Adakah kita ini hamba Allah atau hamba Ramadhan?
Selalu saya perhatikan seakan wujud kecenderungan untuk melakukan sesuatu kerana kononnya menghormati bulan Ramadhan. Memanglah kalau puasa mahu markah baik, bukan setakat tidak makan dan minum serta menjauhi perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa tapi kalau kata, "Bulan puasa ni, Aku tak nak mengumpat"...itu macam meletakkan kekangan sementara ke atas diri. Jadi, kalau bukan bulan puasa, tak apa la kalau mengumpat. Begitu?
Kalau di kalangan artis pula (wahhh...maaflah, ini contoh senang sebab masyarakat suka baca & ambil tahu kisah mereka), selalunya ramai yang mengurangkan aktiviti seni masing-masing dengan alasan 'menghormati bulan puasa'...Hemmm...lepas bulan puasa...kira lepas laku je lah. Kalau macam tu, dah jadi hamba Ramadhan, bukan hamba Allah.
Sama juga dengan ibadah-ibadah sunat lain, masa bulan Ramadhan ni, graf ibadah naik mencanak-canak. Tapi kalau lepas Ramadhan graf pencapaian jatuh merudum, itu maknanya Ramadhan belum lagi mampu mendidik diri dan takut-takut yang kita sembah itu bukan Allah tetapi bulan Ramadhan.
Ada juga yang sepanjang bulan Ramadhan, lipstik secalit pun tak ada dan pemilihan baju pun sopan sejuk mata memandang. Bila ditanya, katanya memang itu cara penampilannya sepanjang Ramadhan setiap tahun. Oooo...macam tu...Kan bagus kalau dikekalkan setiap masa. Barulah menjadi hamba Allah kerana berbuat sesuatu kerana mematuhi perintah Allah bukannya mengikut adat/persepsi masyarakat setiap kali Ramadhan.
Juga terbaca di Metro hujung minggu lalu tentang keasyikan warga emas mengunjungi pusat hiburan dangdut. Yang dibangkitkan ialah mengapa mereka yang usia senja lagi badan pun sudah berbau tanah tergamak berpeleseran dan melakukan maksiat dalam bulan puasa? Saya rasa masa bukan menjadi isu pokoknya. Saya tak rasa mereka perlu berpura-pura alim dalam bulan Ramadhan sebab kalau mereka berbuat begitu, mereka hanya menjadi manusia yang hipokrit yang tidak memberi apa-apa makna dalam kehidupan mereka sendiri. Hanya yang mungkin mereka berjaya raih ialah kerjasama yang diberikan agar keseluruhan Ramadhan dihiasi dengan suasana-suasana suci. Plastik!Jadi cadangan yang menyuruh pusat hiburan itu tutup sepanjang bulan Ramadhan sebagai tanda menghormati bulan suci umat Islam itu juga tidak relevan lagi.
Ramadhan untuk dihayati. Apabila masuknya Ramadhan, seolah-olahnya kita sedang memasuki madrasah sebulan. Kalau kita betul-betul berusaha memperbaiki diri dengan mengambil keberkatan Ramadhan ini, tempoh 30 hari itu sebenarnya sudah cukup untuk membentuk satu tabiat yang baik yang akan menjadikan diri hamba Allah yang lebih baik. Malangnya ramai yang melihat Ramadhan itu sebagai sesuatu yang membebankan. Bab-bab makan sahaja dia suka. Sanggup berpenat-lelah hujung ke hujung meronda bazar Ramadhan. Itu belum kira yang membazir duit RM89.90 semata-mata hendak berbuka di hotel terkemuka padahal makannya tak banyak manapun yang mampu ditelan. Sudahnya kekenyangan macam ular saya, solat pun entah ke mana.
Hari ini sudah 11 Ramadhan...tak lama lagi penghujungnya akan sampai. Minggu lepas kita warm up...sekarang ini sepatutnya kita sudah mula berlari-lari anak supaya boleh memecut di penghujung nanti kerana dalam kelompok 10 hari terakhir Ramadhan itu ada terkandung satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Itu buruan kita kerana untuk mendapat ganjaran pahala yang menyamai 83 tahun beribadat itu bukanlah sesuatu yang kita selalu boleh dapat. Hanya sekali setahun. Dan belum tentu tahun depan umur kita panjang untuk mencuba lagi. Entahkan ini Ramadhan yang terakhir, siapa tahu?
Tapi yang sebaliknya, kita tersilap memecut awal...itu yang bila dekat-dekat penghujung semua sudah penat. Itu yang terjadi di masjid-masjid. Pada awalnya memang melimpah-ruah dengan jemaah sampai ada yang sanggup bentang sejadah di kaki lima. Hari demi hari, makin berkurang. Yang surirumah tak ada masa sebab sibuk hendak buat kuih raya pula. Yang lain-lain pun entah apa jadinya, sama sibuk. Akhir sekali, tinggallah saf dua baris. Itupun kalau nasib baik, silap-silap tinggal AJK masjid sahaja.
Promosi hari raya semakin menjadi-jadi sekarang sehingga menjadilah masyarakat kita lebih teruja dengan raya. Mesti mau raya dengan bersungguh-sungguh. Meriah! Persiapan raya lebih ditekankan berbanding persiapan mendapatkan Lailatul Qadar. Malah ada yang sudah mula syahdu mendayu-dayu dek ketagih mendengar lagu raya. Itu yang sampai bermasam-muka bercakaran sebab belum mencapai kata putus tahun ini hendak balik raya di kampung siapa.
Harap belum terlambat untuk kita kembali mensasarkan kepada sasaran yang sebenar. Yang penting, Ramadhan ini kita gunakan untuk melatih diri beribadat. Misalnya, kalau tak mampu baca habis satu Al-Quran pun tak apa. Yang penting, tanamkan kesungguhan hendak memahami Al-Quran. Berdikit-dikit pun tak apa, janji berterusan mudah-mudahan sebati menjadi amalan walaupun di luar Ramadhan. Setiap orang mesti melakukan pembaikan dan pengubahsuaian. Sudah elok tutup mulut rapat sepanjang Ramadhan ini, harapnya nanti akan terbiasa mengawal keinginan untuk bercakap yang bukan-bukan sesudah Ramadhan...buatlah apa pun, janji ada.
Tuesday, July 31, 2012
Monday, July 30, 2012
Belajar Beribadah Part 3
Jom teruskan hari ini dengan sambungan ceramah Ustaz Armen bahagian ketiga (dan yang terakhir). Kita mulakan dengan doa.
Tahukah anda bahawa doa seorang yang soleh sangatlah luar biasa kerana ia bisa merobah dunia dan membuka pintu langit. Berapa banyak orang yang pada pandangan kita hidup biasa-biasa dan selekeh lagi tidak mampu bersaing dari segi rupa paras, kedudukan serta pangkat di sisi manusia tetapi ternyata dia menewaskan kita dari segi doa dan dekat dengan Allah.
Ada satu cerita di zaman para sahabat tentang seorang manusia bernama Uwais Al-Qarni. Dia seorang yang pandai beribadah dengan Allah. Malahan Baginda Rasulullah sebelum kewafatannya telah berpesan kepada para sahabat supaya mencari Uwais dan pintalah doanya supaya dia mendoakan untuk kamu kerana dia seorang yang mustajab doanya. Maka, sahabat-sahabat pun mulalah mencari-cari Uwais namun belum berjumpa. Dikatakan Uwais ini datangnya dari Suku Qaran di Yaman. Semasa suatu musim haji ketika Umar R.A menjadi Khalifah, terdengarlah olehnya kedatangan satu rombongan suku Qaran dari Yaman yang datang untuk mengerjakan haji. Lalu Umar pun pergi menemui ketua rombongan dan bertanyakan kalau-kalau ada di antara mereka bernama Uwais. Malangnya dijawab, "Tiada ada yang bernama Uwais di kalangan kami. Akan tetapi, cubalah tanyakan budak suruhan kami di belakang sana. Dia menjaga dan memberi makan unta kami. Kayaknya dia bernama Uwais".
Begitu keterasingan Uwais. Hanya suruhan orang dan pengembala unta.Kehadirannya langsung tidak dipeduli malahan namanya juga tidak diketahui orang. Itulah yang dikatakan 'orang-orang yang tersembunyi' di dunia ini yang lebih baik dari separuh penduduk dunia.
Maka, Umar pun pergi menemui Uwais dan bertanya, "Kamukah yang bernama Uwais?". Jawabnya, "Ya, saya bernama Uwais. Ibu saya memberikan saya nama Uwais". Lalu kata Umar, "Kalau begitu, doakanlah untuk aku wahai Uwais". Apa kata Uwais? "Tidak, wahai Amirul Mukminin. Kamu seorang Khalifah. Saya ini apa? Cuma pengembala unta.Saya tidak layak untuk mendoakan kamu." Namun tetap juga didesak oleh Umar. Lalu Uwais pun mengangkat tangan dan berkata, "Allahummagfirli Umar" terus dipeluk oleh Umar, seorang Khalifah yang mulia yang Allah janjikan Syurga untuknya.
Adakah kita lebih mulia dari Umar? Tidak pintarkah kita merendahkan diri dalam mencari keredhaan Allah?
Doa itu adalah komunikasi kita dengan Allah. Bagaimana kita bercakap dengan Allah? Adakah kita bercakap dengan tenang, tersusun, hormat dan penuh pengharapan ataukah kita sambil lewa membaca doa yang maksudnya pun kita tidak tahu? Apa pendapat anda kalau anak anda mahukan sesuatu dari anda tetapi bercakap merepek dan sambil lewa depan anda? Kurang ajar, bukan?
Adalah sangat naif kalau tidak pernah menangis ketika berdoa kepada Allah. Kata Ustaz, belum ia melangkah dalam ibadahnya. Orang yang tidak pernah menitiskan airmatanya ketika berdoa kepada Allah bererti belum tahu dia bagaimana mahu mengambil hati Allah. Bercinta dengan Allah. Bermuamalah dengan Allah. Belum dia tahu tempat-tempat di mana yang Allah benci dan yang Allah suka.
