Wednesday, March 31, 2010

Malang

Malang memang tidak berbau. Walaupun sudah dari kejauhan terlihat kesesakan yang agak luar biasa, kami masih setia kekal dalam barisan. Bergerak berdikit-dikit sambil melayan celoteh deejay Sinar Pagi. Langsung tidak menyangka ada kemalangan sehinggalah mendengar Buletin Pagi di Sinar.



Menyesal tidak ikut Jalan Bangsar. Tapi sebetulnya memang sudah lama tidak melalui jalan itu berikutan kerja-kerja pembinaan flyover yang semakin melampau-lampau sehingga jalan empat lorong bertukar jadi satu lorong sahaja. Memang tak mahu lagi cari penyakit tersangkut di situ, apatah lagi kalau keluar daripada rumah jam 7.30 pagi ke atas.



Sebuah kenderaan jenis Kia Preggio tergolek 'dog' di atas jalan. Macamana boleh jadi macam itu, wallahualam. Masa lalu tu tak adalah nampak pemandu atau penumpangnya. Masa ini kerja-kerja hendak mengalihkannya sedang dimulakan. Kata Rosebud, dia ada di sekitar kawasan Jalan Semantan itu sekitar jam 7 lebih sedikit...pun jem juga sebab ada kereta kemalangan. Tapi Rosebud tak jumpa Preggio ini, yang ada masa tu ialah sebuah MyVi yang terbalik kuang tidak jauh dari sebuah kancil yang terhenyak sampai pecah keempat-empat tayarnya entah macam mana.



Oooiii...banyaknya kejadian kemalangan pagi ini rupanya.

Terkena Memanjang

Memanglah pun sudah lumrah...kalau sudah namanya berkaitan mengait dan terkait...tahan ajelah. Kiri kena. Kanan kena. Depan. Belakang. Huiii...kena belaka. Kalau Aku jadi pengurusan teratas, bukan setakat beruban...Aku rasa boleh botak terus kepala ni. Fikirkan apa satu benda yang boleh dibuat...yang tidak akan mengundang sebarang komen negatif.

Mungkin kami sasaran paling mudah. Yang hendak cari publisiti pun, pakai isu kami ajelah untuk hentam sana, hentam sini. Yang hendak popular jadi pejuang pun begitu juga. Kami ini besar saja, gigi tarak...kuku dah lama patah. Boleh gomol-gomol manje je...

Cuba la kalau si M**** atau D*** atau C***** atau lain-lain la yang suka potong memotong itu. Buatlah apa sahaja. Nak caj tinggi pokok kelapa pun tak dak sapa peduli. Persepsi! Persepsi! Walhal ada yang kami tawarkan jauh lebih murah, tapi senyap-sunyi tarak sapa-sapa sudi war-warkan apatah lagi hendak memuji. Diam aje. Tapi bila terselak nampak panau-panau, kurap sikit-sikit tu...menyalak macam hendak runtuh bukit dibuatnya. Padahal orang lain nyer kurap panau tu dah bertapuk bukan main lama lagi, tak dak sapa peduli sepicing pun!

Bengang la jugak Aku kan...! Walaupun bukan Aku yang kena panggil mengadap...mestilah Aku pun hangin jugak, sama merasa kecewa...almaklumlah, dah menyelinap dalam urat darah semangat kesyarikatan tu...apa? Ingat Aku tak patriotik ke?

Nak murah-murah. Kos operasi kami sapa pun tak peduli. Lepas tu suruh catat untung gila-gila untuk capai matlamat masing-masing. Senang cakap laaaa. Buat ini salah, buat itu salah. Semua letak atas batu jemala kami. Yang lain-lain tu sapa pun tak berani hendak jentik. Lesen sama aje.

Adooiii...

Tuesday, March 30, 2010

Cari-cari Tempat

Ah! Sudahhh...I was close to 'drooling' over the pics...soooo 'delicious'!!! Hahah...bukan gambar makanan tau!

Masa mesyuarat divisyen minggu lepas, bos suruh buat program teambuilding. Aku dengan Asma disuruh menjayakannya. Hemmmmppp...apalagi, dengan tidak bertangguh mulalah Aku survey sana, survey sini. Ya Allah! Bestnya...kalaulah Aku orangnya yang boleh buat keputusan mutlak...naya korang Aku kerjakan...hahaha...kalau budget bukan halangan, korang akan ku bawa menyeberang Laut China Selatan menyertai Mohd Noor mendaki Gunung Kinabalu.

Punyalah banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan melintas di kepala. Kalau boleh hendak buat semua. Tapi Rosebud awal-awal lagi sudah merayu tak mo buat kat kawasan-kawasan hutan...dia takut pacat! La elehhhh...Aku baru je semangat nak buat jungle trekking 2-3 jam kat Nur Lembah Pangsun atau pun kat Dusun Eco Resort. Rosebud nak kawasan tepi laut. Jangan hasut Aku Rosebud...kang Aku paksa semua pergi Pulau Redang kang...hehehe...sohih proposal ditolak. Orang sekarang suruh cut cost la wehhh...cam ni pergi Bagan Lalang jer lah. Aku teringin nak pergi Dorani Beach Resort...tapi hok tu tak seswei untuk teambuilding, family building bolehlah...:)

Hemmppphhh...cari punya cari terjumpa pula Trolak Country Resort. Aiyoo...yooo...best jugak tempat ni. Ada kolam air panas lagik! Lepas tu boleh masuk Gua Tempurung yoouuuu...best!best!best! (Tapi kalau terserempak ular gua Aku tak jamin ye Rosebud...).

Duhhhh! Kena buat list dan dapatkan quotation le baru senang hendak pilih.

Sunday, March 28, 2010

Penyu Menangis Siapalah Tahu - Sudirman

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)

Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)

Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)

Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang tak tahu)

Ulang

Friday, March 26, 2010

Bila Tak Jadi Cuti

Aku bercuti sebenarnya hari ini. Tetapi ada orang sudah jadualkan juga mesyuarat pada hari ini. Dan Aku pula antara insan-insan terpilih yang diberi tugasan menghadirinya. Juga atas sebab-sebab tertentu, termasuk beberapa kerja yang bagai tak cukup masa kena siap hari ini juga, mahu tak mahu terpaksalah Aku tangguhkan hendak bercuti. Sudahnya untuk hari bertemu dan berbincang dengan guru untuk sekolah Aiman dan Hisham, terpaksalah Abang pergi seorang.

Melepas dendam di bloglah nampaknya. Tak kira...!

Masa balik kampung tempohari, kami singgah bersembahyang di Masjid Alhalimi. Masjid ini terletak tidak jauh dari bulatan 'Durian' selepas exit Bandar Baharu arah utara itu. Pertama kali singgah di situ. Aku pula confuse dengan tanda arah tempat sembahyang Muslimat. Rasanya bukan salah Aku, ikut tanda tu, dekat atas lokasinya. Agaknya selepas itu beberapa perubahan sudah dibuat sedangkan tanda asal tidak pula diturunkan. Jadinya Aku terus sahaja menonong naik tangga ke atas, padahal ada satu ruang disediakan di dewan bawah. Tak apalah, kat atas pun okay juga. Padanlah Aku musykil kenapa hanya ada sepasang je kain telekung di situ. Rupa-rupanya stok wakaf banyak di bawah.

Oh ya, sementara dapat peluang naik itu, sempat lagi ambil gambar. Ini pandangan dari atas, ruang sembahyang di bawah. Fokus kepada lampu sebenarnya. Bukanlah ada apa yang luar biasa, saja je.



Yang ini baru luar biasa. Pertama kali dapat tengok kubah dari dekat. Tiga serangkai pulak tu. Atas bumbung ni tau. Hahaha...nasib baik tok siak tak tau!



Selalu balik kami memang sampai waktu zohor di rumah. Kali ini berhenti sembahyang dulu sebab hendak singgah di kedai Bunga Raya dulu. Maklumlah, balik sekejap saja...jadi ingat buat sekali harung sahaja. Jimat masa.



Sekali harung punya pasal, dengan anak-anak sekali bergunting rambut. Senang cerita!



