Tuesday, March 31, 2015

Sebaya

Ini keropok ikan. Jenama POPO. Keropok a.k.a maruku ikan dengan gambar bayi meniarap ini memang bukan asing lagi kepada Telipuk sebab inilah snek kegemaran semenjak zaman dolu-dolu lagi. Zaman sekolah rendah dulu, tak silap Telipuk harganya cuma 5 sen. Bila cerita dekat anak-anak yang ibu mereka cuma diberi belanja 30 sen ke sekolah...boleh diaorang gelak terbahak-bahak! 30 sen sekarang nak beli karipap sebiji pun tak lepas...


Bungkusan keropok ini sekarang berharga 30 sen...ini Telipuk beli kat kedai serbaneka di bangunan pejabat Telipuk. Selalunya Telipuk beli bungkusan bersaiz besar, harganya RM1.80 macam tu. Bila nampak yang ini...perghhh...nostalgia la pulak! Terus beli dua. Mengunyah kenangan Telipuk di petang yang syahdu itu...kikiki...

Dibuai kenangan silam, Telipuk pun barulah rajin membelek bungkusan ini (yang dulunya tak pernah Telipuk ambil peduli). Rupa-rupanya produk ini dikeluarkan oleh kilangnya yang terletak di kawasan perindustrian Mak Mandin. Ini belajar geografi masa sekolah dulu kan ada sebut pasal kawasan perindustrian di Mak Mandin heheh....boleh relate lagi....Maklumat lain ialah adanya logo halal...dan entah kenapa sangat ditekankan tentang keaslian produk. Siap ada catatan "Jangan Tertipu dengan Keluaran Tiruan". Habis penuh bungkusan tu dengan segala macam cetakan. Itu baru muka depan, nasib baik Telipuk tak ambil gambar muka belakang. 

Yang paling best ialah catatan "sejak 1975". Waaaaa....mahal tuuuu...!!! Tak tahulah pula rupanya snek kegemaran Telipuk ini sama baya dengan Telipuk. Kita geng!!! 40 tahun yang hebat! Teringat kawan Telipuk, si manis dari Sitiawan tu. Telipuk teringat promosi t-shirt 40 tahun dia tu...kita bukan tak nak beli awakkk...kita maleh la nak pakai kalau dah ada angka tu...nanti nak pakai dua tiga tahun lagi, orang ingat kita menipu umur lak...coz t-shirt tu paling relevan untuk pakai tahun ini kannn...heheheh....(alasan ku benar belaka). 

Monday, March 30, 2015

Tumpul

Oh my blog...kesian nye tengok. Dah macam hidup segan mati tak mahu. Sepatutnya ada macam-macam entri boleh buat menggunakan bahan-bahan kelas BAKIT, belum campur syarahan Mufti Menk kat TMCC tempohari serta lain-lain peristiwa yang terjadi. Pendek kata, kalau Telipuk konsisten, jangankan 30 entri sebulan , lebih dari itu Telipuk boleh hasilkan...ewaaahhhh...

Tapi sungguhlah, sangat-sangat kesian tengok KLT. Memang tak boleh ambil buat KPI tahun ini. Kalaulah bilangan entri hendak dijadikan ukuran kerelevanan KLT, jelaslah KLT dah boleh dipencenkan. Telipuk tak boleh gunakan statistik yang ada sebab KLT ini kewujudannya atas asas yang berbeza, tidak bertujuan sama sekali untuk mencari pembaca. Ketika awal-awal penubuhannya, tujuannya ialah untuk berkongsi pengalaman baru Telipuk selaku pemandu dan lain-lain hal berkaitan pemanduan. Namun Telipuk sedar, skop KLT semakin mengecil bilamana Telipuk sudah tak heran dengan hal-hal memandu ini, ia sudah jadi rutin yang sudah sebati dalam kehidupan Telipuk. Tak kan hari-hari nak cakap tentang traffic-jam, juga tak mungkin nak selalu memperkatakan tentang pemandu-pemandu lain yang kurang berhemah...macamlah sendiri tak pernah buat (hahaha....tu yang lagi tak tergamak nak tulis kan).

Alasan demi alasan....menjadilah KLT seperti mana yang ada sekarang. Pengisian caca marba. Tak ada masalah sebenarnya, kerana ia masih berkisar sekitar hidup Telipuk, 'jalan-jalan' yang Telipuk telah dan sedang tempuhi...juga jalan yang Telipuk harap dapat lalui. Semoga sampai destinasi yang dijanjikan dalam keadaan yang seharusnya setiap manusia cita-citakan. Itu sahajalah. Sempoiiii...!

