Monday, April 30, 2012

Mengimpikan Perubahan


Saya kongsikan di sini sebuah catatan oleh seseorang yang saya baca di mukabuku saya. Satu pandangan yang baik untuk terus muhasabah diri sebelum sibuk menyalahkan orang lain atas setiap ketidakpuasan hati. 

Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claim' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adal
ah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).


Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juga sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?
 

Saturday, April 28, 2012

Jangan Kotorkan Mindaku II

Mari saya jelaskan sumber kekeliruan saya yang menjadikan saya memandang jelek perhimpunan dan demonstrasi jalanan seperti yang dianjurkan hari ini.

Isu minyak dan air tidak mungkin bersatu itu memang jelas dan saya benci dengan keakraban yang dipamerkan sehingga memecahkan ukhwah sesama saudara seagama.

Allah berfirman dalam ayat 118 Surah Al-Imran yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya".

Baca terus ayat 119. Lalu diri tertanya-tanya, antara muslim yang fasik dengan kafir, mana yang lebih baik. Lalu izinkan saya berkongsi titipan dari blog Suara Dari Gunung seperti berikut :

Pernah terbaca komen Ibn Taimiyyah, bahawa muslim yang jahat lebih baik dari kafir yang baik.



Ini kerana muslim yang jahat tetap mengakui Allah sebagai tuhannya dan beribadah kepada-Nya. Hanya dalam beberapa aspek kehidupannya, dia berbuat jahat.
Berbeza dengan kafir yang baik, dia mengingkari Allah sebagai tuhannya dan enggan beribadah kepada-Nya. Hanya dalam beberapa aspek kehidupannya, dia berbuat baik.
Ukuran baik atau jahat pertama sekali dimulakan dengan mengukur hubungan seorang manusia dengan Allah. Kemudian barulah diukur hubungannya sesama manusia, alam dan dirinya sendiri.

Dari sudut kepimpinan, kita tetap memilih muslim yang jahat kerana kewajipan kita dalam urusan wala’ (kesetiaan) ialah kepada sesama muslim. (Rujuk semula subjek al-Wala’ dan al-Bara’).
Memang, muslim yang jahat mungkin akan memerintah dengan zalim dan berbuat kezaliman. Namun jangan kita lupa kepada kekuasaan Allah yang mampu “membolak-balikkan hati dengan dua jari-Nya” sehingga boleh saja Allah menukar pemimpin itu dari sikap jahat kepada baik. Sebab itu dalam sebuah riwayat disebut: “Sessungguhnya Allah menjadikan orang mujrimun (yang banyak buat dosa dan kesalahan) membantu agama-Nya.”
Atau pemimpin itu tetap dengan kezalimannya, namun Allah menganugerahkan rahmat-Nya kepada rakyat sehingga mereka tetap hidup harmonis. Anugerah ini bukan kerana pemimpin tetapi kerana sikap rakyat yang wala’ kepada pemimpin zalim yang tetap mentauhidkan-Nya.”

Barangkali lebih baik kalau usaha dibuat untuk membersihkan hati dan merapatkan ukhwah terlebih dahulu sebelum kita sibuk menunding jari menyalahkan orang lain.

Pertimbangkanlah.




Jangan Kotorkan Mindaku

"Jom turun Sabtu ni" begitu ajak seorang kenalan. Bulat mata Aku memandangnya. Speechless. Cuma mampu tersenyum senget dan menolak, "Maaflah, tak minat" yang membuatkannya mengerutkan dahi. Malangnya Aku tidak berminat hendak menerangkan. Juga tidak berminat hendak memanjangkan cerita. Memang tidak ada mood hendak mencari pasal.

Hari ini, kami terpaksa menghadkan aktiviti jalan-jalan hujung minggu. Paling senang ke AEON Setiawangsa sahaja. Jalan lancar dan tiada kesesakan. Dalam hati tertanya-tanya juga bagaimana situasi di Dataran Merdeka.

Biarlah apa orang hendak kata, Aku tetap menolak perhimpunan jalanan seperti ini kerana bagi Aku ianya membiasakan kita untuk bersikap agresif dan biadap. Dan lagi Aku bermasalah apabila semuanya dibolehkan semata-mata untuk melunaskan hajat. Ada percanggahan prinsip di situ. Bagaimana minyak dan air boleh bersatu? Ianya seperti, tak apalah...janji ramai, boleh aje asalkan hajat tercapai. Dah tercapai nanti kita fikir balik nak buat apa seterusnya.

Rusuh jiwa melihat tokoh-tokoh agama turut serta. Ustaz-ustaz yang disanjungi dan ilmunya dipandang tinggi. Mengapa? Benak sangatkah Aku untuk menoktah suatu kefahaman? Hingga akhirnya Aku rasa keliru.

Biarlah keliru. Tak apa. Jangan buat-buat tahu membuta tuli ikut bercelaru. Mungkin puas agaknya dapat meluahkan perasaan begitu. Menjerit dan memekik seperti hilang malu.

Baiklah, kalaulah begitu yang kita mahu. Tendang sahajalah apa yang kita suka. Pecahkan segala yang kita jumpa. Musnahkan segala-galanya. Dan bila semuanya sudah kita kalahkan dan binasakan...puaskah hati kita???

Monday, April 23, 2012

Pilih Memilih

Setiap perkara ada risikonya. Setiap pilihan. Setiap perbuatan. Segala-galanya. Kalau tak buat apa-apa dan tidak pilih apa-apa...pun ada risikonya. Betul! Risiko mati mengejut! Hahahah...well, kalau sudah kejung, beku gitu...lebih baik jadi patung. Tak payah guna akal. Tak payah buat apa-apa. Hemmmm...

Saya rasa, kalaulah setiap benda yang kita hendak lakukan itu kita bayangkan yang negatif, tentulah kita terhalang daripada melakukannya. Contohnya, kalau anda memilih untuk tidak memandu sebab takut berlaku kemalangan, sudah tentulah sampai sudah anda tak akan mampu memandu. Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. Sebenarnya bab memandu ini, saya main terjah sahaja. Tak fikir pun. Sebabnya masa saya ambil lesen memandu tahun 2000 dulu, saya cuma sekadar mahu ada lesen sahaja. Lesen basikal saya dah lama ada...heheh. Pak cik yang mengajar saya memandu pun tak yakin saya boleh lulus pada percubaan pertama. Sebab? Jadual kelas saya rongak-rongak. Seminggu sekali pergi pun sudah cukup baik sebab saya lebih kerap keluar dating daripada pergi belajar memandu. Hahaha. Tapi yang best tu, dalam batch saya yang pergi menghadiri ujian memandu mendapatkan lesen P itu...saya seorang sahaja yang lulus (walaupun cukup-cukup makan sahaja...janji lulus). Yiepeeee...!!! Bila sudah dapat lesen, simpan buat perhiasan sahaja sebab lepas kahwin saya pergi berhantar dan balik berjemput naik motorsikal sahaja. Kereta simpan di rumah kerana pada masa itu, kami berpendapat itu adalah cara yang paling praktikal dan kos efektif. Yelah, masa tu baru mula hendak membina keluarga. Hanya bila anak sudah masuk dua dan tuntutan kerja semakin mencabar, kami mula memikirkan yang ada baiknya saya memandu. Senang hendak keluar mesyuarat di mana-mana, lepas kerja boleh balik terus ambil anak, tak adalah terpisat-pisat menunggu di lobi HSBC lagi...lalu saya memandu.

Takut? Owh...gila takut. Hari pertama memandu ialah ke kelas MBA saya yang masa tu dibuat kat TMTC...memang cuak tahap gaban. Slow motion habis. Namun as day goes by, sedar tak sedar dah 6 tahun dah bergelar pemandu. Kemalangan paling teruk dengan Atoz. Memang rasa macam tak mahu memandu lagi, tetapi saya buat juga. Kemalangan terkini pun rasanya teruk kesannya terhadap jiwa walaupun kereta ok kerana berada dalam keadaan 'nyaris-nyaris'. Adakah saya serik? Tidak, kerana hidup harus diteruskan. Saya hanya boleh berusaha memandu dengan baik, berdoa semoga Allah memelihara saya dan orang lain serta bertawakal. Itu sahaja. Selebihnya urusan Dia. Jadi, hari Jumaat lepas bila pertama kali saya berada di jalanraya semula sesudah episod malang itu, saya hampir enggan menggunakan Sentul Link. Namun saya gagahi diri menepis rasa trauma itu. Alhamdulillah, saya berjaya hadapinya. Syukur.

Begitu juga bila kita membuat keputusan untuk mengahwini seseorang. Membuat pilihan yang kita mahu berkongsi kehidupan kita dengan si dia. Kita akur dengan pahit manis yang bakal ditempuhi. Dan kita juga ambil maklum akan kemungkinan buruk yang boleh terjadi namun kita teruskan juga menyerahkan sekeping hati kita dengan percaya. Dengan redha. Dia mungkin banyak kekurangan dan kelemahan namun kita juga apa kurangnya, serba-serbi tidak sempurna. Perkahwinan itulah yang menyempurnakan kita. Sepertimana kata Kuhan..."Lelaki sebelum kahwin memang teruk...tapi dia jadi okay disebabkan perkahwinan itu"...hahaha....kami semua ketawa. Lalu Mak Banang pun mencelah, "Sebab tu le perempuan-perempuan la ni, asal nak kawin aje cari laki orang...konon fatherly lah...bertanggungjawablah....yelah, dah memang tugas dan tanggungjawab dia jadi ketua rumah...". Betul, jugak tu kan. Kalau tidak menempuhi pengalaman, tentulah kurang kematangannya. Bila sudah matang, sudah kena train baik-baik, senang je orang lain nak sambar ye. Hahahaha.

Hemmmpph....itulah risikonya. Tapi kalau itu yang kita takut sangat, susahlah. Pasal apa, benda kalau sudah hendak jadi...akan terjadi. Yang kita ini jangan jadi pengecut, kena hadapinya. Fikirkan yang positif. Fikirkan yang elok-elok. Kalau hendak berlaku, biarkanlah...diri sendiri jangan dimusnahkan. Jangan hidup dalam ketakutan kerana takut-takut itu kelak mempersiakan hidup dan membataskan potensi diri. Itu pendapat saya. Pendapat orang lain saya tidak tahu. Tapi saya hormati pendapat semua orang sepertimana saya mengharapkan orang juga boleh menghormati pendapat saya.

Ada banyak lagi keputusan yang perlu kita buat sepanjang hidup ini. Apapun situasinya, saya pasti pemilihan dan tahap keredhaan kita kepada banyak perkara bergantung kepada keputusan paling besar yang akan menentukan pilihan-pilihan lain seterusnya. Apa dia? Pilihan paling utama...mahu syurga atau neraka? Saya pasti tak susah memilih. Yang susah ialah apabila yang dipilih itu bercanggah dengan kehendak hawa nafsu. Dan rentetan seterusnya ialah bergelut untuk memutuskan langkah-langkah seterusnya yang harus senada dengan pilihan utama. Di situlah sering terjadi salah pilih dan salah langkah. Ramai yang kandas dalam perjuangan. Justeru, bila-bila anda bagai menemui jalan buntu, baliklah kepada pilihan utama yang asal itu...insyaallah, bakal ketemui jalannya.

Friday, April 20, 2012

Malang Tidak Berbau

Malang tidak berbau.

Kalau boleh kucium baunya, nescaya, jauh berbatu-batu Aku akan lari menghindarinya.

Ketika KL Traffic dijelmakan buat merakam pengalaman awal bergelar pemandu dan sempat pula mencatatkan peristiwa pahit pada bulan Oktober tahun yang sama, Aku selalu berharap dan berdoa semoga tiada lagi pengalaman seumpamanya menjengah. Namun, apakan daya...adat menjadi pengguna jalanraya begitulah...kalau bukan sendiri mencari pasal, orang lain pula yang buat hal.

Begitulah yang terjadi petang Rabu lalu dalam suasana gerimis yang penuh syahdu ketika Aku memandu seperti biasa melalui Sentul Link untuk pulang ke rumah. Sebenarnya sebelum sampai Sentul Link, jalan memang agak perlahan di Mahameru. Bila mencecah Sentul Link, seperti biasa, laluan ini agak lengang. Had laju ditetapkan meskipun jalan luas terbentang ialah cuma 50kmph. Memang macam mustahil aje nak bawa setakat itu kerana sumpah Aku cakap yang memandu di sini paling busuk pun 80kmph. Sebab apa, memang jalan ni tak banyak kereta...kecuali kalau ada sangkut kat trafik depan persimpangan Jalan Sentul. Melihat kereta-kereta dipandu laju di sini bukanlah sesuatu yang aneh. Tapi itu bukan bermakna Aku bawa laju. Aku memandu biasa sahaja, tak laju, tak perlahan...sederhana.

Satu yang nak kena berhati-hati kalau tak biasa menggunakan jalan ini ialah ketika menghampiri hujungnya di mana kenderaan dari sebelah kiri akan berjujuk-jujuk mahu masuk ke kanan manakala yang memandu di lorong kanan pula bersusun-susun mahu ke kiri meneruskan perjalanan ke Gombak, dan ada juga yang seperti Aku, mengekalkan kedudukan untuk berjalan terus menghala BBS, tetapi harus waspada kerana lorong paling kanan sekali ada simpang ke kanan bagi yang mahu masuk ke Tamarind. Dan semua ini harus diputuskan dengan jelas ketika mengambil selekoh yang kebanyakan orang suka laju (menuruni) dan kerapkali tak perasan apa yang ada dihadapannya.

Aku berada di lorong kanan dan mengekalkan kedudukan Aku sewaktu mengambil selekoh. Jalan di hadapan Aku memang kosong tak ada kereta. Tapi dalam Aku berkira-kira hendak perlahan-lahan ke kiri sedikit, Aku perasan ada sebuah motor di lorong bersebelahan dalam keadaan terhoyong-hayang. Benda yang ditakuti itu terjadi. Tidak semena-mena motor itu jatuh dan penunggang serta pembonceng berguling-guling masuk ke lorong Aku yang tadinya clear lalu terbaring tak sampai 50 meter di hadapan. Allahuakbar! Aku menekan brek sesungguh hati, rasanya dah siap berdiri tekan dengan dua kaki. Dalam Aku berbuat begitu, Aku pasti di belakang Aku ada jarak yang selamat sekiranya ada kereta mengekori.

Subhanallah! Aku berhasil berhenti betul-betul di hadapan mangsa yang terjatuh itu. Mahu tak menggigil. Gila! Kalau terlanggar tadi. Namun bunyi tayar kereta menggesel jalan terdengar nyaring memecah gegendang telinga dalam keadaan Aku tak mampu berbuat apa-apa memandangkan jalanku yang terhalang lalu bunyi yang menakutkan itu berakhir dengan 'bummmmm...' yang menggegarkan belakang Snowy.

"Kenapa langgar kereta saya......" Aku rasa macam nak melolong terus. Sebuah kelisa warna merah yang tidak nampak apa yang berlaku telah menghentam belakang Snowy, sisi sebelah kiri dan kereta yang sama turut menghentam sebuah Exora merah yang berhenti mengelakkan motor yang terbabas di jalannya.

Cepat-cepat lelaki yang jatuh itu bangun mengangkat anaknya, budak dalam lingkungan umur 10-11 tahun yang berpakaian sukan. Ayah dan anaknya yang Aku pasti turut terkejut sama dengan apa yang berlaku. Dalam keadaan menggigil itu Aku sempat mengambil gambar kereta kelisa yang melanggarku kerana bimbang dia akan cabut lari. Oleh kerana kami dihon berkali-kali oleh pemandu-pemandu di belakang yang hanya tahu nak cepat (pentingkan diri) itu, kenalah terus bergerak supaya laluan tidak terhalang. Aku yang tak tahu apa yang berlaku walaupun nampak pemandu Exora berkata sesuatu kepada pemandu Kelisa itu terus mengekori mereka macam lipas kudung. Jangan fikir ko boleh blah macam tu saja...!

Rupa-rupanya semua yang terlibat berkonvoi ke Sentul Boulevard berhampiran untuk berbincang. Aku sempat menghubungi Abang memaklumkannya kejadian tersebut. Sebaik sampai, Aku turun dengan berdebarnya hendak melihat rupa Snowy. Rasa hendak pecah jantung sebab terkenangkan betapa teruknya keadaan Blackie suatu ketika dahulu saat mengalami perkara yang serupa. Bila ku renung dan ku tenung, terkejutpun ada. Snowy selamat! Tak ada kemek pada 'punggungnya'. Tak ada lampu yang pecah. Tak ada calarpun!

