Thursday, February 23, 2012

Mari Berfikir

Dalam kuliah tengahari Rabu, Ustaz bercakap tentang banyak perkara. Kami mentaddabur ayat 18 Surah Yunus yang memperkatakan tentang kebodohan dan alasan kaum Musyrikin menyembah selain Allah. Bodoh kerana mereka menyembah sesuatu yang tidak boleh mendatangkan mudarat, tidak juga memberikan manfaat. Maksudnya, kalau mereka lupa nak sembah pun, patung tu tetap berdiri kaku macam tu juga. Kalau mereka sembah setiap waktu tak lupa pun, sama je...tak ada la boleh dapat duit seguni pun. Dengan sifat yang macam tu, layakkah disembah?

Lalu Allah menegur perbuatan kaum Musyrikin itu yang melakukan perkara yang sia-sia padahal Allah telah memerintahkan yang hanya Dia yang patut disembah dan jangan menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Apabila ditegur, kaum Musyrikin pun membuat alasan kononnya yang mereka sembah itu adalah perantara. Allah menempelak mereka yang mengada-adakan cerita (membuat pembohongan). Padahal Dia Yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Yang Pengetahuannya meliputi seluruh yang ada di langit dan di bumi. Kalau apa yang terlintas di hati lagikan Allah tahu, inikan pula keperluan mengadakan perantara...masakan Allah tidak tahu apa yang Dia perintahkan. Maha Suci Allah daripada segala sifat kelemahan dan kekurangan!

Sekarang masa untuk berfikir, kenapa Allah tidak sebut 'berhala/patung' secara spesifik tetapi 'selain daripada Allah'? Kalau sebut berhala, ada benda lain yang selain itu yang manusia 'sembah'. Nanti kata Al-Quran tak relevan pulak.

Pernah 'sembah' TV? Tengok drama Korea atau cerita Hindustan 2-3 jam? Pernah?
Kalau tak 'miss' satu episod ada kena mudarat ke? Manalah tau, demam ke...sakit perut ke...ada? Kalau tengok satu episod complete langsung tak pernah miss ada dapat anugerah apa ke? err...dapat meningkatkan mutu kehidupan ke? Atau lain-lain manfaat? Tak jugak??? Haish...habis tu...yang dok cokoh sampai terbengkalai segala kerja tu untuk dapatkan apa ye? Sia-sia,kan?

Macamana pulak kalau yang kata, "Hish...baguih drama ni...kita boleh dapat keinsafan, banyak contoh tauladan ni" (drama sebagai perantara?). Kalau nak suri teladan, tak payah kreatif sangat, ikutlah Rasul dan para sahabat. Nak tahu iktibar dan balasan baik serta jahat, rajin-rajinlah selak Al-Quran. Baca Al-Quran. 1 huruf boleh 10 pahala . Kalau satu ayat? Kalau satu surah? Banyak pahala tu. Bermanfaat, tak? Ya. Hati rasa tenang. Jiwa rasa aman. Hidup terasa dipermudahkan. Bermanfaat, tak? Ya.

Memang bisa berbisa bila kita cuba memahami dan melihat daripada perspektif lain. Itulah pentingnya mencari ilmu. Meluaskan pengetahuan. Tak adalah asyik 'syok sendiri' dalam beramal. Alahai...terkenalah lagi!

Oh ya, tahukah apa perkara yang sangat sukar untuk dilakukan?

1) Melakukan sesuatu sama dengan syariat Islam.

Ya, memang sukar kalau kita tidak berguru atau belajar daripada sumber yang betul.

2) Melakukan dengan ikhlas.

Susah memang susah. Nak ikhlaskan hati memaafkan orang atau nak mengikhlaskan diri bangun seorang diri di tengah malam di saat tak ada sesiapa yang tahu ...memang susah!

Namun yang paling sukar, sangat-sangat sukar ialah ...

3) Menjaga pahala agar sampai ke akhirat. Agak tetap maintain.

Bukan apa, ada orang dengan Tuhan memang dia jaga. Yang fardhu tak pernah culas, yang sunat pun tak pernah tinggal. Banyak pahala yang dikumpulkannya. Malangnya, sesama manusia dia tak jaga. Bergaduh dengan orang tu. Fitnah orang ni. Lalu apa yang jadi? Bila di akhirat sana, kira punya kira...ok, masuk syurga. Sebelum masuk Allah nanti tanya adakah siapa-siapa yang hendak membuat tuntutan sebelum orang ni masuk syurga. Lalu berkatalah si polan, dia ni selalu menyakiti hatiku dan membuatkan orang lain benci padaku. Lalu pahala yang dikumpul diberilah kepada si polan. Datang pula si polanah, membuat tuntutan hampir serupa. Dan ramai lagi. Akhirnya pahala pun habis sedang yang menuntut belum juga berkurang. Nak bayar dengan apa? Lalu Allah pindahkan dosa si penuntut kepadanya, sehingga akhirnya bila semakan dibuat menjadilah dia dari kalangan ahli neraka. Nauzubillah!

Jadi, untuk kita berusaha memastikan pahala yang kita kumpul tidak 'tiris' dan kekal untuk jadi tiket ke syurga itulah tugas yang paling sukar.

Dan Ustaz menambah, apa kamu rasa cabaran terbesar yang dihadapi oleh ustaz?

Er...er...er...nak datang menara TM jalan jem?

Ceh! Setakat jem tu apa la sangat, lagi banyak rintangan lagi besar pahala...kata Ustaz. Cabaran terbesarnya ialah untuk mengubah cara berfikir anak murid...heheh...insyaallah, insyaallah...semoga Allah permudahkan dan terangi hati kami dengan cahaya iman. Amin.

Wednesday, February 22, 2012

Pendinding

Sedikit perkongsian tentang kelebihan surah Al-Baqarah sebagai pendinding sebagaimana yang diceritakan dalam kuliah dua minggu sudah.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Jangan kamu jadikan rumah-rumahmu seperti perkuburan kerana rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah tidak dimasuki syaitan. (Riwayat Muslim, Tirmizi, an-Nasai' dan Imam Ahmad dalam Musnadnya. Tirmizi berkata, hadis hasan sahih).

Daripada Anas bin Malik katanya, Sabda Rasulullah s.a.w., Sesungguhnya syaitan keluar dari rumah apabila mendengar surah al-Baqarah dibaca.

Daripada Abu Ubaid daripada Abdullah bin Mas`ud katanya, `` Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang didengar padanya surah al-Baqarah.'' (Riwayat an-Nasai' dalam Al-Yaum wa Lailah, al-Hakim dalam Mustadrak katanya, sahih isnad.

Dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membaca sepuluh ayat;
* empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4)
* dan Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257)
* dan penutup surah Al Baqarah (284-286)
nescaya Syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi.

Kita sibuk memasang penggera, pagar besi dan gril supaya pencuri tak masuk rumah. Tapi kita rileks dan pernah fikir pun tentang syaitan yang banyak ada dalam rumah. Tak kesah ke? Heheh...benda tak nampak nooo...

Tak pe, sekarang kita dah tahu...baca 10 ayat dari Surah Al_Baqarah, insyaallah settle. Tapi kena jadikan amalan la baca tiap-tiap hari supaya syaitan lari terus.

Selamat beramal.

Doa Untuk Semua

Kalaulah perkara itu benar, alangkah sedihnya. Benarkah ada seorang manusia yang kalau pada namanya menunjukkan dia Melayu yang beragama Islam (pada kebiasaannya), tergamak mencerca seruan azan?



Tapi, saya bukanlah nak tunding jari atau tuduh apa-apa kepada yang terlibat sebab tak tahu kesahihan perkara ini. Mana tahu dia dianiaya ke apa...betul tak? Benda macam ini mana boleh buat main. Nanti tak pasal-pasal jadi penyebar fitnah pulak...eee...tak kuase teman!

Bukan yang ini sahaja, memang ada peristiwa-peristiwa lain kejadian menghina agama Islam, menghina Al-Quran, menghina Nabi Muhammad S.A.W. Kalau yang buat tu orang agama lain, kita faham la...tapi kalau yang Islam...hish, kenapa sampai boleh jadi macam itu? Atau pun betulkah dia Islam? Orang Islam ialah manusia yang tunduk patuh kepada apa yang diperintahkan oleh Allah menerusi kitabNya, Al-Quran dan pesuruhNya Muhammad S.A.W. Dia melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Kehidupannya di muka bumi ini hanya semata-mata mengharapkan keredhaanNya. Itu barulah namanya penganut Islam. Kalau sekadar tertulis Islam pada sijil kelahiran dan kad pengenalan, belum cukup syarat lagi.

Bercakap tentang penghinaan ini, rasa meremang bulu roma memikirkan...tahukah mereka kesan dan akibat perbuatan mereka? Dan dengan kata lainnya, sedarkah mereka itu sebenarnya berdepan dengan SIAPA? Menentang SIAPA? Kalau mereka tahu hakikatnya, saya yakin mereka tak akan berani melakukannya.

Jadi, yang demikian itu membuatkan saya rasa sedih dan kasihan kepada mereka.

Dulu, saya selalu fikir...lantaklah apa orang lain nak buat. Suka hati dialah. Tapi sebenarnya , cara saya berfikir itu adalah salah.

Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari.

Kasihanilah mereka kerana mereka barangkali tidak tahu.

Betapalah keadaan nanti...kalau terkena air panas sedikit pun kita sudah kesakitan, bayangkanlah dahsyatnya api neraka...nauzubillah...jangankan sehari, seminit pun kita tak akan mampu bertahan.

Kalau kita tak mampu, saudara-saudara kita pun tentu tak mampu. Bantulah mereka. Dengan selemah-lemah kaedah, saya cuma mampu menghulurkan doa.

Marilah kita mendoakan agar Allah beri petunjuk dan hidayahNya kepada saudara-saudara kita yang tersasar semoga kelak mereka akan kembali dipandu ke jalan yang benar. Janganlah menghina dan cepat menjatuhkan hukum kerana diri kita sendiri pun kita belum tahu penghujung dan kesudahannya. Mudah-mudahan Allah tetapkan hati-hati kita untuk terus berpegang teguh pada taliNya, semoga terpelihara dan selamat dunia dan akhirat.

Amin.

Tuesday, February 21, 2012

Awan Nano - Hafiz AF

Melodi lagu ini kerap menjadi lagu latar yang dimainkan tanpa sedar dalam ruang kepala. hahaha. Padahal tak pernah ambil tahu pun sebelum ini. Tiba-tiba je lagu ni 'naik' carta laguku bila budak-budak asyik buka Astro Ceria dan keluar promo episod baru (dah tak berapa baru sekarang) Elly & Epit tu...

Patutlah bila Aku tanya diaorang, "Siapa nyanyi lagu ni?" dengan konfiden Hisham kata, "Abang Jo". Haik...Abang Jo mana pulak ni? Ada ke artis nama Abang Jo? Ni mesti artis suam-suam kuku nih. Hahaha...rupa-rupanya watak Abang Jo, ceh...! Lagu ini dinanyikan oleh Hafiz, yang rambut kembang tu. Tengok video lagu dia semata-mata nak tengok Herman Tino...hahaha...ya, ya...lama sungguh tak tengok Herman Tino dan suka sangat dengan kemunculannya dalam klip video Hafiz.

Dan terus tersuka lagu ini.

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Syok Sendiri

Saya selalu tengok ramai pemandu yang 'syok sendiri' bila di atas jalanraya. Bila kena penyakit SS ini, maka mereka perasan yang mereka sahaja yang betul. Bila mereka rasa mereka sahaja yang betul, mulalah naik ego mereka dan memandang rendah pemandu-pemandu lain. Mulalah mereka berkeras tak mahu beri jalan, tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri. Semuanya disebabkan SS.

Ketika memandu, berlapang dadalah yang apa sahaja boleh terjadi. Ada seribu satu kemungkinan. Walaupun kita berada di jalan yang betul untuk mengambil simpang di hadapan, misalnya, akan ada beberapa pemandu yang akan menguji kita dengan bersikap biadap merampas giliran, memotong barisan dari lorong yang salah. Kalau pemandu SS, dia akan bertegas yang dia betul. Dia tak akan mengalah kepada pemandu-pemandu yang padanya tidak betul. Maka, dia tidak akan memperlahankan kenderaannya memberi ruang mencelah kepada pemandu itu sebaliknya dia akan melajukan kenderaannya, menerkam bengis...tak bagi can punya! Bagaimana kalau pemandu yang memotong jalan itu menyangka dia akan diberi peluang dan dengan itu terus memandu masuk lorong...maka terjadilah perlanggaran...kedegang!!!

Itulah namanya, kalah jadi abu...menang jadi arang. Sia-sia. Tak ada siapa pun yang menang. Rugi adalah. Mungkin bagi pemandu SS ni, dia tetap puas hati. Puas hati sebab dia buktikan yang dia tak akan mengalah atas dasar dia betul. Tapi kereta yang kemek tu kena masuk bengkel, ada banyak urusan kena buat, masa habis terbuang, kerja lain tertangguh...itu semua dia tak mahu fikir. Kesian, kan? Kesian sebab sengaja menyusahkan diri konon-konon dengan cara itu akan bagi pengajaran pada orang lain supaya tidak sewenang-wenangnya membuli di jalanraya. Hellooo...tak payahlah nak ambil peranan penguatkuasa...jaga diri sendiri sudah!

Kesimpulannya, berhentilah 'syok sendiri' di jalanraya. Walaupun kita betul, terimalah akan ada ramai orang yang buat 'tak betul'. Jadi, jangan jadi bodoh dengan terikut-ikut sama dengan rentak mereka. Pandulah dengan cermat. Dengan berhemah. Amalkan sikap bertimbang rasa. Yang penting kesabaran kena tinggi. Istighfar banyak-banyak. Biar lambat, asalkan selamat.

Sekian, pesanan ini dibawa oleh bekas ahli Kelab Keselamatan Jalan Raya, SMRLNR. (Tak ada ke sesiapa nak amik Aku jadi duta nih? ;))

Monday, February 20, 2012

Muda Di Hati

Dulu-dulu, macamana pun orang panggil 'dik'(adik)
Contohnya : "Nak minum apa, dik?"

Masa tu rasa macam lama benor lagi le nak cecah angka 30.

(Tak berapa nak sedar diri masa tu)

Dan di suatu tengahari yang agak sibuk kala anak-anak berpusu-pusu keluar dari sekolah dan si ibu terkial-kial berdiri memegang payung lalu dengan tidak sengaja dilanggar bahunya oleh beberapa teenagers belasan tahun..."sorry, cik !". 'Cik' as in 'Mak Cik'. Terkebil-kebil sekejap 'mak cik' yang perasan masih muda tu...hahaha...

Well...ianya bukan peristiwa pertama kali. Kalau tak silap sudah ada beberapa insiden perkataan 'mak cik' itu keluar.

Oppsss...jangan salah sangka, Aku tidak ada isu dengan gelaran 'mak cik' . Juga sangat-sangat faham yang Aku sedang meningkat tua. Rasa macam cepat sangat pulak ye bila dah masuk 30an. Cuma kadang-kadang macam tak percaya yang lagi beberapa tahun jer dah nak masuk 40s. Hahaha...(boleh ker Aku buat entri-entri 'mengarut' lagi nih...).

Macam tak pandai je nak jadi 'tua' ni. Perangai masih tahap 'bengong'macam tu jugak. Kalau berhimpun dengan kawan-kawan, buat lawak tak ingat dunia. Aiyooo...cam no tu? Bak kata BGA, "we're still young at heart"...yeah, rite!

Memang macam tu lah agaknya ye bila kita rasa kita masih sama dan tak berubah apa-apa...(berubah luaran jer la kan...)...dan sebab tu kita terlupa pasal usia. Bukan segan nak mengaku...heheh.

Macamana agaknya rasa membaca semula blog ini saat dah jadi nenek?

Menundukkan Hati

Hari ini saya hendak menulis tentang berbuat baik sesama manusia. Sebenarnya, tentang bersikap baik kepada apa sahaja. Pendekata, mengapa kita harus menjadi manusia yang baik. Yang tidak menganiayai orang. Yang tidak menyusahkan orang. Yang selalu apabila berurusan dengannya, hati rasa lapang dan kerja menjadi mudah.

Memang kita jarang terfikir tentang kesan dan akibat perbuatan kita kepada orang lain. Terutama bila kita berurusan dengan orang yang tidak kita kenali.Tapi siapa tahukan...kuasa doa seorang hamba yang teraniya dan sangat memerlukan bantuan pada ketika itu. Dan kebetulan kita berada di situ dan menghulurkan bantuan tanpa memikirkan apa-apa...tanpa menyangka apa-apa. Namun di suatu masa, apabila kita berada dalam situasi yang sulit lalu entah kenapa laluan jadi mudah...ingatlah...ada doa-doa yang sudah terangkat. Ada balasan baik yang sedang kita nikmati. Bersyukurlah kepadaNya.

Saya ingat kisah-kisah yang berlaku di sekeliling. Ada satu kisah ini, seorang wanita yang bujang. Dia mencurahkan kasih sayangnya dengan mengambil anak-anak angkat. Dibesarkan dan dididik dengan baik. Masa terus berlalu. Lalu pada suatu ketika, wanita ini jatuh sakit. Dalam keadaan kita hari ini di mana anak-anak darah daging sendiripun semakin mengabaikan ibubapa, wanita ini sungguh bertuah kerana anak-anak yang dipeliharanya sungguh tulus menyayanginya seperti ibu kandung. Dan dia dijaga dengan baik dalam saat susahnya. Alhamdulillah, Allah membalas kebaikannya dengan kebaikan juga.

Siapa tahu doa seorang pengemis yang pernah terpacul dari mulutnya ketika kita memberinya wang untuk makan saat-saat dia sangat lapar akan melonjakkan kita ke suatu tingkatan yang lain...contohnya permohonan kita untuk jawatan yang lebih baik tercapai.

Atau doa seorang mak cik yang sangat-sangat perlukan tempat duduk dalam lrt yang penuh sesak. "Terima kasih nak, semoga Allah murahkan rezeki dan selamatkan anak dunia dan akhirat"...mahal doa tu.

Tapi adakah kita terfikir...sesuatu yang pada kita remeh temeh.

'Ok ...no prob....' heheh..

Allah S.W.T berfirman :

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.

Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya".

(surah Al-Zalzalah : 7-8)

Teruskanlah berbuat baik. Walau apa sahaja pandangan orang. Walaupun apa saja prasangka orang kerana kita harus berbuat baik untuk kebaikan diri kita. Untuk memberatkan timbangan kita di akhir sana kalaupun tidak menikmati balasan itu di dunia ini. Jangan susahkan diri dengan melakukan kejahatan kerana hidup di dunia ini bukannya lama manapun.

P/s : Motivasi diri untuk melembutkan hati kala geram bila madu yang kuberi, racun berbisa pula yang kau balas! (ya ampun, contoh tahap kronik!)

Friday, February 17, 2012

Dijentik Rindu

17 Februari 2012.

Genap 2 bulan.

Terasa masih sangat baru.

Teramat rindu...



"Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturNya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkanNya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu ia menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikanNya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu bbenar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal" - Az-Zumar:21

Ali Cafe

Selalunya kalau hari Jumaat, kami akan makan tengahari di tempat biasa. Sudah berminggu-minggu mengamalkan kebiasaan ini walaupun terpaksa berjalan sedikit jauh nun tak jauh daripada balai bomba dan penyelamat Jalan Pantai Baru. Nama tempatnya 'Ali Cafe'. Tempat makan ini sudah lama bertapak sebenarnya, semenjak zaman Aku menyewa rumah bujang di Pantai Baru lagi. Kiranya daripada cuma kedai makan cikai sehingga la dinaiktaraf ke gaya ala-bistro. Hebat Encik Ali ini sebab siapa sangka boleh wujud sebuah kedai makan yang lengkap dengan surau di tepi jalanraya begitu.

Hari ini, tak cukup korum. Dan ingatkan tadi ada perancangan lain. Jadi, tak dapat berkunjung ke 'Ali Cafe' minggu ini. Tapi tak apa, ada beberapa gambar makanan yang pernah diambil dulu...bolehlah imbas-imbas semula dan berharap minggu depan boleh sambung aktiviti macam biasa.



Minuman yang Aku suka. Masa tak habis batuk lagi dah belasah minuman berais. Yang ini nama dia 'Ayaq Limau Asam Boi'...huhuhu...marbellessss!!!



BGA...dia kalau tak order 'Teh O Ais', dia akan order yang ini...'Teh O Ais Limau'. Ais mesti ada...hehehe.

Aku dengan Lotuslily, pagi-pagi mesti pekena 'Teh O Limau Panas' segelas. Setiap pagi tanpa jemu. Tapi kalau time lunch, tak boleh jadi...mesti tergoda juga hendak minuman yang berais. Kalau kat 'Ali Cafe' la. Kalau kat cafe tingkat 3 atau 'riverside', masih setia melayan teh o limau panas juga...gelas besar!!!



Masa tak berapa sihat dan tak berapa lalu nak makan tu, sesekali pekena tomyam panas sedap juga. Yang ini tomyam ayam. Selalu makan dengan nasi putih.



Yang ini makanan masa sudah agak sihat. Ayam masak pedas berkicap.



Biasa, kalau makan nasi di sini...kami tambahlah telur dadar atau sambal belacan.



Ayam masak goreng kunyit.



Pernah juga cuba sotong goreng celup tepung.

Kalau ikutkan ada banyak lagi menu yang beum dicuba termasuklah nasi ayam dan laksa. Macam sedap saja. Lain kali lah ye...

Wednesday, February 15, 2012

Singgah di Puduraya

Hari ini, sesudah beberapa tahun berlalu, akhirnya sampai juga Aku ke Hentian Puduraya. Tempat persinggahan bas ekspres dari/ke destinasi seluruh negara ini sudah berwajah baru. Jauh bezanya dengan Puduraya dulu kala. Kalau tak kerana emak yang hendak balik ke kampung hari ini, tak ada le sampai sini. Oleh kerana kami tak dapat bercuti kerana permintaan last minute ni, maka, terpaksalah hantar emak naik bas sahaja.



Aku tidak memandu ke Puduraya. Sebaliknya Aku menggunakan pengangkutan awam. Naik LRT STAR dari stesen Sentul berhampiran rumah dan kemudian turun di stesen Plaza Rakyat. Dari situ, hanya berjalan melalui laluan berbumbung yang terus bersambung masuk ke Puduraya. Time orang ramai okay la...agak-agaklah...kalau malam, janganlah lalu sini...ianya agak menakutkan, macam terkurung dan terkepung aje. Kalau kena pau kat sini...naya! Aku pernah dulu diekori oleh mat pit kat kawasan ni...dia minta duit macamlah Aku ni adik kakak dia. Nasib baik Aku buat muka konfiden bo layan dan jalan macam tak heran sekupang pun...dan nasib baik juga dia tak agresif.



Fuyooo...macam kat airport. Ahaks. Korang kalau datang nak naik bas kat sini, korang duduk jer la melepak kat dalam ruang menunggu (ala-ala balai berlepas) yang berhawa dingin dan gemerlap lantainya. Boleh rujuk status bas anda pada skrin TV yang memaparkan maklumat perlepasan ini. Agak-agak dah panggil untuk 'boarding' silalah menuju ke platform yang dinyatakan. Tekan butang untuk membuka pintu kaca dan turun ke bawah macam biasa...hahah...Aku masih boleh relate lagi susunatur dalam bangunan ini walaupun fizikalnya sudah di'upgrade'.



Kedai-kedai menjual aneka minuman dan makanan, buah potong dan jeruk (yang Aku suka beli untuk mengunyah dalam bas...dulula) sudah ditempatkan di lokasi yang lebih terurus dan kemas. Kerusi untuk duduk memang banyak. Memang selesa. Kaunter membeli tiket terdapat di tingkat 1. Surau di tingkat 2 dan medan selera di tingkat 4.



Tahniah untuk kemudahan yang baik ini. Harap diuruskan dengan baik dan konsisten. Maklumlah, kita ni kalau masuk bab 'maintenance' memang sangat-sangat lemah...mentaliti kena betul ye tuan-tuan dan puan-puan semua...jagalah kemudahan yang disediakan untuk keselesaan bersama.

Sekian, saya wartawan Segmen Prihatin Rakyat melaporkan untuk Buletin Auta Hari Ini dari Puduraya. Peace!

Tuesday, February 14, 2012

KTMB

Semalam saya menjejakkan kaki ke bangunan ibupejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)dengan bos dan dua rakan seperjuangan. Ia adalah kunjungan pertama kali. Memang sebelum ini tidak pernah timbul keperluan untuk berurusan dengan KTMB. Isu yang timbul yang memaksa kami merujuk kepada KTMB juga sebenarnya, pada pandangan saya, tidaklah benar-benar melibatkan KTMB. Bagaimanapun, atas keperluan mendapatkan pandangan semua pihak-pihak yang terlibat, maka itulah saya berkesempatan menjenguk bangunan warisan yang selama ini saya cuma mampu melihat dari kejauhan.



Oleh kerana sudah lama sungguh saya tak lagi mengunjungi stesen keretapi Kuala Lumpur (yang terletak bertentangan dengan HQnya) maka saya tak berapa pasti di mana hendak meletak kereta. Kami memang dapat sampai ke perkarangan HQ itu cumanya tak ada petak kosong, luas kawasan sekangkang kera! Lalu polis bantuan yang bertugas mengesyorkan kami mencuba di kawasan belakang...huh...sayangnya, kawasan itu pun tersangatlah sendatnya. Akhirnya, kami meletak kereta di perkarangan Masjid Negara. Padahal sebenarnya boleh saja meletak kereta di bangunan stesen berhadapan, hanya perlu melintas menggunakan terowong bawah tanah...emmm...langsung tak terfikir!



Kami bergerak dari satu pintu ke satu pintu bertanyakan lokasi hendak ditujui. Arahan yang diterima selalunya tidak tepat. Kata pintu bersebelahan, kami pun betul-betul masuk ke pintu seterusnya...rupanya bukan, di hujung sana tempatnya. Apapun ia memberi peluang kepada kami menjelajah secara tidak sengaja tempat ini buat pertama kalinya.



Hahaha...gila sempoi bos Aku ni...Puan Rosebud menawarkan diri menjadi model terjun...kakakaka. Bos kau ada buat macam ni? Ada orang tanya, apasal tak bawa DSLR? Amboi...ni datang meeting da...bukan datang melancong. Lain kali la.

Alamak...terdelete dua lagi gambar yang menunjukkan rupabentuk bangunan ciri 'moor' ini. Gambar terpadam tak apa, jangan ingatan terpadam sudah! Heheh.

Thursday, February 09, 2012

Iktibar

Kata Puan Catriona Ross yang berkongsi kisah 'penghijrahan' dia ke arah kehidupan yang lebih diredhai Allah, ada beberapa perkara yang terjadi kepadanya yang mendorong kepada perubahan itu :

1. Kisah di sebuah butik yang menjual tudung. Ketika itu Cat sedang menunggu rakan-rakannya yang singgah untuk membeli tudung. Dia rasa bosan dan tak faham kenapa rakannya itu mengambil masa yang sangat lama hanya untuk membeli tudung. Kerana bosan, Cat mencapai tudung yang ada dan mengenakannya ke kepala. Saat itu, Cat terasa seolah-olah namanya diseru. Serta merta ditanggalkan tudung itu dengan tangan yang menggeletar.

2. Kata Cat, walaupun pada masa itu dia tidak begitu mempraktiskan Islam sebagaimana yang sepatutnya, fitrahnya memang terdetik mahukan kehidupan yang lebih baik. Malahan dia pernah berdoa dalam zaman jahil itu memohon agar Allah memberikannya kekuatan untuk mempraktikkan Islam. Dan ia adalah sesuatu yang perlu dicari. Cat ada mengikuti kelas agama secara senyap-senyap dan merahsiakannya daripada pengetahuan keluarga dan rakan-rakan kerana merasakan ia bukanlah sesuatu yang 'hot' untuk dihebahkan.

3. Dalam satu kuliah ilmu, Cat berasa sangat sebak apabila dimaklumkan tentang perjanjian yang dibuat antara roh dengan Allah sebelum roh dihantar ke alam rahim ketika Allah bertanya "Alastu birabbikum?" (Bukankah Aku Tuhanmu?) lalu dijawab oleh sekalian roh (roh engkau, aku, kita dan semuanya)...apa jawabnya, "Qalu. Bala. Syahidna" (Mereka berkata, bahkan!(Engkau Tuhan kami). Kami bersaksi.).

Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Araf (ayat 172) yang bermaksud,
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Cat rasa sedih dengan ilmu yang diperolehinya itu kerana dia seorang yang kuat berpegang dengan janji. Katanya, "Janji sesama manusia saya jaga tetapi janji dengan Allah, saya buat tak tahu". Bagaimana boleh begitu sedangkan Allah itu Tuhan yang mencipta dirinya, daripada tiada kepada ada?

4. Kemudian Cat diperingatkan tentang azam yang kita semua perbaharui dalam solat kita yang berbunyi, " Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamiin" dan bermaksud, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam". Begitu azam kita. Tapi sedarkah kita akan ikrar yang dilafazkan itu? Ataukah ia hanya sekadar lafaz yang tidak memberi makna? Yang hanya sekadar dibunyikan sahaja tanpa sebarang pengertian? Sesungguhnya lafaz itu antara dorongan yang menggerakkan hati Cat untuk kembali mencari dan memahami hidup sebagai hamba Allah Yang Maha Esa.

Begitulah antara yang dikongsikan oleh Cat yang menjadi tetamu undangan majlis sempena Maulidur Rasul yang dikendalikan bersama oleh Ustaz Riduan Mohd Nor. Sebagai seorang yang pernah mengenali dia sebagai seorang selebriti dan seterusnya melihat kepada transformasi yang telah dilaluinya...sekarang dia selesa memenuhi jemputan menyampaikan ceramah motivasi termasuk kepada remaja-remaja perempuan yang sudah terlanjur, pada pandangan saya, Cat memang sangat bertuah. Sesuai dengan tajuk ceramah hari ini iaitu "Saat Tuhan Menyayangi Kita". Betapa kalau Allah memilih kita, mengkehendaki kita untuk berubah...sungguh beruntung sekali.

Dan kami yang duduk sesama kami ini berikrar kepada diri sendiri bahawa kami harus terus cari dan memupuk keinginan untuk menjadi hambaNya yang lebih baik . Mensyukuri apa yang ada dan terus beristiqamah. Berdoa bukan hanya ketika mahukan sesuatu...tetapi berdoa kerana kita memang sangat-sangat perlu kepadaNya. Dan terus mengharapkan agar Dia akan tetap mengukuhkan keazaman kita dan tidak membiarkan kita hanyut kerana apa yang kita ada kini adalah dengan izinNya. Belajarlah menjadi hamba yang bersyukur.

Kata Cat ketika berbicara tentang cabaran yang dihadapi sesudah berhijrah, termasuk ketika digelar 'Ustazah jadi-jadian', memang banyak dugaannya. Tetapi bersabar adalah lebih baik dan hanya Allah yang tahu mengapa dia berubah dan dia tidak perlu menjelaskannya kepada manusia. Lalu dia merujuk kepada hadis ini.

Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)

Carilah redha Allah, bukan berbuat sesuatu kerana mengharapkan manusia redha kepada kita. Hakikatnya, diri sering melakukan yang terbalik. Mungkin sebab sesuatu yang terlihat oleh mata lebih mudah difahami berbanding yang terselindung. Dan dipuji itu jauh lebih manis berbanding keji lalu memilih yang sementara sedangkan yang kekal itu tidak dipedulikan. Mohon taufik dan hidayahMu ya Allah untuk terus memberikan ilham dan pengertian yang baik dalam mendakap perjuangan yang panjang ini. Amin.

Belum Masanya

Ubat batuk? Hemmm...dah berbotol dah. Dah tahap lalok dah. Hahaha.
Tapi tak jalan sangat. Belum masanya.

Kemudian, beralih kaedah tradisional. Apa lagi kalau tidak air asam jawa. Mak buat 2 gelas. Lepas tu Aku sendiri buat beberapa gelas lagi. Hemmm...agak menjadi. Tapi, batuk masih belum pulih sebenuhnya. Belum lagi.

Semalam cuba perahan limau nipis dengan kicap Jalen 1 sudu besar...emmpppp....masam berdengung! Masa kena tu cukup kaw! Berpinar biji mata.

Tapi pagi ini...bila nak bercakap tu, masih tersekat-sekat. Batuk-batuk lagi.

Kata jiran sebelah, "belum baik lagi ke?"

Maklumlah, ini sudah masuk tiga minggu ni...memang hari ini dalam sejarah. Tak pernah selama ini.

Apa pun, begitulah penyakit. Orang kata, datang macam ribut. Pergi macam semut. Tak kisahlah, yang penting redha dan sabar ajelah. Dah lama sihat, sekali-sekala kena tahan ajelah.

Tapi rasanya, tahap sejuk di pejabat ini turut menyumbang sama. Mau nyer tak, aku rasa ever since diaorang cuci karpet ni seminggu sudah...macam tak pernah tutup jer air-cond tu. Asal masuk je, sejuk. Walaupun baru jam 7.15 pagi. Mana tak melarat. Asal nak elok aje, dah satu hari terperap dalam pejabat yang sejuk macam peti ais. Bila keluar, terus selsema dan batuk-batuk datang balik. Lagipun sejuk-sejuk cam ni virus senang nak hidup, kan? hek eleh...sabor jer lah.

Ade ke sapa-sapa nak try petua bawang tu pulak?

Hehehe.