Monday, February 29, 2016

Mendaki Broga

Tanggal 27/2/2016, Telipuk menguatkan azam dan tekad untuk mencatatkan pengalaman baru berbekalkan semangat JK1M yang berkobar-kobar...chewahhhh....maklumlah, orang jenis hangat-hangat taik ayam macam Telipuk ni, kebiasaannya merancang bukan main lagi tapi bila mai bab melaksanakan mulalah....Tapi kan...semenjak dua menjak ini Telipuk dapat rasakan yang Telipuk hari ini bukanlah Telipuk yang dulu...pergghhh...win betullah ayat tu!

"Aku yang dulu bukanlah yang sekarang..." ewah...nyanyi sikit lagu Tegar...tapi tang tu saja yang sesuai. In shaa Allah, Telipuk merasakan perubahan dalam diri yang positif. Betullah, manusia ini bila ditimpa musibah dia selalu ingat yang negatif saja padahal rupa-rupanya apa yang Allah beri itu terkandung kebaikan yang besar. Sangat banyak hikmahnya. Yang penting, apa yang Allah beri itu adalah yang TERBAIK. Percayalah! Telipuk sangat percaya sebab ini pengalaman Telipuk sendiri. Rasanya sudah tertebus kesakitan yang Telipuk rasa....huhuhu...macam tragis saja bunyinya kan...biarlah rahsia...syyyhhhh...


Berbalik kepada cerita Broga kita...hissshh...sempat buat iklan lagi tu. 

Ekspedisi ini sebenarnya bukanlah anjuran team JK1M yang Telipuk sertai tu tetapi dalam ramai-ramai tu...ada geng yang pakat-pakat, ajak naik bukit Broga. Ada 10 orang yang berminat , termasuklah Telipuk. Telipuk memang dah syok naik bukit ni semenjak mencuba buat pertama kalinya mendaki Bukit Terisek tahun lepas. Bila coach Fzanne bawa team naik Bukit Saga, Telipuk memang kecewa tak dapat ikut sebab masa tu Telipuk mengalami kecederaan otot. Jadi, bila dapat tawaran naik Bukit Broga...eh..eh..eh...dah tentulah Telipuk tak sanggup nak lepaskan!

Bangun pukul 3 pagi semata-mata nak naik Broga. Pukul 3.30 siap berkumpul kat Petronas Taman Melati tunggu geng nak konvoi sama-sama. Tapi biasalah perancangan manusia, ada yang terlewat bangun dan sebagainya...tunggu pi tunggu mai, pukul 4 lebih baru boleh bergerak menuju ke Semenyih. Uishhh...pertama kalilah Telipuk cecah Semenyih nih...jangan main-main, ada kampus Nottingham University kat sini tau...kerlasssss...!!! Cantik bangunan residensi dia. Pemandangan lain, memang tak nampak sangatlah pasal awal pagi sangat...gelap wehhh!

Sampai kat kawasan parkir, umang aiiii...ramainya manusia!!! Dengan basnya, dengan vannya...kereta jangan ceritalah. Parking kat celah-celah pokok kelapa sawit . Ada caj tu...berapa ntah tak ingat...RM4 kot per entry. Kat depan toilet lagilah...seringgit...seringgit...huish...baguih no bisnes toilet ni. RM1 sekali masuk ngkau!! Ko hado???



Berbekalkan suluhan lampu picit...ada yang pakai yang jenis lekat kat kepala tu...perghhh...canggih korang! Telipuk tak berani nak invest lebih-lebih lagi pasal Telipuk tak berapa percaya dengan diri sendiri (hahaha!)...jadi pakai lampu picit biasa sahaja. Bateri jer baru. Pendakian dimulakan tanpa banyak soal. Sebab suasana gelap, perasaan tu taklah macam mendaki Terisek di waktu siang benderang dan nampak anak tangga yang tinggi saujana mata memandang tu...sebab tu bila mendaki Broga tak terasa 'stress'. Tapi memula tu Telipuk cuak jugalah sebab takut jadi apa-apa kat kaki yang baru pulih ini. Mak Telipuk dah membebel berbakul-bakul dah pasal dia tak galakkan Telipuk berlasak balik. Telipuk pergi training JK1M pun dia dah merungut...ala mak...bolehlahhhh.

Telipuk berjalan dengan kawan, budak Setiawangsa bernama Azrin. Kami ingat kami yang paling last sebab bila orang dah ramai tu, kami terpisah dari geng lain. Rupa-rupanya bila dah naik puncak pertama selepas baris panjang nak naik tu...kami yang paling di hadapan. Hemmppphh...apa lagi, bentang tikar makan bekallah jawabnya sebab perut dah lapar. Masuk subuh, solat kat atas tu dan tunggu tengok matahari naik.

