Kadang-kadang rasa macam magik je sebab masa dan jarak sudah tidak menjadi satu masalah. Betapa tidak...pagi Sabtu lalu, kami bergerak menuju ke Melaka. Singgah bermalam satu malam semata-mata menunaikan hajat makan buat rambutan yang sebenarnya tak adalah makan beria-ia pun. Adalah dalam sebiji dua menjamahnya. Ambil hati kata orang.
Tengahari Ahad sudah menyusur lebuhraya, mengambil susur keluar menghala Nilai, seterusnya Bandar Salak Tinggi dan Sepang lalu tibalah ke destinasi iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sempat singgah makan tengahari di Food Garden sebelum mengucapkan salam perpisahan sementara kerana perlu menyertai program di Kuching.
 |
| Ruang lobi Hotel Pullman Hotel yang luas dan cerah dengan hiasan berkonsepkan minimalist. Yang kawasan bersofa merah ini ialah lobby lounge. |
Tiba di Kuching sekitar jam 4 petang terus ambil teksi ke Pullman. Sempatlah masuk bilik, kemas apa yang patut sebelum bergegas turun melakukan kerja-kerja 'wajib' iaitu mencari buah tangan untuk dibawa pulang esok kerana hanya sehari tempoh berada di bandaraya miau-miau itu.
 |
| Katil saya. Saya dan BGA sepakat hendak share satu bilik jadi kami ambil bilik twin ini. Nak kata luas sangat tu tidaklah, tapi bilik air dia...konfem luas! Siap ada weighing scale lagi...mula-mula rasa nak marah heheh...tapi bila timbang macam memihak kepada diri sendiri so...tak apa lah...biarlah dia dok situ sebab tidak memberi apa-apa 'ancaman'. (Yang tak tahan tu dumbell dgn exercise mat pun ada disediakan...perli kaaa???) |
 |
| Hiasan dinding yang 'sempoi'. Agak cute kan? |
Kerana kesuntukan masa dan mahu cepat, saya, BGA, Man & ex-boss mengambil keputusan untuk menyeberang Sungai Sarawak. Bayar cuma 50 sen untuk tambang bot bermotor itu dan sampai di tebing seberang hanya dalam masa seminit dua je. Best!
 |
| Tu dia...bot dah mai...hish...time ni macam tak sabo je nak naik. Teringat bot 'Min Lian' masa zaman-zaman melepak kat Pangkor kecil-kecil dulu. Tapi yang ni saiz nye jauh lebih kecillah. Senang nak langkah masuk walaupun terolang-aling. |
 |
| Pemandangan indah di Sungai Sarawak. Serius lawa...rugi kalau datang sini tapi tak cuba menyeberang. |
Wah...sampai-sampai sudah nampak dua tiga gerai menjual ikan terubuk masin dan beberapa kedai kek lapis Sarawak yang terkenal itu. Kami memilih untuk ke kedai kek lapis Dayang Salhah dulu...itu je yang kami kenal heheh...sekarang dah ada banyak...Afifi la, Mira la...tapi semua dari Kampung Gerisek juga. Di kedai kek, mula rambang mata hendak beli yang mana. Harga terendah ialah RM10. Yang best tu, ada banyak sampel untuk dirasa. Sabar ajelah...makan sampai kenyang pun boleh. Err...kalau ada hidang air sekali lagi baguih dok ada...hahaha...pelempang mau???
 |
| Ini baru satu rak. Ada banyak rak lagi. Cakap aje nak rasa apa...kopi? susu? coklat? pudina? blueberry? horlicks? nescafe? Macam-macam ada! |
 |
| Weeehuuuu...makan sampai kenyang weiii...rasa macam datang rumah terbuka pulak...Masalahnya, bila dah rasa, kesemua rasa tu bercampur baur sampai tak tahu rasa mana yang rasa lebih sedap...last-last belasah beli jer la mana yang berkenan di hati. |
 |
| BGA dengan hasil 'rampasan'nya. Suka sangatlah tu. Hihihi |
 |
| Tuan punya blog tidak ketinggalan memberikan pose ala iklan promosi untuk kedai kek Dayang Salhah...jom...jom...pakat serbu. Heheh. |
Selesai beli kek, saya terus bertekad beli ikan terubuk masin di situ terus, tak kuasalah hendak ke Pasar Satok...sama aje rupa ikan tu...sik ada bezanya pun kan...hahah...Paling saya suka ialah melihat kecekapan penjual ikan membungkus ikan dalam kotak yang diubahsuai supaya mudah dibawa.