Bandingkan dengan Uwais. Dia bukan siapa-siapa. Dia cuma budak suruhan dan pengembala unta. Tetapi doa Uwais sangat mustajab kerana Uwais pandai beribadah dengan Allah sehinggakan Rasulullah mengesyorkan sahabat-sahabat Baginda supaya mendapatkan Uwais dan meminta doanya. Itulah kehebatan orang yang pintar bab belajar beribadah dengan Allah dan kalau kita juga mahu meningkatkan mutu ibadah kita dengan Allah, mulailah dengan doa. Kerana doa itu permulaan kepada belajar beribadah sepertimana kalau mahu belajar ikhlas, mulailah dengan berpuasa.
Di dalam berdoa, kita harus mengerti yang terdapat bahagian-bahagian utama yang menjadikan doa itu suatu doa yang baik. Iaitu harus ada bahagian di mana kita menghinakan dan merendahkan diri dan bahagian di mana kita mengagung-agungkan dan memuji Allah. Itulah intipati doa yang seorang muslim harus belajar. Ketika berdoa, seorang muslim harus meletakkan dirinya tidak ada erti di sisi Allah dan Allah harus dibesarkan. Bagaimana kita tidak menangis di hadapan Allah bila kita gunakan kata-kata sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Adam.
"Ya Allah, kami telah menzalimi diri kami. Sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, nescaya kami akan merugi. Siapa pula yang dapat mengampuni kami Engkau".
Makhluk Allah selain kita sangatlah banyak tetapi kita tidak punya Tuhan selain Allah. Engkau memiliki semuanya sedang Aku cuma memiliki hanya Engkau...(Tangisan Ustaz Armen ketika membaca doa ini dan mengulasnya sangat meruntun hati...percayalah ia boleh membuatkan air mata mengalir).
Ketika seseorang muslim berdoa sebegitu, pintu langit mana yang tidak terbuka untuknya. Maka Allah akan mendengar dan cukuplah satu doa itu yang terangkat yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kalau itu telah kita lakukan, barulah boleh dikatakan kita telah belajar beribadah dengan Allah.
Selain doa, seseorang muslim haruslah melazimkan diri membaca Al-Quran. Ustaz menceritakan pengalamannya di Mekah bersolat berjemaah di belakang seorang Imam yang membaca dengan bacaan yang baik sekali. Imam membacakan surah Al-Isra yang bercerita tentang kebesaran Allah Azza Wa Jalla. Lalu terbayang olehnya betapa kecil diri. Betapa hina dan betapa agungnya kekuasaan Allah. Bacaan yang baik itu membuatkan para makmum terbuai dan terbawa-bawa menghayati (dan di sinilah pentingnya kita belajar memahami bahasa Al-Quran) sehingga gugur tangisan. Menangis teresak-esak, bukan dibuat-buat.
Belajarlah membaca Al-Quran dengan hati, nescaya datang rasa lazat menikmati Al-Quran sehingga ia hadir masuk ke dalam hati. Kapan lagi hati tunduk bila mengingati Allah? Tetap hati itu keras dan sombong kalau tidak kita usahakan melunakkannya. Belajarlah beribadah untuk rasai nikmatnya, barulah terasa masuk iman dalam hati. Hati akan menjadi lapang dan tenang. Bila iman sudah ada, akan merasa ingin kembali ke perkampungan akhirat dan menjauh dari perkampungan dunia.
Seseorang muslim harus peka dan berusaha melatih ibadahnya. Melatih ibadah? Kita tidak pernah buat bukan? Tersebut kisah Ali Bin Fudhail Bin Iyad. Dia seorang yang peka dengan Al-Quran. Bapanya seorang kadi besar. Maka, apabila setiap kali bapanya mengimamkan solat, dia akan melihat-lihat dulu kalau anaknya Ali ada. Kerana jika Ali ada, dia tidak akan membaca ayat-ayat berkenaan kisah akhirat iaitu syurga dan neraka kerana Ali akan menangis teruk bila mendengarnya. Pada suatu hari, Fudhail mengimamkan solat. Disangka Ali tiada kerana tidak terlihat kelibat Ali lalu diapun membacakan surah At-Thuur. Ketika melewati suatu ayat yang menggugah jiwanya maka terdengar Ali berteriak lalu histeris dan rebah. Selesai solat dan cuba dibangunkan Ali, tiadalah dia sedarkan diri lagi kerana sudah meninggal dunia. Inilah yang dikatakan orang yang terbunuh kerana Al-Quran. Betapa dalam penghayatannya. Begitu juga yang terjadi dalam kisah Muhammad Munkadir yang jatuh sakit. Lalu datanglah sahabatnya menziarahi dan bertanya apa gerangan yang membuatkan Muhammad Munkadir jatuh sakit. Dia pun menerangkan yang dia ketika itu sedang membaca Al-Quran lalu sampailah dia kepada satu ayat yang sangat menusuk jiwanya. Yang demikian itu telah menyebabkan dia sakit. Lalu sahabat tadi pun bertanya ayat apakah itu. Muhammad Munkadir pun membacakan ayat tersebut. (Sayang, saya tak ingat ayatnya), Sebaik sahabatnya mendengar ayat itu, dengan tiba-tiba dia menangis kuat. Berkata isteri Muhammad Munkadir, "Aku fikir dengan kedatangan engkau ini dapat menolong mengurangkan sakitnya. Malahan engkau telah menambahnya".
Dari hati apakah mereka diciptakan? Seorang muslim harus belajar begitu. Harus belajar untuk mendapatkan hati yang sebegitu, dengan iman dan dengan ilmu. Harus tahu apa yang perlu dilakukan bila berdepan dengan Allah. Tahu apa ucapan yang layak untukNya. Barulah kemanisan beribadah itu ada. Barulah datang rasa seronok menyembah dan menghambakan diri kepada Allah.
Seseorang muslim juga harus belajar menjadi dermawan terhadap harta. Jangan sesakkan hati anda dengan harta. Belajar memposisikan harta. Infakkan sedikit demi sedikit. Jadilah muslim yang harta yang ada di tangan Allah lebih dia percaya daripada harta yang ada ditangannya. Belajarlah menyisihkan harta yang melekat kuat pada hati. Yang kita infakkan itulah harta yang kekal. Tidak akan berkurang harta malahan bertambah. Inilah saatnya kita memaksakan jiwa. Memaksanya tunduk pada perkara yang tidak disukainya. Tanyakan padanya, Wahai diri, wahai jiwa, ke mana lagi engkau mahu pergi? Bukankah rumah Allah tempat yang terbaik. Pergilah bersolat di masjid, jangan bertangguh-tangguh. Belilah akhirat wahai jiwa. Ada dikalangan para salafussoleh, mereka benar-benar memaksa diri mereka agar tunduk patuh. Ada yang menyalakan lilin dan disentuhnya dengan jari lalu ia pun mengaduh kesakitan dek bakaran api. Apa katanya kepada diri sendiri? "Ini api lilin engkau tidak kuat menahannya, apa lagi api neraka. Ke mana engkau wahai jiwa? Tidak, jiwa! Engkau harus beribadah. Dialah nikmat yang terbesar". Begitu mereka memaksakan diri mereka. Untuk merekalah balasan syurgaNya kerana mereka adalah orang-orang yang takut akan kedudukan Rabbnya dan menahan hawanya. "Ya Rabb, saya beri ini untuk Engkau". Untuk apa? Untuk syurgamu, Ya Allah! Semua orang ada hawa. Semua orang melepaskan hawa, akan tetapi persoalannya, berapa ramai yang menahannya? Paksakan diri. Paksakan membaca Al-Quran. Paksa supaya tunduk. Sesungguhnya jiwa sangat cenderung kepada keburukan dan ia sangatlah lemah.
Di antara amalan terpuji pada bulan Ramadhan ialah berlumba-lumba dalam hal melakukan ibadat kepada Allah. Siapa yang tidak mahu pahala puasa yang berlipat kali ganda? Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka dia akan mendapatkan pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu. Berilah makanan kepada si fakir. Kepada si janda. Kalau lihat makanan untuk hidangan berbuka anda sudah berlebihan, ambil dan berilah makan kepada orang yang lebih memerlukan. Keluar dan ketuk pintu rumah mereka, kalau ternyata yang keluar itu seorang anak yatim, pegang kepalanya. Selitkan untuknya wang. Mudah-mudahan Allah akan menyelitkan kasih-sayangNya terhadap kita dan alangkah kita sangat memerlukan kasih sayang Allah! Perjalanan yang sangat panjang di akhirat, perjalanan menuju keabadian yang tiada henti-hentinya, sungguh kita butuhkan pertolongan Allah. Kenapa jiwa begitu sulit untuk akur dan tunduk pada jalan taqwa? Cubalah, buatlah apa sahaja asalkan kita berhasil menundukkannya. Hadirkan hati anda di tempat-tempat kepapaan, kesengsaraan kerana dengan berbuat demikian ia boleh melunakkan hati.
Hati kalau ia tidak bisa tersentuh dengan hadis, dengan ayat Al-Quran, dengan nasihat yang baik...dari apa hati itu diciptakan? Bawalah diri anda ke tempat-tempat yang boleh melembutkan hati, misalnya, menziarahi perkuburan, menziarahi orang-orang yang sakit. Biar jatuh hati seperti jatuhnya orang yang sakit itu. Kenangkan kalau begitu nasib kita nanti. Kalau kita yang sakit. Kalau kita yang berada di tempat si mati. Bayangkan begitu. Jadikan itu usaha di awal Ramadhan, niatkan , lakukan. Kalau itu sudah berhasil, bergembiralah anda kerana telah berjaya mengikuti jejak salaf.
Hati harus sering kita baiki. Sering-seringlah membaca Al-Quran. Sering-seringlah membaca tulisan orang-orang yang bijak serta para Ulama. Belajarlah. Ada tersebut kisah bagaimana hamba-hamba Allah yang terdahulu, Allah ampunkan dosanya kerana dia telah tahu caranya beribadah kepada Allah.
Pernahkah anda mendengar kisah seorang pelacur yang memberi minum air kepada seekor anjing yang kehausan? Bagaimana dia lakukan? Dia berada dalam keadaan sangat dahaga ketika dia menemukan sebuah perigi yang hampir kering airnya. Untuk mendapatkan air tersebut, dia harus masuk ke dalam perigi. Lalu dilihatnya seekor anjing yang menjelirkan lidahnya kerana kehausan lalu hatinya berasa kasihan kerana dia mengerti bagaimana rasanya berada dalam situasi dahaga begitu. Lalu dia turun mendapatkan air. Sepatunya digunakan untuk menakung air tersebut. Untuk keluar dari perigi, dia perlu menggunakan kedua-dua tangannya lalu sepatu itu terpaksa dikepitkan di mulutnya. Mulut yang biasa menjilat maksiat kepada Allah itu dia letakkan pada kedudukan yang menghinakan dirinya. Di tempat-tempat seperti ini, apabila seseorang hamba itu meraih belas kasihan Allah, maka mudahlah untuk Allah mengampunkan dosanya.
Anda tidak seperti penzina tersebut! Tidak pintarkah anda? Alangkah hinanya seorang muslim yang tidak pandai bermuamalah dengan Allah.
Begitu juga kisah seorang tua yang sepanjang hidupnya banyak membuat maksiat. Lalu menjelang kematiannya dia mewasiatkan kepada anak-anaknya supaya jasadnya dibakar. Kemudian, bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibawa naik ke pergunungan pada musim angin dan hendaklah ditaburkan biar menjadi debu-debu berselerakan menyentuh setiap dedaunan yang ada. Manakala satu bahagian lagi ditaburkan di lautan ketika musim ombak, biar hanyut dibawa arus deras merata-rata.Permintaan itupun dijalankan. Lalu ketika dibangkitkan, ditanya oleh Allah, "Wahai hambaKu, wahai si Fulan...kenapakah engkau berbuat demikian?". Dijawab olehnya, "Kerana saya takut. Saya sudah berbuat sekian banyak maksiat. Lalu wajah yang mana akan saya hadapkan kepadaMu? Dengan apa bisa saya berdiri berdepan denganmu sedang saya tidak layak". Apa kata Allah? KataNya, "Sudahlah wahai hambaKu. Sudahlah. Aku akan ampunkan seberapa banyakpun dosa engkau akibat engkau telah mengerti takut kepadaKu".
Benar, dia hanya belajar takut kepada Allah untuk meraih pengampunan Allah! Walau dosa seluas lautan, seluas bumi masih tetap Allah akan ampunkan. Selagi pintu taubat masih terbuka. Pernahkah kita belajar takut kepada Allah?
Begitulah serba-sedikit intipati kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Armen yang mampu saya catatkan di sini. Sebenarnya apa yang penting ialah bagaimana kita sebagai hamba harus berusaha lakukan supaya kita tergolong dalam kelompok muslim yang berjaya.
Belajar berdoa adalah penting kerana itulah awal permulaan kita beribadah kepada Allah. Tetapi berapa ramai yang mengerti? Yang mahu memastikan doanya terangkat. Tahu-tahu cuma tadah tangan dan minta yang bukan-bukan. Kemudian bila tidak terpenuh kemahuannya langsung berhenti berdoa. Penyakit tidak yakin dengan ketentuan Allah.
Belajar bersedekah. Berapa ramai yang rasa sayang hendak berpisah dengan hartanya? Berapa ramai yang bersedekah semata-mata kerana mahukan penghormatan orang? Berapa ramai yang tahu bahawa apa yang ada ditangannya belum lagi menjadi miliknya sehingga ia gunakan untuk tujuan infak? Tak ramai yang tahu juga tak ramai yang mahu belajar untuk ambil tahu.
Belajar takut kepada Allah. Kerana bila kita takut kepada Allah, kita tidak akan tergamak mahu melakukan maksiat dan menentang Allah. Hendak mencuri pun kita takut walaupun peluang terbuka luas kerana kita tahu kita sentiasa dalam pemerhatian Allah.
Cubalah. Belajarlah. Ambillah sisi-sisi yang pada kita penting untuk kita usahakan agar kita menjadi muslim yang berjaya.
Harap catatan ini bermanfaat. Yang elok itu semuanya datang dari Allah manakala yang buruk itu adalah dari kelemahan dan kesilapan saya sendiri.

Tuesday, July 24, 2012
Belajar Beribadah Part 2
Alhamdulillah, masih ada peluang untuk saya bernafas pada hari ini. Seperti kelmarin, jam 7.30 pagi saya sudah tiba di pejabat. Bulan puasa ini saya telah memilih untuk menggunakan pengangkutan awam. Ternyata ia adalah satu pilihan yang tepat kerana dengannya saya tidak perlu menempuh kesesakan jalan ketika pulang dan berhasil tiba di rumah jam 5.30 petang . Maklumlah, bulan puasa, semua orang bergegas mahu pulang seawal mungkin jadi jalan raya cenderung untuk semakin sesak di bulan ini.
Baiklah, seperti yang saya janjikan, saya teruskan entri hari ini dengan sambungan catatan ceramah Ustaz Armen berkenaan topik, Belajar Beribadah itu.
Semalam kita bercakap tentang menghargai masa. Betapa kita sebenarnya punya masa yang sebentar cuma untuk berada di alam dunia ini. Oleh yang demikian, wajiblah kita bersegera kepada keampunan Allah saat masih punya kesempatan untuk berbuat demikian.
Para ulama mengatakan manusia ini terbahagi kepada beberapa peringkat umur iaitu :
1) Masa kecil - sebelum baligh : Dia tidak berdosa. Ini masa bermain-main. Tidak dipertanggungjawabkan kerana anak-anak ini tidak dihisab.
2) Inti masa bermula 15-40 tahun : Inilah peringkat pemuda yang benar-benar Allah minta pertanggungjawaban nanti. Belum mencecah kaki anak-anak Adam di Padang Masyar nanti dia akan ditanya :- Masa mudamu, ke mana engkau habiskan?
3)Umur 40-60 : Seumpama puncak gunung. Manusia sudah sampai kemuncak hidupnya. Puncak kematangan yang sepatutnya akan mengarah ubun-ubunnya kepada kebaikan. Kemudian, sesudah melewati puncak usia ini, ia akan menurun. Aktivitasnya akan mengendur.
Dikatakan seandainya pada umur 60 tahun, seseorang manusia itu masih juga tidak berubah...maka, ucapkanlah selamat (lebih kepada Good luck!) kepada dirinya kerana demi Allah, umur 60 yang mana seluruh kehidupannya dia beri kepada dunia - jangan harap dia akan bisa kembali beribadah baik dengan Allah. Dia sudah termasuk orang yang memang telah dilepaskan oleh Allah. Layang-layangnya sudah diputuskan. Tidak lagi diharapkan baginya ketaatan. Mendengar azan hatinya sudah tidak tersentuh. Sudah jadi seperti batu.
Kata Ustaz, dia melihat ramai orang-orang tua berumur 60an ini gemar duduk-duduk di kedai/warung kopi. Ketika azan berkumandang, dia tidak bergerak. Padahal waktunya bukan penuh. Dia orang yang sudah pencen. Sudah tidak ada pekerjaan. Sudah-sudahlah berpacu dengan anak muda akan urusan dunia. Sudah tinggalkan!. Engkau sudah berbau tanah!
Dalam satu riwayat, Nabi Daud A.S memanggil malakul maut, Izrail, untuk berbicara. Kata Nabi Daud, "Sekiranya akan datang ajalku, maka, berikanlah Aku tanda". Lalu Izrail pun berjanji akan mengirimkan utusan untuk memberitahu Nabi Daud sekiranya waktu ajalnya sudah semakin dekat. Namun, tiba saatnya, Izrail telah muncul untuk mengambil nyawa Nabi Daud. Maka bertanyalah Nabi Daud, "Bukankah engkau telah berjanji akan menghantarkan utusan kepadaku terlebih dahulu?". Jawab Izrail, "Ya, itu telahpun Aku lakukan. Bukankah hitam rambutmu telah pun menjadi putih? Tegap badanmu telah menjadi bongkok dan kencang kulitmu kini sudah berkeriput. Itulah utusan-utusanku wahai Daud".
Gunakanlah masa dengan sebaik mungkin. Orang yang berumur, yang sudah tua...sangat sulit baginya hendak memaksakan diri beribadat berbanding kalau diri sudah terbiasa melakukan amalan itu sedari muda lagi.Seorang muslim hendaklah pandai dan pintar bercucuk tanam di musim-musim umurnya. Itulah yang biasa dilakukan oleh para salafussoleh. Mereka sering bermuhasabah diri, menghitung-hitung amalannya.Contohnya kisah Tsaubah. Dia membilang-bilang umurnya dan banyaknya bilangan dosa yang dia lakukan. Katakan umurnya 60 tahun. Dikali hari-hari dalam setahun.Kalau 365 hari didarab 60 , bererti kalau satu hari dia melakukan 1 dosa...maka ada sebanyak 21,900 dosa setahun. Berkata Tsaubah, "Alangkah sengsaranya Tsaubah bertemu Khaliknya dengan 21,900 dosa". Itu baru 1 dosa sehari. Kalau 10 dosa? Kalau 100 dosa? Maka, dibilang-bilang semakin rungsing fikirannya. Lalu Tsaubah pun pengsan mengenangkan banyaknya dosa.
Perkara kedua yang perlu kita perhatikan dalam beribadah ialah memahami bahawa dunia adalah perdagangan akhirat. Kata Ibnu Qayyim, "Bersiap-siaplah, sesungguhnya Allah telah membuka pintu bazarnya pada bulan Ramadhan. Dia ingin memperdagangkan syurgaNya yang nanti kalian akan beli dengan diri dan jiwa kalian. Datanglah selagi Zat Yang Maha Dermawan masih membukakan pintu bazarNya. Jangan terlewat. Jangan salah datang. Juallah dirimu. Datanglah!"
Sedikit ulasan. Bayangkan ada satu jualan mega potongan 90% di pasaraya terkemuka di ibukota. Pasti ramai yang mahu datang membeli-belah bukan? Sanggup meletak kereta jalan kaki satu kilometer semata-mata mahu mendapatkan barangan berjenama pada harga diskaun. Itu ukuran dunia. Bagaimana dengan perkara serupa Allah tawarkan kepada kita untuk syurgaNya yang masyaallah...tak terperi kehebatannya...mengapa tiada kita mahu berebut-rebut mendapatkan tawaran dan janjiNya ? Fikir. Fikir. Fikirlah dengan iman.
Allah berfirman dalam beberapa ayat yang menjelaskan tentang apa yang dikatakan perniagaan yang menguntungkan itu serta ganjarannya untuk orang-orang yang beriman :
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (As-Saff 61:10)"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (As-Saff 61:11)
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar." (As-Saff 61:12)
"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." (As-Saff 61:13)
Masa-masa bazar Allah ialah masa-masa dunia yang kita lewati. Ketika nyawa sudah berada di kerongkongan, tawaran ini sudah tamat. Apakala berada di alam barzah pula, tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Semuanya sudah tidak diterima. Sudah tiada amal. Yang ada hanyalah balasan. Jangan tunggu sehingga kematian sudah datang baru hendak berkata, "Ya Allah, kembalikan Aku ke dunia supaya Aku boleh beribadat kepadaMu". Tidak. Tiada peluang dan ruang lagi. Nanti akan dipersoalkan, waktu, kesihatan, kelapangan kita ketika di dunia itu...ke manakah sudah kita gunakan? Justeru, bersungguh-sungguhlah dalam beribadat.
Masa dunia adalah perdagangan.Untuk berjaya dalam perdagangan yang menguntungkan seperti janji Allah, kita hendaklah belajar cara perdagangan yang baik. Apa caranya? Caranya ialah dengan menjaga modal. Modal adalah inti perdagangan. Hilang modal, hilang perniagaan. Perniagaan bergantung kepada kurang atau bertambahnya modal. Kalau berdagang tetapi modalnya berkurangan, baik jangan berdagang. Iman adalah modal kita. Modal yang akan mendapatkan kita kepada tingkatan-tingkatan pencapai hidup seorang muslim yang lebih baik. Semakin bertambah, semakin baik. Misalnya, dengan iman, semakin menambah kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya dan semakin kuat semangat cintakan akhirat. Iman itu akan mengurangi keinginan kita untuk berteman dengan manusia lain, yang menjurus kepada pemuasan nafsu atau dengan kata lainnya, mengurangkan kelazatan dunia.
Maka jagalah modal agar tetap perniagaan kita nanti benar-benar menguntungkan. Jangan sampai modal itu berkurang. Jauhi perbuatan bidaah, kerana bidaah itu boleh mengurangkan iman. Manakala syirik, menghilangkan iman. Oleh yang demikian, agar perdagangan kita tidak merugi, jadilah orang yang pandai. Berdaganglah atas ilmu dan kendalian iman.
Kalau tidak tahu cara-cara bermuamalah dengan Allah. Belajarlah. Jangan hentam keromo, ikut-ikutan sahaja. Di dalam Surah Al-Ghaasyiyah, Allah menyebut tentang wajah-wajah yang tunduk (malu dan hina) di akhirat pada hari pembalasan. Mereka bukan tidak beramal. Malahan bekerja-keras, berletih, berlebih dengan amalan. Ketika amalan-amalan mereka dibawa ke hadapan, wajah mereka berseri kerana begitu banyak menggunung amalannya. Tetapi Allah jadikan amalan-amalan itu seperti kapas yang terbang ditiup angin, hilang tak ada ertinya. Sia-sia. Malahan Allah menjanjikan mereka dengan neraka yang membakar. Kenapa? Kerana amalan yang mereka buat itu amalan yang bidaah, amalan yang tidak mengikut sunnah.
Berhenti sebentar, saya mahu bawakan satu contoh amalan yang kita buat berlebih dan berletih namun tidak mendatangkan hasil yang sepatutnya.
Contoh yang saya temukan ini memang sesuai untuk dijadikan rujukan. Lihat sahaja apa yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini. Berapa ramai yang sanggup berpenat, bersesak memenuhi masjid untuk mengerjakan solat Terawih tetapi tidak memperdulikan solat fardhu subuh. Terawih yang 20 rakaat itu dia sanggup buat, padahal sunat. Sedangkan subuh yang fardhu itu dia tidak buat atau tidak mahu berjemaah di masjid walaupun ianya wajib. Cerdik ke bengong?
Contoh lagi ialah sikap malas bersahur. Padahal bersahur itu sunnah dan ada ganjarannya. Tak mahu rebut pahala yang Allah sediakan untuk bangun bersahur.
Sama juga dengan halnya kalau bersembahyang . Beria-ia, bersungguh-sungguh mengerjakan solat. Tetapi , akhlaknya tidak dijaga. Dia solat, tetapi dengan jiran tetangga dia bermusuh. Dia solat jemaah di masjid tak pernah tinggal tetapi pecah amanah. Di mana mutu ibadah tersebut?
Jangan fikir pergerakan yang sama menghasilkan hasil yang sama. Dalam hal solat, pergerakan sama. Cara rukuknya sama. Sujudnya sama. Bilangan rakaat juga sama. Namun, tetap ada perbezaannya. Yang membezakan solat antara individu dengan individu yang lain ialah mutu ibadahnya. Tahap kekusyukkannya. Justeru, tidak hairan, kita mungkin buat banyak amalan...namun jangan cepat perasan, kerana belum tentu amalan yang kita berpenat lelah buat itu diterima Allah kerana barangkali kita membuatnya bukan kerana Allah yakni tiada keikhlasan di situ. Berhati-hatilah.
Baiklah, berbalik kepada inti ceramah Ustaz, fahamilah yang Ramadhan adalah suatu kesempatan yang terbaik untuk kita meningkatkan mutu ibadah.
Bayangkan perjalanan kerjaya kita sebagai contoh. Cukup masa, tentu ada kenaikan pangkat atau setidak-tidaknya kita mengharapkan ada peningkatan kerjaya. Begitu juga halnya dengan ibadah kita. Ia harus juga ditingkatkan. Kalau mutu ibadah tetap sahaja tiada berubah, maka, celakalah! Belajar 20 tahun, ilmu tetap begitu tiada peningkatan. Membazir! Letih! Penat berdagang namun hasilnya sama sahaja. Orang berpeluh, dia pun sama berpeluh. Dia sangka berpeluh sama dengan orang itu maka hasil kerja kerasnya juga harus lumayan. Malangnya tidak. Orang berpeluh dapat hasil. Dia berpeluh sia-sia. Sedih. Berapa ramai yang boleh datang belajar benda yang sama namun berapa ramai pula yang boleh faham dengan baik? Sama juga dengan halnya kita...berapa ramai yang tidak tinggal puasa, tidak tinggal terawih berjemaah, penat-penat pun sempat bertadarus lagi, belum campur bangun malam buat qiamullail...namun berapa ramai yang akan berhasil mendapatkan lailatul qadar?
Tanyakan jiwa anda, tanyakan dia. Kapan wahai jiwa kamu bisa berpacu? Bila lagi? Jiwa perlu dimotivasikan untuk berubah kerana masa kita semakin suntuk dan ada banyak yang perlu diubah.
Bagaimana untuk berubah? Mulailah dengan belajar berdoa. Belajar untuk meningkatkan doa kepada Allah.
Saya berhenti di sini dulu dan akan menyambung darihal doa dan kekuatannya dalam entri seterusnya.

Monday, July 23, 2012
Belajar Beribadah Part 1
Hari ini saya hendak berkongsi satu ceramah yang telah
disampaikan oleh seorang pendakwah bernama Armen Halim Naro (rahimahullah).
Tajuk ceramahnya ialah “Belajar Beribadah Di Bulan Penuh Berkah”. Al-Ustaz
Armen telah dipanggil menghadap Ilahi pada November 2007 pada usia yang masih
muda. Rupanya kami berkongsi tahun dan bulan kelahiran yang sama hanya arwah
lahir tanggal 20, saya pula tanggal 21 ( dan masih bernafas lagi dengan izin
Allah).
Semoga Allah menerima segala usaha dakwah beliau yang tidak mengenal
penat itu sebagai amalan soleh dan menempatkannya bersama hamba-hambaNya yang
soleh.Sepatutnya saya sudah membuat entri tentangnya sebelum
kedatangan Ramadhan namun masa tidak mengizinkan. Apatah lagi ceramah ini dalam
bentuk CD maka saya perlu mendengarnya perlahan-lahan (play and pause) agar
saya dapat mengutip intipati syarahannya untuk paparan bertulis di blog ini. CD
ini saya perolehi menjelang Ramadhan tahun 2010 daripada Ustaz yang mengajar
saya . Ketika saya mengulang mendengar dalam kereta, saya terfikir, alangkah
baiknya kalau dapat saya kongsikan di sini. Lagipun syarahannya sangat bagus
dan berbeza. Hanya proses menjelmakannya di sini yang berlarutan dek kerapkali
bertangguh.
Saya mengaku tidak mampu menghadirkan tulisan yang
benar-benar merangkumi keseluruhan syarahan sepanjang lebih 1 jam itu.
Setidak-tidaknya ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan di sini menerusi catatan
yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan dapat membantu kita mempertingkatkan
amalan di bulan yang mulia ini, insyaallah.
Baik, kita mulakan dengan firman Allah dalam surah
Al-Baqarah ayat 183 yang tidak asing lagi darihal kewajiban berpuasa yang
bermaksud, “ Hai orang-orang yang
beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas
orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”.
Puasa pada bulan Ramadhan
adalah pembelajaran. Belajar cara-cara bertaqwa kepada Allah. Belajar bagaimana
untuk meningkatkan iman. Belajar bagaimana kita beribadah dengan Allah Azza
Wajalla dengan cara yang baik. Belajar bermuamalah dengan Allah. Alangkah
banyaknya orang yang tidak pandai bermuamalah dengan Allah. Alangkah banyaknya
orang yang tidak pandai bertaqwa kepada Allah. Berletih. Berpeluh dalam
beribadat akan tetapi tidak dia lalui jalan-jalan orang yang bertaqwa. Dia tidak
telusuri jalan-jalan taqwa sedangkan Allah telah nyatakan, “mudah-mudahan kamu
bertaqwa”. Di dalam ayat yang lain, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah
menginginkan kemudahan dan bukan menginginkan kesusahan”. Jadi, puasa adalah
kemudahan bukan keberatan kerana kemudahan yang diperolehi oleh seorang hamba
daripada berpuasa sangatlah banyak .
Alangkah meruginya seorang muslim bila datang bulan Ramadhan
dan dia tidak bisa mengambil nilai-nilai taqwa. Alangkah malangnya nasib
seorang muslim yang bila datang Ramadhan, dia tidak belajar bagaimana beribadah
dan belajar bertaqwa terhadap Allah. Telah datang kepada kalian satu bulan yang
berkat, bulan penuh Rahmat, bulan keampunan dimana pahala dilipatgandakan. Maka
tidak hairanlah apabila takbir raya berkumandang, para tabiin dahulu ketika
mana mereka bersalam-salaman mengucapkan selamat, mereka turut sama menangis.
Lalu ditanyakan, kenapa engkau menangis hai si Fulan? Dia rupanya menangis
kerana Ramadhan sudah berlabuh dan pergi meninggalkannya. Kerana itulah,
seseorang muslim itu harus berdoa agar dapat (sempat) sampai kepadanya Ramadhan
sebagaimana doa yang selalu kita dengar dibacakan ketika Ramadhan semakin
menghampiri iaitu, “Allahuma Bariklana Fi Rajaba Wa Sya’bana Wa Balighna
Ramadhan”.
Kenapa Ramadhan?
Kerana Ramadhan adalah pasar Allah untuk masuk ke syurga. Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: “Apabila
datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu
neraka ditutup, syaitan dirantaikan.” Di dalam bulan Ramadhan, mudah
bagi seseorang hamba untuk melakukan kebaikan. Di luar Ramadhan sangat berat
untuk seseorang muslim melakukan ibadah. Justeru di dalam bulan Ramadhan, bukan
sahaja mudah malahan pahala amalan baiknya juga dilipatgandakan. Di dalam bulan
Ramadhan ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan bersamaan 83 tahun
iaitu Lailatul Qadar.
Di dalam menghadapi Ramadhan,
ada beberapa perkara penting yang harus diberi penekanan, mudah-mudahan Allah
mengarahkan ubun-ubun kita kepada taat dan beribadah kepada Allah. Berapa kali
kita berjanji untuk taat kepada Allah tetapi ubun-ubun kita tidak dipegang oleh
Allah, maka ia akan melepas (bebas). Pernah mendengar kata-kata seperti, “ubun-ubunku
berada di tanganMu” atau “Ya Rabb, jangan Engkau berikan diriku ini
pertanggungjawaban terhadap diriku sendiri”. Kerana diri ini sangat lemah. Jika
Allah membiarkan kita, nescaya binasalah kita tenggelam tanpa pedoman.
Banyak orang yang ingin
mendapatkan taqwa, akan tetapi dia tidak melalui jalan-jalan yang tepat. Banyak
orang ingin beramal/beribadah, akan tetapi tidak diberikanNya taufik. Kenapa?
Kerana ubun-ubunnya tidak Allah arahkan kepada kebaikan. Allah tidak
menginginkannya hidayah.
Baiklah, perkara pertama yang
harus kita beri perhatian ialah menghargai masa.
Allah berfirman darihal puasa
itu “hari-hari yang berbilang”. Kita ketahui puasa hanya 30 hari sahaja.
Orang-orang terdahulu, apabila datangnya Ramadhan, mereka berbuat yang terbaik
kerana sedar betapa terhadnya masa yang ada. Mudah-mudahan 1 bulan itu dapat
menutupi 11 bulan dosa dan kebangkangan. Mudah-mudahan 1 bulan ketaatan dapat
ditutupi oleh 11 bulan berbuat maksiat.
Kita harus menggunakan sebaik
mungkin masa yang ada. Jika seorang muslim dilarang melalaikan waktu di luar
bulan Ramadhan, maka melalaikan waktu di dalam bulan Ramadhan adalah satu
perbuatan yang bodoh. Gunakan waktu untuk membuat ketaatan. Seandainya berbuat
maksiat di dalam bulan Ramadhan maka dia adalah dungu dan bodoh! Ada disebut
dalam satu hadis sahih, Rasulullah S.A.W bersabda, “ Orang yang pintar adalah
orang yang mengekang jiwanya dan beramal untuk kematian”. Semoga Allah dengan
taufik dan hidayahNya memperdekatkan akhirat kepada kalbu kita (dengan
mengingati mati) sehingga kita bisa beramal dengannya. Dan orang yang lemah
adalah dia mengikut nafsu dan kemudian berangan-angan yang dia punya amalan
yang banyak. Dia telah melepaskan segala-galanya, menuruti hawa nafsu dan tidak
dia tinggalkan kepada Allah kecuali sisa-sisa dan sempalak! (saya kurang pasti
betul atau tidak ejaannya . Juga kurang pasti akan maknanya, barangkali ia
bermaksud remeh/tidak penting).
Sisa dari kehidupannya
diberikan kepada Allah, manakala yang mahal diberikan kepada syaitan. Masa
mudanya dia beri kepada dunia, berhura-hura kepada pemuasan diri , akan tetapi
kepada Allah yang dia beri hanyalah sisa. Waktu-waktu terbaik seperti pagi,
saat diri segar bugar dan berada pada kondisi diri terbaik dia tidak berikan
kepada Allah, bila sudah letih lesu baru dia beri kepada Allah. Kalaupun dia
mencari rezeki, itu tidak diniatkan kepada akhirat sehingga lepas control…semuanya
dihalalkan , semuanya dimakan. Akan tetapi ketika mata sudah mulai mengantuk,
badan sudah letih baru hendak membaca Al-Quran. Satu ayat dibaca, dia sudah mengantuk.
Dia hanya berikan sempalak kepada Allah…bagaimanakah dia bisa mendapatkan
syurga yang seluas langit dan bumi?
Ok…balik kepada bahasa saya…senang
cakap untuk faham, output kita ditentukan oleh input. Apa yang anda masukkan,
yang anda berikan…itulah hasilnya yang anda akan dapat. Kalau hendak bina sesuatu,
tapi bahannya kita cuma boleh beri beberapa keping plywood…jangan haraplah
hendak jadi istana.
Baiklah, kita sambung di
entri seterusnya kerana masih ada 6 mukasurat lagi untuk saya taip dan ulas di
sini…dah panjang sangat.
Jumpa lagi.
Wednesday, July 18, 2012
Majlis Pra-Ramadhan
Yeayyy...I've done my first catering job today! hahah...menumpang air tangan mak . Ceritanya? Ceritanya begini...(lagu latar 'Pada zaman dahulu...)
Kami (BGA & Man) sudah beberapa ketika merancang hendak menjamu makan rakan-rakan GCR. Motif? Adalah beberapa hajat tu kan...heheh...selalunya begitulah, bila rasa gembira bagi makan...ngap!ngap! Syukur alhamdulillah di atas rezeki yang Allah kurniakan...jadi, apasalahnya berkongsi dengan kawan-kawan sekadar adanya. Hemmmpp...sambutan kedatangan Ramadan pun boleh juga.... (wah! Ramadan baru nak menjengah sudah sibuk makan-makan, sepanjang Syawal nanti pun sibuk dengan makan-makan...masuk Syawal??? Konfem ada yang sakit-sakit badan sebab terlebih makan).
Berbesar hati sebenarnya menguruskan perkara yang orang kata, disukai ramai, yang tak ada sesiapa nak bergaduh-gaduh...semuanya berwajah manis gembira...benarnya, bab makan ni, lawan pun boleh jadi kawan. Heheh.
Oh ya, alkisahnya, kami menempah satay nun dari Cheras. Bukan satay Hj. Samuri tapi satay lain. Nak mencari kelainan. Alhamdulillah, Aku rasa kuahnya sedap boleh tahan. Terdahulu kami juga ada bercadang hendak menempah mee Jawa juga dari kedai yang sama. Mujur Man belikan Aku dan BGA seorang sebungkus untuk dirasa. Kami berdua berpendapat, kuahnya agak manis. Jadi, bila masuk dua tiga sudu, sudah terasa mual. Lalu tempahan untuk mee Jawa itu dibatalkan.
Nak ganti dengan apa ya?
Man kata, "Suruhlah Mak hang masak....kita bayarlah nanti".
Eh...eh...Aku jegil-jegil mata. Nak masak sikit-sikit tu okaylah...setakat pot luck rasa biasa. Walaupun Aku tahu mak boleh masak lebih dari tu...maklumlah, seumur hidup dapur kat rumah Aku dulu tu seumpama restoran lagaknya.
Kalau tanya Aku , Aku nak buat laksa jer la. Pasal...laksa senang hendak dimasak...masalahnya cuma renyah sikitlah bab penyediaan bahan tu.
"Oklah, buat laksa".
Fikir pi fikir mai, oklah...oklah...kesian Man. Dah penat berulang-alik ke kedai satay tu dek kekerapan perubahan tempahan. Nak fikir ganti dengan menu apa lagi. Masa sudah suntuk. Akhirnya, Aku setuju saja sebab Mak pun dah kata, OK, no problem.
Masalahnya cuma Aku. Waaaaa...banyak ooo nak hangkut dalam kereta nanti...Tadi datang pejabat pun memandu perlahan sahaja, takut kuah laksa tumpah. Sabo jer la.
Alhamdulillah, selesai menjamu kawan-kawan laksa utara...boleh makan untuk 20-30 orang gitu jer lah sebab satay banyak. Takut membazir pulak. Ulasan yang diterima pun, alhamdulillah, memberangsangkan. Kuah cepat habis! Alamak...patut Aku pegang senduk buat catuan tadi...heheh. Ada berlaku kesilapan sikit sebenarnya, mak ingat Aku kata untuk makan 20 orang dan dia memang masak bagi kuah pekat sikit. So, bila pagi tu Aku dah cuak sebab nampak sikit, mak tak sempat nak adjust banyak. Tapi secara keseluruhannya, bolehlah ramai orang rasa jugak...walaupun sikit-sikit kan....;)
Ada yang suruh buat lagi dah ni...heheh...
Macam ni boleh mula bisnes la...;)
Kami (BGA & Man) sudah beberapa ketika merancang hendak menjamu makan rakan-rakan GCR. Motif? Adalah beberapa hajat tu kan...heheh...selalunya begitulah, bila rasa gembira bagi makan...ngap!ngap! Syukur alhamdulillah di atas rezeki yang Allah kurniakan...jadi, apasalahnya berkongsi dengan kawan-kawan sekadar adanya. Hemmmpp...sambutan kedatangan Ramadan pun boleh juga.... (wah! Ramadan baru nak menjengah sudah sibuk makan-makan, sepanjang Syawal nanti pun sibuk dengan makan-makan...masuk Syawal??? Konfem ada yang sakit-sakit badan sebab terlebih makan).
Berbesar hati sebenarnya menguruskan perkara yang orang kata, disukai ramai, yang tak ada sesiapa nak bergaduh-gaduh...semuanya berwajah manis gembira...benarnya, bab makan ni, lawan pun boleh jadi kawan. Heheh.
Oh ya, alkisahnya, kami menempah satay nun dari Cheras. Bukan satay Hj. Samuri tapi satay lain. Nak mencari kelainan. Alhamdulillah, Aku rasa kuahnya sedap boleh tahan. Terdahulu kami juga ada bercadang hendak menempah mee Jawa juga dari kedai yang sama. Mujur Man belikan Aku dan BGA seorang sebungkus untuk dirasa. Kami berdua berpendapat, kuahnya agak manis. Jadi, bila masuk dua tiga sudu, sudah terasa mual. Lalu tempahan untuk mee Jawa itu dibatalkan.
| Satay "Pak Arab", Bandar Tun Razak. Kuahnya OK. Daging sataynya agak kurang terasa rempah dan manis (so, Samuri masih mendominasi...begitu kata survey rambang dijalankan...hahaha... |
Man kata, "Suruhlah Mak hang masak....kita bayarlah nanti".
Eh...eh...Aku jegil-jegil mata. Nak masak sikit-sikit tu okaylah...setakat pot luck rasa biasa. Walaupun Aku tahu mak boleh masak lebih dari tu...maklumlah, seumur hidup dapur kat rumah Aku dulu tu seumpama restoran lagaknya.
| Kek Lapis Sarawak yang kami beli tempohari semasa berkunjung ke Kuching, Sarawak turut dihidangkan |
"Oklah, buat laksa".
Fikir pi fikir mai, oklah...oklah...kesian Man. Dah penat berulang-alik ke kedai satay tu dek kekerapan perubahan tempahan. Nak fikir ganti dengan menu apa lagi. Masa sudah suntuk. Akhirnya, Aku setuju saja sebab Mak pun dah kata, OK, no problem.
Masalahnya cuma Aku. Waaaaa...banyak ooo nak hangkut dalam kereta nanti...Tadi datang pejabat pun memandu perlahan sahaja, takut kuah laksa tumpah. Sabo jer la.
| Laksa Oh Laksa. |
Ada yang suruh buat lagi dah ni...heheh...
Macam ni boleh mula bisnes la...;)
Friday, July 13, 2012
Mencari Ubat
Agaknya sekarang ini tak apa kot keluar tulisan yang entah apa-apa. Maklumlah, inilah namanya kebebasan akhbar. Kalau disekat, nanti namanya tidak demokrasi. Sudah jadi modal politik pula. Politik sekarang lain macam sikit, hari ini boleh kata A, esok boleh jadi B...lusa belum tentu C.Kadang-kadang bila benda-benda seperti ini berleluasa, kita terasa pelik. Tak terasa apa-apakah? Ataukah semua sudah jadi "alah bisa tegal biasa". Daya sensitiviti sudah hilang. Epidermis sudah menebal.
Beberapa ketika dulu kecoh kisah seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui mati dalam beg sekolah. Bayi itu dilahirkan oleh ibunya seorang pelajar sekolah menengah. Maka semua orang tertanya-tanya, macamana pelajar itu boleh menyembunyikan kandungannya selama 9 bulan tanpa dikesan. Kepelikan pertama! Mak ayah dia tak nampak sebarang perubahan ke? Kaum keluarga? Sahabat handai? Semua pun tak tahu. Nak harapkan cikgu? Cikgu lagiiii...kena besarkan skop tugas cikgu disiplinlah nampaknya...buat spot check berkala untuk mengesan sebarang kejanggalan pada bentuk perut pelajar perempuan. Ah...sudahhh!!!
Apa pun nasi sudah menjadi bubur. Nak kata apa lagi. Tumpang malu dan berkongsi rasa kecewa. Tak boleh kata tak tahu di mana silapnya, saya yakin semua orang tahu. Cuma antara hendak mengaku atau tidak. Masalah seumpama ini bukan jadinya sehari dua. Macam gunung berapi juga, walau bertahun diam tetap meletus jua akhirnya. Dan seperti gunung berapi juga, simptomnya ada. Mula-mula keluar asap...lepas tu makin lama, makin tebal asapnya, makin berdebu-debu sebelum akhirnya meletup kuat. Mungkin dalam kes ini, tak ada yang memberi perhatian kepada tanda-tanda yang ada, atau terlepas pandang atau prioriti lebih kepada perkara lain sehingga terlupa menjaga kain sendiri.
Pelik yang kedua ialah bila ada pihak-pihak yang berterusan menyalahkan masalah pembuangan bayi ini akibat ketiadaan pendidikan seks. Hujah mereka mudah, anak-anak muda ini perlu diajar sebab dan akibat...jadi, bila mereka tahu apa, bila, mengapa dan kenapa berhubung perkara ini, mereka akan lebih 'pandai' dan bermaklumat untuk mengelakkan berlakunya kehamilan seterusnya tidak perlu berdepan dengan masalah pembuangan bayi.
Yeayyyy...!!! Sangat pandaiiii!!! Tepuk tangan semua atas kepintaran bergeliga solusi untuk masalah pembuangan bayi ini...
Copppp...sebenarnya masalah yang hendak diselesaikan apa ye? Aisey...jangkaan melebihi le pulak. Diaorang cuma nak selesaikan masalah kes-kes buang bayi. Patutlah pun mereka mengkhususkan kepada penyelesaian yang menjurus kepada sekatan di peringkat 'pembentukan' bayi. Ohhhhhh...
Maksudnya, tak kisahlah kan kalau anak-anak muda ni buat maksiat...asalkan diaorang tak beranak, gitu? Pasal, yang kita prihatin sangat-sangat ni ialah nasib anak-anak yang kena buang tu kan...kat mana nak letak? Belum cerita malu mak bapak lagi...malu masyarakat, bangsa, agama dan negara??? Uiii...berat ni, maka, sebelum masalah berlarutan berjela-jela sampai tahap kita terpaksa menguruskan jutaan anak-anak tak sah taraf ni, baiklah mereka ini langsung tidak diwujudkan.
Tak apa anak-anak nak bercinta bagai...tak kisah. Korang buatlah apa pun, jangan korang balik menangis dengan perut kembung sudah. Mana mak dan ayah nak letak muka ni? Jadi, sebagai langkah persediaan...baiklah korang belajar segala ilmu tu...tak le nanti tersilap langkah.
Sayangkan...
Sedangkan jalan penyelesaiannya sudah ada...tapi kita memilih jalan yang lain.
Allah berfirman maksudnya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." (Surah Al-Israa': 32)
Jangan hampiri. Jangan dekati.
Kita perlukan bimbingan untuk menundukkan nafsu agar tidak mendekati. Sekatan itu tidak boleh dikuatkuasakan sekiranya diri enggan tunduk dan patuh. Sesiapa pun tidak boleh memaksakan pematuhan sekiranya diri tidak rela. Agar diri tunduk dan patuh, diri perlu sedar tujuan penciptaannya, ke mana dia akan pergi dan apa yang sedang menantinya. Perlu ada rasa bertuhan, perlu sentiasa rasa diperhatikan dan perlu selalu mengharapkan perlindungan. Saat itu, barulah diri akan merasakan yang dia cuma seorang hamba yang hina lalu berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Pendidikan yang kita perlu ialah pendidikan ke arah menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Selepas itu tidak timbul soal buang bayi atau lain-lain gejala kebejatan sosial kerana ubatnya menyeluruh. Satu ubat untuk semua jenis penyakit. Dan ubat ini tidak dapat ditemui tanpa hidayah. Tanpa keyakinan.
Orang kata, kalau hendak mencegah...cegahlah sebelum parah. Kalau sudah tinggal nyawa-nyawa ikan, pencegahan sudah tidak berguna lagi. Kalau yang sakit itu akar, kenapa pula ranting yang hendak dipangkas?

Thursday, July 12, 2012
Belajar Daripada Kesilapan
Aduh...tak sangka, bila perkara ini berlaku, tak tahu hendak buat apa. Rasanya sudah pernah diterangkan oleh bijak pandai...namun ilmu yang ada barangkali sekadar teori atau maklumat yang terperam di dalam kotak fikir yang tak pernah dipaksa keluar sebelum ini. Hanya ambil dan simpan. Moral of the story, belajarlah menggunakan ilmu, jangan sekadar ada tapi tak tahu guna. Mengabih'an boreh yo...
Alkisahnya, seperti biasa, kami ke surau utama untuk sembahyang berjemaah Asar. Tak ada apa-apa yang ganjil, semuanya seperti selalu. Bilal melaungkan azan dan diikuti dengan iqamah. Semuanya lancar meskipun terasa macam tak sempat nak habiskan Al-Fatihah, imam baca hadr. Bagaimanapun, masalah bermula dalam rakaat ketiga. Saya kira Imam sudah tersilap bilang rakaat. Bila berdiri untuk rakaat akhir, saya kira imam menyangka dia berada dalam rakaat kedua. Ketika dia duduk tahayat awal (pada sangkaannya), makmum sudah berdiri sesudah lafaz 'Allahuakbar'. Bila imam sebut 'Allahuakbar' untuk bangun, makmum pula rukuk. Patutlah pun bila rukuk itu lama benor rasanya sebab imam pada masa itu sedang membaca Fatihah. Sudah jadi makmum mendahului imam pula sedangkan imam yang salah kira rakaat (terlebih sudah). Makmum wanita pula terhalang dek tirai panjang, nak kerling pun tak dapat.
