Aiii...sikit hari lagi mahu jadi wartawan Soseh-soseh jugak le Aku ni...tapi kira yang tak bertauliah le. Spesies menempel. Maaf...maaf...tapi nak tulis jugak!
Semalam ada terbaca kisah pelakon wanita yang juga pengarah tentang kejutan di majlis hari jadinya. Mau tak terkejut...pasal di majlis tu penganjur mempersembahkan tarian oleh 'anak-anak patung kertas' hahaha...welll...Aku terkejut sama jugak le pasal dok belek gambar tu (bukan nengok nyah ye...), ternampak ada budak-budak kecil baya anak-anak Aku kat majlis tu...ko bior betuiii...kesian budak-budak tu. Isshhhh!!!
Tapi tuan empunya badan kata tak apa. Dia tak salahkan penganjur yang juga merupakan kawan baik. Baginya itu bukan satu penghinaan memandangkan imej bertudung yang dibawanya. Aku tak tahu la bab-bab orang kata, kalau kita bertudung tak semestinya kita tak berkawan dengan orang-orang yang kaki 'sosial', ikut diaorang lepak-lepak kat pub ke apa...cuma adalah pernah dengar tentang peri pentingnya memilih kawan yang baik (yang boleh memotivasikan kita tetap di jalanNya) seumpama berkawan dengan si penjual minyak wangi. Walaupun kita cuma berkawan, tetap terbau juga harum bau minyak wangi di badan. Kalau karekter berbeza melampau...walaupun masih boleh bawak bersembang dan bertegur sapa...rasa-rasanya payah juga nak 'clik'. Orang kata, tak sekufu. Macam pepatah orang putih, "birds of a feather, flock together".
Tapi tak pa lah...nak komen lebih-lebih tak pandai la Aku. Tapi rasa macam tak kena juga bila hujah yang dia bagi (yang ni Aku baca dalam suratkhabar semalam, tapi pagi ni cari kat online untuk exact words, tak jumpa pula...lebih kurang bunyinya), "Lebih baik mereka buat persembahan begini daripada melacur di tepi jalan"...alamakkkk...macam tu ke? Kemudian kaitkannya dengan cara berdakwah yang agaknya cara halus kot...if we cannot beat them, we join them...huhuhu...matlamat tidak menghalalkan cara le...
Ada sekali tu Aku konfius tentang larangan mengintip/mencari aib orang lain dengan tuntutan 'amal makruf nahi mungkar'. Katakan sebagai jiran, kita ternampak jiran sebelah rumah kita bawa balik perempuan yang bukan mahram dan berkurung dalam rumah tu berjam-jam lamanya. Sekali tak pe gak. Ini berkali-kali. Pada setiap kali, tingkap semua tutup, langsir cover rapat, tapi kita tahu ada orang dalam bilik sebab kipas air-cond berpusing. Dalam kepala kita apa? Duduk-duduk saja kah? Masa tu kalau keluar lagu Sohaimi Mior Hassan , "Jangan Pegang-Pegang" pun gerenti tak jalan pasal yang ketiga hadir dah sah-sah "setan". Lalu sebagai jiran apa kita nak buat? Dok terhendap-hendap...kang orang kata, awat dok sibuk jaga tepi kain orang. Kalau dibiarkan takut terjadi kemungkaran dan kita pula menanggung dosa bersubahat. Kadang-kadang telefon JAWI pun depa tak boleh datang pula, boleh pulak kata..."Tunggu depa buat sekali lagi, kami mai tangkap"...ayooooo...abih guana lo ni? Pejam mata je ke?
Islam adalah agama yang mementingkan aspek kekeluargaan, rumahtangga, masyarakat, pergaulan, dan kenegaraan. Islam adalah agama yang bukan hanya mengutamakan kepentingan peribadi tetapi ia mengutamakan kemaslahatan ummah. Akhir-akhir ini, kita melihat pelbagai bentuk gejala sosial yang kian giat merosakkan budaya murni kita. Masyarakat kini dihimpit dengan kebimbangan. Punca kepada segala permasalahan umat Islam hari ini, ialah kegagalan dalam melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar. Maka lahirlah gejala sosial yang menghantui setiap sendi kehidupan. Budaya nahi mungkar tidak lagi menjadi amalan. Orang tua tidak lagi berani menegur kesalahan orang muda, maka bertambahlah kemaksiatan. Allah S.W.T. telah memberi peringatan bahawa janganlah kita menjadi seperti Bani Israel yang enggan dan ingkar dalam melaksanakan tuntutan ini dan akhirnya mereka dilaknat oleh Allah S.W.T.
Menerusi firmanNya dalam Surah al-Maaidah ayat 78-79 yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan”.
Hal ini turut dijelaskan Rasulullah S.A.W. menerusi hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dari Huzaifah bin al-Yaman bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud “Demi Tuhan yang jiwaku di tanganNya. Hendaklah sekalian kamu melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Jika tidak Allah akan mengirimkan seksa kepada sekalian kamu. Setelah itu, doa kamu tidak akan dikabulkan”
Firman Allah S.W.T. menerusi Surah Ali-Imran ayat 114-115 yang bermaksud : ”Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa”.
Kesimpulannya, qmar ma’ruf nahi mungkar hendaklah dilaksanakan oleh semua peringkat masyarakat. Melaksanakan amar makruf nahi mungkar hendaklah mengikut keutamaan iaitu dengan kuasa, ucapan, nasihat,dan peringatan. Atau sekurang-kurangnya setiap muslim perlu membenci kemungkaran di dalam hatinya. Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan lisannya. Jika tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan hatinya. Yang demikian itu adalah iman yang paling lemah.”
Berdasarkan hadith tersebut, Dr. Yusuf al-Qaradawi menyatakan bahawa amar makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab bersama dengan apa cara sekalipun di mana manfaat mengingkari kemungkaran dengan hati adalah menanamkan rasa permusuhan terhadap kemungkaran.
Janganlah kerana hendak menjadi hati sesama manusia, kita biarkan kemungkaran berlaku depan mata kerana bala yang Allah turunkan bukan bersifat selektif tetapi semua sekali pukul rata kena. Fikir-fikirkanlah.
Rujukan :
Khutbah, Paksi Kebenaran
14 Januari 2011 / 9 Safar 1432H
www.jawi.gov.my
Wednesday, March 30, 2011
Tuesday, March 29, 2011
Jengkel
Memulakan hari dengan menempuh perkara-perkara yang menjengkelkan memang boleh menggarap warna kusam di kanvas pengalaman. Boleh mencatat di sini sahajalah. Agak-agaknya, pernah jumpa tak perkara-perkara seperti ini :
1. Pemandu lain enggan memberi jalan. Tak 'bui' jalan satu hal...merbahayakan diri pun satu hal. Ada sekali tu, Aku siang-siang lagi dah bagitau nak ke kiri dengan lampu isyarat klip-klap-klip-klap...yang dia tu pulak nak ke kanan. Oleh kerana masih ada jarak selamat, bukankah logik Aku masuk je ke kiri , then, dia menyelit la ambil tempat Aku. Tapi si pemandu ni tidak, dia punyalah memecut nak make sure dia masuk kanan depan Aku....hish...gila ke apa? Kalau Aku pun keteqaq sama...sure 'bammm' laaa...
2. Ini mungkin hal kecik je. Tapi tetap menjengkelkan Aku. Selalunya bila Aku park kat level -2 tu, untuk naik level -1, Aku guna tangga je. Maleh la nak naik lif, sekejap sangat...buat marah je orang yang nak naik ke lobi. Laluan tangga ni ada 3 pintu...pintu pertama memang sudah siap disendal. Pintu kedua dan ketiga, bertutup. Kena tolak la. Aku kalau lalu dan tahu ada orang belakang Aku...Aku akan tahan dengan tangan supaya by the time orang belakang tu sampai, dia sempat sambut la. Kira tak de la pintu tu terhempas depan muka dia. Lain la kalau orang belakang tu jauh lagi...tak payah la dok pegang. Ada satu hari ni, seorang mamat macho berjalan depan Aku...agak-agak selang 5-6 tapak la. Aku kenal dia. Tapi mungkin dia tak kenal Aku kot pasal dia kan selalu ingat dia fofular...hahaha. Orang depan mamat tu kuak pintu memang lepas la untuk mamat ni masuk...yang bestnya si mamat ni tak nak guna tangan langsung, dia plak menyelinap ikut bukaan pintu tu walaupun dia tahu bunyi kasut Aku yang mengekor di belakang dia. Padahal 2 tangan dia lenggang je tak pegang apa-apa. Bukat setakat pintu ke-2, pintu ke-3 pun sama. Yang pintu ketiga tu memang terhempas depan muka Aku la pasal tak sempat nak jangkau...kalau mamat tu just tolak sikit, tentu Aku boleh sambut. Huh...tak gentleman langsung! Bukan Aku nak dia bukakan pintu pun...pintu tu tak tutup laju, sempat la Aku kuis sikit...bukan apa, pintu tu berat jugak...yang satu tu, bila dah 'bam' (banyak kali 'bam'), nak bukak balik tu sedikit ketat. Tu yang Aku rasa bengkek sket...
3. Jengkel yang ketiga ialah 'adab' naik lif. Hahaha...ada adab jugak ke? Well...kalau ko hidup di kalangan orang, Aku rasa baiklah ko peka dan sensitif sikit. Tapi kalau ko duduk di kalangan orang-orang...tak pe la kot! Suatu hari tu, Aku naik lif cam biasa. Ramai gak la dalam lif tu...semua muncung-muncung je...maklumlah, pagi Senin. Sekali, aikkk...lif tu tak berhenti kat tingkat Aku...aiyohhh...tapi button level 7 masih menyala...huh...sah! rosak la tu. Sampai level 9, Aku kuar...Aku tekan la butang ke bawah. Mana Aku tau lif yang tadi tu tetiba lak terbuka. Ada sorang minah ni menghantar jelingan yang tajam. Amboiii...terbunuh akak dik non oiii...Aku bagitau la, lif tu rosak agaknya. Dia buat derk je. Lantak ko la labu...By the time, Aku dapat lif lain untuk ke bawah, lif dia dok terbuka lagi. Hemmm...buat lagi bodoh sombong dengan Aku...kan dah ketulahan tu...hehehehe
Adab naik lif yang lain ialah...
Kalau tekan tingkat 3, tak payahlah dok berundur duduk belakang sekali dengan orang-orang yang turun tingkat 15 ke atas...pasal kalau lif tu penuh, tak pasal-pasal engkau jugak yang susah hendak keluar pasal ko kena keluar dulu...dan untuk bolehkan engkau keluar orang-orang lain pun kena keluar juga. Ianya menganggu kelancaran perjalanan lif.
Perhatikan butang-butang lif tu. Jangan asal masuk lif je, sibuk tekan butang Blackberry...pasal apa, dengan sengajanya engkau akan hilang fokus dan mulalah orang lain yang kena ingatkan kau supaya keluar bila sudah sampai ke tingkat yang engkau hendak pergi. Itupun kalau orang lain sempat perhati butang apa yang kau tekanlah...kalau tak mulalah engkau buat muka gelabah. Relaks la brother...lif tu kalau tak naik ...dia turun, kalau tak turun...dia naik. Tak mungkin kau akan sampai ke tempat-tempat selain yang ditunjukkan oleh butang-butang yang ada.
Berilah laluan kepada orang yang hendak keluar dulu...macam naik lrt jugaklah. Janganlah asal aje pintu lif terbuka, kau terus lompat masuk. Bagi canlah orang kat dalam tu keluar, kalau ada yang nak keluar di tingkat tu. Kalau lif tu sendat, cam no? Naya je orang yang nak keluar tu, silap haribulan tak lepas, lif dah tutup dek lewat keluar (kerana kau sibuk nak masuk dulu).
Kiranya banyak jugak pantang larang lif ini kan...(ke Aku yang tak pasal cerewet lebih...)
Begitulah, kadang-kadang benda macam ini kita terlepas pandang. Sebab tak pernah fikir pun. Maklumlah, benda remeh. Tapi walaupun remeh, sedikit-sebanyak menyerlahkan sikap dan kelakuan sebenar kita juga adanya.