 |
| Man dan BGA mempamerkan skil tawar menawar . Ikan terubuk masin ini ada yang dijual pada harga RM10 untuk 2 ekor yang bersaiz kecil. Kalau RM20, dia bagi 5 ekor (percuma 1). Saya beli seekor yang besar juga...harganya RM30 seekor tapi dapat kurang 5 ringgit. Orang kata, sedap goreng dengan cili kering untuk buka selera masa sahur nanti...apa-apalah kan....pasal saya mana makan ikan ...:) |
Rombongan kami seterusnya singgah makan mee kolok di gerai-gerai sepanjang tebing sungai. Pertama kali saya mencuba mee kolok. Rasanya macam mee megi. Ada kuah sup dan sambal kicap untuk dimakan bersama. Kami pesan yang 'special'....ada ayam dan daging...hemmm...boleh tahan.
 |
| Mee kolok. Nampak kuah sup yang disediakan dalam mangkuk kecil tu...hish...mana boleh! Lalu kami ubahsuai dengan meminta kuah lebih satu mangkuk besar kakaka...tu dah bukan nama dia mee kolok...dah jadi mee sungai golok... |
Masa nak jalan balik ternampak gerai 'Sotong Tukuk' mulalah ada yang gatal kaki hendak singgah sebab nak tahu macamana rasanya. BGA siap suruh brader yang sedang 'menukuk' (menggunakan penukul 'hammer' besi tu tau...) sotong kering yang sudah dibakar untuk memberikan pose istimewa. Macam kat kedai kasut je gayanya. Teringin nak rasa punya pasal, semuapun sanggup berhenti duduk untuk makan (padahal dah makan kat gerai hujung sana). Rasanya biasa jer lah...sebab pencicah yang disediakan tak berapa kena dengan selera.
 |
| Macam sotong cili bergula yang selalu kita beli sekali dengan satay ikan tu kan...Haaa...lebih kurang la macam tu rasa dia. Tapi yang ini tak manis-manis pedas la. Bolehlah buat senaman mulut. Ate udah kenyang melantak mee golok tadi...hihihi...nasib baik tak teringat langsung nak cuba laksa Sarawak...mau ada yang tak boleh berjalan balik sebab berat perut dah. |
Perjalanan balik terasa agak menyiksakan sebab tangan sudah penuh menjinjing beban ole-ole di kiri dan kanan manakala laluan yang perlu ditempuhi agak mencerun...namapun duduk atas bukit katanya...haiyooo...haus tapak kasut dibuatnya. Nasib baik 200m...masa tu la sibuk membuat ulasan-ulasan seperti "itulah...orang dah kata...kalau Hilton lagi dekat"...haih!!!
Sampai bilik, apa lagi...terus berkemas dan membersihkan diri. Lepas tu mengadap TV tengok movie lama, "Twister" sambil layan buah anggur dan Minute Maid oren. Pergh...legaaaa. Movie belum habis, kami berdua (sebilik dengan BGA) sudah tidur-tidur ayam. Sebelum TV tengok kami, baik tutup je dan zzzzz.