Pun begitu, yang namanya sempoi inilah yang tak terbuat jua akhirnya. Entah apa yang berbeza situasi dulu dengan sekarang pun tak tahulah...rasanya sama aje. Yang konfem tahu, dulu agak muda...sekarang agak tua...hahaha...bila-bila baca blog orang muda....terus Telipuk tergelak, cuba membayangkan rasanya membaca blog sendiri di usia emas satu hari nanti...(kalau umur panjanglah) dan juga apa agaknya dalam fikiran orang muda yang terserempak dengan blog ini..."apalah yang mak cik ni bebelkan..." hihihi..

AZ Haida, sahabat yang 'membuka' minat awal berblog juga sudah tidak lagi aktif berblog padahal saya sangat-sangat suka dengan tulisannya. Bila baca rasa macam boleh menghayati situasi yang dicoretkannya...tu dia aihhh....Kalau yang sifu pun dah gantung keyboard since Dec 2012 (masih dok tunggu bila hang nak update Aezack oiiii), yang murid tak habis berguru lagilah kannn...


Thursday, March 19, 2015

Singgah@CLIC

Saya baru tahu yang cawangan Perpustakaan Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari rumah saya itu rupanya antara 11 perpustakaan terbaik di Lembah Kelang ini.


Juga dikenali sebagai Creative Learning and IT Centre (CLIC) , ianya terletak di tingkat 2 bangunan Mini UTC , Bandar Baru Sentul. Sebelum dinaik taraf, saya beberapa kali juga singgah. Bila ditutup untuk ubahsuai beberapa ketika lamanya, terus tak ambil tahu lagi. Ingatkan dah tutup terus, nak pula bila terpampang nama baru. Punyalah tak peka keadaan persekitaran kannnn...

Bila bawa mak pergi pemeriksaan rutin di Klinik Kesihatan Bandar Baru Sentul yang terletak bersebelahan CLIC, barulah tergerak nak menjengah semula. Nampak so comfy dari luar...kalau tak kerana urusan di KKBBS atau pasar yang terletak di tingkat bawah, memang saya tak rajin nak datang sini sebab masalah parking. Standard la kalau kena pusing 2-3 kali mencari ruang. Parking basement dah la ciput, lagi kena cop dengan agensi-agensi yang ada, tinggallah beberapa petak untuk direbut dek orang awam. Yang datang tu pun bukan warga sekitar je, orang luar yang ramai. Orang Putrajaya pun mai...isk..isk...isk...


Pagi tadi saya 'merajinkan' diri datang. Itupun sebab dah meluat tengok budak-budak ni asyik dok belek tab. Jenuh berpaksa nak suruh membaca. Haissshhh....tu yang keluar skrip lama. Lazimnya mula dengan " Ibu dulu bukan macam korang..." lepas tu budak-budak pun dah pandai sambung ayat. Sedar tak sedar, berleter jugak le sekajang dua.


Sayang kemudahan dah ada tapi bilangan pengunjung boleh dibilang dengan jari tangan jer. Cuti sekolah la Telipuk....orang pi holiday...ko sorang jer terperuk kat Sentul ni...heheh.

Monday, March 16, 2015

Menjenguk Kampung

Sempat balik kampung untuk sehari dua menunaikan hajat emak yang hendak menghadiri majlis kenduri kahwin kaum kerabat di kampung. Bukan tak teringin nak lanjutkan tempoh, tapi emak ada temujanji di KKBBS esok.


Langkah kanan pula...ada ayaq asam peberet saya yang dah lama tak jumpa. Perghhh...sodappp. Duduk meja depan pulak tu...tapi makan tak mandang kiri kanan dah...hahaha...lama betul tak makan kenduri kat kampung ni. Selalu terlepas. Alhamdulillah, ada rezeki kali ini.

Ikutkan tengahari ini ada kenduri lagi. Rumah guru mengaji quran saya tapi sayangnya tak sempat nak pergi. Hantar wakil saja sebab saya ada urusan di pejabat tanah PB dan lepas tu nak terus balik KL.

Sempat emak menuai hasil tanaman pokok kantannya. Amik ngkau...nak makan laksa sebulan penuh pun boleh ni...


Saya pernah beli sekuntum bunga ni yang kurus keding pada harga RM4.90 . Terpaksa beli juga sebab dah terdesak nak buat laksa. Bahan lain semua ada, bunga kantan jer tak de. Satu Melaka cari tak jumpa...rupa-rupanya ada kat kedai Big 5 saja...tapi harga premium la beb!


Cer teka amende yang bersesungut celah daun pokok mak tu?


Belalangggg!!!

Tapi bukan belalang kunyit ni...adik sepupu dia. 

Memang musim panas betul sekarang. Tanah bendang pun siap merekah lagi. Setiap hari mesti ada minuman berais satu jag besar. Dahaga sungguh. Semoga dipermudahkan urusan penanaman padi kali ini.


Friday, March 13, 2015

Mengalah Bukan Kalah


Sekadar hendak sedapkan hati sendiri bolehlah.

Tuesday, March 03, 2015

Bukan Sekadar Sampah

Ini tahun 2015. Tinggal empat tahun lebih jer lagi untuk sampai tahun 2020. Semasa mantan PM merangka Wawasan 2020, terasa macam lambat lagi hendak sampai 2020. Semasa pelajaran lukisan di sekolah dulu, adakalanya cikgu suruh menggambarkan keadaan pada tahun 2020. Adalah biasa untuk melihat pelajar-pelajar melukis gambar kapal angkasa berlegar di antara bangunan-bangunan pelik dan manusia yang memakai pakaian ala angkasawan. Kelakar rasanya sebab sekarang ini yang tinggal beberapa ketika cuma untuk ke tahun tersebut, keadaan kita masih lebih kurang sama. Kalau yang benar-benar wujud pun barangkali LRT, ERL, Shinkasen ada??? (tungguuuu...) Kalau LRT yang nampak agak futuristik (LRT Putra tak de pemandu...) hanya setakat di Lembah Kelang ini sahaja. Selebihnya kita masih di takuk yang sama. Jalan masih berlubang-lubang, bas awam masih tak boleh ikut jadual sebab jalan selalu jem ,sampah sarap masih berselerakan (masih ada penghuni rumah pangsa yang tak kisah membaling bungkusan sampah dari tingkat atas).

Maka tidak hairanlah Telipuk sukar percaya yang kita mampu menempatkan diri dalam senarai 10 negara paling bersih yang dikhabarkan menjadi antara sasaran menjelang 2020. Kedudukan kita sekarang ialah di tangga ke-51. Ada berapa negara di dunia ini sekarang? Angka majoriti ialah di sekitar 196 buah negara...hemmm...tak lah teruk sangat pencapaian itu, bukan? Mungkin kita boleh memperbaiki kedudukan carta tetapi untuk memasuki senarai 10 teratas tu, Telipuk rasa payah memandangkan masih banyak perubahan yang perlu kita lakukan supaya usaha ini tidak sekadar tercapai kerana keinginan memburu pengiktirafan dunia tetapi menjadi nyata dek kerana ia telah menjadi budaya. Jadi, Telipuk rasa yang perlu kita lakukan ialah membudayakan kebersihan dalam kehidupan, barulah boleh tercapai matlamat.

Hujung tahun lepas Telipuk ke Kota Singa, memang Telipuk selalu perhatikan bab kebersihan ini sebab negaranya bersih. Oleh kerana Telipuk tinggal dekat Fairmont berhampiran City Hall, Telipuk hari-hari berulang-alik ke Marina Bay menggunakan MRT sahaja. Sepanjang perjalanan dan persinggahan, Telipuk tak terserempak dengan orang membuang sampah merata-rata. Memanglah ada yang buat lawak dengan menghasilkan cenderamata tertulis "Singapore the Fine City"...pada Telipuk elok buat lagu tu...tak ada sesiapa berani melanggar undang-undang sebab asal langgar jer denda, asal kena denda sohih ada pelanggaran undang-undang. Berani buat beranilah tanggung, kan? Asbab penguatkuasa ketat begitu, maka, jadilah ia negara yang bersih. Aspek pencegahan itu sangat dititikberatkan.Tak kisahlah walaupun kelakuan warganya berubah bila berada di seberang tambak, mungkin melepaskan perasaan kot...tapi nak salahkan depa pun, balik-balik salah kita juga...yang kita tak kuatkuasa undang-undang tu pasai apa? Tu yang depa selamba rock ja tu...

