Tuesday, December 21, 2021

Tragedi Disember

Kejadian banjir besar yang melanda beberapa buah negeri penghujung minggu lepas turut tempiasnya terkena beberapa insan yang Telipuk kenali termasuklah adik Telipuk sendiri di Klang. Rumahnya dimasuki air sehingga paras lutut. Itu kira mujur lagi berbanding rumah seorang rakan pejabat yang air naik melebihi paras pinggang. Itu pun tak terbanding lagi dengan yang tinggal sehelai sepinggang di Kampung Batu 17, Sg Lui. Telipuk pun kelu nak ulas. Bak kata pepatah, berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.

Pada pagi Sabtu 18hb Dis itu, ikutkan perancangan, Telipuk sekeluarga nak balik Melaka. Cumanya kami tidaklah bercadang bertolak awal-awal pagi kerana ada mesyuarat kawasan perumahan. Ketika Telipuk baru nak berkira-kira mengemas beg pakaian, pak mertua bagitau pekan Lubuk China dah banjir. Telipuk ingatkan, alaaa karang tengahari sikit surutlah tu sebab pernah juga air naik sebelum sampai pekan tu, seingat Telipuk kejap je tunggu lepas tu dah boleh lalu. Sekali dapat video suasana di pekan tersebut dengan air menderu-deru, dah melimpah macam sungai. Jalan pun tak nampak lagi dah...Balai Polis pun air sikit lagi cecah bumbung...aduhhh!!! Teruslah batalkan rancangan, tak jadi balik. Mujurlah kan, kalau dah atas jalan tu mahu terkandas berjam-jam.

Then , malam tu menderu-deru cerita masuk. Yang tersadai atas jalan. Yang tido dalam kereta. Yang kereta tenggelam terus, dan yang balik menapak 2km balik rumah. Tengok perkongsian gambar dan video memang turut sama berdukacita. Batu 17 Sungai Lui memang sangat-sangat menyedihkan. Actually, Telipuk tak terbayangkan lah kejadian macam tu akan berlaku di situ, nampak macam aman damai, hijau dan menyegarkan. Telipuk ada berkunjung ke sana bulan lepas. Menghadiri majlis walimah saudara yang dibuat di D'Taj Sungai Lui. Telipuk guna laluan dari Ampang, memang hampir nak berpatah balik jugak la bila tengok estimated time of arrival sejam. Dengan laluan bergunung ganang, bengkang bengkok, hutan keliling...wahhhhh kecut peruttt...betul ke waze ni? Tapi sedara punya pasal, teruskan jua. Bila dah sampai rasa aduhai lega sangat. Tak sempat pun menyinggah mana-mana walaupun masa on the way tu excited tengok gerai-gerai jualan makanan yang banyak...ada satay, apam balik, burger, buah-buahan ...macam meriah jer. Balik lalu ikut pekan Nanding dan terus keluar Cheras. Rasa cepat pulak. So, bila tengok video-video yang tular, Allahuakbar, semoga Allah gantikan musibah ini dengan yang sesuatu yang lebih baik. Ustaz cakap, musibah ini kalau kita bersabar, ia akan bertukar menjadi nikmat kerana ganjaran pahala yang tiada had tersedia. Tapi itulah, bukan senang kot nak sampai tahap menikmati musibah. Telipuk cakap diri sendiri lah. Dah tahu pun memang rasa tak mampu weyyy nak buatnya. Sebab susah nak sabar ni lah maka pahalanya pun luar biasa. Benda bernilai, takkan nak bagi percuma ye tak?

Apapun ambillah pengajaran daripada musibah ini. Bukan setakat bab nak memperkemaskan SOP musim banjir, tapi paling penting perkemaskan iman kita sebab musibah yang lebih dahsyat ialah bila hati jadi keras lalu jauh dari hidayah Allah. Bila lihat musibah yang melanda, maka kita segera ingat bahawa semua yang kita miliki ini adalah milik Allah. Allah boleh dan berkuasa mengambilnya dalam sekelip mata. Perkara yang kita tak jangka, berlaku depan mata. Hatta diri kita sendiri. Anak, pasangan...semuanya hanyalah pinjaman belaka. Macam kemalangan yang menimpa sebuah keluarga sehari sebelum kejadian banjir buruk tersebut yang mengorbankan seorang ibu beserta 8 orang anaknya. Bila kita fikir-fikirkan, ternyata tak ada satu pun milik kita. Mudah-mudahan mengingati perkara ini akan menundukkan hati dan jiwa kita untuk sentiasa patuh dan redha dengan ketetapan Allah. 

No comments: