Monday, April 16, 2012

Celoteh Pagi Isnin

Aduhai Isnin...cepatnya dah sampai Isnin. Sabtu dan Ahad berjalan laju. Sedar-sedar dah kena menggosok baju untuk stok seminggu semula. Seperti biasa, memang terasa berat kaki hendak melangkah ke tempat kerja. Alangkah baiknya kalau polisi bekerja dari rumah boleh dilaksanakan untuk pekerjaan macam Aku yang sebetulnya boleh beroperasi dari rumah. Kalau ada mesyuarat, baru masuk pejabat. Yang lain-lain tu boleh guna emel dan telefon aje...janji cukup masa ada hasilnya. Kan best! Yeah right, keep dreaming!!!

Cerah semacam pagi ini. Betul ke pukul 7.00 ni? Aku mengerling jam di tangan dan membandingkannya dengan jam di dinding. Kedua-duanya menunjukkan kedudukan jarum jam yang sama. Nasib baik, kalau salah satu 'kong' bererti Aku mungkin tak ada cukup masa untuk sampai ke tempat letak kereta pejabat. Dulu adalah juga Plaza Pantai, masih boleh terima kena caj RM8.00 per entri. Namun semenjak dua menjak ini, bila ia mula diubah suai untuk menjelma menjadi Bangsar Trade Centre, caj parkir telah menjadi RM3.00 sejam. Wah...! Kawasan parkir berdepan lobi Menara ni pula semenjak 1 April lalu sudah mengenakan caj RM13.00 sekali masuk. Cuma parkir di bangunan Annexe sahaja yang masih bertahan pada kadar RM7.00 per entri. Tapi jauh la pulak nak menapak...heheh. Dulu kalau pukul 7.30 pagi baru naik susur ke Jalan Traver , Aku masih rasa tak apa...sekarang kalau 7.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Jalan Pantai Baru, dah rasa berpeluh dahi...takut tak sempat! Serius! Jadi, tak boleh dah keluar rumah jam 7.15 pagi...kena keluar jam 7.00 dah sekarang. Ada member ajak car pool, tapi Aku ni tak gemor berkongsi...heheh...bukan apa, kadang-kadang mesyuarat di luar atau terpaksa balik rumah ambil anak...jadi susah kalau terikat dengan orang lain. Biarlah macam ini daripada kang bergaduh bermasam muka pula. Malaslah Aku nak pening kepala. Nanti Aku balik lewat, dema kena menunggu pulak. Atau time Aku balik awal, Aku pula boring nak tunggu. Pendek kata, tak kuasa!

Masa kat parking kawasan rumah, ada sebuah bas sekolah warna oren masuk. Siap bunyi hon berkali-kali. Aiii...anak siapalah yang tak siap lagi tu ye? Tak pernah pulak nampak bas ni sebelum ini. Dalam Aku dok terkial-kial hendak masuk ke kereta, bas tu sudah sampai betul-betul menghadang laluan keluar kereta Aku. Aku pun memandang ke arah pemandunya, dalam kepala Aku sudah meneka...ini mesti nak tanya,"Ada nampak tak budak-budak sekolah blok sekian-sekian, pintu rumah sekian-sekian..." well...agaknya lah kot...kenapa Aku agak macam tu,satu, Aku tak pernah nampak ada budak-budak sekolah naik bas di sini, kebanyakannya dihantar oleh ibubapa ke sekolah. Dan yang kedua, sumpah Aku tak perasan pun bas sekolah kotak biskut ni.

"Selamat pagi, adik..." itu yang keluar.

Aku...???...(muka blur dan confuse).

Sempat menjawab balik, "selamat pagi".

Kenapa Aku confuse? Satu, sebab Aku dah get ready nak jawab soalan seperti yang Aku bayangkan di atas. Kedua, tak pernah-pernah orang panggil Aku 'adik' semenjak bertahun-tahun lamanya. Hahahaha.

Kalau abang dengar, sure dia bagi jawapan maut ni...

"Ala...biasalah tu, mat bangla..."

Heheh.

Lampu isyarat di persimpangan rosak lagi. Bagus juga, tak payah Aku tunggu giliran, main lipat sahaja. Oppsss...berhati-hati di jalanraya, ok? Sentiasa amalkan pemanduan yang berhemah. Setiap masa. Dalam apa jua keadaan.

Oklah, pagi Isnin...belum apa-apa sudah ada mesyuarat yang ditukar masanya. Yang pagi sudah jadi petang. Jangan petang sangat sudahlah, harap-harap tak hujan petang ni...jangan jadi macam Jumaat lepas, satu jam tersangkut atas susur ke Mahameru sesudah melepasi Jalan Sungai Besi.

Apapun, selamat memulakan minggu baru ini.

No comments: