Saya sangat menghargai insan-insan yang sudi mengongsikan kata-kata yang baik untuk renungan dan peringatan. Adakalanya bila membacanya, bagai tersedar akan sesuatu. Ada juga jenis yang lucu. Juga yang memberikan inspirasi dan harapan. Ada orang dia tak suka baca yang panjang-panjang, juga ada yang rimas bila banyak sangat whatsapps yang masuk...hahaha...yang tak best kalau ada yang jenis suka hantar benda remeh atau membincangkan benda-benda yang boleh dibuat bahan bergaduh. Untuk saya senang saja...buat tapisan kendiri. Yang mana suka kita baca , kita simpan. Mana tak berapa berkenan tu delete sajalah. Habis cerita.
Yang saya suka, saya boleh letak di blog macam ini...;)
Tiga fasa yang melucukan dalam kehidupan.
1. Di umur Remaja
Kamu miliki masa + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai harta.
2. Ketika fasa bekerja
Kamu miliki harta + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai masa.
3. Ketika fasa usia warga emas
Kamu miliki harta + masa
Tapi kamu tidak mempunyai tenaga
Inilah kehidupan...
Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu
Diambil sesuatu yang lain dari kamu
Kita selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita
Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka...
Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yangg penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :
(Qanaah : Merasa Cukup)
Jika kita ingin tahu kedudukan kita di sisi ALLAH,
Perhatikanlah kedudukan ALLAH dlm hati kita..
Yang hidup dikampung berasa nak ke bandar, yg di bandar pula ingin pulang ke kampung...
Bila hujan, kita tanya bila laaa nak kemarau... Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun..
Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar pula rasa ingin pulang ke rumah...
Waktu sunyi kita nak kepada org ramai, bila ramai org pula jadi serabut perut, berasa nak kepada kesunyian.
Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki.. Bila telah dimiliki lain pula jadinya..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini...
Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, bumi ini sekalipun akan nampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Jauhilah sifat sombong dgn apa yg kita miliki ..
Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa... Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Thursday, January 17, 2019
Wednesday, January 16, 2019
Variasi
Pada suatu hari yang indah, ehehehe...Telipuk menghadiri mesyuarat pertama CMCF bertempat di Bangunan Sri Pentas, Bandar Utama. Untung sertai CMCF ni sebab Telipuk boleh mencuba perkara-perkara baru di luar ruang lingkup bidang telekomunikasi. Boleh dikatakan yang mendominasi CMCF ini adalah pemain industri penyiaran dan juga para pengiklan. Rakan-rakan industri ini memang lain macam pendekatan diaorang...apapun tak jadi masalah sebab latarbelakang pendidikan Telipuk pun sebenarnya lebih menjurus kepada bidang pemasaran (walaupun tak praktis). Tu belum diaorang tau yang kita ni pelakon teater sepanjang menuntut di universiti dulu...hahaha...(memang tak berapa nak senada dan seirama kan?)
Hari tu Telipuk tak drive. Mula-mula memang ingat nak memandu ke sana. Lepas tu risau pulak kalau tak ada parking. Lokasinya Telipuk agak-agak sekitar One World Hotel, memang pernah pergi few times tapi exact location Sri Pentas, Telipuk tak berapa pasti. Dan kalau Telipuk memandu keluar, masalah bila balik Menara sebab kebiasaannya tak ada parking. Bolehlah nak bayar RM12 untuk sejam pertama dan RM3 untuk jam seterusnya tu...tapi...hishh...macam tak perlu jer.
Lepas tu terfikir pulak, nearest station MRT ialah Bandar Utama. Sebelah kot. Ishh...cantik ni kalau cuba pengangkutan awam. Cuma tak berapa yakin nak bergerak solo. Terus call kawan industri yang biasa dengan pengangkutan awam ini. Dia dari Putrajaya naik ERL, turun di KL Sentral. So, kami pun berjanji. Jumpa di hadapan restoran McDonalds, berdekatan information counter.
Tepat pada masa dijanjikan, kami bertemu. Suka kalau janji tertunai seperti dirancangkan. Maklumlah, Telipuk ni agak punctual orangnya. Kawan ni pun sepesen macam tu...tu yang boleh ngam. Dari situ, kami ikut tanda arah ke stesen MRT Muzium Negara. Eh...senang baaa tuuu...ikut jer, ada connecting walkways...memang proper. Telipuk ingat kena keluar bangunan berjalan tepi highway ke apa sebab dok bayangkan bangunan Muzium Negara yang terletak di berhadapan KL Sentral di seberang jalan nun. Sekejap jer dah sampai platform. Kami ambil tren menghala ke Sungai Buloh. Tambang as usual tak ingat sebab dok rancak sembang dan guna touch n go encik suami sponsor...so, memang tak berapa nak alert. Kih kih kih.
Bila turun stesen Bandar Utama...memang betul nampak bangunan Sri Pentas kat sebelah jer. Dokek bebenor. Cuma, masalah nak sampai ke situ agak tak pasti. Kami bertanyakan petugas di kaunter pertanyaan...rasanya arahan yang dia bagi tu betul dah, tapi kami yang tersilap tafsir. Sebab konfius nak ambil jalan kiri ke jalan kanan since dia kata ikut hala hotel...sedangkan dua-dua jalan tu ada hotel...Hotel One World di sebelah kanan dan Hotel Avante di sebelah kiri. Berdasarkan agakan, kami ambil jalan kiri. Turun ke bawah dan kena melintas jalan macam anak ayam untuk sampai ke main gate Sri Pentas. Hahaha...rasa macam susah sikit route tu...so, sohih la salah.
Mesyuarat bermula jam 10.30 dan berakhir hampir ke pukul 12. Mengambil kesempatan berada di sana, tuan rumah berbesar hati membawa kami semua melawat bangunan Sri Pentas yang menempatkan stesen televisyen swasta pertama negara TV3 serta lain-lain siaran TV dan radio swasta yang bernaung di bawah kumpulan Media Prima.
Apalagi...sukalah mak cikkkk...
Tu yang biarkan gambar-gambar bercerita...hahahah...
Terus cam bila jumpa deejay Hot fm Zetty. Telipuk cakap kat dia, tengok Zetty terus teringat Destinasi Bajet. Zetty gelak kata tu dah lama lah kak...hahaha...program Destinasi Bajet tu adalah homegrown production unit penyiaran TM, HyppTV sekarang dikenali dengan nama UnifiTV. Kat rumah memang Telipuk tengok UnifiTV...eh...kenalah support syarikat sendiri kannn...
Memang kena berterima kasih dekat tuan rumah sebab tolong lobi untuk program lawatan ni...hehehe...yelah, kita dah lama tak join program lawatan ni...dah tua-tua ni baru dapat masuk tengok studio bagai...dah tak pasal-pasal jadi kanak-kanak ribena sekejap. Lepas tu kitaorang tergelak kat diri sendiri sebab yang dok iring pergerakan kitaorang adalah anak-anak muda yang well...memang sangat-sangat muda dan cantik segak semuanya. Maklumlah, industri penyiaran kan. Ianya mengingatkan yang dulu pun kita pernah muda...pernah berada pada tahap seperti itu...tapi sekarang ...opocot mak kau...Telipuk pun macam tak percaya bila fikir tahun ni umur Telipuk sudahhh...ahahaha...rasa macam, eh dah tua kau makkkk!
Taklah...bukan Telipuk takut tua pun. Jangan salah faham pulak. Telipuk tak pernah kesal dengan apa-apa. Rasanya Telipuk lebih enjoy dan relax pada masa sekarang. I think all is well. Maha Suci Allah yang telah mengurniakan kepelbagaian pada setiap tahap hidup kita sehingga kita tak rasa rugipun meninggalkan usia muda. Sempurna sungguh aturan Allah. Entahlah, tak tahu Telipuk nak ungkapkan macamana...tetapi memang itulah yang Telipuk rasa. (Apa-apalah Telipukkk...).
Ahaha...lain pulak penghujung cerita ini kan...
Telipuk nak cerita, dalam hidup ini macam-macam yang akan kita tempuhi...kadang-kadang tak pernah bayangkan pun. Tapi bila kita lalui dan mengalaminya sendiri, barulah kita faham. Sebab itu, jangan selalu sembrono menilai orang dan tindakan mereka. Kita tidak berada di tempat mereka untuk menghukum kenapa dan mengapa mereka begitu. Sesuatu yang mudah untuk kita, belum tentu senang untuk mereka. Sementara hayat masih bersisa ini, hiduplah dengan baik dan belajarlah menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Everything is special in its own way...lihatlah dengan mata lebah ok...
Peace!
Friday, January 04, 2019
Jalan-Jalan Langkawi
Ini cerita yang berlaku di penghujung bulan Disember lalu. Kesempatan cuti rehat yang ada digunakan seoptimum mungkin dengan mengunjungi pulau lagenda, Pulau Langkawi. Cuak juga sebab cuti sekolahkan, tapi memandangkan memang kami balik utara, rasa tak apa kot lajak jauh sikit. Mujur masih ada slot untuk naik Langkawi Auto, sebab kami lebih suka bawa masuk kereta sendiri.
Pagi-pagi buta membelah highway untuk ke Kuala Perlis. Singgah solat subuh berjemaah di Masjid ArRahman, Melele' Jitra Kedah. Perjalanan alhamdulillah lancar, pukul 7.30 pagi sudah masuk Kuala Perlis. Check-in time pukul 8.30 pagi. Sementara melepak tu, sempatlah guna wifi free Masjid Al-Hussain...hahaha...kami tak bersarapan pagi pun sebab semua kata belum rasa lapar. Jadi, cuma beli makanan bawa naik feri jer la. Karang lapar makan!
Penuh jugaklah feri hari tu sebab ada rombongan geng Nazaria. Berbijik-bijik jumlahnya...penuh muatan. Lepas tu ada geng konvoi motosikal jugak, tengok plet masing-masing bermula dengan 'A'...geng Perak weyyy...dengan lencana bendera Perak di lengan baju. Tu belum campur dua biji bas rombongan dari Pahang dan dua buah lori Gardenia...hahahaha...sempat tuuuuu...Kali ni tak rajin keluar memandang laut lepas, hanya duduk melayan tayangan video "Baby's Day Out" sambil makan. Sempat juga curi-curi habiskan cerita "Goblin"...oppaaaa!!!
Sampai je Dermaga Tanjung Lembong, terus tuju ke kedai makan kesukaan kami. Siap berborak dengan isteri tuan punya kedai yang jaga kaunter merangkap ketua tukang masak. Dia asal dari Hatyai...sembanglah sebab dah beberapa kali datangkan memang kat sini jer kami terpa dulu. Memandangkan anak-anak tak mau makan lagi, kami tapau sajalah senang. Semua tak sabar nak masuk tempat penginapan, nak luruskan kaki dan menghabiskan waktu petang berehat saja. Hangpa mai Langkawi kottt...hahaha...sabor jer laaaa.
Esok pagi-paginya , bersemangat tengok cuaca yang indah. Apalagi, terus memulakan agenda pertama iaitu...jeng...jeng...jeng...menaiki kereta kabel yang nun sayup merentasi Gunung Mat Chincang...iye...Mat Chincang...apalak Machincang nye...cek belajaq dulu Mat Chincang ni bergaduh dengan Mat Raya. Ejaan nye lagu tu. Pandai-pandai hangpa jer bagi nama Macinchang...:)
Sekali sampai kat Oriental Village tu...makkk aiiii...ramainya umat! Camno nak buek ni? Telipuk memang tak betah menunggu ni...almaklumlah, penantian itukan satu penyiksaan. Tapi sebab...eh...asyik datang Langkawi tapi tak juga naik benda alah ni...rasanya this time kena buat jugaklah. Ini kalilah! Kaunter tiket ok jer, tak de lah ramai, yang berbaris panjang ni ialah panjangnya queue menuju ke platform cab berlepas tu. Ada slot masa...jadi kalau slot pukul 10 pagi, nanti dia akan panggil geng pukul 10 beratur masuk. Cuma sebab orang dah ramai, walaupun kau tahu slot...automatik kau akan rasa sangsi takut terlepas or kena caras...hahaha...dek kiasu tersebut, maka kau akan sanggup jugaklah berdiri kat situ tak nak pergi mana-mana mempertahankan spot kau tu. Lagipun, nak pergi mana lagi...muzium 3D pun berbaris panjang, SkyRex pun boleh tahan barisannya...kang sana melepas, sini pun melepas...baik fokus jer la nak naik kereta kabel ni.
Dah naik ke pelantar nampak la gondola-gondola ini. Sebelum sampai pelantar, seperti biasa kena berposing dulu. Gambor kenangan katakan...nanti ko belilah kalau kau nak simpan gambo tu. Harganya memang boleh buat kau rasa nak pengsan...tapi bila main psikologi ni kan...kau rasa, tak beli sayang...almaklumlah kenangan...hahaha...bukan selalu ye tak? So, sila bersiap-sedia ye.