Hujung minggu lepas, di Kuala Lumpur ini, Telipuk pergi cuci kereta, ada satu couple ni duduk bersebelahan. Si lelaki sibuk merokok berkepul-kepul. Bila petugas maklumkan kereta mereka sudah siap sedia, maka si lelaki ini pun bangun mengeluarkan dompetnya dan membuat pembayaran. Sebelum masuk kereta dia dengan gaya bersahaja melemparkan putung rokoknya yang masih berasap ke tanah dan berlalu pergi. Itu baru puntung rokok yang Telipuk pasti ramai tak kisah membuangnya di merata-rata tempat. Belum kira tisu lagi. Pembalut gula-gula. Bekas minuman. Ada orang dia letak sampah di lantai petak/tempat parkir kereta. Cantik jer bekas McD dia susun selonggok kat situ. Nak cari tong sampah jauh kot...nak biar dalam kereta, sayang kereta la pulak. Sudahnya buanglah kat mana-mana yang sempat. Kata kawan Telipuk, jangankan bekas makanan, lampin pakai buang pun ada dia pernah jumpa. Euwww...selekeh betullah perangai! Telipuk banyak kali jumpa pembalut gula-gula yang di sumbat ke dalam lubang/rongga di celah-celah kerusi, meja, tiang, dinding...hemmm...dah kreatif sangatlah tu! Dan benda paling pelik ialah di mana sahaja diletakkan papan tanda "Jangan buang sampah di dini. Denda RM500/1000"...maka kat situlah sampah berlonggok. Yang buang tu samada tak reti membaca ataupun sukakan cabaran. Dengan mentaliti "tak apa", kan ada Alam Flora atau pekerja pembersihan bertugas tu...kang kalau semua buang sampah dalam tong sampah, senanglah kerja diaorang atau pun, nanti diaorang tak ada kerja nak buat...cukai kita bayar...biarlah diaorang buat". Campur pulak dengan penguatkuasaan yang lemah...memang sampai kiamat pun tak selesai masalah!

Masalah kebersihan bukan terjadi kepada kita sahaja. Ia pernah menjadi satu isu yang diketengahkan dalam siri Al -Khawater yang bersiaran di TV Alhijrah. Rupanya di negara Arab pun ada masalah ini. Jadi, pengacara hos ini mengambil inisiatif melawat negara yang terkenal dengan tahap kebersihan yang tinggi iaitu negara Jepun. Dalam satu episod ditunjukkan bagaimana anak-anak kecil pra-sekolah diajar membersihkan kelas sebelum dan selepas sesi persekolahan. Cikgu-cikgu menyediakan peralatan dan anak-anak ini tanpa rasa kekok membersihkan kelas mereka. Ada yang menyapu dan mengutip sampah, mengemop lantai, mengelap kerusi dan meja. Masing-masing menjalankan tugas yang diamanahkan. Mereka juga diajar menjaga kebersihan tandas dan kebersihan di tempat makan (kantin). Di tempat makan misalnya, selepas makan mereka membuang sisa makanan dan plastik ke dalam tong sampah dan menyusun bekas makanan yang kotor untuk dibersihkan. Ini memudahkan tugas petugas. Kalau sedari kecil diajar sebegitu, tentulah bila dah besar automatik jadi anti-sampah. Kalau di rumahnya bersih, di luar juga insyaAllah dia pembersih.

Nak implement kat Malaysia ni boleh ke? Bukan apa, takut karang ada mak bapak mengamuk pulak...maklumlah dia jaga anak bak menatang minyak yang penuh alih-alih ko suruh tolong cuci jamban...haisshhh...ada yang kena saman kang....hahaha....dah terlewat banyak generasi kita ni. Dah jadi buluh betung!Lagipun dengan isu-isu transformasi pendidikan lagi...ada ke yang nak tengok benda-benda 'remeh' macam ini...karang cikgu-cikgu juga tanggung beban kerja lebih, nak isi maklumat murid lagi...haishhh...payah! payah! Nak tunggu kat rumah pun belum tentu jadi...kang bibik kerja goyang kaki pula...pasal kerja-kerja kebersihan anak-anak dah boleh buat sendiri. Dah jadi macam lagu bangau oh bangau dah ni.

Hemmm...sama-samalah kita berdoa dan berharap untuk melihat negara ini maju bukan sahaja dari segi pembangunannya tetapi juga dari segi pemikiran dan akhlak. InsyaAllah, masih ada harapan....