Siapa yang baca semua emel yang masuk dalam mailbox walaupun emel sampah, sila angkat tangan. Ada?
Kalau ada memang kategori baik hati la sebab saya pun setakat buka tapi tak semestinya baca. Kadang-kadang lalu sahaja. Sekiranya saya dapat emel yang terang-terang dari Afrika dan negara-negara anggotanya, yang itu sahaja saya terus delete tanpa buka apatah lagi baca. Namun kalau daripada kawan-kawan hatta emel berantai, saya pastikan saya buka walaupun tidak membaca sebab takut kalau saya delete terus mereka dapat mesej , "your message was deleted without being read".
Kecil hati sebenarnya kalau kawan-kawan buat macam itu. Kita ni bukan apa, kalau boleh sudah berkawan ni kita nak kekal berkawan. Oleh kerana batasan masa dan masing-masing punya keutamaan hidup tersendiri, apa yang mampu dilakukan adalah sekali-sekala mengirim benda-benda menarik seperti emel jenaka, emel motivasi, ilmu dan lain-lain sebagai tanda ingatan. Itu sahaja. Yang penting, adab-adab forward ni, kalau nak buat, jangan sampai menyemak mailbox kawan-kawan sebab kalau buat macam tu konfem kawan-kawan menyampah! Ala kadar sudahlah.
Nak cerita yang pagi ini dapat mesej yang memberitahu mesej saya tentang sesuatu itu sudah dipadamkan tanpa dibaca...huhuhu...sebak. Eh...tapi itu emel kerja tau...
Tak apalah, mungkin bila kita sudah sampai ke suatu tahap tertentu, nak beri kerjasama pun kita mungkin pilih-pilih orang...mungkin emel saya tak laku agaknya, kena tunggu emel daripada tingkatan-tingkatan atasan sana kot.
Ataukah sekadar menduga? Atau sayakah yang berlebih-lebihan dek emosi yang tercalar?
Hai Telipuk, bukankah berbaik sangka itu lebih baik?
Ayuh, berlapang dada....
No comments:
Post a Comment