Confuse, kan? Itulah, ingat bab sembahyang ni sudah khatam...bila kena uji macam ini langsung panik. Sebab tak sangka akan berlaku, ye? Tak pernah terfikir imam akan silap walaupun tahu dia cuma manusia biasa. Otak 'senang diri' saya ni sudah program begitu...lain kali kena la alert dan bersiap sedia untuk saat-saat tidak terduga seperti ini.
Kami tanya Ustaz tadi. Ustaz kata, kalau kita yakin, tunggu. Biar imam menambah rakaat (dalam kes terlebih bilangan rakaat) dan ikut semula bila imam sampai sama kembali dengan kita. Imam dikira 'uzur' kerana dia dalam keadaan terlupa, jadi dimaafkan. Kita pula akan batal kalau sengaja menambah bilangan rakaat (sebab nak ikut imam) padahal kita tahu ianya sudah terlebih. Ataupun, kita boleh mufarakah (keluar dari mengikut imam) dan selesaikan solat kita.
Saya ada google tentang perkara seumpama ini dan mendapat beberapa penerangan yang diharap dapat membantu. Ianya tentang solat berjemaah dan imam terlupa tahayat awal...apa makmum patut buat...
"Mengikut kitab Syeikh Daud Al Fathoni, kalau imam melakukan tambahan rukun (mungkin kerana dia terlupa), makmum (yang yakin bilangan rakaat) tak boleh ikut, malah kalau ikut boleh jadi batal solat.
Makmum ada dua alternative, samada boleh tunggu imam habiskan rukun itu dan sambung balik dengan imam atau niat mufaraqah sahaja.
Contoh, kalau imam menambah rakaat, kita makmum patutnya duduklah tahiyat akhir dan tunggu imam selesai rakaat tersebut dan tahiyat akhir, kemudian kita boleh beri salam bersama dengannya. Atau imam ruku' dua kali, biarkanlah dia ruku', kita jangan ruku', bila dia sujud kita ikut balik.
Atau kita mufaroqah sahaja.
Adapun perkara sunat yang tertinggal (tahiyat awal), kita perlu ikut imam terus. Imam sepatutnya tidak boleh duduk balik kalau dah terlepas, akan batal solatnya. Kita makmum jangan ikut dia pula kalau dia dah duduk balik, mufaraqah dan teruskan solat.
Sebab tu penting mengetahui yang mana satu sunat yang mana satu wajib dalam solat, dan belajar akan perkara-perkara yang membatalkan solat."
Kena ubah cara mendapatkan ilmu ni...tak boleh tengok apa yang patut buat sahaja...rasanya kena tengok dari perspektif apa yang tak patut buat juga iaitu perihal berlaku kesilapan dan bagaimana hendak membetulkannya.

Wednesday, July 11, 2012
Dari Sitok Ke Sinun
Kadang-kadang rasa macam magik je sebab masa dan jarak sudah tidak menjadi satu masalah. Betapa tidak...pagi Sabtu lalu, kami bergerak menuju ke Melaka. Singgah bermalam satu malam semata-mata menunaikan hajat makan buat rambutan yang sebenarnya tak adalah makan beria-ia pun. Adalah dalam sebiji dua menjamahnya. Ambil hati kata orang.
Tengahari Ahad sudah menyusur lebuhraya, mengambil susur keluar menghala Nilai, seterusnya Bandar Salak Tinggi dan Sepang lalu tibalah ke destinasi iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sempat singgah makan tengahari di Food Garden sebelum mengucapkan salam perpisahan sementara kerana perlu menyertai program di Kuching.
Tiba di Kuching sekitar jam 4 petang terus ambil teksi ke Pullman. Sempatlah masuk bilik, kemas apa yang patut sebelum bergegas turun melakukan kerja-kerja 'wajib' iaitu mencari buah tangan untuk dibawa pulang esok kerana hanya sehari tempoh berada di bandaraya miau-miau itu.
Kerana kesuntukan masa dan mahu cepat, saya, BGA, Man & ex-boss mengambil keputusan untuk menyeberang Sungai Sarawak. Bayar cuma 50 sen untuk tambang bot bermotor itu dan sampai di tebing seberang hanya dalam masa seminit dua je. Best!
Wah...sampai-sampai sudah nampak dua tiga gerai menjual ikan terubuk masin dan beberapa kedai kek lapis Sarawak yang terkenal itu. Kami memilih untuk ke kedai kek lapis Dayang Salhah dulu...itu je yang kami kenal heheh...sekarang dah ada banyak...Afifi la, Mira la...tapi semua dari Kampung Gerisek juga. Di kedai kek, mula rambang mata hendak beli yang mana. Harga terendah ialah RM10. Yang best tu, ada banyak sampel untuk dirasa. Sabar ajelah...makan sampai kenyang pun boleh. Err...kalau ada hidang air sekali lagi baguih dok ada...hahaha...pelempang mau???
Selesai beli kek, saya terus bertekad beli ikan terubuk masin di situ terus, tak kuasalah hendak ke Pasar Satok...sama aje rupa ikan tu...sik ada bezanya pun kan...hahah...Paling saya suka ialah melihat kecekapan penjual ikan membungkus ikan dalam kotak yang diubahsuai supaya mudah dibawa.
Rombongan kami seterusnya singgah makan mee kolok di gerai-gerai sepanjang tebing sungai. Pertama kali saya mencuba mee kolok. Rasanya macam mee megi. Ada kuah sup dan sambal kicap untuk dimakan bersama. Kami pesan yang 'special'....ada ayam dan daging...hemmm...boleh tahan.
Masa nak jalan balik ternampak gerai 'Sotong Tukuk' mulalah ada yang gatal kaki hendak singgah sebab nak tahu macamana rasanya. BGA siap suruh brader yang sedang 'menukuk' (menggunakan penukul 'hammer' besi tu tau...) sotong kering yang sudah dibakar untuk memberikan pose istimewa. Macam kat kedai kasut je gayanya. Teringin nak rasa punya pasal, semuapun sanggup berhenti duduk untuk makan (padahal dah makan kat gerai hujung sana). Rasanya biasa jer lah...sebab pencicah yang disediakan tak berapa kena dengan selera.
Perjalanan balik terasa agak menyiksakan sebab tangan sudah penuh menjinjing beban ole-ole di kiri dan kanan manakala laluan yang perlu ditempuhi agak mencerun...namapun duduk atas bukit katanya...haiyooo...haus tapak kasut dibuatnya. Nasib baik 200m...masa tu la sibuk membuat ulasan-ulasan seperti "itulah...orang dah kata...kalau Hilton lagi dekat"...haih!!!
Sampai bilik, apa lagi...terus berkemas dan membersihkan diri. Lepas tu mengadap TV tengok movie lama, "Twister" sambil layan buah anggur dan Minute Maid oren. Pergh...legaaaa. Movie belum habis, kami berdua (sebilik dengan BGA) sudah tidur-tidur ayam. Sebelum TV tengok kami, baik tutup je dan zzzzz.
Sarapan pagi pukul 7.00 pagi di Puzzle. Biasa je la buffet spread dia. Seperti biasa, balik-balik baham pastries jer la...hahaha...senang cerita, walaupun ada laksa Sarawak. Hish...tak kuasa nak makan laksa pagi-pagi buta. Pukul 9.00 acara berjalan seperti dirancangkan. Turnout pun okay...semua turun termasuk yang dari Sibu dan Miri. Alhamdulillah, risau juga kalau presenter lebih ramai daripada hadirin. Saya mengambil giliran kelima. Hari ini tak sama macam beberapa tahun dulu sebab masa tu memang program tunggal, kali ini riding on program unit lain...jadi, masa yang diperuntukkan memang singkat sebab ada banyak topik. Saya ingat 10 minit boleh settle tapi rupanya dah lebih 15 minit saya bolot. Itu termasuk Q&A, kira okaylah kan...
Team saya balik petang itu juga. Team yang lain tinggal sebab mereka masih ada program separuh hari keesokkannya. Disebabkan kami sudah pun membeli barangan yang diingini, kami cuma naik bilik, mengemas dan check out terus. Beg tinggal kat lobi. Lepas tu jalan-jalan sekitarnya cari makan. Mujur tak jauh dari hotel kami kebetulan jumpa sebuah restoren yang kelihatan presentable dan ada ramai pengunjung. Namanya "Tumis". Bila sudah masuk dan duduk baru perasan yang ramai-ramai itu adalah pak Menteri beserta rombongannya (bapa Dafi daaaa...). Tak pe la, bukan dema halau kami pun, duduk jer la join sekali heheh. Dema pun sibuk dok makan, tak kuasa nak layan kami (entah-entah tak perasan pun hihihi).
Okay...belek-belek menu dan terpegun dengan pilihan yang ada. Mulalah konfius nak makan apa...akhirnya pilih menu istimewa di situ iaitu Ayam Bakar Solo yang dihidangkan bersama nasi putih, sambal dan ulam-ulaman. Serius sedapppp! Air pula saya kali ini pilih Teh 'C' Special...nah kau...berlapis-lapis gitu. Jangan kira lapisan kalorinya sudah! Semua ahli rombongan memilih hidangan yang sama dan kami juga dengan gembiranya memesan pisang goreng berkeju....fuiyoooo...sedap gilossss!!!
Harganya? Ayam Bakar Solo tu berharga RM8.80 dan pisang goreng keju tu RM5.80. Okaylah kan...(tambah ok sebab ex-boss yang belanja wakakakaka...). Sedap aje. So, kalau anda berkesempatan berada di bandaraya Kuching, silalah cuba menu di Restoren Tumis ini ya. Ada jumpa ulasan di internet yang mengatakan kueyteow gorengnya sedap...hemmm...bilalah nak mencuba ya?
Restoren ini terletak berhadapan dengan Hilton, sederet dengan Tune Hotel. Tak silap saya, Jalan Borneo. Di sebelahnya ada sebuah kedai cenderamata. Kebetulan nampak, saya singgah sebab lupa nak cari fridge magnet. Tapi kalau hendak yang lebih murah, boleh cari di sepanjang jalan Riverside tu...setakat key-chain beli 10 dapat 1 tu...anytime jer. Hemmm...promosi percuma untuk Bandaraya Kuching!