Friday, March 25, 2011
Makan-makan Lagi
Alhamdulillah. Majlis 'pot luck' kali ke-3 berlangsung dengan jayanya. Pengerusi, ketika disuruh mengacarakan majlis dengan selamba derk berkias sikit...aiii...chairman pun ye, MC pun ye...borong semua nampak (juga turut bertanggungjawab mengendali acara 'gift-exchange') disambut oleh gelak hahaha...kiasu sungguh, kata kawan-kawan...sabor jer la...
Tak lah...tak buat apa-apa pun, hanya kena jadi 'penggera' dan 'penggerak'. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sporting. Yang telah menjayakan majlis ini dan menjadikannya sesuatu yang indah untuk dikenang. Apa yang penting...kerjasama!!!
Okey, jom kita belek-belek menu kali ini yang bertemakan 'ala-ala kampung' dan beberapa lagi yang lari daripada tema...hahaha.

Asam pedas keladi. Air tangan Mak Som...hehehehe...Keladi ni, all the way from Tanjung Piandang tau...haa...nasib tak terlangkah, kalau tak gatal-gatal satu badan...ingat senang ke...;).

Asam pedas ikan kembung Johor style. Tajaan bos Telipuk.

Ikan sardin rebus yang digoreng dengan bawang. Air tangan Rosebud. Memang berbaloi-baloi. Sekejapan sahaja sudah habis. Telipuk tukang tengok jer la.

Kerabu jantung pisang dengan taugeh dan kerang. Kesian pokok pisang tu, tak berjantung dibuatnya hahaha. Mula-mula Mak Som nak buat ulam cicah sambal belacan je...tetapi ada yang teringin nak makan kerabu, jadi Telipuk pun minta mak tukar menu.

Pajeri terung pun air tangan Mak Som jugak. Hahaha...tiga menu datang kali ni. Alhamdulillah, ada kesempatan. Bila bagitau nak buat theme ala kampung, actually macam-macam mak Telipuk nak buat. Terpaksa Telipuk halang...dia bab-bab bagi makan orang ni memanggggg hobi.

Ikan kering tajaan Ghani. Khabarnya nyaris terlupa, lepas subuh baru terkocoh-kocoh menggoreng...heheh, nasib baik...terima kasih.

Ikan talang kering ini pun sumbangan Ghani. Yang ini dipotong kecil dan digoreng dengan bawang dan cili.

Ulam-ulaman sumbangan Kak Mai.

Sambal belacan untuk temankan ulam-ulaman itu.

Budu...tak sah kalau tak ada...hahaha...sumbangan Kak Laila kita

Rendang ayam 'bersekutu' yang didatangkan khas dari Tingkat 3.

Telur asin sumbangan Sirapmadu.

Pulut Durian yang menjadi rebutan ramai.

Mihun goreng yang Telipuk tak sempat pun nak rasa (pasal perut dah penuh).

Aneka buah-buahan...teringin nak rasa nangka tapi nangka tu awal-awal dah tinggal bekas...huhuhu...

Popiah basah Dr. Sharlene

Yam cake Baizi yang sungguh nyummy nyummy...sedap gilos!

Nasi lemak sedap kiriman Kak Nor. Siap dengan bakul lagi.

Kuih kasui...pergh...memang sedap sesungguhnya. Sekali rasa hendak lagi. Order daripada Pondok Kuih.

Seri Muka Durian yang sedap jugak daripada Pondok Kuih.

Lapis Rose juga ditempah daripada Pondok Kuih.

Pondok Kuih tu apa? Haaa...ni dia. Mari beri sokongan kepada anak bangsa. Kuih kasui dengan lapis tu dipotong 64 kepingan kecil...ngam-ngam masuk mulut. Harganya RM27. Yang durian tu lebih lagilah harganya..dalam RM30 lebih kurang. Nak buat buah tangan pun okeh ni...hantaran ke...(hantar ke Aku ke...).

Kuih koci 1Malaysia...first time rasa koci yang lapis luarnya dibuat daripada labu...perghhh...marvellous!!!

Inilah barisan hadiah yang menanti untuk ditukarkan. Ada lebih kurang 30 orang yang join permainan ini.

Yang best tu, Big Boss ajak main 'ooosssooomm' sebelum boleh ambil hadiah tu. Apalagi riuh rendah lah. Tengoklah keceriaan yang terpancar di wajah masing-masing ni.

Kecoh tak kecoh bila bos pun kena main 'ooooosssssooooommmmm'...kita orang apalagi, gelakkan orang je kerjanya. Yelah...masa tu baru le sibuk nak hafal mana batu, mana gunting, mana kertas...Big Boss suruh main 3 tu je. Ada puak-puak yang advance ni siap 'keluarkan' pistol, burung dan air. Tapi Big Boss tak bagi...tu yang berapa kali kena mula balik main.

Telipuk terpaksa mengharungi 3 perlawanan sebelum berjaya mendapatkan hadiahnya. Lucky no. 10...cuba teka??? Hihihi. Terima kasihlah. Apa-apa hadiah pun tak kisah. Janji ikhlas.
Kesimpulannya, memang seronok pot-luck kali ni...actually, setiap kali pun seronok...hemmm...siap ada yang dok tanya, "Puan Pengerusi, next time apa tema dia?"...aiyooooo...sabor...sabor...(Pengerusi pun tengah berkira-kira nak letak jawatan ni...hehehehe)

Thursday, March 24, 2011
...Dalam Botol
"I don’t hate them, that’s for sure. In fact, I’ve trained myself not to hate or judge anyone.
If I’m come across a drug addict who had just stolen a purse, I would admit he had committed a crime but I would not judge him because I don’t know what led him into the world of drugs and crime.
There must have been a reason for him to take this dangerous and destructive road.
The worst part is, you cannot predict the future. Who knows 10 years down the road, something could happen to me and I could become exactly like him … a drug addict stealing someone’s purse.
Be cautious about judging people. You never know what the future has in store for you, and you might wake up one morning and find yourself walking the same road as the people you had judged.
If you are religious, you will believe that everything is fated and that God must have a good reason for making you take the road you had walked."
~ Khir Rahman, the "...Dalam Botol" director when asked about his view on gays and transsexuals in an interview with The Sun.

Wednesday, March 23, 2011
Apa Maknanya?
Semalam saya pergi mencari-cari hadiah untuk acara 'gift-exchange' yang akan berjalan serentak dengan 'pot-luck' Jumaat ini. Cadangan untuk buat 'gift-exchange' ini datangnya daripada Big Boss. Tak mahal mana pun, syaratnya mesti tak lebih RM10. Uiihhh...mencabar tu! Saya tahu ada kedai RM5 Hinode tu...yang dekat rumah, kat Giant Batu Caves dan Tesco Selayang. Tapi, tak pergi pun...sebaliknya saya ajak Rosebud cari kat kedai borong di Setapak.
Bila ada 'sidekick' ni mulalah mereweng sikit...hahaha...memula tu sempat kitaorang survey baju-baju dulu...hahaha...biasalah, pompuan kan...belek sana, belek sini. Belinya tidak. Lepas tu tengok Rosebud dok ketawa berdekah-dekah. Amboiii...awatnya??? Hemmm...maunya tak, tulisan-tulisan yang tertera kat baju-baju tu ada yang tak masuk akal jer maknanya...

I would like to be the air that inhibits you for a moment only. I would like to be that unnoticed and that necessary.

GRANDLY...I LOVE U...TARDY SLOW.
THE APPETITE THEREFORELOVE.

YOU NARE LIKE THE SUNSHINE SO WARM.

Twin Bears. Lets go to sleep. We hope to have any dreams.

KAZAKHSTAN. 44. PROSTITUTE. SOTH ANNIVERSARY.
Ada faham? Konpius? Heheh...
Jadi, moral cerita ini ialah...selalu semak apa yang tertulis kat baju anda supaya tak diketawakan. Tapi kalau member tampal post-it note kat belakang tu...kasi hentak jer! Hehehe...

