Ya ampun....bosannya hari ini. Pertamanya, ramai yang bercuti. Office hari ini bak dilanggar geruda. Sunyi dan sepi. Bukan di tempat Aku sahaja, malahan di kebanyakan department pun macam itu juga. Lebih menambahkan perisa, banyak kedai makan dekat tingkat 3 tutup. Ah...memang menguji betullah. Kerja yang ada berbaki minggu lepas semuanya dah langsai, memang laju sebab tak ada gangguan. Seronok juga, tapi tak boleh selalu macam ini. Mati kutu dibuatnya.
Memang ramai yang ambil kesempatan bercuti hari ni, malahan ramai jugak yang sudah memulakannya semenjak hari pertabalan KBDYMM Tuanku Mizan ,Yang Dipertuan Agong ke-13 pada Khamis, 26 April lalu. Manakala esok dan lusa adalah hari cuti umum bersempena Hari Wesak dan Hari Pekerja. Hemmm...meriahnyaaaa!!! Nasib baik Hisham tak tahu nak appreciate benda nie lagi, sebab tu dia tak kisah pergi sekolah hari ini padahal kereta cikgu dia kosong sebab banyak mak bapak balik kampung, so anak-anak bercuti sama. Abang pun cuti juga. Cuti lepas geram..ha..ha..ha...dapat pulak tu. So, hari nie dia jadi bapak mithali kat umah..ekekekekeke...Dan Aku.....hishhhh...tak produktif langsung hari ni. Macamana nak buat kerja, kalau orang yang kita biasa berurusan pun cuti belaka? Sabar ajerlah.
Mak dan ayah rupanya dah ada dekat KL nie. Sampai semalam jam 9. Bermalam kat rumah Ram. Tengoklah apa plan Ram. yelah, dia punya plan tentulah lebih happening berbanding kitaorang nie, almaklumlah pasangan baru. Kami ni nak jalan susah sikit, kena betul-betul plan tak boleh nak impromtu. Kalau dah ada anak-anak macam itulah. Tapi ingat memang nak ajak Abang pi rumah Ram malam ni. Dah berkali dia ajak tengok rumah dia lepas kawin nie, tak sampai-sampai jugak. Padahal bukanlah jauh mana pun. Itulah, sibuk kerja, sibuk dengan hal masing-masing...tak adalah nak cari excuse, kena terima kenyataan ajerlah. Apapun elok juga kalau dapat pi nie, rasanya tahu jalan. Bila dah confirm tahu, next time boleh pergi lagi. Kalau mak ayah nak ikut balik pun bagus juga. Esok lusa cuti. Bolehlah bawak jalan sket...setakat kat shopping complexes jer lah kot pasal Aku memang ada plan nak beli benda sket. Tengoklah macamana.
Monday, April 30, 2007
Thursday, April 19, 2007
Take A Break
Don't know what hold me from updating this blog frequently. Guess I lack the "consistency" and other "x-factor". Hemmm...anyway, I just got my convocation photos last week. Hope will be able to be back soon.
Here's some more. Taken after the ceremony.
Bergambar dengan Abang di luar Dewan Muadzam Shah yang penuh sesak.
Yang nie pulak, somewhere dekat the campus's main entrance. Dulu-dulu tak ada benda ni semua.
Kalau ada member-member lain, boleh gak la buat posing gila-gila sikit...tapi setakat sorang nie...alahai...cover! cover!
Subscribe to:
Posts (Atom)