Dok roger-roger member lain, sampai cerah tak nampak batang hidung. Rupa-rupanya depa dok galak bergambar. Hahaha...janji nak turun pukul 8.30 konon...pukul 8.30 baru nak terhegeh-hegeh complete kan puncak. Tapi kan, serius cakap, memang terbaiklah bukit ni...cantiknya permandangan...Subhanallah. Hilang rasa penat mendaki.


Kami menghabiskan masa yang agak lama di atas. Bila naik ramai-ramai tu, kami buka bekal masing-masing untuk makan bersama. Semua bawak makanan sihat jer...huhuhu...memang tak ada la yang bawa bekal nasi lemak, mee goreng ke...hahaha sadisss...Telipuk konon nak buat sandwich tuna bagai...tapi sebab bangun pun dah pukul 3, tak sompek! Cuma rebus telur 2 biji dan rembat roti bijirin penuh 2 keping. Bawak air masal 1 lier dan 2 botol minuman isotonik. Sebab syok sangat, tak terasa lapar. Makan telur sebiji dengan roti sekeping. Turun bukit kepala pusing, angin dah masuk! Huhuhu...


Pasal apa ambil masa nak turun? Mahunya tak, asyik nak berposing saja. Hahaha...penuh grup whatsapp JK1M kami muatkan gambar-gambar Broga. Saja bagi jaki member yang tak dapat join. Untuk Telipuk, rasanya tak susah mendaki Broga. Betul, Terisek lagi susah. Dan bagi yang dah pergi Bukit Saga...bak kata mereka, kalau dah naik Saga tu, Broga ni kira celah gigi saja...amboooiiiii!!!

Akan tetapi, Telipuk rasa bab nak turun tu agak susah. Sebab apa...jenis permukaan Broga ni dia nak kata berbatu ye jugak, lepas tu tanah dia berpasir, jadi memang agak licin dan mudah menggelunsur. Bila angin bertiup, debu-debu pasir dan tanah habis berterbangan. Mungkin juga sebab dah ramai sangat orang naik Broga setiap hari, sampai lunyai macam tu trail dia. Apatah lagi untuk Telipuk yang baru pulih ni, memang teragak-agak juga nak menuruni bukit tu sebab semua berat bebanan badan dah bertumpu ke kaki. Cuak la jugak!



Cuak tak cuak, posing tetap kena posing. Lagipun dengan geng-geng gila macam ni memang seronok. Rasa Telipuk, Telipuklah yang paling warga emas dalam group ni...hahaha...terasa sungguh antik sekali. Tapi tak apalah, zaman muda-muda Telipuk dah rasa...now Telipuk nak enjoy zaman nak tua ni...umur tetap akan naik kan, biarlah...yang penting, belum terlambat untuk mencari pengalaman baru. Hidup menjanjikan peluang yang banyak untuk semua, pandai-pandailah memanfaatkan untuk kesejahteraan diri.



Satu...dua...tiga...lompattt!!! Baik-baik, jangan jatuh weiii. Punyalah lambat turun sampai orang lain yang naik tadi ramai-ramai tu pun dah pakat-pakat balik...hahahaha...


Owhhh....what a feeling!!! Rasa macam bebas...macam terlepas dari kesakitan yang membelenggu jiwa. Lupa segala masalah. Indahnya panorama. Indahnya alam ciptaan Tuhan.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"



Hoi hoi ya hoi...kita semua gembira
Hoi hoi o ya...berjaya naik Broga
Hati gembira
Semua ceria

Ai ai cippp...ekspedisi telah berjaya!


Lepas ni kalau ada program lain lagi...jangan tak ajak pulak ye...

Ada orang tu siap beli tongkat hiking kat bawah...mesti ralat la kalau tak boleh digunakan, ye tak? Hihihi. Tu kalau dah beli tongkat, koman-koman Bukit Gasing kena pi panjat tu...kalau tak sampai Bukit Gasing, Bukit Nenas pun jadilah. ;)


Hemmm...Alhamdulillah. Happy. Suka sangat-sangat. Sangat-sangat suka dapat naik Bukit Broga. Lepas ini kalau boleh nak repeat lagi. Memang nak teruskan hobi baru ini, in shaa Allah, tu yang kena stick juga dengan kawan-kawan JK1M walaupun selepas program dah berakhir. Kena ada kawan-kawan yang sama minat untuk berkongsi, barulah menjadi. Nak buat sorang-sorang, alamat tak ke manalah.

Semoga dapat jumpa kamu lagi, Bukit Broga!

Wednesday, February 24, 2016

Jaga-jaga

Kata Ustaz Haslin, "Biarlah nampak gemuk sebab pakai baju longgar daripada nampak kurus sebab pakai baju ketat. Malulah sikit, pontianak pun pakai baju longgar". Kui...kui...kui...

Ye betul sesangat Ustaz. Kata-kata yang sangat sesuai. Mohon terasa. Kalau tak rasa apa-apa, itu sangat tidak OK.

Bukan sekali dua kita dengar luahan rasa seperti, "Lepas kurus ni, nak pakai kebaya". Atau, "Lepas kurus ini bolehlah pasang badan dengan baju macam-macam gaya". Maklumlah, badan dan kurus, bolehlah pilih baju apa fesyen sekalipun. Dah tak segan lagi sebab saiz dah ada. Hemmm...kalaulah itu impian dan niat dihati yang ingin dilunaskan kala mencapai berat badan ideal, bermakna kita mengusahakan sesuatu yang pada akhirnya bukan menjadi perkara yang mendatangkan keredhaan Allah, bahkan boleh mengundang kemurkaanNya. Nauzubillah. Semoga Allah pelihara diri ini daripada tersasar, tetapkan niat untuk menjadi sihat untuk kemudahan diri menujuNya bukan jadi sihat tetapi semakin jauh dariNya.


Monday, February 22, 2016

Sihat Itu Happy

Tup tap tup tap dah menghampiri pengakhiran perjalanan JK1M Telipuk. Ini minggu terakhir. Serius! Hahaha...boleh celebrate kat Madam Kwan's nanti. ;)

Telipuk sudah sertai semula latihan bermula minggu lepas, sebaik kaki sudah boleh berjalan dengan baik. Masa pergi latihan tu, Telipuk cuma berani powerwalk sahaja...belum berani berlari laju. Masa latihan, dah boleh slow jog. Senaman-senaman lain semua Telipuk boleh buat seadanya. cuma yang lunges jer Telipuk tak berani nak turunkan betul-betul sebab kes cedera hari tu pun rasanya pasal lunges hahaha...untuk burpess pun berani atur selangkah-selangkah sahaja. Tapi oklah tu...man-man ler.


Aktiviti circuit training kami buat di Taman Tasik Titiwangsa. Sebab tu Telipuk pilih coach Fzanne. Selain daripada lokasi yang berdekatan dengan rumah (supaya Telipuk senang nak pi), faktor lain ialah kerana team Fzanne ni all ladies. Haaa...tu paling utama sebab Telipuk tak selesalah nak bersenam campur-campur ni kan...segan la pulak. Nak sihat jer pun...biarlah dalam batasan yang tidak meragukan.

Kemudian, untuk toning, minggu lepas Telipuk sempat mencuba gym kat area Wangsa Melawati. Masa sampai tu sekitar jam 8.45 malam. Ingatkan malam-malam ni tak ramai orang, wah...boleh tahan rameiiii. Pilih gym tu sebab katanya ada ladies area, sekali tengok eh...awat orang lelaki pun dok keluar masuk jugak nih? Rupa-rupanya kalau member boleh jer masuk...hurmmmm...ingatkan eksklusif bebenor. Nampaknya back to Leha Fitness jer lah kottt...hahahaha...sebab kat situ koman-koman semua equipmentnya dah agak 'mesra' memandangkan coach dah bawak kami pi sana semasa sesi di gym. Oh ya, kita kalau nak turunkan berat badan dengan elok, sekurang-kurangnya mesti slot kan satu sesi gym ye ...sebab barulah badan kita akan mantap dan tak menggelebeh. Bila kurus tak nampak macam orang sakit, tapi nampak elok berseri-seri gituuu....hahaha...itu kak Telipuk tambah ...

Kelmarin petang, Telipuk ikut geng pergi 'melompat' kat Jump Street Trampoline Park, PJ. Asalnya Telipuk tak nak pergi sebab takut kecederaan berulang. Lagipun aktiviti ini dikategorikan sebagai sukan ekstrem yang mana sangat tidak digalakkan untuk individu yang ada mengalami sakit pinggang mahupun lutut. Tapi Telipuk tetiba lak rasa 'degil' nak pergi jugak...satu, Telipuk memang sesungguhnya perasan yang kaki Telipuk dah pulih seperti sediakala dan keduanya, Telipuk tak sabar nak berlasak semula...jadi dengan melompat ini, Telipuk boleh agak sejauhmana Telipuk boleh start push diri . Kalau tak diatasi psychology barrier ni...takut lagi lama Telipuk dalam keadaan teragak-agak dan risau sana...risau sini.


Telipuk bawak anak join sekali. Time ni best boleh dapat diskaun. Kalau pergi sendiri dalam RM27 kot per entry kalau tak silap. Budak memanglah seronok, melompat sesungguh hati. Budak-budak kecil pun ramai yang datang. Seronok tengok gaya masing-masing. Kena pakai stokin khas kat sini supaya bila kita melompat dan mendarat, kaki tu boleh menahan dengan lebih kemas. Yang penting, jangan lock lutut yer...be happy, be confident. Jangan over buat aksi pelik-pelik sudahlah...lainlah kalau dah kategori otai.


Bersama sebahagian geng yang hadir. Diaorang ni bab berposing memang terra...Telipuk sempat menyelit sikit-sikit sahaja.


Yang ni pulak ialah gelanggang dodgeball. Telipuk pun tak berapa arif peraturannya, main hantam keromo sahaja sebab masa coach ajar main dulu, Telipuk tak dapat join sesi tu. Anyway, yang penting menang walaupun main dalam keadaan 'blur'. Hahahaha...itu namanya nasib sangat baik.

Minggu ini cabaran yang Telipuk setkan untuk diri sendiri ialah untuk mengekalkan jumlah penurunan yang ada ini. Pada Telipuk, jumlah tersebut sudah sangat baik. Selepas JK1M ini, Telipuk berazam untuk meneruskan rutin yang semakin Telipuk selesa buat ini. Kesihatan Telipuk pun semakin baik, tekanan darah Telipuk sudah boleh dikatakan normal. Alhamdulillah, itu yang Telipuk paling ketara rasakan. Rasa sihat. Rasa positif dengan kehidupan hari ini. Tak ada rasa nak marah-marah lagi. Rasa ok ok jer.  Happyyy!!! Yeayyy!!!

Thursday, February 18, 2016

Sedar Atau Tak Sedar?

Seronok belajar kelas tasawwuf sebab ia selalu memberikan sudut pandangan yang berbeza. Sesuatu yang kita lihat itu, tak semestinya benar. Lihat tak seharusnya menatijahkan kebenaran. Boleh jadi yang dilihat itu adalah kepalsuan yang kita rasakan benar kerana penilaian yang salah.

Hari ini kami belajar, antara cabang jalan menuju kepada Allah (100 langkah yang entah bila nak habis khatam) ialah berdiri dengan kesedaran. Sedar yang kita ini dalam perjalanan dan usaha yang menyampaikan kita kepada Allah.

Namun, betulkah kita sedar?

Nak tahu kita ini 'sedar' atau tidak...jom renungkan semula doa dan permintaan kita dalam setiap rakaat solat. Ayat "اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ" dalam Surah Fatihah yang bermaksud " Tunjukilah kami jalan yang lurus". Apakah pemahaman kita tentang jalan yang lurus ini? Adakah ianya seperti mata rantai yang bersambung-sambung membentuk rantaian? Ataukah ianya seperti lebuhraya - kita keluar tol Sg. Besi dan mahu ke Johor lalu keluar exit tol Kulai? Atau adakah ia seperti buah anggur? Bila Ustaz tanya begitu, seisi kelas sebulat suara mengatakan, haruslah " اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ" menepati perumpamaan sebuah lebuhraya. Bukankah ianya lurus? Dan menyampaikan kita ke destinasi tujuan? Ustaz pun mengetawakan kami, katanya, "Puan-puan kalau mengambil  اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ sebagai lebuhraya maka habislah semua kita ini masuk neraka". Aduhhhh...salah ye, Ustaz? Habis, yang betulnya apa? Hemmmm...memang kita ni semua perasan yang diri ini dalam perjalanan menuju Allah, over confident kata Ustaz...tapi yang sebenarnya, tak sedar pun. Tak ada kesedaran dan tak faham maksud berada dalam kesedaran yang perjalanan di ambil ini seharusnya membawa kepada Allah. Wahhhhh...berat nih!!!

Ustaz pun memberikan analoginya. "Baiklah, puan-puan kata ianya lebuhraya. Puan-puan masuk kereta nak balik kampung, biar suami yang drive. Asal masuk kereta terus tertidur. Suami siap minum air ketum bagai semata-mata nak melawan mengantuk...puan-puan pulak buat tak heran tidur. Tahu-tahu sampai. Boleh pulak kata, eh, dah sampai ye bang? ". So, di mana yang dikatakan kita berada dalam keadaan "sedar". Itu nasib baik tak kena jual. Hahahah...pasal membabi-buta percaya yang dengan menaiki kereta melalui lebuhraya, semestinya sampai ke destinasi. Padahal, lebuhraya yang lurus itulah yang banyak menyebabkan kematian. Sebab apa? Sebab kita sudah "over-confident"!

Jadi, lebuhraya adalah pilihan yang salah.

Bagaimana untuk menjadi sedar? Kalau nak sedar, jangan amalkan cara kita merintis jalan ke syurga sama macam cara kita naik kereta dengan suami (untuk yang suka tidur bila travel tu...hahahaha).
 اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيم itu adalah seperti mata rantai. Setiap satunya adalah pilihan, yang bila kita memilihnya haruslah dalam keadaan yang sedar ianya pilihan yang betul. Contohnya bila kita makan, makanlah makanan yang betul (sebagaimana digariskan syarak), juga bila berkawan, berkawanlah dengan orang yang betul. Yakni, setiap satu tindakan dan langkah yang kita ambil mestilah ianya ditanyakan, apakah ini menepati apa yang kita minta iaitu اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ. Sentiasa update sikap dan langkah. Mesti selalu jelas dan sedar dengan pilihan. Satu langkah membawa kepada satu langkah yang lain, akhirnya ia berkait-kait menjadi rantaian yang tiap-tiap satunya kita bina dengan sentiasa menanyakan diri "adakah ini jalan/langkah yang betul" seiring dengan doa kita. Jika ini kita buat penuh kesedaran, rantaian inilah yang akan menyampaikan kita kepada Allah. Walaupun ada ketikanya langkah kita tersasar, ianya cuma satu mata rantai yang perlu dibaiki sebelum kita kembali menyambung dengan mata rantai lain.

Ustaz kata, paling malang dan menakutkan apabila ditipu pada usia tua begini sebab kita tak ada banyak masa untuk membetulkan keadaan. Masa muda kita jahil masih ok...bukan ok tu maksudnya ooo...kalau macam tu tunggu tualah bertaubat, muda enjoy buat maksiat dulu. Bukan begitu. Contoh macam kita-kita yang mula nak kembali ke pangkal jalan. Maka, kita pun join set-set masjid. Adakah kita sedar yang tak semestinya set-set masjid itu akan bawa kita ke jalan menuju Allah? Adalah lebih merbahaya orang yang berpakaian agama tetapi buat dosa. Ditipu dengan dosa zahir kita mudah nampak dan kesan. Misalnya dosa tak tutup aurat. Senang kita tahu. Tapi yang merisaukan , jenis yang pakaiannya Islamik tapi buat amalan syirik. Mungkin pakai tudung litup tapi kuat percaya bomoh. Dosa seperti ini terselindung dan sukar dikesan. Silap haribulan jalan yang dirintis membawa ke neraka. Nauzubillah. Justeru, bab menuju Allah ini, setiap langkah kita kena sedar. Kena fully aware tindakan yang diambil itu harus betul dan bertepatan dengan kehendak Allah dan Rasul. Jangan buta-buta ikut.

Sebab buta-buta ikut inilah senang kita ditipu. Contohnya, kata Ustaz, lelaki yang nak pasang dua. Dari pemerhatiannya, calon-calon wanita yang berpotensi menjadi mangsa adalah yang ada tiga ciri ini...eh...eh...(tapi Ustaz kata, bukan saya...saya ni takut bini...hihihihi)
1. Perempuan yang boleh berdikari (sebab lelaki hanya nak aset, tak mo liabiliti)
2. Perempuan yang terdesak
3. Perempuan yang samada tak ada keluarga atau tidak dipantau/jauh dari keluarga

"So, kalau Puan-puan ada ciri-ciri ni berhati-hatilah...ada lelaki hidung belang yang dok mengintai kesempatan" begitu kata Ustaz mengusik para hadirat...huahuahuah...

Begitu juga kalau ada yang hendak menipu atas nama agama, maka lazimnya yang akan berpotensi menjadi mangsa adalah ...semestinya orang yang obses nak masuk syurga...orang yang jahil dan satu lagi yang mengajar tu adalah Ustaz yang jahat (orang alim yang mempergunakan agama untuk kepentingan dunia). "So...puan-puan jangan percaya Ustaz...walaupun saya (kata Ustaz saya) sebab hari ini bolehjadi saya baik, tapi belum tentu di masa hadapan saya akan jadi baik. Kalau puan-puan datang ke kelas ni dengan tujuan nak ikut saya supaya saya boleh bawa puan-puan semua masuk syurga...maka puan-puan sama jer seperti naik kereta nak ikut lebuhraya yang lurus tapi tidur dengan anggapan bangun nanti pasti tiba ke destinasi. Saya sendiri tak boleh jamin yang saya ini akan jadi baik selamanya sebab masa hadapan kita tak tahu. Jadi, pokoknya, apa yang diajar itu...perhatikan. Ambil atau tidak, lakukan dalam sedar. Tak paham...tanya. Tak puas hati...utarakan. Jangan ikut budaya kita yang biasa diajar untuk tidak mengatakan 'tidak'. Begitulah caranya kita harus ambil untuk berjalan menuju Allah. Berjalanlah seperti berjalannya orang yang melalui jalan penuh dengan jerangkap samar, jangan 'sleep walking'!"

Syaitan apabila ia hendak menipu kita maka ia akan hiaskan benda yang dosa itu nampak seperti berpahala. Yang buruk itu dia bagi nampak elok pada pandangan kita. Kita semua tak akan selamat kalau kita terus over confident aka syok sendiri. Yang akan buatkan kita selamat ialah bila kita sentiasa sedar, sedar, sedar dengan segala keputusan-keputusan yang dibuat. Kita akan menyimpang jika kita hidup dalam budaya yang songsang. Di akhir zaman ini, mencari kebenaran itu seperti mencari dalam kabus yang tebal. Betul secara mutlak itu sudah tiada. Yang ada hanyalah kebenaran yang relatif. Maka, kita kena pandai pungut/kutip dan cantumkan menjadi rantaian yang akan membawa kita pulang menuju Allah.

Tuesday, February 16, 2016

Nawaitu

Telipuk baru dapat tahu ada seorang peserta JK1M telah meninggal dunia kelmarin di Hospital Ampang. Terdahulu, arwah mengikuti aktiviti trekking di Sg. Lepoh, Hulu Langat. Dalam perjalanan pulang, arwah kelihatan penat dan mengalami kesukaran bernafas lalu rebah. Bomba dan pihak ambulan telah dipanggil membantu membawa keluar arwah dan dihantar ke Hospital Ampang. Sudah janji yang tertulis, ajal arwah telah tiba. Arwah menghembuskan nafas sekitar jam 5.20 petang di hospital tersebut.

Betul ajal maut di tangan Tuhan dan janganlah menyalahkan mana-mana pihak berhubung kejadian ini. Telipuk suka mengingatkan supaya kita bila nak buat apa-apa aktiviti lihatlah kepada kemampuan diri. Ada orang dia teruja dengan cabaran untuk mencabar keupayaan diri namun badan tak mampu menanggung. Ada orang dia tahu dia tak larat tapi sebab kawan-kawan dan jurulatih bagi semangat dia buat juga...yelah, ada benda mind is the only barrier tapi itu tak terpakai untuk semua keadaan. Positif, positif juga tapi kalau kawan tu muka dah pucat lesi, janganlah terlalu mendesak. Berpada-padalah dalam segala hal.

Untuk Telipuk, badan ni kita nak pakai lama. Biar lambat, asal selamat. Memanglah tak dinafikan kekadang rasa macam tak sabar jer nak baik lekas...tapi fikir-fikir kalau inilah yang terbaik untuk masa ini , (tentulah Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita...sesudah berikhtiar), Telipuk cool baliklah. Biarlah baik betul, tak adalah nak kena repeat pi physio lagi. Dah jemulah 7 kali pi physio...eh...bukan kata tak ada improvement...alhamdulillah ada...cumanya macam ni lah...sikit-sikit. Sabarrrrr...!!!

Kepada yang berminat nak ubah gaya hidup sihat ni, nak mula berjinak-jinak dengan regim senaman...Telipuk nasihatkan mulakan dari bawah. Buat sikit-sikit dulu dan tingkatkan. Boleh tingkatkan kekerapan dan intensiti latihan. Chewaahhhh...dah macam trainer lak bunyinya. Hahaha...ini benda logik ja weiii....program Telipuk ni lain, ada tempoh tertentu dan ada outcome yang kita nak nilai maka kaedah perlaksanaannya mungkin agak keras, apatah lagi untuk yang menjalani sedentary lifestyle macam Telipuk ni...tu yang opocot mak kau lutut aku meletup tu!!!

Apapun, tiada rasa kesal di hati Telipuk menyertai JK1M. Bahkan Telipuk rasa ianya satu lembaran baru, satu pendedahan baru yang Telipuk suka untuk merasai pengalamannya. In shaa Allah, Telipuk akan teruskan rutin baru dalam hidup Telipuk ini...nak hidup dengan lebih baik dan sihat untuk manfaat orang-orang yang tersayang dalam hidup Telipuk. Yalah, Telipuk bukannya nak hidup lama menongkat dunia, dalam keadaan sihat inilah boleh nak manfaatkan diri. Kalau dah terlantar sakit, masa tu apa pun dah tak boleh buat kan. Lagipun tubuh badan ini anugerah Tuhan.Tuhan bagi dalam keadaan elok sihat...haraplah Telipuk boleh pulangkan pinjaman ini dalam keadaan Telipuk benar-benar menjaga, menghargai dan memanfaatkannya untuk kehidupan seterusnya.

In shaa Allah. Semoga Allah mudahkan urusan Telipuk ini.

Monday, February 15, 2016

I Believe I Can Fly

I used to think that I could not go on
And life was nothing but an awful song
But now I know the meaning of true love
I'm leaning on the everlasting arms

If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

[Chorus:]
I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly

See I was on the verge of breaking down
Sometimes silence can seem so loud
There are miracles in life I must achieve
But first I know it starts inside of me, oh

If I can see it, then I can be it
If I just believe it, there's nothing to it

[Chorus]

Hey, cause I believe in me, oh

If I can see it, then I can do it (I can do it)
If I just believe it, there's nothing to it

[Chorus]

Hey, if I just spread my wings
I can fly
I can fly
I can fly, hey
If I just spread my wings
I can fly-eye-eye-eye
Hum, fly-eye-eye


Belum Mengalah

Cer teka berapa Telipuk dah berjaya reduce untuk JK1M ni?

5kg jer...hahahah

Finally ada gak nampak perubahan, ingatkan penimbang tu nak mainkan Telipuk. Asyik tak bergerak jer. Sekali ni bila dia bergerak turun...eh...eh...macam tak percaya pula. Kira masih ada harapan untuk Telipuk muahahahaha...

5kg pun 5kg lah, ikutkan nafsu Telipuk dah tentu-tentu nak angka yang lebih besar. Akan tetapi memandangkan dah berminggu Telipuk tak mampu berlasak sebab kecederaan lutut, rasanya 5kg tu sudah memadai. Yang pentingnya Telipuk dah tahu apa yang patut Telipuk lakukan untuk menjalani kehidupan yang sihat. Dan yang pentingnya juga Telipuk akan buat ikut kemampuan bukan ikut-ikut orang. Apatah lagi nak buat sesuatu kerana orang. No way! Telipuk tak ada intention nak jadi orang lain, hanya akan jadi diri sendiri sahaja dan buat apa-apa yang Telipuk suka, Telipuk's way. Hahaha...banyaklah ko punya cara ek...

Tapi sungguh...Telipuk agak cemburu tengok gambar-gambar geng Titiwangsa yang berjaya panjat Bukit Saga. Diaorang naik pagi, turun dekat-dekat pukul 5...eh...what daaaa...bukan ke kalau ikut jadual patut by pukul 1-2 dah turun. Hemmm...mungkin diaorang ambil masa untuk naik dan enjoy the view. Belum campur mandi-manda kat air terjun tu lagi...wahhhh...sangat-sangat jeles. Apatah lagi mengetahui yang jumlah kalori dibakar rata-ratanya melebihi 2000...owhhh...I hate you!!!

Tak pe...tak pe...nanti Telipuk nak ajak geng Sentul repeat Bukit Saga...harap-harap ada take-up la. Kalau dalam 2 minggu ini lutut semakin baik dan stabil, Telipuk nak tingkatkan sasaran sebab memang ada plan team TM pulak nak buat ekspedisi ke Bukit Broga...wewittt...Saga pun tak cecah ko dah berangan nak ke Broga. Hahaha...cita-cita kena besar beb baru syok mengejar...tak dapat semua, dapat sipi, ye dak?

Wednesday, February 10, 2016

Refleksi Rabu

Apa khabar kaki kananku? Sudah surut nampaknya bengkakmu. Sudah kuat berdiri, rukuk dan bersujud dengan lebih sempurna. Pun begitu, tiap kali melangkah, masihku menahan rasa payah mencipta langkah dan pijakan yang sempurna. Khabarnya, otot yang direhatkan itu sudah terlebih rehat. Terasa keras dan kejang bila dipaksa bekerja semula. Hampir sahaja diri ini mahu mengeluh namun pantas ku bertahan. Wahai diri, bersabarlah kamu dengan kesabaran yang cantik. Bukankah telah kita pelajari, beruntungnya menjadi orang mukmin?...Hatta tiadalah ia menanggung beban meski sekadar tercucuk dek duri melainkan setiap kesakitan itu Allah kurniakan pahala untuk kesabarannya. Alhamdulillah, syukur. Syukur. Syukur. Syukur.

Betapalah episod ini memberi pengajaran yang besar untuk diri yang alpa. Hebat, sungguh hebat ciptaan Tuhan. Nampak di mata hanyalah kepala lutut yang tiada apa-apa istimewanya. Padahal yang berselirat dikelilingnya segala ligamen yang memegang fungsi-fungsi tersendiri. Setiap satunya punya tugas yang tertentu. Pincang satu, pincang semua. Sebelum ini melanyak kaki tanpa peduli apa-apa kerana tak pernah kenal kesakitan. Bila ada yang sakit kaki berjalan lambat di hadapan, boleh pulak rasa rimas...ehhh...tepilah sikit!!! Sekarang baru merasa dan mengerti perasaan mereka. Bukan senang nak buat benda yang kita sangkakan mudah. Alah...jalan jer la...Padahal nak mengatur langkah itupun punya mekanisme yang tersendiri. Yang jelasnya bukan dalam kawalan diri.