Teringat kawan kamek nun diam di Kuching sinun...selalu kamek usik nya. Nya ajar kamek sebut "geng sidak nembiak Sarawak".
Now, back in KL. Life goes on...
Tengahari Ahad sudah menyusur lebuhraya, mengambil susur keluar menghala Nilai, seterusnya Bandar Salak Tinggi dan Sepang lalu tibalah ke destinasi iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sempat singgah makan tengahari di Food Garden sebelum mengucapkan salam perpisahan sementara kerana perlu menyertai program di Kuching.
![]() |
| Ruang lobi Hotel Pullman Hotel yang luas dan cerah dengan hiasan berkonsepkan minimalist. Yang kawasan bersofa merah ini ialah lobby lounge. |
![]() |
| Hiasan dinding yang 'sempoi'. Agak cute kan? |
Kerana kesuntukan masa dan mahu cepat, saya, BGA, Man & ex-boss mengambil keputusan untuk menyeberang Sungai Sarawak. Bayar cuma 50 sen untuk tambang bot bermotor itu dan sampai di tebing seberang hanya dalam masa seminit dua je. Best!
![]() |
| Pemandangan indah di Sungai Sarawak. Serius lawa...rugi kalau datang sini tapi tak cuba menyeberang. |
![]() |
| Ini baru satu rak. Ada banyak rak lagi. Cakap aje nak rasa apa...kopi? susu? coklat? pudina? blueberry? horlicks? nescafe? Macam-macam ada! |
![]() |
| BGA dengan hasil 'rampasan'nya. Suka sangatlah tu. Hihihi |
![]() |
| Tuan punya blog tidak ketinggalan memberikan pose ala iklan promosi untuk kedai kek Dayang Salhah...jom...jom...pakat serbu. Heheh. |
Masa nak jalan balik ternampak gerai 'Sotong Tukuk' mulalah ada yang gatal kaki hendak singgah sebab nak tahu macamana rasanya. BGA siap suruh brader yang sedang 'menukuk' (menggunakan penukul 'hammer' besi tu tau...) sotong kering yang sudah dibakar untuk memberikan pose istimewa. Macam kat kedai kasut je gayanya. Teringin nak rasa punya pasal, semuapun sanggup berhenti duduk untuk makan (padahal dah makan kat gerai hujung sana). Rasanya biasa jer lah...sebab pencicah yang disediakan tak berapa kena dengan selera.
Sampai bilik, apa lagi...terus berkemas dan membersihkan diri. Lepas tu mengadap TV tengok movie lama, "Twister" sambil layan buah anggur dan Minute Maid oren. Pergh...legaaaa. Movie belum habis, kami berdua (sebilik dengan BGA) sudah tidur-tidur ayam. Sebelum TV tengok kami, baik tutup je dan zzzzz.
Team saya balik petang itu juga. Team yang lain tinggal sebab mereka masih ada program separuh hari keesokkannya. Disebabkan kami sudah pun membeli barangan yang diingini, kami cuma naik bilik, mengemas dan check out terus. Beg tinggal kat lobi. Lepas tu jalan-jalan sekitarnya cari makan. Mujur tak jauh dari hotel kami kebetulan jumpa sebuah restoren yang kelihatan presentable dan ada ramai pengunjung. Namanya "Tumis". Bila sudah masuk dan duduk baru perasan yang ramai-ramai itu adalah pak Menteri beserta rombongannya (bapa Dafi daaaa...). Tak pe la, bukan dema halau kami pun, duduk jer la join sekali heheh. Dema pun sibuk dok makan, tak kuasa nak layan kami (entah-entah tak perasan pun hihihi).
![]() |
| Teh 'C' Special. No.3 adalah nombor meja kami. Mula-mula kami cuma bertiga, lepas tu kawan-kawan lain pun datang join sama, terus jadi bertujuh. Meriah! |
![]() |
| Pergh...berjurai-jurai keju yang ditabur diatasnya...bila terkena yang panas dan ia mula mencair...melekat dihujung-hujungnya, lalu dikunyah dengan gaya sopan...hemmm...kombinasi yang sangat sesuai ! |
Restoren ini terletak berhadapan dengan Hilton, sederet dengan Tune Hotel. Tak silap saya, Jalan Borneo. Di sebelahnya ada sebuah kedai cenderamata. Kebetulan nampak, saya singgah sebab lupa nak cari fridge magnet. Tapi kalau hendak yang lebih murah, boleh cari di sepanjang jalan Riverside tu...setakat key-chain beli 10 dapat 1 tu...anytime jer. Hemmm...promosi percuma untuk Bandaraya Kuching!
Teringat kawan kamek nun diam di Kuching sinun...selalu kamek usik nya. Nya ajar kamek sebut "geng sidak nembiak Sarawak".
Now, back in KL. Life goes on...
Friday, July 06, 2012
Belajar Ikhlas
Saya belajar satu benda yang saya rasa penting untuk dikongsikan di sini iaitu bagaimana untuk mencapai ikhlas dalam setiap perbuatan. Caranya mudah sahaja, tetapi, saya jamin ianya sangat payah untuk dilaksanakan. Pernah tak berada dalam situasi bilamana kita merasakan kita telah membuat sesuatu dan mengharapkan seseorang 'mengiktiraf' usaha itu atau setidak-tidaknya, kalaupun tiada balasan setimpal harus ada secebis ucapan terima kasih? Biasa, kan? Kalau begitu selalunya kita mengharapkan 'balasan', maka, belumlah lagi kita ini ikhlas dalam perbuatan.
Katalah kita ini dapat rezeki lebih, gaji naik misalnya...kemudian kita nak raikan dengan ajak kawan-kawan makan. Kita ikhlas ni. Tapi, lepas dah makan sedap, kenyang bagai...semua pun berundur minta diri nak balik. Apa rasa kalau dema ni setakat salam-salam je dan beredar ? Tak dengar pun kata-kata 'terima kasih ye belanja saya...murah rezeki awak'. Kalau terbetik dalam hati kita, "ish...kot le nak ucap terima kasih, sepatah pun tak ade..". Itu dah bukan ikhlas lagi. Ataupun kita tanya dekat kawan kita si A yang tadi dok seronok sembang-sembang dengan kawan-kawan lain, "Errr...ada depa kata apa-apa ke pasal saya ajak makan ni? Depa kata apa ye?". Nak juga dengar orang kata apa. Nak juga dapat reaksi manusia. Kita nak dengar apa ye? Nak dengar orang kata, "Baguslah si B ni kan...tak kedekut" @ "Hebatlah si B ni, boleh belanja kita makan kat Paya Serai ni kira kelllaaassss la kan..." .
Alahai...alangkah tertipunya kita. Rugi. Benda yang sepatutnya dapat jadi pahala sudah jadi dosa.
Lain kali, Ustaz kata, jangan berharap orang yang dalam situasi 'penerima' itu ucap terima kasih atau balas balik perbuatan kita. Sebaliknya, kita yang kena ucap 'terima kasih' kepada mereka. Kerana merekalah apa yang kita beri itu menjadi 'hak' kita dalam bentuk pahala. Ganjaran kita bertambah kerana mereka. Ingat, apa-apa yang ada pada kita ini bukanlah milik kita sebaliknya apa-apa yang kita beri/infak itulah sebenarnya harta kita.
Apa yang ada pada kita, kudrat, penglihatan, kepetahan bicara, kepandaian berfikir, ketajaman pendengaran, hatta kekayaan seluruhnya adalah pemberian Allah belaka. Berterima kasihlah & bersyukurlah kerana kita bisa menggunakan segala pemberianNya untuk menambah amal dan pahala. Segala anugerahNya menjadi modal untuk kita melabur demi kesenangan di hari kemudian. Mengapa pula kita bersikap sombong mengaku hakNya sebagai hak kita? Lepas tu tak malu nak suruh manusia lain berterima kasih kepada kita pula?
Kalau saya meminjam duit Ali sebanyak RM500 supaya boleh disedekahkan kepada Abu yang hidup susah, patutkah saya mendambakan ucapan terima kasih Abu kepada saya? Layakkah saya menerima penghargaan itu sedangkan wang itu bukan milik saya tetapi milik Ali? Begitulah sepatutnya kita berfikir dan insaf yang semua yang sedang kita nikmati ini semuanya adalah kurniaan Illahi.
Jangan takut untuk menderma walau tidak terlihat orang atau jangan risau tidak dihargai walau penat menyumbang usaha kerana kita tidak perlukan penghargaan manusia. Cukuplah kita mengetahui yang Allah ada untuk membalas setiap amalan kita hatta yang sebesar debu sekalipun.
Cukuplah sekadar peringatan untuk menjadikan diri lebih ikhlas dalam setiap perbuatan, insyaallah.

Monday, July 02, 2012
360 Darjah
Mereka sangat mengagumkan. Hebat sungguh kuasaMu wahai Allah, Tuhan yang memiliki segala hati-hati dan Dia memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
Terkesima berbicara dengan mereka dan dapat saya merasakan ketulusan dan keikhlasan yang dizahirkan menerusi kata-kata dan tingkahlaku. Hatta, terkadang mengesan genangan airmata. Begitu hati mereka sudah ditundukkan dan menjadi lunak. Jauh berbeza dari dulu. Besar perubahannya. Demikian kehendak Illahi. Segala-galanya berkemungkinan terjadi. Siapalah kita untuk menjatuhkan hukum.
Siapa sangka yang dulunya tak kisah memelihara syariat tetapi sekarang begitu mengutamakan. Siapa sangka yang dulunya cakap main lepas tapi sekarang begitu berhati-hati menyusun tutur bicara. Siapa sangka yang dulunya radio Malaya kini lebih senang menjaga hal sendiri.
Mereka benar-benar berubah 360 darjah. Itu tandanya amalan yang dilakukan telah benar-benar memberi kesan sehingga terzahir sedemikian rupa.
Maha Suci Allah Yang Berkuasa, betapa luas rahmat dan ampunanNya.
Haruslah semuanya semakin memberi kesedaran tentang betapa segalanya berada dalam genggamanNya dan berdoa terus agar diri tetap teguh di jalanNya.

Subscribe to:
Posts (Atom)