Friday, May 04, 2007

Relection On My Driving Skills

Hari yang penuh emosi. Naaaa...itu hanya slogan Sinar FM untuk setiap bual bicara pagi Jumaat. Aku okay aja, not my usual me though...kepala ada berdenyut-denyut sikit since last night. Stok Panadol dah habis, so, tahan ajelah. Tengah malam tu mengigau gak cari balm Gamat tapi tak jumpa coz rasa cam nak pecah kepala jer. Pagi nie, quite bearable, so probably will not resort to Panadol. Bukan apa, bila dah terlalu bergantung pun payah juga. Tak baik untuk kesihatan. Kalau boleh tahan, tahan ajer lah.

Lama tak citer pasal skill pemanduan Aku. Setakat hari ini, alhamdulillah lancar. Bila kat jalan tu pun, otomatik jer segala sense-sense yang perlu diaktifkan, so, dah quite immune to gelagat pemanduan orang lain, in fact dah boleh predict certain-certain behavior. Tu yang many times manage to avoid the likelihood of an accident. Tapi yang tak tahan tu ialah pengguna-pengguna yang kebengongannya mencecah tahap gaban. Buat la sehabis baik macamana pun, kalau orang lain jenis tak peduli, kita tak boleh nak buat apa-apa. Yang tu Aku serah pada Tuhan lah. Kalau benda nak jadi, jadi juga. Ada sekali tu tengah lancar memandu, ntah camana ntah keta kat depan tu tetiba jerk mati enjin dia...peghhh...nasib baik aku memang dok jaga jarak dan lagi sempat perasan dia berhenti. Kalau tidak....Yang ramai ialah elok-elok dok lane dia tetiba coihhhh...masuk lane kita...fu yooo...memang terbakar, kalau kita sempat perati tak pe lah, kalau masa tu kita tengah pandang belakang ke, apa ke...cam no? Aku memang jarang sangat bagi hon...mungkin sebab tak guna sangat, so, tangan tak le otomatik tekan hon kalau apa-apa. Boleh menyumpah dalam hati jer lah. Mamat motor pun satu, ke tepi ke tengah macam tak ingat dunia. Hish...takutnya. kang tak pasal lak terlanggar dia ker...atau kita terlanggar orang lain sebab nak elak dia...huuuiiii...mintak simpang malaikat 44!!!