Gondola ni ada yang jenis VIP...bermakna, laluan nyer agak pantas...tak de la payah nak berebut dengan rakyat marhaen ni...menunggu pun tak de la lama. Tapi kan harga dia tu...hemmm...tak yahlah , sama gak kot naik nyer tu...sama pemandangan apa...lain la kalau kau boleh pulak terbang kih kih kih. Oh ya, dan ada juga yang jenis glass bottom. Maksudnya, gondola kau tu lantainya kaca. Haha...ada berani? Kalau tak gayat bolehlah...kalau rasa-rasa nak bukak mata pun seriau...tak payahlah. Lagipun bukan murah harganya...
Kami pilih yang biasa jer, dan meskipun orang ramai...satu gondola tu hanya kami sekeluarga naik. Privacy apaaaa...tak payah naik VIP pun...dah cukup baik dah.
Ni gondola orang lain la. Mula-mula kat platform tu...semua orang line up and get ready untuk cepat-cepat menyelit masuk ke gondola sebab pintunya tak de la nak buka lama dan actually, it don't really stop pun. So, copek jang...kang tersopit pulak án...nayoooo. First 100 meter rasa macam ok ...but as it moved higher mulalah perasaan den ni berbolah bagi...nak tughun ke tak tughun...kot nak tughun pun tak dapek nak tulong...nak tak nak naik yooo...alaaahaaiii...gayat weyyy...
Ada la juga detik detik gondola tu berhenti sekejap...umanggg aaaiii...sayuuppp memandang ke bawah. Kala tu, Telipuk fikir...memang tiada daya dan upayalah. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Dah tergantung di atas tu...apo nak buek? Berserah sahajalah jiwa dan raga.
Sampai di station pertama mulolah tersongih-songih. Aiii...pencapaian luar biasa tu kot...hahaha...betul, Telipuk ni gayat orangnya...cuma tak de la sampai kena panic attack. Syukur alhamdulillah, walaupun hujung-hujung jari dah terasa seram sejuk. Lepas dapat berselpie, berwefie bagai...memang syiookkk wa cakap luuu. Tapi sebab hari dah makin terik, kami tak ralat melepaskan peluang ke Skybridge. Lagipun orang ramai...bior jer la...dah sampai ataih ni pun dah alhamdulillah cukup baik dah. Actually, Aiman pun dia agak gayat juga...sebab tu bila dia diam...Telipuk cuak jugak, buatnya dia keriau nak turun...naya. Sebab tu la pun Telipuk cover rasa takut ni dan ajak dia sembang-sembang dan berlagak macam tak takut...kalau Telipuk pun tunjuk takut, abislahhh.
Akhirnya, wajah-wajah suka sebab we did this finally! Yeayyy. Semua mata pun terkerut-kerut sebab terang berderang sangat. Dekat station kat atas ni ada macam-macam kemudahan. Tandas ada. Tempat makan pun ada. Dek pemandangan dilengkapi dengan teropong, jadi boleh menikmati pemandangan sekeliling. Kalau cuaca tak panas sangat dan orang tak ramai, rasanya tak kisahlah lepak lama sikit tapi since keadaan tidak macam tu, kami pun tak tunggu lama di station 2, terus queue ambik cab ke stesen ketiga. Oh ya, kat sini pun kome kena ajak bergambor jugak wehhh. Sila...sila...kenangan katakan.
Memang pengalaman seumur hidup jugaklah ni. Rasa lega sebab berhasil naik walaupun pada awalnya rasa nak mengalah bila tengok orang ramai. Pada kunjungan terdahulu, itulah yang terjadi...cuma untungnya masa tu kami dah puas masuk muzium 3D. Jadi, bila turun dari Skycab ni, kami tak heran nak ke sana lagi. Lagipun orang ramai sungguh. Dah kalau macam tu memang tak seronok, sebab nak fefeling dengan lukisan 3D pun dah tak syok since ramai orang menunggu giliran pulak.
Sudahnya kami mencuba one of the attraction yang ada iaitu SkyRex. Tak pasti bendanya apa but ada kena mengena dengan dinosaur. Kat luar lagi dah ada patung mekanikal dinosaur jenis raptor tu...nampak yang teruja Hisham ler. Dia memang peminat dinosaur. Masa menunggu memang boleh tahan la...tapi untungnya ada orang yang sanggup berdiri dalam barisan, jadi Telipuk dengan anak-anak just lepak tepi tangga tunggu. Bila dah approaching entrance baru kitaorang tergedik-gedik join hahaha...penat la weyy, kang pengsan ke hapa ke kannn....hehehe. Oh ya, bendanya macam ala-ala teknologi VR la...as if berada di satu tempat rahsia menempatkan dinosaur. Sekali security bolos menyebabkan dinosaur-dinosaur yang ganas tu terlepas lalu korang pun kena kejar, kena serang ...kena pakai kacamata 3D tu ler untuk kasi real experience nyer tu. Menjerit-jerit jugak la kak Temah dibuatnya...hahaha
Dah sampai kat atas tu rasa sangat-sangat berbaloi naik. Deruan air pun dah cukup mengubati lelah. Udara yang nyama dan pemandangan yang mengkagumkan...sememangnya alam ini sangat indah untuk diperhatikan. Pun begitu, ini bukanlah point yang tertinggi...actually, boleh lagi naik ke atas sebab memang ada hiking trail untuk yang nak ke puncak. Tapi Telipuk rasa yang tu kena bagitau renjer hutan yang bertugas kot. Lagipun kami tak plan nak hike, cuma nak sampai kat sini jer. Tak delah 'gorgeous' sangat air terjun ni...may be yang dari atas tu lagi hebat. Yang ini kecil jer aliran dia...mungkin sebab cuaca tak panas or jarang hujan. Boleh nampak lopak-lopak or so called kolam yang menjadi tempat mandi puteri bunian...hahaha...mitos ajer la kot ye.
Menyesal jugaklah kak Temah tak join Aiman mandi. Kemain lagi dia enjoy kesejukan air tu...apasallah tak ready untuk basah sama. Ini memang kes nak jimat baju dan malas nak bersusah. Cukup main air jer lah.
Masa kami sampai ni pengunjung tak ramai pun. Agaknya ramai yang menyasarkan Oriental Village dulu...apa barang nak naik Telaga Tujuh. Kalau adapun adalah mat-mat dan minah Salleh beberapa orang. Orang Melayu memang tak ada masa tu...tapi memang la, masa kat SkyCab kelmarin tu, ramai pelancong Melayu kat sana.
One of the bigger pond yang ada. Boleh nampak ikan-ikan kecil. Nak berjalan menyelusuri jalan air ni mamng kena ready untuk basahlah sebab ianya berlumut dan licin. So, jaga-jaga...jangan sampai tergelincir. Ada yang terantuk kepala kat batu nanti kang...nayaaa jer.
Next trip kalau datang lagi (dah macam acara tahunan pula)...Telipuk ingat nak kena try Pulau Dayang Bunting la jugak. Kilim Geoforest dah cover. Mandi pantai, tak minat. Or may be snorkelling? Hemmm...entahlah, bab-bab laut ni macam tak berapa...hanya suka tengok dan berjalan di persisiran setakat ini. Tak suka rasa berbahang tu.Memang tak de menggila membeli-belah pun kali ini, hanya seperti biasa membeli coklat saja...itupun beli yang feveret saja...semestinya tak sah kalau tak beli Ritter Sport, Pepero, Bueno...
Memang puas hati tercapai hasrat mencuba SkyCab dan mencecah air di Telaga Tujuh. Walaupun agendanya tak banyak, tetapi pengisiannya memang bermakna. Semoga ada rezeki lagi sampai di lain kali. In shaa Allah.

Hari seterusnya kami berkunjung ke Telaga Tujuh. Kawasan air terjun. Untuk sampai ke kawasan ini perlu mendaki 600 lebih anak tangga. Memang mencungap weyyy...maklumlah, dah lama tak mengekalkan kecergasan. Berhenti berhentilah jawabnya. Mula-mula tu terfikir jugak, patutkah aku berpatah balik sebab anak Telipuk yang sulung tu dah macam tak larat...ye lah, benda mencabar macam ni tiba-tiba kau buat ...boleh terkejut segala urat saraf . Telipuk la yang teringin sangat nak naik. Konon tema kunjungan ke Langkawi kali ini ialah pengembaraan alam...amik kau. Pada ketika dok berbelah bagi di pertengahan jalan tu, Hisham cakap...tak apa, dia nak naik juga. Tapi naik perlahan-lahan lah. So, allright la tu...Telipuk teman dia naik satu persatu anak tangga sampailah sampai ke atas...yeahooo...besttt!
Dah sampai kat atas tu rasa sangat-sangat berbaloi naik. Deruan air pun dah cukup mengubati lelah. Udara yang nyama dan pemandangan yang mengkagumkan...sememangnya alam ini sangat indah untuk diperhatikan. Pun begitu, ini bukanlah point yang tertinggi...actually, boleh lagi naik ke atas sebab memang ada hiking trail untuk yang nak ke puncak. Tapi Telipuk rasa yang tu kena bagitau renjer hutan yang bertugas kot. Lagipun kami tak plan nak hike, cuma nak sampai kat sini jer. Tak delah 'gorgeous' sangat air terjun ni...may be yang dari atas tu lagi hebat. Yang ini kecil jer aliran dia...mungkin sebab cuaca tak panas or jarang hujan. Boleh nampak lopak-lopak or so called kolam yang menjadi tempat mandi puteri bunian...hahaha...mitos ajer la kot ye.
Menyesal jugaklah kak Temah tak join Aiman mandi. Kemain lagi dia enjoy kesejukan air tu...apasallah tak ready untuk basah sama. Ini memang kes nak jimat baju dan malas nak bersusah. Cukup main air jer lah.
Masa kami sampai ni pengunjung tak ramai pun. Agaknya ramai yang menyasarkan Oriental Village dulu...apa barang nak naik Telaga Tujuh. Kalau adapun adalah mat-mat dan minah Salleh beberapa orang. Orang Melayu memang tak ada masa tu...tapi memang la, masa kat SkyCab kelmarin tu, ramai pelancong Melayu kat sana.
One of the bigger pond yang ada. Boleh nampak ikan-ikan kecil. Nak berjalan menyelusuri jalan air ni mamng kena ready untuk basahlah sebab ianya berlumut dan licin. So, jaga-jaga...jangan sampai tergelincir. Ada yang terantuk kepala kat batu nanti kang...nayaaa jer.
Next trip kalau datang lagi (dah macam acara tahunan pula)...Telipuk ingat nak kena try Pulau Dayang Bunting la jugak. Kilim Geoforest dah cover. Mandi pantai, tak minat. Or may be snorkelling? Hemmm...entahlah, bab-bab laut ni macam tak berapa...hanya suka tengok dan berjalan di persisiran setakat ini. Tak suka rasa berbahang tu.Memang tak de menggila membeli-belah pun kali ini, hanya seperti biasa membeli coklat saja...itupun beli yang feveret saja...semestinya tak sah kalau tak beli Ritter Sport, Pepero, Bueno...
Memang puas hati tercapai hasrat mencuba SkyCab dan mencecah air di Telaga Tujuh. Walaupun agendanya tak banyak, tetapi pengisiannya memang bermakna. Semoga ada rezeki lagi sampai di lain kali. In shaa Allah.
Wednesday, January 02, 2019
Sepagi Tanpa Asap
Yeayyy...hari yang indah dan nyaman bebas dari asap rokok. Biasanya bila berkunjung ke kedai makan feveret Telipuk tu memang selalu jer terpaksa sedut asap rokok terutama kalau meja-meja sebelah tu dipenuhi geng-geng perokok. Sebab tu pagi-pagi jer time breakfast Telipuk ada di sana, tapi tengahari ikut keadaan. Biasanya waktu pagi tak de la rancak sangat dema merokok, lagipun biasa boleh pilih meja yang 'selamat'. Kalau tengahari susah sikit sebab ramai pelanggan, almaklumlah semua suka masakan Pak Ya. Dah kalau asap berkepul-kepul tu, Telipuk lari gi Haslam jer la...hahaha...
Mula-mula terlupa jugak, macam...hemmm...apa yang pelik pada pagi ini ya? Maklumlah, first day timbul naik kerja kan...ala ala blurrrrr sikit. Makan nasi goreng Pak Ya pun rasa semacam...sebab lama kot pagi-pagi belasah roti ja...hahaha...propa!!! Lepas tu, toleh kiri, toleh kanan...eh...manis-manis jer muka pelanggan pagi-pagi ni...apasal eh? Huk alohhh...bila terpandang sticker larangan merokok tu barulah teringat. Patutlah punnn. Ya Allah...sukaannyaaa...tak payah dah nak jeling-jeling orang sebelah. Nak lepak lama sikit pun rasa ok sikit. Kalau tak rasa macam nak tercekik jer. Hehehe.
Kan bagus macam ni. Telipuk sangat-sangat sokong. Harap pelaksanaan peraturan ini yang berkuatkuasa 1 Januari 2019 ini berjalan lancar meskipun kata menteri kesihatan pendekatan untuk 6 bulan pertama ini adalah lebih kepada mendidik. Baguslah, kalau terus denda kang...macam opocot terkejut omakkk...so, kita bagi masa untuk proses penyesuaian kannn. Lepas ni tak de la alasan lagi, betul tak? Kau buat aje, tak de cakap banyak de...terus kena denda.
Best!!!

Tuesday, January 01, 2019
Teruskan Saja
Salam Tahun Baru 2019.
Selamat tinggal 2018. Sebenarnya tempoh masa setahun itu terasa terlalu singkat. Macam baru semalam tahun 2010 berlalu. Hari ini hari pertama untuk kiraan tahun 2019 bermula. Wah...9 tahun terasa seperti 9 hari! Ok, itu mungkin kenyataan yang melampau...how about 9 months? Still, too fast don't you think so?
Dalam satu program radio, hari ini juruhebah mengutarakan topik pencapaian terbaik 2018. Macam-macam kisah dikongsikan pendengar. Kalau tanya diri sendiri, memang boleh melopong dibuatnya. Macam tak ada jawapan...sadis betul rasanya! Seriously? The best pencapaian probably...my ability to survive kot...hahahah...hellooo...not a big deal ke tu? Inilah yang paling baik apa. Ability to maintain harmony and sanity. Finding a balance is definitely one big achievement, at least for a Libran. :)
Ok, azam baru pulak apa? hahaha...macam dah basi kot topik azam ni. Namun kalau tak ada azam macam tak best pulak kan...? Azam saya senang saja, nak jadi orang yang baik. Baik dalam erti kata, hidup yang tidak menyusahkan orang lain. Boleh masuk dalam kehidupan orang tanpa mengganggu gugat keharmonian mereka. Eh eh...macam tu punya azam pun ada ke? Mestilah ada. Mahu ke kita hidup kalau kita tahu ada perbuatan kita yang menguris hati orang? Orang lain, tak tahulah...for me, I can't. Memang dari dulu saya macam tu. Kalau orang lain lega lepas bergaduh sebab dah luahkan segala-galanya...saya pulak akan susah tido malam bila fikir-fikir balik kejadian tu...jadi pada akhirnya, benda itu akan membebankan saya. Jadi, lebih baik jangan mula langsung. Hemmm...pelik...pelik...
Once upon a time, I kind of regretting all my action...terutamanya bila masuk bab bab mengalah ini walaupun tahu diri dalam posisi yang benar. Selalu bila buat macam tu saya fikir, saya sudah melepaskan banyak peluang peluang atau kemungkinan yang boleh memenangkan saya...kenapa saya tak buat macam orang lain saja? Kenapa perlu peka kepada perasaan orang sedangkan orang tak pedulipun apa yang saya rasa? Tapi bila meningkat usia ini, saya baru sedar...ini bukanlah satu kelemahan. Tetapi ia adalah satu kelebihan. Mungkin orang lain melihat saya lemah dan jenis yang boleh diperkotak katikkan. Terpulanglah, sebab saya tidak perlu memuaskan hati orang. Betul, bukan senang menjeruk rasa sendiri tetapi kalau itu menyenangkan hidup lebih ramai orang...bukankah itu lebih baik berbanding saya gembira sedangkan ramai yang terjejas? Wahhh....ini cerita pengorbanan ke apa? Hahaha...saya cuma gembira sebab lebih kenal diri sendiri. :)
Ok, mari teruskan kehidupan di tahun 2019. Hidup dengan baik, dan jadi manusia yang bermanfaat. Melakukan kesilapan itu biasa, tetapi bila sudah silap...belajarlah memperbaiki kesilapan itu. Walaupun kesilapan yang sama masih tetap berulang, jangan pernah berhenti mencuba menjadi baik kerana inilah sifatnya sekolah kehidupan. Mudah-mudahan Allah berkati kehidupan kita dan mempermudahkan segala urusan.

Subscribe to:
Posts (Atom)