Hahaha...klasik betul kedai ini. Amoi-amoi yang dulunya vogue habislah zaman Aku kecik dulu, dah jadi mak cik-mak cik dah pun...:)



Rasanya last kot Aku datang sini. Biasalah, masa rimas sangat tu tak sabar-sabar hendak potong. Bila sudah potong, rasa menyesallah pula...huhuhu...

Masalah juga bila masuk kerja sedangkan diri dalam 'mood' bercuti ini ya...:)

Biarku Menjadi Lilin - PELANGI



Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Keras

Saya memang tidak boleh jadi macam Emak saya. Walaupun dalam sedar tidak sedar ada banyak sikap Emak ada dalam diri saya. Sikap tak apalah orang buat saya, tak apalah saya susah, biarlah saya yang kena itu memang sangat-sangat tebal. Cuma satu aje yang saya tidak ada. Saya tidak boleh lupa. Emak kata saya keras hati. Mungkin juga.

Betul saya nampak tidak kisah. Betul saya macam muka tembok. Betul saya kadang-kadang nampak macam plastik. Pura-pura tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya tidak ada masalah menyesuaikan diri dengan situasi. Saya bukan sepenuhnya macam cuaca kerana saya tidak memaksa seperti cuaca. Walaupun cuaca dalaman saya lain pula halnya. Tapi itu bukan masalahnya.

Masalah saya ialah saya tidak boleh lupa. Tidak boleh lupa sukar hendak dibezakan dengan tidak boleh memaafkan. Garis sempadannya halus. Tetapi saya yakin, saya sudah lama memaafkan. Saya memang suka memendam tetapi saya bukan jenis pendendam.

Emak memang lain. Hari hari yang dia berendam air mata menahan kepedihan luka hatinya boleh sahaja dilupakan terus di hari-hari dia membuka luas pintu hatinya untuk orang yang sering menyakiti itu. Dia senang terima bila orang minta maaf. Dia selalu memberi peluang bila orang berubah. Dan dia lupa terus apa orang pernah buat pada dia. Emak memang insan istimewa.

Masalah saya pula ialah saya tidak boleh lupa dengan apa orang buat pada saya. Saya akan ingat sampai bila-bila. Bukan dalam bentuk dendam. Ianya cuma seperti satu rekod buruk yang saya jadikan batu sempadan sepanjang perjalanan hidup saya. Jalan-jalan pahit yang saya pernah berhenti. Yang pernah membuatkan masa terhenti. Saya bukan memilih untuk mengenangnya. Kalau boleh saya ingin lupakan. Saya sangat ingin memadam ingatan-ingatan itu. Sayangnya hampa belaka.

Orang kata, sekali terguris, sampai mati pun tinggal parutnya. Itulah saya. Percayalah, saya sudah lama memaafkan. Emak tahukan saya tidak pernah memencilkan diri dari menemui manusia-manusia itu. Emak kata mereka sendiri segan dan malu pada saya. Saya tidak buat apa-apa. Saya cuma menjadi diri saya. Keras hatikah saya???

Thursday, March 25, 2010

Cuaca

Berdentum-dentum guruh di langit
Kilat pun galak sambar-menyambar
Petanda akan sesaklah segala jalan

Biasalah, nama pun cuaca. Sukar untuk diramalkan.

Kertas-kertas berterbangan
Email keluar masuk silih berganti
Petanda ada banyak kerja perlu dibereskan

Biasalah, nama pun kerja dengan orang. Kalau-kalau terpaksa meneka dalam kesamaran, pun harus jua diteruskan.

Cuaca. Manusia. Dua-dua pun sukar ditelah.

Aku??? Pagi cuaca lain, petang cuaca lain, malam pun cuaca lain juga. Haru...haru...

Wednesday, March 24, 2010

Suluh Alam

"Ummati! Ummati! Ummati"

Hatta di saat-saat nafas terakhirnya, Muhammad S.A.W masih memikirkan keselamatan dan kesejahteraan umat Baginda. Sayang benar Rasulullah terhadap kita, umatnya. Detik-detik akhir itu diperihalkan dalam bentuk tayangan slaid di penghujung program Ceramah Perdana yang diadakan pada tengahari tadi. Ceramah bertajuk "Rasulullah S.A.W : Insan Terbaik Sepanjang Zaman" itu disampaikan oleh Ustaz Dr. Haji Zahazan Mohamad. (Laaa...ustaz Zahazan ini lahir tahun 1974 ler...setahun tua je, tetiba cemburu pulak!)

Riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W diceritakan bermula dari saat Baginda diputerakan sehinggalah Baginda wafat. Sudah tentu hanya fokus kepada peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan Baginda. Itupun sentuh sikit-sikit sahaja sebab kebanyakan kita pun, bukan tidak pernah dengar kisah hidup Baginda lagi pula dalam masa satu jam setengah yang diperuntukkan, tak termampu ustaz hendak huraikan satu persatu. Ustaz kata kalau bagi masa sampai pukul 6 pun tak habis cerita perihal manusia mulia ini.

Cuma di awal majlis itu, ustaz ada mengingatkan tentang kelebihan menghadiri majlis-majlis ilmu. Pokoknya, yang hadir bukan saja-saja boleh confirm hadir tetapi semua itu dengan sebab dorongan dan keizinan Allah jua. Andalah insan-insan yang terpilih, kata ustaz. Adapun 3 kelebihan yang disebutkan ialah :

1. Beroleh rahmat daripada Allah. Rahmat Allah ini sangat luas. Apa yang kita terima ini cuma 1/10 sahaja. Kasih dan sayang Allah terhadap kita jauh lebih besar berbanding kasihnya ibu terhadap anaknya.

2. Diberikan ketenangan (sakinah). Ketenangan ini dicampakkan ke dalam hati kita. Jangan fikir hidup boleh tenang dengan harta. Duit banyak, hati susah buat apa. Ketenangan juga tidak datang dari elok paras rupa. Pasangan hidup cantik tapi menyakitkan hati pun tak ada gunanya. Pendekata, ketenangan hati datang dariNya.

3. Disebut nama kita di langit bersama-sama sekalian para malaikat yang berhimpun. Subhanallah.

Oh ya, adapun perkaitan antara majlis ilmu dengan dorongan menghadirinya ialah kecenderungan berdamping dengan golongan yang soleh, yang beriman, yang baik. Kerana kita turut beroleh kebaikan dek tempias sinar keimanannya yang kuat menyintai Allah dan berbuat perkara-perkara yang mendekatkan diri denganNya. Oleh yang demikian, kita hendaklah berusaha berdamping dengan golongan ini, carilah sahabat-sahabat yang baik kerana berkawan dengan orang-orang yang soleh ini membuka laluan untuk memperbaiki diri. Insyaallah.

Ustaz juga mengenengahkan prinsip pembersihan hati berdasarkan peristiwa yang dilalui oleh Baginda Rasulullah S.A.W yang dibelah dadanya untuk disucikan hatinya daripada kekotoran dan penyakit hati. Manusia ini banyak komponennya, ada akal, ada nafsu, ada hati dan jiwa raga. Adakalanya akal menang dan adakalanya nafsu berjaya menguasai. Justeru, adalah menjadi kewajipan kita untuk membersihkan hati dengan menjauhi penyakit-penyakit hati (mazmumah). Contohnya riak, takbur, suka membangga diri, dengki, gembira tengok orang ditimpa kesusahan dan macam-macam lagi.

Kita juga dianjurkan untuk selalu mengenang dan mengingati sirah Rasulullah, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda kerana ia akan menambahkan kecintaan kita terhadap Baginda. Tak perlu tanya kenapa. Sudah terang lagi bersuluh. Tanpa Baginda, mana mungkin kita dapat menghirup kemanisan Islam. Dan memenuhkan hati dan fikiran dengan cara sedemikian adalah sangat dituntut. Hati jika tidak dipenuhi dengan kebaikan, maka ia akan dipenuhi dengan kejahatan. Kejahatan akan mengambil ruang-ruang kosong yang ditinggalkan. Jangan semakkan hati dan fikiran dengan mengingati orang-orang fasik...teringat JLo lah, hafal nama pemain-pemain MU lah...macamanalah hati itu tidak mati???

Semasa berkisah tentang kecerdikan Baginda menyelesaikan perbalahan sesama kabilah tentang siapakah yang paling layak meletakkan semula batu hajarul aswad sesudah Mekah dilanda gempa dan hujan lebat yang merosakkan kaabah, ustaz sempat berpesan tentang perbuatan mencium hajarul aswad semasa ibadat haji itu. Menciumnya adalah sunat. Janganlah sampai dek hendak sangat cium kita buat benda-benda yang tak patut, misalnya bertolak-tolakan sehingga menyakitkan jemaah yang lain. Atau membiarkan isteri dipegang oleh tukang ambil upah yang mencari jalan melorongkan dia ke arah hajarul aswad itu. Jangan! Dan lagi kita disarankan berhenti bertanya perkara-perkara berikut :

1. Bila jumpa orang balik haji, jangan tanya dapat ke tidak dia cium hajarul aswad.

2. Bila jumpa orang balik haji, jangan tanya dapat ke tidak dia masuk ke kawasan Raudhah.

3. Bila jumpa orang balik haji, jangan tanya berapa banyak dia sempat buat umrah.

4. Dan jangan suka tanya orang yang baru dapat cahaya mata, "Dapat anak lelaki ke perempuan?"

Nabi Muhammad S.A.W adalah manusia terbaik sepanjang zaman. Baginda adalah ikon atau contoh ikutan terbaik untuk semua umat manusia. Baginda membawa sinar ke seluruh alam dan memberi impak dalam kehidupan ramai orang. Begitu juga dengan sahabat-sahabat Baginda yang masing-masing, dek kesan hebatnya tarbiah yang Baginda berikan telah turut sama menjadi manusia-manusia yang hebat. Begitulah juga kita patut mengambil iktibar untuk sama melakukan yang terbaik dengan mencontohi Baginda dengan menuruti sunnahnya di samping berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran.

Insyaallah.

Juara Yang Tak Menang

Aku menggeleng-gelengkan kepala untuk entah berapa kalinya melihat gelagat kebanyakan pemandu. Sungguh kurang kesabaran. Sungguh berlagak berani mati. Semua hendak cepat. Sedetik pun mereka tidak mahu melengahkan masa. Alangkah bagusnya kalau semangat itu diterjemahkan dalam usaha menghasilkan kerja yang berkualiti. Ya...mengapa tidak?

Bayangkan, jalan yang selorong itu pun mereka mesti hendak memotong sehingga akhirnya jalan selorong itu menjadi dua lorong. Kalau Atoz beriring dengan Atoz juga, atau Kancil, atau Kelisa, atau Kelebang sekalipun...rasanya tidaklah menjadi masalah sangat. Ini Naza Ria beriring dengan Innova. Sejengkal aje tinggal untuk sama-sama bergesel dan bersentuhan. Baru padan muka kalau kena.

Kalau bab kerja berkira, kerja yang boleh diselesaikan bersama-sama, tak pula engkau hendak berusaha gigih dan bersaing untuk buat yang terbaik. Tak pula kau sungguh-sungguh mengejar deadline. Lagi bertangguh ada! Kerja untuk sepuluh orang, akhirnya cuma tinggal si ABC ajerlah buat seorang-seorang.

Tapi kalau dekat jalan, bukan main hendak berlumba siapa sampai dulu. Kalau lalu jalan Bukit Pantai tu, siap dijeling-jelingnya kita sebab kereta kita yang bergerak perlahan tersengguk-sengguk itu. Berbulu mata dia tengok kita macamlah kita ini sampah masyarakat. Mengaum enjin kereta dia tatkala memecut cuba memotong kita. Tak sabar sungguh.

Beria benar memandu laju-laju ini hendak pergi mana, bang? Sudah tahu ini kawasan perumahan, jalannya berbukit pula...susur masuk di kiri-kanan, dengan lampu isyarat di setiap simpang...awak memandu laju-laju pun tak adanya boleh ke mana. Last-last tengok ada juga tercongok di depan tu, cuma selang sebuah dua kereta aje. Lagak laju memecut bukan main. Dengan kelajuan macam itu, busuk-busuk kamu sudah patut boleh sampai ke Sungai Buloh. Rupa-rupanya cuma sepeluang aje bergerak....ceh!!!

Tuesday, March 23, 2010

Faded Dream

We were back in Rawang last week. It was just for a brief stop while on our way to Perak. It has been quite a while since our last visit. Look...even the galangal already grow taller than I am!



Luckily hubby did send someone to cut the grass last month. So, this was somewhat expected. Oh, I saw few patches of semalu...must get rid of them someday.



I know I can do landscaping...er...if only we visit the house more often. :)



We spent hundreds to get the porch's roof mended before, but due to the lack of monitoring, the problem remain unsolved. Ultimately, the porch's ceiling gave away. During this short visit, we met an Indon worker who promised to take care of this mending job for quite a reasonable fee.



Care to look at what's inside the house now? Hahaha...loads and loads of Australian made products in dozen boxes. Ehemmmm...it's time to think about charging for some storage fee...yaaa??? Just kidding!



We are having second thought about selling it (the house). Hemmm...

Monday, March 22, 2010

Pening

Aku tengah 'pening'kepala sebenarnya. Pening ini tak terasa sakitnya sebab pening dengan kerenah manusia. Biasalah, adatlah tu. Bukan Aku tak biasa, dah lali pun. Tapi masih juga hendak catatkan di sini. Mesti kena luah. Barulah terasa kurang 'beban'nya. kalau tak berat semacam. Nasiblah berat sudah berkurang dek rambut yang sudah dipotong pendek itu. Hahah...rasanya kalau Aku dengar arahan, "dari kiriiii...cepat jalan!" dah sah Aku berkawad tanpa sedar. Heheh...

Pagi ini Aku kelewatan juga, huh...gara-gara tidur lambat. Sudahlah hujung minggu punya penat berulang-alik utara selatan itu belum habis, tidur lewat pula. Apa hendak buat, masa tu jugaklah kena berkepit dengan analisis-analisis Khazanah...deadline diberi hari ini. Hahaha. Patutkah Aku gelakkan diriku sendiri??? (tak patut!tak patut!)

Dan Aku umpama kacang panjang tanpa sokong. Kesian tau...tak tahu hendak kerabat apa...mana hendak ku pautkan sulur paut ku ini...hahaha...(sah! pening). Tak apa, tak apa...mujur jugalah Aku ini agak 'calm' orangnya. Cuma masalah berganda ialah apabila ada 'baby' siapa ntah mak ayah dia...tau-tau letak dalam riba Aku...woiii...nak Aku bertanggungjawab juga ke? Aisey...Aku boleh besarkan 'bayi' ni, atas dasar kemanusiaan, tapi Aku perlukan sistem sokongan di sekelilingku. Kalau tak ada...berat wehhhh!

(Tarik nafas! hembus! Tarik nafas! hembus!)

Tak pe, bawa bertenang, Bukannya payah pun. Habis-habis sangat kena marah je. Heheh.

Erm...alahai!!!

Thursday, March 18, 2010

Pesta Buku

Jeng! Jeng! Jeng! Pesta Buku datang lagi. Hendak pergi! Tapi, kena tunggu hujung-hujunglah agaknya.



Ingat hendak beli satu buku Ain Maisarah. Lepas tu tengoklah apa lagi yang berkenan di hati. Tapi kalau hendak pergi pun, rasanya hujung minggu yang satu lagilah baru dapat. Hujung minggu ini sudah plan hendak balik kampung. Balik Melaka dan balik Perak juga...hahaha...selama menghitung km. :)

P...Pemandu

Masa mula-mula hendak belajar bawa kereta dulu, memang rasa takut sangat. Waktu itu, bila nampak orang lain memandu, rasa kagum sangat terhadap mereka. Hebat mereka ini. Berani bawa kereta. Nampak selamba. Yang Aku ini, belum melangkah masuk sudah menggigil kepala lutut. Bila pegang stereng, rasa macam hendak pecah dada dibuatnya.

Ikutkan pada masa itu, Aku tak ada keperluan untuk berkereta. Maklumlah, rumah sewa tidak jauh dari pejabat. Boleh naik feeder bas lrt Putra. 50 sen aje pun. Bila balik rumah, lepas maghrib keluar merayau ke Subang Parade ataupun Sogo. Stesen komuter dekat sangat dengan rumah. Pengangkutan bukan suatu masalah. Bebas ke sana, ke mari. Maklumlah, orang bujang. Duit bulan-bulan habis macam itu sahaja, rasa macam dah gah sangatlah tu. Bila sudah bertunang dengan Abang, dialah yang sibuk suruh ambil lesen. Aku pun pergilah mendaftar dekat Sekolah Memandu Semasa. Ketika itu, masih di Bangunan UDA bersebelahan Balai Bomba Pantai Bharu tu. Hemmm...nostalgia sungguh!

Aku ini memanglah bukan pelajar contoh. Punyalah lama hendak habiskan jam untuk belajar memandu itu. Selang dua minggu baru pergi. Macamanalah hendak pandai. Setiap kali pergi setiap kali lupa. Sampai pak cik yang mengajar Aku tu pun agaknya dah naik 'cemuih' mengulang. Tapi yang best tu, kalau bab kuiz bertulis tu...Akulah yang paling cemerlang...sokmo dapat markah penuh...kah...kah...kah...teori ajelah tu! Amali hancur!!!

Masa hari ujian untuk mendapatkan lesen, ya Allah, punyalah Aku berdebar. Rasa hendak pengsan pun ada. Tengok kereta kancil manual tu rasa macam tengok raksaksa. Pak cik pengajar sekolah Aku yang pendiam dan tak banyak mulut tu pun boleh tak yakin yang Aku akan berhasil dapat lesen dengan sekali mencuba. Maklumlah, dah saat-saat akhir pun masih blur sana blur sini. Hihihi. Mana taknya, ujian pertama naik bukit tu kan...Aku pun dengan machonya masuk dalam kereta. Dah adjust secukup rasa ini. Sekali bila orang cakap, mulakan...Aku pun...eh!eh! alamak, apsal kereta tak boleh jalan ni. Ish! Panik dah Aku ni! Berpeluh-peluh! Dalam hati, apasal lah kereta ni rosak masa ini pulak. Yang budak-budak lain sama menunggu giliran tu ramai-ramai melaung..."turunkan handbrake, turunkan handbrake!". La eleh...lupa nak turun handbrake le pulak....cis! drop my waterface la weiii...depan gewe hensem2 tu...hish! Tapi tak pe, pasal Aku rileks aje...siap angkat tangan dan tersengih ala kerang busuk kat member-member baru tu semua, terima kasih la weiii! Dan dengan selambanya, Aku pun memandu perlahan menaiki bukit tu, berhenti tepat pada masanya...cuunnnn!!! Lepas, alhamdulillah!

Untuk ujian parking pun, alhamdulillah, tak ada masalah. Tak sia-sia pak cik mengajar Aku dengan batang-batang kayu dibuat pancang tu...masa mula-mula tu Aku pun tak paham...apa ke bendenya faedah tu semua...??? Masa belajar parking dulu, kat area Pantai Hillpark le Aku berkampung heheh...Lulus ujian bukit dan parking, Aku layak untuk ujian memandu di jalan. Rupa-rupanya yang tak lepas dua ujian ini, boleh bungkus balik sebab tak boleh teruskan dengan ujian di jalan tu.

Sementara menunggu giliran memandu di jalan tu, Aku dengarlah budak-budak ni semua bercerita. Siapa penguji yang garang, yang mana baik sikit, dan tips-tips memenangi hati penguji. Boleh dengar ajelah pasal tapak tangan semua sudah sejuk gedi, takut sangat. Dalam hati berdoa, minta-mintalah okay. Pasal Aku tak mahu ulangi lagi pengalaman mendebarkan ini. Mahu cepat selesai dan tutup buku. Berguna atau tidak lesen itu, kemudian cerita. Janji dapatkan dulu.

Memang lawaklah Aku memandu tu. Doa Aku termakbul sebab Aku dapat laluan A. Laluan A ini nampak lebih senang. Aku rasalah. Cuma yang tak bestnya ada satu simpang traffic light yang berkedudukan tinggi, macam panjat bukit. Punyalah berdoa minta lampu hijau masa Aku lalu, sekali lampu merah daaaa...terpaksalah berhentikan. Tahu ajelah kereta manual, dah berhenti satu hal...hendak jalan semula satu hal pula...nak-nak dalam keadaan menaik begitu. Huh! Berpeluh dibuatnya! Sebenarnya Aku berhenti jauh dari garisan, err...dah terundur gara-gara tak dapat hendak seimbangkan brek dan minyak. Nasiblah Aku ni boleh berlakon konon-konon Aku ni tenang orangnya, tak mudah panik...jadi Aku pun selamba aje le berhenti walaupun sebiji kereta lagi boleh muat di depan tu. Dan nasib baik juga tak ada satu pun kereta di belakang, kalau tak obvious sangatlah kan....jadi, macam tak jadi hallah, Aku berhenti jauh pun. Janji mematuhi lampu isyarat heheh...

Lepas tu, ada u-turn dan lalu kawasan sekolah. Aku pun cuba memandu sehabis baik, alhamdulillah, sampailah masuk semula kawasan Imkeda Cheras tu dan berhenti untuk giliran orang lain pula. Masa tunggu penguji Aku tandatangan, Aku cuak juga la. Penguji Aku tu lelaki dan dalam lingkungan 30an aje. Dia pun tak cakap banyak. Diam aje, tu yang mengurangkan kerisauan Aku. Kalau dapat yang pot pet pot pet dok membebel tu, dah sah makin tak keruan Aku dibuatnya. Syukurlah, bila dia hulurkan kertas markah...tengok-tengok Aku lulus...walaupun bukan dapat markah penuh....tak kira, janji lulus. Yeahoooo!!!

Dan rupa-rupanya dalam sekian ramai geng dari sekolah memandu yang sama, hanya Aku seorang yang berjaya mendapatkan lesen hari itu. Wah! Pak Cik pun tak sangka! Itulah Pak Cik, jangan pandang saya sebelah mata, tau! heheh...riak la pulakk!!!

Hari ini Aku masih tidak melupakan saat-saat yang 'getir' itu. Saat di mana terpaksa bergantung kepada keupayaan mengaplikasikan ilmu berdasarkan latihan yang tidak seberapa dan penilaian ketat pengajar yang tidak dikenali. Tak ada ruang untuk meraih simpati atau belas kasihan. Mungkin pengalaman ini bukan sesuatu yang 'besar' untuk dikenang, tapi untukku ia adalah antara anak-anak tangga yang menjadi perantara membawa Aku naik ke takah yang lebih atas.

Ianya tetap satu pencapaian.

(Tengoklah, sekarang memandu ke sana ke sini tak ada hal...Fernando Alonso tengok pun takut...ekekeke...takut kereta tu roboh leeee...)

Hati Yang Rapuh

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...

~Rahimah Rahim~

Peringatan

Pagi ini Aku bersarapan semeja dengan kawan-kawan kelas bahasa Arab. Aku rasa bersyukur sebab Aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik. Yang tidak bercakap benda-benda mengarut, yang selalu mendorong kepada melakukan perkara-perkara yang bermanfaat. Macam kata akak Lotuslily, besar peranan sahabat ini. Memang kena pilih dengan siapa kita berkawan.

Di meja tadi, Sokdah berkongsi kata-kata seorang ustaz dalam satu program yang dihadirinya. Tentang peri pentingnya mencari ilmu, tambahan lagi dalam meniti usia yang semakin meningkat. Masa kita sihat dan cergas ini, masa inilah kita kena rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Masa telinga boleh mendengar, masa inilah pergi belajar penuhkan ilmu di dada untuk membolehkan kita beramal dengannya. Jangan masa lutut dah lenguh-lenguh baru lah hendak menyesali diri. Masa tu sudah susah hendak pergi ke majlis ilmu. Maklumlah, hendak duduk lama-lama kaki mudah goyah, kebas sana kebas sini. Jangan masa telinga pun sudah dengar tak dengar baru lah teringat hendak tambah ilmu sebab masa tu ustaz mengajar kat depan, kita terkial-kial hendak tangkap apa yang diperkatakan. Mata pun dah makin kabur hendak membaca tulisan di papan hitam. Jari jemari pun terketar-ketar hendak menulis. Pegang pen pun sudah tidak betul. Jadi, kalau semua anggota badan kita sudah semakin hilang fungsinya dan hanya pada masa itu kita baru tersedar betapa jauh ketinggalannya kita...alangkah ruginya kita. Alangkah celakanya kita!

Lalu Sokdah mengaitkan dengan surah Al Mulk, ayat 7-10. Iaitu, tatkala hamba-hamba Allah yang berdosa itu dibawa ke neraka bagi menerima pembalasan di atas perbuatan masing-masing, kedengaranlah dahsyat lagi ngerinya bunyi neraka yang menggelegak. Begitu gegak gempita seakan hendak pecah terbelah lagaknya. Lalu bertanyalah para malaikat yang mengiringi masuk bakal penghuni neraka itu, "Apakah tidak ada sesiapapun yang datang memberi peringatan kepadamu? " (akan dashyatnya neraka itu sedang kamu tidak melakukan sesuatu menghindarinya). Lalu dijawab, "Bahkan, ada. Tetapi kami mengingkarinya". Nauzubillah.

Jangankan api neraka, api lilin pun tak mampu Aku hadapi.

Oh ya, Al Mulk itu banyak fadhillatnya. Ialah surah 'pelepasan daripada azab neraka'. Mohon kekuatanNya untuk menjadikan bacaan surah ini satu amalan yang lazim. Insyaallah.

Terima kasih, kawan.

Wednesday, March 17, 2010

Senarai

Ada beberapa perkara yang Aku hendak buat, mesti buat dalam beberapa hari akan datang ini. Sudah asyik bertangguh-tangguh, sekarang sudah lebih separuh bulan Mac berjalan, kalau tunggu-tunggu lagi, alamat tak buatlah sampai sudah.

Yang pertama, Aku hendak memotong rambut. Potong pendek. Malas sudah hendak berambut panjang lagi, tak cukup masa hendak jaga. Hujung minggu ini boleh buat sebab masa inilah Aku ada di kampung. Bolehlah Aku pergi kedai gunting rambut Bunga Raya dekat pekan lama Parit Buntar. Itulah tempat kesukaan Aku. Harap-harap nyonya tua itu masih ada lagi hehehe...

Yang kedua, ingat hendak buat facial lah. Tak tahulah kebelakangan ini, ada aje jerawat yang keluar...padahal dulu-dulu sebutir pun tak ada. Aku pulak jenis tak boleh kawal jari, bila sudah tahu ada benjol tu...ringan je jari mengusik...ingat hendak buat sendiri aje guna ramuan semulajadi. Kenalah belek balik majalah Rapi tu.

Yang ketiga, alang-alang balik kampung nanti, hendak singgah hantar kain ke kedai tukang jahit baju Aku. Memang Aku kalau jahit baju, bawa balik ke kampung. Sana murah maaa...kurung Pahang baru RM23. Kebaya pun tak lebih RM30. Pakai pun sedap. Cuma masalahnya Aku belum ada kain pun. Nampak gaya kena singgah beli kain le dekat kedai kain Mee Fong di sana juga. Boleh tempah baju raya sekali (amboiii!!!).

Yang keempat, kena mula buat senaman secara tetap. Yang ini mesti buatlah. Ini bukan pasal hendak kurus ke apa...ini pasal kesihatan. Umur pun sudah meningkat. Rasanya tahap kecergasan pun semakin menurun. Badan pun macam kereta juga. Kalau kereta tu kita service selalu dan jaga supaya tahan lama...badan macam tu juga. (Cakap berdegar-degar, buatnya tak juga...hahaha). Insyaallah, hendak buatlah ini. Mungkin boleh mula dengan larian itik kat Taman Tasik Titiwangsa semula.

Yang kelima, kena mula balik puasa sunat Isnin dan Khamis tu...(bila le nak insaf diriku ini oiiii!). Insyaallah, insyaallah...mudah-mudahan diberi kekuatan.

Ada lagi benda-benda lain yang Aku hendak buat. Kalau ikutkan memang le panjang berjela lagi senarai di atas tu, jadi ambil yang boleh segera dilaksanakanlah. 1, 2 & 3 tu cuma benda biasa, yang penting tu 4 &5. Yang dua ini kena betul-betul fokus dan beristiqamah. Oh, Rosebud, kau la idola ku...ehekssss!!!

Tuesday, March 16, 2010

Meminjam Semangat

Memang benar bak kata Sirapmadu, Aku masih berlegar-legar di zon yang sama. Belum mahu melompat keluar pagar, katanya. Hemmm...pandai ye kamu. Sebetulnya Aku kagum dengan keupayaan Sirapmadu 'membaca' Aku. Telahannya tepat sekali. Apa lagi yang kamu tahu tentang Aku? Kamu menakutkan Aku!!!

Bukan mudah mengatakan yang benar kerana selalunya perkataan yang benar itu pahit dan payau. Aku nampak yang kamu nampak. Memang itulah yang terlukis dalam kotak impianku. Alangkah manisnya berkongsi angan begitu. Kamu benar fikir Aku boleh lakukannya? Terima kasih kerana kamu percaya Aku. Adakalanya Aku pun tidak lagi percaya pada diri sendiri. Keyakinan kamu itu buat Aku terharu.

"Kitalah apa yang kita percaya"

Aku tahu itu. Dan Aku tahu apa yang Aku perlu. Hanya masih sahaja teragak-agak hendak mengatur langkah. Kamu telah memberikan Aku semangat. Walaupun nampak mudah dan kecil, sungguh, Aku sangat menghargainya.

Sayang, Aku masih belum dapat berjanji pada diri sendiri kerana Aku takut tidak mampu mengotakannya. Kadang-kadang bayangan yang nampak sempurna itu tampak membimbangkan. Bila difikir-fikirkan, kalau sudah ada cangkul di tangan, mengapa tidak hayunkannya ke tanah? Tanam ajelah biji benih tu. Kalau tumbuh jadi pokok yang lebat buahnya, alhamdulillah. Kalau tidak pun, tak rugi mencuba. Sekurang-kurangnya keluar juga peluh, sihat tubuh badan. Merintis jalan-jalan usaha itu pasti menyelitkan manisnya kepuasan mencuba.

Betul tak, Sirap?


Monday, March 15, 2010

Terapi Minda

Ah! Janganlah macam ini. Sudahlah tergendala pagi tadi. Masa yang terluang itu jangan buat Aku rugi. Aku sudah tertunggu dari tadi. Jangan buat Aku gigit jari.

Tersangkut-sangkut. Laju lagi jalan sang semut. Apahal jadi semput? Masa pula sudah tinggal sejemput. Duit kutipan zoo kena cepat dikaut.

Hendak ketawa pun ada juga. Apalah yang buat Aku jatuh suka. Orang kata buang masa. Tapi Aku pulak kata ia terapi minda. Cehhhh...alasan saja!

Biarlah apa orang hendak kata. Kalau sudah suka Aku peduli apa. Janji tidak mengganggu kerja. Sanggup mencuri masa. Beri makan anak kurita!!!

Nasiblah ada benda ini. Sekurang-kurang buat Aku perasan dan syok sendiri. Punya usahaniaga baik sekali. Kan bagus kalau dapat jadi realiti!!!

Ujian

Dia sudah datang
Walau tanpa jemputan
Tanpa sekelumit ingatan
Diriku yang kerap kali alpa

Kehadiran tidak diundang
Tak mampu ku menghalang
Lalu ku biarkan sahaja
Dalam perit menelan kalah

Dia sudah datang
Berair mataku menahan
Belum jua mampu ku usir
Nyata masa tidak menyebelahiku

Datanglah walau Aku tidak setuju
Duduklah meski salammu tak kusahut
Aku tahu kau akan lama di sini
Seminggu sudah tentu
Bilakah bosan menjenguk ku?

Terima kasih kerana memberi ingat
Aku yang cepat terlupa
Yang selalu hendak senang
Yang takut berdepan payah
Moga kehadiranmu mampu
Mengikis sekelumit dosa
Aku yang sangat kerdil
Pasrah...

( Inspirasi dari gejala sakit tekak dan batuk yang mula melanda )

The Climb - Miley Cyrus

I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa

Friday, March 12, 2010

Bila Angin Bertiup

Tak pasal-pasal 'berangin' di pagi Jumaat ini. Angin ini sudah terasa hembusannya bermula Rabu lagi. Memang ada cadangan hendak berkisah di sini tetapi dek kerana malas hendak ingatkan semula benda yang buat Aku ter'peleot' tu...Aku pun tak jadi hendak catatkan.

Kemudian berlaku lagi perkara lebih kurang serupa sejak kelmarin. Berlanjutan sehingga pagi tadi. Aduh!

Kisahnya begini...

Pada suatu petang yang hening, yang memang sudah hampir minit-minit terakhir bekerja bagi sektor tertentu, sedangkan Aku yang harus melangsaikan kerja telah tidak berfikir panjang membuat panggilan. Sebenarnya, Aku bukan hendak meminta bantuan pun, Aku cuma hendak memaklumkan sesuatu perkara dan mendapatkan sedikit pengesahan.

Yang membuatkan Aku terkilan ialah cara bagaimana panggilanku dilayan. Memang acuh tak acuh, hendak tak hendak. Susah sangatkah hendak mengamalkan etika menjawab panggilan telefon yang baik? Gaya suara dan percakapan memang boleh menjadi cerminan peribadi, apatah lagi kalau bercakap dengan orang yang kita tidak kenal. Itulah satu-satunya ukuran yang ada...yang membentuk, first impression. Emmm...kalau ikut skala 1-10...1 teramat-amat buruk dan 10 teramat-amat cemerlang, Aku bagi 1 tanpa ragu. Kalau Aku jadi boss, jangan haraplah Aku ambil jadi pembantu. Nak kerja kat bahagian telefonis bantuan pun Aku tak bagi, buat menjahanamkan reputasi syarikat sahaja.

Aku call dia untuk memudahkan kerja dia, dengan rela hati dan penuh rendah diri bagitau mengapa dan kenapa Aku akan beri dokumen yang sudah discan itu menerusi email dia...dan panjang lebar Aku explain, boleh dia jawab "hantarlah!"sepatah (kasar pulak tu...)...iskh...iskh...iskh...pembaziran air liur betullah! Kot la nak tolong kata terima kasih ke, atau nak dapatkan butiran Aku ke supaya kalau apa-apa jadi boleh dia contact Aku, atau ambil peduli dengan perkara yang boss dia sangat prihatin tu...huh...beranganlah Aku! Mungkin bukan dalam bidang tugas dia kot. Hemmm...tak bolehkah berinisiatif sikit? Cubalah berikan perkhidmatan tambah nilai yang lebih cemerlang, Aku bukannya bagi dia kerja pun...

Oklah, habis satu bab.

Kemudian esoknya, datang satu bab lagi. Pun sama sengal juga. Siapa minta tolong siapa ni? Kamu hendak Aku tolong, minta tolonglah baik-baik. Aku bukan minta ayam golek seekor pun...Aku tidak kisah, kalau Aku boleh bantu, Aku akan bantu. Tak perlu hendak mengeraskan suara hendak menunjukkan autoriti kamu sebab tanpa berbuat begitu pun Aku tetap akan jalankan kerja Aku (dan Aku tahu buat kerja Aku!). Lepas tu suka sangat terjah sana, terjah sini. Kalau ikutkan, Aku patut bagi point saja, kamu boleh 'goreng' ikut kesesuaian. Kamu patut boleh 'goreng'. Tapi kamu tetap mahu Aku suapkan semuanya. Sampai ke cover depan pun Aku kena buat juga. Adoi...letihhhh! Sampai sekarang satu ucapan terima kasih pun Aku belum terima. Tak apalah, Aku bukan hadap sangat pengiktirafan kamu. Tak jadi kudis gatal pun.

Kesimpulan yang boleh dijadikan iktibar dalam 2 kes Aku ini senang aje, iaitu kalau kita hendak orang hormat dan senang kerja dengan kita...kita pun kena hormat dan mudahkan orang berurusan dengan kita. Jangan kerek terlebih. Tak kiralah pangkat apa. Kena jaga hubungan sesama manusia ini, jangan hanya fikir boleh "touch and go" sahaja...hidup ini berputar seperti roda...jangan fikir selama-lamanya duduk kat atas sahaja.

Peace!

Wednesday, March 10, 2010

Dendam Berbalas

Aku keluar lunch semalam dengan Abang. Rupanya dia datang PMC buat fisio. Jumpa doktor hari ini. Tapi semalam tu dia pergi juga sebab tiba-tiba rasa sakit pula. Tak tahulah hari ini macamana, sebab Aku tak dapat temankan.

Cerita pasal lunch semalam, seronok sebab Abang cakap pilihlah hendak makan dekat mana. Dia ikut aje. Kami pergi ke Bangsar Village, senang sikit hendak parking. Sekali bila sudah keluar dari lift tempat parking tu, ternampak di seberang sana Madam Kwan...kwang!kwang!kwang! Teruslah Aku tarik tangan Abang ajak makan dekat situ, teringat-ingat lagi entry Azra pasal acara makan-makan dia kat MK baru-baru ini...heheh!

Orang belum ramai lagi, jadi senang dapat tempat duduk dan juga cepat sampai makanan yang dipesan.

Seperti biasa, pilihan Aku ialah Asam Laksa. Ini rupanya masa mula sampai atas meja.



Menggunakan bahan-bahan iringan yang disediakan...heheh...



Lalu digaul dan dikacau secukup rasa sebelum benar-benar serasi...tu diaaaa!!!



Hemmmppphhh...sedapnya. Tak payah hendak control ayu lagi dah. :)

My all time favourite drink, Iced Lemon Tea



Pertama kali datang ke MK ni, Aku cadangkan Nasi Bojari untuk Abang. Dia suka, sedap...tapi tak dapat hendak habiskan.



Memang kenyang...pulak tu sempat selitkan Banana Fritter with Ice Cream lagi...hahaha...Memang sedap tahap labu wa cakap lu...labu lah, sebab perut dah penuh macam labu...heheh.



Mesti akak Lotuslily geram memendam rasa kannnnn??? Heheh...saboooo...next trip, ya.

Tuesday, March 09, 2010

Roda-roda Kotaraya

Patutlah pun sepanjang hari Isnin tadi, Aku rasa semacam. Rasa macam demam tak demam. Rasa panas sejuk, panas sejuk. Tak selesa. Pendekata, macam ada yang tidak kena sahaja. Nasib baik semua kerja yang dirancang berjalan lancar tanpa ada masalah. Adalah satu dua yang masih tersangkut, tapi tidaklah sampai menjejaskan aktiviti kerja berkaitan.

Oh ya, berbalik kepada gerak hati yang kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak elok akan berlaku itu...hemmm...ianya menjadi kenyataan rupanya. Masa itu jam sudah pukul 6.15 petang lebih kurang. Oleh kerana hujan lebat turun sekitar jam 4.00, Aku sudah menjangkakan akan menempuh kesesakan di luar sana. Jadi, sebab perut pun lapar, Aku singgah dulu di kedai serbaneka membeli kudapan berupa ban kelapa dan minuman yogurt blackcurrent. Tanpa mengejar masa, Aku pun perlahan bergerak hendak keluar. Bila kereta bergerak, Aku rasa semacam. Rasa tak lancar. Jadi, Aku pun berhentikan kereta dan keluar untuk meninjau.

Alaaaa...tengok-tengok tayar belakang sebelah kiri tu sudah pancit sepancit-pancitnya. Guano nak buat ni? Cehhh! Aku pun cepat-cepat call 'talian hayat', cik Abang kata, alatan semua ada kat belakang...ataupun dapatkan orang tolong...ataupun panggil AAM aje. Alatan...err...tak pasti macamana nak guna...(cis!), nak cari orang...macam susah je...nak call AAM, pukul berapa boleh sampai? Maklum, jalan kat depan , keliling tu dah tak gerak semuanya. Tersangkut!

Aku ini, kalau malas hendak fikir...Aku akan drop the subject dulu...ketepikan terus. Jadi, Aku bersandar, buka radio dengar Sinar FM, dan mula mengunyah bun kelapa tu...emmm...nyummy!nyummy! Makan dululah, jap lagi Aku fikirlah apa hendak buat ni. Tengah syok lepak-lepak tu datang seorang hamba Allah ini dekat tingkap, dia tunjuk tayar Aku. Aku pun turunkan cermin tingkap dan tersengih lawa..."Ye, saya tau tayar tu pancit...tapi saya tak pandai hendak tukar" (Cis! terpaksa mengaku juga...!).

Rupanya Encik tu pun baru jer lepas tukar tayar keretanya yang pancit. Dia kata, "Alang-alang sudah berpeluh ini, meh sini nak tolong". Yabada beduuuu!!! Mula-mula tu macam tak dapat tolong sebab nat skru tayar kereta Aku tu bukan saiz standard...maklumlah, dah pakai sport rim gold gitu, kannnn....Aku pun bagitau Abang. Nasib baik memang Abang dah letak pembuka khasnya dalam tempat simpan di depan...heheh...selamatlah. Nasiblah ada Encik Zali yang mula-mula jual mahal tak mahu bagitau nama dia. "You tak kenal I ke? " katanya tergelak-gelak. Alamak!
"Maaflah Encik, tahulah orang TM ni ramai (dan saya ni pulak jenis kera sumbangnye type...ih!ih!ih!), muka tu familiar...nama tak tau. Habaq la sapa nama? Tak sedap pula rasanya, boleh saya ucap terima kasih dengan sempurna". Dia kata, panggil aje Zali. Orang HR. Nanti Aku nak cari dalam dalam senarai nama staff nanti. Hemmm...terima kasih banyak-banyak.

Bila sudah dapat keluar, tersangkut dalam kesesakan lalu lintas pula. Berlegar sekitar Menara TM pun memakan masa dekat 1 jam...sampai rumah sudah jam lapan. Letih! Balik-balik terus cek buku-buku sekolah anak dulu. lepas tu ingat hendak baca suratkhabar dan lepak tengok TV. Sayangnya, menjelang pukul 10, Aku sudah rasa gelap mata...hendak berjalan pun rasa hendak rebah aje. Patut pun badan rasa tidak sedap. Nak demam agaknya. Terus telan paracetamol, langsung masuk tidur.

Pagi ini alhamdulillah, rasa macam biasa je. Memanglah kepala masih rasa berat, insyaallah, rasanya ok. Lagipun petang ni Aku ada mesyuarat di luar. Boss suruh join dia. Harap-harap bolehlah balik awal sikit daripada biasa...kalau boleh sampai rumah pukul 6 tu pun kira alhamdulillah, syukur. Asalkan tidak bermula dari Menara TM tu, rasanya cerah masa depan untuk menghadapi laluan yang lebih lancar.

Oh ya, tayar kereta Aku tu...ditusuk paku yang panjang sejengkal...ish!ish!ish! masa bila kena entah, Aku tak perasan. Masa datang pagi tu, tak pula rasa ada kejanggalan semasa memandu.

(Ingatkan diri supaya boleh tukar tayar sendiri next time...challenge!!!)

Monday, March 08, 2010

Tak Seindah Wajah

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Thursday, March 04, 2010

Kelainan

Ada 2 benda yang Aku buat separuh masa pertama tadi yang boleh dikatakan berada di luar bidang.

Pertamanya tadi, Aku menghadiri sesi latihan yang dikendalikan oleh Lembaga Penapis Filem. Kami wakil kawalselia tidaklah tunggu sampai tayangan filem dan latihan amali, cuma sempatlah berada untuk memahami fungsi dan kepentingan kerja-kerja tapisan ini. Sebabnya, kami pun bakal melancarkan televisyen menerusi protocol internet tidak lama lagi dan keperluan tapisan termaktub dalam lesen yang dikeluarkan. Itulah perkaitannya.

Keduanya, Aku sedang merangka deraf pandangan berhubung cadangan melarang pengiklanan alkohol di semua jenis saluran media. Berkerut juga le dahi Aku masa dapat tugasan ini. Almaklumlah, berbeza industri. Cuma sekarang ini jemputan untuk memberikan maklumbalas atas kapasiti kami selaku ahli kepada forum kandungan. Bila bos sudah tanya, maksudnya kenalah sediakan sesuatu. Tak bolehlah cakap 'no comment' sahaja. Heheh.

Begitulah...zaman sudah berubah, kenalah terima hakikat yang akan ada banyak benda-benda baru yang kena buat. Kenalah fleksi dan bersedia untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Jangan ingat buat sesuatu kerja itu, fokus kat situ je dan tak ambil tahu hal lain. Tak seronok juga kalau asyik buat benda yang sama sepanjang masa, betul tak? Hemmmm....

Wednesday, March 03, 2010

Bengkel Perut Kosong

Ahhh...leganya dah selesai satu bab. Tak kisahlah dengan kehendak-kehendak yang baru muncul usai pembentangan itu, yang penting, satu kerja sudah jalan. Alhamdulillah, tiada masalah kritikal walaupun senak perut bila jamuan yang ditempah tidak sampai mengikut jadual. Nasib baiklah penantian 15 minit itu dapat diselindungkan dengan jayanya. Sejuk tangan Aku dibuatnya!

Habis acara, barulah terasa lapar. Pasal tak dapat hendak menikmati jamuan rehat itu, maklumlah, masa tu belum habis seksa. Kebetulan Abang ada sesi fisioterapi hari ini jam 2, jadi Aku keluar jumpa dia sekejap dan lunch sama-sama kat PMC.

Selera tak muncul-muncul juga walaupun perut sudah lapar. Sudahnya Aku memilih untuk makan putu bambu ini. Sayangnya berderai dalam mulut tanpa sebarang kepuasan...maksudnya, tak dapat hendak ku tarafkan tingkat kesedapannya. Bahasa lembut ni...



Nasiblah dapat ditutup kekurangan itu oleh segelas jus guava pilihanku ini.



Abang makan nasi ayam.





Menjelang petang rasa lapar mula menghantui. Tapi tak tahu hendak makan apa.

Kebetulan ada jualan buku MPH di level -1 HQ. Jadi, pukul 4 lebih Aku turun dengan Sirapmadu mencuci mata. Heheh...dan 'terbeli' buku ini...(lapar hendak makan, tapi beli buku pula...)

Sebenarnya Aku sudah beli satu lagi buku Isnin lepas. Hemmm...buku belum baca makin banyak dalam lemari tu, bila hendak baca ni? Heheh...beli dulu, baca kemudian.



Aiyoohhhh...laparnya perut niii! Tetiba teringin hendak makan megi ayam letak sos cili cap arnab...ngeh...ngeh...ngeh...

Tuesday, March 02, 2010

Esok Untuk Siapa?

Memang rasa tak berapa sabar hendak menghabiskan minggu ini. Walaupun hakikatnya masa memang cepat berlalu, yelah...sekarang bukankah sudah bulan tiga? Tak lama lagi sudah cuti sekolah. Tak lama lagi sudah April Fool lagi...hah...pas tu tup tap tup tap dah masuk Ramadhan errr...ada yang belum habis ganti puasa ke??? Jangan lupa yee!

Bercakap pasal minggu ini, esok ada satu bengkel yang Aku sangat-sangat terlibat dengannya. Almaklumlah, dari A sampai Z Aku dah terlibat. Nasiblah ada Lotuslily tolong bantu sama. Sebenarnya tak susah pun, cuma bab kita jadi penganjur tu selalu orang ukur dengan sambutan diterima tu yang Aku cuak sikit. Macam kalau kita buat kendurilah, kita risau orang tak datang. Lepas tu kita risau pula lauk tu cukup atau tidak? Hendak tempah lebih, takut sikit yang datang...nanti jadi saudara setan pulak. Kalau order kurang, takut tak cukup pula...nanti orang kata kita kedekut taik hidung masin pulak...adoiiii...serba-salah dibuatnya!

Macam sekarang ini Aku risau kalau kehadiran kurang, tak cukup untuk menjadikan bengkel ini sesuatu yang bermanfaat. Kos untuk khidmat konsultan bukan kecil anak, jadi Aku tak mahu kajian ini jadi sekadar lepas batuk di tangga, diadakan hanya kerana dapat arahan supaya diadakan. Kalau dah buat, kita buat betul-betul. Biar kita perah cukup-cukup untuk faedah semua. Tapi masalahnya, tiba-tiba ada sahajalah time clash...padahal Aku dah ambil tarikh tu lama dulu...biasalah, ketua-ketua ini sibuk tak tentu masa. Nak tangguh lagi? Maaflah, Aku malas hendak layan lagi permintaan untuk menangguh, pasal Aku sudah nampak hujung minggu Aku yang lepas bebas itu...Aku tak hendak angkut benda tak siap ini ke minggu depan. Lagipun, Aku cuma ada masa sampai hujung bulan ini untuk pastikan laporan kajian ini disudahkan tepat mengikut perjanjian. Itu komitmen yang Aku dah beri.

Memang Aku risau kalau tak ramai datang. Pasal kajian seperti ini tidak boleh dibuat ikut syok sendiri. Aku sudah cuba menjadi pemudahcara sehabis baik, menjadi one stop centre untuk komunikasi dengan konsultan dan kajian juga telah dibuat mengikut data-data yang Aku dapat hasil kerjasama bahagian lain. Tetapi samada hasil yang diperolehi dan kesimpulan yang dibuat serta cadangan penyelesaian bertepatan dengan aspirasi syarikat, itu perlu dibincang dan diperhalusi agar dapat mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat. Kami tak dapat lakukan itu kalau orang lain merasa tak apa tidak hadir. Yelah, tak akanlah Aku hendak kejar keliling dengan penyapu suruh datang, kan? Harap-harap semuanya berjalan lancar dan kebimbangan Aku tidak menjadi kenyataan.

Dan maaf juga sebab Aku ni memanglah kekadang tu terlebih 'berjimat-cermat'...so, cuma ada satu sesi rehat ye...lunch tidak disediakan.Aiyohh....break sudah heavy maa...jadi, memang ye, sengaja Aku tiadakan lunch pasal lunch boleh diambil selepas majlis bersurai seawal jam 1.30 tengahari. Rasanya Aku sudah boleh membayangkan menerima komen-komen seperti "eh! tak ada lunch ke?" atau "lain kali kalau tak sediakan lunch...I tak mau datanglah"...tak kisahlah, bergurau ke apa...pasal Aku rasa, kalau kita hendak berubah, perubahan itu mesti datang dari setiap individu terlebih dahulu sebelum kesannya dapat dirasai oleh organisasi. Lainlah kalau bengkel Aku ini memakan masa seharian, sudah tentulah Aku sediakan lunch. Kiranya, Aku rasa sudah patut padanlah apa yang disediakan ini.

Lama nian tak jadi MC ni...wah...tukang karut pun kaut sendiri juga ke? Ini betul-betul one man show laaaa...sudah masuk kategori gila glamer...hahaha...apa-apalah labuuuuu!!!

Monday, March 01, 2010

Celaru

Marah dan geram rasanya dengan tragedi terbaru yang berlaku di tanahair tercinta ini. Tergamak sungguh hati mereka? Kejam!!! Memang tak ada hati perut! Lebih teruk daripada binatang. Tak malu sungguh mengaku jadi manusia. Akal ada tapi tak pakai. Hidup bertuankan nafsu. Terlebih malu kerana masalah-masalah ini sering menimpa bangsa Melayu yang mengaku beragama Islam. Malu sebab umat Islam ini sepatutnya umat yang cemerlang, tapi entah macamana satu demi satu peristiwa umpama menconteng arang kepada agama yang sepatut kita pertahankan. Yang sepatutnya kita menjadi tauladan, contoh yang baik kepada umat-umat yang lain. 

Betapa 'sakit' masyarakat kita. Tak cukupkah dengan segala peristiwa jelek yang berlaku ? Anak gadis kitalah yang paling mudah diperdaya. Kenal sehari dua sudah boleh dibuat macam 'bini'. Yang sanggup berkorban apa sahaja...hatta sanggup menyeberang lautan demi lautan untuk mengecap bahagia di Lombok sana. Meninggalkan ibu dan ayah yang berjerih perih membesarkan diri atas nama cinta. Lepas tu kes-kes pembuangan bayi yang macam tak pernah ada sudahnya. Hanya yang ada musim 'menjadi-jadi' dengan musim tak berapa jadi. Masa musim menjadi-jadi itu, beleklah apa suratkhabar sekalipun...pasti ada terselit kisah bayi dijumpai di merata-rata tempat. Depan surau ada, dalam tong sampah ada, dalam semak ada, dalam sungai ada, yang mati dengan seluruh tubuh digigit semut...yang dibakar pun ada...nauzubillah...tak ingat Tuhankah? Punyalah malu dengan manusia sampai sanggup buat apa sahaja untuk melupuskan bahan bukti. 

Betapa sakit tenat masyarakat kita... Sudah ada kes anak tidak mahu mengaku ibu, walaupun ibu yang sarat menanggung rindu sudah ada depan pintu merayu-rayu. Juga ada kes anak yang terlalu mendengar cakap isteri, tak sanggup menjaga ayah yang sudah tua dan sakit-sakit...lalu sampai hati mengisi beg ayah dan meninggalkan ayah sendirian di hentian bas tanpa destinasi yang pasti. Ada juga yang dihantar ke hospital, lepas tu langsung tak muncul untuk bawa pulang. 

Kes-kes haruan makan anak, sumbang mahram juga berleluasa. Ada yang mak pun tahu, tapi mak sanggup pejam mata sebab tak mahu timbul masalah dalam keluarga dan tak mahu malu dengan masyarakat. Astaghfirullah! Apa hendak jadi? Kisah Syafia ini pun membongkarkan banyak isu-isu lain. Dan macam Rosebud, Aku pun baca berulang-ulang kali sebab Aku tak 'berapa faham' dengan kehidupan keluarga arwah. Ayah Syafia dipenjarakan pada tahun 2006 dan belum keluar lagi. Syafia pula berusia 3 tahun. Ibu Syafia 'tinggal' dengan teman lelakinya. Fakta lain, katanya sudah menjalinkan hubungan sejak 6 tahun lalu. Selain Syafia dan abangnya yang berusia 7 tahun, ada lagi seorang anak lelaki berusia setahun lebih. Khabarnya ini anak dengan suspek. Syafia dijaga bergilir-gilir oleh suspek dan datuk/neneknya. Persoalan Aku ialah, tidakkah ada sesiapa yang terperasan akan 'kecelaruan' yang berlaku dalam keluarga ini? Bagaimana seorang wanita yang belum diceraikan suaminya boleh tinggal dengan suspek yang jiran-jiran keliling kenal sebagai Abang Mat itu? Dan bagi pihak keluarga wanita itu dan dirinya sendiri...takkanlah boleh selama bertahun-tahun ini hidup macam suami isteri tanpa ada yang mempersoalkan? Maksud Aku, dalam suratkhabar hari ini kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh sanak-saudara arwah sperti bapa saudaranya yang mengatakan suspek seorang yang baik dan penyayang...apakah itu bermaksud keluarga tahu tetapi membiarkan sahaja lelaki itu mengambilalih tugas 'suami' daripada bapa yang dipenjarakan begitu sahaja? Lepas tu wanita itu boleh pula membuat kenyataan seperti, "saya memang merancang akan berkahwin dengannya...tetapi selepas peristiwa ini, tidak lagi"....celaru! celaru! 

Dan lagi Aku tak puas hati dengan jiran-jiran sekeliling. Kejadian berlaku disaksikan oleh puluhan orang. Apakah tak ada yang berani ke depan menghalang lelaki itu menyepak dan menendang budak kecil yang langsung bukan lawannya? Hanya kerana digertak jangan masuk campur hal ehwal keluarga dia, kamu yang ramai-ramai boleh (tergamak) berdiri jadi penonton??? Inilah bahananya budaya individualistik yang kuat mencengkam masyarakat kita sekarang, masing-masing hendak jaga tepi kain sendiri sahaja...habis, kalau kain jiran kita koyak sampai jadi telanjang...hendak dibiarkan begitu sahaja ke??? Aku tak tahulah kau orang ini boleh balik rumah, pejam mata dan tidur nyenyak ke kalau korang nampak depan mata budak umur 3 tahun kena belasah macam bola oleh lelaki dewasa? Tak kiralah bapa dia ke, datuk dia ke...kalau pukul budak kecik macam tu...rasa-rasa nak duduk diam juga ke? Oh! Celaru sungguhhh!!!