Biar betul. Lalu ku belek lagi dan barulah perasan yang terdapat ruang-ruang renggang di celah-celah lampu dan pintu simpanan barang. Ada berlaku anjakan/peralihan di situ dek hentaman Kelisa.

Mengikut cerita pemandu Exora, sebuah MyVi telah menggesel motorsikal yang ditunggangi ayah dan anak itu menyebabkannya hilang kawalan lalu jatuh. Dan MyVi itu telah beredar tanpa dapat dikesan, masing-masing panik sebab menumpukan perhatian agar tidak terlanggar motorsikal tersebut.

Aku? Demi Allah, kalau Snowy hancur sekali pun Aku sanggup terima berbanding kalau Aku menggilis dua manusia. Nauzubillah. Masakan tidak mungkin terjadi memandangkan kedua-duanya sudah terlentang tak mampu buat apa-apa dalam jarak kami yang begitu hampir. Bayangkan kalau Aku tak perasan motor itu...dan sebab tak perasan Aku tak sempat brek...bayangkan...Menggeletar rasanya membayangkan kemungkinan seperti itu.

Kereta Kelisa itu dipandu seorang budak muda berusia 20 tahun. Pelajar kolej swasta yang pada firasat Aku (dan turut disahkan oleh pemandu Exora) memandu laju pada ketika itu. Aku katakan begitu kerana saat Aku menekan brek, Aku sempat mengerling cermin pandang belakang dan yakin, tak ada kelibat kereta yang mengekori hampir di belakang. Kalau dia memandu dengan kelajuan sederhana di belakangku, Aku yakin dia sempat membrek tanpa menghentam Snowy. Ini sudahlah dia hentam Snowy, kesan lajunya kereta dia itu menyebabkan dia tak mampu berhenti tetapi menghentam pula Exora.Kalau tidak, cukup dengan melanggar Snowy, dia harus sudah boleh berhenti.

Memanglah, benda sudah hendak terjadi.

Tetapi bab kesusahan yang didatangkan dalam satu pakej itu yang malas hendak diharungi. Nak kena bawa Snowy ke bengkel...mana tahu ada yang retak/patah di dalam. Nak kena bincang soal pampasan. Nak kena risau kalau janji tidak ditepati siapa nak bayar kos pembaikan. Nak kena ambil cuti lagi. Nak kena jawab bila orang tanya. Nak kena cerita balik kejadian yang berlaku....dan Snowy tak sama seperti dulu...sebab dia dah pernah kena hentam...itu yang paling sakit hati sebab Aku telah mencuba sedaya upaya untuk menjadi pemandu yang baik.

Bersabarlah. Itu juga satu bentuk ujian. Adalah hikmahnya tu.

Satu yang Aku paling ingat, semasa memulakan perjalanan pulang hari itu...teringin nak dengar lagu tetapi bila masuk jalan Bukit Pantai terus batalkan hasrat tu dan paksa diri berzikir. Bila imbas semula kejadian tu, terfikir bayangkan kalau berada dalam keadaan tidak ingat pada Allah dan tidak berada dalam lindunganNya, bagaimana?
Syukur alhamdulillah...

Wednesday, April 18, 2012

JJCMlah Lagi

Dua minggu sudah, kami sekeluarga sempat singgah di Bangsar untuk makan tengahari sebelum menyambung 'pengembaraan' ke Digital Mall, PJ. Destinasi JJCM pilihan kali ini, tak lain tak bukan - Madam Kwan's.

Bila sampai terus pesan Asam Laksa, tak payah tengok menu lagi dah.



Anak-anak memilih Chicken Chop.



Mak tak mahu makan banyak. Kenyang lagi katanya. Jadi, dia cuma minta cendol. Nyaris Aku nak minta tambah Sago Gula Melaka...heheh...



Tidak ketinggalan, goreng pisang dengan ais krim vanilla ni. Minta dua set pulak tu. Haish...



Alhamdulillah...selamat sejahtera...



Hujung minggu baru ini kami ke tempat 'lepak' baru yang mula menjadi destinasi pilihan - Festival City.



Tempat ini baru sahaja dibuka hujung tahun lepas. Agak happening jugak la sebab ada banyak pilihan kedai emas...heheheh...Kalau nak beli barang dapur pun senang sebab ada Econsave. Nak makan pun senang juga sebab banyak pilihan.

Kami pergi Kenny Rogers aje la.















Alhamdulillah.

Tuesday, April 17, 2012

Serak + Sengau

"Kekasih lupakah bicara...cinta kita baja duluuu...uuu...di mana kah kau campakkan cintaku yang pernah kau sanjungi..."

Nah...amik kau! Memang masa-masa begini, kalau menyanyi lagu Ella...Ella pun payah nak cari makan. Hahaha. Bukan takat serak, dah dekat-dekat nak sengau dah ni. Sesekali menarik nafas, rasa macam bunyi ensel pintu berkarat pun ada. Tu dia penangan selsema yang melanda bermula Jumaat lepas. Nasib baik tak demam, batuk pun adakala je. Cuma nak kena bertahan dengan hidung yang tersumbat dan suara yang berubah ni aje la.

Itulah, bila Allah tarik nikmat sikit dah menggelabah. Para sahabat kalau ditimpa sakit, mereka risau ibadat terjejas. Yang kita (Aku terutamanya) , lebih risau pasal kerja. Takut tak siap kerjalah, bimbang entah apa-apa. Besarnya jurang perbezaan.

Apapun ini adalah peringatan. Ingat yang semuanya milik Dia. Hatta yang sekecil-kecilnya juga adalah pemberianNya belaka dan bersyukurlah dengan nikmat yang ada.

Monday, April 16, 2012

Celoteh Pagi Isnin

Aduhai Isnin...cepatnya dah sampai Isnin. Sabtu dan Ahad berjalan laju. Sedar-sedar dah kena menggosok baju untuk stok seminggu semula. Seperti biasa, memang terasa berat kaki hendak melangkah ke tempat kerja. Alangkah baiknya kalau polisi bekerja dari rumah boleh dilaksanakan untuk pekerjaan macam Aku yang sebetulnya boleh beroperasi dari rumah. Kalau ada mesyuarat, baru masuk pejabat. Yang lain-lain tu boleh guna emel dan telefon aje...janji cukup masa ada hasilnya. Kan best! Yeah right, keep dreaming!!!

Cerah semacam pagi ini. Betul ke pukul 7.00 ni? Aku mengerling jam di tangan dan membandingkannya dengan jam di dinding. Kedua-duanya menunjukkan kedudukan jarum jam yang sama. Nasib baik, kalau salah satu 'kong' bererti Aku mungkin tak ada cukup masa untuk sampai ke tempat letak kereta pejabat. Dulu adalah juga Plaza Pantai, masih boleh terima kena caj RM8.00 per entri. Namun semenjak dua menjak ini, bila ia mula diubah suai untuk menjelma menjadi Bangsar Trade Centre, caj parkir telah menjadi RM3.00 sejam. Wah...! Kawasan parkir berdepan lobi Menara ni pula semenjak 1 April lalu sudah mengenakan caj RM13.00 sekali masuk. Cuma parkir di bangunan Annexe sahaja yang masih bertahan pada kadar RM7.00 per entri. Tapi jauh la pulak nak menapak...heheh. Dulu kalau pukul 7.30 pagi baru naik susur ke Jalan Traver , Aku masih rasa tak apa...sekarang kalau 7.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Jalan Pantai Baru, dah rasa berpeluh dahi...takut tak sempat! Serius! Jadi, tak boleh dah keluar rumah jam 7.15 pagi...kena keluar jam 7.00 dah sekarang. Ada member ajak car pool, tapi Aku ni tak gemor berkongsi...heheh...bukan apa, kadang-kadang mesyuarat di luar atau terpaksa balik rumah ambil anak...jadi susah kalau terikat dengan orang lain. Biarlah macam ini daripada kang bergaduh bermasam muka pula. Malaslah Aku nak pening kepala. Nanti Aku balik lewat, dema kena menunggu pulak. Atau time Aku balik awal, Aku pula boring nak tunggu. Pendek kata, tak kuasa!

Masa kat parking kawasan rumah, ada sebuah bas sekolah warna oren masuk. Siap bunyi hon berkali-kali. Aiii...anak siapalah yang tak siap lagi tu ye? Tak pernah pulak nampak bas ni sebelum ini. Dalam Aku dok terkial-kial hendak masuk ke kereta, bas tu sudah sampai betul-betul menghadang laluan keluar kereta Aku. Aku pun memandang ke arah pemandunya, dalam kepala Aku sudah meneka...ini mesti nak tanya,"Ada nampak tak budak-budak sekolah blok sekian-sekian, pintu rumah sekian-sekian..." well...agaknya lah kot...kenapa Aku agak macam tu,satu, Aku tak pernah nampak ada budak-budak sekolah naik bas di sini, kebanyakannya dihantar oleh ibubapa ke sekolah. Dan yang kedua, sumpah Aku tak perasan pun bas sekolah kotak biskut ni.

"Selamat pagi, adik..." itu yang keluar.

Aku...???...(muka blur dan confuse).

Sempat menjawab balik, "selamat pagi".

Kenapa Aku confuse? Satu, sebab Aku dah get ready nak jawab soalan seperti yang Aku bayangkan di atas. Kedua, tak pernah-pernah orang panggil Aku 'adik' semenjak bertahun-tahun lamanya. Hahahaha.

Kalau abang dengar, sure dia bagi jawapan maut ni...

"Ala...biasalah tu, mat bangla..."

Heheh.

Lampu isyarat di persimpangan rosak lagi. Bagus juga, tak payah Aku tunggu giliran, main lipat sahaja. Oppsss...berhati-hati di jalanraya, ok? Sentiasa amalkan pemanduan yang berhemah. Setiap masa. Dalam apa jua keadaan.

Oklah, pagi Isnin...belum apa-apa sudah ada mesyuarat yang ditukar masanya. Yang pagi sudah jadi petang. Jangan petang sangat sudahlah, harap-harap tak hujan petang ni...jangan jadi macam Jumaat lepas, satu jam tersangkut atas susur ke Mahameru sesudah melepasi Jalan Sungai Besi.

Apapun, selamat memulakan minggu baru ini.

Friday, April 13, 2012

Celoteh Jumaat

Sebetulnya saya tidak kisah. Tidak lagi. Jadi apabila diusik dengan kata-kata, "husband you macam budak sekolahlah"...saya ketawa sahaja. Dan yang best tu saya boleh jawab lagi, "Eh, biasalah...I memang suka anak ikan". Hahaha.

