Isu minyak dan air tidak mungkin bersatu itu memang jelas dan saya benci dengan keakraban yang dipamerkan sehingga memecahkan ukhwah sesama saudara seagama.
Allah berfirman dalam ayat 118 Surah Al-Imran yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya".
Baca terus ayat 119. Lalu diri tertanya-tanya, antara muslim yang fasik dengan kafir, mana yang lebih baik. Lalu izinkan saya berkongsi titipan dari blog Suara Dari Gunung seperti berikut :
Pernah terbaca komen Ibn Taimiyyah, bahawa muslim yang jahat lebih baik dari kafir yang baik.
Ini kerana muslim yang jahat tetap mengakui Allah sebagai tuhannya dan beribadah kepada-Nya. Hanya dalam beberapa aspek kehidupannya, dia berbuat jahat.
Berbeza dengan kafir yang baik, dia mengingkari Allah sebagai tuhannya dan enggan beribadah kepada-Nya. Hanya dalam beberapa aspek kehidupannya, dia berbuat baik.
Ukuran baik atau jahat pertama sekali dimulakan dengan mengukur hubungan seorang manusia dengan Allah. Kemudian barulah diukur hubungannya sesama manusia, alam dan dirinya sendiri.
Dari sudut kepimpinan, kita tetap memilih muslim yang jahat kerana kewajipan kita dalam urusan wala’ (kesetiaan) ialah kepada sesama muslim. (Rujuk semula subjek al-Wala’ dan al-Bara’).
Dari sudut kepimpinan, kita tetap memilih muslim yang jahat kerana kewajipan kita dalam urusan wala’ (kesetiaan) ialah kepada sesama muslim. (Rujuk semula subjek al-Wala’ dan al-Bara’).
Memang, muslim yang jahat mungkin akan memerintah dengan zalim dan berbuat kezaliman. Namun jangan kita lupa kepada kekuasaan Allah yang mampu “membolak-balikkan hati dengan dua jari-Nya” sehingga boleh saja Allah menukar pemimpin itu dari sikap jahat kepada baik. Sebab itu dalam sebuah riwayat disebut: “Sessungguhnya Allah menjadikan orang mujrimun (yang banyak buat dosa dan kesalahan) membantu agama-Nya.”
Atau pemimpin itu tetap dengan kezalimannya, namun Allah menganugerahkan rahmat-Nya kepada rakyat sehingga mereka tetap hidup harmonis. Anugerah ini bukan kerana pemimpin tetapi kerana sikap rakyat yang wala’ kepada pemimpin zalim yang tetap mentauhidkan-Nya.”
Barangkali lebih baik kalau usaha dibuat untuk membersihkan hati dan merapatkan ukhwah terlebih dahulu sebelum kita sibuk menunding jari menyalahkan orang lain.
Pertimbangkanlah.
No comments:
Post a Comment