Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Friday, March 06, 2026

Facing The Silent Sting of Unmet Expectations

I think it is not wrong to place a certain amount of hope in our dealings with others. Whether in our careers or personal lives, we naturally hope for a baseline of recognition, a touch of consideration, or at the very least, a fair and objective outcome. It isn’t that we are asking to be "favoured" or given special treatment. We simply yearn for the scales to be balanced. We want our efforts to be seen and our intentions to be understood.

However, the "error" in our thinking often lies in the subconscious assumption that the person across from us is perfect or that their definition of "fair" matches ours. Normatively speaking, what you consider just and fair might not hit the same note for someone else. We are all products of our own unique experiences, biases, and pressures. When someone makes a decision that leaves us feeling sidelined, we must remember that they come with their own set of strengths and weaknesses. They are flawed, just as we are. They may be striving to maintain their own balance, and unfortunately, in that specific moment or equation, we might not be the priority.

Rather than letting frustration take root, I’ve found peace in shifting my perspective. Whatever happens, Allah knows best. He is Al-'Alim (The All-Knowing) and Al-’Adl (The Utterly Just). True, absolute fairness is a Divine attribute, not a human one. When we feel "wronged" or overlooked by a human decision, we should remind ourselves that nothing happens except by His permission. If a door remains closed, it is because Allah allowed it to stay shut. If a person fails to recognize your worth, it is because that recognition wasn't meant to be your rizq (provision) at that time. As the saying goes: "What is meant for you will never miss you, and what misses you was never meant for you."

So, how do we respond? We move forward by being kind, staying open, and being genuinely content with what Allah has decreed. When we stop demanding perfection from people, we free ourselves from the prison of disappointment. By placing our ultimate hope in the Creator rather than the creation, we find a level of Sakinah (tranquility) that no human decision can ever take away. Be happy with His decree, for His plans are always better than our dreams. In Shaa Allah.

Saturday, November 02, 2024

Sepagi di Taman Tugu

Sebenarnya semenjak beberapa kali lutut Telipuk injured, Telipuk sudah tidak lagi pergi hiking. Lama la tu, sebelum PKP lagi dah stop. Telipuk suka sebenarnya masuk masuk denai hutan kecil ni, lalu celah celah pokok, bau daun...bau peluh sendiri hahahaha...Bukan apa, suka sebab Telipuk tak pandai aktiviti lain. Yang ini oklah, guna kaki tangan sendiri je dan yang penting ada kemahuan kannnn. Gituuuu. Since the past few months...actually ever since our ex-boss suggested to have a team engagement session somewhere close to the office, the idea to explore Taman Tugu has been one of the most favored option. Tapi kannn...execution part, menghampakan. Sampailah ex-boss tu pun dah tinggalkan TM. Mimpi belum juga menjadi kenyataan.  Team ER adalah bercadang nak pegi sendiri tapi belum ada tarikh. Tahu-tahulah hujung tahun ni. Macam-macam nak settle. Cuti pun kena habiskan. Telipuk sendiri dah bercuti since minggu lepas, hahahaha...Jadi, pikir punya pikir...tak boleh jadi, tak boleh tunggu...it is now or never. Tahu sangat dah perangai procrastinate Telipuk ni.

Arakian tersebut kisah, sebermula ewahhh...pagi-pagi ni Telipuk dengan ditemani oleh Aiman membulatkan tekad untuk test kaki dan lutut kat trail Taman Tugu. Malam tadi dah siap-siap sediakan pakaian yang sesuai, merasmikan kasut hiking dari Shoppe dan gantung hiking stick dekat pintu. Bangun pagi masing-masing tak lalu nak makan lagi, so Telipuk rebus beberapa biji telur, bawak air isotonik, air mineral, biskut dan roti manis. Jeng,,,jeng...pukul 7 dah ready. Go..go..gadjet go....:)

Dari rumah Telipuk, ala dokek yo....masuk ikut jalan Parlimen tu je...terus sampeyyy. Tapi tak masuk Entrance 1, guard dah tutup. Penuh kot ek. Tak pastilah, sebab Telipuk kan first time datang ni. So, drive slow je la perhati mana la nak ku tuju ni. Sekali kat depan tu nampak ada pak guard lambai...ooo...boleh masuk ikut situ. Entrance 2. Alhamdulillah, tempat parking banyak lagi. Fuhhh...selesai satu bab. Telipuk benda mula yang akan cuak kalau pergi tempat tak familiar ni, memang perkara parking lah. Laman Tugu nampak friendly hehehe...ada nampak tandas...ada jugak booth kecil kat depan entrance tu. Telipuk tak jengah pulak, sebab rasanya beg yang Telipuk bawak ni dah macam beg ajaib doraemon. Macam-macam ada. So, kitaorang teruslah masuk. Jumpa CP08. Alaaa...mana CP01 ni, macam tak best la kan langkau (berlagak!). 

Anyway, sebab kami masuk Entrance 2 kan...jadi bermula dengan CP08 ni lah. Ada swing tau...wahhh...rasa nak duduk berayun...lajuuuuuu, buaiku lajuuuuu...tapi auwwww malu la....orang dah ramai. Serius, memang ramai orang. Pressure dik non....iye lah, kitanya slow cam siput, dema kat belakang dah merapat masing-masing...nasib baik tak ada hon je kan, kalau tidak naya kena hon. Telipuk bagi depa lalu dulu je la. Ramai yang hebat, ada yang pakai selipar je pun...gaya cam nak pi market je tapi laju giler. Telipuk ni asalnya nak tinggalkan tongkat sebab tengok kat tiktok macam santai je tempat ni. Haaa...nasib baik la terfikir bawak aje lah just in case. Kus semangat...banyak jugak portion mendakinya tu, yang nak turun pun satu hal...ko ingat senang? Salah parking kaki ni mau jem lutut Telipuk. Jadi, ketepikan je rasa malu-malu kucing tu, terus genggam tongkat sakti kuat-kuat sambil bersyukur bawak dia hahahaha. 

Masa kat sini, keinsafan tu datanglah. Apa taknya, beza kot kudrat anak muda dengan awak yang dah nak separuh abad ni kannn. Lupa la tewwwww....ekekekekeke. Bukan lupa, tak perasan masa berjalan. Best tengok budak-budak kecik yang lincah sungguh berlari naik dan turun. Jumpa seorang wanita muda ni, mengendung anak kecil di belakang sambil dituruti oleh 3 orang anak lagi. Huiii...gigihnya. Hebat! hebat! Telipuk dengan Aiman ikut je laluan yang ada tu, tak de ambik shortcut. Asalnya konon tak nak la full circuit kan...sekali dah terikut semua orang tu, sedar tak sedar dari CP08 membawak ke CP30, then baru jumpa CP01. But since kereta park kat Entrance 2, kami kenalah melalui CP01 sampai jumpa balik CP08 untuk keluar. Haaa...puas hati complete 5km kann....masa nampak CP08 tu, aduhhh...rasa nak jerit merdeka!!! Punyalah happy. Apa taknya, jalan pun dah tak betul...bukan lagi mengengkang...dah jadi mengengkong , udah serupa king kong rasanya. Lantaklah, memang masa tu tak pedulilah, dengan peluh dan cermin mata yang berkabus. Tak de cover-cover, memang penat makkkk. Kalau Lee Joon-gi terpacak kat depan pun, silap haribulan Telipuk ketuk dengan tongkat ni...minggirrrrr!!!

Masa keluar tu, jam sudah pukul 10 pagi. Huiiii...2 jam jugak eh...patutlah gigil kaki. Tempat parking pun dah penuh. Kami duduk berehat dulu melepaskan lelah. Telipuk nak betul-betul kan urat dan atur nafas semula hahahaha. Bawak macam-macam dalam beg, last-last cuma minum sebotol air isotonik tu je. Penat, tak lalu makan dah. Tapi sumbat juga la telur rebus sebiji sebab takut masuk angin kus-kus. Dalam 10 minit macam tu, baru kami beredar. So, untuk hari ini...memang puas hati sebab akhirnya berjaya juga take action untuk pick up balik aktiviti ni. Cakap dengan Aiman, nanti kita datang lagi. Bukan nak apapun, seronok sebab dapat kumpul steps banyak. Lagipun suasana kat sini memang best, dekat pulak tu. Bolehlah jadikan tempat beriadah di hujung minggu. 

Friday, November 01, 2019

Ku Pilih Yang Mudah

Rumit betul bunyinya. Padahal asal cuma kudis kecil. Tapi gatalnya menjadi-jadi. Akhirnya habis melecet dibuatnya. Hemmm...macam itulah keadaannya. Benda kalau tak ada, janganlah diada-adakan. Kalau tak gatal, jangan garu boleh? Ini tidak, digaru-garu jugak...Bila dah betul-betul gatal, nak salahkan siapa?

Sebetulnya saya ini mudah saja orangnya. Tak ada yang rumit tentang saya. Mungkin sebab saya terlalu mudahlah maka orang senang untuk merumitkan keadaan. Benda yang bukan masalah, menjadi masalah. Yang tak ada, diada-adakan. Penat tau kepala otak memikirkan.

Memang macam itulah adat resam, lumrah kehidupan. Berwarna-warni. Bak kata seorang teman, kalau semua orang macam engkau, memang aman dunia ini. Satu perang pun tak ada. Hahaha...melampau la kannn. Tapi betul jugak, hatta dijolok macamana pun, awak tenang saja. Hatta dah menangis beria-ia, hujung-hujung saya nampak awak masih mampu tergelak-gelak dengan orang itu...eh...eh...awak ni cepat benar lupa ye?

Bukan...saya bukanlah lupa sebenarnya, cuma saya fikir hidup ini terlalu singkat untuk saya habiskan dengan prasangka. Saya akan bersikap seperti biasa mendepani orang yang jenis sukar ini , janji kerja saya siap. Paling penting, selesai kerja semuanya saya tinggalkan di belakang. Saya keluar pintu pejabat, setakat itu saja hubungan kita. Esok lain cerita.

Jadi, untuk yang suka merumitkan keadaan ini, saya harap saya diberi kesabaran yang tinggi menangani kerenah awak. Saya tahu siapa saya dan cara saya berkerja. Saya tak hadap penilaian awak walaupun saya tahu ianya tidak adil. Bagi saya, itu terpulanglah. Biarlah saya berharap kepada Tuhan yang menciptakan saya sahaja kerana hujung-hujung saya perlu kembali kepadaNya dan saya perlu menjawab atas setiap perbuatan saya. Itu sahaja yang penting buat saya. Dulu, kini dan moga buat selamanya.


Thursday, January 17, 2019

Qanaah

Saya sangat menghargai insan-insan yang sudi mengongsikan kata-kata yang baik untuk renungan dan peringatan. Adakalanya bila membacanya, bagai tersedar akan sesuatu. Ada juga jenis yang lucu. Juga yang memberikan inspirasi dan harapan. Ada orang dia tak suka baca yang panjang-panjang, juga ada yang rimas bila banyak sangat whatsapps yang masuk...hahaha...yang tak best kalau ada yang jenis suka hantar benda remeh atau membincangkan benda-benda yang boleh dibuat bahan bergaduh. Untuk saya senang saja...buat tapisan kendiri. Yang mana suka kita baca , kita simpan. Mana tak berapa berkenan tu delete sajalah. Habis cerita.

Yang saya suka, saya boleh letak di blog macam ini...;)

Tiga fasa yang melucukan dalam kehidupan.

1. Di umur Remaja

Kamu miliki masa + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai harta.

2. Ketika fasa bekerja

Kamu miliki harta + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai masa.

3. Ketika fasa usia warga emas

Kamu miliki harta + masa
Tapi kamu tidak mempunyai tenaga

Inilah kehidupan...
Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu
Diambil sesuatu yang lain dari kamu

Kita selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita
Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka...
Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yangg penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :
(Qanaah : Merasa Cukup)

Jika kita ingin tahu kedudukan kita di sisi ALLAH,
Perhatikanlah kedudukan ALLAH dlm hati kita..

Yang hidup dikampung berasa nak ke bandar, yg di bandar pula ingin pulang ke kampung...
Bila hujan, kita tanya bila laaa nak kemarau... Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun..
Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar  pula rasa ingin  pulang ke rumah...
Waktu sunyi kita nak kepada org ramai, bila ramai org pula jadi serabut perut,  berasa nak kepada kesunyian.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki.. Bila telah dimiliki lain pula jadinya..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini...
Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, bumi ini sekalipun akan nampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Jauhilah sifat sombong dgn apa yg kita miliki ..

Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa... Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Thursday, July 19, 2018

Menang Dalam Kalah

Hidup ini bukan tentang memenuhi kemahuan diri semata tetapi juga keperluan orang lain juga. Ada benda yang menguntungkan kita tetapi menyebabkan orang lain susah, maka jalan yang lebih baik ialah memilih pilihan yang tidak membebankan orang lain.

Namun tak semua mampu berbuat demikian. Dalam banyak keadaan, ramai yang bersikap mementingkan diri sendiri dengan mendahulukan kehendaknya. Ada yang memandang baik pendekatan ini dengan ciri-ciri positif seperti kekuatan diri dan dorongan motivasi yang luar biasa sehingga memungkinkan pelaku berjaya melunaskan kehendaknya. Dan kesusahan yang tercipta hasil keinginan luar biasa tersebut pun dilabelkan sebagai bentuk-bentuk pengorbanan yang mesti dihadapi. Aneh kerana insan lain pula yang perlu berkorban untuk membahagiakan seseorang.

Namun begitulah kehidupan. Insan yang mengalah itu sebenarnya tidak kalah. Persepsi yang salah menjadikan kita tersilap tafsir. Membentuk kepercayaan yang salah.

Sebagai contoh, kegembiraan yang kita rasakan dan kecapi di dunia ini kerana keberhasilan kita melakukan sesuatu yang berteraskan duniawi, tidak lain tidak bukan hanyalah kesementaraan yang sebentar. Bagi yang begitu obses, target oriented sehingga sanggup mencaras, kepuasan yang dia rasai dengan perolehan jawatan maupun imbuhan lumayan itu sebenarnya tidak sampai ke mana pun. Ya, gembira memang gembira , tapi sampai bila? Di dunia ini, gembira itu ada hadnya. Macam kita menonton Maharaja Lawak...bolehlah terhibur sejam dua...tapi kalau sampai berjam-jam, mau ada yang muntah hijau. Akhirnya kebosanan menerjah dan benda itu tidak lagi membahagiakan. Lainlah kegembiraan di akhirat...gembira selama-lamanya. Tanpa rasa bosan dan tanpa berasa letih.

Justeru, bagi orang yang beriman, matlamat hidupnya mestilah akhirat. Kalau dengan memenangi sesuatu itu menatijahkan kesusahan atau penderitaan kepada orang lain, pastilah lebih rela mengalah. Bukan kerana kalah tetapi kerana mengharapkan pengorbanan di dunia ini menjadi pelaburan yang besar pulangannya di akhirat nanti. Dan berhenti merasakan orang yang tidak kisah bagaimana ia diperlakukan di dunia ini sebagai bodoh atau lemah dalam mengambil peluang kerana orang ini sebenarnya sangat kuat. Dia membendung keinginan dan kemampuannya kerana takut dan harap kepada Allah. Dia tahu, kalau di dunia ini dia tidak berasa gembira kerana tidak mendapatkan semua keinginannya - tidak mengapa, itu bukanlah satu masalah dek kerana dunia bukanlah matlamatnya.

Oleh yang demikian, kena faham perjalanan hidup sebagai seorang hamba Allah. Kalau kerap kali tersadung, terjatuh, sakit dan merana dek perbuatan orang lain...jangan sedih. Usah takut dan usah risau. Hidup ini adalah satu perjalanan menuju kepadaNya. Kita sebagai hamba, tidak punya pilihan lain melainkan harus berjalan terus kepadaNya. Tak mungkin kita boleh berundur dan berpatah balik.

Kita tidak semestinya mempunyai penyelesaian untuk semua masalah yang menimpa kita tetapi cukuplah dengan 'menikmati''ujian yang diberi dan bersyukur kerana ujian itu tanda Allah peduli. Teruskan tersenyum dan teruskan melangkah. Sentiasa bersangka baik dan jangan fikir yang bukan-bukan. Percayalah, tiba masanya semuanya akan tersingkap jua dan terangkat dari anda.

Maka jadilah orang yang cerdik, sementelah kita ini lumrahnya hidup berpenat berjerih di dunia agar setiap satunya menjadi pahala pula. Jangan jadi orang yang bodoh, sudahlah hidup di dunia ini telah cukup memenatkan...tak dapat pula balik dengan pahala yang banyak. Silap haribulan kosong terus. Nauzubillah. Alangkah celakanya diri ini!


Monday, January 22, 2018

Ke Arah Menjadi Lebih Positif

Saya okay saja kalau orang tak suka saya. Normallah tu. Saya pun bukan suka semua orang juga. Ada orang-orang tertentu yang saya tidak suka. Jadi, bila tahu ada orang tak suka saya, saya pun faham dan boleh terima. Tak suka tak apa, tapi bila masuk bab-bab nak kena buat kerja, sila bersikap profesional ye.

Yang jadi masalah bila dicampurkan hal-hal kerja dengan hal-hal peribadi. Bila ini terjadi, benda yang tak sepatutnya terkait, jadi terlibat pula. Seterusnya timbul ungkit-mengungkiti, sakit menyakiti...eh..eh...dah macam lagu Cassey pulak. Hahaha.

Apabila saya perlu deal dengan orang yang tak sukakan saya, saya cuba bersikap neutral sehabis mungkin. Sangat membantu apabila saya fokus kepada kebaikan yang dia ada. Jadi, bila saya lihat kepada benda-benda baik, automatik saya rasa lebih positif dan bila dia bagi feedback, saya akan lihat dengan minda yang objektif. Memang adakalanya nak dijadikan cerita pendapat dia dengan pendapat saya tak sama, tapi saya cuba untuk memahami justifikasi masing-masing. Lepas tu kita buatlah recommendation yang bersesuaian. Jangan pulak tolak mentah-mentah hanya semata-mata kita ada 'masalah' dengan dia. Lagipun kita kena faham, apa-apa jua yang menghasilkan pendapatnya itu pastilah melalui proses pengalaman dan upbringing tersendiri, yang mencorakkan pemikiran dan tindakbalas dia. Semua manusia kan tidak sama, ada banyak faktor yang mempengaruhi. Makanya, saya harus belajar untuk tidak ambil semua benda masuk dalam hati. Tak payah sensitif sangatlah.

Ada banyak benda lain yang menuntut perhatian kita. Tak ada masa kita nak tafsirkan ayat demi ayat. Kenapa dia cakap macam tu ye? Kenapa tadi dia macam ketawa sinis tu ye? Sudah-sudahlah. Kalau semua kita nak ambik pot...memang berat kepala otak kita. Tak pasal-pasal dok murung memikirkan apa salah dan silap kita. Hentikan demi untuk ketenangan diri. Jangan buat macam tu juga terhadap orang lain, di samping kita cuba improve cara kita berfikir dan berinteraksi dengan orang. Benda-benda macam ini, elok belajar. Nak jadi hamba Allah yang baik, yang Allah redha...bukan takat aspek ibadat saja kita kena titik beratkan. Tapi juga, perlu ambilkira urusan kita sesama makhluk.

Jangan sampai kita menyesal di hari akhirat kelak melihat amal kebaikan kita diambil oleh orang lain gara-gara perbuatan kita yang dok tak puas hati dan mengata orang tu di dunia dulu. Eh...rugi sangat-sangat weyyy. Cer pikior...awak kat dunia dah la menyampah tengok orang tu dan apa dia buat kat awak...tiba-tiba kat akhirat, awak tengok, awak jadi penderma kebaikan terbanyak kat dia...oh what the....!!! Haaa...tu la pasal. Kalau awak tak nak, fikirlah yang baik-baik tentang orang lain. Mana yang boleh di let go, let go jer la...bagilah dia kemaafan. Kalau tak vice versa pun tak apalah, lantaklah...janji awak selesai kat sini. Tak payah see you in court di Mahkamah Allah.

Tak sanggup weyyy...

Tuesday, September 12, 2017

Inspirasi Dari Hati

Ada satu peristiwa penting yang berlaku dalam hidup saya beberapa tahun lalu. Saya katakan ia penting kerana impaknya yang besar dalam kehidupan saya. Sehinggakan saya sentiasa perlu muhasabah diri supaya saya tidak salah perhitungan. Justeru, setiap kali keadaan memerlukan, saya akan sentiasa mencari jalan agar saya bisa menjadi positif dan meraih pahala meski berada dalam keadaan yang sulit (atas ukuran manusiawi saya yang punya seribu satu kelemahan).

Saya tidak berniat memperincikan peristiwa itu kerana ia tidak penting untuk dikongsikan di sini. Yang penting dan patut diberi perhatian ialah bagaimana peristiwa itu membuka minda dan akal saya untuk memperbaiki diri dan keadaan. Acapkali bila kita diuji, kita cepat melatah sehingga kita terlupa kepada Sang Penguji. Kita terlalu fokus kepada keadaan yang datang bersama ujian itu sehingga akhirnya kita menyalahkan keadaan lalu terlupa yang kita sebenarnya diuji. Hanyasanya ujian itu sampai kepada kita menerusi keadaan-keadaan tertentu. Padahal tujuan ujian dan yang menentukan ujian itu datangnya dari Yang Maha Kuasa. Begitulah yang berlaku kepada saya. Bukan tidak pernah diuji, namun ujian yang satu ini barangkali yang paling menggugah pernah saya rasai, pun begitu kala ribut tinggal menjadi sekadar angin sepoi-sepoi bahasa, saya akui ternyata saya mampu mengharungnya. Mengapa tidak? Bukankah Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud :

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"  

Kalau begitu sudah pastilah ujian ini memang mampu saya pikul. Jika tidak, tentulah Allah tidak pilih saya. Hemmm...malahan terasa bangga juga kerana terpilih. Saya, bukan orang itu juga bukan orang ini ...tetapi saya. Namun, bukanlah semudah itu rasa ini ditundukkan pada awal kali menerima libasan pertama. Hampir terduduk juga saya dibuatnya. Betul, tidak mudah. Beberapa kali saya tersasar mengikut saranan Allah dan Rasul disebabkan terbawa-bawa dengan emosi. Meskipun begitu, saya tidak mahu mengalah. Biarlah tewas untuk berapa kali pun, saya tetap sahaja mencuba mencari jalan untuk menggapai hikmah di sebalik segalanya.

Mungkin kerana keinginan dan niat suci saya itu, alhamdulillah, terasa sentiasa dipandu dan sentiasa ada jalan. Alhamdulillah, bukanlah segalanya dari usaha saya bahkan semuanya atas pertolongan Allah. Sebenarnya, bagi hamba, apa yang boleh dilakukan ialah teruskan meminta bantuanNya, tingkatkan ketaqwaan dan perbaiki diri.

Ada begitu banyak inspirasi yang terbit daripada ujian yang satu ini. Semuanya menyakinkan diri saya untuk kekal kuat dan positif. Antara yang paling dekat ialah mati. Ya, inspirasi dari kematian itu adalah sebenarnya ubat yang paling mujarab. Tak usah cakap banyak, tak usah ribut-ribut, sekiranya anda tidak mampu memberi jaminan yang even petang ini pun anda masih bernyawa, maka hentikanlah segala perancangan serta anganan yang tidak membina itu. Terus terhenti segala perbuatan itu. Betulkan, nah...kita begitu sakit hati, begitu susah hati...konon nak buat itu, nak buat ini...tengok-tengok petang ini terbujur kaku jadi mayat...apa macam? Rugiiii sangat-sangat. Rugi sebab buang masa buat benda yang sia-sia, tak menambah pahala bahkan menambah dosa. Padahal kalau duduk diam sabar, berzikir mengingat Allah dan berdoa memohon kebaikan itu tentu saja akan membawa pulangan yang jauh lebih lumayan. Tolong...tolong...tolonglah...jangan buang masa. Perkara itu adalah perkara yang tidak penting langsung untuk dirisau dan dirimaskan setiap masa. Ternyata ia hanya menjadi seperti lalat yang mengganggu konsentrasi kita menikmati hidangan yang lazat...ketepikan ia dan fokuslah kepada perkara yang jauh lebih penting.

Inspirasi lain yang selalu menjadi pendorong untuk kekal positif ialah syukur. Bersyukurlah kerana Allah memberikan begitu banyak nikmat. Jangan dikenang perkara yang kecil itu, sedang perkara-perkara lain yang kukuh melingkari seluruh hidup ini begitu melimpah ruah. Mengapa hendak difokuskan pada satu perkara sahaja sehingga menenggelamkan segala yang baik-baik itu? Tak usah fikir jauh-jauh, nikmat mata dan penglihatan sahaja sudah cukup untuk menidakkan segala keresahan. Manakah yang kamu lebih rela wahai ukhti...Tuhan ambil penglihatan kamu atau Tuhan ambil satu perkara yang kamu bukanlah hilang semua pun? Cer citer! Kamu masih nak berfikir-fikir tentangnya? Bukankah jawapannya sangat jelas...jangankan yang satu juzuk itu kamu sanggup beri, malahan seluruhnya pun kamu pasti sanggup beri sebagai galang ganti kepada sepasang mata kamu yang membolehkan kamu terus melihat, mentafsir, sehingga kamu mampu pula menaip patah-patah perkataan ini tanpa terkial-kial menggunakan mesin Braille. Hebatkan nikmat yang kamu sedang miliki itu? Mahu senaraikan nikmat-nikmat yang lain? Bagaimana dengan nikmat pulih dari kecederaan kaki yang membuatkan kamu sukar berjalan itu? Tak mampu kamu luahkan bukan?

Inspirasi lain...owhhh...terlalu banyak sehingga akhirnya saya menjadi malu sendiri. Malu sebab melatah tak tentu pasal . Allah nak beri begitu banyak kebaikan, saya pula berkelakuan macam orang bodoh. Yes, I think I was stupid back then. Sebab itu, apabila ada masalah, cepat-cepatlah rujuk kepada manual teragung manusia...sudah tentu ianya Al-Quran. Di situ ada segala jawapan kepada segala persoalan. Tiada keraguan! Tapi ya, saya hanyalah manusia biasa, adakalanya saya masih memerlukan untuk bercakap dengan insan-insan yang saya percayai. Bukan untuk meminta mereka menghilangkan kesusahan saya, tetapi hanya nak berbual ...mungkin satu bentuk pengukuhan dan mahu menyakinkan sisi manusiawi saya. Hahaha...macam-macam alasankan?

Errr...sebenarnya saya pun tidak berani hendak mengatakan yang saya dah overcome semua ini sebab ada masa-masa tertentu, tanpa dipinta, sesuatu akan menjentik dan menggeletek perasaan serta emosi saya. Yang termampu saya lakukan setakat ini ialah menahan diri. Kalau terasa nak bercakap, saya akan tahankan supaya tidak keluar perkataan yang boleh menjadi pencetus kepada situasi yang tidak elok. Kalau boleh divert perhatian kepada perkara lain, saya akan buat begitu...spontaneously. Dan yang penting, selalu ingatkan diri yang "anda begitu berharga"...hahahaha...jadi jangan senang-senang menzalimi diri dengan perbuatan-perbuatan yang menjauhkan kita dari Allah.

Fuhhh...begitu sebenarnya kan. Sentiasa yakin boleh buat dan bergantung haraplah kepada Allah. Dia menulis skrip untuk kita, jangan risau bagaimana nak keluar daripada adegan yang merimaskan tetapi focus untuk mendapatkan happy ending cerita hidup kita di dunia ini. Itu jauh lebih penting. Chill!






Monday, March 27, 2017

Menerap Keyakinan

Assalamualaikum...salam pagi Isnin yang indah. Siapa kata hari Isnin hari untuk bermurung? It's the beginning of the week...hello...smile to the world please! Yeah...yeah...I know...The worst kind of pain is when you're smiling just to stop the tears from falling. Tak pe...tak pe...biarkanlah. Dunia akan terus berputar. Tak payah sesakkan fikiran yang telah sedia sesak. Memang tak ada orang akan pedulikan kita pun...jadi stick to the plan saja...Tuhankan ada. Cukuplah Allah sebaik-baik pelindung dan peneman tika seisi dunia tidak mampu membantu.

Okay...so what's up?


Currently Telipuk sedang membaca dua buah buku...satu ialah buku, "Don't be Sad Muslimah" dan satu lagi buku kat atas tu, "Move On"...eh...eh...nampak mainannya tu kan? Hahaha...well...jangan tengok yang tersirat, fokus pada yang tersurat sudahlah. Buku jer pun kannn...kita boleh baca apa-apa genre pun...baik yang motivational, yang fictional...apa-apalah. Untuk Telipuk yang masih 'mencari-cari' rentak, memang buku-buku macam inilah yang Telipuk suka sekarang.

Last weekend Telipuk pergi makan pagi di NZ Wangsa Maju. Selain mamat penghibur yang menyanyi kat depan tu, Telipuk tertarik melihat dari jauh deretan buku di hadapan kaunter bayaran. Nampak promosi kat situ beli satu dapat satu pada harga RM10. Wahhh...apakah itu??? Sekali pergi dekat nak tengok...aiyakkk...novel-novelan yang tajuknya saja sudah buatkan Telipuk kembang tekak...so hihihihi...memang tak masyukkkk!!! Jadi, kalau korang nak bagi hadiah buku kat Telipuk...eh...eh...(contohlahhhh)...jangan sesekali...diulang...jangan sesekali hadiahkan Telipuk dengan novel yang tajuknya macam Sebenarnya Dia tu Jiran Saya atau Rindu Awak Beratus-beratus % Sampai Tak Terkira...sebab ia akan mencetuskan satu perasaan jengkel dalam hati Telipuk. Aduhhh...maaflah, jangan terasa...Telipuk bukan saja-saja buat macam tu, tapi memang Telipuk tak minat. Mungkin sebab Telipuk dah tua pun...tak minat dah bahan-bahan macam ni...(tapi dulu-dulu masa muda pun macam tu juga...tak minat).

Berbalik kepada buku-buku yang sedang Telipuk baca tadi, seperti biasa memang slow jer baca. Iyalah, kadang-kadang baca sekali lalu tak faham...baca sekali lagi barulah menjelma maknanya. Itu belum masuk bab relate atau tidak dengan diri sendiri. Yang interaksi sebegitulah yang memperlahankan pembacaan...lainlah kalau nak speed reading. Kejap jer habis.

Cuma satu Telipuk nak katakan...yang Telipuk kadang-kadang rasa terkilan dengan diri sendiri...kata-kata yang manusia karang jugaklah kau nak baca kan...padahal point-point yang diberikan tu semuanya dah lama ada dalam Al-Quran. Dah lama Nabi kongsikan. Itu adalah kelemahan diri Telipuk sendiri. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas...cari dan ambillah. Asalkan ia tidak bercanggah dengan rujukan utama dan membawa kita semakin hampir dengan Allah.









Tuesday, February 14, 2017

Buat Jahat Jangan Sekali

Kata Ustaz saya, jangan pernah berhenti daripada berbuat kebaikan atau berbuat baik kepada orang walaupun madu yang kita beri dibalas dengan tuba. Maksudnya, teruskan sahaja berbuat baik dengan orang walaupun tidak mendapat balasan setimpal, tiada perhargaan ataupun orang tu balas dengan kejahatan. Contoh...er...kalau korang rajin tengok sinetron Indon boleh dapat banyak contoh kat situ. Tengok jer watak orang yang baik tu...dah kena macam-macam pun masih tetap baik dengan si penjahat sampai penonton geram-geram rasa nak tukar skrip ajer. Hahahaha...

Mengapa begitu ye? Kesianlah dekat orang yang baik tu kan...macam tak dapat apa-apa. Rugi lagi ada. Eh...eh...salah tu. Jangan lihat guna kacamata penilaian manusia. Tapi lihatlah dengan kacamata amalan. Betul, dia terlihat rugi di dunia. Tetapi kebaikan yang dia buat itu sebenarnya bukanlah untuk orang tetapi perbuatan itu sebenarnya untuk dirinya sendiri. Apa-apa jua amalan kita memang untuk diri kita. Kita buat baik, Allah beri ganjaran pahala atas kebaikan kita, barangkali kita memudahkan urusan orang dengan cara begitu. Kalau sekalipun manusia tidak menghargai, kita masih tidak rugi apa-apa. Lagipun manusia boleh bagi apa ? Yellekkk! Kalau kita buat baik, tapi orang tu tetap buat jahat kat kita...kita sabar saja sudah. Maka, kita akan dapat pahala atas kesabaran kita menahan diri daripada melakukan perbuatan (misalnya balas dendam) sedangkan kita sebenarnya mampu pun untuk balas balik perbuatan tu. Cumanya kita memilih untuk bersabar sebab kita yakin dengan perancangan Allah dan kita tahu Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Adil. Kan elok macam tu?

Yelahhh...ko cakap memang senanggg...den yang menanggung ni haaa...

Siapa kata senang? Saya tak kata benda tu senang. Tapi begitulah sifatnya jalan-jalan menuju kebaikan dan kedamaian abadi. Jalannya dihiasi ranjau dan duri. Derita dan sengsara di mana-mana. Memang begitu ciptaannya supaya hanya yang benar-benar layak sahaja mampu melepasi halangan itu seterusnya mengecapi nikmat syurga Allah yang tidak mampu kita menggambarkan.

Sedangkan neraka itu jalan-jalan menujunya dihiasi dengan keseronokan dan perkara-perkara yang menyukakan nafsu. Tapi sekali kau terjerumus...nauzubillah...penghujung yang menanti adalah azab yang sangat dahsyat!

Mengapa begitu? Kerana itulah namanya ujian. Mesti nak lulus dengan cemerlang. 4 flat gitu. Kalau yang senang-senang pejam mata pun boleh dapat...apa kelasss. Barulah berbaloi-baloi nak dapat segala apa jua yang terlintas dalam hati, apa jua yang dihajati...tapi tu kendian la kan...tok sah cakap banyak. Tok sah tanya banyak. Kang jadi Bani Israel yang banyak songeh pula.

Oh ya, satu lagi motivasi supaya kita boleh kekal buat baik tanpa mempedulikan balasan manusia ialah sebab kita memilih berbuat baik bukan kerana dia pun. Tapi kita buat baik sebab mengenangkan betapa Allah telah berbuat baik kepada diri kita. Ya...mengapa tidak, dengan segala nikmat yang tak cukup nak kita senaraikan...apa salahnya kita tunjukkan kesyukuran kita dengan melayan orang dengan baik. Dapat pahala apa...kalau orang tak nak balas baik pun tak apa...silap hari bulan dia aniaya kita dan kita mantain sabar dan baik, dah sah-sah bukan setakat pahala kita dapat...dengan dosa-dosa kita kita boleh transfer kat dia dan pahala-pahala dia kita rembat sebagai ganti. Hurmm...untung banget tu...

Kan betul...berurus niaga dengan Allah ini memang kot mana-mana pun menguntungkan!


Tuesday, October 04, 2016

Membalas Dengan Kebaikan

Renungan untuk hari ini.



Cuma pastikan anda menjadi pokok yang berbuah ye. Kot kalau jadi pokok buluh...nak baling apa pulak. ;)

Monday, December 01, 2014

Belum Cukup Kuat

Kekuatan yang sebenar bukanlah terletak kepada kegagahan fizikal, keupayaan membuatkan orang lain menikus atau kemampuan untuk menang dalam segala hal.

Kekuatan yang sebenar ialah kemampuan menahan diri daripada ...
...mengulas atau membalas walaupun berhak untuk menjawab
...marah sungguhpun kita punya seribu satu sebab untuk marah
...membalas perbuatan yang menyakiti hati sedangkan kita mampu melakukannya
...mengungkit kebaikan yang pernah kita lakukan
...berubah sikap bila teguran diterima itu menyinggung rasa

Kekuatan yang sebenar juga terserlah apabila kita...
...mampu tersenyum walaupun hati berduka
...mampu meneruskan hidup seperti biasa walaupun 'sakit'
...mampu bersikap positif dan mengambil pendekatan bermuhasabah
...mampu bangkit kembali walaupun tetap saja berkali-kali rebah
...mampu terus mencuba walaupun berkali-kali buat silap
...mampu mengaku salah dan membetulkan keadaan
...mampu mengalah walaupun ada peluang untuk menang (demi kebaikan jangka panjang)
...tidak berputus asa, biarpun perit diasak ujian

Bila kita buat semua yang di atas kerana Allah dan sabar kerana mengharapkan balasan Allah, di situlah letaknya kekuatan kita.

Friday, December 13, 2013

Harap PadaNya

Minta tolonglah dengan Allah untuk apa perkara sekalipun. Jangan minta tolong pada manusia sebab manusia banyak limitasinya. Manusia bila nak tolong, dia fikir-fikir dulu. Dia akan pertimbangkan nak tolong ke tak nak. Kadang-kadang bila dia memang rasa nak tolong, tiba-tiba tengok kemampuan dia terhad. Dia kesian kat kita. Contoh, kita nak pinjam duit. Kalau boleh dia nak bagi, tapi dia sendiri pun bajet lari. Tak dapek nak nolong. Kadang-kadang dia rasa nak tolong, tapi ada orang pula tak bagi. Kalau dia dah tolong sekali dua, dia mesti dah keberatan nak tolong lagi dan lagi dan lagi. Nanti dia kata, "Apa? Hang ingat aku ni dok kerja cop duit ka?".

Pendekata, kemampuan manusia untuk menolong memang terbatas. Kalau tolong pun, kemudiannya dia akan mengungkit-ungkit. Disebut-sebutnya selalu supaya kita tak lupa dan selalu rasa terhutang budi. Selalu mesti ada balasan. Jarang yang nak tolong dengan ikhlas. Selalu ada kepentingan lain sebagai pertimbangan bila keputusan hendak menolong itu dibuat. Begitulah kalau harap-mengharap sesama manusia.

Sebab itu, minta tolonglah dengan Allah. Allah tetap tolong kita walaupun kita tidak minta atau terlupa nak harap. Sedar-sedar sudah dapat. Rezeki yang kita suap masuk ke mulut itu dari siapa kalau bukan Allah? Memanglah roti canai sahaja (atau cheese nan sekalipun), tapi kita lupa nak fikir kalau bukan rezeki kita jangan haraplah roti canai nan sekeping itu boleh masuk ke dalam perut. Sebab itu jangan sombong dengan Allah. Jangan lupa ucapkan rasa syukur setiap masa kerana yang sudah menjadi kebiasaan itu selalunya mudah dilupakan.

Minta tolonglah dengan Allah kerana Allah tidak pernah bosan mendengar permintaan kita.Minta tolonglah denganNya kerana Dia boleh tunaikan segala-galanya. Hari ini minta, esok boleh minta lagi. Allah tunaikan atau tidak tunaikan...semuanya dengan hikmahNya. Yakinlah Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Semoga rasa kebergantungan hanya kepadaNya terus bersemarak di celah-celah kelemahan diri yang sering alpa dan leka.

Monday, December 02, 2013

Jalan Bahagia

Kata seorang kawan, suatu kajian menunjukkan yang kebanyakan orang ketika ditanyakan apakah perkara yang paling dia kesalkan (sebelum menutup mata a.k.a mati) ialah tidak melakukan perkara-perkara yang dia mahu lakukan untuk dirinya. Yakni, tidak mendahulukan kehendaknya, sibuk menunaikan kehendak orang...akhirnya mati kempunan. Jadi, untuk merasa bahagia dengan kehidupan kita, maka, adalah perlu kita membahagiakan diri kita dahulu. Lebih kurang begitulah (kalau yang saya nukilkan ini tidak 100% tepat...saya minta maaf).

Walaupun mungkin peratus ketepatannya tidak tepat (dan saya hanya mampu menukilkan di sini setelah beberapa hari berlalu dengan keadaan hidung yang masih tersumbat), cukup untuk menjadikannya entri pada hari ini.

Rasanya, meski tak begitu ketara, saya telah menunjukkan reaksi tidak bersetuju saya dengan apa yang ingin diketengahkan oleh kajian itu. Pada pendapat saya, sekiranya setiap yang kita lakukan kita perlu fikirkan diri kita dahulu...maka, kita akan bahagia secara syok sendiri. Dan kita dengan mudahnya akan menjadi seorang yang hanya mementingkan diri sendiri. Kehidupan itu sendiri, pada pendapat saya, tidak berlegar tentang kita sahaja...ya, memang kita adalah watak utama dalam kehidupan kita....tetapi yang menjadi tumpuan ialah tentang interaksi kita dengan watak-watak lain di sekeliling kita. Penceritaan. Apa yang menjadikan watak kita itu istimewa. Kalau istimewa, di mana keistimewaannya? Kalau watak lain tak penting, bagaimana harus kita mengisahkan hidup kita? Bayangkan kalau watak Hang Jebat tak ada....bagaimana mungkin kita boleh menggambarkan tahap kesetiaan seorang Hang Tuah? Hemmmm....

Saya hanya memberikan komen ringkas kepada kawan saya itu iaitu, tidak kira apa yang kita lakukan atau tidak lakukan (apa jua pilihan yang dibuat), setiap satunya haruslah bersandarkan kepada niat lillahi taala. Kerana Allah semata-mata. Mungkin hidup kita sepanjang masa ini banyak dihabiskan dengan membahagiakan orang lain sampai kita terlupa membahagiakan diri sendiri...well...tak apa. Janji kita suka buat. Kita seronok buat.  Bukankah sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain? Kita buat kerana Allah. Jadi pahala. Bahagia tak dapat pahala? Konfem bahagia!!!

Bila kita buat sesuatu kerana Allah, kita tak lihat kepada manfaatnya kepada kita dari segi duniawi. Misalnya, kita tolong orang bukan mengharapkan orang tu tolong kita balik. Tetapi kita tolong kerana Allah. Satu sen habuan pun kita tak dapat. It's okay. Apa sangatlah habuan tu kalau dibandingkan ganjaran Allah. Ya...ya...cakap senang. Maklumlah, benda tak nampak.

Rasanya lebih mudah kalau kita kembali kepada tujuan asal manusia diciptakan. Kita diciptakan untuk apa?

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu" - Surah Adz-Dzariyat ayat 56.

Kita adalah hamba dan tugas seorang hamba ialah taat kepada tuannya. Tuan kita siapa? Tuan kita Allah. Allah yang menjadikan kita daripada tiada kepada ada. DiberiNya segala-gala yang kita perlukan untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini. Menjadi khalifahNya. Dia tidak membiarkan kita begitu sahaja. Dia kirim para pembimbing, Rasul-rasul dan Nabi-nabi. Untuk kita umat terakhir ini, berbahagialah kerana kita bernabikan manusia mulia, Muhammad S.A.W yang membawa bersama-samanya sebuah panduan paling lengkap, kitab suci Al-Quran. Jika kita berpegang kepada Al-Quran dan sunnah Nabi, insha Allah, kita pasti mampu berdiri di atas landasan yang benar, yang akan menyampaikan kita kepada kebahagiaan abadi. Itulah sebesar-besar kejayaan. Bahagia yang sebenar!

Jadi, tak mengapalah kalau saya melupakan apa-apa yang pernah ingin saya gapai kerana mendahulukan kehendak manusia lain (yang lebih menginginkan). Saya tidak rasa menyesal. Mungkin benar ada banyak benda yang saya terlepas. Tak mengapalah, saya sedia lepaskan kerana saya percaya yang saya lepaskan itu tidak seberapa berbanding apa yang boleh saya dapat (kalaulah saya benar-benar bertekad dan redha). Kalau saya tak dapat di dunia ini, apa susah...saya pasti dapat di dunia sana. Hemmm...memang sudahnya tak akan ada benda yang perlu dikesalkan langsung kalau kita ubah cara memandang kita.

Teringat kisah seekor burung yang bersusah-payah berulang-alik membawa air dalam mulutnya untuk membantu memadamkan api marak yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Ketika ia ditanya mengapakah ia terus melakukan pekerjaan yang dilihat sia-sia itu...ia menjawab, (lebih kurang  begini)..."setidak-tidaknya aku ada sesuatu untuk dijawab jika Allah bertanyakan kepadaku apa yang telah aku lakukan berbanding kamu yang tidak buat apa-apa".

Burung pun berusaha nak sediakan jawapan...

Kita nak jawab apa?

Tuesday, July 16, 2013

Susahnya dunia

Kehidupan di dunia ini memang serba-serbinya susah. Betul...susah memanjang! Yang hidup susah pun susah, yang hidup senang pun susah. Hemmm???

Yang hidup susah, mungkin susah nak cari makan. Susah nak cari duit sebab susah nak cari kerja yang boleh menjadikan hidup susah lebih senang. Yang hidup senang pun ada susahnya. Mungkin susah nak cari masa untuk dia menikmati kesenangan yang dikumpulkan. Mungkin juga susah hati memikirkan hutang piutang dan masalah perniagaan. 

Siapa yang tak susah hidup di atas dunia ini???

Bayi pun susah juga, susah bila dia nak minum susu dan terpaksa tunggu susu disediakan. Buatnya mak sibuk berFB, alamat melalak kelaparanlah beberapa ketika sehingga dia dapat apa yang dia mahu. Polis susah sebab nak membanteras jenayah siang dan malam. Yang bekerja di pejabat dalam air-cond pun susah juga kerana tepat masanya kena produce apa yang boss nak. Lepas tu belum tentu apa yang dihasilkan itu sama dengan kehendak. Dan susahnya nak tunggu hari dapat gaji...hahahah. Yang kerja sendiri pun susah juga. Walaupun kerja dari rumah. Mungkin penat memenuhi tempahan pelanggan kerana biskut atau kek yang kita hasilkan itu mendapat sambutan menggalakkan. Entah-entah nak masak untuk keluarga sendiri makan pun tak sempat. Kan susah tu?

Oklah, mungkin kalau kita duduk-duduk goyang kaki tak buat apa boleh dikatakan senang....ye ke? Susah juga rasanya. Susah sebab tak ada benda nak buat untuk mengisi masa. Susah memikirkan betapa senangnya sampai tak tahu apa nak buat. Eh...susah juga tu kalau tak ada apa-apa nak buat!

Begitulah lumrahnya dunia yang kita tidak sepatutnya berasa hairan kerana kehadiran kita di sini pun bukan asalnya untuk bersenang-lenang. Kita berada di sini dengan segala macam kesusahan supaya kita dapat mengusahakan kesenangan di kemudian hari. Kita hanya akan senang kalau kita lulus ujian Tuhan. Kita hanya akan mengecap kesenangan itu apabila kita menjadi mukmin yang berjaya. Yang mewarisi Firdaus! (Al-Mukminun 1-11).

Benar, hanya di syurgalah manusia dapat hidup senang. Segala apa yang terlintas akan terus tampil depan mata. Nak makan buah, tak perlu panjat pokok. Pokok dan dahan itu akan merendah kepada kita tanpa kita perlu bersusah payah.Tak ada istilah susah di sana. Semuanya senang dan menyenangkan.

Namun untuk mendapat kesenangan itu, kenalah bersusah-payah dahulu. Sebab itu dunia ini dijadikan sedemikian rupa. Penuh pancaroba dan tipu daya. Untuk menduga manusia dan supaya jelas, siapa yang layak dan siapa yang tak layak. Ingat boleh masuk syurga percuma ke?. Kenalah ada tapisannya. Ada sesi penilaian. Kalau untuk mendapatkan benda-benda terbaik di dunia inipun macam-macam prasyarat dikenakan...tak akanlah untuk melayakkan diri ke syurga Allah boleh dengan sewenang-wenangnya. Tentulah ada syarat-syaratnya. Lagi tinggi darjat syurga itu, semakin ketat syarat-syarat kemasukannya.

Ini motivasi untuk diri sendiri sebenarnya. Kadang-kadang bila terasa lelah mengharungi hari, rasa penat, hati kecil dok berkata-kata...alangkah bestnya kalau dapat rehat....coppp...cepat-cepatlah ingat yang diri ini masih bernafas di muka bumi Allah. Selagi hayat dikandung badan, begitulah lumrahnya. Hari demi hari penuh dengan kesusahan. Penuh dengan cabaran yang mudah menjadikan kita capek menghadapinya. Dan bila teringatkan itu semua, ingatlah 'segalanya tidak kekal'. Hanya susah di dunia! Lepas ni tak susah lagi dah itupun kalau kita berjaya meraih syurga Allah. Jadi, jangan susah hati dengan ujian demi ujian...biar susah sekarang, jangan susah kemudian. Kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Jangan leka bersenang-senang dengan kesenangan dunia kerana takut kita hanya senang sekarang tapi susah di kemudiannya. Abadi pulak tu.

Fikir-fikirkanlah!

Thursday, April 11, 2013

Mencari Hidayah

Sedar tak sedar, kita selalu 'double standard' bila bercakap bab-bab ukhrawi. Kita selalu rasa tak cukup ilmu nak buka mulut membetulkan kemungkaran yang berlaku depan mata sebab kita risau kena 'tembak' balik. Takut nanti orang akan mempersoalkan kita balik, "Hang tu dah baik sangat ka nak cakap macam tu kat kami...". Dan kita akui, memang tak cukup ilmu lagi tersangatlah kerdilnya hendak membetulkan orang sedangkan diri sendiri pun masih banyak kelemahannya. Sudahnya, kita terpaksa tutup mulut dan buat tak nampak dengan harapan orang lain akan ambil alih tugas itu atau Allah berikan hidayahNya. Tapi sampai bila nak tunggu ilmu penuh di dada baru rasa berani nak bersuara? Silap haribulan kita masuk dalam tanah dulu...apa pun tak sempat buat! Padahal, bab-bab dunia...yang kita tak ada ilmu, selamba rock pula kita memberikan teguran dan pandangan. Tak pulak kita stop dan kata kepada diri sendiri..."Oppss...ini bukan bidang saya...tak retilah nak komen"...mesti ada-ada aje kita nak menambah, kan? Orang bergebang pasal ekonomi...kita pun join jugak, berdegar-degar memberi pendapat. Padahal, kita bukan pakar ekonomi pun...hanya sekadar mengutip bahan-bahan di dada akhbar atau pendapat mulut ke mulut. Tak kisahpun kalau fakta yang kita nyatakan itu betul atau salah. Dan tak pula hati kita berasa 'risau' sepertimana risaunya kita bila hendak buka mulut bercakap tentang agama...takut salah faham konon...

Bercakap tentang salah faham atau salah tanggap ini...rasa terpanggil pula hendak menyatakan sesuatu tentang beberapa keadaan yang biasa kita jumpa dalam kehidupan seharian. Pertamanya, bab menutup aurat. Tak payah bagi contoh artis, yang bukan artis pun boleh. Sebabnya yang ramai tu mereka seperti salah faham, berpakaian tertutup sempurna namun masih tidak menutup aurat. Sebab itu, kena dibetulkan...yang dikatakan menutup aurat itu, bukanlah maksudnya menutup kepala atau rambut. Salah faham ini sangat berleluasa kerana kita kerap terjumpa dengan wanita-wanita yang menutup kepala (dan rambut) dgn sempurna tetapi membiarkan lengannya terdedah ataupun memakai pakaian yg sendat. Ada juga yang sudah elok bertutup atas dan bawah, tetapi jaranglah pula. Orang nak berfesyen, kita pun nak berfesyen...tapi tak tengok kesesuaian. Fesyen 'peplum' tu...kalau yang pakai kurus melidi tu, oklah juga, tapi kalau kita badan agak berisi pun nak pakai...bayangkanlah sudah jadi 'berlipat' di pinggang dan tersekat-sekat di pinggul. Tak usahlah menjatuhkan maruah diri semata-mata hendak dilihat trendy dan up-to-date. Sudahnya jadi mangsa fesyen.

Salah faham seterusnya ialah apabila kita menyangka yang benda yang kita patut atau tak patut buat itu harus sehaluan dengan suara hati dan menyedapkan hati sendiri dengan konon-kononnya kita jujur dengan diri sendiri (walaupun benda itu salah). Tentu kita biasa terbaca atau terdengar di mana-mana bilamana seseorang itu berkata, "saya tidak kisah apa org nak kata... yg penting saya bukan seorang yang hipokrit. Saya hanya menjadi  diri saya dan saya tidak perlu berubah untuk memenuhi kehendak orang". Lain kali kita harap dia akan fikir dulu sebelum mengeluarkan ayat-ayat klise sebegitu. Orang kata memanglah kita boleh bersikap tidak ambil kisah, tapi apa kata Allah? Adakah yang itu kita tidak mahu ambil pusing juga?

Oleh yang demikian, janganlah suka-suka beri alasan "hati saya belum terbuka" atau "saya belum bersedia.. suatu hari nanti mungkin saya juga akan berubah ke arah itu." Adakah kita sudah bersedia untuk mati?Adakah kita tahu bila kematian itu akan datang? Bolehkah kita pastikan kita betul-betul bersedia sebelum maut datang menjemput? Kalau kita tidak ada jawapan untuk soalan-soalan itu...berhentilah memberi alasan menunggu hidayah. Menunggu hati terbuka. Cuba berdiri depan pintu masuk rumah yang berkunci, tak ada orang lain dalam rumah itu untuk bukakan pintu. Sedangkan kunci rumah ada dalam tangan kita. Agak-agak pintu itu akan terbuka sendirikah kalau kita hanya berdiri menunggu dan enggan berbuat apa-apa? Begitulah perumpamaannya. 

Benar, Allah memberi hidayah kepada sesiapa yg Dia kehendaki. Tetapi adakah kita tidak mahu berada dalam golongan yang Dia pilih untuk beri hidayah? Atau kita nak biar tunggu dan lihat a.k.a tak payah buat apa-apa dengan alasan, terpulanglah kalau sudah begitu Allah takdirkan? Sedangkan untuk hidup di dunia ini kita sanggup bergolok bergadai, berhempas pulas mahu memastikan kelangsungan hidup...alih-alih untuk kelangsungan hidup di akhirat yang kekal nan abadi, kita tergamak bersikap acuh tak acuh. Itu tidak betul!

Sebab itu dalam bab iman ini, kita tidak perlu tunggu hati, tidak perlu nak tunggu datang ikhlas...kita buat aje! Kita tidak perlu tunggu jadi sempurna dulu...kita 'on' terus. Samiaq na wa atoq na. Kami dengar dan kami patuh.
Dalam bab iman kita kena paksa diri. Hatta kalau perlu berpura sekalipun. Bukan kata berpura tu depan orang kita sembahyang...belakang kita tuang...bukan! Yang tu munafik namanya. Matlamat kita ialah mencari dan meraih keredhaan Allah. Yang akan lihat dan nak nilai kita ialah Allah. Kalau matlamat ini jelas...kita tidak ada masalah bab nak buat solat, puasa, zakat dsb...sebab kita tahu kita buat semata-mata kerana Allah. Allah suruh...kita buat, walaupun hati kita  tak suka. Walaupun kita rasa malas nak datang dengar ceramah...kita kena paksa diri kita pergi juga dengar. Itulah yang kata berpura tu. Pura-pura suka walaupun hati/nafsu benci. Memang kita kena buat macam tu. Buat! Buat! Dan buat lagi berterusan sampai tunduk hati dengan rela. Walaupun panas nak pakai tudung. Walaupun rimas, susah dan lemas... kena pakai juga. Kenapa bab-bab ini kita nak sandarkan kepada manusia. Nak juga dapat redha manusia yang tidak boleh beri kita apa-apa manfaat pun. Takut sangat kalau orang nanti kata kita pakai tudung ni mesti jadi ala-ala chipsmore...sekejap ada, sekejap tak ada. Kita lebih takut orang mengata daripada Allah murka. Kita kalau nak tunggu hati terbuka...buatnya tak terbuka macam mana? Apa usaha kita untuk buat hati kita terbuka? Ada kita dekatkan diri dengan perkara-perkara kebaikan? Ada kita hindari benda-benda maksiat? 

Jangan kata belum dapat hidayah, kalau kita yang belum pasti hendak kan hidayah Allah atau tidak. Kalau kita betul-betul hendak dan usaha ke arah mendapatkannya, in shaa Allah, saya yakin Allah akan mudahkan dan beri kita petunjukNya.

Friday, January 20, 2012

Mendepani Ujian

Sebetulnya dalam setiap detik dan ketika, dalam setiap nafas yang dihela, kita sedang diduga. Sedang melalui ujian yang tidak kita sedari. Ujian itu datang dalam semua keadaan. Baik yang suka mahupun yang duka. Ujiannya tetap ada. Hanya barangkali kita terlupa untuk memperhalusi diri, mengenal situasi dan memahami makna.

Sehari dua ini saya berdepan dengan sedikit gangguan berupa batuk, selsema dan rasa lemah-lemah badan. Saya fikir, tak apalah...Allah telah memberikan saya setahun penuh yang bebas daripada sebarang masalah kesihatan, tak akanlah saya tidak boleh hadapi gangguan sementara ini. Saya patut bersyukur. Kemudian saya terfikir pula...eh...apakah hanya bila diuji begini baru saya hendak cuba memahaminya padahal ada macam-macam bentuk ujian. Sedangkan waktu tengah ceria bergelak ketawa itu juga satu ujian. Mengapa tidak? Waktu-waktu sebegitu ujiannya ialah samada kita masih mampu untuk kekal mengingati Allah dan mensyukuri nikmatNya. Dan rasanya, itu adalah ujian yang jauh lebih berat daripada penyakit. Ujian untuk terus bersyukur dalam saat-saat gembira yang melalaikan.

Seorang teman rapat sedang diuji dan ujian itu sebetulnya turut menguji saya sebagai seorang yang mengaku kawannya. Benarlah, sebagai orang yang hanya sekadar melihat, saya hanya mampu memberi kata-kata perangsang yang saya sangat khuatir hanya sekadar cakap-cakap menyedapkan hati. Kerana bukan saya yang mengalami apa yang dialami. Bak kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tetapi saya percaya yang teman saya itu seorang pejuang yang kental. Dia pasti boleh mengharunginya. Saya yang patut risau dengan nikmat yang saya ada ini yang sering melekakan saya. Saya takut kehidupan saya ini begitu-begitu sahaja tiada apa-apa yang berubah. Rugilah saya kalau masih ditakuk lama.

Bersabarlah wahai teman. Bersabarlah, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.

"Apabila Allah mencintai suatu kaum, nescaya Dia akan menguji mereka.
Barangsiapa yang sabar, maka baginya buah dari kesabaran itu.
Dan barangsiapa yang bersedih, maka ia hanya akan mendapatkan kesedihan itu
."

HR. Tirmidzi dan Ahmad

Monday, August 22, 2011

The Misadventure of Mrs Wiseacre

Poor Mrs Wiseacre spent all day going back and forth to HKL on one unfortunate day last week.

Earlier that day, she was there accompanying her beloved father for an appointment with the specialist doctor. Before they went in to see the doctor, she was very positive that everything would get finalized that day.

Perhaps just a bit of introduction to that misadventure.

Since early this year, she had been written letters to LUTH, seeking approval for her father to be included in this year's haj pilgrimage. She registered her mother in early 2000s. At that time, her father advised to go ahead with her plan and that he probably would not be going . Because Mrs Wiseacre have the disability to read between lines, she took it explicitly. It caught her by the surprise when last 2 years, he expressed his wish to go to Mecca with her mother. Quickly as she could, she managed to put him in, but at that time, he was still on appeal list. Her mother was on standby last year. Since it did not happen last year, this year is hers. And Mrs Wiseacre had been pushing for her father to get through as well. Luckily, she got the biggest 'cable'...yes, she sent her application direct to Allah.

Alhamdulillah, she's tried and last 2 months, they got the good news. So, both her Father and Mother are going this year. She's very happy about it although it irked her when people passed comments that she should send them via special package, not muasasah...to which she could only listen politely and hid her disappointment at the remarks...some people just could not fathom the situation faced by others and refused to understand. Well...it's always easy to judge others...*sighed*...

When it came to the health screening, her mother sailed through the examinations, unfortunately, her father did not make it. There's irregularity in his ECG test, hence, he was referred to HKL. And the adventure kicked-off...

Initially, the family thought he's having an asthma. The symptoms look like asthma. They've not done detailed check up before. Not because none of them care, but because they wanted to avoid conflict with him...last place he would want to go to (with no other choice) was hospital. His last encounter was during the accident few years ago where he was warded at HPB.

Now that his motivation is to go for the haj, he's willing to obey. He need to get the doc's endorsement so that he could complete his medical book and submit it to LUTH.

Mrs Wiseacre and her father thought it would be just a one time ordeal...so, they braced themselves for the series of examinations, being transferred from one room to another and had to wait hours for his turn...only to be told that he needed to come again for another test.

He's been to HKL for 3 times already with her leading and guiding him around. Everytime she thought she could took just a half day leave only to find that she got no choice but to deduct her annual leave. But, deep inside...her heart is burning with pride...that she's got the chance to serve her father. Whatever she can do within her limit, she would just do. Life is so short. She has no regret whatsoever.

That fine morning she was at the hospital to accompany her father for an Echocardiogram. Later they went to see the doctor. The doctor needed to ascertain few other things before giving him the 'green light' he's been waiting for. Okay, fine. At the end of the meeting, they're given a date to come. Only after they reached home that she realized the date conflicted with her plan. Her father and mother were supposed to leave KL for a good two weeks raya gathering at their kampung. So, she freaked out!

She needed to set things right. She thought, it's better to go to HKL and met the assigned doctor personally as she is a firm believer to "action speaks louder than word". She wanted the doctor to be amazed at her determination and accorded her with the treatment she's been imagined in her head. Besides, since she knew how 'complex' the system was at the hospital, she did not believe that her words would travel well to the intended destination if she decided to do it just via a phone call. She did tried at first, but the moment the receiver requested her to call to another desk, she decided to surrender.

And she thought she knew it all. She refused to drive to HKL because she knew her chance to get a good parking spot was zero. She had been using taxi for previous visit...but, because she thought she got better solution, she decided to walk! She made a simple calculation thinking that she would know where to go to the moment she reached the Titiwangsa lrt. It never crossed her mind that it's not as simple as what she thought. No amount of google information could prepare her for this adventure as her lack of experience quickly shown soon after she left the lrt station.

The 5 minutes walk now ascending to 10 minutes yet HKL was not within her sight. The bad narrow roads, dust, smelly irrigation and Banglas sent shiver down her spine. Alamak! Now she's started to panic because there's no other people walking near her and her wonderful brain had started to play the horror movie - "acid attack series". As she quicken her steps under the blazing sun, she could felt eyes on her back and she almost wanted to run. Then, the back entrance of Grand Season came to her sight. She was so pleased she thought she wanted to go and hug the bell boy. But, Mrs. Wiseacre was also a very 'stubborn' woman. She would never admitted that she's lost and that she's damn tired. Instead, she maintained her regal postures trying to look as if she knew what she's doing so that she did not have the excuse to stop and asked for direction. And yes, she did arrived at the hospital.

Oh poor Mrs. Wiseacre, she did not paid attention to the specialist clinic daily schedule which was prominently displayed in front of the clinic although for the past two visits she'd been sitting right in front of it. That afternoon, the clinic catered only for the elderly...and none of the staffs that work in the morning were there. There's different team attending to the patient. Hemmm...she knew it...when the nurse on duty spoke in that irritating manner while her hand waved Mrs. Wiseacre off...she need to come again tomorrow morning. (But, she didn't. Finally, she decided to push her father to maintain the original date.)

On her way back, (she's so stubborn she wanted to try another lane)she kept thinking about the reason behind series of events that she'd went through. She decided not to allow any negative thinking to creep inside her mind. She decided to handle all the 'obstacles' one by one. Oh yes, she did a lot of self-motivation lately...hehehe...she found the shorter route (finally)...and she was drenched with sweat as she took her train home (which is only a station away where her bold black atoz was parked). There's a new resolution that she would wish everybody to know, she would now prefer to drive to HKL than walk from Titiwangsa. Hehehe...

Now, back to her father.

He has been diagnosed with COPD (Chronic Obstruction Pulmonary Disease) which is what she's been suspecting for many years. It must have been something to do with his smoking habit! No wonder he's having breathing difficulties . And they thought it asthma! Hemmm...now that she's been quick at searching and 'googling' over the net, she understand the complexities of the disease better. And with that, it's much easier to decide on the treatment.

No, it did not end here as they still have to wait for the next appointment (the fourth consultation) which will only happen this Thursday and she's been praying as much as she could that things will eventually gets easier for her father.

Oh yes, with Mrs Wiseacre everyday is interesting!

Wednesday, April 13, 2011

Sifir Sini Sifir Sana

Aduh...memang pedas sungguh. Tajam menikam. Bisa berbisa bak kata Uk's. Hehehe.
Yelah, mahu nyer tak...kalau ustaz cakap, kita ni bab sifir dunia, laju jer...tapi bila tanya sifir akhirat...menggelupur!

Isu sifir ini timbul berikutan tajuk yang dibincangkan minggu ini adalah, "Kelebihan Membuat Kebaikan".

Daripada Ibnu Abbas RA, daripada Rasulullah SAW mengikut apa yang di riwayat daripada Tuhannya Tabaraka wa Ta’ala: “Sesungguhnya Allah telah menulis segala perkara kebaikan dan keburukan, kemudian Dia menerangkan perkara tersebut. Barangsiapa yang bercita-cita (berazam) untuk melakukan kebaikan, (tetapi) dia tidak membuatnya, Allah akan menulis di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Sekiranya dia bercita-cita dan melakukan perkara kebaikan tersebut, Allah Azza wa Jalla akan menulis di sisinya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda bahkan berganda-ganda lagi. Dan sekiranya dia bercita-cita untuk melakukan keburukan sedangkan, (tetapi) dia tidak membuatnya, Allah akan menulis di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan sekiranya dia bercita-cita untuk melakukan kejahatan serta melakukan perkara kejahatan tersebut, Allah akan menulis di sisinya satu keburukan sahaja.”

[Muttafaqun ‘alayh]

Dalam hadith yang lain, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Allah berfirman: Apabila hamba-Ku hendak membuat keburukan, maka janganlah kamu menulisnya (keburukan) sehinggalah dia melakukannya. Sekiranya dia melakukannya, maka tulislah yang semisal dengannya. Sekiranya dia meninggalkan keburukan tersebut kerana-Ku, maka tulislah baginya satu kebaikan. Dan apabila dia ingin melakukan perkara kebaikan sedangkan dia belum melakukannya, maka tulislah baginya satu kebaikan. Sekiranya dia melakukannya, tulislah baginya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda.” [HR al-Bukhariy]

Mengikut nas daripada hadith-hadith di atas, catatan kebaikan dan keburukan terbahagi kepada empat:

1. Amalan Kebaikan

Pahala amalan ini akan digandakan daripada 10 hingga 700 kali ganda dan berganda-ganda lagi. Gandaan pahala amalan kebaikan adalah lazim untuk apa-apa sahaja kebaikan yang kita lakukan, mengikut dalil firman Allah Ta’ala: “Dan barangsiapa yang membuat satu kebaikan, dia akan mendapat 10 kali ganda (balasan pahalanya)…” [Al-An’am: 160]

Adapun tentang pergandaan lebih daripada sepuluh kali ganda, ianya mengikut dalil firman Allah Ta’ala: “Perumpamaan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” [Al-Baqarah: 261]

2. Amalan Keburukan

Amalan ini akan ditulis sebagai keburukan seumpamanya (mengikut kadar keburukan itu sendiri) dan ianya tidak akan digandakan, sebagaimana firman Allah Ta’ala: “… Dan barangsiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak akan dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).” [Al-An’am: 160]

“Allah akan menulis baginya satu kejahatan…” membawa maksud bahawa ianya tidak akan digandakan sebagaimana di dalam hadith.

Akan tetapi kadang-kadang dosa itu boleh menjadi besar, sesuai dengan keadaan semasa atau tempat sebagaimana firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)…” [Al-Taubah: 36]

Daripada Aliy bin Abi Talhah, kata Ibnu Abbas tentang ayat “maka janganlah kamu menganiaya diri sendiri…”: Janganlah kamu menganiaya diri sendiri dalam setiap keadaan dan waktu, kemudian Allah mengkhususkan empat bulan tersebut dan menjadikannya haram (untuk menumpahkan darah). Kehormatannya besar, dan Allah menjadikan dosa yang dibuat pada waktu tersebut sebagai besar serta ganjaran amalan soleh yang dilakukan juga besar.

Sebahagian para sahabat Nabi SAW, mereka mengelak daripada tinggal di tanah Haram kerana takut melakukan dosa-dosa yang akan berganda di situ. Antara mereka ialah Ibn Abbas, Abdullah bin Amru bin Al-‘As. Antara mereka juga Umar bin Abdul Aziz. Kata Abdullah bin Amru: Dosa di tanah Haram adalah lebih besar. Kata Umar: Aku lebih rela melakukan 70 dosa di luar Makkah daripada aku buat 1 dosa di Makkah.

3. Bercita-cita untuk membuat kebaikan

Allah akan menulis baginya satu kebaikan yang sempurna walaupun dia tidak mengamalkannya sebagaimana di dalam hadith yang bermaksud: “Apabila seorang hamba-Ku berkata-kata untuk berbuat kebaikan, maka aku akan menulis baginya satu kebaikan.” [HR Muslim]

Maksud ‘berkata-kata’ ialah: Berkata-kata di dalam hati, iaitu bercita-cita/terdetik di dalam hati. ‘Bercita-cita’ pula membawa maksud: Azam yang kuat dan disertai dengan semangat yang bersungguh-sungguh untuk beramal, bukan semata-mata lintasan yang terlintas di dalam hati.

Kata Abu Darda’: Barangsiapa yang mendatangi tempat tidurnya, kemudian dia berniat untuk solat pada waktu malam, lalu dia tertidur sehingga ke waktu pagi, akan dituliskan untuknya ganjaran pahala mengikut apa yang dia niatkan.

4. Bercita-cita untuk membuat kejahatan tetapi tidak melakukannya

Dalam hadith Ibnu ‘Abbas: “Sesungguhnya ia akan ditulis satu kebaikan yang sempurna.” Dan di dalam hadith Abu Hurayrah: “Sesungguhnya ia meninggalkannya (perkara keburukan tersebut) kerana mengharapkan ganjaran pahala daripada-Ku.” Hadith ini menunjukkan bahawa orang yang bercita-cita untuk membuat maksiat, lalu dia meninggalkannya kerana Allah Ta’ala, tidak ragu lagi bahawa dia akan dituliskan satu kebaikan yang sempurna, kerana meninggalkan maksiat dengan tujuan mencari keredhaan Allah adalah suatu amalan yang soleh.

Adapun orang yang bercita-cita untuk membuat maksiat, kemudian dia meninggalkan amalan tersebut kerana takut kepada makhluk lain atau kerana riya’ , maka dia akan dibalas kerana meninggalkannya dengan niat kerana makhluk. Ini disebabkan mendahulukan takut kepada makhluk daripada takut kepada Allah adalah haram. Begitu juga niat untuk tujuan riya’ kepada manusia adalah haram.

Kata ‘ulama’: Takut engkau kepada angin yang boleh membuka tirai pintu rumah engkau ketika kamu melakukan maksiat sedangkan hati kamu tidak takut dan risau kepada pemerhatian Allah adalah lebih besar dosanya daripada maksiat yang kamu lakukan.

Kata Syeikh al-Fudhayl bin ‘Iyadh: Orang berkata: Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya’, dan beramal kepada mereka adalah syirik.

Adapun jika dia berusaha untuk melakukannya, kemudian takdir menghalangnya untuk melakukan amalan tersebut, maka akan di catat sebagai dosa, kerana Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak mengambil kira apa yang terdetik di hati umatku, selagi mana dia tidak bercakap atau beramal dengannya.” [Muttafaqun ‘alayh]

Jadi selepas ini, kenalah kita mantapkan sifir akhirat kita sebelum membuat sesuatu supaya dapat mengukur manakah yang terbaik untuk diri kita. Macam contoh yang diberi semasa kelas tadi, ehem...bagi derma kepada budak RM2. Ada orang boleh tanya kepada ustaz, "Ustaz, kalau kita bagi derma duit kepada budak-budak yang mana kita tahu diaorang tu under sindiket...dapat ke tidak pahala kita bersedekah tu ustaz?"

Jawapan pedas ustaz ialah...jeng...jeng...jeng...(jawapan pedas ni untuk tujuan illustrasi saja...masa dia jawab depan-depan tu mestilah secara berhemah, kan?)

"Amboi...nak keluarkan 2 hinggit bukan main berkira, tanya ada pahala ke tidak...tiba-tiba concern semacam jerk..."

"Tapi yang bawak keluar RM10,000 beli TV gergasi berteknologi terkini berjenama antarabangsa, tak pulak ada consideration pahala".

Murid-murid buat muka tak berapa nak paham analogi...hehehe...(antara muka 'sardin' dengan muka 'blur' wak satay)

So, terpaksalah ustaz memanjangkan penerangan berbisanya..." Mana yang lebih banyak, agak-agak kome le...beli TV tu banyak dapat pahala ke...banyak dapat dosa???"

"Awat masa hang nak beli TV tu hang tak pulak tanya cek tengok bab dosa pahala tu, tapi bab nak bawak keluaq RM2 je tetiba sibuk tanya ada pahala ke tidak...tu bukan 'konpius' tu tanda alamatnya nak mampus...(oppsss..bukan...bukan...)...tu le namanya 'Haji Bakhil'. Bui jer le 2 hinggit tu...janji ikhlas..."

Dan sifir akhirat ni, yang istimewanya bila bab kebaikan tu ia berganda-ganda....jadi bila nak buat baik tu, fikir-fikirkanlah motivasi ini...contoh, anda sedekahkan 10 sen dengan ikhlas. Ia akan digandakan 10 kali. Nilainya sudah naik RM1. Dan boleh jadi juga berganda-ganda lagi sehingga 700 kali sudah jadi RM700 ringgit. Itulah secara ilustrasinya nilai kebaikan yang anda telah buat. Derma 10 sen dapat RM700??? Tak mau lagi??? Itulah hebatnya sifir akhirat. Itulah besarnya kasih sayang Allah. Tapi sesungguhnya ramai manusia yang sengaja mensia-siakan usianya dengan menghabiskan masa mengerjakan perkara yang tidak penting baginya.

Ayuh, renung-renungkan.

Friday, April 08, 2011

Yang Baik-Baik

Betullah orang kata.

"Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali".

Buatlah perkara-perkara baik. Kecil atau besar tak kisah. Janji benda baik. Walaupun benda-benda baik yang anda buat orang selalu lupa dan tak ingat, jangan risau. Semuanya tetap masuk 'buku'. Jadi, sentiasalah bermotivasi untuk sentiasa melakukan perkara-perkara baik.

Tapi benda-benda jahat, tolonglah jangan buat. Baik yang kecil apatah lagi yang besar. Sebab apa...benda yang jahat ni, sekali buat orang mesti tak lupa punya. Walaupun kebaikan anda dah menimbun mengalahkan Kilimanjaro, buat je benda jahat hatta sebesar busut je, gerenti tetap diungkit orang sampai ke liang lahad. Bab yang baik tu, terpadam dengan sendirinya.

Oleh yang demikian, berusahalah untuk selalu beramal dengan perkara-perkara yang baik. Jangan buat baik sebab mahukan ganjaran dan pujian sesama makhluk, tapi berbuat baiklah kerana kenangkan nasib dan apa yang bakal menanti kita di dunia sana.

Thursday, March 17, 2011

Tawakkal

Kuliah semalam membicarakan tajuk "Tawakkal". Memang relevan dan dekat sangat dengan situasi kehidupan sehari-hari. Nota yang Ustaz sertakan memang panjang berjela. Tapi Aku cuma hendak sentuh sikit je...tentang rezeki yang tidak disangka-sangka dan jalan keluar daripada masalah.

Sebelum tu, ayuh rujuk kepada Ayat 2-3 Surah Al-Talaaq yang bermaksud:

" Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan memberikan kepadanya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberi rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), barangsiapa yang berserah diri bulat-bulat (bertawakkal) kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)".

Pernah tak dapat rezeki yang tidak pernah disangka-sangka? Atau jalan keluar kepada sesuatu masalah yang menyusahkan? Ustaz tanya...Aku dengan akak Lotuslily sedap je berbisik-bisik kat belakang. Hahaha...budak nakal yang dok krup krap krup krap mengunyah kacang hijau bersalut tepung ala Japanese style yang rangup tuh...

Ada beberapa perkara yang kadang-kadang tu buat Aku 'perasan' jugalah...

Ada sekali tu Aku balik kampung dalam bulan puasa dari UUM. Sampai kat PB, bas merah yang sejam sekali lalu depan rumah Aku tu baru je berlepas. Nak tak nak terpaksalah Aku tercongok menunggu...giler alone...maklumlah, masa tu dah hampir masuk waktu berbuka, semua orang dah balik rumah atau ada di tempat-tempat makan menghadap makanan. Nasib baiklah ada bekal air kotak dalam beg. Jadi, bila azan berkumandang, Aku pun slow-slow le sedut air. Memang tak ada makanan lain pasal Aku ingat boleh sampai rumah sebelum Maghrib. Tiba-tiba datang seorang abang ni menghulurkan plastik. Aikk? Teragak-agak juga le nak ambil. Abang tu suruh juga ambil. Ada 2 ketul kuih rasanya. Hehehe...emmm...rezeki.

Ada satu lagi yang memang kategori rezeki jugaklah. Masa mula masuk tahun satu di UUM, awal-awal tu sibuk mengisi borang biasiswa. Aku ni ala-ala tak berapa cekap jugaklah...masa pergi JHEP, borang yang masih tinggal ialah Telekom Malaysia. Petronas punya paling laris, sekejapan je dah habis. Eh...alhamdulillah, ada juga, kan. Aku pun isi dan hantar. Selang beberapa lama Aku dipanggil untuk sesi temuduga di Pulau Pinang. Memang blur je nak buat persiapan. Main redah je. Tapi...tu lah...dah memang nak jadi rezeki kan...malam sebelum hari temuduga berlangsung, Aku lepak-lepak tengok TV...yang best tu tak sengaja buka berita CNN pasal kes AT&T. Sempat la Aku tengok sepintas lalu. Keesokkannya, sesi temuduga diadakan secara berkumpulan. Ada 5 orang rasanya setiap sesi. Lepas perkenalkan diri dan menjawab soalan-soalan ringan tiba-tiba salah seorang penemuduga bertanya, "Adakah kamu tahu apa yang terjadi kepada AT&T"? Perghhh...macam dejavu aje...Apalagi, dengan sekejapan sahaja Aku menonjolkan diri . Kebetulan itu memang berita terkini hiburan sensasi...orang lain mungkin belum dapat ilham lagi. Ohw...seronoknya menggoreng. Dengan keyakinan lagi. Puhh...lega! Dan alhamdulillah, dapat biasiswa TM. Perjalanan dipermudahkanNya , alhamdulillah, sampai sekarang. Buat MBA pun tajaan TM juga. Syukran. Syukran. Bab Phd jer Aku belum terbuka hati lagi...har...har...har...

Sebenarnya banyak yang Allah permudahkan. Masa anak-anak kecil dulu, alhamdulillah, ada mak ayah mertua tolong jaga...dan sekarang, syukur, mak ayah pulak sudi tinggal dengan Aku. Adalah juga orang kat rumah tolong tengok-tengokkan bebudak pergi dan balik sekolah. Kadang-kadang kita terlupa yang benda-benda ini walaupun nampak simple, kalau bukan dengan rahmatNya manakan dapat kita nikmati. Selalu terlepas pandang...tapi bila sesekali kesedaran mengetuk pintu hati...terasa bersalah sebab sering 'tak sedar diri'. Tak tahu diuntung!!!

Oh ya, berbalik kepada tawakkal itu tadi...syarat utamanya sudah tentu ketaqwaan kita. Kena jadi hambaNya yang bertaqwa dulu...barulah mudah bertawakkal. Jangan cakapNya kita lawan, lepas tu suka-suka hati cakap, "ala...tawakal jer leee...".

Sempat juga Ustaz menyelitkan kisah musibah yang melanda negara Jepun. Tapi bila Ustaz tanya..."Apakah musibah yang lebih teruk daripada gempa bumi dan tsunami?"...murid-murid diam jer sebelum Ustaz menjawab, "Musibah yang paling teruk ialah bilamana kita dilanda penyakit 'hati keras'". Serius!!!

Bila hati jadi keras, kita tak kenal Allah...tak kenal Rasul. Tak sayang Allah, tak sayang Rasul. Tak suka pergi belajar agama. Tak suka baca Al-Quran. Itulah musibah yang paling teruk. Yang banyak masuk neraka tu sebab kena musibah tsunami ke atau sebab mereka kena musibah 'hati keras'???

Bercakap bab tawakkal, tak boleh tidak, mesti kita teringat pada rezeki. Sebenarnya kadar rezeki yang akan diperolehi oleh seseorang hamba itu sememangnya sudah Allah tetapkan. Selama mana seorang hamba itu hidup, rezekinya akan dijamin oleh Allah dan Allah akan mempermudahkannya sama ada dia berusaha atau tanpa usaha. Kata Muthana al-Anbariy : Janganlah kamu memberi tumpuan kepada apa yang telah dijamin, tetapi berilah tumpuan kepada Penjamin itu sendiri.

Selalu kita fokus kepada mengejar rezeki itu. Sebab itu bila agak-agak dapat tapi tak menepati kehendak kita, kita akan cepat melenting dan tak puas hati. Padahal banyak mana dapat tu memang sudah ada dalam ketetapan Allah. Bukankah lebih baik kalau kita melihat kepada Pemberi rezeki itu. Bila kita ingat kepadaNya dan faham kedudukan kita, barulah mudah untuk berasa redha dan tunduk pada kuasaNya. Barulah lembut hati. Tapi hendak mencapai tahap kesedaran begitu, senang cakap daripada buat, kan? Hemmm...tak apalah, sama-samalah berusaha ke arah itu...niat yang baik, tentu akan dipermudahkanNya. Insyaallah.