Showing posts with label Domestic. Show all posts
Showing posts with label Domestic. Show all posts

Saturday, June 06, 2026

A Tale of Two Stations

I have always believed that being Malaysian is a huge blessing, and honestly, the sheer size of our country is just perfect. My hometown is up in the North, and even at 300km away, it is completely reachable. If we were born in the US, China, India, or Australia, where a single domestic flight can take hours, traveling home would be a massive production. (Though, I admit, I did have a fleeting moment of being jealous of Singapore’s compact size!). Still, our geography is just right.

This random thought hit me today because I finally did something I’ve wanted to do for a long time. I tried the KTM ETS (Electric Train Service)!!! Yeayyyy!!! It was the final weekend before the school holidays ended, and the thought of driving up North made my head hurt. The highways were guaranteed to be a solid wall of packed cars. So, my youngest son and I made a spontaneous decision. We had no grand weekend plans anyway, so we thought, why not scale the railroad once and for all?

We boarded the ETS at KL Sentral, bound for Kuala Kangsar. The journey took less than three hours, but it felt like a blink of an eye. For the first time in a long time, I actually enjoyed the process of traveling. Why? Because I didn’t have to do a single thing. There was no stressing over slow traffic, no dealing with rude drivers, no steering-wheel fatigue, and no hunting for parking at a packed RnR. Instead, we just sat back, read books, surfed the internet, had some snacks, and took peaceful naps.

Before we knew it, the announcement came, We had arrived !

The seamless experience didn't stop there. Once we stepped off the train at Kuala Kangsar, we ordered a Grab. I was barely getting ready to sit down and wait when my son looked up and said, "It’s here!"In less than ten minutes, we were already sitting comfortably at a mamak inside Unisquare, sipping hot teh tarik. We had an early lunch together before it was time for me to head back.

My return trip to KL with my son Aiman was scheduled for 1:36 PM, after saying goodbye to Hisham. When the time for Zohor prayers came, we used the station's surau. Compared to the hustling and bustling chaos of KL Sentral, Kuala Kangsar is a small station,but it has absolutely everything a traveler needs. The surau was clean and conveniently located right near the lift and stairs leading to Platform 2. Even though it was my very first time there, it felt incredibly homely and familiar.

The train arrived exactly on the dot. We found our seats with ease, and this time, the rhythmic movement of the train put us straight to sleep. I woke up with a start, looked out the window, and was shocked to realize we were already at Sungai Buloh! By 4:30 PM, we were stepping back onto the platforms of KL Sentral.

When I look back at the day, I’m amazed that we managed to travel out of KL, spend quality time up North, and return safely within an 8 to 9-hour window, all while feeling completely relaxed and refreshed. Leaving the car behind was definitely the best decision. It was a beautiful reminder that sometimes, the best way to move forward is to just sit back, relax, and enjoy the ride.

Tuesday, December 21, 2021

Tragedi Disember

Kejadian banjir besar yang melanda beberapa buah negeri penghujung minggu lepas turut tempiasnya terkena beberapa insan yang Telipuk kenali termasuklah adik Telipuk sendiri di Klang. Rumahnya dimasuki air sehingga paras lutut. Itu kira mujur lagi berbanding rumah seorang rakan pejabat yang air naik melebihi paras pinggang. Itu pun tak terbanding lagi dengan yang tinggal sehelai sepinggang di Kampung Batu 17, Sg Lui. Telipuk pun kelu nak ulas. Bak kata pepatah, berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.

Pada pagi Sabtu 18hb Dis itu, ikutkan perancangan, Telipuk sekeluarga nak balik Melaka. Cumanya kami tidaklah bercadang bertolak awal-awal pagi kerana ada mesyuarat kawasan perumahan. Ketika Telipuk baru nak berkira-kira mengemas beg pakaian, pak mertua bagitau pekan Lubuk China dah banjir. Telipuk ingatkan, alaaa karang tengahari sikit surutlah tu sebab pernah juga air naik sebelum sampai pekan tu, seingat Telipuk kejap je tunggu lepas tu dah boleh lalu. Sekali dapat video suasana di pekan tersebut dengan air menderu-deru, dah melimpah macam sungai. Jalan pun tak nampak lagi dah...Balai Polis pun air sikit lagi cecah bumbung...aduhhh!!! Teruslah batalkan rancangan, tak jadi balik. Mujurlah kan, kalau dah atas jalan tu mahu terkandas berjam-jam.

Then , malam tu menderu-deru cerita masuk. Yang tersadai atas jalan. Yang tido dalam kereta. Yang kereta tenggelam terus, dan yang balik menapak 2km balik rumah. Tengok perkongsian gambar dan video memang turut sama berdukacita. Batu 17 Sungai Lui memang sangat-sangat menyedihkan. Actually, Telipuk tak terbayangkan lah kejadian macam tu akan berlaku di situ, nampak macam aman damai, hijau dan menyegarkan. Telipuk ada berkunjung ke sana bulan lepas. Menghadiri majlis walimah saudara yang dibuat di D'Taj Sungai Lui. Telipuk guna laluan dari Ampang, memang hampir nak berpatah balik jugak la bila tengok estimated time of arrival sejam. Dengan laluan bergunung ganang, bengkang bengkok, hutan keliling...wahhhhh kecut peruttt...betul ke waze ni? Tapi sedara punya pasal, teruskan jua. Bila dah sampai rasa aduhai lega sangat. Tak sempat pun menyinggah mana-mana walaupun masa on the way tu excited tengok gerai-gerai jualan makanan yang banyak...ada satay, apam balik, burger, buah-buahan ...macam meriah jer. Balik lalu ikut pekan Nanding dan terus keluar Cheras. Rasa cepat pulak. So, bila tengok video-video yang tular, Allahuakbar, semoga Allah gantikan musibah ini dengan yang sesuatu yang lebih baik. Ustaz cakap, musibah ini kalau kita bersabar, ia akan bertukar menjadi nikmat kerana ganjaran pahala yang tiada had tersedia. Tapi itulah, bukan senang kot nak sampai tahap menikmati musibah. Telipuk cakap diri sendiri lah. Dah tahu pun memang rasa tak mampu weyyy nak buatnya. Sebab susah nak sabar ni lah maka pahalanya pun luar biasa. Benda bernilai, takkan nak bagi percuma ye tak?

Apapun ambillah pengajaran daripada musibah ini. Bukan setakat bab nak memperkemaskan SOP musim banjir, tapi paling penting perkemaskan iman kita sebab musibah yang lebih dahsyat ialah bila hati jadi keras lalu jauh dari hidayah Allah. Bila lihat musibah yang melanda, maka kita segera ingat bahawa semua yang kita miliki ini adalah milik Allah. Allah boleh dan berkuasa mengambilnya dalam sekelip mata. Perkara yang kita tak jangka, berlaku depan mata. Hatta diri kita sendiri. Anak, pasangan...semuanya hanyalah pinjaman belaka. Macam kemalangan yang menimpa sebuah keluarga sehari sebelum kejadian banjir buruk tersebut yang mengorbankan seorang ibu beserta 8 orang anaknya. Bila kita fikir-fikirkan, ternyata tak ada satu pun milik kita. Mudah-mudahan mengingati perkara ini akan menundukkan hati dan jiwa kita untuk sentiasa patuh dan redha dengan ketetapan Allah. 

Tuesday, August 25, 2020

Dari Anjung Ke Tanah

Diam tak diam dah sampai minggu akhir bulan Ogos. Nanti kita akan tahu samada PKPP akan diteruskan atau tidak. Ketika mula mula PKP dilaksanakan, memang rasa 'down' jugaklah sebab tak biasa kena 'kurung' kan. Awak pulak 'kaki panjang'...eh...eh...Tapi selepas berlalu Ramadhan dan raya dengan norma baru, mula rasa acceptance tu datang. Rasa banyak hikmahnya kena kurung ni, kita belajar menghargai kebebasan dan baru perasan selama ini banyak kita buat benda-benda yang tak perlu.Dan banyak juga benda-benda yang dulu kita tak buat, tapi kini buat. Yang tak pernah cuba, now dah jadi kebiasaan. Macam online meeting...sekarang rasa kalau boleh tak nak dah travel pi mana-mana, cukup dengan bermesyuarat dari ruang tamu rumah. Jimat petrol dan masa.

Ada juga yang mengisi masa lapang ketika dalam PKP/PKPP dengan mencuba hobi baru seperti menanam pokok. Hatta rumah jenis apartment pun boleh je berkebun kat balkoni. Yang penting ada kemahuan. Seronok tengok orang tanam cili, serai bagai...Telipuk pun nak cuba juga. Dulu Telipuk pandai tanam pokok padi je...eh...eh...jangan tak percaya, ko ado??? Ahahaa...pakai kuku kambing lagi! So, tak pe...now beras beli jer la kat kedai tu...kita cuba tanam pokok lain pulak.

Nak tanam apa ye? Kasi luar biasa sikit...:)


Kebetulan masa dapat peluang balik dalam tempoh PKPP tu, musim durian masih ada. Sanggup la meredah jem yang tersekat-sekat tu...adoiii...sampai kampung ada 2 bakul durian menunggu. Yeayyy...hilang sengsara jem dibuatnya. Apa lagi...balun laaaa. Sambil sedap-sedap makan entah berapa biji jalan...ada pulak yang mengusik, sedap durian ni...bolehlah ambil biji nanti...kita tanam, untung-untung boleh merasa nanti. Hahah ye lah tu, tunggu kita mereput dalam tanah la...eh tapi, in shaa Allah, kalau jadi anak cucu cicit boleh menumpang. Haaa...apa lagi, Telipuk pun menyahut cabaran ini. 


Cabaran bermula. Telipuk bawak balik 12 biji durian terpilih ewah...kaedah pemilihan ikut masa makan tu rasa paling sedap, lemak manis...itulah yang diambil. Emak Telipuk gelak je...mesti dia tak percaya Telipuk nak bersungguh-sungguh menanam. Tak pe, tengok jer la...hahaha. Ok, cara nak keluarkan tunas biji benih ni senang je...Telipuk guna bekas telur tu...letak tisu-tisu yang dibasahkan dan 'dudukkan' biji durian tu dalam setiap lubang. Nak letak biji tu, ikut tang mana tompok/spot putih pada biji. Ala...biji durian kan licin elok...nanti ada nampak satu area yang biasa berserabut sket...haa...kat situ la tempat tunas akan keluar. jadi, make sure letak atas tisu tu biar kena portion ni. Dah kalau ko tungging terbalik, alamat mati kering jer la. 


Selepas beberapa ketika, rasanya lebih seminggu...(Telipuk lupa pulak nak betul-betul track masa diambil untuk keluar tunas), akan jadi seperti gambar di atas. Yeayyy...ni kira ada potensi nak hidup lah. Oh ya, masa 'mengeram' kat bekas telur tu, rajin-rajinlah cek tisu basah tu...jangan bior kering lak. So, bila dah keluar tunas macam ni, bermakna bolehlah dipindahkan ke bekas semaian. 


Telipuk cuma guna 2 bekas aiskrim je untuk semaikan benih durian ni. Bukan nak kekal kat situ pun, cuma tempat sementara sebelum dah cukup besar untuk dipindahkan ke tanah. Ini Telipuk guna tanah hitam satu beg yang Telipuk beli kat Tesco. Dah lama pun tanah ni Telipuk beli, elok juga ada plan tanam ni, kalau tak sampai sudah tak pakai. Last beli sebab nak tokok tambah pada pasu-pasu pokok mak sebab dia komplen tanah dah keras dan berkurang. Benam/tanam yang bahagian bertunas tu ke dalam tanah ye...


Dan akhirnya keluar bentuk macam ni...whoaaa...ni kira first time la Telipuk tanam durian. Selalu tahu makan saja. Macam ni eh rupa dia...nampak tak tentu arah dah masing-masing dalam bekas tu , padahal masa Telipuk tanam tu, Telipuk susun elok-elok. Hari-hari Telipuk cek kelembapan tanah...pastikan air tak terlalu berlebihan. Kang tak pasal-pasal jadi penternak jentik-jentik pulak...Lagipun, tak elok untuk tumbesaran durian kalau air berlebihan. Oh ya, tips lain yang Telipuk rasa bagus jugak...rajin-rajinlah bersembang dengan pokok tu...tapi jangan ajak pokok tu membawang pulak, tak pasal-pasal terbantut tumbesaran sebab dengar benda-benda negatif. Kadang Telipuk menyanyi je kat pokok tu sambil gembur-gemburkan tanah dia...hahaha...tapi kena lagu-lagu yang bersemangat la macam lagu Gemuruh ke...kalau ko belasah lagu Sampai Hati kot patah hati pulak pokok ni...:) 

Jeng...jeng...jeng...akhirnya setelah dipupuk dengan kasih dan sayang, maka kesemua 12 biji durian yang Telipuk semai telah tumbuh menjadi 12 anak pokok durian yang comel...yeahhhh...tepuk...tepuk...tepuk...Wahhh, terasa bangga pun ye jugak. Orang lain tanam cili kat balkoni, kau tanam durian ye...hahaha...tang mana pulak nak ku letakkan 12 batang durian ni. Ah sudah...camno nak buek ni ha? 

Setelah berunding, akhirnya Telipuk memutuskan untuk meneruskan proses seterusnya di tanah Kampung Paya Lebar, Melakooo...sebab dokek sikit haa den nak balik tengok. Lagipun keliling rumah mak mertua memang dah ada beberapa batang durian kampung, tanah keliling pun luas banyak lagi...cuma masalah monyet jer la yang geramnya. Harap-harap tangan depa tak gatai cabut 'anak-anak' Telipuk ni. Tak apalah, yang penting Telipuk nampak dah proses awal sampai jadi macam ni...kalau ada rezeki tengok 'depa' besar dengan sihat, alhamdulillah...kalau punah di pertengahan pun, tak apalah, yang penting pengalaman tu. Mana tahu menjadi pulak kesemua 12 batang ni...tak ke meriah anak-anak cucu nanti. Ewahhh...berangannnn!

P/S : Ini entri yang sepatutnya keluar sebulan lalu.





Wednesday, January 02, 2019

Sepagi Tanpa Asap

Yeayyy...hari yang indah dan nyaman bebas dari asap rokok. Biasanya bila berkunjung ke kedai makan feveret Telipuk tu memang selalu jer terpaksa sedut asap rokok terutama kalau meja-meja sebelah tu dipenuhi geng-geng perokok. Sebab tu pagi-pagi jer time breakfast Telipuk ada di sana, tapi tengahari ikut keadaan. Biasanya waktu pagi tak de la rancak sangat dema merokok, lagipun biasa boleh pilih meja yang 'selamat'. Kalau tengahari susah sikit sebab ramai pelanggan, almaklumlah semua suka masakan Pak Ya. Dah kalau asap berkepul-kepul tu, Telipuk lari gi Haslam jer la...hahaha...

Mula-mula terlupa jugak, macam...hemmm...apa yang pelik pada pagi ini ya? Maklumlah, first day timbul naik kerja kan...ala ala blurrrrr sikit. Makan nasi goreng Pak Ya pun rasa semacam...sebab lama kot pagi-pagi belasah roti ja...hahaha...propa!!! Lepas tu, toleh kiri, toleh kanan...eh...manis-manis jer muka pelanggan pagi-pagi ni...apasal eh? Huk alohhh...bila terpandang sticker larangan merokok tu barulah teringat. Patutlah punnn. Ya Allah...sukaannyaaa...tak payah dah nak jeling-jeling orang sebelah. Nak lepak lama sikit pun rasa ok sikit. Kalau tak rasa macam nak tercekik jer. Hehehe.

Kan bagus macam ni. Telipuk sangat-sangat sokong. Harap pelaksanaan peraturan ini yang berkuatkuasa 1 Januari 2019 ini berjalan lancar meskipun kata menteri kesihatan pendekatan untuk 6 bulan pertama ini adalah lebih kepada mendidik. Baguslah, kalau terus denda kang...macam opocot terkejut omakkk...so, kita bagi masa untuk proses penyesuaian kannn. Lepas ni tak de la alasan lagi, betul tak? Kau buat aje, tak de cakap banyak de...terus kena denda.

Best!!!

Friday, February 09, 2018

Mudah Terhibur

Telipuk suka baca kata-kata (quotes) yang memberi inspirasi. Macam motivasi diri dan kerohanian. Salah satunya yang Telipuk suka ialah tentang "sempoi"nya hidup ini. Simple. Life is Simple. Kita yang gemar merumitkan keadaan. Bukan apa, tiba-tiba tercetus idea nak mengarang entri ni gara-gara tumpang kesian tengok kawan yang susah hati menguruskan kehendak orang yang bermacam ragam. Serba serbinya tak kena. Nak itu. Nak ini. Dah arrange macam ini, dia hendak yang macam lain. Pendek kata memang menyusahkan. Padahal bendanya simple aje pun. Macam orang yang terlebih kuah dari sudu bila pemimpin nak datang melawat kawasan. Eh...biarlah dia datang tengok keadaan kita macam mana, tak usah dok kalut sangat la...tak payah nak cover-cover, itulah realiti kita. Hemmm....ke situ pulak kannn.

Tak apalah, yang suka sangat menyusahkan orang tu, fikir-fikirkanlah. Bukan setakat Life is Simple, but Life is Short...haa...buatlah tabiat menyusahkan orang. Nanti Allah balas balik dekat akhirat sana, baru tau. Kita ni hidup tak lama, kalau boleh biarlah semasa hayat dikandung badan ni jadi makhluk yang makhluk lain suka...yang menyenangkan dan tak menyusahkan orang. Bukan apa, fikirkan kita nak balik bertemu Allah nanti...tentu kita nak dipermudahkan urusan. Tak begitu???

Baru mukadimah tu...hahaha...eh, betul, kena juga entri ni dengan tema 'Simple' itu. Ceritanya begini...cer citer...cer citer....;)

Baru-baru ini, Telipuk dapat idea nak buatkan anak-anak happy dengan kos yang rendah. Tak payah pergi Sunway Lagoon pun...pergi Kompleks Kraf Jalan Conlay aje. Budak-budak ni suka kucing. Dok memuja kucing Munah kat rumah yang tak berapa ramah tu jer la...sekali nampaklah promosi untuk event ini, "Pets Lover Fiesta". Aiii...cantiklah tu. Tak jauh dari rumah dan juga jatuh hujung minggu. Sesuai sangat! Yang lebih penting, Telipuk tak perlu waze tempat ni sebab tak tahu. Apa lak tak tahu...berapa kali pernah tersesat masuk situ on the way nak ke Royal Chulan...hahahaha...


Sebelum masuk, kita buat perangai dulu depan pintu masuk. Seperti biasa yang rajin melayan hanyalah Aiman. Hisham memang taklahhh.


Sebenarnya, ini pertama kali Telipuk dan anak-anak berkunjung ke Kompleks Kraf ini. Agaknya kalau tidak ada tarikan pameran kucing itu, tak tahu bila pula nak sampai. Bagus juga kan. Merasa datang. Rupa-rupanya ada banyak tarikan di sini. Haaa...nanti Telipuk cerita kat bawah sana. Sebelum masuk, kena beli tiket dulu ye. Eh eh...tak mahal pun, RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. For a good cause, why not kannn...lagi pun seronok giler kat sini. Tak menyesal beb! Comekl-comel giler kucing kat sini. Terkesima tengok. Kalau dapat peluk dan picit-picit hidung diaorang lagi best! (eh...diaorang ke, diahaiwan...hahahaha).


Alololo...comel-comel semuanya. Telipuk tak cukup dengan satu round. Sanggup pusing lagi tengok dan belek satu persatu. Tak puas rasa. Telipuk tak ada pengalaman bela kucing baka yang hebat-hebat ni. Hanya biasa bela kucing kampung saja. Tu pun nak kata bela sangat pun tak berapa yakin, hahaha...sebab yang kat kampung tu semuanya memegang status PATI asalnya, lepas tu barulah dinaik taraf. Tak payah cari, ada je yang datang kat rumah. Yang dengan Telipuk ni jer, Si Monnie (aka Munah) yang bolehlah dianggap dibela sebab makan minum berak kencing semua ditanggung beres.

Kata Aiman, "Ibu, kita patut masukkan Monnie dalam pertandingan ni. Diakan comel dan berbadan lembut. Mesti boleh menang". Hahaha...berangan! Ibu jawab, "Kalau nak bertanding, kena pastikan bebas kutu dulu". Jom ambil maklumat Kelab Kucing Malaysia ni, mana tahu kot-kot di masa hadapan rasa nak join, ataupun kalau tak join pun boleh je ikut aktiviti diaorang ni.


Antara pameran yang ada. Tengoklah tu, banyak nyer hiasan bertemakan kucing ni. Konfem peminat tegar. Telipuk tak ada satu pun benda seumpamanya, waima rantai kucing sekalipun hehehe. Telipuk suka kucing tapi tak de lah sampai minat mengumpul barangan macam ni.


Selain itu, terdapat juga lukisan kucing dan dijual. Ada yang berharga RM600, ada RM500, dan sebagainya. Bila tengok tu, kemain rasa nak melukis sendiri. Hahaha...Iyolah...masa ni la semua hobi habis keluar...nak melukis la, nak masuk kelab kucing la, banyak pulak idea.


Itu belum habis lagi tu. Dalam dok pusing-pusing tu, terserempak pula dengan kiosk batik. Maklumlah, pertama kali datang. Dia punya "perakk" tu semacam. :). Biasalah, as usual, Telipuk ni antara nak berhenti tak nak berhenti je. Hajat nak tengok semua tu ada, tapi tak bolehlah nak rembat semua. Tak jadi masalah kalau boleh katakan "tidak"...tapi, not so simple for me yang tak reti nak utter the word. Asyik dok kesian orang dan tak sampai hati memanjang, last-last terjebak jugalah. Itupun nasiblah harga batik painting tu macam tak masuk akal Telipuk yang tak ada sebarang keperluan. Yang menarik tu ialah keinginan untuk mendapatkan pengalaman yang berbeza yang ditawarkan oleh kiosk batik ini.

Jadi, kami cuba pengalaman mewarna ini. Aiman seorang sahaja yang nak cuba. Yang lain-lain cuma nak tengok. Telipuk nak cuba tapi tak berapa yakin. Jadi, tumpang sikit-sikit celup berus dengan Aiman. Ini frame yang paling kecil. Bayaran dikenakan ialah RM15. Lukisan boleh pilih. Aiman pilih gambar wau. Work station lengkap dengan air dan warna disediakan. Sebelum mewarna, tunjuk ajar diberikan. Sekali cuba...waaauuuuu....seronok beb! Last-last yang over excited bukan budak, tapi mak budak. Hahaha.


Yeayyy...dah siap pun. Tu pun mak budak tak puas hati sebab budak tu tak nak dengar cakap bab pemilihan warna. Hahaha...yelah, dia kan ada kreativitinya tersendiri...sibuklah mak budak tu! Okaylah, dapat pengalaman dan dapat hasil tangan sendiri buat cenderamata. Macam ni punya best, nak kena datang lagilah.

 Sebelum balik, kami sempat meronda lagi. Ada haiwan lain juga dipamerkan seperti arnab, burung dan anak kambing. Ada juga haiwan peliharaan yang menggelikan...macam katak, cicak dan ular...korang niii...tak de benda lain ke nak bela? Geli makkkk!!! Oh ya, Telipuk tergerak hati nak beli sesuatu sebagai souvenir dari kunjungan julung-julung kali ini. 'Sesuatu' itu adalah dua ekor ikan gapi yang comel...serius lawa...yang satu tu Telipuk pilih memang kembang setaman sirip dia...kaler biru berkilauan...of cours...my favourite colour la kannn. The other one tu same colour, tapi tak begitu kembang ekor/siripnya...yang tu Aiman pilih.

Now hari-hari terhibur tengok diaorang...tenang jer rasa. Cantik sangat. Hebatkan kuasa Allah menciptakan sesuatu yang seperti itu. Dengan begitu terperinci penciptaanNya. Bila berlawan fuhhh...memang cantik sangat . Itu baru ikan...

Sekecil-kecil ikan pun sudah cukup untuk menghiburkan hati...(macam tak paham why orang terlalu obses dengan benda-benda yang mahal merepek untuk memuaskan kehendak hati). Tak payah minta banyak pun dalam hidup ini. Cukuplah dengan apa yang kita ada. Tak payah pergi luar negara pun, pergi Komplek Kraf saja dah cukup. Teringat Telipuk kata bijak pandai...kaya jiwa itu adalah bila kita berasa cukup dengan apa yang kita ada. Yang banyak terjadi ialah orang yang jiwanya miskin, dah ada macam-macam dalam hidupnya tapi masih mengumpul harta macam semua nak angkut untuk dirinya sahaja. Padahal pakainya yang itu itu juga. Makannya yang itu itu juga. Sudahnya kena penyakit depression...sebab tak pernah rasa cukup. Na'uzubillah.

Semoga Allah hindari kita daripada menjadi manusia yang hidupnya hanya tertumpu kepada segmen duniawi sahaja. Pesan ustaz saya, lazimikanlah membaca doa ini :


Semoga bermanfaat.

Wednesday, May 03, 2017

Mencari Rentak

Ini cerita penghujung bulan lepas. Telipuk dah plan nak buat satu entri tapi seperti selalunya, bukan tak cukup masa yang Allah bagi tapi sendiri tak pandai menguruskannya, maka menjadilah ia sebuah entri tertunda.


Ini adalah satu program yang berhasrat untuk memupuk minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia. Telipuk ingat ada program khas, jadi Telipuk pun bersemangat pergi perpustakaan yang terdekat iaitu Perpustakaan DBKL cawangan UTC,Bandar Baru Sentul. Bila sampai kat sana...lengang jer...adalah 8 orang , termasuk pak guard dan pustakawan bertugas.



Telipuk pun dengan ramahnya bertanya , "tak ada program khas ke di sini sempena kempen membaca 10 minit tu/"?. Lalu diberitahu yang acara kemuncak dibuat di Perpustakaan Kuala Lumpur di Jalan Raja...oooo...gituuuu. Hek elekkk...Telipuk ni, kalau nak membaca pun nak galamer-glamer jugak ke baru bersemangat nak membaca? Bukan ke membaca itu wajib? Bukanlah macam tu. Cumanya, macam teruja jugaklah nak join walaupun benda tu taklah segempak konsert Jom Heboh...sebab kebetulannya Telipuk dapat bercuti hari tu...budak-budak pula kat sekolah...wahhh peluang baik nih. (Setakat kat library yang orang tak pi tu...mendeeeeee...la ko ni...).



Tapi nak ceritalah...dah lama rupanya Telipuk tak jejak kaki ke sini walaupun cuma within walking distance je dari rumah. Bila sampai tu, teruslah Telipuk minta borang keahlian sebab dalam kepala Telipuk tentulah keahlian dah luput sebab tak bayar yuran tahunan dah bertahun. Bila pustakawan nak create profile, tengok-tengok dah ada ID...masih member weiiii...hahahaha...so, tak yah buat keahlian baru. Nak hidupkan just bayar jerlah yuran tahun 2017 ni...which is just RM10...fuhhh...senang kerja. Mengikut rekod, kali terakhir Telipuk pergi ke perpustakaan ialah pada tahun 2014...hahahaha...ehh...yelah, sampai memang tak dalam 3 tahun gitu...tapi sebab kat rumah tu buku-buku sendiri pun banyak lagi tak baca...

Dah alang kepalang kat sana, Telipuk pun ronda-ronda cari buku dan meminjam. Ahli biasa dapatlah pinjam 3 buah buku untuk tempoh selama 2 minggu. Kalau nak banyak (dalam 7 buah) boleh ambil keahlian seumur hidup dengan bayaran RM150 kalau tak salah. Tapi yelah, zaman sekarang ni bahan bacaan banyak dan senang diperolehi, jadi memikir jugaklah nak jadi ahli seumur hidup. Lainlah kalau kita ni rajin nak merujuk kepada banyak buku-buku untuk apa-apa tugasan...which is setakat ini tak nampaklah akan berlaku dalam bidang perkerjaan Telipuk. Sekarang Telipuk cuma membaca untuk memenuhi masa terluang Telipuk sahaja dan bila-bila Telipuk nak baca buku-buku yang Telipuk cuma perlu baca sekali dan tak ada hati nak simpan.

Okaylah, apa pun Telipuk mengaku yang Telipuk tak begitu banyak membaca berbanding zaman dulu-dulu, dan perasaan itu mencengkam-cengkam sebab anak-anak cuma gemar dengan komik...aduhh...

Thursday, September 01, 2016

Aktiviti Hari Merdeka

Rambu ba rambu ramba...
Camno nak tukar jadi rambutan?
Sobut ja la...rambutan
Hahaha...


Telipuk balik kampung Melaka sekejap sempena cuti kelmarin. Yang dokek buleh yo...nak balik Perak jauh bebenor kalau setakat sehari tu kann...

Memang balik nak angkut rambutan. Rambutan mertuo eden ni memang sodap. Dah la manih...isi lokang lak tu...memang terbaiklah. Tapi yang Telipuk ambik ni bukan kat kobun...ini pokok sebolah rumah jer ni. Rendah pulak tu...wahhh...memang seronok memenuhkan beg plastik. Hihihi.


Kat sebolah pokok rambutan ni, ado pokok mata kucing. Asalnya Telipuk tak adolah minat sangat buah mata kucing, tapi semonjak meraso buah mata kucing dari pokok mertuo den ni...memang teruja giler nak makan. Buahnya besar-besar dan manih leting sungguh. Aduhh...kojap negori, kojap kelate ni...hahaha,,,belasoh yo laaaa...


Ni ler ruponyo...tapi time Telipuk balik ni memang tak der lagi dah yang tinggal. Habis dah ler...tinggal gambar-gambar kenangan jer.


Tengok rupa pun dah tahu sedap kann...hahaha

Dah lama durian mertua tak menjadi. Kalau tidak memang boleh angkut durian juga. Telipuk ingat masa durian menjadi-jadi, sampai penuh bangsal kat dalam kebun tu...masa tu arwah ayah Telipuk ada dan dialah yang paling makan banyak masa tu. Teringat lagi arwah melepak sorang-sorang kat pangkin tepi kebun tu, dok membuka buah durian satu demi satu...dia pilih yang kecil-kecil punya dan buka. Lagi sedap katanya. Bila mak tegur kenapa makan banyak sangat, arwah jawab..."Alaaa...lepas ni tak makan lagi dah".

Lepas ayah tak ada, semenjak tu jugalah setiap tahun pokok durian mak mertua ni tak berapa menjadi. Bukanlah ada apa-apa yang menghairankan pun...cumanya cara itu jer senang Telipuk ingat bila last kitaorang dapat berpesta durian...tahun lepas ada jugaklah merasa 4-5 biji. Tahun ni tak rasa langsung. Nak makan punya pasal, kami beli jer lah...selalu beli kat gerai area Dato Senu tu. Semalam pun singgah juga , beli durian kampung...3 biji RM25. Okay la kot sebab masa kat Melaka, yang ada semua pesen timbang. Dah kalau menimbang tu berapa nak bayar...berat buat tu weyyhh! Yang kami beli tu RM50 boleh 6 biji. Dan alhamdulillah, tak adalah yang rosak...paling tak best pun ada sebiji isinya sedikit keras...tapi rasanya masih okay.

Apapun buah-buahan tempatan memang terbaiklah.
Belilah buah-buahan tempatan.

Merdeka!Merdeka!Merdeka

(janji boleh relate...;))





Wednesday, September 02, 2015

Pisau Santoku Ku


Misi melengkapkan setem sempena kempen membeli-belah di Aeon Big baru-baru ini selamat dilaksanakan. Telipuk nak ucapkan terima kasih kepada akak Lotuslily yang telah membantu menyumbangkan beberapa setem terakhir sehingga membolehkan Telipuk menuntut hadiah. Heheh.


Bukan senang nak lengkapkan setem ini sehingga ke tahap yang boleh dibanggakan ini...tak rajin sebenarnya. Namun dek beberapa keperluan dan perbelanjaan-perbelanjaan barang rumah yang pasti telah membantu mempercepatkan proses pengumpulan. Hanya di saat akhir baru Telipuk terfikir nak tanya Lotuslily. Rezeki Telipuk juga bila Lotuslily kebetulan memang tidak berniat nak memanfaatkan setem yang dia ada. Yahooo...


Yeayyy...Telipuk pilih model yang ini...Telipuk nak yang paling besar tu tapi tak cukup setem dah nak kejar, lagipun deadline dah dekat. Last day shopping, Telipuk dapat 3 keping setem jer, kalau tempek pun tidak membawa apa-apa makna. Jadi, Telipuk beri kepada seorang lelaki yang rajin menunggu di luar kaunter pembayaran bertanyakan siapa-siapa yang tak nak pakai setem, boleh bagi kat dia tak? Wahhh...pendekatan yang sungguh extrovert! Tak terfikir pulak Telipuk nak buat macam tu...hihihi...good idea!

Monday, August 10, 2015

Coretan di hujung Syawal

 Tup tap tup tap...dah hari Isnin. Hari Sabtu sekerat hari dihabiskan dengan beraya di Putrajaya. Rumah kawan Encik Suami. Semalam jamuan raya syarikat. Hari Ahad tu...haah...Ahad. Kena datang bertugas a.k.a beraya dengan para tetamu jemputan. Patut pun tak terasa cuti hujung minggu.


Seperti biasa, majlis raya kami berlangsung di halaman sendiri, TMCC. Dah buat hujung minggu ni memang senanglah dapat parking sebab staff bercuti.


Macam-macam ada...signature dish, sotong bakar tak tinggal...tapi saya tak makan pun. Rasa kenyang jer...mau tak kenyang, rasa sana sikit, rasa sini sikit...last-last tepu jugak.


Bersama rakan-rakan yang turut turun bertugas. Oleh kerana list jemputan kami ramai yang tak hadir sebab ada hal lain...menjelang jam 2 petang sudah boleh beraya sesama sendiri ajelah...hahahah...


Tema kali ini ialah tema Arab...padang pasir! Adalah dua orang gadis arab berdiri depan pintu masuk ke dewan dengan ditemani dua ekor unta...hahaha....ada-ada aje. Kitaorang memang tak dapat can beraya dengan 'unta' sebab ramai sangat tetamu tunggu giliran nak bergambar kat situ.


Menjelang jam 4 saya sudah bergegas menuju ke Hulu Kelang pula untuk membeli lemang. AJK Lemang lah katakan...hahaha...bidan terjun je pun. Ini untuk sambutan hari raya kelas pengajian kami di Menara TM. Cari sukarelawan untuk ambil lemang...kesian pulak dengan yang respon...boleh bawak lima batang saja sebab naik lrt. Haishhh...tak patut sangatlah, awak ada kereta...lagipun rumah tak de lah jauh mana...jadi, tawarkan diri nak ambil.

Depa nak Lemang Pak Ajai...aii...sejak bila lah pulak komposer Ajai ni jual lemang??? Lemang Pak Ali saya tahulah kat mana. Oooo..lo ni depa tak mau Lemang Pak Ali dah...ishhh...apa-apa jer lah...bukan sama jer ke rasa lemang ni? Hihihi. Katanya gerai Pak Ajai kat tepi jalan je sebelum sampai Zoo Negara...fuhhh...nasib baik jumpa. Dan nasib baik juga dapat rembat yang RM18 sebatang walaupun asalnya nak yang RM16 sebatang. Yang tu dah sold out. Saya pun dapat 9 batang jer. Ada pelanggan belakang saya minta yang RM18 tu...Pak Ajai kata dah habis...huh...selamat saya...misi selesai!

Balik ambil lemang, pergi beli barang dapur pula. Tup tap tup tap dah malam. Celik mata jer dah pagi. Masya Allah! Cepat sungguhla masa berjalan. Syawal pun dah nak habis, Kerja pun banyak nak kejar. Tak terkejar rasanya...

Wednesday, May 13, 2015

Membeli Dari Rumah

Saya bukanlah orangnya yang suka membeli secara online. Saya lebih suka membeli secara fizikal. Boleh beli barang, boleh membelek dan memilih. Puas hati. Kalau beli online, entahkan barang yang kita hendak tu tidak seperti spesifikasi yang diiklankan. Entahkan kena tipu.

Pun begitu, semenjak dua tiga menjak ini saya terpaksa juga membeli secara online dan memantau menerusi komunikasi whatsapp untuk mendapatkan 'barang-barang' yang tidak mudah kedapatan di outlet-outlet biasa. Setakat ini, urusan berjalan lancar. Memberikan keyakinan untuk menggunakan saluran jualan alternatif ini.

Kemudian, baru-baru ini berborak dengan jiran dan jiran bagitau dia sekarang dah jarang keluar beli barangan rumah sebab dia kini menggunakan perkhidmatan pembelian dan penghantaran oleh Tesco. Teringat yang saya pun dah banyak kali tengok iklan ini. Namun, belum terfikir nak berlanggan.


Kesibukan memenuhi aktiviti keluarga saban hujung minggu (dah 2 kali balik Perak dalam bulan ini saja) menyebabkan kami tak sempat membeli-belah. Tengok-tengok ada saja barang yang dah habis. Nak kena beli susu dan telur. Juga stok beras dan beberapa barangan lain. Berdasarkan pengalaman jiran, saya pun membawa usul kepada 'boss' untuk mencuba kaedah ini. Mulanya cik abang agak skeptikal...dia risau barangan yang dibeli nanti dapat yang tak elok atau yang dah nak sampai tarikh luput. 

Hari Isnin lepas, stok barangan rumah sudah ada yang melepasi paras kritikal. Lalu nak tak nak, cik abang kena bersetuju juga sebab dia tak sempat nak bawa saya keluar shopping...dan dia tak bagi saya keluar shopping seorang diri...heheheh...yesss!!!

Maka, saya pun mencubalah buat pertama kalinya membeli-belah secara maya ini. Ehhh...best jugak eh...senang banget...boleh lepak-lepak atas sofa sambil pilih nak beli apa. Sooo kacang! Mudah sebab kita nampak harga barang dan mana yang sedang ada promosi...habis beli, boleh pilih slot penghantaran. Pukul berapa kita nak barang tu dihantar. Macam saya hari tu...order pagi Isnin...ingat nak petang tapi slot dah penuh. Jadi, saya minta dihantar antara jam 8.00-10.00 malam hari Selasa. Kalau petang, takut saya tak sempat sampai rumah...malam oklah...insyaallah dah ada kat rumah.



Kelmarin sebaik sampai di bawah, nampak sebuah trak diparkir di hujung. Kata jiran saya, eh, nampak macam trak Tesco jer...terus saya bagitau saya ada buat pesanan tapi tak kanlah dah sampai sebab slot saya malam. Jiran kata, kalau depa datang...lazimnya depa call dulu. Kelam kabut saya cari handphone dalam beg. Alamak! Ada 6 missed calls.dan mesej bagitau ada delivery Tesco. Caittt...tak dengar pulak tadi. Terus saya pergi kat trak tu dan tanya. Betullah ...memang penghantaran untuk saya. Saya tanya adik tu..."Bukankah sepatutnya sampai malam?". Dia cakap, dia takut jalan sesak...jadi dia keluar awal sebab lepas tu dia ada lagi delivery untuk area Setapak...ooooo...nasib baik, akak dah kebetulan sampai. Teruslah terima barang tu.

Best jugak...semua barang dia angkat hantar sampai pintu rumah. Korang janganlah pulak melampau suruh dia masuk susun barang kan....hihihi...sampai doorstep saja la ye. Kalau ikut kebiasaan, saya dengan cik abang, jenuhlah mengangkut barang berkali-kali....dengan beras la, tin biskut la, detergent la, minyak lagi...berat tu kan....buat macam ni senang la.

Pesanan saya tu, ada satu barang yang tak ada stok. Ada dua barang tak ada, namun depa bagi barang jenama lain. Tapi, kalau kita tak nak terima tak pe, not to worry sebab dia tak akan charge kalau kita tak mau. Pembayaran secara kad kredit...bayar depan pintu...hahaha...adalah device yang dia bawa (Plug n Pay e-Receipt) . Kalau kita tak boleh tunggu, bagi jer kad tu kad suami/isteri, atau sesiapa yang kita percaya, janji umur 18 tahun ke atas - untuk terima barangan & uruskan pembayaran.

Saya dapat diskaun RM30 off . Heheh...best giler! Insyaallah, bolehlah diteruskan. Kemudahan sudah ada, manfaatkan sajalah.

Thursday, March 19, 2015

Singgah@CLIC

Saya baru tahu yang cawangan Perpustakaan Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari rumah saya itu rupanya antara 11 perpustakaan terbaik di Lembah Kelang ini.


Juga dikenali sebagai Creative Learning and IT Centre (CLIC) , ianya terletak di tingkat 2 bangunan Mini UTC , Bandar Baru Sentul. Sebelum dinaik taraf, saya beberapa kali juga singgah. Bila ditutup untuk ubahsuai beberapa ketika lamanya, terus tak ambil tahu lagi. Ingatkan dah tutup terus, nak pula bila terpampang nama baru. Punyalah tak peka keadaan persekitaran kannnn...

Bila bawa mak pergi pemeriksaan rutin di Klinik Kesihatan Bandar Baru Sentul yang terletak bersebelahan CLIC, barulah tergerak nak menjengah semula. Nampak so comfy dari luar...kalau tak kerana urusan di KKBBS atau pasar yang terletak di tingkat bawah, memang saya tak rajin nak datang sini sebab masalah parking. Standard la kalau kena pusing 2-3 kali mencari ruang. Parking basement dah la ciput, lagi kena cop dengan agensi-agensi yang ada, tinggallah beberapa petak untuk direbut dek orang awam. Yang datang tu pun bukan warga sekitar je, orang luar yang ramai. Orang Putrajaya pun mai...isk..isk...isk...


Pagi tadi saya 'merajinkan' diri datang. Itupun sebab dah meluat tengok budak-budak ni asyik dok belek tab. Jenuh berpaksa nak suruh membaca. Haissshhh....tu yang keluar skrip lama. Lazimnya mula dengan " Ibu dulu bukan macam korang..." lepas tu budak-budak pun dah pandai sambung ayat. Sedar tak sedar, berleter jugak le sekajang dua.


Sayang kemudahan dah ada tapi bilangan pengunjung boleh dibilang dengan jari tangan jer. Cuti sekolah la Telipuk....orang pi holiday...ko sorang jer terperuk kat Sentul ni...heheh.

Wednesday, December 25, 2013

Catz

Monnie sudah seminggu balik dari kampung. Monyok je...terpaksa tinggal boipren. Haraplah tak bawa perut. Kalau buncit juga...tak kan nak buang. Tak tergamak. Bela jugalah kot.


Sekarang pergi mana-mana ada jer kucing datang. Dah ada aura kucing kot. Hari tu balik Rawang tengok rumah, kucing jiran datang singgah. Sukalah budak-budak panggil kucing masuk. Tapi dok kat luar sajalah sebab tak ada makanan nak diberikan.


Comel kan...main ba..ba..cak kat tiang. Kucing ni mesra alam...boleh dipegang dan diusap kepalanya.

Tiba-tiba datang seekor lagi kucing. Amboi gemoks nya...ekor kembang. Ini kucing jantan. Datang ada makna la tu...si kucing comel oren puteh tu awek dia la tu. Tu yang mengekor jer.


Hah...ni satu lagi melampau. Kita nak datang makan roti canai...boleh dia suka-suka hati panjat nak duduk kat pangku. Manja sangat. Nasib baik kami ada hal nak ke tempat lain lepas makan...kalau terus balik rumah memang selamatlah kena angkut hahaha...



Friday, September 20, 2013

Nilai Finally

Rezeki kalau sudah sampai masanya nak datang...memang bergolek-golek datang. Hujan tak, ribut pun tak...tahu-tahu sudah sampai Nilai. Itu namanya rezeki dapat berjalan ke sana, bukan senang tu. ;) Ikutkan saya pun memang bukan 'kaki' tempat-tempat macam ini. Tapi bukanlah maknanya kalau tak 'kaki' ...boleh tak ada perasaan bila sampai Nilai 3. Huhhh...keluar segala bakat terpendam tu. Nasib baik tak berapa nak menjadi, mungkin sebab belum bergaji kot...jadi tak berapa rancak sangatlah, kan....heheh...


Selepas berjaya projek 'outing' ke Kuala Selangor itu, saya ingat projek seterusnya mesti lambat lagi nak berjalan. Rupa-rupanya selang sehari jer menjadinya. Yang best tu, tak de 'hint' langsung. Sedar-sedar kereta sudah melepasi tol Sungai Besi....

Mula-mula sampai tu memang tak tahu hendak tuju ke mana satu kedai. Maklumlah, berderet-deret...berlapis-lapis, banyak bebenor...konpius!!! Mencari jalan selamat, kami tuju kedai yang jual kain pasang dulu. Nah ngkau! Baru masuk satu kedai sudah angkut berhelai-helai...aiyoo...ni kalau pi sepuluh kedai kaluuuu...Rambang mata. Kain yang kalau biasanya dalam harga RM65, kat sana boleh dapat RM45.

Macam-macam ada....kain baju...tudung...jubah...karpet...hiasan dalaman...dinosaur...eh...jumpa replika ni semasa singgah mencari toilet. Kesian budak-budak ni...diaorang siap merungut..."kain...kain...kain...." Nasib baik depa tak tau ada kedai mainan jugak...har...har...har...Sabor jer lah.


Dekat astaka sana ada jual pinggan mangkuk melamine. Pakai timbang. RM8 sekilo. Banyak giler. Saya pun tumpang menyemak kat sana ...saja nak tengok. Belinya tidak. Nak beli buat apa, berlambak dah pinggan mangkuk kat rumah nu, benda tak perlu tak payahlah nak beli. (Tapi nak tengok jugak...!)


Tudung beraneka warna pun ada. Cuma masalah saya ialah bila sudah banyak-banyak begini...saya jadi tak reti nak pilih. Lagipun banyak kali terkena yang awning tudung tak terletak dengan cantik...agaknya nak kena beli yang customized punya kottt...hishhh...Jalan penyelesaian mudah ialah mengambil beberapa helai selendang berwarna polos...paling afdal kaler hitam...senang nak 'match'. Habis cerita!


Selipar!
 Tikar untuk anak-anak kecil. Tak mandang ler pasai tak muat kereta nak menjulur cenggitu. Murah ke tidak tak pasti sebab tak tahu berapa harga pasaran, tak pernah beli dan tak terfikir nak beli.


Soooo...geng...saya sudah boleh mengatakan yang saya sudah pun sampai ke Nilai 3 hahaha...walhal orang kampung saya sudah lama berulang-alik ke sana tak terkira jumlah tripnya....sabor jer laaaa. In sha Allah saya nak mai lagi sebab saya terfikir nak cek harga kain langsir kat sana...nampak macam boleh jahit sekali di situ. Saya cuma hendak untuk sliding door sahaja...kalau berbaloi beli, nak beli kat sini. Lepas tu, saya nak juga beli karpet. Dulu saya jumpa satu yang berkenan kat Giant, Batu Caves...kat kedai-kedai luar. Memang bidang paling besar dan menepati citarasa. Harganya RM800...saya rasa macam murah dah. Tapi belum lagi timbul rasa sangat-sangat nak beli...jadi saya lepaskan begitu sahaja.

Ada rezeki, in sha Allah, sampai lah nanti. 

Tuesday, August 27, 2013

Kucing Kelang

Hari Ahad lalu, kami mengunjungi adik arwah ayah yang menetap di Bandar Sungai Long. Ikutkan nak singgah Kajang dan beraya dengan kawan lama tetapi kalau dah singgah Kajang, ada dua buah rumah lagi yang kena pergi sebab dah masuk area situ...tak ada alasan. Sudahnya tak jadilah ke Kajang disebabkan masa pun dah suntuk, kami juga sudah berjanji awal nak ke Kelang. Mungkin lain kalilah ke Kajang.

Okay...di Kelang, seperti biasa tempat lepak ialah rumah adik di Sementa. Meriahnya beraya di Kelang. Macam-macam ada. Dengan spaghettinya, dengan nasinya...kuih raya lagi....heheh...Yang paling best, sudah tentu bila dapat main-main dengan kucing-kucing Pak Teh.


Anak Bobo ada empat ekor. Dua warna kuning susu, satu oren dan satu warna belang cicak. Yang saya berkenan ialah yang belang cicak dan yang oren. Tapi si belang cicak tu dah hilang entah ke mana. Dhiya sayang kemain dengan yang warna oren...Kalau ikutkan hati memang nak ambil bawa balik Sentul tapi masalah nak menjaga tu yang jadi penghalang. Persekitaran tak sesuailah untuk pembesaran anak kucing...heheh...


Yang kuning susu ni pun jinak juga. Corak bulu sama macam yang oren tu...cuma kalernya lebih cair. Sekali tengok macam kuning. Dua kali tengok macam putih. Rancak betul dia main. Time macam ni la seronok...bila dah besar nanti, kita acah pun buat derk jer...control macho macam 'Wallie' the black cat!


Budak-budak paksa 'dia' main dengan mainan.

 Yang ini pula kena paksa berposing'. Nasib baik bukan jenis mencakar...Mungkin dah biasa kena latih dengan Thaqeef. :)

Aiman seronok dapat peluang pegang dan dukung kucing. "Bestlah , ibu". "Badan dia lembut je...".


"Tuan" kucing dah risau takut kami ambil kucing kesayangan dia. Tak pelah...bila-bila nak main kucing kami mai Kelang ajelah...