Pagi ini Telipuk buat kuah dal untuk dimakan bersama roti boom segera. Tak pandailah Telipuk nak buat roti boom. Beli ajelah yang instant tu. Kuah je buat sendiri. Senang cerita. Ketika sedang memperasakan kuah tu, tak semena-mena Telipuk teringat filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berjudul Ahmad Albab tu. Teringat adegan sambutan hari jadi pak mertua Syawal yang mengharapkan hadiah-hadiah mahal disediakan oleh menantu-menantunya. Apabila Syawal menghadiahkan gula dan garam terus dihinanya. Betullah apa yang dikatakan oleh anaknya Mastura. "Kami sayang ayah seperti garam dan gula". Bayangkan masakan tak cukup garam dan gula...elok-elok mood ceria terus rasa tak seronok. Kan penting tu garam dan gula? Bila Telipuk rasa kuah tawar je, Telipuk pun masukkan garam. Nak balance sikit lagi, letak gula...barulah sesedap rasa jadinya. Bayangkan kalau tak ada garam dan gula? Jadi kalau orang bagitau kita, saya sayangkan awak seperti saya sayangkan garam dan gula...silalah jangan bermuram durja. Sebaliknya angkat tanganlah anda menadah kesyukuran kerana disayangi begitu.
Dan tentang makanan juga, pada pandangan Telipuk asalkan bahannya cukup, resepinya betul dan dimasak dengan penuh keikhlasan, in shaa Allah, sedaplah tu. Ada orang takut-takut dan risau, nak pulak memasak di rumah mertua sebab ada aje komentar yang diterima. Potong sayur pun dikatanya salah. Ok je pada Telipuk, nak potong serong ke...nak potong petak-petak ke, janji cukup masak empuknya masuk ke perut jua. Lagipun there's no right and wrong when it comes to cooking...haaa tu falsampah Telipuk. Selera kita kan berbeza-beza, tak ada satu standard yang terpakai pada semua orang. Orang kata makan nasi lemak Wanjo adalah tersedap kat KL, misalnya...tapi, pada Telipuk biasa-biasa aje. Dan Telipuk suka Nasi Ayam Haslina dekat rumah ni, sebelah kedai mee rebus Mail (pun sedap jugak)...orang lain mungkin kata tak best. Macam anak-anak kitalah, bila maknya masak...anak-anak makan berselera. Padahal mungkin goreng telur je kot...hahahaha. Faktor air tangan pun memainkan peranan ye tak? So, please, janganlah terlalu mencari kesempurnaan sehingga membanding-bandingkan diri anda dengan chef-chef lain di luar sana. Masak je la yong oiii...yang penting bersih dan mengenyangkan.
No comments:
Post a Comment