras terbakar. Kalau korang berdiri di depan pagar kawasan rumah yang lamannya menempatkan tinggalan beras terbakar tu...korang akan nampak kedai kain pilihan Telipuk tu macam dok bertentang tengah jalan cam ni.


Kalau nak cari minyak gamat, kat sini pun boleh. Telipuk suka singgah gerai Warisan Siti. Dulu datang sini borong ubat herba Super Resdong. Orang lain pesan, katanya bagus. Kurang bersinnya dan gatal-gatal hidung/muka hilang. This time cari ubat tu tak de stok, maklumlah lepas raya...production dan distribution belum fully running, so, tak dapek nak beli. Minyak gamat yang murah tu ada la...korang boleh beli seikat 12 botol tu...untuk harga RM 10 kot. Telipuk beli yang ada ibu gamat lebih sikit dan berangin, harganya up sikitlah dalam RM14. Jadi, terpulanglah korang nak yang mana sebab lain quality, lain harganya. Telipuk siap borak dengan adik yang menjual tu tanya apa yang bagus, apa yang tidak...kenapa yang ini macam ini dan macam-macam . Biarlah kan...daripada menonong beli sebab murah baiklah kita beli apa yang kita perlu dan nak guna. Tak payah menggila memborong takut nanti sudahnya tersadai dalam laci almari. Ayat orang yang dah insaf adanya....hahahaha.

Seperti biasa bila dah di Langkawi ni, semestinya tak sah kalau tak beli coklat. Nak nak untuk peminat tegar macam Telipuk ni. Dulu Telipuk rajin juga survey harga ...setiap pelusuk Telipuk redah...heheh...kali ni dah malas. Ala...kalau nak beza pun a few cents saja kot...so, tak payah buang masa. Telipuk pilih untuk ke Pekan Kuah iaitu destinasi pilihan ramai, Kompleks HIG atau Haji Ismail Group. Senang, parking banyak. Sambil beli coklat, mata melilau tengok benda lain juga. Kali ni dah siap pesan kat encik suami, beli yang sedap saja...ambil jenama yang kita dah biasa. Pernah dulu beli ikut dasar berkenan di mata dan poket...sekali rasa coklatnya tak best...akhirnya terperap tak bermakan. 
Telipuk paling suka coklat Ritter Sport. 



Harga di HIG pada masa tu ialah RM5.50. Murah 40 sen daripada harga di BHK Padang Matsirat ni. Lagipun kat HIG ada banyak pilihan. Pepero dan Cadbury pun antara yang Telipuk tak akan lepaskan peluang beli. Telipuk kurang gemar Daim dan Toblerone...tapi beli juga sebab adik beradik pesan.



Untuk pengemar perkakasan dapur , kat HIG pun ada jual banyak. Tapi menurut pemerhatian Telipuk, rasanya golongan pembeli tegar lebih suka ke Idaman Suri. Apapun untuk Telipuk, tak jadi masalah sebab dua-dua pun Telipuk redah sebab tak de la jauh sangat jarak antara dua tempat ni.

Oh ya, selain pekan Kuah, kalau rajin pergilah cek tempat-tempat lain juga. Kadang-kadang ada best offer. Masa singgah di Coco Valley, Pantai Cenang yang letaknya bersebelahan Underwater World...ada promosi untuk Corelle. Yang loose piece, beli satu dapat satu. Tapi untuk selected pattern jer la...kalau corak terkini tu tak dapek la yo...harap maklum. Juga ada set yang ditawarkan pada harga RM199. Huh...menceceh gak air liur ni, tapi mengenangkan dah angkut set Arcopal kat Idaman Suri itu hari...terbendung jugaklah perasaan tu. Hello...nak makan makanan ke...nak makan pinggan? Kang silap hari bulan terperap dalam almari...hihihihi.



Apa pun membeli tu biarlah berpada-pada. Memanglah rambang mata melihatnya tapi kalau tak ada keperluan, buat apa beli ye tak? Buat penat nak mengangkut jer. Nasihat Telipuk, kalau ada benda tertentu yang kita teringin nak beli, senaraikan siap-siap. Then, boleh fokus cari. Bila dapat apa yang kita nak dan harga pun cun...baru rasa berbaloi dan seronok nak datang Langkawi lagi. Betul tak? Eh...eh...dah macam duta pelancongan Langkawi pulak ye. Hihihi.

Sekian saja catatan Telipuk bersempena kunjungan terbaru ke Langkawi . Semoga ada rezeki untuk kunjungan seterusnya di masa hadapan.

Wednesday, January 11, 2017

Beg Dari Beijing

Antara pengalaman yang paling Telipuk tak boleh lupa ketika berada di negara China ialah pengalaman kena harassed dengan penjual beg. Ketika itu Telipuk dan kawan-kawan berada di Beijing untuk lawatan singkat di sana. Ada antara peserta mencadangkan agar kami dibawa membeli-belah ke sebuah tempat membeli-belah yang dikatakan tersohor di kalangan pelancong iaitu Silk Street Market. Ianya berikutan ramai yang masih tak puas hati tak jumpa apa yang dicari. Ada yang nak cari kain sutera pasang...ada nak cari barangan imitation...err...macam-macamlah kot. Telipuk ni mengikut aje.



Telipuk antara faham tak faham ajer lah bila dengar cerita tentang kita kena bargain dan deal betul-betul untuk dapatkan apa yang kita hendak. Dikatakan penjual akan meletakkan harga yang berkali ganda tinggi dan terpulanglah kepada kebijaksanaan pembeli untuk melakukan aktiviti tawar menawar. Kata depa lagi, kalau pandai memang berbaloi-baloi membeli. Untuk orang yang tak pandai membeli macam Telipuk ni, mendengar perkataan kena buat tawar-menawar itu sahaja sudah cukup menggerunkan. Apatah lagi diaorang kata, kalau kita menawar tapi tak beli...siaplahhh!!!

Ok, dalam kepala Telipuk kalau boleh memang nak cari beg pakaian...nak ganti beg sediaada yang dah rosak rodanya. Kalau jumpa yang berkenan bolehlah kot beli. Untuk minit-minit awal, Telipuk hanya berani membeli barang-barang cenderamata yang Telipuk boleh agak harganya berdasarkan apa yang Telipuk dah beli dari kedai cenderamata sekitar Great Wall serta di kawasan stadium olimpik Bird Nest. Selebihnya Telipuk banyak menumpang suka tengok jer ikut kawan-kawan. Tapi sungguhlah, kalau kita tak tahu harga pasaran, camnolah nak mula buat tawar-menawar kan? Karang percuma jer kena maki hamun. Takut jugakkan?. Kat Malaysia ni Petaling Street pun Telipuk tak berani jengah, macamana lah boleh sampai Silk Street Market ni antara percaya dan tidak jer la...hahahaha...

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba terserempaklah sebuah kedai beg. Banyaklah pattern beg pakaian yang dijual. Menarik memanglah tapi kalau ikut benchmark kat Malaysia...busuk-busuk pun yang berkualiti tu mahu 3-4 ratus jugakkannn. So, Telipuk sambil lalu tu terintai-intai juga. Cadang nak usha saja...Agaknya muka Telipuk ni penjual tengok, dia dah agak boleh makan punya...terus dia panggil masuk. Masa tu ada nampak pelanggan lain juga so, Telipuk yang berdua dengan Sheema tu masuk jugaklah. Dalam hati berkata, ala...masuk tengok jer...tak semestinya kena beli...kan...kan...kan???

Ini haa beg yang menjadi subjek perbincangan.


Beg ni tak besar...saiz 20" kot. Memang Telipuk nak yang kecil saja sebab nak yang cabin size. Boleh bawak naik kat tempat bagasi atas tu...tak yah masuk kargo. Puncanya sebab salah faham luggage/kg allocation untuk penerbangan balik. Katanya limit kepada 1 beg sahaja. Telipuk ada 2 beg medium saiz yang gemoks...tak muat cabin nyer. Makanya, gabra lah Telipuk. Since, bekal makanan dah boleh tolak tepi...dan Telipuk tak beli banyak benda, cukuplah beli beg ganti saiz macam ni.

Sales girl yang attend Telipuk ni kedengarannya ramah. Siap buat demonstasi hempas beg. Loncat atas beg. Ketuk-ketuk, pijak dan pelbagai aksi ganas lagi demi untuk menunjukkan keutuhan beg tersebut seterusnya kualitinya yang sangat bagus. Safety wise pun bagus sebab zip tak boleh dikopek pun...wahhh canggih,,,canggih...Habis demonstrasi, Telipuk tanyalah...berapa harganya? Yelah...nak tahu lah mampu milik ke tak?

Tahu apa jawapannya...RMB3500. Mak aiiii...bior betikkk...jadahnya aku nak beli beg rega dua ribu lebih. Opcoz la mak tak nak beli kann...Telipuk cakap...ooo...so, nak blah la kan. Kita tanya jer kot. Lepas tu dia tanya Telipuk..."What's your price?". Telipuk tak jawab price sebab Telipuk kan masih konpius dok buat calculation tukaran mata asing dalam kepala dengan kira duit dalam dompet...terus Telipuk cakap, it's ok...thanks...maksudnya, tak der la ahkak nak membeli. Ingatkan dah settle...sekali minah tu tanya...no...no...lady...you see the quality...now you tell me your price...Eh...eh...apahal pulak, dah ko yang beriya-iya tunjuk , bukan aku suruh punnn!

Perkataan "what's your price tu?" ditujukan bertalu-talu kat Telipuk. Rasa dizzy kepala Telipuk. Toleh kiri toleh kanan, tak nampak pula muka tour guide Telipuk, kotlah rasa semangat sikit ada back up...satu, kita ni tak reti dan paham 'adat' bargaining kat sini coz tak ada pengalaman...dan kedua, how to get through all this nonsense...dah takut pulak rasanya. Geng lelaki-lelaki macho Malaysia pun tak pulak nampak lalu...haiyaaa...Masa tu kawan Telipuk dah start pegang lengan Telipuk ajak keluar. "Beb...jom la beb kita keluar...jom la..." Bukan Telipuk saja yang takut ni...kawan Telipuk pun dah start cuak sebab minah tu dah semakin agresif.

"Sorry, I don't want". Terjegil beliak mata sales girl tu...no...no...what is your price...? Geram sangat Telipuk cakap, "I don't have that much money". Ok ok...dia tekan calculator dan tunjuk, I give you discount ...RMB2800. Whoaaa...gila siuttt stilll thousand over...Telipuk pun geleng, geleng kepala...sebab dah geram sangat Telipuk cakap , "If the price is RMB200, I'll buy". Kat kepala Telipuk memanglah rasa gila drastik tawaran tu...tapi hey...I don't want to buy okeh...boleh beli dua-tiga beg kot dengan harga macam tu. Apalagi minah tu pun dah macam nak menjerit...cannot!!! No money! No money! Bila rasa nak melangkah jer, minah tu block Telipuk, aduhhh...payah ni lagu ni. Kat kepala dah fikir macam-macam. Habislah aku stranded kat Beijing lah ni nampaknya...mampuih la kena ganyang ke...dok fikir nak suruh Sheema blah saja, biarlah Telipuk hadapi semuanya sendiri. Tu lahh...gatai nak sangat beli dan tengok beg...lain kali ikut geng...awak tu bukan pandai kat tempat asing ni. Haishhh...mana nak sangka teruk sampai macam tu sekali kan...lagipun elok ja masa Telipuk beli souvenir...tak der la agresif macam ni. Hellooo...souvenir hang tu RMB12 jer kotttt....

Rasanya muka Telipuk dah naik merah padam sebab dah rasa 'hot' dan juga rimas dengan tekanan yang sales girl tu buat. Huhhh...tetiba naik geram pulak...lantak ko la labu...apa nak jadi jadilah. I am gonna get through this! Bila sekali lagi dia jerit "What's your price!" Telipuk jerit balik 'I said 200!". That is my price!!! Apaaa...ko ingat budak Bagan Tiang ni tak reti jerit balik ke??? No...no..lady...you give me some money...dah tunjuk kalkulator dengan harga 1500. Telipuk firmmmm...NO! 200...Minah tu tekan lagi, 800. Masa tu nampak baliklah harapan nak pulang ke Malaysia...dengan beg atau tanpa beg baru...huhuhu...Telipuk pandang muka dia (serius...serius...memang punnn coz kat dalam ketaq tok sah habaq)...this is my last price...take it, or leave it...230. Up skett je. Minah tu geleng. Give me some money lady...dan tekan angka 500. Telipuk rampas dan tekan balik kalkulator tu...230. Last price!! Dan buat gaya nak blah walaupun dia still blocking. 

Okay...okay...minah tu mengalah. 230! Huh...Telipuk pulak rasa nak pengsan. Yelah, oklah kalau 230 memang eloklah tu, berbaloi kot dengan kualiti beg tu...tahan lasak betul kalau tengok demonstrasi tadi tu. Berpeluh dan rasa tak percaya Telipuk dapat selesaikan juga...dari RMB3500 sampai RMB230. Memang gila! Bayangkan kalau Telipuk mengalah dan accept harga 2000 lebih or even yang 1000 lebih nyer level...rugi owhhh...yelah, if she really can go down sampai 230...berapalah agaknya kos sebenar dia? Seram gak tu...dahsyat betul!!!

Betullah orang cakap...ko kena betul-betul pandai menawar dan judge the quality of the goods kat sini...and bagi performance yang baik punya. Kawan Telipuk siap puji...wahhh...cayalah...memang real betul lakonan ko tadi...Telipuk pandang jer...."Lakonan?" Aku betul-betul weyyy...tak berlakon lagi dah. Berlakon apa....dah takut gabra habis tu...hahaha...dia ingat Telipuk memanipulasi situasi tu dengan berpura-pura tak nak beli...Telipuk jawab..."Memang aku tak nak beli". Probably itu mesej yang sama diterima oleh sales girl tu menyebabkan dia all out nak jual juga dan terima harga Telipuk.

Lepas dah serah duit bayaran, bukan main lagi bergelak dengan sales girl tu kann...perli my friend...siap tanya nama, bertepuk tampar bahu lagi katanya. Hahaha...Telipuk rasa lega sangat tu yang happy dapat close the sale. Rupanya memang begitu gayanya. Masa Telipuk melangkah keluar dengan beg pakaian beroda yang baru tu...pergghhh...rasa macam baru balik dari medan perang dengan kemenangan. Dan disambut dengan sorak sorai kawan-kawan senegara yang kagum dengan harga yang mampu Telipuk dapat untuk beg tersebut. 

Rupanya ada geng yang beli stuff toy beruang panda pada harga RMB300. Harga asal letak RMB600. Dia fikir 50% less dah ok, tapi kitaorang diam-diam geleng kepala. Bayar that much untuk mainan macam tu? Huhhh...kesianlah pulak rasanya. Anyway...tak apalah...janji Telipuk dah lepas. Lepas dapat beg tu...tobat la Telipuk nak jengah-jengah kedai lain...nak tengok pun tak berani dah. Masa tu nampak sepasang pelancong Eropah sedang bertegang leher nak beli sehelai jaket kulit. Eeeiii...takutnya , siap keluar entah apa-apa bahasa...Oh ya, ada seorang kawan yang kebetulan sama macam Telipuk nak cari beg juga...Telipuk pun memberanikan diri bawa dia ke kedai yang Telipuk pergi tu...sales girl tadi tu nampak kelibat Telipuk dan senyum. Mula tu risau juga takut depa tak suka kita recommend orang coz tentulah kawan kita dah tahu price kita dapat...tapi nak wat camno...tak kan nak aniaya kawan kot. Telipuk just signal kat kawan Telipuk dan cakap...give her the same price, ok. Dan yang best tu kawan Telipuk ada hati nak bargain lagi tu...saboooo jer lah...terus minah tu cakap, "you cannot bargain with me". Dan dia bagi harga sama macam Telipuk. 

Oklah tu 230...rupanya bila Telipuk gi jengah kat Carefour Wuhan, beg seumpamanya berharga sekitar RMB400-500 . Haiii...nasib baiklah pulak kan dapat beli yang itu. Hemmm...memanglah pengalaman yang tak boleh dilupakan. Sekarang, setiap kali tengok beg tu, pastilah Telipuk ingat peristiwa di Silk Street tu...yang lawak tu, suka pulak Telipuk dengan beg tu. Masa bawak balik pun senang sangat. Compartment banyak. Tak rasa berat. Dan muat elok jer. Alhamdulillah.

Friday, January 06, 2017

Mencari Ilmu Sehingga ke Negeri China

Bulan November tahun lepas (macam berkurun jer rasa) sebulan hilang macam tu sahaja sebab Telipuk pergi ke China. Buek apo kek China nun? Adalah...urusan-urusan berkaitan pekerjaan Telipuk...nak share juga perkongsian pergi China ni, bukan dari aspek pekerjaan lah tapi dari aspek pengalaman.

Telipuk memang tak pernah sampai ke China. Jadi bila dapat peluang pergi ini, Telipuk ingat trip biasa je, paling lama pun seminggu. Sekali 3 minggu ngkau...haahhh masakkkk! Mula-mula memang berbelah bahagi nak pergi. Sebab lama sangat rasanya. Dah la tu, tempatnya dah mula nak sejuk. Sebagai anak jati Khatulistiwa, Telipuk mengaku Telipuk tak suka pergi tempat yang sejuk. Nak minum minuman taruk ketul ais pun dah tidak lagi, inikan pula nak tidur bangun dan beraktiviti dalam persekitaran yang dingin...mau panjang jugak berfikir dibuatnya. Namun, ternyata kali ini memang giliran Telipuk dan Telipuk memang jenis tak membantah cakap boss kakakaka...jadi, Telipuk ikutkan aje. Nasib baik, ada beberapa orang lagi dari organisasi yang sama. Okaylah tu. Cumanya , untuk trip ini Telipuk memang sangat kurang persediaan. Entahlah kenapa. Baju panas pun selang sehari nak pergi baru sibuk terkocoh-kocoh membeli kat Uniqlo Kompleks SOGO.

Pada hari penerbangan tu, Telipuk tak ada apa-apa perasaan. Hahaha...Telipuk cuma cakap pada diri sendiri...just do it, finish it! Ada umur panjang, in shaa Allah Telipuk akan balik. Tapi kalau takdirnya ini saat akhir hayat Telipuk, Telipuk redha aje...tu diaaaa. Memang Telipuk ingat nak mati jer sebab agak lama tak travel jauh dan entahlah, umur-umur macam ni memang hari-hari Telipuk rasa macam hari yang terakhir saja.

Penerbangan ke Beijing dari KLIA menggunakan pesawat Air China berlepas pukul 11.40 malam. Sepanjang perjalanan, Telipuk hanya mampu tidur-tidur ayam. Biasalah kelas ekonomi, tak selesa. Nak pulak kita ni bukan orang saiz ayam serama. Tiba di Lapangan Terbang Beijing sekitar jam 6 pagi. Besar sungguh lapangan terbang ni. Kami turun terus disapa angin Beijing yang pada ketika itu bersuhu sekitar 8 darjah celcius. Sejuknya terasa menggigit ke tulang. Baju panas simpan dalam bagasi besar...hahaha...bijak!bijak! Maka, menahan sejuklah ko ...

Walaupun Beijing bukan destinasi akhir, kami masih perlu mengambil bagasi dan melalui pemeriksaan imigresen untuk memasuki terminal domestik. Singgah sarapan pagi di Manna Coffee. Pilih hidangan sandwich tuna bersama coffe latte. Makan berdua dengan Sheema tu kosnya adalah RMB93. Makanan airport katakan. Sementara menunggu penerbangan ke Wuhan, kami cuma duduk-duduk menahan kesejukan, itupun setelah puas berjalan mencari terminal yang betul. Kena naik bas jugaklah untuk ke gate D10. Bila dah naik, tunggu queue nak terbang pun satu hal juga. Telipuk terpaksa minum lebih air mineral sebab takut dehydration. Kulit dah terasa keringnya. Sudahnya baru beberapa ketika pesawat berlepas membelah langit yang mendung bergerimis itu, Telipuk dah panik sebab perlu ke tandas. Masalahnya brader sebelah Telipuk ni dah nyenyak tidur. Nak lalu, lutut dia pun Telipuk tak boleh lepas. Belum lagi beg yang dia letak kat bawah kerusi di hadapan. Nak best lagi signage toilet asyik kaler merah tanda berpenghuni.

Tak boleh jadi ni! Telipuk ni ada masalah serangan anxiety. Tak boleh start panic. Kalau dah mula rasa panik tu menyerang, nanti boleh berpinar-pinar pandangan sekeliling, sejuk gedi tapak tangan, lembik lutut...kalau tunggu lama lagi boleh black out terus! Masa Telipuk toleh dan nampak signage bertukar hijau terus Telipuk tepuk bahu orang sebelah dan bagi isyarat Telipuk nak keluar. Bila dah dapat masuk tandas, satu masalah pulak ialah pada ketika itulah pesawat sedang mengalami air turbulance yang agak teruk. Bayangkan Telipuk ni sampai terjelepuk terduduk atas toilet bowl dan tak boleh nak bangun. Memang bergoncang sungguh macam orang mabuk todi jer...masa tu memang Telipuk kata dalam fikiran...habislahh...today my life will end tragically. Iya...terhoyong hayang kalau Telipuk cuba bangun. Telipuk dengar pengumuman meminta agar penumpang kekal duduk di tempat masing-masing. Untuk Telipuk, duduk dalam tandaslah jawabnya sebab memang tak mampu nak melangkah keluar. Bila berjaya keluar, kena tarik dengan anak kapal di bahagian belakang pula sebab goncangan masih teruk. Mereka suruh Telipuk duduk dengan mereka. Bila agak elok sedikit baharulah mereka benarkan Telipuk balik ke tempat duduk asal. Pun begitu, memang sentiasa ada goncangan demi goncangan sampaikan nak menghidangkan makanan pun beberapa kali terpaksa ditangguhkan. Memang menakutkan pengalaman itu dan mengucap syukur kami semua saat pesawat dapat mendarat dengan selamat. Maunya tak...Telipuk memang dah siap membayangkan muka depan akhbar utama negara kita...sungguhh!!!


Di lapangan terbang, delegasi Malaysia berjumlah 34 orang pegawai dari pelbagai Kementerian dan Agensi dijemput oleh wakil penganjur, Wuhan Research & Institute (WRI) dan dibawa menaiki bas ke tempat penginapan di dalam kampus Universiti Sains & Teknologi Huazhong. Setiap orang diberikan bilik penginapan yang lengkap dengan kemudahan wifi. Itu sangat penting. Dan yang lagi penting ada heater.Kalau tak mati keras la aku kat situ! Malam pertama sampai, lepas makan, Telipuk pulun tidur. Memang nyenyak betullah. Bangun untuk solat subuh, lepas tu tak tidur lagi dah. Pukul 7.30 sarapan dan kelas mula jam 9 pagi. 

Bila ada lawatan ke mana-mana premis Fibrehome atau tempat-tempat sekitar penginapan kami, kami naik bas le.

Kelas pertama ialah kelas Bahasa Mandarin. Hanya belajar perkataan-perkataan penting sahaja. Terbelit-belit lidah nak menyebut. Bolehlah sikit-sikit walaupun bunyi semacam jer. Sebelah petang belajar pasal optical distribution network. Alhamdulillah, sepanjang hari penganjur sediakan makanan. Tapi as usual, Telipuk suka berhati-hati dan memilih jalan selamat sahaja sebab walaupun katanya nak sediakan makanan halal, Telipuk tengok tempat masak sama jer kat hotel tu jugak dan tak ada siapa-siapa yang datang nak bersungguh-sungguh memberi jaminan. 

Ni contoh hidangan halal yang Telipuk sempat rasa di sebuah kedai makan cina muslim di Wuhan
Lain rasanya pengalaman masa kat Tokyo dulu. Siap tunjuk sijil halal bagai. Takut yang orang sini paham halal tu ialah bila tak ada buta niku...hihihi...padahal sembelihan itu satu aspek yang penting. Mujur sayur-sayuran dan buah-buahan yang ada fresh dan sodap. Sesekali boring tu, bedallah stok mee megi dan serunding ayam. Macam tu pun minggu terakhir baru pulun nak habiskan sebab tak nak bawak balik. Ada baki sebungkus dua serah kat Malaysian yang ada belajar di universiti Huazhong ni...tak ramai, ada 4 orang jer...sian depa!


Melawat pejabat pentadbiran Wuhan ala-ala DBKL kita, tapi lagi canggih la

Lawatan juga ni...ke premis Fibrecome yang menghasilkan fibre optic

Lawatan sambil belajar dan sambil minum teh percuma....belinya tidak. Tea House@Beijing


Fibrehome Gallery

Lawatan di kilang Fibrehome

Semasa di China ni, bukan setakat ada kelas pembelajaran teori tapi ada juga latihan praktikalnya. Selain daripada site visit, ada juga lawatan pelancongan yang menarik...hehehe...dapatlah tengok tempat-tempat menarik yang Telipuk pernah bayangkan jer selama ini seperti Tembok Besar China dan juga Kota Larangan (Forbidden City).

The city of Yichang. Besar jugak...penuh dengan tempat membeli-belah.

Jejambat bersimpang empat yang praktikal dan memudahkan pejalan kaki melintas di tengah-tengah kesesakan lalulintas
Hujung minggu pertama sampai, kami dibawa ke Yichang. Perjalanan menaiki keretapi berkelajuan macam ETS kita tu, memakan masa lebih kurang 2 jam. Antara aktiviti di sana ialah lawatan ke sebuah empangan hidroelektrik yang terbesar di dunia yang dinamakan "Three Gorges Dam".

Struktur binaan empangan yang mengawal jumlah air

Senja nan kekuningan di persekitaran empangan
Menurut wikipedia, ia terletak di Sungai Yangtze di Sandouping, Yichang dalam wilayah Hubei, China. Konsep pembinaannya adalah dicetus oleh pemimpin ulung China iaitu Dr Sun Yat-sen pada tahun 1919. Ia berjaya dibina sepenuhnya sekitar tahun 2007. Kata pemandu pelancong kami, Three Gorges Dam ini seumpama mesin duit yang menjanakan kekayaan walaupun mereka terpaksa bersusah payah membiayai projek mega ini pada awalnya kerana kini ia menjadi antara lokasi pelancongan yang penting di China, apatah lagi dengan wawasan Yichang yang ingin menjadi sebuah bandar pelancongan yang utama.

Binaan semula rumah etnik Tujia di Yichang

Dewan utama di mana pementasan dibuat untuk tontonon pengunjung

Di Yichang juga kami sempat melawat etnik Tujia, antara kaum-kaum yang ada di negara China ini. Terdapat semua perkampungan khas yang dibina bagi membolehkan pelancong melihat dengan lebih dekat cara hidup masyarakat minoriti Tujia ini, lengkap dengan bangunan rumah dan senibina, kraftangan dan sebagainya. Namun, seperti biasa, bahasa menjadi halangan dan tidak ada banyak bahan alih bahasa (ke bahasa Inggeris) yang boleh kami perolehi.

Pementasan yang memfokuskan kepada budaya kaum Tujia, dalam bab perkahwinan

Pintu masuk ke perkampungan etnik minoriti Tujia
Di Yichang juga, kami sempat melawat "Three Visitors Cave"(Sanyoudong). Menurut pengisahannya, pada zaman Dinasti Tang dahulu iaitu sekitar tahun 1819, ada tiga orang penyair yang hebat bernama Bai Juyi, Bai Xingjian dan Yuan Zhen yang telah datang ke kawasan gua ini. Tak pastilah, mungkin mereka bertapa, mencari ilham atau sekadar menikmati pemandangan. Namun, ketiga-tiganya telah melakarkan catatan masing-masing pada dinding gua tersebut. Maka, sebab itu dapat nama "Three Visitors Cave" dan dikatakan hanya setelah itu, lokasi gua ini mula diketahui dan keindahan alam sekitarnya semakin dihargai sehingga menarik minat ramai pengunjung/pelancong.

Berlatarbelakangkan tulisan di dinding gua yang tuan blog pun tak paham apa ditulisnya hihihi
Sesuai dengan kedudukan Yichang yang dilalui oleh Sungai Yang Tze, sungai ketiga terpanjang di dunia, terdapat tarikan lain yang boleh dipertontonkan kepada pelancong iaitu "panda air" mereka. Mula-mula betullah Telipuk ingat panda sebab pemandu pelancong kami tu kadang-kadang dia cakap Telipuk tak paham...jadi bila dia sebut panda yang boleh berenang...waaahhh...teruja jugak ni. Panda jenis apa la tu ye? Rupa-rupanya binatang lain, bukan panda. Tapi ianya merupakan ikan yang dilindungi yang dipanggil "Chinese Sturgeon". Ada banyak jenis sturgeon rupanya. Tapi yang hidup dalam sungai Yang Tze ni memang besorr la...menakutkan juga...sib baik Telipuk tak makan ikan,,,hahahaha.