Teringat perbualan saya suatu ketika dengan Jija ketika kami sama-sama mengikuti kelas Perniagaan Antarabangsa dulu. Kata Jija, "Kesian kita kan Nira, semua lelaki yang tinggi-tinggi dah kena rembat dengan perempuan-perempuan yang rendah. Diaorang semua nak girlfriend yang comel dan cute. So, sekarang yang tinggal kat kita cuma lelaki-lelaki yang rendah!". Hahaha...kami ketawa. Betul juga tu. Semua mencari yang 'tall, dark & handsome'.

Jadi, cerita yang sama saya kongsikan dengan teman sepejabat yang masih muda dan sedang mencari. Orangnya tinggi lampai.Saya tidak pasti samada dia menghadapi dilema yang sama. Namun ia memberikan saya ruang untuk memberikan khidmat nasihat percuma ini.

When it comes to finding your true soulmate...look deeper beyond the physical attraction...heheh...I agree with a wise friend that if you want someone perfect to be your husband or wife, go get a robot!

Betul lah tu kan...kalau serba-serbi dari hujung kaki ke hujung rambut mahu yang sempurna...kalau tanya Rosebud mesti dia sengih dan jawab...go fly kite la weiiii...itukan bukan manusia namanya. Terimalah diri masing-masing seadanya. Jangan berasa tertekan dengan pandangan manusia sebab perspektif masing-masing berbeza. Dan ingat, yang hendak kahwin, yang hendak sehidup semati, yang angkat sumpah akujanji sanggup sama-sama susah dan senang bersama itu adalah kita...bukan orang yang datang kenduri dan seronok memberi komen percuma itu.

Lalu saya diusik lagi..."Eh...ko tak risau ke, nanti bila ko dah tua dia still nampak young forever...ko kena menten all out ni". Saya tak tahulah kalau kedengarannya riak bila saya kata, "Biaq pi la". Tapi hakikatnya begitulah. Saya kenal diri saya dan saya akan cuba menjadi yang terbaik untuk melengkapi pasangan saya tetapi sekiranya perbezaan itu kemudiannya menjadi alasan, saya fikir, terpulanglah. Bukan maknanya saya tidak berusaha, maksud saya, saya tak kuasa hendak memaksa dan menekan diri saya menjadi seseorang yang lain hanya semata-mata kerana bimbang dan takut kasih beralih arah. Lagipun, it takes two to tango, right?

Please...be positive. Enjoy your life. Indulge in whatever that you have now and worry not about tomorrow.

Berusaha, berdoa dan bertawakal ke arah mencari keredhaanNya. Mengapa menyusahkan diri memburu redha manusia? Dak gitu?

Destinasi Pasti

Suatu ketika nanti
Mata yang terang ini akan jadi kabur
Kulit yang tegang akan kendur
Rambut yang lebat akan gugur

Suatu hari nanti
Perjalanan yang dekat nanti jadi jauh
Yang dulunya mudah semua jadi payah
Waktu yang ada semakin berganjak
Sesaat tidak mampu mengundur
Detik akhir semakin dekat menghimpit

Kala itu
Di manakah teman-teman dan saudara?
Apa gunanya harta dan wang melimpah?
Perlukah rumah seekar tanah?
Bila diri kini terbaring tidak berdaya

Begitu perjalanan masa
Yang muda menjadi tua
Yang kuat menjadi lemah
Yang hidup pasti menemui mati

Bacalah...
Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Carilah ilmu sebagai persiapan
Persiapan untuk melengkapkan bekal
Bekalan sebuah kehidupan yang abadi

Bersiap sebelum mati!

Thursday, April 12, 2012

Tercalar

Siapa yang baca semua emel yang masuk dalam mailbox walaupun emel sampah, sila angkat tangan. Ada?

Kalau ada memang kategori baik hati la sebab saya pun setakat buka tapi tak semestinya baca. Kadang-kadang lalu sahaja. Sekiranya saya dapat emel yang terang-terang dari Afrika dan negara-negara anggotanya, yang itu sahaja saya terus delete tanpa buka apatah lagi baca. Namun kalau daripada kawan-kawan hatta emel berantai, saya pastikan saya buka walaupun tidak membaca sebab takut kalau saya delete terus mereka dapat mesej , "your message was deleted without being read".

Kecil hati sebenarnya kalau kawan-kawan buat macam itu. Kita ni bukan apa, kalau boleh sudah berkawan ni kita nak kekal berkawan. Oleh kerana batasan masa dan masing-masing punya keutamaan hidup tersendiri, apa yang mampu dilakukan adalah sekali-sekala mengirim benda-benda menarik seperti emel jenaka, emel motivasi, ilmu dan lain-lain sebagai tanda ingatan. Itu sahaja. Yang penting, adab-adab forward ni, kalau nak buat, jangan sampai menyemak mailbox kawan-kawan sebab kalau buat macam tu konfem kawan-kawan menyampah! Ala kadar sudahlah.

Nak cerita yang pagi ini dapat mesej yang memberitahu mesej saya tentang sesuatu itu sudah dipadamkan tanpa dibaca...huhuhu...sebak. Eh...tapi itu emel kerja tau...
Tak apalah, mungkin bila kita sudah sampai ke suatu tahap tertentu, nak beri kerjasama pun kita mungkin pilih-pilih orang...mungkin emel saya tak laku agaknya, kena tunggu emel daripada tingkatan-tingkatan atasan sana kot.

Ataukah sekadar menduga? Atau sayakah yang berlebih-lebihan dek emosi yang tercalar?

Hai Telipuk, bukankah berbaik sangka itu lebih baik?

Ayuh, berlapang dada....

Wednesday, April 11, 2012

UAI @ TMCC

Ustaz Azhar Idrus was back for his second session at our prestigious TM Convention Centre (TMCC) during lunch hour yesterday. Lotuslily insisted that we should be at Kristal Hall before 12. I was not around when he first came to TM last year, but I was told that the MPH was full beyond its actual capacity.



Lotuslily was right! Lucky we were there early. I was told by the secretariat that they allocated 1,000 seats for the event. Looking at the crowd, it was estimated that around 1,300 had attended.



I wish I could get a better view but it's difficult to do so from my seat. Lotuslily urged me to stand up but, being me...heheh...this one was sufficient for me to post an entry anyway.

I am glad and I am proud of the 'extra' that we are able to get here. Like this one and many more to come.



The session that we had was conducted on Q&A basis. Before UAI arrived, the secretariat asked us to write any mind boggling question and then, they collected them all for him to answer on the spot. I did submit one question but was not lucky to hear it answered due to the limited time available. I just wish the questions that he answered that day would be of more challenging rather that questions about eyebrow, the hair on leg & chest...the cat's fur etc. Perhaps it would be better if we give him a topic to talk about rather than let the audience decide. Nevertheless, he's good and I really enjoyed listening to him.

Thank you organizer for the good job!

Monday, April 09, 2012

Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdilah

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Pasang Surut

Motivasi saya untuk mengharungi hari Isnin ini ada 2. Satu memikirkan yang esok Ustaz Azhar Idrus akan singgah bersoal-jawab di Menara TM dan satu lagi memikirkan yang Rabu adalah hari cuti umum...yeahooo...long live Rabu! Walaupun itu bermakna sudah 3 kali saya terlepas sesi kuliah Rabu.

Begitulah pasang surut kehidupan. Sekejap bermotivasi, sekejap tidak. Sama macam iman, ada pasang surutnya. Sama juga dengan benda-benda lain...sekejap rasa macam geraammmm jer, tapi bila difikir-fikir , ditimbang-timbang semula...bior ajelah. Hahaha...itu dah ke laut namanya, Telipuk!

Cerita ini mengingatkan saya kepada suatu sesi perbualan minggu sudah. Dia bercerita tentang perubahan yang dialaminya. Dalam usia 40an ini, katanya, dia sedar ada perkara lain lagi yang lebih penting daripada kerja dan merasakan keinginan untuk mengejar kenaikan dan tugas-tugas penting serta mencabar itu sudah lama pudar. Kisah pengalaman seperti itu memang biasa kedapatan di mana-mana. Bukan satu dua contoh yang saya jumpa , sudah banyak. Itu sesuatu yang lumrah. Bagaimana kalau saya katakan, saya sudah merasakan benda sebegitu ketika belumpun sampai tempoh 5 tahun saya dalam pekerjaan dulu...hahaha...hemmm, tidak. Ianya tidak bermaksud saya tidak menghasilkan kerja yang berkualiti, tentu saja saya tetap mengutamakan mutu kerja kerana itu sememangnya tiada kompromi. Cumanya saya tercari-cari sesuatu dalam ruang-ruang yang wujud antara satu tugasan dengan satu tugasan yang lain. Suatu pencarian yang panjang...

Ketika saya buntu dalam pencarian saya, saya duduk dan menghayati perjalanan yang telah saya lalui. Benar, saya telah melaluinya walau apapun alasan yang saya ciptakan untuk tidak melaluinya. Kadang-kadang rasa seperti tidak percaya. Semalam sememangnya telah berlalu dan tidak akan kembali. Hidup kita, usaha kita dan segalanya yang penting ada pada hari ini. Pada detik sekarang. Berikan yang terbaik hari ini. Ini kerana kita belum tahu apa yang menanti pada hari esok. Esok yang tidak pasti. Esok yang entahkan bukan menjadi milik kita. Wahhh!

Lupakan esok, lupakan Rabu...jom hadapi Isnin ini dengan semangat!

Friday, April 06, 2012

Alang-alang Menyeluk Pekasam

Alamak...jahat tak saya kalau saya tolak mentah-mentah kertas cadangan yang dikemukakan itu? Saya rasa saya sudah menilai dengan betul dan dengan bersungguh-sungguh. Bukan saya tahupun siapa yang sediakan kertas itu, semua petunjuk-petunjuk berkaitan yang empunya diri tidak didedahkan. Tapi sudah pasti saya tahu ianya dihasilkan oleh bakat tempatan. Haiyo...sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betinanya...hahaha...

Saya fikir cuma hendak mencari pengalaman bila dijemput membuat penilaian untuk sebuah persidangan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tugasnya tidaklah susah manapun, review aje! Bila sudah baca, rasa semacam saja. Rasa tidak tergamak hendak pejam mata dan kata, ok boleh diterima. Kalaulah korang ni student saya, habislah korang kena extend pengajian bertahun-tahun jawabnya kakakaka.

Hemmm...dengan pastinya saya akan tolak kertas ini. Cuma bab komen saja saya masih teragak-agak. Nak tulis yang baik ke...nak kasi hentam sama dia? Kalau tulis sepoi-sepoi angin, kang jawatankuasa fikir apa pula...tolak paper, tapi komen tidak mencerminkan penolakan itu. Kalau kasi hentam, takut orang kata, amboi...memandai-mandai pulak dia ni, terlebih sudu dari kuah...hahahah...

Demi untuk kecemerlangan akademik & wawasan masa depan, maaflah ye, terpaksalah bertegas sikit. Kualiti kena jaga, beb!

Balik nanti fikir baik-baiklah camno nak beri komen yang biasa tapi berbisa heheheh...

Melentur Ego

Dalam kehidupan ini, banyak perkara yang tidak akan berjalan seperti yang kita impikan. Seseorang menulis di halaman mukabukunya, katanya, kehidupan itu sering saja tiada keadilan. Saya senyum sahaja. Kehidupan yang terlalu lancar dan sempurna serba-serbinya hanyalah kisah dongeng semata. Apapun tidak perlu berfalsafah panjang tentang kehidupan, cukuplah sekadar kita mengerti tujuan hidup di bumi ini pasti kita tidak temui isu tentang apa yang adil dan apa yang tidak.

Bercakap tentang kehidupan, pernahkah anda alami suatu fasa di mana anda perlu berhadapan dengan individu yang baru dikenali dan cuba bekerja dengannya. Tetapi pada peringkat awalnya seperti ada tembok penghadang yang besar di hadapan. Segalanya terasa seperti tidak kena. Malahan tegurannya juga sepertinya menghiris tangkai hati. Senang sangat rasa tersentap. Rasa seperti apa yang dilakukan tidak cukup bagus. Sudahnya diri seperti ingin berkata, ah, lantaklah...

Memanglah kalau hendak diikutkan, apatah lagi dengan kematangan yang ada, lazimnya kita buat biasa sahaja dan cuba bersikap profesional. Malangnya, apabila sesuatu itu menyentuh hati dan perasaan, ianya bukanlah semudah A,B, C untuk menangkis pergolakan emosi.

Jadi, apabila tersepit dalam keadaan sebegitu, apa yang saya lakukan ialah merenung ke dalam diri dan menerima dengan sedar segala kelemahan yang ada. Itu petuanya. Kita tidak boleh terus menyalahkan situasi yang tidak menyenangkan itu disebabkan orang lain atau mengatakan kita hanyalah mangsa semata-mata. Yang penting, ingatkan diri yang kita ini sebenarnya bertugas dengan 'Allah'. Penilaian kita nanti Allah yang buat. Dia yang akan tentukan. Jadi, kalau manusia lain merasakan kita ini tidak layak atau tidak cukup bagus, biarkanlah. Tak usah hendak melawan dengan hujah-hujah yang sebaliknya kerana ia tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Apabila kita meletakkan diri sebagai 'saya budak baru belajar' ianya lebih mudah untuk mengelakkan daripada merasa berkecil hati. Kalau kita rasa bagus, secara otomatik kita ada dalam diri kita rasa besar kepala, rasa kita tahu segala...itu yang bila berlaku pertembungan dengan individu lain yang mungkin jenis cari pasal, kita akan cepat melatah. Tetapi bila kita bersikap seperti padi, dengan sendirinya kita tidak akan ambil pusing dengan sikap orang lain sebab kita terbuka kepada apa-apa jua pandangan dan teguran. Baik dari yang muda mahupun yang tua. Dan lagi, ilmu itu boleh sahaja datang dari mana-mana . Yang terutama, kikiskan rasa diri hebat. Itu akan membuatkan kita tidak kisah dan tidak mengharapkan sekian-sekian bentuk layanan dan kelakuan. Kita juga bebas untuk menjadi diri sendiri, tak terikat untuk mempamerkan sisi-sisi plastik dan lakonan-lakonan yang tidak berapa menjadi. Kesudahannya hidup akan lebih tenang dan tenteram. Terhindar rasa sakit dan iri hati. Segala-galanya ada hikmahnya...kita menjadi lebih positif dengan apa jua yang sedang, telah dan bakal berlaku.

Permudahkanlah untukku urusan apa yang masih tinggal untuk kujalani sepanjang hayat yang masih ada ini wahai Tuhan.

Thursday, April 05, 2012

Menjenguk Jitra

Aaaaaa...chhhoooo!!!
Hem...dah berhabuk rupanya ni, heheh...biasalah, sayangkan blog tinggal-tinggalkan. Deraf yang terkumpul dah ada dua tiga, belum sampai seru untuk diterbitkan. Iyolah tu...

Hujung bulan tiga nan lalu, sempat berulang-alik utara-selatan. Tak singgah kampung pun, cuma lalu sahaja. Destinasi dituju ialah Jitra, Kedah. Menjengok adik gue yang baru bersalin dan menjemput pulang bonda tercinta yang meluangkan masa beberapa hari di sana.



Amni Saffiya Insyirah (inspirasi asal ahkak Telipuk yang telah diubahsuai sesedap rasa). Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat walafiat. Tumpang seronok, semoga Allah terus memberkati kalian.

Jannah pun sudah besar. Dia ni memang tak boleh tengok baby tu...laju je tangan dia 'kelepuk'. Jeles la, kan...



Bila dah sampai bandar Jitra ni, (dulu masa belajar, tahap pekan je...) sempatlah singgah sekejap cuci mata. Dulu, tempat yang Aku pergi kalau ke Jitra ialah restoren KFCnya...terutamanya masa biasiswa baru masuk hahaha. Tapi nak kata selalu, tak juga...boleh kira dengan jari je. Anyway, masa tu Jitra biasa-biasa aje, tak macam sekarang, penuh dengan lampu isyarat...ceh!

Alang-alang menyeluk pekasam orang tua-tua kata, dah sampai sini boleh le intai HQ Jus Mate yang femes tu...



Katanya, kalau beli dari luar, tak jamin original. Jadi, sudah ada di sini eloklah singgah tengok. Cari DR-II, katanya baik untuk kulit. Bukan untuk saya na.

Pagi Ahad kami sudah bersiap hendak balik semula ke Kuala Lumpur. Memang tidak menyinggah di mana-mana.Mungkin di lain kali saja, bila ada lebih banyak kelapangan dan peluang. Insyaallah.