Semenjak dua menjak dok melayan cerita Korea ni, tahulah Telipuk yang diaorang ni cute & sweet...hahaha...kadang tak boleh blah tengok, apasal kau ni comel sangat...tak sesweiiii...sebab Telipuk suka hero yang 'tough'...er...macam Eman Manan...macam Faizal Hussein...eh...eh...
Anyway, macam orang Jepun yang terkenal dengan kreativiti dan sweet little things (masking tape pun kiut ya amat)...Korean pun ada diaorang punya stuffs jugak kan...contoh yang macam kat bawah ni...
Katanya lambang "love". Kan kalau dia nyanyi ke...menari ke...bercakap ke...ada jer buat sign macam ni. Oooo...barulah tahu. Dulu ingatkan diaorang nak mintak duit ke...hahahaha. Patutlah bila Ji-Ho buat sign ni depan parent Sae Hee, baru dapat convince yang diaorang serius nak kahwin. Eh...eh...siap ada petikan babak drama Because This Is My First Life (sabor jer lahhhh...).
Tetiba hari ni ntah hamba Allah mana la dok melalut cakap sign ni represent 'cross' pulak...tetiba rasa cam bengang jer. Ko ni bangang ke apa? (Aduhhh...manis pulak bahasa den ni...). Ye lar, bukan apa...dah kalau kau dok sibuk buat garisan sehingga akhirnya membentuk salib...makanya, jenuhlah kita ni kan...banyak kot benda boleh end up berupa bentuk salib. Tengok manusia sendiri la, kalau kau letak garis menegak dari kepala ke kaki, kemudian kau letak garis melintang depaan tangan hujung ke hujung...kau tak dapat bentuk salib ke? Ate yang kau dok menulis huruf t kecik ni tak perasan ke bentuk dia macam salib? Yang lantai jubin, yang tiang elektrik, ampaian...entah entah tangga reban ayam kau tu pun boleh menjelmakan bentuk salib. Come on laaa...
So, if jadi salib tu kenapa? Aku bukan apa, aku memang pannntttaannnggg orang dok kait dengan ancaman terhadap agama. Kenapa? Iman kau tu boleh luruh ke bila kau terpandang salib? Kau jadi kurang beriman ke kalau nampak salib? Lepas tu siap suruh war-warkan share dekat saudara-saudara seagama. Oh please lahhh...buang masa dok terikut melompat macam kau ni. Agama yang Aku anuti ni, clearly Aku memilih Islam sebab kepercayaan Aku yang kuat terhadap Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Aku jugak berpuas hati Nabi Muhammad itu adalah Rasul dan pesuruh Allah. Aku percaya kepada Nabi-nabi yang lain juga...in fact, Aku sayang Nabi Isa sebab dia antara Nabi Ulul'Azmi. Tapi Aku tak percaya ikut perspektif agama lain sebab Allah itu Esa...tiada beranak dan tidak diperanakkan.
Bila anda memilih untuk menjadi orang yang mengamalkan Islam...jangan berhenti setakat menerima apa adanya dari amalan nenek moyang dan masyarakat sekeliling. Sebabnya kalau kita buat macam tu, kita jadi pak turut dan tak paham kenapa dan mengapa kita buat macam tu. Bukan tujuannya kita nak mempersoal ...itu mungkin cara yang efektif zaman dulu...nak tanya sikit pun tak boleh, ustazah pandang kita kecik-kecik macam nak telan . Sudahnya kita end up macam ni la...beragama ikut bangsa lalu menjadi penganut yang tidak berminat dengan dakwah. Lepas tu pandang bangsa lain macam sohih masuk neraka. Hello...Islam is for all okehhh...dengan cara kau ni yang macam bagus sangat ni, tak pasal-pasal Islam dapat nama buruk. Sebab itu, zaman sekarang ni orang kalau tengok perangai orang Islam...payah kot dia nak tertarik masuk Islam...hanya yang rajin mengkaji dan menafsir Al-Quran akan menemui kebenaran dan keindahan Islam.
Satu lagi, macam tak sudah-sudah berlagak macam nak protect Islam tapi is actually not bringing any good punnnn. Jadi Aku nak cakap...tolong jangan takut dengan salib, jangan takut dengan Bible, jangan takut dengan gereja. Iman kau ada dalam dada...iman bukan pakaian yang kau boleh tanggal-tanggalkan macam tu saja. Tolonglah jadi yakin sikit. Kenapa takut dengan sesuatu melainkan kau sendiri tak faham apa yang kau takutkan tu. (or worst...kau tak faham agama kau sendiri). Kita ada Al-Quran, baca dan amalkan. Daripada dok buat benda-benda remeh, baik kau sebar sebarkan suruh orang fahamkan Al-Quran. Ada yang cakap, kesian ni anak-anak kita ni sat lagi terpengaruh...eh...anak kau bukan kambing yang kau boleh kurung dalam kandang. Kau bagilah dia cara untuk berpegang dengan kuat kepada Allah. Ini tidak, kau suruh dia kuat menghafal pelajaran tapi kau buat tak seberapa untuk agama. Umur dah 15 tahun, kau belum ajar dia solat pun...kau cakap tak pe...nanti nanti dia pandailah...bilanya nak pandai? By the time kau nak paksa, dia pun dah jadi buluh yang dah payah kau nak lentur.
Jadi, pokok pangkalnya...iman tu letaknya di hati. Jangan terlalu takut dengan benda yang kita nampak tu...takutlah dengan benda yang kita tak nampak dan tak perasan. Syirik selalu terjadi tanpa kita sedari. Syirik lebih bahaya dari benda berbentuk salib. Sebab syirik membatalkan amalan. Kaedah terbaik berhadapan dengan asakan pihak luar yang cuba menyebarkan dakwah mereka ialah dengan kita memperkasakan kefahaman agama kita. Bukankah pelik kalau kita sendiri tergagap gagap nak mempertahankan agama yang kita anuti dan yakini seumur hidup ini...itu patutnya buat kita malu. Sebelum nak salah kan orang, sila perhati, muhasabah dan baiki diri sendiri dulu.
Memang terasa pedas sikit catatan ini...extra cili tu untuk diri tuan punya blog jua adanya.
