Friday, March 05, 2021

Terus Berjalan

Hari ini jadual Telipuk agak padat. Memulakan pagi dengan acara perkongsian ilmu dengan kawan-kawan team Wholesale yang memerlukan Telipuk 'mengajar' selama 1 jam. Biasa mengajar berdepan, ini kali pertama dengan norma baru. Perkara paling menakutkan ialah kalau line ada gangguan, atau masalah-masalah teknikal yang lain misalnya suara tenggelam timbul atau tak jelas. Memang frustlah. Jadi bila di awal tu organizer cakap tak berapa dengar, mulalah rasa panik. Nasib baik lepas tu depa kata dah ok. Terus Telipuk kekalkan posisi yang sama, nak ubah kedudukan tak berani...takut menyebabkan gangguan. Haha...macam-macam !

Lepas habis sesi Telipuk tu, Telipuk tunggu dengar kawan-kawan lain present. Bagi sokongan virtual katakan. Selesai acara, terus join mesyuarat geng BAKIT Helwa pulak. Sambil-sambil dengar sambil-sambil memasak sebab dah lunch time, kena cepat-cepat masak. Masak simple je, saat-saat kecederaan kan. Siap angkut laptop masuk dapur. Lepas tu mute la, kang dengar pulak bunyi sudip dan kuali berlaga tu. Sekali orang sebut nama kita, amik kau...kelam kabut unmute nak menjawab. Yang best tu bunyi macam khusyuk je mendengar perbincangan sebab cantik je mencelah...hahaha...tu aksi jangan tiru ya...

Sebelah petang memang Telipuk peruntukkan betul-betul untuk siapkan kertas kerja. Dah janji dengan diri sendiri mesti siapkan hari ni jugak. Once dah jumpa tempo, memang tak angkat kepala la. Alhamdulillah, tepat jam 5.15 dah masuk segmen conclusion. Lega sungguh dapat siapkan sebab sepanjang minggu ni memang ada je gangguan nak betul-betul duduk dan menulis. Tapi ya, memang tak terasa minggu ni sebab 2 hari ambik cuti. Cuma yang pelik tu, entah apa yang Telipuk buat, tak rasa pun bercuti. Memang penangan norma baru sungguh ni. Hanya masa ni je terjadi kejadian walaupun cuti, tetiba buka je laptop. Ada je join meeting sebab tak de sapa tanya pun ko cuti ke tak? hahaha...tak apalah, redah je.

Pejam celik, pejam celik dah 5 Mac. Ha, tak tahulah nak cakap. Betapa singkatnya masa. Apapun teruskan apa yang mampu kita buat sebab walau apapun kita tetap berjalan menuju kepada Allah. Suka atau tidak, sibuk dengan macam-macam urusan atau apa jua alasan, hari demi hari kita tetap bergerak menuju destinasi akhir. Yang ini memang selalu ustaz ingatkan. Oh ya, sekali sekala berkesempatan, Telipuk selitkan masa untuk mendengar kuliah online. Sekarang kan mudah, join saja kat FB page. Yang penting usahakan. Orang kata kalau tak boleh buat semua, jangan pula ditinggalkan. 



No comments: