Lebih mudah melihat ke luar tingkap
Berbanding melihat ke dalam diri
Di sana lebih senang menggambarkan
Segalanya jelas terlihat
Sedang di hati sukar untuk diungkapkan
Tak terluah dengan kata-kata
Lebih mudah menghukum apa yang terlihat dek mata
Sedang yang terlintas di hati jauh lebih merbahaya
Mudah memandang rendah
Merasakan diri lebih baik
Padahal setiap satunya menoktahkan titik hitam
Hatipun semakin berkarat dengan dosa
Dosa hati tak siapa peduli
Terbenam jauh disangkakan remeh
Berpuas hati dengan amal
Dipuji orang dirasakan hebat
Amalan sebesar Tihamah yang gah
Berkecai berhamburan sekelip mata
Debu-debu berterbangan
Sia-sia belaka
Berilmu namun tiada memberi makna
Beramal namun terheret ke neraka
Thursday, March 31, 2016
Wednesday, March 30, 2016
Sabar Nan Indah
Tika kita kesempitan dan buntu memikirkan jalan keluar, Allah hadirkan ilham untuk bersabar. Bersyukurlah. Jangan fikir tentang apa yang kita mahu kerana Allah telah memberikan kepada kita apa yang kita perlu. Bersyukurlah kerana kita mampu untuk bersabar.
Bukan mudah untuk bersabar, apatah lagi dalam keadaan sebenarnya kita mampu melakukan sesuatu namun menahan diri untuk melakukannya demi memikirkan ganjaran yang Allah tawarkan atas sabar menghadapi ujian. Berapa ramai yang tewas kala mendepani ujian. Ada yang tidak sabar sehingga sanggup mengambil jalan yang membawanya jauh dari Allah. Betul, hati rasa puas kerana dendam terbalas namun apakah harga yang perlu kita bayar untuk rasa puas hati yang cuma seketika itu? Syurga Allah. Berbaloikah kita menggadaikan segalanya untuk kepentingan duniawi yang tidak membawa sebarang makna? Justeru berbahagialah wahai jiwa dan janganlah bersangka buruk dengan Allah. Pastilah keputusan Allah itu yang paling tepat dan baik untuk kita.
Ujian Allah adalah ubat yang paling mujarab untuk penyakit kita yang sangat berbahaya yang sekian lama kita hidapi. Namun kita tidak terfikir betapa bahayanya penyakit itu. Lalu Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menghadirkan ujian yang sesuai untuk mengubati penyakit kita. Apakah yang lebih baik daripada kesembuhan penyakit cintakan dunia? Penyakit yang akan menghalang kita daripada mendapatkan syurga Allah? Bukankah itu satu nikmat yang sangat-sangat indah untuk sedar dan menginsafi betapa selama ini kita terlalu hanyut dan leka meletakkan pergantungan dan harapan kepada manusia, mengharapkan balasan penghargaan dan kasih sayang yang tidak berkekalan sedangkan Rabb yang Maha Kuasa itu terlebih patut menduduki kedudukan tertinggi dalam hati kita.
Kita adalah makhluk yang Dia ciptakan. Tanpa Dia, siapalah kita. Maka, adalah sangat patut untuk memusatkan segala tumpuan dan perhatian kepada Dia. Dan Dia berhak untuk menentukan apa jua untuk kita. Sebagai hambaNya, kita harus tunduk dan akur dengan kehendakNya, biarpun nafsu pasti membantah...teruskan perjuangan untuk menjadi hamba yang sebenar-benar hamba.
Betul, apa yang kita mahu itu lazimnya kita tak dapat dan yang kita tak mahu itu (tapi dapat), tak mampu kita membuangnya.
Namun fikirkanlah...Allah yang Maha Mengetahui itu tidak beri kepada kita apa yang kita mahukan, sebaliknya Dia beri kita apa yang kita perlu. Mengapa? Kerana kita tidak tahu apakah yang kita mahu itu sebenarnya baik atau tidak untuk kita.
Yang pastinya, Allah beri yang terbaik untuk kita.
Redha dan terimalah. Semoga menjadi insan yang berbahagia di dunia dan sentosa di akhirat.
In shaa Allah.

Friday, March 25, 2016
Marilah Menuju Kejayaan
Saya memusingkan kerusi menghadap ke tingkap, merehatkan mata yang berpinar membaca tulisan di laptop buat seketika sambil menguatkan tekad untuk cuba menyiapkan segala-galanya hari ini. Positif. Positif. Di kejauhan sana, nun jauh menyeberangi Lebuhraya Persekutuan yang memisahkan bangunan Menara TM ini dengan kelompok infrastuktur yang gigih dibangunkan di kawasan elit Bangsar South, terlihat sekumpulan manusia berjalan di denai tanah merah. Seketika kumpulan pertama berhenti menoleh-noleh ke belakang. Sorotan mata saya halakan ke arah itu, terlihat sekumpulan lagi rakan-rakan mereka berkejaran menyertai rombongan itu. Saya tersenyum sendiri. Merasa gembira dan berdoa semoga Allah memberikan mereka ganjaran yang besar kerana bersegera menuju ke rumah Allah, dalam keadaan mereka yang pada mata kebanyakan kita, kekurangan serba-serbi. Ya, mereka hanyalah pekerja asing yang datang mencari rezeki di negara kita.
Saya meninjau kedudukan masjid yang menjadi tempat hala tuju mereka. Masjid yang tersergam indah itu memang tampak jauh untuk dicapai dengan berjalan kaki. Namun memikirkan akan pahala yang mereka bakal pungut bagi setiap langkah, hati saya digigit rasa cemburu pula. Saya pasti suasana di luar sana sangat terik dan panas membahang sebagaimana biasanya semenjak El Nino menjengah wajahnya. Semoga Allah memberikan mereka kekuatan untuk terus beristiqamah melakukan suruhanNya walau di mana dan apa jua keadaannya.
Saya harap benda yang sama untuk saudara-saudara Islam saya yang di sini...yang bekerja dalam suasana nyama berhawa dingin. Solat Jumaat hanya di masjid di bawah bangunan. Hanya perlu tekan lif dan turun. Namun hanya berjalan melenggang saat azan berkumandang. Nak sampai cepat dan tepat. Bukan mengejar yang awal lagi berkat. Mungkin mereka belum mendengar tentang hadis Nabi perihal solat Jumaat ini.
Orang yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa. Aus bin Aus berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).
Banyak tu...setahun....rugiiiii sangat-sangat kalau tak rebut! Rugi dan bodoh sombong sekali. Bodoh sebab tak tahu (tak ambil tahu) tentang ganjaran yang besar itu. Sombong sebab...dah tahu amalan tidak banyak, tahu pula yang kita bakal menyertai kelab bakal-bakal jenazah...namun tidak mempersiapkan sesuatu untuknya padahal peluang sudah luas terbentang.
Cerdik tak kalau kita gembira menukarkan seekor unta gemuk dengan balasan sebiji telur ayam?
Fikir-fikirkanlah.
Begitulah kebanyakan kita manusia ini berkelakuan bukan? Betapalah saban waktu kita tega menzalimi diri sendiri. Berjerih perih dengan pelbagai amalan namun beramal dengan perkara-perkara yang bukan sahaja tidak menguntungkan malahan membawa kita jauh dari Allah. Kemudian setelah itu, kita tersenyum puas kerana menyangka kita telah membuat amalan yang baik (sebenarnya tidak).
Betapa tertipunya kita.

![]() |
| Petikan dari https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/02/24/ganjaran-hadir-awal-solat-jumaat/ |
Fikir-fikirkanlah.
Begitulah kebanyakan kita manusia ini berkelakuan bukan? Betapalah saban waktu kita tega menzalimi diri sendiri. Berjerih perih dengan pelbagai amalan namun beramal dengan perkara-perkara yang bukan sahaja tidak menguntungkan malahan membawa kita jauh dari Allah. Kemudian setelah itu, kita tersenyum puas kerana menyangka kita telah membuat amalan yang baik (sebenarnya tidak).
Betapa tertipunya kita.
Tuesday, March 22, 2016
...Berenang-renang ke Tepian
Telipuk dah memulakan sesi pertama belajar berenang Jumaat lepas. Lepas ni, tak adalah Telipuk cuma mampu tengok kolam renang tu...hahaha...pergi bercuti ke mana-mana pun bolehlah rajin jengah kolam renang hotel. Memang rasa nak tulis lebih ayat 'motivasi' ni...tapi since baru jer pun belajar, tak beranilah nak berlebih-lebihan sebab memang terasa tak pandai betul bab-bab skill nih.
Bayangkan budak kampung yang membesar dalam persekitaran yang kiri kanan ada parit, ada tali air...tapi tak reti berenang??? Huh...kampung la sangat, kan??? Tapi memang, Telipuk ni ala-ala gadis pinggitan dulu...uwekkk...memang tak retilah nak berlasak ni...panjat pokok tak reti, bertanam padi tak reti, cuma nak tolong clearkan bendang tu yang kepakaran Telipuk hehehe. Jadi, now baru Telipuk ada ruang untuk 'upgrade' kemahiran. Rasanya semua ini bermula dengan semangat JK1M. Asalnya. Bila yang kita tak pernah terfikir boleh buat, tetapi akhirnya terbukti boleh...maka kesan aura positif itu telah merebak ke seluruh alam buana...huh...
Hill trekking Telipuk dah bermula lebih awal secara tidak sengaja. Namun itu bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan sifat mesra alam Telipuk...Telipuk memang suka nature. Namun tuntutan kehidupan dan realiti telah membataskan pergerakan Telipuk. Yang JK1M itu sendiri sememangnya satu keputusan yang mengejutkan Telipuk sendiri. Telipuk memilih untuk mencabar diri sendiri kerana sebab-sebab kesihatan. Walaupun separuh daripada tempoh 6 minggu itu Telipuk dibelenggu kecederaan, program ini masih memberikan manfaat yang besar buat Telipuk. Sehingga ke hari ini, Telipuk dapati untuk meneruskan gaya hidup yang sebegitu sebenarnya tidaklah sesukar yang dibayangkan. Mungkin ada yang mengambil pendekatan extreme. Mungkin ada yang sekadar mengunyah batang celery bila lapar...untuk Telipuk sorrylah, Telipuk hanya manusia biasa dan keperluan Telipuk untuk susuk tubuh yang anggun bukanlah menjadi misi dan tujuan penyertaan Telipuk dalam JK1M. Telipuk hanya nak berat badan yang ideal dan boleh membantu menggalakkan kesihatan tubuh untuk Telipuk manfaatkan keupayaan diri demi tujuan yang jauh lebih besar. In sha Allah.
Demikian motivasi untuk Telipuk melangsungkan gaya hidup yang lebih baik di masa ini. Skil renang adalah antara yang Telipuk teringin hendak dapatkan. Tak adalah sampai nak jadi perenang handalan, dapat terapung dan berenang-renang manja pun dah cukup dah rasanya hahaha. Sekarang Telipuk nak fokus untuk dapatkan skil ini dulu. Owh...memang agak susah...untuk Telipuklah sebab Telipuk langsung tak ada asas...jadi kena mula dari bawah. Pada sesi pertama tempohari, Telipuk belajar untuk buat 'bubbles'...actually menghembuskan nafas dari dalam air...so keluar bubbles as Telipuk hembus guna mulut. Lepas tu belajar untuk terapung atas belakang badan ni...macam starfish. Susah jugak tu sebab walaupun terapung, mudah jer Telipuk rasa panik sebab lepas tu takut tenggelam the moment hilang keseimbangan. Masa tu memang terkial-kial nak paut semua benda...natijahnya habislah tertelan air segala...huhuhuhu...Perkara lain ialah belajar untuk gerakkan kaki, buat splash gitu...tangan lurus pegang kick board and there you go...pergerakan ini sepatutnya membuatkan anda meluncur ke hadapan ...cuma yang Telipuk buat ni, macam statik jer tak gerak mana-mana...rasa dah habis kuat dah gerak kaki...hihihi...berat tulang kot hang ni Telipuk!!!
Sementara menunggu sesi kedua, Telipuk dah dua kali turun kolam praktis...still risau bab berenang pegang kick board tu...rasa tak lepas lagi untuk dikuasai. Hopefully, nanti Telipuk boleh figure out what went wrong so that I can glide smoothly lepas ni...harap sangatlah sebab tak adalah ingat nak lanjut another set of training lepas ni. Yelah...banyak lagi benda lain yang Telipuk nak cuba buat...harap tak ada la lama tersangkut kat aktiviti ini.
Wish me luck ya...

Friday, March 18, 2016
Timbang Imbang
Nyamannya suasana hari ini...hihihi
Nikmatilah sepuas-puasnya sebelum ia berakhir. Lepas ini tak ada la merasa boleh keluar rumah pukul 7 dan sampai pejabat pukul 7.15 pagi. Lepas ini kenalah lebih kerap menekan pedal brek ya...dah lama tak guna...hahaha...ayat melampau! Kan bagus kalau korang semua pergilah bercuti-cuti, berehat dengan keluarga, tak payah datang kerja...jalan tak sesak, parking senang...semua pun selesa jer.
Hurmmm...tunggulah keadaan kembali seperti sediakala...sementara tu...enjoyyy!!!
Semalam dengan tak semena-mena Telipuk memberanikan diri menimbang berat. Actually, risau youuu sebab dah tak buat vigorous activities minggu ini. Kata nak gi zumba, last-last tak pergi. Nak pergi gym pun tak dapat jua. Nak naik turun tangga, seriau tengok cicak banyak sangat dok melekat tepi dinding dan atas siling...huhuhu...last-last buat tabata saja, tu pun tak complete 1 jam sebab ada jer benda nak buat. Nak kena hantar dan jemput anak pergi/balik tuisyen in between masa tu. Asalnya nak tunggu hujung minggu ni baru nak timbang, tapi rasa macam nak juga tahu apa jadi bila Telipuk memperlahankan aktiviti. Bila timbang...huuu...legaaaa...masih mencatat penurunan. Tak banyak, dalam 2kg saja. Tak apalah, janji trend menurun. Biar perlahan, tapi bergerak ke bawah jua...konsisten jer lah. Alhamdulillah, kalau naik la...mau pening kepala Telipuk memikior nak kena review balik banyak benda dan buat new commitment. Lepas ni bila dah pandai, bolehlah slot in aktiviti renang pula..hohoho...baru nak pergi first class hari ini sudah mahu berangan ye.
Telipuk juga sudah kembali berpuasa bermula hari Khamis. Sepanjang mengikuti JK1M ni, selama 6 minggu tu Telipuk tangguhkan aktiviti puasa Isnin/Khamis sebab konon takut lapar kan...maklumlah...dah start nak makan ala-ala nasi cuma satu gengam tangan tu kan. Telipuk pulak mana boleh tinggal nasi...melayu totok ni...Tapi risau juga sebab takut tak boleh mengembalikan kebiasaan puasa tu...Hari Isnin hari tu tak dapat puasa sebab cuti...eleh...macamlah kalau cuti tu nak makan banyak apa ke...tak jugak! Rugi jer la manusia ni kan. So, semalam bertekad juga nak mula balik. Bangun sahur terkebil-kebil tak tahu nak makan apa. Last-last makan menu sama seperti ketika mendaki Broga. Telan jer lah...janji isi. Alhamdulillah, kebetulan sepanjang hari tu fikiran Telipuk dok fokus nak habiskan satu tugasan, sedar-sedar hari dah petang. Masa tapau makanan, yang lawaknya...tak pernah-pernah Telipuk terlioq tengok sayur bayam...this time macam nak makan jer banyak-banyak. Hahahah...I mean, kalau sayuran hijau tu Telipuk nyer favourite asalnya cuma sayur kangkung. Last few years, Telipuk dah develop minat makan sayur sawi bunga. Siap ratah-ratah tanpa nasi. Since JK1M dan kat sini selalu ada sayur bayam masak air tu...dahhh Telipuk pulun bayam jer all the time. Tapi semalam tamak punya pasal beli sayur taugeh campur kobis. Tu pun suka...though masak bodo-bodo jer.
Masalahnya ialah time berbuka. Beli sup ayam (membeli la semuanya sebab tak sempat nak masak dan mak balik kampung huhuhu), alih-alih makan secubit. Yang sayur mayur tu semua...Telipuk habiskan kobis/taugeh...dan separuh bayam. Makan dengan nasi satu senduk tapi yang kesiannya tak mampu habiskan nasi tu sebab Telipuk dah belasah sayur banyak sangat kot. Aduhhh...macam ni pun dah kenyang rupanya...ni kalau bulan posa mau jimat belanja dapur kalau semua orang boleh buat macam ni...hahahaha...ok lepas ni dah tau, kalau Telipuk berpuasa nanti, nak ambil simple jer...satu sayur, satu lauk dan air kosong jer.
Now risau la pulak...takut lepas ni dah tak lalu nak makan benda-benda nyummies yang dulu Telipuk suka. Telipuk suka coklat...sekarang jangankan satu bar, bahagian yang patah-patah tu satu dua jer Telipuk makan. Lepas tu simpan. Memang coach Telipuk ajar makan jangan hadap sekaligus habis...makan sikit-sikit. Hatta untuk buah sekalipun. Kalau makan sebiji epal, potongkan dan cuma makan satu atau dua potong jer dulu (Kalau buah kadang2 tak tahan la...ku belasah jua). Lain-lain simpan dan makan kemudian. Rasa-rasanya Telipuk tidaklah bercadang tak mau makan itu ini, Telipuk masih nak makan cuma Telipuk jaga portion saja. Rugilah weiii kalau tak makan...nak-nak laksa kan...mana bolehhh!!! Tak dapat satu mangkuk, dapat beberapa suap pun jadilah...hahaha...

Friday, March 11, 2016
Perkongsian Jumaat
Siapakah yang lebih mengenali perangai dan tabiat manusia melainkan Dia Yang Menciptakan. Jadi kalau sang pencipta kata manusia ini tabiatnya begitu, begini...betullah tu!!! Sebab Dia yang cipta. Dia yang buat.
Macam orang yang mencipta mesin pintarlah misalnya. Tentulah dia tahu apa keupayaan mesin itu. Kalau mesin meragam kat mana yang tak kena dan apa yang patut dibuat. Dan bila si pencipta suruh buat itu, ini...pastilah dituruti kerana kita yakin dan percaya dengan kata-katanya.
Berbalik kepada Pencipta kita, Allah SWT. Dia lebih mengenali kita makhluk yang Dia ciptakan. Dia tahu apa yang tak kena dengan kita dan Dia juga sudah beri solusinya, namun makhluk manusia ini memanglah terkenal dengan kedegilannya.
Tabiat manusia itu, Allah rakamkan dalam surah Al-Ma'arij, bermula ayat 19 hingga 23.
إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ خُلِقَ هَلُوعًا (Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)
إِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ جَزُوعًا (Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah)
وَإِذَا مَسَّهُ ٱلْخَيْرُ مَنُوعًا (Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut)
إِلَّا ٱلْمُصَلِّينَ (Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang)
ٱلَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ دَآئِمُونَ (Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya)
Ini merupakan perkongsian dalam kelas fiqh perbandingan mazhab semalam. Ianya mukaddimah sebelum masuk ke perincian seterusnya darihal bab solat menurut pandangan mazhab-mazhab utama.
Kata ustaz kami, sesiapa yang membaca ayat di atas, pastilah dia akan kenal dengan tabiat manusia. Manusia itu, adalah makhluk yang Allah jadikan ia sentiasa bertabiat resah dan gelisah. Sering berkeluh kesah. Bila ditimpa kesusahan, mulalah mengeluh. "Habislah aku"..."Matilah aku...", "Apa nak buat ni...susahlah", macam-macam perkataan keluh kesah akan keluar. Sebaliknya, bila manusia diberikan kesenangan...tabiatnya bagaimana? Dia akan menjadi bakhil dan kedekut. Yang disebut bakhil dan kedekut ini bukanlah hanya aspek harta benda wang ringgit semata-mata tetapi juga aspek-aspek lain seperti takut hilang pangkat dan kedudukan, risau kesenangan yang dimiliki tak berkekalan, takut nak tolong orang susah sebab takut nanti asyik kena tolong selalu, takut nikmat kecantikan yang ada hilang dek peningkatan usia etc . Lalu begitulah sentiasa hidup manusia ini, meski berlegar-legar antara ujian susah dan senang, mereka akan sentiasa berada dalam keadaan resah dan gelisah.
Walaupun ini merupakan kebiasaan yang dialami manusia kebanyakan, tabiat yang sama terhindar dari mengongkongi kehidupan segolongan manusia. Siapakah mereka? Allah menjelaskan, mereka yang terpelihara daripada tabiat ini adalah orang-orang yang tetap dalam mengerjakan sembahyangnya. Yakni, mereka yang konsisten dalam menjalankan tugasan sebagai hamba, yang sentiasa menjaga solat mereka dan mereka itu mengerjakan solat dengan khusyuk lagi tawadduk.
Surah Al-Fajr, ayat yang ke 15 dan 16 menjelaskan lagi tentang tabiat manusia.
فَأَمَّا الإنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ ( Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya, dan memberinya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku telah memuliakanku")
وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ (Namun apabila Tuhan mengujinya, lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata:"Tuhanku telah menghinaku".)
Adakah kita juga demikian sebagaimana yang Allah gambarkan dalam kedua-dua surah tersebut? Kita adalah manusia dan itulah tabiat kita. Apakah dengan mengenali keburukan tersebut, patut kita biarkan sahaja kerana...well...dah namapun manusia...or, should we strive and give our commitment to overcome it? Bukankah Allah telah katakan, yang tabiat buruk begitu tidak mengenai orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Jadi, kita ada pilihan bukan?
Okay, next...saya pun sembahyang jugak apa...mengapa saya masih rasa tabiat saya sama jer macam penjelasan Allah itu...selalu resah gelisah, selalu berkeluh kesah...di mana silapnya ya???
Kat sinilah kita nak bina jambatan dan perkaitan antara ayat-ayat tersebut dengan topik baru pengajian iaitu solat. Bagaimana solat boleh menjadi ubat dan penawar? Solat sebagai jalan penyelesaian sehingga akhirnya kita dapat buang tabiat-tabiat buruk tersebut. Ketahuilah, untuk kita mencapai tahap yang membolehkan kita terhindar dari resah gelisah dan keluh kesah, maka penting untuk kita mengerjakan solat dalam keadaan sesempurna yang mungkin. Untuk menghasilkan solat yang benar-benar berkualiti, maka perlulah kita ketahui dan ikuti tatacara yang betul sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Bagaimana solat menjadi penawar dan ubat kepada permasaalahan manusia? Ini boleh dirujuk dalam Surah Al-Muzammil bermula awal ayat. Bilamana wahyu pertama datang, Rasulullah SAW menjadi takut, bingung, buntu, gusar dengan kejadian tersebut. Lalu apa yang berlaku? Allah mewahyukan dalam surah tersebut, arahan supaya Nabi bangun untuk bersolat di malam hari. Begitu hebatnya kesan bangun malam untuk beribadat kerana di situ sahaja telah jelas usaha dan keikhlasan kita untuk bersusah payah meninggalkan nikmat tidur, menyembahNya, meminta bantuanNya. Di malam-malam hari yang sunyi begitu kala insan lain nyenyak tidur dibuai mimpi, itulah saatnya kita tunduk menghinakan diri kepada Yang Esa. Di situlah ruang untuk kita mengadu segala permasaalahan dan meminta bantuan hanya dariNya dengan sesungguh hati. Yang ini memang saya percaya keberkesanannya. Apa dan bagaimana, rasanya saya tak mampu jelaskan namun yang penting kita berusaha untuk mencari jalan supaya kita mampu dan kuat untuk meluangkan sedikit waktu malam kita untuk mendapatkan habuan yang sangat-sangat besar dan istimewa ini.
Kaitan antara tabiat manusia dan jalan penyelesaian kepada masalah manusia, telahpun terbina. In sya Allah, semoga saya dapat beristiqamah mengikuti kelas-kelas seterusnya dalam misi mencari bekalan yang masih sangat-sangat sedikit yang saya harapkan akan membantu saya saat tiba masa yang tak ada suatu apapun yang boleh memberikan bantuan melainkan Dia Yang Esa.

Thursday, March 10, 2016
Menuju Puncak
Usai program 6 minggu JK1M#6, mula terasa macam anak ayam kehilangan ibunya. Pun begitu, tetap tidak berganjak dari keputusan yang telah diambil sebelum ini iaitu , Telipuk tidak akan mendaftar untuk program lanjutan. Bukan sebab Telipuk kedekut nak keluarkan duit tetapi Telipuk nak latih diri berdikari. Sampai bila nak biasakan diri buat sesuatu ikut-ikutan. Memanglah seronok bila buat senaman dalam kumpulan, rajin aje. Tapi sampai bila? Kata nak jadikan lifestyle...dah kalau bila seorang tak mampu buat, gaya hidup apa ke namanya? Kalau macam tu, sampai sudahlah buat sesuatu bergantung kepada orang lain. Kalau tak ada geng, tak bersenam. Ada geng, baru bersenam. Owh...no...no..no...
Jadi, Telipuk pun mulakan apa yang boleh Telipuk mulakan. Sebagai contoh, aktiviti naik turun tangga. Telipuk dah cuba berlari keliling Tasik Titiwangsa minggu lepas, tetapi ketika larian hampir sempurna hujung ke hujung, Telipuk terpaksa berhenti sebab kaki yang tercedera dulu mula terasa sedikit tidak selesa. Nak kata sakit sangat tidaklah, cuma rasa langkah nak menghencut balik...huhuhu...oleh yang demikian, mungkin untuk kembali berlari seperti biasa itu perlu ambil masa lagi. Bila naik turun tangga, tak rasa bermasalah. Maka, buat sementara ini Telipuk gantikan acara lari-lari dengan acara naik dan turun tangga. Kalau tangga kat rumah tu, dari ground floor sampai tingkat rumah Telipuk cuma 4 tingkat jer...ada 6 set tangga...satu set ada 9 anak tangga. Sekali trip naik, bolehlah daki 54 anak tangga. Biasa Telipuk buat 10 trip naik, 10 trip turun. Bolehlah dapat 540 anak tangga naik. Hohoho...berpeluh jugak tuh...
Itu kalau kat rumah...
Masalahnya, Telipuk rasa workout masih tak cukup. Yelah, kalau nak turunkan berat, at least kena buat aktiviti 5 hari dalam seminggu, dua hari rehat. Sabtu, Ahad, Isnin dan Jumaat adalah hari-hari yang Telipuk rasa boleh diisikan dengan aktiviti yang sesuai. Satu hari lagi masih kena fikirkan. Coach pesan suruh pelbagai. Tak boleh naik tangga sahaja atau pergi zumba sahaja. Setakat ini Telipuk tak ada masalah nak naik tangga, lompat tali dan buat tabata drop sorang-sorang kat rumah. Tapi takut lama-lama boring kot...tu yang Telipuk nak ensure ada outdoor jugak. Trip ke Broga adalah cubaan Telipuk untuk menambah variasi dan keseronokan ke dalam gaya hidup baru. Masalahnya tak ada kaki la pulak nak konsisten benda ni...geng Sentul selalu timing clash...nak tag along team lain, duhhh...macam tak reti nak intro camana...hahahah...oklah, slow dulu sekejap yang tu...nanti Telipuk pikir balik kaedah apa ...
So...Telipuk add acara Zumba...semalam semangat menghadirkan diri ke kelas. Sekali tengok instructor berkerut-kerut muka menggosok kaki. Malang sekali, kelas terpaksa dibatalkan sebab kaki instructor zumba kitaorang dah terseliuh la pulak...jadi, zumba kena park ke tepi dulu jugak...hihihi. Berangan nak berenang, punnnn kena park tepi sebab sepatutnya kelas private untuk Telipuk sorang bermula Jumaat ini tetapi trainer Telipuk minta tangguh pula sebab nak susun jadual dia. Alahaiii...semua park tepi ni...kang Telipuk pergi kelas belajar buat kek baru padan muka sendiri!!!
Namun, satu benda yang Telipuk berjaya buat minggu ini...jeng...jeng...jeng....
Melompat dari awan ke awan tanpa henti opppsss...bukan...bukan...memanjat tangga di bangunan Menara Telekom ini dari pejabat Telipuk di aras 7 sehingga ke pejabat bos besar di aras 55...48 tingkat tuhhh...perghhh...cayalah diriku sendiri!!!
Naik tangga lagi ek...hahaha...tapi memang aktiviti ni Telipuk teringin sangat nak buat. Tapi tak berani dan tak tahu nak mula. Bila Asma beria-ia ajak sebab dia dah mula naik sekali dua minggu lepas...Telipuk pun tak teragak setuju je. Sepatutnya naik bertiga dengan sifu hiking yang kental lagi da'bomb, Erliz (yang juga peserta JK1M6 team Serdang)...malangnya member kena keluar meeting kat Putrajaya. Tak pe...tak pe...hidup mesti terus...jangan memandang ke belakang...fikirkan boleh...yeh yeh...
Selfie di check point pertama...hahaha...tingkat 20. Time ni sengih pun lebar lagi. Alhamdulillah, tak rasa begitu penat sebagaimana yang Telipuk bayangkan. Mungkin sebab Telipuk dah biasa naik turun tangga kat rumah, latihan dah ada, Cuma risau Asma sebab takut dia penat, Asma dah develop asthmatic ever since dia tak sihat beberapa ketika dulu. Anyway, kami naik pelan-pelan sambil bersembang.
Akhirnya, sampai di aras 24, Asma mengalah. Telipuk suruh dia turun balik dan rehat di pejabat. Mula-mula Telipuk teragak-agak juga nak meneruskan perjuangan ini sebab Telipuk takut nak naik tangga sorang-sorang...sunyi pulak tu. Namun, memandangkan Telipuk sangat teringin dan nak tahu Telipuk boleh naik sampai tingkat berapa...sementelah lagi kat luar tu hujan dah turun, jalan dah mula sesak...kalau balik pun tak guna, maka, Telipuk bertekad untuk meneruskan.
Ini gaya selfie dalam keadaan cuak memerhati sekeliling di aras 30.
Seterusnya Telipuk continue naik menapak setangga demi setangga sehingga berjaya sampai di aras 45. Wahh...masa ini tak takut lagi dah. Rasa tak sabar nak naik lagi. Sepanjang perjalanan tu terserempak dengan beberapa manusia. Semuanya Telipuk tegur dengan ramah hahaha...dah kenapa ko ni Telipuk???
Ada sseorang brader tu, mula-mula sengih jer tengok Telipuk yang dok hish hush hish hush naik tangga macam dengus Dark Vader dah...dia nak turun, Telipuk nak naik. Dah ke bawah dia sempat melaung..."Sorang jer ke?"
"Haah...ada member tadi, tapi dah patah balik dah..."
Wauu wee....tingkat 50 dah...yahoo...yahoo...unsangkarable! Telipuk lagilah bersemangat nih...sebab lutut tak pulak rasa sakit. Penat memang penat...tapi rasa boleh buat. Baju dah basah dengan peluh. Memang rasa best sangat.
Ayuh teruskan...
Finally, sampai tingkat 55. Selfie tak senyum sangat dah...bukan sebab penat tapi sebab frust...actually, 55 bukan aras tertinggi...kalau nak sampai ke puncak paling atas sampai ke helipad (though tak ada sesiapa menghuni tingkat-tingkat puncak tu), katanya ada 60 lebih tingkat. But then, safety comes first la kan. Telipuk tak berani la nak explore sorang-sorang...kalau ada geng, bolehlah. Jadi nak tak nak, kenalah berpuas hati dengan pencapaian percubaan pertama ini...happy! happy!
Next trip Telipuk akan mula dari aras bawah. Barulah boleh cecah 50 tingkat lebih menapak naik kan. Teruja ni dengan aktiviti ni. Ke nak panjat tangga KL Tower??? hahaha...over do it lahhh...sabo jer lah mak jemah oiii...!!!

Dari Kaki Tangga Ke Menara - Fauziah Latiff
Jarang sebenarnya sekarang nak jumpa lagu dengan lirik yang membina dengan selitan nasihat sebegini. Ini antara lagu yang sedap di pendengaran dan mudah difahami, namun tidaklah sampai menjadi siulan. Lagu yang agak lama...beza sangatlah kan kalau dibandingkan dengan lagu-lagu sekarang...nak sebut pun tak reti...heheh...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan
Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi
Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa
Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka
Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara
Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan

Friday, March 04, 2016
Pentas Ujian
Saya tertarik dengan satu video pendakwah terkenal Dr. Zakir Naik ketika menjawab satu soalan yang bertanyakan (lebih kurang begini bunyinya), " Mengapakah Allah yang begitu berkuasa itu tidak turun ke bumi menghapuskan segala perbuatan buruk manusia (sedangkan Dia mampu), namun menunggu lama (sehingga Kiamat) dan tidak berbuat apa-apa?".
Mungkin dari sudut pandangan non-muslim, kalau kata Allah itu Tuhan Yang Berkuasa mengapa Dia membiarkan sahaja segala keburukan bermaharajalela. Bukankah elok ditunjukkan kekuasaanNya supaya selepas itu (barangkali) semua manusia akan tahu dan kenal kehebatan Allah lalu mereka pun terus tunduk patuh tanpa banyak soal lagi. Senang cerita!
Mula-mula Dr. Zakir naik berkata, " Betul, Allah itu berkuasa. Bahkan kalau Allah berkehendak, Dia boleh masukkan semua manusia dalam syurga atau neraka". Terpulang kepada Allah. Dia boleh berbuat apa sahaja. Kemudian berbalik kepada tujuan penciptaan manusia dan jin, dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56 yang bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (menyembah/beribadat) kepadaKu".
Kalau di sekolah, cikgu mengadakan peperiksaan untuk menguji kefahaman pelajar dan mengenalpasti murid mana yang cemerlang (untuk diberi ganjaran) dan yang mana pula yang masih berada di takuk yang lemah. Begitulah dengan keimanan kita, bagaimana mungkin kita boleh mengaku yang kita ini beriman dan bakal menjadi penghuni syurga tanpa melalui ujian demi ujian dari Allah? Maka kerana itu, di dunia ini, telah Allah utuskan para Nabi dan RasulNya untuk mengajarkan jalan yang benar yang patut diikuti, hanyasanya manusia ini sering saja lalai dan alpa dalam perjalanannya menuju Illahi sehingga ada yang tersasar.
Allah menjelaskan tentang ujian di dunia ini di dalam Al-Quran, antaranya :
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah: 214)
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)
Mengapa tidak Allah 'luluskan' sahaja atau 'gagalkan' sahaja manusia-manusia ini, bukankah itu mudah bagiNya?
Cuba fikirkan, apa akan jadi kalau pensyarah perubatan itu meluluskan sahaja semua pelajar-pelajarnya yang bakal menjadi doktor itu? Senang cerita, tak payah susah-susah belajar...luluskan saja. Nah...bagaimana jadinya apabila doktor-doktor muda ini keluar memberikan perkhidmatan? Silap haribulan bukan mengubat, tetapi boleh memendekkan hayat.
Dan lagi...Allah itu Maha Adil. Sekecil-kecil amalan juga diambilkira, hatta yang sebesar zarah. Kalau semua orang Allah masukkan dalam syurga, apa halnya dengan orang yang sepanjang hidupnya beramal dengan amalan yang baik tetapi tengok-tengok kawannya yang saban waktu buat maksiat pun ada sama dalam syurga...bukankah itu tak adil?
Jadi, untuk pemahaman kita...selagi kita berada di atas dunia ini...inilah pentas ujian. Ujian akan datang silih berganti seiring dengan peningkatan iman. Semakin kita mencari jalan menujuNya, semakin kuat dugaan...teruskan perjalanan, kukuhkan pegangan. Yakinlah yang setiap satunya pasti akan menaikkan darjat kita jika kita harungi dengan bekalan iman dan taqwa. Balasan yang menunggu lulusan semua sudah pasti tidak terperi nikmatnya.

Thursday, March 03, 2016
Road Not Taken by Robert Frost
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
Subscribe to:
Posts (Atom)