Memang ini badan kita tapi percayalah, kita tak punya satu kuasa pun ke atas tubuh badan yang kita perasan hak kita. Kalau badan ini engkau punya, boleh tak engkau tahan mata dari berkelip? Jangan harap! Boleh engkau bagi arahan kepada rambut supaya berhenti tumbuh? Tak mungkin. Sekecil-kecil itupun kita tak mampu buat, masih ada hati hendak sombong dengan Allah, Tuhan yang mencipta kita dan sekelian yang ada di langit dan bumi.

Jangan sombong! Jangan sombong! Jangan sombong!
(Kalau Allah suruh tutup aurat, tutuplah. Jangan cakap...ini saya punya badan, suka hati sayalah nak buat apa. Tubuh badan awak tu bukan awak punya...Allah bagi pinjam saja. )

"Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya".

Wednesday, February 03, 2016

Hajat Hati Nak Peluk Gunung...

Pengalaman JK1M Telipuk yang masih menghijau rupanya bukanlah suatu perjalanan yang semudah Telipuk sangkakan. Melewati minggu kedua, Telipuk telah diuji dengan kecederaan otot. Pada awalnya Telipuk sangka itu hanyalah sengal-sengal biasa yang lazimnya akan segera hilang sebaik hari berlalu. Namun sangkaan Telipuk benar-benar meleset. Hari kedua mengalami kesakitan di bahagian lutut menyebabkan Telipuk terpaksa mengagahkan diri berjalan berdengkut-dengkut ke pusat perubatan di tempat kerja Telipuk. Masa tu memang hilang segala ke'anggun'an. Yalah, dengan berdengkutnya, dengan slow motionnya, dengan kerut-kerut dahi menahan sakitnya...haishh...kalau Dr. Mike lalu menegur pun silap haribulan Telipuk jerkah! Hahahaha....

Dipendekkan cerita, dengan diiringi Lotuslily, Telipuk berjaya sampai di kaunter pusat perubatan. Mendaftarkan diri untuk pertama kalinya dan menunggu giliran. Sayugia diingatkan, Telipuk memang jenis yang kurang akrab dengan klinik, hospital dan seumpamanya. Tiba giliran, doktor pun memeriksa kaki kanan Telipuk dan mengesahkan yang tiada kecederaan pada lutut. Hanya yang menjadi sakit itu ialah kerana otot MCL yang memegang tulang paha dan betis di sebelah kiri lutut kanan itu sudah tercedera...nasib baik tak koyak teruk. Mungkin terlebih regang lalu lebam dan membengkak. Dek kerana bengkak itulah maka menyukarkan Telipuk mengatur langkah. Kaedah rawatan ialah menggunakan pendekatan RICE iaitu  Rest (Hentikan aktiviti) - Ice (gunakan ais ) - Compression (Tuam untuk kurangkan bengkak) - Elevation (tinggikan bahagian tercedera untuk alirkan lebihan bendalir di kawasan itu).

Orang kata sakit ini datang macam ribut dan pergi (nak baik) macam semut. Memang pun...dah 8 hari ni...Telipuk masih bertatih-tatih nak jalan macam biasa yang mana sangat susah nak buat. Terasa keras dan tegang jer pelipat kaki ni. Nak berlebih-lebih paksa, takut tersalah langkah menambahkan kecederaan. Huhuhu. Makanya, Telipuk sudah melepaskan 2 sesi senaman termasuklah yang semalam punya. Patutnya Telipuk join kawan-kawan buat rutin tabata drop, tapi tengok feedback diaorang...ada yang dah jalan pun macam king kong...nasib baik Telipuk tak turutkan perasaan pergi...keutamaan Telipuk sekarang ialah memulihkan diri sendiri. Tak apalah kalau terlepas sesi senaman, coach ada bagi video...bolehlah Telipuk buat sendiri bila-bila sudah kuat nanti. Telipuk juga buat sesi senaman ringan dalam kolam sebab air mengurangkan rasa sakit pergerakan. Harapan Telipuk ialah untuk menyertai aktiviti hiking ke Bukit Saga dalam masa dua minggu lagi. Semoga Telipuk cepat pulih.

Itulah kan...kita ni kalau nak bersenam...jangan over do it. Perasan boleh buat semua pergerakan. Ambilkira faktor keupayaan ye...awak tu bukannya muda lagi...tulang pun dah koi-koi mereput...hahaha...insaf!insaf! Itu Tuhan baru ambil sikit awak dah tak keruan Telipuk...cuba kenangkan nikmat-nikmat Tuhan yang banyak tak terhitung yang sekarang sedang dinikmati tanpa sedar.

Mudah-mudahan kesakitan ini menjadi penebus dosa-dosaku yang banyak itu.