Tuesday, March 22, 2011
Bercerai Kita Roboh
Kami bercakap-cakap santai, dari satu topik ke satu topik ketika sedang menjamu selera tengahari kelmarin. Maka, keluar topik ini, berangkai-rangkai dengan isu-isu semasa yang seakan-akan tiada kesudahannya.
"Ko tahu statistik sekarang apa dia?".
Nasib baik tak tersembor nasi goreng kampung yang sedang dikunyah rakan seperjuangan bila Aku katakan yang terdapat satu kes perceraian bagi setiap 15 minit. Maklumat itu dikemukakan oleh seorang Senator tidak lama dulu. Kalau dia tipu, maka tipulah Aku.
Tahu apa maknanya?
Maknanya keruntuhan rumahtangga dewasa ini memang semakin menjadi-jadi. Tak payahlah dok sibuk teropong artis, yang bukan selebriti pun 2 X 5 juga.
Kenapa ye? Seingat Aku, dalam masyarakat kita...(lama dululah mungkin), seboleh-bolehnya perpisahan ini akan dielakkan. Kalau tak bahagia pun, sanggup hidup berpura-pura...janji tak cerai. It was like a taboo...almost!
Aku sendiri, selama bertahun-tahun ini...memang tak pernah memperkatakan topik ini secara spesifik kerana Aku rasa ianya sesuatu yang sensitif dan mempunyai konotasi negatif. Tapi bila sudah kiri-kanan, depan-belakang pun dok bercerai berai...risau ada, gayat ada, seram ada...terasa ingin memperkatakan sesuatu di sini. Pandangan peribadi yang harap-harapnya dapat menjadi renungan buat diri sendiri.
Apa sebenarnya yang membarah dalam masyarakat kita? Ianya sedikit demi sedikit mereputkan kekukuhan institusi kekeluargaan yang menjadi tonggak penting pembangunan sesebuah masyarakat.
Mungkin betul kata-kata Ustaz, apakala kita melakukan sesuatu bukan dengan nawaitu keranaNya dan melaksanakannya dengan tidak mengikut peraturan-peraturanNya, maka, kita sudah menempah penyakit. Memang betul, jodoh di tangan Tuhan. Semuanya sudah tertulis di Loh Mahfuz. Tidak semua perceraian itu buruk, adakalanya ia mengubah banyak perkara...seperti Allah memberikan anda peluang kedua agar disatukan dengan pasangan yang lebih baik sesudah menguji kesabaran anda mengharungi dugaan. Begitu juga mengetuk pintu keinsafan supaya kita sedar dengan kesilapan yang telah kita lakukan agar tidak mengulanginya di lain masa. Pendekata, di sebalik segala sesuatu pasti tersembunyi hikmahNya...buat yang mahu mengambil pengajaranlah.
Tetapi bukan hal itu yang hendak Aku sentuh. Seperti yang Aku dan Rosebud bincangkan, kami merasakan pasangan-pasangan muda hari ini kebanyakannya bercerai kerana alasan-alasan yang remeh. Ikatan yang dijalin itu sekadar untuk melunaskan perkara-perkara yang sebelumnya terlarang, tetapi ikatan itu tidak digunakan untuk menjadi platform di mana dua individu berbeza saling belajar antara satu sama lain ke arah menjadi insan yang lebih baik.
Ada beberapa kes, berkahwin sebulan dua tapi bercerai kerana 'tak tahan dengan bau badan pasangan', 'pasangan tidur berdengkur', 'terlalu banyak perbezaan', 'pasangan terlalu rapat dengan keluarga' dan sebagainya.
Tapi yang hairan tu, masa hendak memasuki gerbang perkahwinan itu...pasangan-pasangan ini begitu all out sekali. Maksudnya, mereka bersungguh-sungguh hendak menjayakan hari menjadi 'Raja Sehari' bagi mencipta kenangan terindah yang malangnya berakhir menjadi satu titik kenangan yang kalau boleh tak sudi hendak diingat langsung!
Pelik ke tak pelik?
Okay, ini analoginya.
Katakan kita nak beli kereta. Kita nak the best car lah. Duit ringgit tak berkira. Sanggup keluar masuk show room untuk pilih kereta idaman. Macam-macam kita buat. Kita pastikan spesifikasi kereta serba lengkap, kita ambil kira segala aspek. Tip top betul usaha kita sehingga akhirnya kita berjaya memiliki sebuah kereta yang paling gah dan bergaya.
Sekali, tiba masa nak dibawa berjalan...kita abaikan segala peraturan lalulintas. Kita bawa kereta tu sesuka hati. Kereta yang mahal harganya itu kita dah tak fikirkan lagi, segala jalan lopak, kita langgar...kita tak berhenti pun kat lampu isyarat. Tiba-tiba 'desyum'!
Now, nak salahkan kereta ke...nak salahkan pemandu kereta? Pelik ke tak pelik pemandu kereta tu? Seakan-akannya dia sengaja membuka jalan untuk menempah kegagalan. Padahal, kalaulah segala peraturan itu diikuti...insyaallah, semuanya masih ada harapan...asalkan sanggup berkompromi dengan segala peraturan dan kekal di landasan yang betul.
Sayangkan...kata Rosebud...sebab buat pelamin merlip merlap, kos fotografi pun mahal pasal upah jurugambar yang profesional...sekali album dan CD baru jer dapat, rumahtangga sudah berantakan.
Salah fokus kot...
Kenapa tidak bersungguh-sungguh menjayakan kesatuan dua hati itu? Kenapa hari yang awal-awal yang memang pasti bahagia pasal kentut pun cam wangi jer tu...kita all out nak pastikan extra bahagia...tetapi di hari-hari seterusnya yang menjanjikan pelbagai cabaran dan rintangan kita buat sambil lewa sahaja...suratan takdir....
Percayalah saya tidak bercakap sesedap rasa.
Perkahwinan itu adalah usahasama dua manusia yang datangnya daripada latarbelakang berbeza. Perjalanan penyatuan ini perlu diperhatikan sepanjang masa. Ada orang serah segala-galanya pada pasangannya tetapi dia sendiri tidak mencuba untuk 'mencuba' berikan yang terbaik. Bila pasangan buat silap, cepat-cepat tuduh itu tuduh ini. Mungkin betul pasangan buat silap, tapi masih ada cara yang lebih baik untuk memberi maklumbalas. Macam lagu 'Kekanda Adinda'...komunikasi, toleransi...
Lainlah kalau memang sudah betul-betul tiada daya dan upaya melainkan Yang Maha Esa, apalah kita manusia hendak menentang ketentuanNya, bukan?
Cuma janganlah...kalau sudah tak sehaluan tu mencari macam-macam alasan, mereka macam-macam cerita...yang tak ada, diada-adakan...yang tak wujud, direka-reka...janganlah sudah 22 tahun kahwin, alih-alih kata tak ada persefahaman pula...tahulah sudah dapat gading bertuah, tapi janganlah kata tanduk tu sampai tak pernah ada apa-apa sumbangan. Kenanglah kebaikan yang pernah anda terima. Tak banyak, sikit pun jadilah. Kalau ye pun rumah tu banyak nyamuk, janganlah dibakar kesemuanya...bila anda dah lari pindah rumah baru, sekurang-kurangnya rumah lama tu masih ada untuk jadi tempat berteduh.
Menurut kata hati memang mudah. Meninggalkan segala-galanya pun mudah. Tetapi memperbaiki apa yang ada dan cuba mencipta bahagia seadanya itu yang payah. Kerana apa? Kerana kemahuan manusia itu sentiasa mengatasi kemampuannya. Kerana kurang rasa syukur barangkali dengan apa yang ada. Kerana hati tak pernah puas.
Jangan terlalu mengejar cahaya di kejauhan. Tahu-tahu bila sudah hampir dalam genggaman...cuma ada sebatang lilin di depan mata. Sedangkan cahaya lampu kalimantang yang anda tinggalkan tadi sudah lebih dari cukup untuk menerangi pada asalnya. Kita kadang-kadang terlalu obses dengan benda yang kita tak ada...kerana rasa benda yang sedia ada itu tak cukup memenuhi impian, malang sekali kerana bila benda yang kita kejar itu sudah dalam tangan, barulah tersedar daripada lamunan bahawa kita pernah memiliki sesuatu yang jauh lebih berharga.
Betul, saya bukan hanya sekadar berbahasa di sini...hanya jauhari yang mengenal maknikam. (Bukan hanya Johari mengenal Manikavasagam, ok?)

Aurat vs Urat
Saya ingin menulis sesuatu yang bermakna untuk entri ke - 888 ini. Wah...cantik angkanya! Bererti saya sudah pernah melepasi angka-angka cantik sebelumnya tanpa menyedari...111, 222, 333, 444, 555, 666, 777. Saya tak obses bab tuah, sial majal ni...bagi saya, semuanya terpulang kepada tanggapan masing-masing. Kemahuan masing-masing. Pokok pangkal, diri sendiri. Elok atau buruk sesuatu perkara, pilihan ada di tangan sendiri...mahu guna mata akal atau mata nafsu...
Oh ya, baru-baru ini saya terbaca dalam akhbar ruangan fesyen, kisah kebaya nyonya. Pengenalan artikel dimulakan dengan reaksi yang diluahkan oleh pemerhati lelaki...katanya, " Seksi...tetapi sopan". Elemen sopan itu digambarkan oleh keupayaan kain yang digunakan menutupi hampir 95% kulit badan. Manakala elemen seksinya pula ditonjolkan oleh jenis kain baju yang nipis telus mata itu. Maka itulah dikatakan "seksi" tetapi "sopan".
Adakah bila pakaian itu seksi...tetapi sopan, maka boleh dineutralkan segala hukum hakam lalu diangkat sebagai pakaian yang sesuai dipakai oleh kaum wanita? Kalau hendak menggayakan sebagai satu lagi jenis pakaian yang boleh jadi melambangkan jati diri wanita yang sopan santun tetapi 'indah' itu...well...silakanlah. Tapi tentu sekali bukan selayaknya untuk menjadi pakaian buat wanita-wanita Islam. Walaupun menutup, tak ada terdedah...yang nyatanya terdapat perlanggaran dari segi 'aurat'. Aurat ye...bukan 'urat'. Orang kita ni banyak yang tersalah faham...dia tak tutup aurat, dia cuma tutup 'urat'. Urat kulit...urat rambut...sebab tu senang-senang tercabut. Kemudian timbullah persepsi-persepsi negatif kerana ketidakfahaman itu. Satu, orang Islam yang sendiri kurang faham. Dua, yang bukan Islam dah tentu-tentu lagi tak faham.Maka, konfius sokmo la jawabnya.
Lebih sepuluh tahun yang lalu ketika saya berada di Jepun, tidak boleh tidak seakannya terasa seperti makhluk asing. Di mana-mana saya pergi pasti ada yang menoleh melihat dua kali (secara purata). Tetapi orang-orang Jepun ini memang sangat sopan santun...mereka cepat-cepat cuba mengalih perhatian anak-anak kecil mereka yang ternganga-nganga tengok saya, agaknya rasa serba salah kalau buatkan saya tak selesa jadi bahan renungan. Ada satu ketika, rakan-rakan bangsa Jepun ini bertanya saya, adakah kepala saya botak? Hahaha...saya ketawa. Jadi, pada suatu malam ketika kami bermalam di Saitama dan saya menguraikan rambut panjang saya...mereka pun agak terkesima melihatnya. Sebenarnya masa itu saya sendiri buat silap, maklumlah tak arif bab menjaga aurat walaupun sesama wanita kerana mereka bukan wanita Islam. Mereka tanya saya, mengapa saya tutup rambut saya kerana saya kelihatan 'kireiii'. Bukankah lebih baik biarkan sahaja...kenapa hendak disembunyikan? Saya tak pandai menjawab...cuma cakap, saya tutup kerana itu pegangan agama saya. Mudah. Sekarang saya rasa saya ada banyak idea untuk jawab kalaulah berada dalam keadaan sebegitu lagi...
Beberapa hari lalu saya rasa agak kecewa kerana kisah bertemakan pergaulan bebas lelaki dan wanita yang membawa kepada perlakuan maksiat yang berleluasan memaparkan sepasang kekasih berpelukan di muka depan. Dan pasangan wanita itu adalah bertudung. Begitu juga dengan gambar-gambar yang menyusuli dalam laporan. Cuma ada satu dua gambar wanita tak bertudung, tetapi yang lain-lain semuanya bertudung. Patutlah ramai yang suka bagi jawapan, "Tak apalah saya tak pakai tudung pun...yang pakai tudung tapi buat maksiat lagi teruk! Yang penting bukan penampilan kita, tapi hati!".
Cam no nak menjawab ye?
Kalau tanya saya, saya akan kata...menutup aurat tu wajib dalam Islam. Tutup aurat tak sama dengan bertudung. Tudung cuma tutup rambut. Pasal apa...ramai yang tutup rambut, tapi buka yang lain-lainnya. Misalnya, pakai tudung...tapi pakai baju lengan pendek. Lepas tu pakai tudung...tapi tudung tu cuma labuh sampai leher. Bahagian dada terdedah. Ada juga fesyen yang tudung tu dicekak ke belakang...memang kalau tengok macam bonggol unta. Kebanyakannya bertudung memang...menutup seluruh kulit pun ya jugak...tapi masyaallah...ketat seketat ketatnya. Berbentuk-bentuk. Kiranya, terpulang kepada imaginasimu. Kalau pakai macam itu...nak kata tutup aurat apanya?
Jadi, tak hairanlah kalau yang dicekup-cekup itu memang ramai wanita yang bertudung. Kerana dia hanya bertudung untuk tutup kepalanya. Tudung yang dia pakai tidak ampuh untuk membentengi dirinya daripada godaan nafsu. Pendekata, tudung itu cuma sebahagian cara dia berpakaian. Bukan lambang pematuhannya kepada Allah.
Atau mungkin juga cabaran menjadi wanita Islam yang cuba mematuhiNya itu juga sudah semestinya berat. Tudung ke, baju ke, perangai ke...Maklumlah, syaitan pun test ikut tahap kemahiran jugak, kan...Apapun, sebagai hambaNya...cubalah sedaya upaya untuk tunjukkan kesungguhan mahu mengikuti ajaran RasulNya...jangan sibuk mencari alasan. Jangan hendak tunggu hidayah sampai sahaja. Bukan apa, takut-takut umur kita yang tak panjang.

Monday, March 21, 2011
Yang Terindah Hanyalah Sementara
Semalam tertengok...heheh...actually, tertekan channel 103. Ada program Mentor. Masa tu ada paparan belakang tabir Erra Fazira dengan protege dia, Salma. Kisahnya, Salma ni kecik ati sebab ada dengar-dengar cakap orang kata dia tak cantik. Rasa rendah diri gitu apatah lagi menjadi protege akak Erra yang cun melecun tu...wahhh...drammmaaaaa...so, biasalah akak Telipuk ni yang kekadang tu boleh tahan 'kepohchi'nya...aduhaaaiiii...
Jadi, itulah terlama jugak le menengok program tu...sempat la dengar si Salma ni nyanyi pasal Erra kata, yang penting bakat...kecantikan itu subjektif. Lebih penting cantik dalaman...baru menyerlah kecantikan luaran...
Aiii...teringin juge le teman nak dengor suara Salma, pasal dia dok berduka lara bagai pasal 'kekurangan' diri dia. Lagu inilah yang dia nyanyi. Eh..eh...tiba-tiba macam sedap pulak suara dia nyanyi lagu ni...power jugak suara dia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan
Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tidak hentinya memanjang dan semoga jiwa ini terus tabah
Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa
Tak rela ku turutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali
Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini

True colours
It always amazes me when I got these kinds of remarks for doing something I thought was nothing at all. Not a problem.
"Oh! You should have told me. I could send someone to collect the document!" This was uttered just after I reached an office located at a building next to the HQ. Yeah! It's kind of tiring walking there in the heat. But, it's okay.
"You what? You did the copying all by yourself? Was another reaction I got from someone I could no longer remember. It was years ago when I just joined the company, busying myself in the preparation of loads of interconnect agreements.
"I thought you won't join us. After all, we did not expect it from you". Was said by the non-executive staffs when I came down to the toilet to help them wash the dishes after a "makan-makan" event before we moved to the new building.
"Nayyyy...why should I do the faxing? Anyway, I can always ask the admin staffs to do that for me. I think you can just ask them to do that for you too".
I never know how to respond. Still.
Someone told me that I should be a bit 'bossy' so that people will respect me more. If I continue to be 'weak' and 'too kind', people will boss me around. And that is not good because they will not listen to me. Ultimately, I will end up doing everything from A to Z.
I did thought about changing my character. I did envy at people who can simply give instruction and walk away. I wish I could do that also.
But then, I realized, I could never bring myself to that level. I am who I am. Small jobs like making copies, delivering letters, opening door when no one was around to push the entry button do not make me 'less' important. If I am able to do that on my own, I will try my best not to bother others. Unless I am in a very time constraint situation where I could not risk spending even one minute on the copier that I will definitely get some help there. No problem. I mean, if I can cope with my job...from A to Z then...be it. What is the problem?
I was at the "apam balik" stall at last Friday's night market near my house, waiting for my order when the man making the apam told me that I look familiar to him.
"We must have met before" he insisted to which I just grinned and nodded.
"Sure, I came here every Friday for your apam".
"No, no...I mean, not here. Somewhere else" he said adamantly.
"Well...must be the ‘pelanduk dua serupa’ then.”
He smiled broadly yet a bit hesitant. Then, he looked at me again. Obviously, not giving up yet.
"You must be a teacher. You look like one. Are you?" He asked while handling over my order in the red plastic bag.
"No, I am not. Though, I wish I am."
I probably would be a good teacher, just like my sisters and brother and cousins. Perhaps so because, I love to help, making people understand. But, of course, there’s more needed to be a really good teacher. Perhaps I am wrong…I may be looking just at the ‘feel good’ aspect. “Syok sendiri” !
Anyway, one thing I certainly have…I am not easily offended by ‘small’, petty jobs.
I do not mind if people look down at me for not being the 'expected' type of character despite the designation or nature of work at office. I may not realize my true ambition, but there is no reason to stop being me. So, wherever I am right now...or in the future, I am sure it is up to His decision. There must be reason for everything. I am sure I can just excel if I stay true to my style, my identity.
I just love being me.

Thursday, March 17, 2011
Tawakkal
Kuliah semalam membicarakan tajuk "Tawakkal". Memang relevan dan dekat sangat dengan situasi kehidupan sehari-hari. Nota yang Ustaz sertakan memang panjang berjela. Tapi Aku cuma hendak sentuh sikit je...tentang rezeki yang tidak disangka-sangka dan jalan keluar daripada masalah.
Sebelum tu, ayuh rujuk kepada Ayat 2-3 Surah Al-Talaaq yang bermaksud:
" Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan memberikan kepadanya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberi rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), barangsiapa yang berserah diri bulat-bulat (bertawakkal) kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)".
Pernah tak dapat rezeki yang tidak pernah disangka-sangka? Atau jalan keluar kepada sesuatu masalah yang menyusahkan? Ustaz tanya...Aku dengan akak Lotuslily sedap je berbisik-bisik kat belakang. Hahaha...budak nakal yang dok krup krap krup krap mengunyah kacang hijau bersalut tepung ala Japanese style yang rangup tuh...
Ada beberapa perkara yang kadang-kadang tu buat Aku 'perasan' jugalah...
Ada sekali tu Aku balik kampung dalam bulan puasa dari UUM. Sampai kat PB, bas merah yang sejam sekali lalu depan rumah Aku tu baru je berlepas. Nak tak nak terpaksalah Aku tercongok menunggu...giler alone...maklumlah, masa tu dah hampir masuk waktu berbuka, semua orang dah balik rumah atau ada di tempat-tempat makan menghadap makanan. Nasib baiklah ada bekal air kotak dalam beg. Jadi, bila azan berkumandang, Aku pun slow-slow le sedut air. Memang tak ada makanan lain pasal Aku ingat boleh sampai rumah sebelum Maghrib. Tiba-tiba datang seorang abang ni menghulurkan plastik. Aikk? Teragak-agak juga le nak ambil. Abang tu suruh juga ambil. Ada 2 ketul kuih rasanya. Hehehe...emmm...rezeki.
Ada satu lagi yang memang kategori rezeki jugaklah. Masa mula masuk tahun satu di UUM, awal-awal tu sibuk mengisi borang biasiswa. Aku ni ala-ala tak berapa cekap jugaklah...masa pergi JHEP, borang yang masih tinggal ialah Telekom Malaysia. Petronas punya paling laris, sekejapan je dah habis. Eh...alhamdulillah, ada juga, kan. Aku pun isi dan hantar. Selang beberapa lama Aku dipanggil untuk sesi temuduga di Pulau Pinang. Memang blur je nak buat persiapan. Main redah je. Tapi...tu lah...dah memang nak jadi rezeki kan...malam sebelum hari temuduga berlangsung, Aku lepak-lepak tengok TV...yang best tu tak sengaja buka berita CNN pasal kes AT&T. Sempat la Aku tengok sepintas lalu. Keesokkannya, sesi temuduga diadakan secara berkumpulan. Ada 5 orang rasanya setiap sesi. Lepas perkenalkan diri dan menjawab soalan-soalan ringan tiba-tiba salah seorang penemuduga bertanya, "Adakah kamu tahu apa yang terjadi kepada AT&T"? Perghhh...macam dejavu aje...Apalagi, dengan sekejapan sahaja Aku menonjolkan diri . Kebetulan itu memang berita terkini hiburan sensasi...orang lain mungkin belum dapat ilham lagi. Ohw...seronoknya menggoreng. Dengan keyakinan lagi. Puhh...lega! Dan alhamdulillah, dapat biasiswa TM. Perjalanan dipermudahkanNya , alhamdulillah, sampai sekarang. Buat MBA pun tajaan TM juga. Syukran. Syukran. Bab Phd jer Aku belum terbuka hati lagi...har...har...har...
Sebenarnya banyak yang Allah permudahkan. Masa anak-anak kecil dulu, alhamdulillah, ada mak ayah mertua tolong jaga...dan sekarang, syukur, mak ayah pulak sudi tinggal dengan Aku. Adalah juga orang kat rumah tolong tengok-tengokkan bebudak pergi dan balik sekolah. Kadang-kadang kita terlupa yang benda-benda ini walaupun nampak simple, kalau bukan dengan rahmatNya manakan dapat kita nikmati. Selalu terlepas pandang...tapi bila sesekali kesedaran mengetuk pintu hati...terasa bersalah sebab sering 'tak sedar diri'. Tak tahu diuntung!!!
Oh ya, berbalik kepada tawakkal itu tadi...syarat utamanya sudah tentu ketaqwaan kita. Kena jadi hambaNya yang bertaqwa dulu...barulah mudah bertawakkal. Jangan cakapNya kita lawan, lepas tu suka-suka hati cakap, "ala...tawakal jer leee...".
Sempat juga Ustaz menyelitkan kisah musibah yang melanda negara Jepun. Tapi bila Ustaz tanya..."Apakah musibah yang lebih teruk daripada gempa bumi dan tsunami?"...murid-murid diam jer sebelum Ustaz menjawab, "Musibah yang paling teruk ialah bilamana kita dilanda penyakit 'hati keras'". Serius!!!
Bila hati jadi keras, kita tak kenal Allah...tak kenal Rasul. Tak sayang Allah, tak sayang Rasul. Tak suka pergi belajar agama. Tak suka baca Al-Quran. Itulah musibah yang paling teruk. Yang banyak masuk neraka tu sebab kena musibah tsunami ke atau sebab mereka kena musibah 'hati keras'???
Bercakap bab tawakkal, tak boleh tidak, mesti kita teringat pada rezeki. Sebenarnya kadar rezeki yang akan diperolehi oleh seseorang hamba itu sememangnya sudah Allah tetapkan. Selama mana seorang hamba itu hidup, rezekinya akan dijamin oleh Allah dan Allah akan mempermudahkannya sama ada dia berusaha atau tanpa usaha. Kata Muthana al-Anbariy : Janganlah kamu memberi tumpuan kepada apa yang telah dijamin, tetapi berilah tumpuan kepada Penjamin itu sendiri.
Selalu kita fokus kepada mengejar rezeki itu. Sebab itu bila agak-agak dapat tapi tak menepati kehendak kita, kita akan cepat melenting dan tak puas hati. Padahal banyak mana dapat tu memang sudah ada dalam ketetapan Allah. Bukankah lebih baik kalau kita melihat kepada Pemberi rezeki itu. Bila kita ingat kepadaNya dan faham kedudukan kita, barulah mudah untuk berasa redha dan tunduk pada kuasaNya. Barulah lembut hati. Tapi hendak mencapai tahap kesedaran begitu, senang cakap daripada buat, kan? Hemmm...tak apalah, sama-samalah berusaha ke arah itu...niat yang baik, tentu akan dipermudahkanNya. Insyaallah.

Wednesday, March 16, 2011
Di Sebalik Tragedi
Berikut adalah petikan berita AFP bertarikh 14 Mac yang tersiar di internet (MSN News). (Ihsan 'wartawan' hal ehwal semasa BGA...heheh)
Television stations around the world have broadcast the footage of the seismic waves as they razed homes and carried away cars as if they were toys, stranding dazed survivors on the brutalized landscape.
But coverage has also shown another side -- Japanese showing calm as they search for loved ones or wait for basic necessities. There is not a hint of looting or violence, even as residents line up at half-empty stores.
Entries on the English-language blogosphere speak of the Japanese as "stoic" and wonder the reaction in Western countries would be to a disaster of similar magnitude.
Apakah yang kita boleh pelajari daripada Jepun dan rakyatnya? Hemmm...rasanya dah lama kita cuba meniru Jepun. Tapi bab meniru Jepun, memang kita tak berapa pandai...kita cuma pandai meniru budaya-budaya barat...yang best tu, kita tak pandai tiru budaya yang baik, tapi yang buruk, yang huduh, yang buduh...tak banyak soal kita angkut semua.
Apabila melihat gambar-gambar kemusnahan itu, memang kita tumpang sedih dan berdukacita. Tetapi bila kita lihat rakyatnya yang sungguh tabah mengharungi kepayahan itu, kita berasa kagum dengan kekuatan mereka. Sesuatu yang tidak kita jangka lihat.
Dengan mudahnya kita dapat kaitkannya dalam kehidupan yang lebih dekat dengan kita. Pernah lihat bagaimana sesetengah wanita Timur Tengah dan India meratapi kematian insan tersayang? Mereka menampar-nampar dada dan muka, malahan ada yang mencarik-carikkan pakaian. Dalam kita berasa hendak kesian, tiba-tiba singgah rasa 'tak berapa' kasihan pula dengan kelakuan begitu.
Kemudian datang satu kisah kematian juga. Seorang isteri yang kematian suami dan anak-anaknya dalam satu kemalangan. Di hari pengebumian, isteri itu mempamerkan ketenangan dan keredhaan yang luar biasa. Ayat-ayat yang keluar daripada mulutnya tersusun dan berhemah. Walaupun tidak diluahkan, gambaran kesedihan jelas dapat dilihat dari raut wajahnya yang tenang. Kita yang melihat terus diruntun rasa sayu. Simpati pecah melimpah ruah.
Lalu berbalik kepada kenyataan dan realiti hidup...walau apa pun yang berlaku, tetaplah tabah dan sabar menghadapi musibah. Benda sudah terjadi, anda tak dapat lakukan apa-apa lagi. Anda cuma dapat memujuk hati dan mengawal tingkahlaku supaya tidak terus larut dalam kedukaan. Sepertimana yang selalu saya katakan, perkara-perkara baik dan buruk, kesemuanya ada sela masa tertentu. Ada permulaan. Ada pengakhiran. Kalau anda sedang menikmati saat-saat kebahagian, syukuri dan insaflah yang ianya pasti boleh berakhir. Begitu juga kalau ketika ini ada mendung yang berarak di langit kalbu...percayalah, sampai masanya ia akan berlalu. Hanya tinggal cepat atau lambat sahaja. Semuanya datang dan pergi. Silih berganti bagai putaran roda. Yang penting, jaga iman...insyaallah, anda pasti menjadi mukmin yang berjaya, dunia dan akhirat.

Friday, March 11, 2011
Gempa
Jepun dilanda gempa bumi pada 8.9 skala Richter. Ekoran itu tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) telah terbentuk menyebabkan kemusnahan yang sehingga kini belumlah dapat diketahui sejauhmana kesannya. Maklumlah, berita terkini. Main surf kat internet sahaja. Sempat la tengok satu dua rakaman video yang bukan Youtube...nampak teruklah. Baru semalam Aku baca sisipan akhbar UM tentang Acheh selepas tsunami. Tragedi yang amat menggemparkan dengan rekod kematian beratus ribu orang.
Ada seorang teman yang sama-sama mengikuti program di Jepun tahun 2000 dulu berada di Tokyo sekarang. Keadaannya sekeluarga selamat tetapi masih dalam keadaan berjaga-jaga. Nak masuk rumah pun tak berani sebab dimaklumkan ada amaran dikeluarkan yang mana kemungkinan akan berlaku lagi gegaran selepas ini. Cuma boleh tumpang merasa bimbang. Yang tengok depan mata sendiri, tak terselam perasaannya. Mudah-mudahan selamat dipelihara Allah.
Bencana alam berlaku di sana sini. Pergaduhan dan peperangan juga. Syukur kepada Allah yang Maha Esa kerana kita masih dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Itu pun ramai yang belum bersyukur. Ramai yang lupa diri. Sikit-sikit merungut. Sikit-sikit tak puas hati. Dalam masa kehidupan yang masih ada banyak ruang ini, isikanlah dengan sebaik-baiknya. Jangan tunggu. Jangan tangguh. Tak payahlah dok berkira,sudah-sudahlah. Takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendung pulak berciciran.

Terpulang Kepadamu
Betulkah apa yang terjadi dalam hidup ini semuanya telah sedia ditetapkan oleh Allah dan kita tak ada pilihan melainkan ikut sahaja?
Persoalan ini memang pernah dan banyak kali melintas dalam kotak fikiran apabila berdepan dengan sesuatu kejadian sehingga kadang-kadang tak sengaja mengatakan, "alah...memang Allah dah tentukan pun nak jadi macam tu...". Macam hopeless jer la pulak. Yang best tu ada pulak yang kreatif buat alasan, yang kejadian buruk yang berlaku tu (selalunya part-part yang hodoh ni orang tak nak mengaku angkara dia)...bukanlah sebab dia...tapi sebab memang Allah dah takdirkan. Ek..ek..ek...elehhh...amboi sesedap rasa la nak menyalahkan Allah.
Oh...kalau macam tu senanglah. Jawab je la cam ni..."Saya bukan nak jadi penagih dadah pun...tapi memang Allah dah takdirkan saya jadi macam ni...". Atau..."Saya bukan nak rampas suami awak, tapi Allah memang dah takdirkan jodoh saya dengan dia...nak buat macamana lagi...".
Betulkah kita tak ada pilihan? Rasanya dalam setiap keadaan, pun kita kena buat pilihan. Baik perkara yang remeh...mahupun yang rumit. Setiap manusia punya pilihan kerana dia ada akal dan fikiran untuk memikirkannya. Kalau sewel tu lain cerita la pasal akal dia sudah tidak waras.
Misalnya, anda tengok langit gelap dan mendung. Anda berkira-kira hendak bawa kereta ke nak naik lrt. Anda timbang-timbang, anda fikir-fikir...akhirnya anda naik lrt. Anda naik lrt itu kerana anda yang pilih atau kerana takdir Allah?
Ataupun anda pergi restoran untuk makan tengahari ala buffet. Ada banyak jenis makanan. Anda belek-belek, anda tenung-tenung...anda pun ceduk kari ayam, anda sendukkan sup sayur dan anda colek sedikit sambal tempoyak dan telur asin separuh. Adakah lauk-pauk yang anda nikmati itu adalah atas pilihan anda sendiri atau kerana sememangnya telah ditakdirkan anda makan begitu hari itu?
Katakan pula anda terjatuh cinta dengan rakan sepejabat. Tapi kawan-kawan bagitau, member tu dah kahwin beranak-pinak dah. Tapi anda berkenan sangat-sangat dengan dia. Hari-hari anda dressing baik punya. Anda cari peluang untuk mendekati si dia. Anda cakap lemah lembut, gaya anda ala-ala manja menggoda...sampai akhirnya si dia membalas cinta anda. Adakah anda masih hendak kata yang jodoh anda ditakdirkan atau ianya kerana pilihan yang anda buat untuk menjadi isteri keduanya?
Ternyata dalam ketiga-tiga contoh di atas, ada pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh akal. Contoh satu, ada pilihan antara kereta dan lrt. Dengan akal yang Allah kurniakan, anda boleh merasakan...kot-kotlah hari hujan lebat, gerenti jalan jem. Seterusnya, anda membuat pilihan untuk naik lrt. Dalam contoh kedua, pun begitu juga. Anda dihadapkan dengan pilihan. Tak ada siapa-siapa memaksa anda makan kari ayam, tapi anda yang hendak. Sama juga halnya dengan contoh ketiga. Andalah yang memilih untuk mensasarkan matlamat dan anda berusaha mencapainya walaupun anda sedar situasi sebenar.
Jadi, berbalik kepada persoalan utama tadi...memang benar kita wajib percaya kepada takdir, Qada dan Qadar Allah. Tapi kena ingat juga yang Allah bekalkan kita dengan akal untuk bantu kita membuat pilihan. Sebab itu kita dipertanggungjawabkan dengan setiap keputusan yang kita buat. Apakah ia menepati ajaran dan perintah Allah ataupun ia berlawanan dengan suruhan Allah dan RasulNya? Maka itulah adanya dosa dan pahala, adanya neraka dan syurga. Untuk apakah semua ini kalau sememangnya kita langsung tak berpeluang mencorakkan hidup kita kerana alasan semuanya Allah sudah takdirkan?
Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang. Maha Adil. Maha Berkuasa. Dia tidak membiarkan manusia terkapai-kapai tanpa pedoman. Kerana itu Dia berikan peringatan menerusi Rasul-rasulNya.
"Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan" ~ Al-Faathir : 24.
Jadi, kalau kita membuat perkara-perkara yang melanggar syariatNya, janganlah hendak memandai-mandai berhujah dengan takdir dan Qada & Qadar Allah. Peringatan Allah dalam Al-Quran sudah sangat jelas. Misalnya ayat 37 surah Al-Faathir yang bermaksud : Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan". Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun".
Dengan akal yang Allah kurniakan tentulah masing-masing kita dapat berfikir apakah kesudahan yang kita mahukan. Jalan yang manakah ingin kita tempuhi berdasarkan peringatan yang telah kita akui sampai dan ada dalam pengetahuan kita. Hanya tinggal tepuk dada, tanyalah iman. Mahu menghimpun pahalakah atau mahu menambahkan dosa. Tiap-tiap satu adalah pilihan yang kita hadapi setiap hari, jadi...buatlah pilihan dengan bijak. Samada mahu kesenangan yang sementara atau kebahagiaan yang kekal abadi.

Thursday, March 10, 2011
Mari Menuju Kejayaan
Kelas bahasa Arab kami menerima seorang pelajar lelaki (tholibun)bermula minggu lalu. Kita orang tak kisah. Takut-takut yang lelaki itu yang 'kisah'. Hahaha. Pasal apa, dulu-dulu ada le 3 orang lelaki yang 'berani' cuba ikut kuliah hari Rabu kami. Sayangnya mereka tidak dapat bertahan lama, lepas satu...satu hilang...kalau ada 30 , boleh gak bertahan kemerosotannya...ini kalau udah tige je...hahaha...zero terus la dalam selang masa seminggu dua.
(Tapi Aku memang tabik spring la pada mamat ni yang sanggup 'merendahkan' dirinya untuk belajar dengan kami para wanita yang dikatakan lemah itu...hahahaha)
Ahlan wa sahlan ya akhi...semoga dapat terus tabah menghadapi kerenah kami yang bila sudah ada dalam bilangan yang ramai ini...hahaha...masak la ko! Nasib la ustaz boleh tahan, walaupun kadang-kadang jelas boleh nampak ustaz nak tergelak bila kitaorang buat lawak bengong. Kesian dia, tersimpul-simpul mulut cuba kontrol. Tapi awas...sekali ustaz melaser...adoi la, rasa terbakar cuping telinga dibuatnya.
Minggu ini kuliah kami bersambung kisah khusyu' dalam solat. Mencapai kekhusyu'kan dalam solat adalah tanda mukmin yang berjaya. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Mu'minun ayat 1-2 yang bermaksud, " Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu' dalam solatnya".
Tahukah anda yang solat kita itu ada skema pemarkahannya? Haaa...jangan tak tahu.Daripada Ammar bin Yasir, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya pasti akan ada seseorang yang beredar (dari solatnya), dan tidaklah ditulis untuknya (ganjaran pahala) melainkan satu persepuluh dari solatnya, satu persembilan, satu perlapan, satu pertujuh, satu perenam, satu perlima, satu perempat, satu pertiga dan atau separuh dari solatnya". [HR Abu Dawud, Ahmad dan Ibnu Hibban]
Berapalah agaknya markah kita ye? Takut-takut satu bahagian pun tak dapat...nauzubillah...sia-sia!
Apa makna khusyu'? Maksudnya ialah sifat hina diri, tawaddhu' dan tunduk kepada Allah Azza wa Jalla, serta dapat melahirkan ketenangan pada anggota badan. Tanpa semua sifat ini tidak mungkin seseorang itu dapat khusyu' di dalam solatnya. Khusyu' lahir daripada perasaan membesarkan Allah, rasa gerun kepada kehebatanNya dan mengagungkan kekuasaanNya.
Kita sedia maklum bagaimana perasaan dan keadaan seorang hamba ketika dia sedang berdepan dengan seorang pemimpin daripada ahli dunia, bagaimana bergolaknya perasaan dia ketika itu. Sudah tentu dia merasa hinanya diri di depan pembesar tersebut, badannya tunduk kepadanya, anggota badannya diam, dan hatinya akan hadir untuk mendengar ucapan pembesar tersebut dan menjawab balik dengan hormat apa yang diucap oleh pembesar itu.
Maka begitulah juga dengan seorang hamba ketika dia hendak solat.Hendaklah dia merendahkan darjatnya dan martabatnya ketika berhadapan dengan Allah SWT, sebagaimana wajibnya ke atas kita untuk menghadapkan wajah ke arah kiblat.
Cara-cara untuk mendapatkan khusyu' dalam solat :
1. Kata Abu Sulaiman Al-Daraani : Apabila kamu hendak mendirikan solat, ingat dan yakinlah kepada siapa kamu mengadap? Di hadapan siapa kamu berdiri? Apabila telah yakin dengan sungguh-sungguh bahawa kita sedang menghadap Allah, berdiri di hadapan Allah dan bersungguh-sungguhlah melawan bisikan syaitan, maka setelah selesai solat hendaklah beristighfar kepada Allah, semoga Allah akan menerima bahagian awal dan akhir solat dan mengampunkan dengan rahmatNya bahagian pertengahan solat kita.
2. Memohon bantuan dan pertolongan Allah untuk melawan bisikan-bisikan syaitan ketika solat dengan penuh yakin kepada kekuatan Allah ke atas setiap musuhNya.
3. Meringankan solat sekiranya solat yang panjang boleh menjadikan was-was atau terganggu dengan bisikan syaitan.
4. Setiap kali sebelum solat hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghilangkan semua sebab yang boleh menyebabkan solat tidak khusyu'. Antaranya melewatkan solat tanpa uzur syar'ie, solat dalam keadaan lapar, menahan kentut atau sakit perut, solat di tempat yang bising.
5. Mendahulukan solat-solat sunat sebelum memulakan solat fardhu.
6. Memahami setiap apa yang dibaca di dalam solat samada ayat-ayat al-Quran, zikir ataupun wirid.
Insyaallah, semoga memberi manfaat dan sama-samalah kita memperbaiki kualiti solat kita.

Tuesday, March 08, 2011
Wardah
Aku wanita yang berpandu arah
Akal dan naluriku sendiri
Aku wanita yang diciptakanNya
Berbekalkan impian murni
Laluan masa tiada kusedar
Serentak ku mengatur langkah
Mekarku di rantauan penuh duka
Atas fitnah dusta durjana
Tangisan gembira
Tangisku meronta
Bersatu dalam satu wardah
Tertawa berduka
Dan tawa gembira
Bersatu dalam satu wardah
~Nyanyian : Mimi Asmidar~
Akal dan naluriku sendiri
Aku wanita yang diciptakanNya
Berbekalkan impian murni
Laluan masa tiada kusedar
Serentak ku mengatur langkah
Mekarku di rantauan penuh duka
Atas fitnah dusta durjana
Tangisan gembira
Tangisku meronta
Bersatu dalam satu wardah
Tertawa berduka
Dan tawa gembira
Bersatu dalam satu wardah
~Nyanyian : Mimi Asmidar~
Selamat Hari Wanita
Dalam satu sesi kuliah di masjid berhampiran rumah baru-baru ini, seorang ustazah dari Kuliyah Ilmu Wahyu, UIA mengupas tentang wanita menurut pandangan Islam dan peranannya. Apa yang menarik, kupasan dibuat dengan menggunakan akronim W.A.N.I.T.A.
W adalah untuk 'wajah' dan 'wibawa'.
A untuk 'anggun' dan 'akidah'.
N untuk 'naluri' dan 'nilai'.
I untuk 'impian' dan 'iman'.
T untuk 'taqwa'.
A untuk 'amanah'.
Secara dasarnya, wanita Islam tidak harus dinilai melalui kecantikan wajah dan aspek luarannya sahaja tetapi yang lebih penting adalah kekuatan akidah dan pegangan imannya yang menjadikan dia berwibawa dan terhormat.Seorang wanita Islam harus menjaga kesopanan dan keanggunannya dalam ruang lingkup yang dibenarkan syariat. Sebagai wanita, ternyata insan ini dibekalkan dengan naluri-naluri yang sesuai dengan sifat-sifat kewanitaannya. Misalnya naluri ingin menjadi cantik, naluri sayangkan anak-anak dan sebagainya. Bimbinglah naluri ini dengan nilai yang wajar. Jadilah wanita yang bernilai dan punya harga diri. Bukan yang membenarkan dirinya menjadi alat kesenangan nafsu semata-mata kerana wanita punya peranan yang jauh lebih besar. Bina dan suburkan impian yang selaras dengan kehendak Allah. Sasarkan kepada kebahagiaan yang abadi. Kuatkan impian ini dengan iman dan taqwa. Dalam menuju matlamat yang ditetapkan, pastikan sentiasa amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, baik sebagai anak, isteri, ibu, pekerja, jiran dan sebagainya. Insyaallah, wanita Islam akan berdiri di landasan yang benar disisiNya.
Baik lelaki mahupun wanita, kita adalah khalifahNya di muka bumi ini. Tidak timbul soal siapa yang lebih baik. Tidak timbul soal siapa kelas pertama dan siapa kelas kedua. Sebaliknya, kedua-duanya mesti saling bergandingan, saling tolong menolong dalam hal mencari keredhaanNya.
Orang-orang lelaki dan orang-orang perempuan yang taat dan patuh kepada Allah dan RasulNya pasti akan memperoleh ganjaran pahala yang besar sebagaimana firman Allah dalam ayat 35 Surah Al-Ahzab yang bermaksud, " Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar".
Insyaallah, sama-samalah kita saling ingat mengingati mudah-mudahan kita benar-benar menjadi haruman yang menyerikan taman firdausi.
Selamat Hari Wanita!

Monday, March 07, 2011
Bila Pokok Menangis
Kesian pun ada. Nak tergelak pun ada. Minggu lepas ada satu cerita tentang pokok petai menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Kepala Batas. Pelik ka? Dak...tak pelik pun. Tapi orang-orang kita kata pelik bin ajaib dah. Depa pun pakat-pakat kerumun, pakat mai tengok. Ish...ish...ish. Tang tu tak pa lagi. Kot la boleh ambik pengajaran , menambah keinsafan mengagungkan kebesaran Allah ke...Yang best tu depa pakat tadah air 'mata' pokok tu...pakat-pakat minum la pulak. Buat ubat katanya. Ni...mai jauh-jauh pun ada, punyalah nak minum air tu...tak tau la apa khasiatnya.
Sekali Jabatan Pertanian mai buat siasatan. Hang pa tau apa depa punya teori? Haaa....jeng...jeng...jeng...kata depa, berkemungkinan besar ayaq mata tu berpunca daripada air kencing riang-riang. Apa tu? Riang-riang ni adalah sejenis serangga yang gemar hinggap pada pokok secara berkumpulan dan mengeluarkan bunyi bingit pada waktu siang. Kata depa lagi, riang-riang terutamanya yang jantan akan kencing setiap lima hingga enam saat sekali ketika dalam proses mengawan. Kemungkinan air yang turun seperti hujan renyai-renyai dari pokok petai berkenaan ialah air kencing riang-riang terutama jika ia berkumpul dalam jumlah besar. Ia mengandungi sperma riang-riang jantan untuk proses persenyawaan dengan benih betina, katanya.
Nah ngkau...tak pasal-pasal yang dok pi minum ayaq kencing riang-riang tu apa ke hal?
Dah tak de air lain nak minum ke? Tu la kalau dah cerdik sangat.Tapi depa tak percaya...depa kata, mana ada ayaq kencing? Tu ayaq penawar tu...air hikmat...hehehe...pasai apa, ayaq tu dah turun tak henti-henti sejak tujuh hari lalu, malahan makin banyak pada waktu malam.
Kata seorang penduduk, jika air itu berpunca daripada kencing riang-riang, kenapa rasanya payau dan adakah serangga berkenaan kencing 24 jam. Lagipun ramai yang minum kerana beranggapan ia mempunyai nilai perubatan, katanya. Hek eleh...pok cik, air kencing riang-riang tu rasa dia cam no? Sodap ko? Ada rasa strawberry ka? Apa lak peliknya kalau riang-riang tu nak kencing non-stop 24 jam , suka ati dia la...
Tak de la, Aku bukan apa...cuma kepantangan sikit dengan ketaksuban membabi buta ni. Yang pokok menangis tu kita nak hairan...yang Allah jadikan langit terhampar tak bertiang ni, tak ada pulak siapa-siapa hendak rasa pelik. Yang Allah jadikan siang berganti malam dengan segala macam perubahan dan hikmatNya, tak ada pulak hendak persoalkan...Maksud Aku, punyalah banyak kejadian Allah yang 'pelik lagi ajaib' ada, tapi tak pula diperhatikan. Bab rasa pelik ke pokok tu, Aku boleh terima lagi. Tapi, bab membabi buta minum air pokok tu lagilah rasa 'terhina'nya. Jaga-jaga na...takut kalau-kalau tergelincir akidah. Takut kita jadi percaya yang sesuatu itu ada kuasa-kuasa tertentu...Jangan main-main!
Sanggupnya menadah air supaya penuh besen. Sanggupnya minum padahal kesan dan khasiatnya kita tak tahu pun. Yang Allah janjikan ganjaran yang memang sah-sah dok tunggu kita dan gerenti dapat (kalau kita buat ikut apa yang Dia suruh), tak pula terbuat ye.
Tak payahlah percaya pada benda-benda yang Dia jadikan. Mereka semua pun sama ja makhluk macam kita. Tiba-tiba teringat kata-kata seseorang yang mahu mendapatkan sesuatu. Dia kata, "Susahlah kalau tak ada kenal siapa-siapa...maklumlah, kalau ada 'kabel' kuat sikit". Lalu dijawab oleh kawannya dengan selamba, "Eh...buat apa nak pakai kabel tu...kita guna kabel teruslah dengan Allah". Oh, I like!!!

Thursday, March 03, 2011
Tak Menjadi
Kecewa! Kecewa!Kecewa!
Memang kecewa dengan keputusan kabinet melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50% bagi saman lalulintas yang sepatutnya tamat pada 28 Februari lalu. Sebelum ini mereka sudah diberi masa selama 6 bulan untuk membuat pembayaran. Tapi seperti biasa, semua menunggu untuk membuat pembayaran di saat-saat terakhir sehingga menyebabkan sistem komputer tergendala lalu menyulitkan urusan pembayaran. Sudahnya mereka merungut-rungut. Menyalahkan ketidakcekapan sistem, pegawai bertugas dan macam-macam lagi yang menyebabkan mereka gagal menyelesaikan saman dalam tempoh ditetapkan.
Itulah masalahnya kita ini. Terlalu berlembut sangat. Bila sudah selalu macam ini, lama-lama orang akan terus kekal dengan persepsi...alah, tak apa...tak buat sekarang pun tak ada hal, gerenti akan ada lanjutan masa. Bukan dalam hal saman ini sahaja, tapi dalam banyak hal. Misalnya bila sampai masa menyiapkan penilaian prestasi tahunan. Awal-awal lagi sudah diberitahu tarikh akhirnya bila. Tapi macam biasa juga, semua orang buat endah tak endah....hinggalah sampai saat-saat kecederaan barulah semuapun terhegeh-hegeh hendak masuk sistem. Lepas tu, sistem kaput! Pasal bandwidth tak cukup nak tampung semua, mulalah hendak download page tergedik-gedik makan masa satu page sejam. Dah berpeluh ketiak sebab panik campur gabra tengok markah boss, baru hendak lega sebab finally berjaya meet the deadline, tiba-tiba sejam sebelum tarikh tutup keluar pengumuman mengatakan tempoh akhir kini dilanjutkan sehingga sebulan lagi...aaaarrrggghhhh....!!!
Kesian orang-orang yang buat kerja awal. Depa ini sungguh komited dan berdedikasi, ikut dan patuh pada peraturan. Berdisiplin lagi. Dah siap awal. Dah bayar saman awal. Tengok-tengok kawan yang minggu lepas dia sampai habis seliter air liur bagi nasihat, "Kau ni Man, suka sangat buat kerja last minute. Janganlah macam tu, time sekarang ni kau lapang...pi la settle kan saman tu. Nanti tak adalah kena beratur panjang-panjang. Tak pasal2 kau yang susah" telah datang tersengih-sengih macam kerang busuk menayangkan resit pembayaran sampbil berkata, "Tengokkk...kan aku dah kata, buat apalah sampai susah-susah apply cuti nak jelaskan saman...Aku boleh bayar pun tak ada masalah. Masih dapat 50% diskaun jugak apa...hahaha". Cissss...buat sakit hati aje!
Walaupun Aku tak ada kena mengena dengan hal-hal saman ni (alhamdulillahhhh!), Aku tumpang geram dengan keputusan yang dibuat. Padahal tak silap Aku baru semalam Aku terbaca kenyataan seorang menteri ini yang kata, "Kita sudah beri masa 6 bulan untuk mereka menjelaskan saman. Kita tidak akan melanjutkannya lagi kerana kita juga kena berlaku adil pada golongan yang sudah membayar awal mengikut masa diberikan". Punya la suka aku. Teringin nak tengok kita bertegas sikit dalam membuat keputusan.
Alih-alih cakap tak serupa bikin.
Kalau macam tu, hemmm...pi mai pi mai tang tu jugaklah.

Wednesday, March 02, 2011
Sikit...Sikit Lama-Lama Jadi....
Ana bukan ustazah.
Ada orang kata, semenjak dua menjak kebelakangan ini, tulisan ana menjurus kepada 'benda-benda' yang cenderung keluar daripada mulut ustazah.
Hahaha...janganlah, malu ana. Ustazah tu kalau ikut bahasa Arab ialah seorang pensyarah/guru/profesor (wanita)...cerdik pandai yang mengajarlah. Ana ni orang biasa aje. Diri sendiri pun tak lepas lagi nih. Banyak lompang, banyak yang rompong.
Apapun terima kasihlah, ana anggap itu satu penghormatan untuk ana. Amin. Amin. Amin. Untuk perkataan yang baik.
Ana berana-ana ini menjelang kelas bahasa Arab besok...hahaha...sepatutnya hendak mengulangkaji bab dhomir, fiil (mudhoriq/madhi), fiil amar...tapi, sekali ulang, sekali pening...camno tu? Alamat esok ana akan terkulat-kulat seperti biasa bila kena soal dengan Ustaz. Semoga Allah beri ketabahan dan kesabaran untuk Ustaz ana mengajar ana yang sering 'blur' ni. Besar pahala Ustaz.
Ana belajar bahasa Arab ini sebab ana hendak lebih 'feel' bila ana baca Al-Quran. Ana bukanlah membayangkan yang ana akan mampu cakap prau, prau, prau...fasih macam orang Arab. Dengan kelas sejam seminggu sekali itu, memanglah ana tak jangka boleh sampai begitu. Tapi yang bestnya, ana dan kawan-kawan sepakat bersetuju yang ada perubahan sikit bila kami dihadapkan dengan petikan-petikan surah ketika kelas taddabur. Kiranya bolehlah kenalpasti a few words...bila baca tu bolehlah tangkap serba sikit maknanya. Insyaallah, perlahan-perlahan ye...janji ana tak give up macam zaman kat universiti dulu.
Qolilan...qolilan...hehehe...

Syukur dan Redha
Semalam saya singgah awal di surau, jadi sempatlah saya mengikut kuliah zohor pada tengahari itu. Di surau ini, memang ada disediakan penceramah yang berbeza-beza pada setiap hari. Misalnya Ustaz Nazmi (yang giler kelakar tu), datang setiap Khamis minggu ke-4. Semalam saya tak pasti siapa nama Ustaz tu ...ada jadual dilekatkan berhampiran pintu masuk bahagian lelaki, maleh la nak singgah saja-saja nak tengok.
Ustaz bercerita tentang "Syukur & Redha". (Ambooiii...macam tahu-tahu saja Ustaz ni...). Kata Ustaz (dan rasanya Aku dah pernah sebut dalam entri-entri lepas), jika Allah sayang akan seseorang hamba itu, maka Dia akan mengujiNya. Sekiranya hamba ini bersabar, maka dihapuskan dosa-dosanya dan jika ia redha, ditingkatkan darjatnya. Demikianlah, sekiranya Allah mengkehendaki kebaikan bagi seseorang hamba, maka diberinya musibah sebagai ujian supaya hamba yang diuji itu tadi beroleh kebaikan...asalkan hamba tadi bersikap sabar dan redha.
Okay, sekarang kita pergi bab Syurga pula. Pernah pada suatu ketika sahabat-sahabat Baginda Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Wahai Rasulullah, apakah benar gambaran syurga itu sama seperti firman Allah dalam Al-Quran?". Antara gambaran yang biasa kita dengar ialah :
1. Syurga itu sama seperti kebun-kebun
2. Yang mengalir di dalamnya sungai-sungai
3. Terdapat pokok-pokok buah-buahan aneka rupa yang teduh dan redup suasananya
4. Burung-burung berkicauan, di mana manusia hidup gembira aman dan damai
Ustaz kata, "Apa istimewanya syurga?". Gambaran di atas macam kita boleh bayangkan bukan? Macam pergi Janda Baik...Pergi masuk hutan Belum ke...Meliau Basin ke...Kenapa gambaran Allah begitu? Kita kena faham yang Al-Quran itu turunnya di kalangan bangsa Arab yang hidup di muka bumi yang gersang tandus. Allah menerangkan gambaran nikmat itu sepadan dengan kemampuan akal manusia untuk membayangkan. Bayangkan anda berada di tengah-tengah gurun Sahara dalam keadaan lapar dan dahaga....dan nampak sebuah oasis di depan mata...huhuhu...itulah syurga!
Jadi bila Rasulullah SAW ditanya begitu oleh para sahabatnya, Baginda menjawab, "Bahkan lebih lagi". Maksudnya, syurga adalah lebih hebat daripada gambaran 'hebat' yang mampu difikirkan oleh akal manusia. Adapun gambaran sebenar syurga adalah, sesuatu yang mata tak pernak tengok, telinga tak pernah dengar, fikiran tak pernah terlintas....haaaa...cuba pikir tengok?
Ustaz kata ganjaran yang dikurniakan untuk hamba Allah yang paling 'koroi' sekali, paling minima...nikmat sipi-sipi yang dia boleh dapat (batch akhir masuk syurga kata Ustaz) ialah berupa...jeng...jeng...
1. Boleh kahwin dengan 40 orang bidadari berstatus dara
2. Boleh kahwin dengan 60 orang lagi yang berstatus janda
Yang mana mereka ini subhanallah indahnyaaa...yang kecantikannya, kalaulah dia menjengahkan wajahnya ke dunia ini, nescaya berhentilah sekalian manusia daripada menyembah Allah kerana terpesona dan ralit memandang wajahnya. Betapa putihnya mereka ini sehinggakan bila dia minum, boleh nampak air yang diteguk jatuh masuk kerongkongnya...huh...silalah terliur ye dengan habuan yang Allah janjikan.
(Teringat kata-kata comel Rosebud, "tak pa la, kita yang pompuan ni...dapat minum air susu, air madu...cukuplah...." lalu mengundang jelingan 'tajam' Ustaz Muein...hehehehe).
Untuk siapakah syurga-syurga indah ini Allah sediakan?
Adapun syurga-syurga itulah tempat kediaman yang kekal dan abadi yang Allah janjikan untuk hamba-hambaNya yang semasa hidup di dunia ini dia berada dalam kapasiti manusia yang beriman, dia bersyukur di atas segala kesenangan yang Allah berikan dan dia redha dengan segala kesulitan. Orang Mukmin ini hidup di antara dua bayangan ini iaitu syukur dan redha. Tidak ada pilihan yang ketiga. Kalau bukan syukur, dia tentulah mesti dalam keadaan redha, kalau bukan redha, mestilah pula pada masa itu dia berkeadaan syukur. Bersilih ganti antara keduanya.
Apabila seseorang itu bertemu musibah, janganlah sesekali melenting kepada musibah itu. Sebaliknya lihatlah kepada pemberi musibah itu (iaitu Allah). Semuanya datang daripada Allah. Pernah dengarkan kata-kata ucapan yang berbunyi, "Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri". Apa sebab begitu? Apakah yang buruk itu bukan datangnya daripada Allah jua? Begini...
Adapun memang betul segala-galanya adalah datang daripada Allah, maka kita kata semua yang baik datangnya daripada Allah manakala yang buruk (pada adabnya) disandarkan kepada kelemahan-kelemahan yang berpunca daripada diri sendiri kerana kita tidak mahu berlaku peringkat kita menaruh buruk sangka pula kepada Allah yakni membenci musibah yang didatangkanNya.
Siapakah di kalangan manusia yang sebenarnya paling teruk ditimpa musibah? Mereka itulah golongan para Nabi. Betapa sengsaranya Nabi Ayub. Betapa siksanya Nabi Ibrahim ketika hendak menyembelih Ismail. Nabi kita Muhammad sendiri sentiasa sahaja diuji dengan pelbagai bentuk musibah sedari kecil hinggalah akhir hayat Baginda. Baginda lahir sebagai anak yatim yang kematian bapa. Tidak lama kemudian, ibu Baginda pula menyahut panggilan Illahi. Ini diikuti oleh Datuknya, kemudian bapa saudaranya. Sudahlah tiada tempat mengadu, Baginda diasak pula oleh kaumnya. Dihina. Dicerca. Dihalau. Dibaling dengan batu sehingga luka berdarah, dilayan seperti anjing kurap dalam perjuangannya berdakwah di Taif. Sebelum berhijrah ke Madinah, Baginda diuji pula dengan peristiwa yang membawa kepada Tahun Kesedihan...itu musibah yang Nabi Muhammad perlu hadapi dengan sabar dan redha. Apa sangatlah musibah kita? Begitulah istimewanya para Nabi ini kerana kekuatan sabar dan redha mereka ketika berdepan musibah sehingga membolehkan mereka mendapat ganjaran tertinggi syurga Allah yang indah.
Jelas bukan yang syurga itu adalah untuk hamba-hambaNya yang beriman...yang syukur dan redha.
Sebelum ceramah ulangan ini berlabuh tirai, mari kita amati kisah 3 orang mak cik penjual kuih.
Ada 3 orang mak cik, sama sebaya. Kerja mereka membuat dan menjual kuih untuk menyara hidup. Mak cik 1 dan 2 adalah mak cik standard KL (kata Ustaz)...iaitu mereka bangun pukul 5 pagi untuk membancuh dan menguli tepung seterusnya membuat kuih. Manakala mak cik no. 3 pula, ada sedikit berbeza, dia bangun sejam lebih awal dan gunakan masa itu untuk memdirikan solat, mengaji, berzikir kepada Allah. Memang tip-top lah Mak cik no. 3 ni.
Okay, pada suatu hari, seperti biasa...ketiga-tiga orang mak cik ini keluarlah hendak pergi menjaja di pekan. Dalam perjalanan ke hentian bas, tiba-tiba mak cik no. 3 menjerit, "Opocot...omak kau ulor!". Rupa-rupanya dia telah terpijak ular. Apalagi, dalam terkejut, melatah dan melompat bagai...jatuhlah bakul-bakul kuihnya. Belum sempat dia memungut kuih-kuih itu, bakul-bakul itu pula bergolek jatuh ke sungai. Perghhh...habis rugi mak cik tu. Berputih matalah dia. Dia pun merintih dan merataplah, mengapalah benda tu terjadi pada dia?
Dalam pada tu, bas sampai dan kedua kawannya, mak cik no. 1 & 2 pun naiklah bas meneruskan perjalanan mereka.
Mak cik no. 3 dengan hampanya berjalan pulang. Terdetiklah dihatinya. Kenapalah Allah uji Aku? Padahal Aku dah buat macam-macam. Aku sembahyang tak tinggal. Aku buat amalan-amalan sunat. Aku dengar cakap suami. Aku didik anak-anak dengan sempurna. Tapi...alih-alih Aku gak kena musibah. Lepas satu, satu...lepas satu, satu...tapi kawan-kawan Aku tu elok je tak kena apa-apa...
Tengok...si mak cik ni dah mula mempersoalkan Allah. Dalam keadaan begitu, dia pun balik sampai rumah dan bukak TV tengok Astro Oasis (hahaha...Ustaz menokok tambah). Tiba-tiba ada berita mutakhir. Pembaca berita itu menyampaikan berita terkini, "sebuah bas telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri berhampiran susur keluar Jalan Gasing yang menyebabkan kesemua penumpangnya meninggal dunia di tempat kejadian. Kami difahamkan terdapat dua orang mak cik penjual kuih yang popular turut terlibat dalam kemalangan ngeri tersebut".
Nah, terus terkedu mak cik no. 3. Dia pun mengucapkan Alhamdulillah. Bukan bersyukur sebab kawan-kawan dia mati tetapi bersyukur sebab Allah telah selamatkan dia. Nasib baik dia tak naik bas tu. Kenapa dia tak naik? Sebab kuih-kuih dia jatuh. Sebab apa kuih-kuih dia jatuh, sebab dia terpijak ular. Kenapa terpijak ular? Sebab Allah dah rancang.
Mak cik no. 3 pun sedih sebab kalaulah dia naik bas tu dan dia mati...takut-takut dia mati dalam keadaan dia tak redha pada Allah. Astaghfirullah'al azim!
Sentiasalah bersyukur dengan nikmatnya yang tidak terhitung banyaknya dan apakala diuji, bersikap redhalah kerana besarnya nikmat yang telah kita nikmati...tak akanlah tak boleh bersabar dengan ujian yang sebentar. Kalau kita redha kepada Allah, Allah akan redha kepada kita. Firman Allah, "Aku adalah seperti apa yang hambaKu sangkakan". Kalau kita bersangka baik pada Allah, nescaya baiklah Allah pada kita. Jangan fikir yang buruk, fikirlah yang baik.

Tuesday, March 01, 2011
The Corporate World
The characters in this fable are fictitious. Any resemblance to real people or facts within the corporation is pure coincidence.
1. Everyday, a small ant arrives at work very early and starts work immediately.
2. She produces a lot and she was happy.
3. The chief, a lion, was surprised to see that the ant was working without supervision.
4. He thought if the ant can produce so much without supervision, would'nt she produce even more if she had a supervisor!
5. So, he recruited a cockroach who had extensive experience as supervisor and who was famous for writing excellent reports.
6. The cockroach's first decision was to set up a clocking in attendance system. Sound familiar, huh? He also needed a secretary to help him write and type his reports and...
7. He recruited a spider, who managed the archives and monitored all phone calls.
8. The lion was delighted with the cockroach's reports and asked him to produce graphs to describe production rates and to analyse trends, so that he could use them for presentations at Board's meetings.
9. So, the cockroach had to buy a new computer and a laser printer and...
10. Recruited a fly to manage the IT department.
11. The ant, who had once been so productive and relaxed, hated this new plethora of paperwork and meetings which used up most of her time.
12. The lion came to the conclusion that it was high time to nominate a person in charge of the department where the ant worked.
13. The position was given to cicada, whose first decision was to buy a carpet and an ergonomic chair for his office.
14. The new person in charge, the cicada, also needed a computer and a personal assistant, who he brought from his previous department, to help him prepare a work and budget control strategic optimization plan.
15. The department where the ant works is now a sad place, where nobody laughs anymore and everybody has become upset.
16. It was at that time that the cicada convinced the boss, the lion, of the absolute necessity to start a climatic study of the environment.
17. Having reviewed the charges for running the ant's department, the lion found out that the production was much less than before.
18. So, he recruited the owl, a pretigious and renowned consultant to carry out an audit and suggest solutions.
19. The owl spent 3 months in the department and came up with an enormous report, in several volumes, that concluded : "the department is overstaffed...".
Guess who the lion fires first?
.
.
.
.
.
.
.
The ant, of course, because she "showed lack of motivation and had a negative attitude".
Poor ant!

Subscribe to:
Posts (Atom)