Chinese sturgeon yang telah diawet menjadi bahan pameran


Real Chinese Sturgeon in action


Boleh buat kari untuk kenduri sekampung

Ada jugalah melawat kilang membuat kain sutera. Ingatkan nak ushalah kain-kain sutera untuk buat baju kurung ke...tapi tak ada pulak. Dema banyak hasilkan untuk buat cadar dan alas, juga pakaian-pakaian seperti chongsam dan baju tidur. Aiii...tak kuasalah mak nak beli baju tidur sutera...apa barangggg. Mahal pulak tuuu...membazir jer la kannn. Masa kat Yichang tu, adalah dalam 3 hari 2 malam gitu...sempatlah petang-petang tu jalan-jalan kat town dia tengok apa barang yang ada. Disebabkan awal winter, memang banyak pakaian musim panas dijual. Rambang mata tengok macam-macam fesyen ada dan paling suka tengok kasut but lahhh. Tapi tak kan nak beli kottt??? Tunggu salji turun kat Sentul baru berbaloi beli...hahahaha.

Habis trip kat Yichang, kami sambung balik belajar di Wuhan. Rekod yang Telipuk berjaya catatkan ialah selama di Wuhan, sekali pun tak ada pergi jalan-jalan shopping dekat mall-mall yang tersergam banyak di sini. Memang legend la! Bila orang ajak pergi, banyak jer alasan tak nak pergi sebab Telipuk tak nak membanyakkan barang yang nak diangkut balik. Hanya fokus beli cenderamata bersaiz kecil yang senang nak dibawa dan tak perlu tambah beg. Selain daripada itu, Telipuk tak sanggup nak jalan-jalan dalam cuaca sejuk kat luar tu. Memang tak lahhhh. Tapi memang ada juga nak kena beli beg...bukan nak tambah beg tapi nak ganti beg sebab beg Telipuk yang satu tu dah patah/tercabut kedua-dua rodanya gara-gara teruk kena lanyak dalam perjalanan. Kalau tak berat oklah Telipuk boleh angkat, masalahnya boleh tahan berat tu. Takkan nak seret sepanjang jalan. Lagipun beg tu dah berusia beberapa tahun berbanding beg satu lagi yang Telipuk baru beli khas untuk perjalanan ini.

Dalam berkira-kira nak beli beg tu, hujung minggu kedua kami bertolak pula ke Beijing. Memang jauh betul Beijing ini kan, naik keretapi laju pun makan masa 5 jam nak sampai. Ketika sampai di Beijing, suhu dah tinggal 4-5 darjah celcius. Mujurlah hari kami dibawa ke Tembok Besar China, cuaca yang pada awalnya diramalkan hujan dan mendung sepanjang hari itu rupanya menjadi begitu cerah dan indah. Alhamdulillah. Kalau tak teruk jugalah nak mendaki naik tangga yang besar jaraknya tu dalam keadaan permukaan yang lembab basah. Tergelincir kaluuuu...Memang panjang Tembok Besar China ni...merentang saujana mata memandang. Kalau boleh naik dan berjalan sampai ke hujung mahu merentas beberapa buah wilayah dan boleh kurus kering dibuatnya nak selesaikan perjalanan itu...makanya, memang tak lahhh...naik sekadar 3 checkpoints saja...buat syarat saja...yang lebihnya bergambar. Itu memang acara wajib!

Bergambar sebelum mula mendaki tangga

Nun sayuppp...hahaha...tak daya dah nak gi jauh-jauh

Ni kalau nak terkucil camano la yekkk...no wonder la kat checkpoint ada bau-bau tidak menyenangkan

Yeayyy...kami dah berjaya...anda bila lagi??? (adakah ini iklan ubat gigi?)

Sebelah petang kami melawat Stadium Olimpik Beijing 2008 yang diberi gelaran "Bird Nest" itu. Kata pemandu pelancong kami, memanglah sanggup bergolok gadai Kerajaan China masa itu untuk menyiapkan stadium yang gah itu demi menjaga imej dan reputasi negara ketika menganjurkan acara sukan terulung dunia itu. Maka bila semuanya selesai menjadilah "Bird Nest" satu iconic building yang penting di Beijing. Tidak jauh dari stadium ini ada satu kedai/tempat menjual cenderamata yang murah. Kami ingatkan ada tempat lain lagi yang lebih baik, maka kami pun tak bersungguh-sungguh membeli walaupun pemandu pelancong beria-ia cakap tak ada tempat lain yang best seperti ini. Tu la...berlagak! Lepas dah sampai kat Silk Road market baru menyesal tak sudah. Padan muka jer la...hahahaha...
Bersama salah satu maskot ketika sukan Olimpik diadakan di Beijing. Stadium 'bird nest' di belakang

Keesokkannya kami melawat Kota Larangan/Forbidden City. Sebelum tu, kami melalui Dataran Tiananmen yang luas seluas-luasnya dan penuh dengan orang. Kami semua berjalan laju macam anak ayam kejar kaki ibunya, takut sesat wehhh! Kalau ikutkan kehendak kami memang satu langkah, satu gambar. Tapi sebab pemandu pelancong sibuk nak cepat cepat jalan...memang terkejar-kejar jer. Rasa tak best pulak asyik kena kejar. Tak cukup masa untuk menghayati dan juga tak cukup ruang nak bergambar. Huhuhu...Telipuk pulak tak bawak kamera nikon Telipuk...haishh...memanglah rasa juga ralatnya tapi kan...tak sanggup pula nak bawa, nak angkut ke hulu ke hilir dengan barang-barang lain lagi. Lainlah kalau datang bercuti 100%...yang tu baru syiokk.

Di Dataran Tiananmen

Halaman luas di kota larangan

Sempat bergambar kat luar sahaja. Nak intai kat dalam bersesak dengan pengunjung. Lupakan saja!

Selama di China ni, sekadar mengambilkira tempat-tempat yang Telipuk lawat, rasanya negara ini memang ada banyak produk pelancongan yang boleh diketengahkan namun masih banyak yang boleh dilakukan terutamanya bila bercakap tentang halangan bahasa. Susah betul nak cari material yang sudah dialihbahasa. Yer lah, even masa tengok persembahan di perkampungan suku Tujia di Yichang, kami hanya main agak-agak untuk faham cerita sebab tak ada sarikata ke atau translator atau pamphlet yang kami boleh rujuk. Kalau tanya tour guide pun...hujung-hujung masih tidak menjawab persoalan. Diaorang bukan main bagus menerangkan sesuatu tapi bila kita tanya soalan balik, mulalah tak dapat jawab. Akhirnya, terima sahajalah apa jua jawapan diaorang walaupun tak berpuas hati. Apapun mujurlah tak ada banyak masalah walaupun sesekali teringat juga peristiwa berebut kabin atas keretapi malam balik ke Wuhan dari Beijing. Well...

Oh ya, minggu terakhir tu dapat juga Telipuk melawat kawasan tebing Sungai Yang Tze. Masa kat sekolah dulu memang dah hafal sangat nama sungai ini kan semasa belajar subjek geografi. Jadi, mestilah paling-paling koman nak nampak rupanya macam mana...ade ke macam Sungai Sarawak lebarnya...hahahaha...memang panjang sungai ni...kat Yichang pun jumpa...kata pengiring kami si Brian dalam Chinglish nya..."it's very dangerous because like Africa we also have crocodile. But African crocodile...they are very big...and they eat...you know nothing. You died! But our crocodile is not that big. It will eat and eat and eat...very painful!" Hahaha...korang faham ke? Comel kan...maksudnya, kalau buaya Afrika, sekali dia 'ngap' dah settle. Ko tak mati terseksa gitu. Kalau buaya Cina, saiz dia kecil sikit...jadi kena gigit...gigit...gigit barulah ko mati. Tak leh telan sekaligus ler kononnya.
Di tebing Yang Tze Kiang

Touch! Touch! Eh..eh...ada pokok kemili wehhh

Dapat ler juga Telipuk merasa sentuh sungai Yang Tze ni...hahaha...apa kah maknanya tu? Saja jer...been here, done it!

The Yellow Crane Tower at the back
Melawat juga sebuah bangunan pagoda yang terkenal kat Wuhan ni, the Yellow Crane Tower. Asalnya bangunan ni tak la rupa macam ni tapi dah asyik ubah sana, improve sket, update sikit...jadilah rupa berkerawang macam dalam gambar ni. Berpeluh jugaklah mendaki tangga untuk sampai ke tingkat paling atas dan menyaksikan pemandangan sekeliling yang awesome!
Gambar dari atas menara Jenjang Kuning

Ni dah sampai tingkat paling atas

Cincin mutiara tu cek palingggg suka

Kat sini dapat rembat sedikit cenderamata. Tiba-tiba kat China ni, terjatuh cinta pula dengan perhiasan mutiara. Jadi, untuk diri sendiri, Telipuk beli tiga pasang subang (termasuk 2 beli kat Beijing) dan sebentuk cincin. Telipuk juga beli penanda buku dengan lukisan yang dilukis menggunakan pen dan fridge magnet. Lain-lain Telipuk just beli dompet-dompet silk yang kecil, chopstik & fridge magnet untuk kawan-kawan dan keluarga.

Baiklah, begitulah serba-sedikit catatan Telipuk berkenaan kunjungan ke China bulan November yang lalu. Memang ambik masa nak siapkan catatan ini sebab ...malassss. Patutnya ini entri pertama tahun ini tapi sebab kelmarin dah terlebih emo...tak pasal-pasal jadi entri nombor 2. Hahaha...sukahati aku lah labu...ana punya blog...ana punya sukalah.