 |
| Yang ini ada tergantung dalam bilik air. Saya tak puas hati dengan versi bahasa Malaysia. Kalau yang versi bahasa Inggeris ditiadakan...agak-agak faham tak apa yang cuba disampaikan...kalau tak faham, maknanya terjemahannya tidak tepat. |
Sarapan pagi pukul 7.00 pagi di Puzzle. Biasa je la buffet spread dia. Seperti biasa, balik-balik baham pastries jer la...hahaha...senang cerita, walaupun ada laksa Sarawak. Hish...tak kuasa nak makan laksa pagi-pagi buta. Pukul 9.00 acara berjalan seperti dirancangkan. Turnout pun okay...semua turun termasuk yang dari Sibu dan Miri. Alhamdulillah, risau juga kalau presenter lebih ramai daripada hadirin. Saya mengambil giliran kelima. Hari ini tak sama macam beberapa tahun dulu sebab masa tu memang program tunggal, kali ini riding on program unit lain...jadi, masa yang diperuntukkan memang singkat sebab ada banyak topik. Saya ingat 10 minit boleh settle tapi rupanya dah lebih 15 minit saya bolot. Itu termasuk Q&A, kira okaylah kan...
Team saya balik petang itu juga. Team yang lain tinggal sebab mereka masih ada program separuh hari keesokkannya. Disebabkan kami sudah pun membeli barangan yang diingini, kami cuma naik bilik, mengemas dan check out terus. Beg tinggal kat lobi. Lepas tu jalan-jalan sekitarnya cari makan. Mujur tak jauh dari hotel kami kebetulan jumpa sebuah restoren yang kelihatan presentable dan ada ramai pengunjung. Namanya "Tumis". Bila sudah masuk dan duduk baru perasan yang ramai-ramai itu adalah pak Menteri beserta rombongannya (bapa Dafi daaaa...). Tak pe la, bukan dema halau kami pun, duduk jer la join sekali heheh. Dema pun sibuk dok makan, tak kuasa nak layan kami (entah-entah tak perasan pun hihihi).
 |
| Teh 'C' Special. No.3 adalah nombor meja kami. Mula-mula kami cuma bertiga, lepas tu kawan-kawan lain pun datang join sama, terus jadi bertujuh. Meriah! |
Okay...belek-belek menu dan terpegun dengan pilihan yang ada. Mulalah konfius nak makan apa...akhirnya pilih menu istimewa di situ iaitu Ayam Bakar Solo yang dihidangkan bersama nasi putih, sambal dan ulam-ulaman. Serius sedapppp! Air pula saya kali ini pilih Teh 'C' Special...nah kau...berlapis-lapis gitu. Jangan kira lapisan kalorinya sudah! Semua ahli rombongan memilih hidangan yang sama dan kami juga dengan gembiranya memesan pisang goreng berkeju....fuiyoooo...sedap gilossss!!!
 |
| Menu istimewa Tumis iaitu Ayam Bakar Solo....tak pasti 'Solo' itu maknanya 'bersendirian' atau merujuk kepada nama tempat. Tapi yang pastinya, kalau makan secara 'solo' mahupun beramai-ramai....ianya tetap sesuaiiii. Alhamdulillah, kenyang. |
 |
| Pergh...berjurai-jurai keju yang ditabur diatasnya...bila terkena yang panas dan ia mula mencair...melekat dihujung-hujungnya, lalu dikunyah dengan gaya sopan...hemmm...kombinasi yang sangat sesuai ! |
Harganya? Ayam Bakar Solo tu berharga RM8.80 dan pisang goreng keju tu RM5.80. Okaylah kan...(tambah ok sebab ex-boss yang belanja wakakakaka...). Sedap aje. So, kalau anda berkesempatan berada di bandaraya Kuching, silalah cuba menu di Restoren Tumis ini ya. Ada jumpa ulasan di internet yang mengatakan kueyteow gorengnya sedap...hemmm...bilalah nak mencuba ya?
Restoren ini terletak berhadapan dengan Hilton, sederet dengan Tune Hotel. Tak silap saya, Jalan Borneo. Di sebelahnya ada sebuah kedai cenderamata. Kebetulan nampak, saya singgah sebab lupa nak cari fridge magnet. Tapi kalau hendak yang lebih murah, boleh cari di sepanjang jalan Riverside tu...setakat key-chain beli 10 dapat 1 tu...anytime jer. Hemmm...promosi percuma untuk Bandaraya Kuching!
Teringat kawan kamek nun diam di Kuching sinun...selalu kamek usik nya. Nya ajar kamek sebut "geng sidak nembiak Sarawak".
Now, back in KL. Life goes on...