Thursday, March 11, 2021

Kucing-kucing Ku


Telipuk memang suka kucing. Rumah keluarga Telipuk tak pernah sunyi dari kehadiran kucing. Baik yang berstatus penduduk tetap mahupun pendatang, sentiasa ada kucing. Kalau di rumah sendiri pula, mula-mula memang tak simpan impian nak bela kucing sebab rasa persekitaran tak sesuai. Dan biasa biarkan kucing lepas bebas. Rumah kampung bolehlah. Ada tanah semua, tak de masalah kucing nak melepas hajat kat mana. Itupun sempat jugaklah beberapa tahun membela Monnie. Kemudian anak-anaknya Moyen dan Molly. Namun pada akhirnya, Moyen dan Molly, Telipuk bawak balik tinggal di kampung. Ambik masa juga nak manage kekosongan bila kucing yang dibela dari kecik dah dilepas ke tangan tuan lain. Itupun sempat serik sekejap je. Dek tergoda tengok anak-anak kucing ibu saudara Telipuk, akhirnya adopt pulak lagi dua ekor iaitu Milo dan abangnya Mawi. Memang manja dua ni. Siap neuter kedua-duanya. Tapi bila rasa bersalah sebab kesian diaorang terkurung dalam rumah, Telipuk hantar balik kampung lagi. Memang percaya letak kat kampung sebab semua kaki sayang kucing belaka. Milo kekal menjadi mem besar kat rumah kampung tu. Mawi dah jadi arwah, mati kena gelek tayar kereta kakak Telipuk. Ramai yang menangisi pemergian tragis Mawi. Sekarang cuma tinggal Milo sebab Monnie dah hilang tak tahu pergi mana. Pelik juga sebab Monnie memang tak rajin merayau, tapi tu lah, nak kata apa. Cari merata pun tak jumpa.

Awal bulan November, ada orang bawak balik kotak. Surprise katanya. Excited la Telipuk intai apa kat dalam. Haaa... 


Alahai.. Empat ekor anak kucing kat dalam. Terus Telipuk tanya, ambik mana ni? Katanya orang tak hendak. Biasalah, nak bela maknya aje. Yang anak-anak ni tak mahu. Telipuk pun menung la sekejap. Memang suka kucing tapi kalau nak jaga serentak 4 ekor, baby pulak tu... Aiii..tak mudah tu. So, cik abang kata, okaylah kalau tak nak bela, nanti dia bawak kotak tu kat kawasan pasar UTC tu. Hopefully ada orang ambik. Terus bulat mata Telipuk... You mean you nak tinggal budak-budak ni macam tu saja? What if ada anjing gigit ke... Or kena dera ke? Lapar kebulor la pulak, how dema nak survive? Kecik lagi. Huhuhu... Ye la, sebab dah tengok kan, mana lah gamak nak bior macam tu. Akhirnya, Telipuk putuskan untuk bela keempat-empatnya. 


Mula-mula memang selang 2-3 jam bagi minum susu la. Yelah baby kan... Kesian diaorang. Telipuk belikan susu kambing. Memang mencabarlah bagi susu ni...yelah, dia bergigi bertaring dengan cakarnya lagi...bila diaorang panjat-panjat kita bukannya dia simpan kuku tu...tak pasal-pasal calar balar dibuatnya.

Nasib baik nak train diaorang buang air senang. Letak je pasir, automatik pandai je dia pi situ melepaskan hajat. Cumanya jadi kerja la pulak nak kena bersihkan. Hemm...tak pe lah, nak buat macamana, rumah awak bukannya ada tanah. Ada balkoni sekangkang kera je...buatlah apa yang patut. Memang bukan persekitaran yang sesuai untuk membela 4 ekor kucing hahaha...lantakkkk...


Anak-anak kucing ni pada kebanyakan masa Telipuk letak dalam sangkar. Sebab diaorang ni berempat, maka kami belikan sangkar yang ada 3-level dari kedai pet dekat kawasan Rampai Niaga tu. Senang je nak pasang, ada roda pulak tu. So, boleh tolak ke sana ke mari bila nak ubah tempat. 
 

Yang hijau dalam sangkar tu adalah patung beruang. Tu mainan anak-anak Telipuk dulu, ada lagi. Diaorang kata bagi la kat kucing-kucing ni main pulak. Hahaha...

Dari menggunakan bekas berkongsi sampailah mangkuk berasingan. Dah besor dah kucing-kucing ni. Sekarang dah cecah 5 bulan. Dah call vet nak neuter tapi vet cakap tak boleh lagi, still young. Buat masa sekarang memang lasaklah, masing-masing pantang dapat lepas bebas. Tengah seronok bermain la katakan. Kadang-kadang kita nak melangkah pun tak dapat sebab ditangkapnya hujung kain dan nak main dengan jari-jari kaki.


Perkenalkan, yang ini SoSo. Nama penuh, Park Min Soo. Ye, nama Korea . Dia ni mengingatkan Telipuk kepada Jung So-Min. Kecik molek dan kiut. Cuma SoSo ni mengada-ngada sikit. Kalau yang bising dalam sangkar mintak dilepaskan memang tak de siapa, dialah tu. Bila dah lepas dan nak kurung balik, paling banyak akal pun dia. Tahu je bila Telipuk datang nak cekup dia, awal-awal lagi dia dah lari menyembunyikan diri.



Seterusnya, juga betina, nama ringkas Nini. Tapi nama penuh, Park Min Nee. Nini ni , bak kata Aiman, dah tinggal 8 nyawa sebab dia almost macam nak mati masa kecik tu. Puncanya rakus sangat menghisap botol susu tu...sampai tertelan separuh puting. Telipuk tak perasan yang gigi taring dia tu dah cut hujung puting. By the time sedar, memang dah tertelan. Korek-korek dalam mulut tak de. Tengok dia okay je...so, ingatkan okaylah. Tetiba menjelang malam tu dia dah tak nak menyusu. Padahal selalu dia antara yang kuat minum. Then, perasan dia asyik baring. Bila kita panggil pun tak berapa nak respond. Telipuk angkat, macam layu je seluruh tubuh dia. Sudahhh...camno nak buat ni. Time-time PKP ni vet pun tak bukak. Terus asingkan dia dan tidurkan dalam kotak lain. Ingatkan dah tak de la, tapi Aiman kata, be positive ibu! Kami urut-urut je la dia dengan sedihnya. Kuasa Allah, esoknya pagi-pagi dia dah kembali cergas seperti biasa. Alhamdulillah.




Yang hitam ni memang kesukaan Telipuk sebab mengingatkan kepada kucing hitam yang Telipuk pernah ada dulu. Nama timang-timangan ialah Arang. Tentulah sebab warna bulunya yang hitam berkilat tu. Tapi kalau nama ikut kad pengenalan (ye la tu) ialah Park Min Ki. Nak letak Lee Min Ki tapi ishhh tak bolehlah, kesian pulak hahahah. Arang pun bak kata Aiman, tinggal 8 nyawa jugak sebab ada sekali peristiwa dia terlajak melompat, terus jatuh balkoni. Malam pulak tu. Bayangkan la nak cari kucing hitam di waktu malam yang gelita. Aiman berdua dengan abang dia sanggup turun ke bawah mencari di tepi rumah jiran. Pak Guard pun tolong sama...hahaha. Alhamdulillah, jumpa dia terketar-ketar di birai balkoni jiran ground floor. Habis calar bahu Aiman sebab dia mencengkam ketakutan sebaik diselamatkan. Lepas peristiwa tu dia terus berubah sikit, hahah ke perasaan Telipuk je tu...nampak lebih santun dan manja.



Dan yang terakhir ni ialah kesayangan ramai. Mangsa kena buli. Sebab dia paling besar dan paling tak melawan. Asyik kena keronyok la hahaha. Geng dia kalau dengar kita nak masukkan dalam sangkar, mencicit lari. Dia pulak blur memanjang dan paling senang la nak tangkap. Tak payah nak mengumpan dengan apa-apa. Nama penuh Park Min Joo. Panggil Juju je. Paling manja pun ye jugak budak ni padahal dia dikira abang long. Pandai-pandai je bagi pangkat kan, mentang-mentang la kawan tu besaq.



Tu le dianya aktiviti Telipuk sekarang, menternak kucing kakakaka. Memang masa yang ada pun ngam-ngam jer la buat melayan diaorang. Weekend sibuk nak cuci sangkar dan bagi mandi lagi. Hari-hari makan minum, tandas kena jaga. Haiii untunglahhh. Kucing-kucing Telipuk dulu pandai-pandai la nak hidup. Nak kata macamana, dah awak simpan dalam rumahkan. Bukan boleh dibiarkan berkeliaran merata-rata. Nanti JMB tangkap, nayooo.

Oklah, seronok ada kucing semula ni. Tengok perangai diaorang dan picit hidung diaorang. Memang menghiburkan. Tak tahulah kali ini berapa lama diaorang akan kekal tinggal di sini tapi harap-harap lebih lama dari Monnie lah. Kalau kemudian-kemudian ada aral, hemmm....apa lagi, eksport balik kampung ler. hehehehe.

















































No comments: